The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adrianahaziqah03, 2022-03-21 11:32:27

BMMB1104 TUGASAN 1

BMMB1104 TUGASAN 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kementerian Pendidikan Malaysia

KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

BMMB1104
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Nama : ADRIANA HAZIQAH BINTI KAMARUL AZLAN
No. K/P : 031121140926
Angka Giliran : 2021242310222
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Unit : X10
Nama Pensyarah : ENCIK ABDUL RANI BIN HASSAN

Tarikh Hantar : 14 MAC 2022

PENGAKUAN PELAJAR

Saya mengaku bahwa tugasan ini kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan pelajar: ............................................................ Tarikh: .......14 MAC 2022.......

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tanda Tangan Tanda Tangan
Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah say rujuk dan
faham.

Tanda tangan pelajar: ............................................................ Tarikh: ..........................................

JKA/Jun2019

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)

TAHUN AKADEMIK: 2022

Program : PPISMP Nama Pelajar: ADRIANA HAZIQAH BINTI KAMARUL AZLAN

Kod : BMMB1104 Semester/Tahun: SEMESTER II / TAHUN 2022

Nama Kursus : KESUSASTERAAN DAN Ambilan JUN 2021
KEBUDAYAAN
MELAYU :

Kumpulan X1, X2, X3, X4, X5, X6, X7, X8,

X9, X10 DAN X11.
:

TUGASAN TARIKH MULA TARIKH HANTAR

PENGHASILAN PRODUK 22 FEBRUARI 2022 14 MAC 2022

PERSEMBAHAN KPPB – GPMK1012; 14 MAC 2022 08 APRIL 2022
BMM1014; BMM1024; dan
BMM1034 (30 minit)

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam puisi
tradisional. (C2, HPP1)

2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan Melayu, kebudayaan
kebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4, HPP2, KKG2)

3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera. (C3, A3, HPP2,
HPP5, KKG1, KIK2 )

Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3.

Objektif Pentaksiran Berterusan:

Pelajar dapat:
1. Menerangkan dan menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi
akal budi dalam puisi tradisional dalam bentuk penghasilan produk iaitu e-book.
2. Mengaplikasi asas-asas kritikan sastera terhadap karya Sastera terpilih.
3. Membentangkan contoh karya sastera yang telah dianalisis melalui persembahan kumpulan.

TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%):
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran
pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin
dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa,
kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.

Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book dengan
menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta memanifestasikan akal budi
dalam sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan sebuah gurindam.

Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing- masing yang
merangkumi tajuk-tajuk berikut:

• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.

TUGASAN 2 Persembahan (30%):
KPPB – BMMB1114; BMMB1144; dan BMMB1124.

1. Dalam kumpulan yang tidak melebihi tiga orang, anda dikehendaki untuk mengaplikasikan ciri-
ciri kritikan sastera terhadap dua buah karya sastera :
i. sebuah karya sastera kanak-kanak
ii. sebuah karya sastera remaja

2. Persembahan dan aktiviti yang dilakukan perlu menghubungkaitkan aspek kandungan dan
elemen komunikasi dengan ciri-ciri komunikasi yang berkesan dan berhemah melibatkan
penggunaan pelbagai alat kemahiran berfikir dan dilakukan secara matang, kritis dan analitis
serta mempunyai nilai akademik yang tinggi.

3. Anda perlu menunjukkan kolaboratif yang baik dalam kalangan ahli kumpulan semasa simulasi
kumpulan dipersembahkan.

4. Tugasan ini berkongsi Idea Utama, iaitu Seni dan literasi menelusuri kesantunan bahasa dan
sastera dengan kursus-kursus yang lain, iaitu BMMB1114 – Pengenalan sistem ejaan jawi dan
rumi; BMMB 1144 – Kesantunan Berbahasa; dan BMMB1124 – Literasi Bahasa.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:
1. Tugasan 1 merupakan tugasan INDIVIDU dalam bentuk penghasilan produk iaitu e-book.
2. Tugasan 2 merupakan tugasan KUMPULAN.
3. Tugasan 1 dilaksanakan meliputi perkara seperti yang berikut:
3.1 Dilaksanakan secara individu.
3.2 Boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpulkan data atau maklumat. Namun anda

perlu memastikan bahawa setiap data atau maklumat yang digunakan mestilah merangkumi
jurnal, buku rujukan dan sumber Internet.
3.3 Hasil kerja perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
3.4 Format penulisan seperti yang berikut:-
i. Muka depan kerja kursus pelajar hendaklah dimuat turun oleh pelajar sendiri dari iTEMS, IPG
Kampus Ipoh ii. Muka surat pertama BORANG
PENGESAHAN PELAJAR
iii. Muka surat kedua SOALAN
TUGASAN iv. Fon Arial.
v. Saiz huruf ialah 11 point.
vi. Langkau 1.5 baris.
vii. Penulisan dan sumber rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
yang terkini.
viii. Penulisan dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan rumi.
3.5 Rujukan mencukupi yang terdiri daripada jurnal dan buku serta lampirkan senarai rujukan
dalam esei anda.
3.6 Gejala plagiat TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
3.7 Hasil tugasan PERLU diserahkan kepada pensyarah mengikut masa dan tarikh yang
ditetapkan. Tugasan yang dihantar LEWAT tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred
pencapaian.

