LAPORAN PROGRAM PERANTISAN 2 NPQEL
AMBILAN 1/2020
PROGRAM PEMBANGUNAN KUALITI GURU “BMExS BEST”
ZAIMY BIN ZAKARIA
741204035423
SMGH1
PENSYARAH PENYELIA
ENCIK THANABAL A/L PALANISAMY
LAPORAN PROGRAM PERANTISAN 2
DISERAHKAN KEPADA
INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEBAGAI MEMENUHI
SEBAHAGIAN KEPERLUAN
PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN
KEBANGSAAN (NPQEL)
ISI KANDUNGAN
Perkara Halaman
Isi Kandungan i
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Latar belakang Sekolah Perantisan 2 1
1.2 Maklumat Pengetua dan Barisan Kepimpinan 2
1.3 Visi dan Misi Sekolah Perantisan 2 2
1.4 Maklumat Pencapaian Sekolah Sekolah Perantisan 2
Yang Bekaitan Dengan Isu Strategik 3
BAB 2 PROJEK INTERVENSI 4
2.1 Cadangan Penambahbaikan Isu Strategik 5
Sekolah Perantisan 2 7
2.2 Huraian Projek Intervensi: 8
2.2.1 Analisis Persekitaran
2.2.2 Kekuatan/ Kelemahan/ Sokongan/ Cabaran 8
2.2.3 Projek Intervensi 9
2.2.4 Sisipan Jalinan Pintar Korporat Yang merujuk
Kepada Agensi Korporat Yang Melaksanakan 10
Sumbangan Kepada SMK Ketengah Jaya 11
2.2.5 Sisipan Protokol Etiket Majlis Rasmi 12
2.3 Pengetahuan dan Kemahiran Pengurusan Bagi 13
Memimpin Intervensi Kearah Mencapai Matlamat
BAB 3 REFLEKSI
3.1 Merumus Dapatan Amalan Kepimpinan Di Sekolah
Perantisan 2
3.1.1 Projek Intervensi
3.1.2 Kepimpinan
BAB 4 RUMUSAN
4.1 Menjelaskan Impak Yang Diperolehi Daripada Program
Perantisan 2 Dalam NPQEL
RUJUKAN
LAMPIRAN
Bab 1 Pengenalan
1.1 Latar belakang sekolah Perantisan 2
SMK Bukit Mentok (SMKBM) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2004. SMKBM merupakan
sekolah menengah ke-12 di daerah Kemaman. Pengambilan pelajar pertama mula
mendaftar pada 1 Januari 2014 dan sesi pembelajaran pertama secara rasminya bermula
pada 04 Januari 2004. Pada awalnya sekolah ini beroperasi di bangunan SMK Chukai pada
sesi petang dengan kapisiti pelajar seramai 365 orang dan 20 orang guru sehingga 31
Disember 2004. Sebanyak 10 buah kelas telah dibuka iaitu lima (5) kelas tingkatan 1 dan
lima (5) kelas tingkatan 2.
Pada 2 Januari 2005, SMKBM telah beroperasi sepenuhnya di bangunan sendiri apabila
bangunan sekolah siap sepenuhnya yang bertempat di Kg Bukit Ali (sempadan Gong Pauh
dan Pangkalan Pandan), Chukai, Kemaman. Pada 14 April 2005, sekolah ini telah
dirasmikan oleh YB Dato‟ Ahmad bin Said , Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan
Perumahan Negeri Terengganu merangkap ADUN Kijal dalam satu majlis yang penuh
gemilang iaitu “Majlis Naik Rumah Baru”.
Semasa pengetua yang ke-4, SMKBM telah diberi nama sebagai BMExS yang
merupakan singkatan bagi „Bukit Mentok Excellent School‟. SMK Bukit Mentok telah dipilih
untuk melaksanakan program Transformasi Sekolah TS25, Kohort 3 pada tahun 2018.
1.2 Maklumat Pengetua Serta Barisan Kepimpinan Sekolah
Pengetua SMK Mentok ialah Tuan Haji Azhar bin Daud yang merupakan pengetua yang
ke – 6 sekolah tersebut. Beliau memegang jawatan sebagai pengetua di SMK Kijal yang
merupakan sebuah sekolah Amanah di Daerah Kemaman pada tahun 2017. SMK Bukit
Mentok merupakan sekolah kedua beliau sebagai seorang pengetua. Beliau berkelulusan
Ijazah Sarjana Muda (Bahasa Melayu) di Universiti Putra Malaysia. Beliau mendapat
anugerah „Principal of The Year‟ peringkat daerah Kemaman pada tahun 2019. Tn Hj Azhar
bin Daud dibantu oleh tiga orang Penolong Kanan iaitu En. Wan Azmi bin Wan Daud,
Penolong Kanan Pentadbiran, En Jamal bin Mohamad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En. Zaimy bin Zakaria, Penolong Kanan Kokurikulum. Pengurusan dan pentadbiran sekolah
diperkuat lagi dengan empat orang Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) iaitu Puan Rita
Zaharah binti Sulong (Bidang Sains dan Matematik), En Mazlan bin Mohammad (Bidang
Kemanusiaan), Puan Rafshah binti Ismail (Bidang Teknik dan Vokasional), dan Puan
Noorani binti Kassaim (Bidang Bahasa). Seterusnya, pengurusan sekolah dibantu oleh
kakitangan guru seramai tujuh puluh empat orang dan sepuluh orang staf sokongan serta
sembilan pekerja dan jaga swasta.
1.3 Visi dan Misi
Secara umumnya, pengertian visi ialah pandangan jauh ke depan dari individu atau suatu
organisasi berkaitan dengan tujuan yang ingin dicapai, Manakala pengertian misi pula
merujuk kepada segala sesuatu (strategi, tindakan) yang harus dilakukan untuk mewujudkan
visi. Misi organisasi merupakan tujuan dan alasan berdirinya sebuah organisasi dan menjadi
pedoman dan arahan dalam mencapai tujuan organisasi. Visi sekolah SMK Bukit Mentok
ialah “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”. Manakala misi sekolah ialah
“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi
memenuhi aspirasi Negara”. Visi dan Misi ini diseragamkan untuk semua sekolah di seluruh
negara agar semua sekolah mempunyai hala tuju yang sama untuk direalisasikan.
1.4 Maklumat Pencapaian sekolah Perantisan 2 yang berkaitan dengan isu strategic
Secara ringkasnya, pencapaian akademik SMK Bukit Mentok masih berada pada tahap
sederhana khususnya pencapaian GPS SPM sekolah yang hanya mencapai 5.52.
Pencapaian ini meletakkan SMK Bukit Mentok berada pada kedudukan yang ke -16 daripada
23 buah sekolah menengah di daerah Kemaman. Berdasarkan data SKPMg2 pada bulan
Mac 2020 juga memperlihatkan pencapaian purata 81.90% bagi standard 4 pdpc guru.
Rentetan daripada ini, pihak sekolah masih gagal menjadikan PAK21 sebagai suatu budaya
dalam kalangan guru yang dibuktikan daripada hasil dapatan „Learning Walk‟ menunjukkan
hanya 40 peratus guru yang melaksanakan pdpc yang berpusatkan murid yang menjadi
tunjang kepada kaedah PAK 21.
