BUKU
SEKOLAH
SMK TAMAN SERI RAMPAI smktamanseri @smktsr
Jalan Rejang, rampaiofficial
53300 Setapak, Kuala Lumpur. 1
Tel : 03-40243034
Faks : 03-40216579
Web Rasmi: smktsrkl.my
Selamat Kembali
Ke Sekolah Dengan Azam
Untuk Cemerlang Dari
Segi Sahsiah Dan
Akademik
Welcome Back
To School With New
Determination To Excel
Personally And Academically
2
“SELAMAT KEMBALI"
DARI PIHAK PENTADBIR
SMK TAMAN SERI RAMPAI
3
Objektif
Membentuk Kecemerlangan
Sahsiah Diri Murid Seterusnya
Meningkatkan Pencapaian
Akademik Demi Kelestarian
#tsrhebat.
4
ASPEK 1
HARI PERTAMA
PERSEKOLAHAN
5
SEBELUM MEMASUKI KAWASAN SEKOLAH
SILA PASTIKAN, ANDA TELAH :
1. Memotong rambut, misai dan jambang
mengikut peraturan yang telah di tetapkan
dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1976.
2. Memotong kuku di mana kuku mestilah
pendek, bersih dan tidak boleh diwarnakan.
3. Memakai pakaian seragam sekolah
mengikut peraturan yang telah di tetapkan
dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/978,
Bil. 2/1996 dan Bil. 10/2018.
4. Membawa buku teks mengikut jadual
kelas, membawa buku tulis dan peralatan
menulis untuk persediaan belajar.
5. Membawa bekal makanan atau telah
memesan makanan dari kantin sekolah.
6. Nawaitu(Niat) untuk Menimba Ilmu
Pengetahuan serta Menghormati Guru.
6
ASPEK 2
HORMAT MENGHORMATI
7
1. Peraturan / undang-undang
sekolah mestilah dipatuhi dan
dihormati oleh semua murid
SMKTSR.
2. Murid mestilah menghormati
guru-guru, kakitangan sekolah,
pengawas sekolah, ketua kelas,
pelawat-pelawat dan rakan-rakan
sepersekolahan.
3. Murid dikehendaki menghormati
bendera negara, bendera negeri
dan bendera sekolah.
4. Berdiri tegak ketika menyanyikan
lagu Negaraku, lagu Wilayah
Persekutuan “Maju dan Sejahtera”
dan lagu sekolah “Ilmu Teras
Wawasan”. Nyanyian hendaklah
dengan suara yang lantang dan
penuh semangat.
8
ASPEK 3
WAKTU PERSEKOLAHAN
9
1. Murid hendaklah berada di sekolah
lima minit sebelum waktu
perhimpunan bermula.
2. Murid yang datang lewat tanpa
sebab adalah menjadi satu
kesalahan dan akan dicatat
namanya untuk Program Kelas
Tahanan.
3. Murid yang datang lewat perlulah
menulis nama dalam Buku Rekod
Lewat yang terletak di pondok
pengawal keselamatan.
4. Murid TIDAK dibenarkan untuk
keluar kawasan sekolah melainkan
dengan kebenaran bertulis
daripada Pengetua / GPKP / GPK
HEM / Penyelia Petang / guru yang
di pertanggungjawabkan semasa
waktu persekolahan.
10
ISNIN Perhimpunan rasmi 7.20 – 8.00 pagi
SELASA Perhimpunan harian 7.20 – 7.30 pagi
Perhimpunan harian 7.20 – 7.30 pagi
RABU Perhimpunan harian 7.20 – 7.30 pagi
KHAMIS 7.30 – 8.00 pagi
JUMAAT Bacaan Yaasin
Jam 7.31 pagi = LEWAT
Murid LEWAT dikenakan
Kelas Tahanan selama 30 minit
Nota Penting :
Dalam Tempoh Pandemik COVID-19,
TIADA perhimpunan dibenarkan maka
selepas imbasan suhu murid terus bergerak
ke kelas masing-masing.