4. Pelaksanaan Tugasan 2 adalah seperti yang berikut:
4.1 Persembahan Kumpulan yang terdiri daripada dua atau tiga orang dalam satu kumpulan.
4.2 Setiap persembahan kumpulan dijalankan selama 30 MINIT.
4.3 Semua ahli kumpulan perlu terlibat dalam persembahan kumpulan.

5. Pentaksiran berterusan ini secara keseluruhannya membawa markah 60%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria seperti yang berikut :

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan haruslah meliputi perkara seperti yang berikut:

2.1 Persembahan yang menarik dan menjawab soalan tugasan.
2.2 Aspek kandungan tepat dan dapat mengupas kehendak soalan.
2.3 Rumusan mantap dan menjawab persoalan pentaksiran berterusan.

3. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation atau rujukan teks yang dapat menyokong hujah-hujah
yang anda kemukakan.

4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dan sokongan ilmiah.
5. Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa dan kematangan hujah dalam

menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal.
6. Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheren.

7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan
(sekurang-kurangnya 10 SUMBER yang meliputi buku, sumber Internet, jurnal dan bahan-
bahan bercetak yang lain).

Kriteria Pentaksiran

Tugasan akan disemak berdasarkan skema pemarkahan dan rubrik pentaksiran yang disediakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.................................................. .................................................
(HJ. ABDUL RANI BIN HASSAN) (DR. NAZRI BIN ZAINUDIN)

Penyelaras Kursus BMMB 1104 Pakar Bidang (SME)
Kesusasteraan dan Kebudayaan Jabatan Pengajian
Melayu, Melayu, IPG Kampus
Jabatan Pengajian Melayu, Ipoh.
IPG Kampus Ipoh.
Tarikh: 03 FEBRUARI 2022
Tarikh: 28 JANUARI 2022

Disahkan oleh:

.......................................

(SHAMSUDDIN BIN ABU BAKAR)
Ketua Jabatan Pengajian
Melayu,
IPG Kampus Ipoh, Perak.

Tarikh: 04.02.2022

KESUSASTERAAN
MELAYU

Adriana Haziqah Binti
Kamarul Azlan

Isi Kandungan

1.0 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU........................................... 1
2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU..................................................... 2

2.1 TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU................................................. 2
2.2 JENIS DAN BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU............................ 3
2.3 CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU............................................... 6
3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU....................................................... 8
3.1 HIBURAN............................................................................................ 8
3.2 PENDIDIKAN...................................................................................... 9
3.3 DAKWAH............................................................................................ 10
3.4 KRITIKAN SOSIAL.............................................................................. 11
4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI ...................................................................... 12
4.1 PANTUN.............................................................................................. 12
4.2 SYAIR................................................................................................... 13
4.3 SELOKA............................................................................................... 14
4.4 GURINDAM....................................................................................... 16
5.0 RUMUSAN............................................................................................... 18
6.0 RUJUKAN................................................................................................. 19

Pengenalan Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil ciptaan karya seni yang
dikarang atau dicipta oleh masyarakat Melayu sendiri. Di samping itu,
kesusasteraan Melayu juga dinilai atau dianggap sebagai hasil karya
masyarakat Melayu yang menghimpunkan kata-kata indah, menyampaikan
mesej atau pesanan kepada pembaca dan menggambarkan perasaan
dalam diri atau keadaan yang dialami oleh masyarakat setempat. Secara
ringkasnya, sastera melayu merupakan satu hasil karya seni yang indah
dan menggunakan bahasa yang tersusun.




1

Takrif Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan melayu dapat ditakrifkan sebagai karya seni yang menggunakan
keindahan bahasa. Perkataan sastera di ambil atau berasal daripada perkataan bahasa
Sanskrit yang iaitu ‘castera’ yang membawa maksud baik atau indah. Seterusnya,
perkataan susastera dapat dibahagikan kepada dua perkataan yang berbeza iaitu ‘su’ dan
‘sastera’ di mana perkataan ‘su’ didefinisikan sebagai indah atau berfaedah manakala
perkataan ‘sastera’ pula bermaksud huruf atau buku. Dalam pada itu, menurut Siti Hajar
Abdul Aziz (2011) dalam buku Bahasa Melayu I edisi kedua, mengatakan bahawa
perkataan kesusasteraan diambil daripada perkataan Sanskrit iaitu susastera yang
bermaksud huruf atau buku indah. Oleh itu, kesusasteraan pula dapat diertikan sebagai
kumpulan buku yang menggunakan bahasa-bahasa indah dan isi kandungannya
merupakan isi-isi yang baik.

Dalam pada itu, menurut kamus dewan, kesusasteraan didefinisikan sebagai karya
tulisan atau ciptaan seni dalam bentuk prosa atau puisi di mana ianya mempunyai ciri-ciri
keistimewaan yang tertentu. Bagi konteks pendidikan pula, kesusasteraan Melayu
merupakan karya asal yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan mempunyai unsur-unsur
keindahan dan kehalusan dalam pelbagai bentuk seperti novel, cerpen, drama, sajak,
prosa tradisional atau puisi tradisional untuk mengimbangi aspek rohani, jasmani, intelek
dan emosi.