Bab 2 Projek Intervensi
2.1 Cadangan Penambahbaikan Isu Strategik sekolah Perantisan 2
Isu strategik sekolah ini yang dikenal pasti ialah pelaksanaan kaedah pdpc secara
PAK 21 yang masih lagi rendah. Memandangkan SMK Bukit Mentok merupakan sekolah
TS25 kohort 3 yang bermula pada tahun 2018 dan tahun 2020 merupakan tahun ketiga
sekolah ini sebagai sekolah TS25, pihak pengurusan sekolah melihat keperluan
pembudayaaan pdpc PAK21 dalam kalangan guru sejajar dengan status sekolah TS25.
Walaupun pada dasarnya beberapa kaedah PAK21 telah didedahkan kepada para guru
tetapi pelaksanaan pdpc masih berpusatkan guru. Justeru, bagi membangunkan kapasiti
guru dalam usaha menangani isu strategik yang wujud di sekolah ini, tindakan yang
berkesan telah diambil dengan melaksanakan LADAP dan PLC. Dalam masa yang sama
Program CPD yang dilaksanakan amat bertepatan untuk meningkatkan pengetahuan para
guru agar kepelbagaian kaedah pedagogi amat perlu dikuasai oleh guru untuk menangani
isu yang wujud.
2.2 Huraian projek intervensi
2.2.1 Analisis persekitaran
Setelah membuat pemerhatian ke seluruh kawasan sekolah dan pengumpulan
pelbagai data yang terdapat di sekolah ini, saya telah membuat perbincangan dengan pihak
pengurusan sekolah dengan mengambil kira data SKPMG2. Dapatan daripada „Learning
Walk‟ pihak pengurusan, data keputusan peperiksaan dan kehadiran murid telah saya
dapat gunakan untuk menyenaraikan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang ada
di sekolah. Hasil dapatan analisis persekitaran ini saya garapkan dalam membuat analisis
SWOT. Dapatan ini membantu saya untuk merancang dan memilih strategi dan
melaksanakan inisiatif yang mungkin bagi mengatasi beberapa kelemahan yang ketara.
2.2.2 Kekuatan/kelemahan/sokongan /cabaran
Berdasarkan analisis persekitaran yang telah saya laksanakan, antara kekuatan yang
dikenal pasti ialah :
1. Pengetua yang komited
2. Pengetua sentiasa memberi dorongan dan motivasi kepada semua warga sekolah.
3. Audit kewangan 2018 baik dan 2019 cemerlang
Pencapaian kokurikulum tertinggi (4 orang kadet polis peringkat kebangsaan)
4. Misi dan Visi sekolah jelas dan selari dengan visi dan misi KPM.
5. Jadual pdpc lengkap
6. Takwim sekolah mantap dan lengkap.
7. Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum tahap baik- Johan badminton L18 pada
peringkat daerah.
8. Sekolah Transformasi Kohort 3.
9. Bilik darjah mencukupi dengan enrolmen murid semasa.
10. Capaian Internet baik
11. 11 orang guru pemeriksa kertas SPM
12. Program Pembangunan sudah dimasukkan dalam Pelan Strategik Sekolah.
13. Jadual semakan kerja murid disediakan pada tahun semasa
14. Peratus guru berijazah sebanyak 97%.
15. Guru komited dalam semua aktiviti sekolah yang diadakan
16. Terdapat seorang JU „Google Classroom‟ peringkat negeri.
17. Program permuafakatan ibu bapa yang telah dimasukkan dalam takwim Buku
Perancangan Sekolah.
18. Pengetua sebagai penasihat PIBG.
Di sini juga saya senaraikan beberapa kelemahan yang telah saya kenal pasti iaitu:
1. Rekod pengurusan pencerapan pdpc kurang mantap tindakan susulan tidak
dilaksanakan
2. Bimbingan selepas pencerapan kurang diberi perhatian.
3. GPS SPM tahun 2019 ialah 5.52 / 84.56% peratus layak sijil (2018– 5.90, 2019- 5.52)
4. Seramai 15 orang guru mengalami masalah kesihatan yang agak kritikal.
5. Ketiadaan prasarana ICT dalam bilik darjah selain makmal Komputer
6. Keadaan fizikal kelas kurang kondusif
7. Peratus kehadiran murid tidak mencapai KPI, hanya 84.12 pada tahun 2019
8. Terdapat sebuah makmal komputer sahaja.
9. 40% kelas tidak bercirikan PAK21
10. GPS SPM tahun 2019 ialah 5.52 / 84.56 % peratus layak sijil
11. Standard 4 pengurusan pembelajaran dan pemudahcaraan iaitu pada 88.12%. (Data
SKPMG2 2019)
12. Kekurangan guru opsyen Bahasa Inggeris.
13. PAK 21 tidak digunakan sepenuhnya dalam PDPc.
14. Pengetahuan dalam LADAP tidak diaplikasi sepenuhnya.
15. Majoriti ibu bapa/ penjaga bekerja.
16. Program Sarana Sekolah kurang dilaksanakan.
Sokongan atau peluang yang wujud juga telah saya kenal pasti berdasarkan input yang
tersenarai di bawah iaitu:
1. Berdekatan dengan PPD sekolah Amanah dan sekolah Transformasi Kohort 1 dan 2
2. Jalinan hubungan dengan institusi pendidikan, „stake holder‟ dan badan korporat
setempat adalah amat baik.
3. Hubungan baik dengan „stake holder‟ dan badan korporat setempat.
4. Sekolah berada di kawasan bandar berdekatan dengan sekolah menengah Priemier
dan Elit Mak Lagam
5. Sokongan pemegang taruh seperti PPD, JPN, PIBG dan PIBK.
6. SISC+ dan SIPartner sentiasa membantu guru-guru dalam peningkatan PDPc.
7. Ladap dan kursus anjuran JPN dan PPD
8. PIBG sangat komited terhadap sekolah
9. AJK PIBG sentiasa komited untuk mencari dana
10. Berdekatan dengan kedai yang banyak menyumbang kepada sekolah
11. Hubungan baik pihak sekolah dengan PIBG.
Cabaran atau pun ancaman yang telah saya kenal pasti iaitu:
1. GPS SPM belum mencapai bawah 4.0
2. 55% ibu bapa yang tidak aktif dalam aktiviti sekolah. (Data kehadiran sarana sekolah).
3. Kesedaran ibu bapa berkaitan pembelajaran anak-anak masih sederhana
4. Ibu bapa kurang memotivasikan anak-anak mereka.
5. Tahap sosio ekonomi keluarga ditahap sederhana
2.2.3 Projek intervensi
Projek intervensi yang dilaksanakan ialah „BMExS BEST‟, BEST merujuk kepada „Be
Excellent successful & Thrive‟ yang memfokuskan program pembangunan kualiti guru
khususnya terhadap pengetahuan dan kemahiran terhadap kaedah PAK 21. Hasil dapatan
„Learning Walk‟ yang mana memperlihatkan hanya 40 peratus guru melaksanakan kaedah
PDPc berpusatkan murid sedangkan sekolah ini merupakan sekolah TS25 yang berada
pada tahun ketiga, sewajarnya pelaksanaan kaedah PAK21 sudah menjadi suatu budaya
bagi sekolah ini. Ditambah dengan PKPP ekoran pandemik Covid 19 yang mengehadkan
lagi penglibatan murid dalam pdpc ekoran SOP penjarakan fizikal. Pihak pengurusan
bersetuju agar pengetahuan guru terhadap kaedah PAK 21 perlu digilap dan ditambah
dengan kaedah yang lain. Dalam tempoh PKPP, penekanan kepada PAK21 masih
dititikberatkan. Sebagai bukti, pelaksanaan kaedah „Flipped Classroom‟ dan „Blended
Learning‟ adalah amat sesuai untuk melihat penglibatan para pelajar dalam pdpc
berpusatkan murid . Kaedah PAK 21 yang berpusatkan murid dapat dilaksanakan melalui
kaedah tersebut walaupun dengan pematuhan terhadap SOP yang telah ditetapkan. Pada
fasa pertama program „BMExS BEST‟ saya telah menganjurkan LADAP PAK 21 „Flipped
Classroom‟ yang disampaikan oleh pegawai SISC+ daerah Kemaman yang berkemahiran
tentang kaedah tersebut kepada semua guru. Pihak pengurusan berhasrat untuk menjadikan
kaedah „Flipped Classroom‟ ini sebagai satu amalan baik bagi sekolah ini.