11
ASPEK 4
RAMBUT
12
1. Peraturan mengenai
pakaian dan rambut
adalah mengikut arahan
Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 2/1976, Bil. 4/1976
dan Bil. 12/1978.
13
STAIL RAMBUT YANG TIDAK
DIBENARKAN
1. Botak di tepi keseluruhannya ala
mohican / mohawk.
2. Botak di tepi sebelum pelipis –
tanpa pelipis.
3. Botak di tepi tapi panjang di atas
dan menutup bahagian botak
(biasanya dilakukan oleh pelajar
perempuan).
4. Square head – rata di atas, tepi
dan belakang - maxheadroom.
5. Bertingkat di belakang / di tepi.
6. Rambut belah tengah (centre
parting).
7. Bertanduk.
8. Di sikat lurus ke belakang ala
highlander.
14
9. Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil 2/1976, Potongan rambut yang
dibenarkan bagi pelajar lelaki mesti
berambut pendek dan tidak
berfesyen dan tidak menyimpan
janggut dan misai.
10.Murid perempuan boleh berambut
panjang (pastikan didandan dengan
kemas), tidak diwarnakan dan tidak
berfesyen.
11.Semua murid lelaki dilarang
mempunyai ekor rambut, rambut
diikat dan/atau diwarnakan.
12.Semua murid dilarang memakai /
membawa barang-barang kemas /
perhiasan ke sekolah.
15
CONTOH : STAIL RAMBUT YANG
DIBENARKAN
16
CONTOH : STAIL RAMBUT YANG
TIDAK DIBENARKAN
17
18
19
20
Botak ditepi tapi panjang di atas
Pendek ditepi tapi panjang di depan
21
ASPEK 5
PAKAIAN SERAGAM
SEKOLAH
22
3.1 BAJU SEKOLAH
1. Pakaian seragam yang bukan
fesyen, bersih, lengkap dengan
lencana sekolah di atas poket baju
(L) / tudung (P) dan memakai
tanda nama (ikut warna
tingkatan).
2. Murid lelaki
Baju kemeja warna putih, lengan
pendek, dimasukkan dalam seluar,
butang dikenakan dengan
lengkap. Seluar warna hijau.
(Bukan kain jenis jeans)
3. Murid perempuan
Baju kurung warna putih (kain
jenis cotton tetron), lengan
panjang, tudung warna putih (tepi
tidak berbunga), kain warna biru
turqoise.
23
4. Untuk kegiatan sukan dan P.J.K.
Baju T-sekolah berwarna maroon
lengan pendek (L), lengan panjang
(P), seluar “track” warna hitam
atau biru gelap (tanpa corak / jalur
yang besar) dan berkasut sekolah.
5. Murid diwajibkan memakai pakaian
seragam pasukan badan
beruniform masing-masing pada
setiap hari Rabu.
24
Pakaian Seragam Sekolah
Murid lelaki
Murid perempuan
25
Pakaian Seragam Sekolah
Murid perempuan yang tidak memakai tudung
26
Kedudukan lencana dan tanda nama pada
baju kemeja, baju kurung dan tudung sekolah
Warna bagi tanda nama atau nametag murid
mengikut tingkatan bagi tahun 2021
T1 - Biru 27
T2 - Hijau
T3 - Oren
T4 - Kuning
T5 - Putih
3.2 SELUAR SEKOLAH
Potongan seluar yang TIDAK
dibenarkan :
1. Kaki labuh melebihi tumit.
2. Kaki lebar (bell bottom).
3. Kaki pendek dan kecil (ala k-pop)
4. Koyak di tepi.
5. Hujung kaki tidak berjahit.
6. Ada buckle di pinggang.
Nota penting:
Potongan seluar hendaklah longgar
dan selesa dipakai oleh pelajar serta
selesa di pandang oleh warga
sekolah.