2

Jenis Dan Bentuk Kesusasteraan Melayu

Jenis dan bentuk karya kesusasteraan Melayu dapat dibahagikan kepada empat kategori utama iaitu:

Prosa Tradisional
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), tradisional dapat diertikan sebagai serius dan nilainya yang

abadi serta mempunyai ciri-ciri lazim dan tidak berubah mengikut peredaran masa. Prosa tradisional
merupakan salah satu sastera yang masih menjadi sumber pengetahuan kepada masyarakat.

Prosa tradisional adalah berbeza daripada sastera lama. Hal ini demikian kerana sastera lama
adalah bersifat sementara manakala prosa tradisional pula merupakan sastera yang bersifat warisan di
mana ianya diwarisi secara turun-temurun. Prosa tradisional menerima pengaruh Hindu dan Buddha
pada awalnya tetapi tidak berhasil mengembangkan prosa tradisional tersebut kepada tahap yang lebih
luas. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam prosa tradisional ialah bahasa Sanskrit dan Melayu Kuno
yang menyukarkan masyarakat untuk memahami cerita yang disampaikan.

Setelah itu, prosa tradisional mengalami perubahan atau perkembangan yang positif setelah
kedatangan ajaran Islam. Pada ketika itu, istana dijadikan sebagai pusat perkembangan kesusasteraan
Melayu klasik yang utama. Karya-karya ditulis berdasarkan perintah raja dan tidak hanya terhad kepada
bidang kesusasteraan malah meliputi agama, perbuatan, sejarah dan sebagainya. Prosa tradisional
terbahagi kepada dua iaitu :

- Sastera Rakyat (lisan)
Sastera rakyat merupakan karya yang disampaikan secara lisan. Menurut Zaidan et al. (2000:182),

adalah ungkapan yang dikeluarkan dari mulut ke mulut. Antara ciri sastera rakyat ialah disebarkan
secara lisan, bersifat tradisional, wujud dalam pelbagai variasi dan bersifat anonimi iaitu menggunakan
nama samara dan tidak menggunakan nama pencipta. Sastera rakyat pula terbahagi kepada dua iaitu
naratif seperti mitos, legenda dan cerita dan bukan naratif iaitu seperti puisi rakyat.

i. Mitos
Cerita yang dianggap sebagai peristiwa yang pernah berlaku atau benar-benar berlaku dan juga

dianggap suci oleh masyarakat yang menyokongnya. Mitos ini menceritakan tentang kejadian alam,
manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan bentuk muka bumi. Antara ciri mitos ialah peristiwa yang
dianggap benar-benar terjadi dan kedengaran aneh malah ada yang menganggapnya sebagai keramat.
Mitos ini juga dikatakan sebagai peristiwa yang berlaku di masa lampau misalnya kisah Tasik Cini.

ii. Legenda
Cerita yang dipercayai benar-benar berlaku tetapi tidak dianggap suci. Antara ciri legenda ialah

komunikasi secara lisan yang menceritakan tentang kisah-kisah mengenai para tokoh atau pahlawan.
Antara contoh legenda yang masih diperkatakan sehingga hari ini ialah legenda Hang Tuah dan Tun
perak serta Si Tanggang. Dalam pada itu, ada juga legenda yang berasaskan tempat misalnya legenda
Kampung Tok Pasai dan Batu Gajah.

3

Jenis Dan Bentuk Kesusasteraan Melayu

iii. Cerita rakyat
Cerita rakyat ini dibuat bertujuan sebagai hiburan kepada masyarakat dan tidak dianggap

sebagai peristiwa yang benar-benar terjadi. Cerita rakyat juga dibuat untuk menegakkan kebenaran dan
memberi iktibar dan pengajaran kepada para pendengar. Kebanyakan cerita rakyat dibuat berasaskan
cerita binatang dan juga cerita penglipur lara. Sebagai contoh, cerita-cerita rakyat yang masih didengari
pada masa kini ialah cerita Sang Kancil dan Hikayat Malim Dewa. Selain itu, cerita jenaka iaitu cerita
yang dapat menghiburkan hati dan cerita teladan juga merupakan kategori-kategori cerita rakyat
misalnya cerita Pak Pandir dan Batu Belah Batu Bertangkup.

-Sastera Istana (tulisan)
Seterusnya ialah sastera istana. Sastera istana merupakan sebuah karya sastera yang

diperkenalkan setelah kedatangan Islam dan setelah berlakunya perkembangan sastera di istana.
Antara contoh sastera tulisan ialah sastera hikayat seperti Hikayat Gul Bakawali, sastera undang-undang
seperti undang-undang Adat Pepatih, sastera epik seperti Hikayat Hang Tuah, sastera panji seperti
Hikayat Cendawan Putih dan sastera agama seperti Hikayat Bulan Terbelah.

Prosa Moden
Prosa moden pula dikatakan sebagai karya sastera yang terhasil selepas tahun 1800 masihi.

Antara contoh prosa moden ialah cerpen, novel dan juga drama.

Pertamanya, perkataan cerpen merupakan hasil gabunga dua perkataan iaitu cerita dan pendek.
Cerpen dihasilkan untuk menzahirkan perasaan pengarang dan memberi gambaran tentang situasi
sesuatu zaman. Cerpen hanya berfokuskan kepada satu tema sahaja dan menyertakan beberapa
persoalan yang dapat memberikan kesan terhadap pembacaan para pembaca cerpen. Dalam penulisan
cerpen juga, plot yang ditulis adalah plot yang tidak rumit dan hanya ada satu plot sahaja dalam cerpen
untuk dikembangkan.