Pada fasa kedua program, saya telah mengerakkan setiausaha PLC agar
melaksanakan PLC terhadap barisan SLT dan MLT tentang „Blended Learning‟ yang
memfokuskan kepada „Google Classroom‟. Melalui program ini yang dikendalikan oleh
tenaga pengajar dalaman yang merupakan JU „Google Classroom‟ peringkat negeri
Terengganu diharapkan akan dapat mengupayakan barisan MLT terutamanya. Barisan MLT
akan dapat menyebarkan kemahiran tersebut kepada guru semasa PLC di peringkat bidang
atau panitia masing-masing.Program jalinan bersama dengan pihak TATIUC telah dibuat
supaya kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada memorandum yang telah dipersetujui
bersama.
Hasil dapatan daripada pra ujian terhadap seramai 51 guru didapati bahawa hanya
25.5 peratus guru yang tahu tentang kaedah „Flipped Classroom‟. Penekanan kepada
kaedah PAK 21 „Flipped Classroom‟ dan „Blended Learning‟ adalah dipilih ekoran daripada
situasi semasa negara dengan ancaman wabak „Covid 19‟. Dua kaedah ini dipilih kerana
sesuai dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh pihak KPM. Hasil ujian pasca yang
dijalankan menunjukkan 92 peratus guru bersetuju dan sangat bersetuju pengetahuan
mereka terhadap kaedah tersebut dapat mereka kuasai.
Proses pemantauan telah dilakukan oleh pihak pengurusan melalui pencerapan pdpc
dan hasil dapatan mereka menunjukkan 80 peratus guru menggunakan kaedah PAK 21
dalam pdpc di dalam kelas. Kriteria kejayaan dalam Pelan Intervensi ditetapkan sebanyak 74
peratus guru mengamalkan pdpc PAK 21 semasa proses pembelajaran di dalam kelas.
Ekoran daripada minat dan semangat guru yang sederap dengan perkara yang dihasratkan
oleh pihak pengurusan sekolah untuk melihat kaedah „Flipped Classroom dijadikan sebagai
amalan baik dapat dicapai seperti yang disasarkan dalam Pelan Intervensi dengan jayanya.
2.2.4 Sisipan Jalinan Pintar Korporat
Memandangkan penularan virus Corona masih lagi berleluasa saya telah menghantar
surat untuk memohon sumbangan dalam usaha untuk menjalinkan hubungan dengan pihak
korporat yang terdapat di sekitar Bandar Chukai. Program Intervensi yang saya laksanakan
memerlukan bantuan perkhimatan pihak SISC+ PPD daerah Kemaman dan juga sumbangan
kewangan untuk menampung bajet bagi program tersebut. Saya telah mendapat sumbangan
kewangan daripada ADUN kawasan Chukai sebanyak RM300 bagi menampung
perbelanjaan program intervensi yang telah saya laksanakan.
2.2.5 Sisipan Protokol Etiket
Setelah dikenal pasti tentang program intervensi yang akan dijalankan, saya telah
membuat perancangan dan membentuk ahli jawatankuasa pelaksana. Mesyuarat ahli
jawatankuasa pelaksana telah diadakan untuk menerangkan tentang perincian tugas setiap
AJK. Penyelaras LADAP telah membuat surat jemputan kepada penceramah. Semasa
pelaksanaan program intervensi, walaupun dalam situasi PKPP negeri Terengganu masih
membenarkan pegawai SISC+ untuk menyampaikan ladap di sekolah-sekolah. Namun,
terdapat juga kekangan kepada pihak swasta atau pihak korporat untuk hadir ke sekolah
bagi melaksanakan sesuatu program bersama-sama. Semasa program intervensi beberapa
jawatankuasa kerja telah dibentuk bagi menjayakan atur cara majlis berdasarkan protokol
yang dikehendaki.
2.3 Pengetahuan dan kemahiran pengurusan yang diaplikasikan bagi memimpin
intervensi ke arah mencapai matlamat bersama.
Pengetahuan tentang konsep kepimpinan Instruksional yang menitiberatkan isu
berkaitan dengan mengupayakan orang bawahan terutamanya barisan MLT dalam
membantu melaksanakan program intervensi. Situasi ini telah memberi peluang kepada para
guru untuk menunjukkan potensi diri yang ada pada mereka untuk dibangunkan.
Dalam melaksanakan intervensi ini saya mendapat sokongan penuh dari pihak
pengurusan dan barisan MLT. Mereka sentiasa membantu saya, malah Pengetua juga
sentiasa memberi galakan dan memberi kebenaran menggunakan bilik dan kemudahan
sekolah. Guru mata pelajaran sangat terbuka dan bersedia membantu pelaksanan program
„BMExS BEST‟ ini. Pengerusi panitia, setiausaha LADAP dan setaiusaha PLC ikut serta
dalam pelaksanaan program. Mereka juga memberi pandangan dan pendapat.
Bab 3 Refleksi
3.1 Merumuskan dapatan amalan kepimpinan di sekolah Perantisan 2
3.1.1 Projek Intervensi
Pada peringkat permulaan untuk melaksanakan intervensi memang ada sedikit
kekangan kerana perlu mematuhi SOP ekoran daripada Pandemik Covid 19. Malah
penceramah yang dijemput merupakan pegawai SISC+ tidak dapat memenuhi jemputan
pada tarikh yang telah ditetapkan. Ahli jawatankuasa jemputan terpaksa menukar tarikh
program pada tarikh yang lain. Apabila penjelasan dibuat dalam perjumpaan dengan semua
guru masalah ini dapat diselesaikan. Seterusnya, saya juga mendapatkan bantuan dari
pihak luar bagi memberi maklumat kepada guru untuk melaksanakan program ini. Untuk itu,
saya memohon bantuan kepakaran dari SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman.
Selain itu, kewangan juga menjadi kekangan. Setelah berbincang dengan pengurusan
sekolah, satu kertas cadangan program telah disediakan. Dengan cadangan kertas program
ini saya telah memohon bantuan kewangan daripada beberapa pihak berhampiran sekolah.
Hasilnya, saya mendapat bantuan dan sumbangan seperti yang dikehendaki dalam program.
3.1.2 Kepimpinan
Pengetua ialah seorang pemimpin di sekolah. Untuk menjadi seorang pemimpin yang
benar-benar boleh mempengaruhi orang bawahan supaya menjadi pengikut setia bukanlah
suatu perkara yang mudah. Untuk itu, seseorang pemimpin hendaklah menguasai kemahiran
tertentu, mengamalkan tingkah laku yang sesuai dengan memadankannya dengan keadaan
yang sesuai.
