5. SU Pengurusan Data bertanggungjawab mengemaskini data terkini kelas. Murid, guru, PPM dan inklusifmengikut tapak yang disediakan oleh JPNdan menghantar data tersebut ke PPD dan JPN mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. Perlu juga menguruskan Sistem Maklumat Murid (APDM) seperti yang diminta oleh sekolah . 6. SU EMK bertanggungjawab menguruskan maklumat dan data yang diminta oleh JPN untuk tujuan pembayaran EMK kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK). Memastikan semua murid yang berkelayakkan menerima EMK. SU EMK perlu memaklumkan kepada waris untuk mengemaskini buku akaun BSN murid apabila setiap kali elaun dimasukkan ke dalam akaun bagi megelakkan daripada berlakunya keciciran atau terlebih bayar. 7. SU SPBT PPKI bertanggungjawab memastikan keperluan buku teks murid PPKI mencukupi. Mengurus kutipan data SPBT, mewujudkan fail stok SPBT PPKI dan tempat yang selamat untuk buku teks. Menerima buku teks yang baru sampai, membuat perakuan penerimaan, memasukkan stok dan menandakan cop rasmi serta memberi nombor kod buku yang dibekalkan. Membuat pesanan buku teks ke JPN jika buku sedia ada tidak mencukupi . 8. SU Pengurusan 3K bertanggungjawad first aid (peti ubat) yang lengkap untuk kegunaan kecemasan. Merancang keceriaan kelas PPKI dengan sebaiknya bagi mewujudkan suasana pembelajaran dan persekitaran sekolah yang menarik, kemas dan tersusun rapi 9. SU Bimbingan dan Kauseling PPKI bertanggungjawab memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada murid PPKI yang terlibat dengan masalah disiplin serta berkerjasama dengan Guru Kaunseling Sekolah . 10.SU Bantuan dan Kebajikan bertanggungjawab mengenalpasti murid-murid PPKI dari keluarga yang memerlukan bantuan. Merancang program yang bersesuaian untuk membantu keluarga berkenaan untuk menerima bantuan yang selayaknya. 11.SU RMT bertanggungjawab untuk mengedarkan borang RMT dan borang kebenaran waris berkenaan kepada murid PPKI. Memastikan semua murid PPKI menerima RMT. Memberi susu kepada murid PPKI yang berkelayakan . 12.Pengurusan APDM melibatkan guru kelas PPKI. Guru kelas bertanggungjawab untuk mengemaskini maklumat terkini murid PPKI dalam sistem APDM. Guru kelas juga perlu mengisi kehadiran murid dalam sistem kehadiran murid setiap pagi. Jika menghadapi masalah log in dan sebagainya, guru kelas perlu memaklumkan segera kepada masalah ini kepada PK HEM atau Pembantu Tadbir yang berkenaan. 13.Penyelaras HEM dengan bantuan PKPK bertanggungjawab menghantar maklumat berkenaan murid PPKI yang akan ke tingkatan 1 pada tahun hadapan ke JPN @ PPD jika diminta berbuat demikian. Perlu mendapat kebenaran dan persetujuan ibubapa/waris sebelum sebarang keputusan dibuat sebelum menghantar murid ke tingkatan 1. 14.Penyelaras HEM dengan bantuan PKPK bertanggungjawab memastikan setiap pertukaran murid PPKI mengikut prossedur yang telah ditetapkan. Menyiapkan segala dokumen yang lengkap untuk dikirimkan ke sekolah baru murid berkenaan. 15.Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar darisemasa ke semasa.