Keduanya ialah novel. Novel merupakan karya rekaan di mana isinya berkisahkan tentang
kehidupan masyarakat. Istilah novel diambil daripada perkataan Itali iaitu novella yang membawa
maksud satu benda kecil yang baharu. Novel yang ditulis boleh bercorakkan tentang kisah kehidupan
manusia, kemasyarakatan dan semanagat kebangsaan. Antara contoh novel yang ditulis ialah novel
Cinta Gadis Rimba karya Harun Aminurrashid dan novel Pahlawan Rimba Malaya.

Akhir sekali, drama juga merupakan salah satu prosa moden yang menyampaikan mesej melalui
sketsa atau lakonan yang mempunyai dialog. Skrip drama merupakan satu unsur yang mendukung
keberhasilan sesuatu drama di samping menjadi panduan pengarah. Selain itu, dalam lakonan, unsur
pementasan seperti cahaya, bunyi dan pakaian juga memainkan peranan yang penting bagi sesuatu
drama.

4

Jenis Dan Bentuk Kesusasteraan Melayu

Puisi Tradisional
Puisi tradisional pula dapat dibahagikan kepada empat kategori iaitu pantun, syair, gurindam

dan seloka.

Pertama sekali, pantun merupakan satu karya sastera yang menggunakan kaedah rangkapan.
Pantun merupakan karya yang mengandungi unsur pembayang maksud dan unsur maksud. Pantun
juga terdapat dalam beberapa rangkap misalnya terdapat pantun dua rangkap, empat rangkap, enam
rangkap, lapan rangkap dan dua belas rangkap. Terdapat pelbagai jenis pantun yang direka bergantung
kepada fungsinya. Maksudnya, terdapat pantun yang direka bertujuan untuk menghibur, untuk
memberi nasihat dan untuk meluahkan perasaan.

Seterusnya ialah gurindam. Gurindam merupakan stau bentuk puisi Melayu tradisional yang
diperkenalkan oleh Raja Ali haji melalui ‘Gurindam Dua Belas’. Gurindam ini berbentuk terikat di mana
bahasa yang digunakan merupakan bahasa yang bernas dan isinya mengandungi nasihat dan iktibar
kepada masyarakat. Perkataan gurindam berasal dari bahasa Tamil iaitu ‘iradam’ atau ‘kirandam’ yang
bermaksud puisi secara terbuka.

Selain itu, syair merupakan sejenis karya sastera yang berbentuk puisi di mana ianya berasal
dari Parsi. Syair ini diubahsuai mengikut kesesuaian bahasa Melayu Klasik. Syair juga dikatakan berasal
daripada puisi Arab iaitu ‘syir’ir’. Antara contoh syair ialah syair Bukan Fitnah.

Akhirnya ialah seloka. Seloka ialah satu bentuk puisi tradisional yang bercorak karangan
berangkap atau bahasa yang berirama. Istilah seloka ini diambil daripada perkataan Sanskrit iaitu
‘shloka’ yang membawa maksud berseloroh atau menyindir. Antara contoh seloka adalah seperti Seloka
Pak Kaduk dan Seloka Pandai Pak Pandir.

Puisi Moden
Sajak merupakan contoh puisi moden. Sajak merupakan puisi yang mementingkan keberkesanan

pengungkapan perasaan melalui pemilihan kata-kata dan irama yang betul. Sajak juga dikatakan
sebagai luahan perasaan daripada seorang penyair. Antara contoh sajak ialah sajak Ayah.

5

Ciri-ciri Kesusasteraan Melayu

Dalam kesusasteraan Melayu, terdapat empat ciri-ciri kesusasteraan, antaranya:

i. Keindahan
Keindahan kesusasteraan Melayu dapat dilihat daripada gaya atau lenggok bahasa yang
digunakan dalam sesuatu karya sastera.
Keindahan juga dapat dilihat dari segi struktur ayat atau susunan ayat sama ada unsur-
unsur tersebut dapat digabungkan menjadi satu kesatuan dan menghasilkan sesuatu yang
utuh.
Sesuatu hasil karya juga dikatakan sebagai indah apabila unsur-unsur dalam karya tersebut
memenuhi empat syarat iaitu keutuhan, keseimbangan, keselarasan dan berfokus kepada
sesuatu unsur.

ii. Mencerminkan Pengalaman
Pengalaman di sini merujuk kepada tindak balas yang teguh daripada jiwa seseorang
individu atau manusia dan juga digambarkan secara realiti.
Realiti di sini bermaksud sesuatu yang dialami oleh pancaindera manusia atau seseorang
yang akan menghasilkan satu tindak balas sama ada terhadap fikiran, perasaan dan juga
imaginasi yang akhirnya disebut sebagai pengalaman.
Dalam karya sastera, pengalaman manusia dizahirkan melalui bahasa di mana pengalaman
seseorang terutamanya pengkarya dapat dikongsikan bersama orang lain dengan hanya
menggunakan bahasan yang membolehkan pembaca untuk merasakan dan
menggambarkan sendiri apa yang dialami oleh pengkarya tersebut.

iii.Pengalaman Seni
Melalui suatu karya sastera, para pembaca dapat mendalami fikiran dan perasaan yang
hendak diungkapkan oleh para pengkarya.
Nilai sesuatu karya sastera itu bergantung kepada perkara, cara dan bentuk yang
disampaikan oleh seseorang pengkarya kepada pembacanya
Hasil karya tersebut hendaklah berkemampuan untuk memberikan kepuasan kepada
pembaca keranan berhasil untuk mendalami buah fikiran dan perasaan pengkarya malah
para pembaca juga haruslah berasa kagum dengan nilai-nilai seni yang terdapat dalam
karya tersebut.

