The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by gamerboyxyz5, 2022-03-15 13:36:54

TAKLIMAT PROGRAM ORIENTASI DAN TRANSISI TAHUN 1/PPKI/PRASEKOLAH SK SHAH ALAM

SESI 2022/2023

LATAR BELAKANG
SEKOLAH







KURIKULUM

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
- SUBJEK YANG DIAJAR -

BAHASA BAHASA MATEMATIK SAINS
MELAYU INGGERIS

BAHASA PENDIDIKAN PENDIDIKAN
ARAB JASMANI ISLAM /

PENDIDIKAN
MORAL

PENDIDIKAN PENDIDIKAN PENDIDIKAN
MUZIK SENI VISUAL KESIHATAN

PENTAKSIRAN

About the day







TAKWIM
&

CUTI

PERAYAAN

HAL EHWAL MURID

WAKTU PENGOPERASIAN

WAKTU HADIR Sebelum jam 7.30 pagi
(keutamaan melalui Pagar B)

WAKTU REHAT 9.40 pagi – 10.00 pagi

WAKTU PULANG Isnin – Khamis : 12.30 tgh hari
Jumaat : 12.00 tgh hari

KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH

TATACARA MURID MASUK KE SEKOLAH

1. Ibu bapa parkir kenderaan di tepi jalan. Demi faktor keselamatan, mohon iring anak untuk
melintas jika menurunkan anak di seberang jalan.

2. Dilarang parkir kenderaan di hadapan pagar (menghalang laluan).

3. Dilarang sama sekali menurunkan anak dari kenderaan (motor @ kereta) di hadapan Pagar
A sebelum jam 7.30 kerana jalan berhadapan pagar A adalah jalan utama/ besar, elakkan
kesesakan & kemalangan.

4. Jika hujan, turunkan anak di Pagar B @ pilihan kedua - masuk dengan kenderaan melalui
Pagar C. Turunkan anak di parkir berhampiran surau.

PEMATUHAN SOP KEHADIRAN KE SEKOLAH

1. Mohon pastikan anak sihat sebelum hadir ke sekolah.

2. HANYA murid yang dibenarkan masuk ke kawasan sekolah KECUALI murid
yang berkeperluan khas (PPKI).

3. Bagi murid yang tidak hadir, ibu bapa dikehendaki memaklumkan nama serta
sebab tidak hadir kepada guru kelas (sebelum pukul 9.00 pagi setiap hari).

4. Ujian kendiri Covid 19 secara rawak akan diadakan secara mingguan. Seramai
6 murid akan dipilih dan dibekalkan test kit untuk dijalankan di rumah (dengan
bantuan ibu bapa). Gambar keputusan perlu dihantar kepada guru kelas dan
slip keputusan dibawa ke sekolah pada keesokan harinya.

TATACARA MURID BERSURAI UNTUK PULANG

1. Murid akan beratur di luar kelas mengikut pintu pagar pulang masing – masing. (mohon ibu
bapa maklumkan anak, pintu pagar mana yang harus mereka tuju pada waktu pulang.)

2. Murid akan bergerak ke pintu pagar pulang masing – masing dalam barisan yang telah
ditetapkan.

3. Mohon patuhi SOP covid 19, ambil anak dengan kadar segera untuk mengurangkan risiko
jangkitan.

4. Murid yang perlu menunggu kakak/abang Tahap 2 pulang, diminta tunggu di kantin sekolah.

TATACARA KEHADIRAN PELAWAT / IBU BAPA KE SEKOLAH

1. Pelawat / ibu bapa perlu imbas MySejahtera di pondok pengawal.

2. Pelawat / ibu bapa terus ke pejabat sekolah untuk sebarang urusan atau kecemasan.

SISTEM PENGGILIRAN KE SEKOLAH

Sesi persekolahan bermula pada 21 Mac 2022 (Isnin). Tiada penggiliran bagi murid
Tahun 1. Semua murid hadir setiap hari.

BUKU TEKS

1. Buku Teks yang diterima ketika serahan dokumen hendaklah dibalut
dengan kemas, dan ditulis nama serta kelas murid di bahagian yang
disediakan pada kulit buku.

2. Buku teks tidak akan digunakan pada minggu 1 - 4 persekolahan.
Murid akan menggunakan Modul Transisi yg disediakan oleh KPM
(sudah termasuk dalam bayaran keperluan Tahun 1).