28
3.3 KASUT DAN STOKING
SEKOLAH
Jenis kasut yang TIDAK dibenarkan :
1. Kasut fame (kasut kungfu).
2. Kasut high tops (kasut melebihi
paras buku lali)
3. Kasut stail kasut sukan.
Pemakaian kasut yang BETUL :
1. Kasut dan stoking mestilah warna
yang sama.
2. Stoking mesti berada di atas paras
buku lali.
29
Kasut sekolah yang DIBENARKAN
30
Kasut sekolah yang TIDAK DIBENARKAN
31
3.4 TALI PINGGANG SEKOLAH
Stail tali pinggang yang TIDAK
dibenarkan :
1. Berkepala besar.
Murid lelaki dibenarkan memakai tali pinggang
berwarna hijau atau hitam atau biru tua.
32
Peraturan memakai baju sekolah bagi
pelajar SMKTSR
Hari Aktiviti Pakaian Murid
ISNIN Perhimpunan WAJIB Pakaian seragam sekolah
rasmi (Kelas mempunyai subjek PJK akan
menukar baju di sekolah)
SELASA Perhimpunan Pakaian seragam sekolah
harian (Jika ada PJK pakai tshirt Maroon
dan seluar trek warna biru tua atau
hitam tanpa sebarang logo)
Baju Unit Berunifom
RABU Perhimpunan (Kelas mempunyai subjek PJK akan
harian
menukar baju di sekolah, jika TIADA
baju unit beruniform murid memakai
pakaian seragam sekolah)
KHAMIS Perhimpunan Pakaian seragam sekolah
harian (Jika ada PJK pakai tshirt Maroon
dan seluar trek warna biru tua atau
hitam tanpa sebarang logo)
JUMAAT Bacaan Pakaian seragam sekolah
Yaasin (Jika ada PJK pakai tshirt Maroon
dan seluar trek warna biru tua atau
hitam tanpa sebarang logo)
33
ASPEK 6
KEHADIRAN MURID
34
1. Hadirkan diri 10 minit lebih awal
untuk sebarang aktiviti.
2. Jangan keluar dari kawasan
sekolah ketika waktu
persekolahan kecuali dengan izin
Pengetua.
3. Murid yang tidak hadir ke
sekolah mestilah menyerahkan
sijil sakit (MC) atau surat yang
ditandatangani oleh waris yang
menyatakan sebab tidak hadir
kepada guru kelas sebaik
mereka hadir semula ke sekolah.
35
4. Murid yang tidak hadir ke sekolah
tanpa sebarang maklumat, akan
diberi surat amaran pertama,
kedua dan ketiga.
5. Surat amaran ketiga dihantar
untuk memaklumkan murid
berkenaan diberhentikan
persekolahan / dibuang sekolah.
36
ASPEK 7
KEBERSIHAN
37
1. Murid-murid mestilah menjaga
kebersihan dan kesihatan diri, bilik
darjah, bangunan dan kawasan
sekolah.
2. Buang sampah dan sisa makanan
dalam bakul / tong sampah yang
disediakan.
3. Jaga kebersihan tandas.
4. Jangan meludah dari tingkap atas
bangunan atau meludah di lantai
konkrit.
38
ASPEK 8
DISIPLIN
39
1. Murid-murid mestilah berkelakuan
baik, bersopan santun dan
mempunyai sikap bertanggung
jawab pada setiap masa.
2. Jangan membawa, membaca atau
memiliki buku-buku komik,
majalah, cd, vcd, dvd atau apa-apa
bahan yang boleh menjejaskan
akhlak.
3. Jangan membawa, menghisap atau
memiliki rokok tembakau dan rokok
elektronik.
4. Jangan membawa atau memiliki
pemetik api / mancis.
5. Jangan membawa atau memiliki
dadah, alcohol, rokok, vape,
Inhalan dan HIV (D.A.R.VI.H).