Sepanjang pelaksanaan perantisan 2, saya dapat belajar beberapa gaya dan jenis
kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua di sekolah ini seperti amalan Kepimpinan
Transformasional, Kepimpinan Instruksional, Kepimpinan Teragih, gaya Kepimpinan
Autokratik dan gaya Kepimpinan Demokrarik.
Melalui amalan kepimpinan tranfomasional ini saya dapati pengetua berupaya
membuat perubahan kepada organisasi dan dalam masa yang sama berupaya mengubah
sikap guru daripada sikap mementingkan diri sendiri kepada sikap bekerjasama, begitu juga
cara berfikir dan tingkah laku guru-guru dan anggota sokongan sekolah. Hal ini jelas
ditunjukkan oleh guru-guru apabila mereka bersedia melapangkan masa hujung minggu bagi
membuat persediaan berkaitan dengan pematuhan SOP untuk murid menjalani proses PDPc
semasa pandemik dengan lebih lancar. Mereka sanggup mengorbankan kepentingan
peribadi bagi memenuhi keperluan organisasi. Amalan kepimpinan trasfomasional ini telah
meningkatkan kecekapan kerja berpasukan, meningkatkan kepercayaan dan semangat
kekitaan dan dapat menjana perubahan kepada sekolah.
Pengetua juga berjaya memastikan guru mengajar dan pelajar belajar secara
berkesan melalui amalan kepimpinan instruksional. Usaha-usaha diambil untuk membantu
memperkembangkan proses PdP dengan berkesan. Beliau telah menumpukan kepda
kecemerlangan akademik dan keperibadian tinggi pelajar sekolah ini selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam mengurus program instruksional pengetua telah
membuat tiga perkara utama iaitu; langkah pertama ialah penyeliaan dan penilaian
pengajaran. Pengetua menyelaraskan aktiviti PdP melalui penyeliaan aktiviti PdP guru,
berbincang dengan guru, seterusnya memberi maklum balas tentang kekuatan dan
kelemahan guru. Langkah kedua penyelarasan kurikulum. Pengetua telah menetapkan
dengan jelas pihak yang bertanggungjawab untuk menyelaras kurikulum mengikut tahap
murid dan memastikan setiap matlamat akademik sekolah diterjemahkan dalam aktiviti
kurikulum dan langkah ketiga adalah dengan memantau kemajuan murid. Kemajuan setiap
murid dipantau berdasarkan pencapaian murid melalui penilaian dan perbincangan dengan
guru. Keputusan pencapaian murid telah disebarkan kepada guru, murid dan ibu bapa.
Pengetua juga telah menurunkan kuasa kepada pemimpin pertengahan melalui
amalah kepimpinan Teragih. Kepimpinan Teragih dibina berasaskan perkongsian dalam
tindakan dan interaksi secara sihat dalam kalangan guru. Melalui kepimpinan Teragih ini,
beliau berupaya mengembleng tenaga semua pihak untuk melibatkan diri dan seterusnya
dapat memberi komitmen dalam membentuk perhubungan yang saling mempercayai dan
semangat kerja secara koloboratif. Walaupun penurunan kuasa berlaku, kuasa pemutus
tetap di tangan pengetua.
Pengetua juga mengamalkan gaya kepimpinan demokratik dalam banyak hal yang
berlaku di sekolah. Dengan gaya kepimpinan begini, beliau mampu menggalakkan semua
kakitangan sekolah melibatkan diri dalam organisasi. Beliau memberi peluang kepada
semua untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.
Pengetua perlu mahir menggunakan semua amalan kepimpinan bagi memastikan
pengurusan sekolah sentiasa terkawal. Pengetua tidak boleh terikat dan mempraktikkan
beberapa amalan kepimpinan yang disukainya sahaja.
BAB 4 RUMUSAN
4.1 Menjelaskan impak yang diperoleh daripada program Perantisan 2 dalam NPQEL
Hasil daripada program intervensi yang dilaksanakan semasa Perantisan 2, saya
melihat impak yang jelas kepada para guru khususnya pertambahan kemahiran dan
pengetahuan para guru terhadap kaedah PAK 21 yang menjadi elemen utama kepada
sekolah TS25. Kualiti guru berkaitan dengan kemahiran „Flipped Classrooom‟ dan „Blended
Learning‟ telah meningkat dan dapat dilaksanakan secara berkesan semasa PDPc di dalam
kelas. Penekanan kepada dua kaedah ini merupakan susulan daripada keadaan negara
yang masih dilanda dengan musibah Corona Virus dan memerlukan SOP penjarakan social
diamalkan. Hasil pencerapan yang dibuat memperlihat peningkatan pelaksanaan pdpc
secara Pak 21 oleh guru kepada 70 peratus.
Murid juga telah menunjukan peningkatan pengetahuan terhadap kaedah pedagogi
yang dilaksanakan oleh guru. Penglibatan murid secara aktif terutamanya persediaan awal
mereka di rumah telah menjadikan mereka lebih yakin dan bersemangat untuk
menyampaikan maklumat yang diperoleh oleh mereka untuk dikongsikan bersama dengan
rakan-rakan dan guru semasa pdpc di dalam kelas.Perubahan sikap dan pengetahuan akan
memastikan mereka lebih memberi fokus terhadap proses pembelajaran mereka. Malah
hasil dapatan daripada pasca ujian yang dibuat pengetahuan mereka terhadap kaedah PAK
21 terutamanya „Flipped Classroom‟ telah meningkat kepada 80 peratus lebih mengetahui
tentang kaedah tersebut.
Program Perantisan 2 telah memberi peluang kepada saya untuk mempelajari tugas
sebagai pegetua sekolah yang bertanggung jawab terhadap semua perkara yang berlaku
dalam sekolah merangkumi aspek pengurusan, kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum,
pembangunan, kewangan dan infrastruktur sekolah. Dalam masa yang sama, memberi
keyakinan kepada saya mengurus sekolah jika diberi peluang menjadi pengetua. Saya yakin
berupaya menggabungjalinkan aspek teori pengurusan kepimpinan yang dipelajari dalam
kursus NPQEL dan amalan praktikal di sekolah. Kursus ini banyak memberi pendedahan
dan pengetahuan kepada saya untuk mengaplikasi sesuatu teori, gaya dan amalan
kepimpinan. Sebagai pengetua, saya perlu berkemahiran mempraktikkan semua amalan
kepimpinan dan tidak bergantung dengan amalan kepimpinan tertentu sahaja.
Secara keseluruhannya, program yang dirancang mendapat sambutan dan maklum
balas yang memberangsangkan. Semua pihak bersetuju dan berpendapat bahawa program
ini perlu diteruskan pada masa akan datang kerana memberikan impak kepada guru-guru
dan murid dalam teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Seterusnya, semua
pihak juga mengharapkan agar program seperti ini dibuat secara bersiri dan menjadikannya
sebagai program CPD dalam membangunkan kapasiti guru. Setiap kaedah tersebut dapat
dijadikan Amalan Baik bagi sekolah ini yang bukan hanya dapat dikongsi di peringkat daerah
malah di peringkat yang lebih tinggi.
RUJUKAN
Abdul Ghani Abdullah, Abd Rahmana Abd. Aziz Dan Mohamad Zohir Ahmad (2010). Gaya-
Gaya Kepimpinan dalam Pendidikan. Selangor. PTS Profesional Publication Sdn.
Bhd.
Ayob Jantan (2005). Pengetua Sekolah Yang Elektif. Siri Pengurusan Sekolah. Bentong.