6

Ciri-ciri Kesusasteraan Melayu

Dalam kesusasteraan Melayu, terdapat empat ciri-ciri kesusasteraan, antaranya:

iv.Karya Seni
Terdapat tiga perkara yang membezakan sesuatu karya itu sama ada karya sastera atau
karya bukan sastera iaitu sifat fiksyen, nilai estetik dan gaya bahasa yang spesifik.
Fiksyen bermaksud karya yang dihasilkan adalah hasil daripada pengalaman pengkarya itu
sendiri atau tindak balasnya terhadap alam reality.
Kewujudan nilai estetik dapat memastikan para pengkarya menzahirkan perasaannya yang
sebenar. Sastera sebagai karya seni harus mempunyai ciri tersebut:
·Keselarasan

Setiap unsur dalam sastera harus mempunyai keselarasan di mana unsur dalam sastera akan
menjadi asas untuk mengukuhkan unsur sastera yang lain.


·Penekanan

Unsur-unsur yang penting dalam karya hendaklah ditekankan lebih daripada unsur yang
kurang penting.


·Keutuhan

Setiap bahagian dalam sastera haruslah menunjang kepada usaha mengungkapkan isi hati
pengkarya.



·Keseimbangan
Unsur-unsur dalam karya haruslah seimbang dari segi pemberatannya berdasarkan fungsinya

yang tersendiri.

7

FUNGSI
KESUSASTERAAN

MELAYU

HIBURAN

Hiburan diperlukan dalam menghasilkan karya sastera yang mampu membawa
dan menyerikan kehidupan dengan keseronokan. Hiburan wujud daripada
keindahan kata-kata yang digunakan dalam karya sastera, irama atau rentak yang
dipilih khusus untuk sesuatu karya sastera. Selain itu, keindahan kata, irama dan
rentak yang tersusun rapi, kemampuan karya sastera untuk membolehkan para
pembaca menjiwai isi yang disampaikan serta unsur-unsur kelucuan juga dikatakan
sebagai satu hiburan dalam karya sastera. Karya sastera yang berfungsi sebagai
hiburan menjadikan masyarakat terdahulu mecintai karya sastera seperti cerita
penglipurlara.

Seterusnya, contoh karya sastera yang mempunyai unsur hiburan ialah cerita
jenaka seperti cerita Pak Kaduk. Pak Kaduk merupakan satu cerita jenaka yang
terkenal dan dikenali oleh orang ramai. Watak Pak Kaduk merupakan unsur jenaka
atau hiburan yang terdapat dalam cerita tersebut. Ceritanya bermula apabila Pak
Kaduk yang mempunyai kegilaan yang mendalam dalam pertandingan laga ayam
telah dicabar oleh seorang raja untuk berlaga ayam dengannya. Namun begitu,
sebelum pertandingan tersebut bermula, raja tersebut telah membuat satu
permintaan iaitu dia ingin menukarkan ayamnya dengan ayam milik Pak Kaduk.
Justeru itu, Pak Kaduk terus bersetuju dengan permintaan raja tanpa berfikir
dengan panjang. Akhirnya, Pak Kaduk telah tewas dalam pertandingan tersebut
akan tetapi Pak Kaduk yang menyangkakan bahawa ayamnya telah memenangi
pertandingan itu telah mendapat malu. Hal ini demikian kerana, pada hari
pertandingan, Pak Kaduk memakai pakaian yang dibuat daripada kertas sebagai
satu kelainan dan apabila dia bersorak riang tatkala menyangkakan bahawa
ayamnya telah memenangi pertandingan itu telah menyebabkan pakaiannya koyak
rabak lalu dirinya menjadi tontonan kerana tidak memakai sebarang pakaiannya.
Pak Kaduk akhirnya menyesal akan perbuatannya itu.

Kesimpulannya, dalam kisah Pak Kaduk ini, dapat disimpulkan bahawa cerita
ini bukan hanya dipenuhi dengan unsur hiburan malah ianya juga diselitkan dengan
pengajaran-pengajaran yang dapat dijadikan sebagai iktibar dalam kehidupan
seharian. Sistem pemerintahan pada zaman itu mengamalkan sistem feudalisme di
mana raja tidak akan dikritik atau dihina walaupun mereka tidak menjalankan
tanggungjawab yang diamanahkan. Dalam cerita tersebut juga, unsur-unsur
perjudian seperti pertandingan laga ayam juga dapat memberi iktibar kepada
pembaca untuk menghindari aktiviti tersebut yang jelas bertentangan dengan
syariat Islam.