C) PENGURUSAN KO-KURIKULUM PPKI 1. Memudahkan pengurusan pentadbiran KoKurikulum di PPKI . 2. Penyelaras KoKurikulum bertanggungjawab memastikan semua fail lengkap diisi dengan maklumat yang berkaitan dan juga memastikan semua aktiviti Sub Unit KoKurikulum PPKI yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. 3. SU Pengakap Kanak-Kanak bertanggungjawab untuk mengemaskini fail dengan memasukan semua maklumat yang perlu ada di dalam fail tersebut mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Menyiapkan jadual waktu aktiviti serta menyediakan kumpulan murid. Menanda kehadiran murid PPKI dalam rekod kehadiran yang disediakan. Menyiapkan laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan . 4. SU Kelab Keusahawanan bertanggungjawab untuk mengemaskini fail dengan memasukkan semua maklumat yang perlu ada di dalam fail tersebut mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Menyiapkan jadual waktu aktiviti serta menyediakan kumpulan murid. Menanda kehadiran murid PPKI dalam rekod kehadiran yang disediakan. Menyiapkan laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan . 5. SU 1 Murid 1 Sukan bertanggungjawab untuk mengemaskini fail dengan memasukan semua maklumat yang perlu ada di dalam fail tersebut mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Menyiapkan jadual waktu aktiviti serta menyediakan kumpulan murid. Menanda kehadiran murid PPKI dalam rekod kehadiran yang disediakan. Menyiapkan laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan. 6. AJK Rumah Sukan PPKI bertanggungjawab untuk memilih murid PPKI mengikut rumah sukan sekolah dan membuat senarai nama murid dan guru mengikut rumah sukan yang telah ditetapkan. Memberi senarai nama tersebut jika diminta oleh SU Sukan Sekolah. Merancang bersama-sama guru-guru PPKI berkenaan acara sukan yang akan dijalankan untuk murid PPKI semasa Sukan Sekolah berlangsung. Menyiapkan borang berkenaan untuk di isi semasa pertandingan dijalankanya bagi mengelakkan berlakunya kehilangan maklumat selepas Sukan Sekolah berlangsung. 7. AJK Merentas Desa PPKI bertanggungjawab memastikan semua murid PPKI terlibat dalam Program Merentas Desa anjuran sekolah, menghadiri Mesyuarat Merentas Desa dan menyampaikan maklumat yang diperolehi kepada semua murid PPKI bagi memastikan program berjalan dengan lancar dan guru bagi melancarkan perjalanan program dan mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini. 8. SU Koakedemik bertanggungjawab memastikan aktiviti yang dilaksanakan haruslah berkaitan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Masalah Pembelajaran terkini serta bertanggungjawab mengurus sebarang pertandingan koakedemik anjuran PPD/JPN/KPM. 9. SU Aktiviti luar bertanggungjawab memastikan dan merancang segala aktiviti di luar kelas berjalan seperti yang dirancang mengikut prosuder SPI Aktiviti Luar yang terkini. 10. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar darisemasa ke semasa.
KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke tahun satu di sekolah formal. SEJARAH PRASEKOLAH SK BUKIT GAMBIR Ditubuhkan pada tahun 2006 Sebuah kelas yang diubahsuai baru bagi menempatkan 1 buah kelas prasekolah iaitu Pra Bestari Sebuah lagi bangunan baru dibina pada tahun 2008 yang menempatkan sebuah kelas iaitu Pra Cemerlang.
Pengerusi Ahmad Azmi bin Haji Aiyob (Guru Besar) Naib Pengerusi Kamaludin bin Shawal Hamid (GPK Pentadbiran) Muhamad Izwan Firdaus bin Mohamad Yahaya (GPK Hal Ehwal Murid) Zuraydah binti Aboo Bakar @ Abu Bakar (GPK Ko-Kurikulum) Norazilla binti Abdullah (GPK PPKI) AJK Pn. Siti Sarah bt. Ismail Pn. Ku Noorul Ain bt. Hj. Tuan Mat Pn. Rosfazilah bt. Mokhtar Pn. Nordina Binti Kamaruzaman CARTA ORGANISASI PRASEKOLAH SK BUKIT GAMBIR