3. Bila tiba masa buku teks perlu dibawa, ibu bapa akan dimaklumkan
dalam Telegram kelas masing – masing.

PEMAKAIAN MURID

Pakaian Rasmi Murid
▪ Tanda nama
▪ Lencana
▪ Kasut hitam + stoking hitam
* Wajib memakai pelitup muka.

Murid Lelaki Murid Perempuan
(Muslim)

Pakaian untuk Sukan
dan

Aktiviti Luar Bilik Darjah

HAL KECEMASAN

Sediakan kad kecil yang ditulis nombor telefon ibu
dan bapa dalam beg anak masing-masing bagi
tujuan untuk dihubungi jika berlaku kecemasan.

PENGOPERASIAN KANTIN SEKOLAH

1. Kantin tidak dibuka untuk jualan kepada murid.
2. Tempahan makanan dari kantin secara mingguan akan

dibuat melalui guru kelas masing – masing.
3. Ibu bapa amat digalakkan untuk menyediakan bekalan

makanan dan minuman untuk anak.

KEPERLUAN PERIBADI KE SEKOLAH

Barang keperluan peribadi yang perlu dibawa setiap hari ke sekolah
dan tidak boleh dikongsi:-

1. alat tulis asas yang lengkap (pensil, pemadam, pembaris,
pengasah dan pensel warna)

2. hand sanitizer

3. tuala kecil / tisu basah untuk lap meja selepas makan

4. sudu/garfu

PROGRAM PENDIDIKAN
KHAS INTEGRASI (PPKI)

MAKLUMAN

1. Murid baru wajib membuka akaun BSN bagi tujuan
pembayaran Elaun Murid Khas (EMK).

2. Salinan buku BSN perlu diberi kepada guru kelas pada
hari pertama persekolahan.

PROGRAM TRANSISI TAHUN
SATU 2.0
(PTTS 2.0)

PENGENALAN

Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu merupakan satu program yang
telah dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi

perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada
di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan formal di Tahun 1 Sekolah
Rendah.

Membantu murid Objektif PTTS Membantu murid
menghadapi perubahan 2.0 menyesuaikan diri dan
daripada pendidikan di membina keyakinan diri
rumah atau tadika kepada
mereka dalam
pendidikan formal di pembelajaran seterusnya.
Tahun 1.
Membantu murid
Memberi penekanan dalam mengurus diri sendiri.
aspek sosioemosi, kognitif
Membina hubungan antara
dan jasmani yang murid, rakan sebaya dan
merangkumi pengetahuan,
guru.
kemahiran dan nilai.

PELAKSANAAN

PTTS 2.0 dilaksanakan selama empat (4) minggu.

PTTS 2.0 mengandungi 2 fasa iaitu :

1 2
Fasa Kesediaan
Fasa Penyesuaian
4 APRIL 2022 –
21 MAC 2022 – 15 APRIL 2022

1 APRIL 2022 (2 Minggu)

(2 Minggu)

Fasa Penyesuaian

Dilaksanakan Pengisian
selama 2 minggu • aktiviti suai kenal,

aktiviti fizikal, aktiviti
rutin, aktiviti

pembelajaran,
perbualan awal dan

rehat

Fasa Kesediaan

Dilaksanakan Guru memilih tema Menyediakan murid
selama 2 yang sesuai dengan
minggu
berdasarkan minat, pengetahuan,
latar belakang dan kemahiran dan nilai
persekitaran murid. untuk pembelajaran
seterusnya mengikut
tahap perkembangan

murid.

Peranan ibu Menyediakan anak dari aspek mental, sosioemosi
bapa dan fizikal.

Memastikan kelengkapan pembelajaran.

Menghubungi guru untuk mengetahui
perkembangan anak mereka.

Memerhati tingkah laku, perkembangan dan
pembelajaran anak.

Membantu meningkatkan keyakinan anak dalam
pembelajaran.

CONTOH RANCANGAN AKTIVITI – FASA PENYESUAIAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
RUTIN KELAS
AKTIVITI PERBUALAN AWAL
FIZIKAL

AKTIVITI SUAI KENAL

CONTOH RANCANGAN AKTIVITI – FASA KESEDIAAN

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEMA YANG SESUAI
DAN MENGIKUT TAHAP PERKEMBANGAN MURID.

SEKIAN, TERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version