8

PENDIDIKAN

Seterusnya, karya sastera juga berfungsi sebagai pendidikan di mana
pengalaman-pengalaman pengarang yang diterjemahkan kepada karya tulisan
mereka melalui kisah-kisah yang menyentuh bidang-bidang ilmu. Sastera juga
berperanan dalam membentuk sifat berperikemanusiaan dalam kehidupan
seseorang individu. Perkara ini dapat membantu negara untuk melahirkan individu
yang bertetapan dengan konsep ‘modal insan’ dan bukannya semata-mata
melahirkan individu yang hanya menurut kata serta tidak mempunyai nilai
kemanusiaan dalam diri yang seakan-akan menjadi robot dan bukannya jasad yang
bernyawa.

Individu-individu yang tidak bermoral boleh mencetuskan masalah keruntuhan
moral dalam kalangan rakyat tempatan misalnya seperti masalah rasuah dan
perjudian. Oleh hal yang demikian, pembacaan karya-karya sastera wajarlah
dilakukan terutamanya sekali bagi para pelajar di peringkat sekolah agar dapat
menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dalam diri mereka.

Sebagai contoh, kisah kancil dan buaya yang mengajar kita untuk tentang nilai-
nilai kemanusiaan seperti sikap saling membantu dan menghindarkan diri daripada
sikap mazmumah seperti tidak mengenang budi atau jasa.

9

DAKWAH

Fungsi lain karya sastera selain daripada tujuan hiburan dan pendidikan
adalah sebagai dakwah. Karya sastera dapat berfungsi sebagai dakwah selagi isi
kandungannya menyampaikan tentang pesanan Tuhan kepada manusia. Menurut
Ismal Hamid, beliau mengatakan bahawa sastera Islam yang semestinya
berunsurkan dakwah hendaklah dipenuhi dengan nilai keIslaman yang murni. Para
pengarang yang mengarang sastera Islam wajarlah menonjolkan kreativiti dalam
karya tulisannya tetapi hendaklah dibataskan imaginasi mereka agar tidak
mengarang perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Sebagai contoh, Hamzah Fansuri yang merupakan pengarang yang
menggunakan syair sebagai alat atau medium untuk menyampaikan ajaran dan
dakwah Islam kepada orang ramai. Antara contoh syair yang telah dikarang oleh
beliau ialah Syair Perahu, Syair Dagang, Syair Burung Pingai dan Syair Fakir yang
berasaskan kerohanian.

Kesimpulannya, karya-karya sastera yang berteraskan ajaran Islam ini dapat
membuka mata dan menyedarkan para pembaca untuk muhasabah diri sama ada
perlakuan dan tutur kata mereka selama ini berlandaskan ajaran Islam atau tidak.

10

KRITIKAN SOSIAL

Sastera merupakan rakaman pengalaman kehidupan yang mengorek rahsia
kehidupan manusia daripada sudut pandang yang berbeza-beza. Perkara-perkara
yang ditonjolkan dalam sesuatu karya sastera merupakan sesuatu yang benar-
benar berlaku dalam kehidupan nyata. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa karya
sastera ini merupakan penceritaan tentang perkara biasa dan luar biasa yang diolah
semula dalam bentuk yang lebih kreatif.

Dalam konteks masyarakat, terdapat beberapa lapisan masyarakat dalam
kehidupan sekarang yang secara tidak langsungnya menyebabkan wujudnya
jurang-jurang dalam kalangan masyarakat. Lantaran itu, karya sastera yang
menumpukan tentang masyarakat, kehidupan dan manusia dapat mempengaruhi
tindakan mereka melalui kritikan-kritikan yang terdapat dalam karya tersebut yang
bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada pembaca.

Antara contoh karya sastera yang menunjukkan fungsi kritikan ialah novel
karya Adhyat Helmy yang berjudul Titis Darah Terakhir. Hal ini dapat dilihat
menerusi petikan yang berbunyi;

“… Jangan ada seinci tanah kita tergadai, biar darah
kita kering di badan, namun sesekali menyerah
tidak sama sekali, Inihak kita dan hak kita
perlu dipertahankan”

Berdasarkan petikan tersebut jelas memperlihatkan bahawa konsep
perjuangan dalam menegakkan hak memerlukan individu untuk melakukan
pengorbanan dan memerlukn pertumpahan darah iaitu menerusi frasa “biar darah
kita kering di badan, namun sesekali menyerah tidak sama sekali.”

11

MANIFESTASI
AKAL BUDI

PANTUN



Puas sudah menanam ubi,
Nanas juga dipandang orang;
Puas sudah menanam budi,
Emas juga dipandang orang.



i. Pemikiran

Dari aspek pemikiran, apa yang ingin disampaikan oleh pengarang ialah
nanas yang matang akan berbau harum dan wangi serta berwarna kuning. Nanas
ini disamakan dengan emas yang menjadi perhatian masyarakat untuk memilikinya.
Perkara ini berbeza dengan ubi di mana ubi dikaitkan dengan sifat merendah diri
atau sikap tidak suka menonjol seperti ubi yang berisi tetapi tetap berada di dalam
tanah. Akal budi di sini ingin mengajar masyarakat untuk tidak mengejar sesuatu
berdasarkan luarannya semata-mata seperti harta benda tetapi lebih
mementingkatkan sifat orang yang merendah diri.

ii. Pertuturan
Dari aspek pertuturan, pantun ini menggunakan bahasa kiasan yang

mendalam untuk memberitahu masyarakat agar tidak menilai sesuatu perkara
hanya daripada luarannya sahaja tetapi haruslah menilai sesuatu perkara itu dari
dalamnya kerana tidak semua yang kelihatan istimewa dari luar akan berakhir
dengan keindahan.