JADUAL PdP MURID PRASEKOLAH (BESTARI, CEMERLANG) Isnin - Jumaat : 7.30 pagi - 12.00 tengahari *makanan dan minuman disediakan pada waktu sarapan dan rehat *murid perlu berada di sekolah sebelum 7.30 pagi *ibubapa / penjaga perlu mengambil murid di pagar B sebelum 12.10 tengahari. AKTIVITI TAHUNAN PRASEKOLAH Sambutan hari lahir Pemeriksaan gigi Pemeriksaan Kesihatan Sukaneka Graduasi Sambutan hari guru Sambutan kemerdekaan Sambutan Maulidur Rasul Hari kanak-kanak Semua aktiviti tertakluk pada arahan dan SOP terkini
1. Ibu bapa / Penjaga SAHAJA dibenarkan mengambil murid. 2. Maklumkan kepada guru sekiranya pihak lain yang datang mengambil murid. 3. Ibu bapa / Penjaga perlu menghantar dan mengambil murid mengikut masa yang ditetapkan olehpihak sekolah. 4. Sekiranya ibubapa / penjaga menggunakan perkhidmatan van, sila berurusan dengan pihak van. 5. Maklumkan kepada guru jika murid mengalami penyakit kronik atau penyakit berjangkit. PENTAKSIRAN MURID PRASEKOLAH Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang masa Bukan hanya pertengahan dan hujung tahun Tidak ada ujian atau peperiksaan dijalankan tetapi latihan bertulis diberi dan sentiasa dinilai. KAEDAH PENTAKSIRAN 1. Dalam pendidikan prasekolah, pentaksiran di buat berdasarkan PEMERHATIAN. 2. Apakah yang diperhatikan? • Lisan • Projek • Hasil kerja • Tingkah laku • Lain-lain KESELAMATAN MURID
PERANCANGAN TAHUNAN PRA SEKOLAH BAGI TAHUN 2024/2025 BULAN AKTIVITI CATATAN MAC - Pendaftaran Murid Baru. - Taklimat Orientasi Prasekolah Sesi 2024 - Minggu Orientasi Murid Prasekolah - Penyediaan Profil Murid. - Keceriaan Kelas. - pendaftaran untuk tahun 2025 diiklankan - kemaskini data SMPK APRIL - Pertandingan Mewarna. - Penyediaan Rekod Dan Pentaksiran. - Pemantauan Rekod Dan Pentaksiran. - Program 1 Hari 1 Huruf - Program 1 Hari 1 Nombor - Program Jom baca - Keceriaan Kelas. - Program Ihya Ramadhan MEI - Pertandingan Wonder kids - Projek Bakul makanan Intel - Pengurusan Fail Prasekolah - Sambutan hari lahir (Jan –Mei) - Sambutan hari Raya - Sambutan hari guru. - pengesahan permohonan Prasekolah sesi 2025 JUN - Pentaksiran IPPK kali pertama - pertandingan mewarna/kolaj/nyanyian - Program Pandai mengeja cepat membaca - Pemeriksaan kesihatan JULAI - pemantauan rekod dan pentaksiran. - penghasilan ABM bersama murid. - Program Smart English - Penilaian Projek Peringkat Daerah - kemaskini data SMPK OGOS - sambutan hari lahir (Jun – ogos) - pelancaran bulan kemerdekaan. - pertandingan mewarna dan sajak bertemakan hari kemerdekaan. - Pakaian beragam Kemerdekaan - keceriaan kelas. - SEPTEMBER - Pertandingan tunjang bahasa dan komunikasi (bercerita/choral speaking) - pemantauan rekod pentaksiran. - keceriaan kelas. - sesi fotografi konvokesyen - keceriaan kelas. - majlis penutupan dan penyampaian hadiah sempena bulan kemerdekaan. - Pertandingan bercerita OKTOBER - pengisian rekod pentaksiran murid. - penyemakkan rekod dan profil murid. - sambutan hari lahir. - sambutan hari kanak-kanak. - kemaskini data SMPK NOVEMBER - Projek bijak Bahasa - Projek bijak angka DISEMBER - Pertandingan mewarna. - keceriaan kelas. JANUARI -Program Pengukuhan FEBRUARI - Pentaksiran IPPK kali kedua - Program Apresiasi - Sambutan Hari Lahir & Jamuan Akhir Tahun MAC - Pendaftaran Murid Baru. - Taklimat Orientasi Prasekolah Sesi 2025 - Minggu Orientasi Murid Prasekolah - Penyediaan Profil Murid. - Keceriaan Kelas. - pendaftaran untuk tahun 2026 diiklankan