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Azhar Harun Et Al. (2016) . Hubungan Antara Amalan Kepimpinan Distributive Pengetua Dan
Kepimpinan Guru di Sekolah Menengah. International Journal Of Education And
Training. Kementerian Pendidikan Malaysia
Jamelaa Bibi Abdullah et al. (2016). Cabaran Nakhoda. Institut Pendidkan Aminuddin Baki,
Enstek. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rosaniah Abdul Halim. (2015). Kepimpinan Distributif, Factor, Kontekstual Dan Efikasi
Kendiri Guru Di Malasia. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
ANALISIS PER
Nama Peserta: ZAIMY BIN ZAKARIA
Ambilan: 1 Tahun: 2020
Nama Sekolah Perantisan 2: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT
Arahan : Borang analisis persekitaran ini mestilah dilengkapkan oleh peserta
ELEMEN KEKUATAN KELEMAHAN
.
KEPIMPINAN BERKESAN
S1. Pengetua seorang yang W1 Rekod pen
komited pencerapan p
mantap,tinda
S2. Pengetua sentiasa tidak dilaksan
memberi dorongan dan
motivasi kepada semua W2. Bimbinga
warga sekolah. pencerapan k
perhatian,
S3. Audit kewangan 2018
baik dan 2019 cemerlang W3. GPS SPM
ialah 5.52 / 84
S4.Pencapaian kokurikulum peratus layak
tertinggi (4 orang kadet polis ( 2018– 5.90
peringkat kebangsaan) 5.52)
S5 Misi dan Visi sekolah jelas W4. Seramai 1
dan selari dengan visi dan guru sakit
misi KPM.
RSEKITARAN Borang P2-1
ISU
No.Kad Pengenalan: 741204035423
Kumpulan: SMGH1
MENTOK, KEMAMAN, TERENGGANU.
a berasaskan data dan maklumat
PELUANG ANCAMAN
ngurusan O1 Berdekatan dengan T1 GPS SPM belum
pdpc kurang PPd, sekolah Amanah dan mencapai bawah 4.0
akan susulan sekolah Transformasi
nakan Kohort 1 dan 2
an selepas O2 Jalinan hubungan Pelaksanaan
kurang diberi dengan institusi proses Coaching
pendidikan, stake holder dan mentoring
M tahun 2019 dan badan korporat masih lagi rendah.
4.56 % setempat adalah amat baik.
sijil
, 2019- O3 Hubungan baik dengan
stake holder dan badan
korporat setempat.
15 orang O4. AJK PIBG yang komited.
ELEMEN KEKUATAN KELEMAHAN
S6 Jadual PDPc lengkap
S7 Takwim sekolah mantap
dan lengkap.
PESEKITARAN, PENGAJARAN DAN S1 penglibatan murid .
PEMBELAJARAN BERMAKNA dalam aktiviti kokurikulum W1 Ketiadaan
tahap baik – Johan ICT dalam bili
badminton L18 peringkat selain makma
daerah.
W2 Keadaan
S2. Sekolah Transformasi kurang kondu
Kohort 3
W3 Peratus k
S3 Bilik darjah mencukupi murid tidak m
dengan enrolmen murid hanya 84.12 p
semasa. 2019
S4 Capaian internet baik W4 Satu mak
computer sah
W5 40% kelas
ciri-ciri PAK21
PELUANG ANCAMAN ISU
n prasarana O1 sekolah berada di Fizikal sekolah
ik darjah kawasan Bandar kurang kondusif
al komputer berdekatan dengan sekolah sentiasa
menengah Priemier dan Elit memerlukan
fizikal kelas Mak Lagam. penyelenggaraan
usif berkala
O2 Sokongan pemegang
kehadiran taruh seperti PPD dan JPN
mencapai KPI
pada tahun O3 PIBG yang komited.
kmal
haja.
s tidak ada
1
ELEMEN KEKUATAN KELEMAHAN
GURU BERKUALITI S1. 11 orang guru W1 standard
pemeriksa kertas SPM pengurusan
pembelajaran
S2. Program Pembangunan pemudahcara
ada dirancang dalam pelan pada 88.12%.
strategik sekolah. SKPMG2 2019
S3. Jadual semakan kerja W2 Opsyen gu
murid disediakan pada mencukupi.
tahun semasa.
W3 PAK 21tid
S4 . Peratus Guru berijazah digunakan sep
97% dalam PDPc.
S5 Guru komited dalam W4 Pengetah
semua aktiviti sekolah yang LADAP tidak d
diadakan . sepenuhnya.
S6 Seorang guru
merupakan JU ‘Google
Classroom’ peringkat
negeri.
PELUANG ANCAMAN ISU
4 O1. SISC+ dan SIPartner Pelaksanaan PDPc
sentiasa membantu guru- PAK21 masih lagi
n dan guru dalam peningkatan rendah.
aan iaitu PDPc.
. (data
9) O2 Sokongan pemegang
taruh - JPN,PPD, PIBG, PIBK
uru Bi tidak
O3 Ladap dan kursus
dak anjuran JPN dan PPD.
penuhnya
huan dalam
diaplikasi
ELEMEN KEKUATAN KELEMAHAN
S1 . Program W1. Majoriti i
permuafakatan ibu bapa penjaga beke
yang telah dirancang.
Ditakwimkan dalam buku W2. Sarana se
perancangan sekolah. kurang dijalan
Sokongan PIBG & Komuniti S2.Pengetua sebagai
penasihat PIBG.
Berasaskan Isu yang dinyatakan, pilih (1) isu yang paling kritikal untuk tindakan
Isu: Pembangunan guru kurang berkesan
Justifikasi : a. Dapatan ‘Learning Walk’ hanya 40% daripada guru mengamalka
b. Amalan PAK21 dalam PDPc tidak dimanafaatkan sepenuhnya
Tandatangan Peserta: Tarikh:
PELUANG ANCAMAN ISU
ibu bapa/ O1 PIBG sangat komited T 1. 55% ibu bapa yang Kesedaran ibu bpa
erja . terhadap sekolah. tidak aktif dalam aktiviti terhadap
sekolah. ( Data pentingnya
ekolah O2. AJk PIBG sentiasa kehadiran sarana pendidikan anak-
nkan. komited untuk mencari dana. sekolah) anak masih kurang.
.
O3. Berdekatan dengan Kedai T2. kesedaran ibu bapa
yang banyak menyumbang berkaitan pembelajaran
kepada sekolah. anak-anak masih
sederhana
O4. Hubungan baik pihak
sekolah dengan PIBG T3. Ibu bapa kurang
memotivasikan anak-
anak mereka
T4.Tahap sosio ekonomi
keluarga pada tahap
sederhana
n seterusnya. Nayatakan justifikasi pilihan anda. Tarikh:
an pdpc berpusatkan murid
a.
Tandatangan PGB Mentor
Merujuk Elemen Bidang Keberhasilan intervensi, nyatakan
Isu : Pelaksanaan PDPc PAK 21 masih lagi rendah
Matlamat : Meningkatkan pelaksanaan PDPc PAK 21
MATRIKS TOWS/ PEMILIH
KEKUA
1. Pengetua seorang
DALAMAN
2. Pengetua sentiasa
kepada semua warga
LUARAN 3. Audit kewangan 20
4.Pencapaian kokurik
polis peringkat keban
5. Misi dan Visi sekol
dan misi KPM.