iii. Perlakuan
Dari aspek perlakuan, kita haruslah bersikap merendah diri dengan cara

melakukan perbuatan yang baik tanpa mengharapkan sebarang balasan dan
berusaha untuk menyembunyikannya daripada pengetahuan orang sebagaimana
ubi membesar di dalam tanah.

iv. Gaya hidup
Dari aspek gaya hidup, apabila ingin membuat suatu penilaian, penilaian itu
hendaklah dibuat dengan rasional di mana penilaian tersebut bukan sahaja dinilai
melalui luaran malah dinilai melalui dalaman juga misalnya seperti menilai
manusia. Ini kerana kadang kala kita tidak boleh mengkritik atau menilai seseorang
melalui apa yang dilihat oleh pancaindera kita kerana besar kemungkinan
seseorang yang kelihatan jahat juga pernah melakukan kebaikan di kala orang tidak
melihatnya.

v. Kehalusan berbahasa
Dari aspek kehalusan berbahasa, perbandingan yang digunakan dapat

menjelaskan makna pantun tersebut dengan tepat di mana nanas ditafsirkan
sebagai emas manakala ubi disamakan dengan sifat merendah diri. Menerusi
perbandingan ini, pengarang dapat menyampaikan makna yang mendalam sekali
gus menunjukkan kehalusan dalam berbahasa.

12

SYAIR

SYAIR BI
DASARI

Dengankan tuan suatu Riwayat
Raja di desa Negeri Kembayat

Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat
(Rangkap 1)

i. Pemikiran
Dari aspek pemikiran, rangkap satu dalam syair Bidasari ini membawa

maksud penyair ingin para pembaca untuk mendengar satu Riwayat atau kisah
mengenai seorang raja yang menetap di Negeri Kembayat. Peyair juga mengatakan
bahawa kisah ini dikarang oleh seorang yang fakir untuk dijadikan sebagai teladan.

ii. Pertuturan
Dari aspek pertuturan, pengarang mengatakan bahawa dirinya hanyalah

seorang fakir yang menulis sebuah cerita di mana ianya sedikit sebanyak
menunjukkan bahawa penyajak merupakan seorang yang merendah diri dalam
pertuturannya.

iii. Perlakuan
Dari aspek perlakuan, kita haruslah menunjukkan sikap merendah diri

salam setiap tingkah laku kita kerana kita harus mengingati bahawa setiap kali kita
merasakan bahawa kita adalah individu yang paling hebat, ingatlah bahawa ada lagi
manusia yang lebih baik dan hebat daripada kita.

iv. Gaya hidup
Dari aspek gaya hidup, masyarakat hendaklah sentiasa mengamalkan sikap
merendah diri apabila berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini
dilakukan bagi sentiasa mengingatkan masyarakat untuk tidak bersikap riak dengan
kelebihan atau keistimewaan diri.

v. Kehalusan berbahasa
Dari aspek kehalusan berbahasa, penyair membahasakan dirinya sebagai

fakir iaitu satu perkataan daripada bahasa Arab yang membawa maksud sebagai
miskin. Ini menunjukkan bahawa penyair ingin menunjukkan sikap yang sopan dan
menggunakan bahasa yang berlapik apabila membicarakan tentang raja.






13

SELOKA

SELOKA PAK PANDIR



Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagak dagang

Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh dilangit
Air di tempayan dicurahkan

Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak,

Gunting makan di hujung
Pak pandir juga menanggung.
Apa didengar gelagak dagang

Gelagak rambutan jantan:
Orang berbunga, dia berbunga

Orang berbuah, dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan.

i. Pemikiran
Dari aspek pemikiran, seloka tersebut ingin menyampaikan bahawa sikap

yang ada pada Pak Pandir merupakan sikap negatif yang perlu dijauhi oleh para
pembaca kerana ianya tidak mendatangkan sebarang faedah kepada diri kita malah
ianya memudaratkan diri kitasendiri. Antara sikap pak pander yang perlu dihindari
ialah sikap malas, boros dan lurus bendul.

ii. Pertuturan
Dari aspek pertuturan, pengarang menggunakan bahasa kiasan yang

mendalam dan bahasa yang baik dan sopan walaupun karya ini ditulis untuk tujuan
menyindir kisah Pak Pandir.

14

SELOKA



SELOKA PAK PANDIR

Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagak dagang

Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh dilangit
Air di tempayan dicurahkan

Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak,

Gunting makan di hujung
Pak pandir juga menanggung.
Apa didengar gelagak dagang

Gelagak rambutan jantan:
Orang berbunga, dia berbunga

Orang berbuah, dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan.

iii. Perlakuan
Dari aspek perlakuan, kita haruslah menghindari diri daripada

mengamalkan sikap mengutamakan orang lain daripada diri sendiri atau keluarga
sendiri kerana ianya akan mencetuskan konflik antara diri sendiri dan keluarga. Kita
seharusnya mengutamakan individu yang mempunyai pertalian darah dengan kita
berbanding daripada mereka yang tiada.

iv. Gaya hidup
Dari aspek gaya hidup, masyarakat hendaklah mengelakkan diri daripada

sikap gemar bercakap besar. Kebiasaannya, masyarakat gemar untuk hidup dalam
suasana yang selesa atau hidup senang dengan cara yang mudah. Oleh itu, ada
antara mereka yang suka untuk menghebahkan rancangan dalam kehidupan
mereka tetapi usaha yang dilaksanakan tidak setanding denga apa yang
diperkatakan.

v. Kehalusan berbahasa
Dari aspek kehalusan berbahasa, pengarang menggunakan bahasa yang

berlapik untuk menyindir dengan sinis tentang sikap sebahagian besar masyarakat
Melayu yang negatif.