40
6. Jangan membawa atau memiliki
alat-alat yang berupa senjata.
7. Semua murid bertanggungjawab
menjaga keselamatan harta benda
sekolah.
8. Adalah menjadi satu kesalahan
jika murid mengotor atau
menconteng dinding, mengoyak
kenyataan atau merosakkan harta
benda sekolah.
9. Murid yang didapati bersalah
merosakkan harta benda sekolah
dikehendaki membayar ganti rugi
kerosakan.
10. Minta izin terlebih dahulu sebelum
masuk ke pejabat, bilik guru, bilik
pengetua, setor sukan atau
sebarang bilik-bilik khas.
41
42
11. Jangan membuat bising atau
mengganggu perjalanan
pengajaran dan pembelajaran
dalam waktu persekolahan.
12. Jangan keluar kelas tanpa
kebenaran. Dapatkan pas
kebenaran keluar kelas terlebih
dahulu dari guru yang mengajar
ketika itu.
13. Murid yang keluar dari kelas
tanpa pas kebenaran keluar kelas
akan dikenakan tindakan serta
merta.
13. Jangan melepak di belakang
Makmal Sains, di belakang
bengkel RBT, di padang sekolah
dan di tempat-tempat yang akan
dinyatakan dari semasa ke
semasa.
14. Jangan makan atau minum dalam
kelas kecuali dengan kebenaran.43
ASPEK 9
KESELAMATAN
44
1. Keselamatan jalan raya
hendaklah diberi perhatian oleh
semua murid.
2. Sebarang kemalangan mestilah
dilaporkan kepada guru bertugas
dengan serta merta.
3. Patuhi arahan guru bertugas dan
pengawal lalu lintas ketika
menyeberangi jalan sewaktu
datang dan pulang.
4. Basikal / motosikal yang
digunakan mestilah dalam
keadaan baik serta lengkap
peralatannya dan diletak di
tempat yang dikhaskan.
45
5. Motosikal mestilah :
i. Mempunyai insurans dan cukai
jalan yang sah.
ii. Tidak diubahsuai ekzosnya.
iii. Ditolak masuk / keluar kawasan
sekolah.
6. Penunggang motosikal mestilah :
i. Memiliki lesen memandu.
ii. Memakai topi keledar.
iii. Menunggang motosikal milik
sendiri / keluarga.
46
7. Peralatan sains, kemahiran hidup,
pendidikan seni, makmal
komputer / kdp serta peralatan
sukan digunakan dengan
kebenaran guru-guru berkenaan
sahaja.
8. Peralatan yang digunakan
mestilah dijaga dengan baik
supaya bersih dan selamat.
Sebarang kerosakan atau
kehilangan hendaklah diganti
dengan peralatan yang sama.
9. Murid yang ingin mendapat
rawatan di klinik / hospital –
dapatkan surat rawatan
perubatan dari guru tingkatan.
10. Pelawat-pelawat mestilah
mendapat kebenaran pengetua
terlebih dahulu sebelum berjumpa
dengan guru atau pelajar.
47
ASPEK 10
KANTIN
48
1. Murid hendaklah makan dan minum
di kantin sahaja dan pada waktu
rehat yang ditetapkan sahaja.
2. Masukkan pinggan, mangkuk, sudu,
gelas dan peralatan lain yang
digunakan ke dalam besen / bekas
yang disediakan.
3. Bersopan ketika makan. Gunakan
bangku dan meja yang disediakan.
Jangan makan sambil berdiri atau
duduk di sekitar longkang.
4. Pelajar di larang membeli makanan
daripada penjaja di luar kawasan
sekolah pada masa persekolahan.
PERINGATAN:
Dalam tempoh Pandemik COVID-19,
murid hanya dibenarkan untuk
makan di dalam kelas sahaja.
49
ASPEK 11
PERATURAN / UNDANG-
UNDANG SEKOLAH
50