Borang P2-2
HAN INISIATIF/STRATEGI KELEMAHAN (WEAKNESS)
17. Rekod pengurusan pencerapan pdpc
ATAN (STRENGTH)
g yang komited kurang mantap,tindakan susulan tidak
dilaksanakan
a memberi dorongan dan motivasi
a sekolah. 18. Bimbingan selepas pencerapan kurang
diberi perhatian.
018 baik dan 2019 cemerlang
19. GPS SPM tahun 2019 ialah 5.52 / 84.56 %
kulum tertinggi (4 orang kadet peratus layak sijil
ngsaan)
( 2018– 5.90 , 2019- 5.52)
lah jelas dan selari dengan visi
20. Seramai 15 orang guru sakit
21. Ketiadaan prasarana ICT dalam bilik
darjah selain makmal computer
6. Jadual PDPc lengka
7. Takwim sekolah m
8. Penglibatan murid
tahap baik- Johan ba
10. Sekolah Transform
11 Bilik darjah menc
semasa.
12 Capaian internet
13. 11 orang guru pe
14. Program Pemban
pelan strategik sekol
15 Jadual semakan k
ap 22. Keadaan fizikal kelas kurang kondusif
23. Peratus kehadiran murid tidak mencapai KPI
mantap dan lengkap.
hanya 84.12 pada tahun 2019
d dalam aktiviti kokurikulum
adminton L18 peringkat daerah. 24. Satu makmal komputer sahaja
25. 40% kelas tidak ada ciri-ciri PAK21
rmasi Kohort 3
cukupi dengan enrolmen murid 26. standard 4 pengurusan pembelajaran dan
pemudahcaraan iaitu pada 88.12%. (Data
baik SKPMG2 2019)
emeriksa kertas SPM
ngunan ada dirancang dalam 27. Opsyen guru BI tidak mencukupi
lah. 28. PAK 21tidak digunakan sepenuhnya dalam
PDPc.
29. Pengetahuan dalam LADAP tidak
diaplikasi sepenuhnya.
30. Majoriti ibu bapa/ penjaga bekerja.
31. Sarana sekolah kurang dijalankan.
kerja murid disediakan pada
tahun semasa
16. Peratus guru beri
17. Guru komited da
diadakan
18. Seorang guru me
peringkat negeri.
19.Program permuaf
dirancang ditakwimk
sekolah.
20. Pengetua sebaga
ijazah 97%
alam semua aktiviti sekolah yang
erupakan JU ‘Google Classroom’
fakatan ibu bapa yang telah
kan dalam buku perancangan
ai penasihat PIBG.
PELUANG (OPPORTUNITIY)
12. Berdekatan dengan PPD,sekolah Amanah
dan sekolah Transformasi Kohort 1 dan 2
13. Jalinan hubungan dengan institusi
pendidikan, stake holder dan badan
korporat setempat adalah amat baik.
14. Hubungan baik dengan stake holder dan S1+ S2+S5+ S6
badan korporat setempat. +S1
15. Sekolah berada di kawasan Bandar +O1+O2 + O3 +
berdekatan dengan sekolah menengah
Priemier dan Elit Mak Lagam i.MENINGKATKAN K
MELALUI PAK21 DEN
16. Sokongan pemegang taruh seperti PPD, SISC+
JPN,PIBG dan PIBK.
17. SISC+ dan SIPartner sentiasa membantu
guru-guru dalam peningkatan PDPc.
18. Ladap dan kursus anjuran JPN dan PPD
19. PIBG sangat komited terhadap sekolah
20. AJK PIBG sentiasa komited untuk mencari
dana
21. Berdekatan dengan kedai yang banyak
menyumbang kepada sekolah
22. Hubungan baik pihak sekolah dengan
PIBG.
S+O W+O
6 +S7 + S10 + S11+S12+ S13 W1 + W2 +W3+W4+W6 + W9 + W10 + W12+W13
15+S16+S17+ S18 +O2 + O3 + O4 +O6+ O8
+O5+O6+O7+O 9 +O10+ O11
KAEDAH PEDAGOGI GURU ii.MENINGKATKAN KEMAHIRAN GURU-GURU
NGAN KERJASAMA PEGAWAI DALAM PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN (I THINK)
SEBAGAI ALAT PENJANAAN IDEA DALAM PAK21
ANCAMAN (THREATS)
6. GPS SPM belum mencapai bawah 4.0 S1 + S2 + S5 + S7 +T1
7. 55% ibu bapa yang tidak aktif dalam
aktiviti sekolah.(Data kehadiran sarana
sekolah).
8. Kesedaran ibu bapa berkaitan
pembelajaran anak-anak masih sederhana
9. Ibubapa kurang memotivasikan anak-anak iii. MENINGKATKAN
mereka MENGGUN
10. Tahap sosio ekonomi keluarga ditahap
sederhana
Strategi 1 Meningkatkan kaedah pedagogi guru melalui pak21 denga
Strategi 2 Meningkatkan kemahiran guru-guru dalam penggunaan pe
Strategi 3 Meningkatkan motivasi guru-guru untuk menggunakan pak
Strategi 4 Meningkatkan kerjasama antara guru dan komuniti melalui
W+T
S+T
1 +S12 + S17 + T2 + S19 + S20 + T3 W3 + W7 + W12+W13 + W14 + W15 + T2 + T3
+ T4 + T5 +T4+T5
N MOTIVASI GURU-GURU UNTUK iv. MENINGKATKAN KERJASAMA ANTARA GURU
NAKAN PAK21 DALAM PDPC DAN KOMUNITI MELALUI SARANA IBUBAPA UNTUK
MENYOKONG PENCAPAIANPRESTASI AKADEMIK
SEKOLAH.
an kerjasama pegawai sic+
eta pemikiran (i THINK) sebagai alat penjanaan idea dalam pak21
k21 dalam pdpc
ui sarana ibubapa untuk menyokong pencapaianprestasi akademik sekolah.
PEMILIHAN INISIATIF/STRATEGI BERDA
Menggunakan skala likert 1 – Amat rendah
4 – Tinggi
BIL KRITERIA PEMILIHAN STRATE
4
1 Tahap kebolehlaksanaan Proses kerja 3
3
2 Kompetensi staf yang bertanggungjawab 4
4
3 Sumber kewangan dan kos pembiyaaan berhemah 5
4 Kemudahan infrastruktur dan peralatan/kelengkapan 5
4
5 Andaian keupayaan mengatasi halangan 5
37
6 Andaian hasil yang dijangkakan/impak untuk 1
mencapai objektif, matlamat/isu, misi dan visi
7 Akur kepatuhan dengan mandat/arahan
8 Rekod keberkesanan yang lepas
9 Kesesuaian dengan persekitaran terkini
Jumlah Skor
Keputusan Keutamaan Strategi
Borang P2-3
ASARKAN KEUTAMAAN/ PEMBERATAN
2 – Rendah 3 – Sederhana
5 – Amat Tinggi
EGI 1 STRATEGI 2 STRATEGI 3 STRATEGI 4
4 4 3
3 3 3
3 3 3
4 4 4
3 3 3
4 4 3
543
443
443
7 34 33 28
234
SENARAI INISIATIF/STRATEGI MENGIKUT KEUTAMAAN
1. Strategi 1: Meningkatkan kaedah pedagogi guru melalui PAK21 denga
2. Strategi 2: Meningkatkan kemahiran guru-guru dalam penggunaan pe
3. Strategi 3: Meningkatkan motivasi guru-guru untuk menggunakan PA
4. Strategi 4 : Meningkatkan kerjasama antara guru dan komuniti melalu
an kerjasama pegawai SISC+
eta pemikiran (i THINK) sebagai alat penjanaan idea dalam PAK21
AK21 dalam pdpc
ui sarana ibubapa untuk menyokong pencapaian prestasi akademik sekolah.