15

GURINDAM

GURINDAM DUA BELAS




Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia mudarat.



i. Pemikiran

Dari aspek pemikiran, fasal pertama dalam gurindam dua belas ini
menceritakan tentang kehidupan yang tidak berteraskan ajaran agama hanyalah
kehidupan yang sia-sia. Ini kerana seseorang yang tidak berpegang kepada agama
akan sentiasa diselubungi dengan kerisauan dan kebimbangan. Kehidupan
seseorang itu haruslah berteraskan empat aspek ajaran tasawuf iaitu syari’at,
ma’rifat, tarikat dan hakikat. Selain itu, fasal pertama gurindam ini juga menyatakan
tentang seseorang itu hendaklah mengikuti segala perintah Allah SWT dan
meninggalkan larangannya.

ii. Pertuturan
Dari aspek pertuturan, kita hendaklah menggunakan bahasa yang beradab
bagi membentuk peribadi dri yang mulia dan memancarkan sikap yang disegani
oleh masyarakat.

iii. Perlakuan
Dari aspek perlakuan, kita haruslah menunjukkan sikap yang baik dengan

mengamalkan sikap-sikap mahmudah seperti yang ditetapkan dalam ajaran Allah
SWT agar kehidupannya akan sentiasa tenang dan harmoni tanpa ada rasa was-was
atau risau dalam dirinya
.








16

GURINDAM

GURINDAM DUA BELAS




Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia mudarat.




iv. Gaya hidup
Dari aspek gaya hidup, masyarakat hendaklah mengamalkan cara hidup

yang berteraskan ajaran Allah SWT dengan melakukan segala arahan dan
perintahnya selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam dan juga berusaha
dengan tekun untuk meninggalkan segala larangan atau perkara kemungkaran.

v. Kehalusan berbahasa
Dari aspek kehalusan berbahasa, pengarang menggunakan bahasa yang

gramatis dalam menyampaikan mesej kepada para pembaca agar mereka dapat
menerima nasihat yang diutarakan dengan lebih terbuka dan mudah.








17

Rumusan

Rumusannya, kesusasteraan Melayu dapat dianggap sebagai satu
hasil karya sastera yang dihasilkan bertujuan untuk menyampaikan
mesej kepada masyarakat menggunakan kata-kata atau bahasa yang
indah. Kebanyakan karya sastera Melayu adalah berdasarkan dan
berteraskan kehidupan masyarakat atau gaya hidup manusia dari
pelbagai zaman mengikut peredaran masa. Setiap karya sastera
mempunyai tujuan dan fungsinya yang tersendiri. Karya kesusasteraan
Melayu banyak memberi impak yang positif terhadap para pembaca
kerana kebanyakannya mempunyai mesej atau iktibar yang boleh
dijadikan sebagai pengajaran dalam kehidupan. Setiap orang hendaklah
sentiasa berusaha untuk mengekalkan kesusasteraan Melayu agar tidak
pupus ditelan zaman.




18

Rujukan

Abdul Halim Ali. (2018). Kesusasteraan Melayu dalam pendidikan dan kritikan. Penerbitan Persatuan Penulis
Budiman Malaysia.

Azman Rahmat., Mohd Nazri Zainuddin., Shamsudin Abu Bakar., Abdul Rani Hassan., & Hasnah Awang. (2022).
Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu. Selangor: Pustaka Al-Ehsan.

Ismail Yusof. (2008). Kesusasteraan Melayu lama dan baru. Sintok: Penerbit UUM Press.
Kamus Dewan Edisi Keempat . (t.t). Carian Umum . Didapatkan dari Pusat Rujukan Persuratan Melayu:

https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kesusasteraan
Mohd Rosli Saludin. (2021). PENDIDIKAN JIMAT CERMAT DALAM PANTUN: ANALISIS PANTUN EMPAT KERAT
(BERJIMAT CERMAT). Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 19(2), 209-225.
Mohd Rosli Saludin. (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 1-13.
Muhamad Aniq Azlan., & Mohd Syuhaidi Abu Bakar. (2019). Persepsi dan Motivasi Khalayak untuk Membaca

Karya Sastera dalam Akhbar Bercetak. Forum Komunikasi, 14(2), 91–115.
Nazri Atoh., Saipolbarin Ramli., Zamri Arifin., & Zubir Idris. (2020). Konsep puisi tradisional antara kesusasteraan
Arab dengan

kesusasteraan Melayu. SIBAWAYH Arabic Language and Education, 1(1), 1-15.
Ros Anita Kartini Mohamed., & Abdul Ali Halim. (2021). Implikasi Elemen Sastera Melayu Terhadap

Perkembangan Kognitif Murid Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Di Sekolah Rendah. Jurnal
Dunia Pendidikan, 3(4), 116–126. https://doi.org/10.55057/jdpd.2021.3.4.10
Siti Hajar Abdul Aziz. (2021). Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

19


Click to View FlipBook Version