PELAN INTERVENS
1 2 34 5 6
Bidang Data Bidang Fokus TOV Kriteria Inisiatif
Keberhasilan Dikumpul Baseline Kejayaan
/ Aspirasi (ETR /
Indikator)
GURU LW 40% Meningkatkan 40% guru 74% guru PROGRAM
BERKUALITI berpusatkan kualiti mengamalk mengamalkan ‘BMExS
murid an PDpc PDPc PAK 21 BEST’
pengajaran PAK 21
Standard 4 guru melalui
pengurusan amalan PAK21
pembelajaran
dan
pemudahcaraan
iaitu pada
81.92%.Data
Mac 2020
SI PERANTISAN 2 Borang P2-4
7 8 9 10 11 12 13
Kaedah Evidens Pihak Tempoh Keperluan Sumber Dapatan Kos
Pemantauan Bertanggung Masa Penilaian
Jawab
Penyeliaan Rekod Pengetua Penceramah PAK21 80% guru RM
mmenggunakan pelaksanaan -SiSc+ mengamal 300
borang standard 4 kursus Pen kanan kan PDPc
pentadbiran Bahan cetakan- PAK 21
8 minggu nota. Kertas
mahjong, marker
Learning Walk laporan Pk Hem pen.
Ladap
Pencerapan Pk Koku Cenderamata dan
melalui RPH Rekod sijil penceramah
penyeliaan GKMP
Buku Pelaporan guru
Keceriaan Kelas SU Ladap
Pegawai
SISc+PPD
Kemaman.
Buku RPH
Soal selidik
keberkesana
n program
REFLEKSI
1.1 ASPEK KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN
Saya dapat:
1. Mengurus pelaksanaan projek sehingga berjaya dengan memberi pendedah
projek BMexS BEST, dengan membuat pencerapan, perbincangan dan pen
2. Mengupaya MLT dan Ketua Panitia dalam pelaksanaan intervensi
3. Mengamalkan kepimpinan teragih dalam usaha memastikan perjalanan pr
4. Melaksana dan memahami cara menetapkan sasaran dan penyelarasan tind
1.2 KEKUATAN PROJEK
1. Pdp guru menjadi lebih menarik dan berkesan. Guru menjadi lebih berkey
Walk’ oleh pihak pengurusan sekolah.
2. Memberi keyakinan kepada guru mata pelajaran melaksanakan PLC kepa
3. Murid menjadi lebih bersemangat dan mudah memahami perkara yang di
4. Berlaku jalinan dengan SiSc+ PPD Kemaman dalam proses perkongsian il
dalam usaha mencari dana menjayakan projek
1.3 KELEMAHAN PROJEK
1. Namun begitu terdapat juga kelemahan seperti bilangan guru yang tidak had
2. Program ini perlu mengambil lebih masa supaya keberkesanannya menjadi
1.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Perlaksanaan projek ini perlu dijalankan pada awal tahun. Projek ini mes
guru dan murid. Guru perlu dipantau dan dibimbing, manakala murid perl
2. Projek ini perlu komitmen semua guru dan perlu CPD malah PLC perlu s
3. Sekolah perlu membuat jaringan dan jalinan dengan sekolah lain dan menj
P2-5
han kepada guru melalui mesyuarat, LADAP dan PLC. Seterusnya melaksanakan
nambahbaikan intervensi.
rogram lancar dan harmoni serta hasilnya dapat dikongsi bersama.
dakan untuk mencapai matlamat dan objektif
yakinan. Perkara inidibuktikan daripada pencerapan PdP guru secara ‘Learning
ada guru lain dan boleh menjadi pembimbing kepada mereka.
ajar oleh guru.
lmu PLC. Berlaku juga jalinan dengan badan perniagaan berhampiran sekolah
dir agak tinggi mencapai 15%.
lebih nyata.
sti dipantau dan dinilai dalam beberapa peringkat pelaksanaan yang melibatkan
lu di nilai berdasarkan data keputusan peperiksaan atau ujian.
sentiasa dilakukan dalam kalangan ahli panitia bagi semua subjek di sekolah.
jemput guru yang berkebolehan untuk melaksanakan PLC di sekolah.
Pelaporan Mingguan Perantisan 2 P2-6
NAMA SEKOLAH SMK BUKIT MENTOK, 24000 KEMAMAN, TERENGGANU.
KOD SEKOLAH TEA2033
TARIKH AMALI 6 SEPTEMBER 2020 – 17 SEPTEMBER 2020
NAMA PENGETUA/ TUAN HJ AZHAR BIN DAUD
GURU BESAR
REFLEKSI Kekuatan:
MINGGU 2 1. Sekolah mempunyai pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti tinggi.
Pengetua seorang yang berpengalaman di dalam pengurusan organisasi
menjadikan beliau seorang yang berwibawa untuk mengurus pengurusan
sumber.Beliau berjaya mengupayakan barisan penolong kanan dan pemimpin
pertengahan untuk mengurus dan melaksanakan tugasan mengikut bidang dan
tanggungjawab masing2.
2. Pengetua terlibat secara langsung dalam membuat keputusan berkaitan
kewangan. Pengurusan kewangan ditahap baik dan mendapat status
cemerlang pada tahun 2019. Ia dibantu oleh ketua pembantu tadbir yang
mempunyai pengalaman luas dalam mengurus kewangan sekolah.
Perkara yang perlu diperbaiki:
1. Pelaksanaan program yang lebih terancang
Justifikasi : Program yang dilaksanakan perlu lebih terancang dan mengikut
takwim .Sebarang program yang akan dilaksanakan perlulah dihebahkan
kepada semua guru dan di dalam makluman pengurusan. Ada program yang
dilaksanakan tidak dapat diteruskan kerana tiada di dalam makluman pengetua
dan ditangguhkan ke masa lain. Ini menunjukkan program yang dilaksanakan
tidak dirancang dengan betul
2. Proses penggantian kakitangan
Justifikasi : Kakitangan lain tiada kemahiran dari segi pengurusan kewangan.
Kemahiran pengurusan kewangan perlu disebarluaskan kepada barisan Guru
Penolong kanan dan kakitangan yang lain untuk memastikan ada pelapis yang
akan menggantikan mana2 pegawai yang terlibat dengan pertukaran. Ini
adalah untuk memastikan pengurusan kewangan sentiasa berstatus baik
Tandatangan
Nama Peserta: ZAIMY BIN ZAKARIA
No.K/P: 741204035423
Nama Penyelia: THANABAL A/L M.PALANISMAY
Tarikh Laporan: 10/09/2020
MINGGU 3 Kekuatan:
1. Terdapat pengagihan tanggungjawab dan akauntabiliti diagihkan kepada Guru
Penolong Kanan (GPK) dan pemimpin pertengahan. Pemantauan PDPc juga
melibatkan pemimpin pertengahan. Pemimpin pertengahan telah berjaya
mengupayakan guru-guru untuk melaksanakan aktivti yang dirancang.
Pengurusan program peningkatan prestasi SPM telah berjalan dengan baik di
bawah seliaan Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Kanan Mata
pelajaran Sains dan Matematik. Ini dibuktikan dengan pencapaian GPS SPM 2019
telah meningkat .
Perkara yang perlu diperbaiki:
Pencerapan PDPc
Justifikasi :
Pencerapan PDPc perlu dilaksanakan seperti jadual untuk memastikan
berlakunya pemantauan PDPc . Maklum balas perlu diberi kepada guru untuk
memastikan berlakunya PDPc berkesan
Tandatangan
Nama Peserta: ZAIMY BIN ZAKARIA
No.K/P: 741204035423
Nama Penyelia: THANABAL A/L M.PALANISMAY
Tarikh Laporan: 17/09/2020
MINGGU 4 Kekuatan
1. Pengetua juga dilihat mengamalkan Kepimpinan Instruksional di mana
beliau sentiasa memantau program yang dilaksanakan di sekolah malah
bersama-sama dalam pelaksanaan setiap program bagi memastikan agar
semuanya berjalan dengan baik dan lancar serta menghasilkan impak
yang positif.
2. Kepimpinan Teragih turut diamalkan oleh pengetua di mana guru-guru
dilihat bekerjasama secara kolektif dan kolaboratif mengikut kepakaran
masing-masing dan seterusnya membuat keputusan secara bersama
dalam melaksanakan pelbagai program yang telah dirancang mengikut
takwim sekolah.
Perkara yang Perlu Diperbaiki:
1. Membina Kapasiti
Pengetua perlu memanfaatkan semua sumber dan kepakaran yang sedia
ada agar dapat dikenal pasti sebarang kepakaran dan kemahiran setiap
guru dapat dibangunkan dan membina kapasiti guru berkenaan ke arah
penghasilan kemenjadian pelajar yang tinggi.
2. Penyeliaan dan pemantauan
Rekod dan dokumentasi semua aktiviti dan program perlu ditambah
baik agar pengurusan organisasi menjadi lebih mantap contohnya
perekodan secara maya agar lebih mudah diakses dan penggunaan
sumber dapat dijimatkan..
Tandatangan
Nama Peserta: ZAIMY BIN ZAKARIA
No.K/P: 741204035423
Nama Penyelia: THANABAL A/L M.PALANISMAY
Tarikh Laporan: 24/09/2020
MINGGU 5 Kekuatan kepimpinan
1. Kepimpinan Berwawasan dan bermatlamat.
Beliau merupakan seorang pemimpin yang mempunyai wawasan dan
matlamat. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang jelas dalam
menentukan hala tuju sekolah dan pembangunan sumber manusia.
Beliau bersama barisan kepimpinan sekolah sentiasa mengulangi
matlamat dan hala tuju sekolah serta berkongsi maklumat dengan guru-
guru di bawah pimpinan beliau melalui mesyuarat guru, staf, buku
pengurusan sekolah dan perhimpunan sekolah agar mencapai segala
yang telah ditetapkan dalam perancangan sekolah.
Perkara yang Perlu Diperbaiki:
Dalam usaha untuk menjadi Pengetua yang berprestasi tinggi, beliau perlu
Mengambil kira perkara-perkara berikut:
1. Pengetua seharusnya memberi penekanan yang perlu terhadap
matlamat sekolah dalam kalangan warga sekolah dari semasa ke
semasa. Contohnya, semasa perhimpunan sekolah penekanan boleh
diberi dalam kepentingan penglibatan murid dalam kokurikulum.
Perkara ini dapat memberi kesedaran kepada murid tentang
kepentingan kokurikulum dalam pembinaan sahsiah diri mereka.
2. Dalam pada itu, semasa perhimpunan pengetua akan menyatakan
tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan untuk sepanjang tahun
dan memberi penekanan tentang kepentingan dan manfaat yang
boleh diperolehi daripada program tersebut.
Tandatangan
Nama Peserta: ZAIMY BIN ZAKARIA
No.K/P: 741204035423
Nama Penyelia: THANABAL A/L M.PALANISMAY
Tarikh Laporan: 1/10/2020
MINGGU 6
Kekuatan kepimpinan
1. Gaya kepimpinan kontegensi
Sebagai pemimpin yang berkredibiliti yang tinggi, beliau juga
mengamalkan gaya kepimpinan kontegensi di mana gaya kepimpinan
adalah berdasarkan situasi. Situasi berbeza ditangani dengan gaya
kepimpinan yang tersendiri. Penerapan gaya kepimpinan yang bervariasi
dalam menghadapi pelbagai situasi akan menjadikan kepimpinan lebih
efektif.
Perkara yang Perlu Diperbaiki:
Dalam usaha untuk menjadi Pengetua yang berprestasi tinggi, beliau perlu:
1. Pemantauan penglibatan aktif guru dalam pelaksanaan tugasan
Bagi pengetua yang proaktif, pengetua dan pasukannya perlu melaksanakan
‘Learning Walk’ secara berkala dan guru yang memerlukan penambah
baikan diberi bimbingan. Selain itu, pencerapan dalam kelas juga perlu
dibuat dengan lebih kerap bagi memastikan PdPc yang berkesan berjalan
dalam kelas.
Tandatangan
Nama Peserta: ZAIMY BIN ZAKARIA
No.K/P: 741204035423
Nama Penyelia: THANABAL A/L M.PALANISMAY
Tarikh Laporan: 8/10/2020
MINGGU 7 dan 8 Kekuatan kepimpinan
1. Gaya kepimpinan demokratik
Sebagai pemimpin yang berwawasan dan berprestasi tinggi, beliau juga
mengamalkan Gaya kepimpinan demokratik. Ini kerana beliau bersifat
lebih terbuka dan amat disenangi oleh orang di bawah pimpinannya.
Apabila membuat perbincangan, pemimpin akan mengajak ahli-ahli lain
dan mendengar setiap idea dan pendapat daripada mereka. Pemimpin
mampu menerima kritikan dan pendapat daripada orang bawahan dengan
hati yang terbuka. Dia akan berusaha memperbaiki kelemahan diri agar
disenangi orang bawahan. Pemimpin lebih bersikap matang dan hubungan
dengan orang di bawah pimpinannya adalah rapat kerana pemimpin ini
mementingkan hubungan sesama ahli.
Perkara yang Perlu Diperbaiki:
Dalam usaha untuk menjadi pengetua yang berprestasi tinggi, beliau perlu:
1. Melakukan pemantauan yang berkala
Penyeliaan dan pemantauan perlu dilaksanakan dengan lebih bersistematik
dan perlu dibuat penambah baikan agar pengurusan organisasi menjadi
lebih mantap.
2. Membuat penjajaran semula aktiviti
Sebagai pemimpin berprestasi tinggi perlu membuat penilaian semula
aktiviti yang telah dirancang dan membuat penstrukturan semula bagi
memastikan perlaksanaan yang berkesan dan memberikan impak yang besar
kepada sekolah.
Tandatangan
Nama Peserta: ZAIMY BIN ZAKARIA
No.K/P: 741204035423
Nama Penyelia: THANABAL A/L M.PALANISMAY
Tarikh Laporan: 22/10/2020
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT MENTOK
24000 KEMAMAN TERENGGANU
KERTAS CADANGAN PROGRAM „BMExS BEST‟
TARIKH
21 SEPTEMBER 2020
TEMPAT
BILIK IXORA
ANJURAN
PESERTA NPQEL AMBILAN 1/ 2020 BERSAMA SMK BUKIT MENTOK
KEBERSAMAAN PEMACU KECEMERLANGAN