The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERANGI DADAH HABIS-HABISAN (DEPRESEN HALUSINOGEN)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurazizahjapar, 2020-11-01 08:09:06

PERANGI DADAH HABIS-HABISAN (DEPRESEN HALUSINOGEN)

PERANGI DADAH HABIS-HABISAN (DEPRESEN HALUSINOGEN)

PERANGI DADAH
HABIS-HABISAN

(DEPRESEN DAN
HALUSINOGEN)

SK TANJUNG ARU 1, KOTA KINABALU

Assalamualaikum murid-murid.
Apa khabar

murid-murid di rumah? Cikgu harap semua dalam
keadaan sihat selalu ya.

Baiklah, pada minggu ini kita masih lagi
dalam Tema Perangi Dadah Habis-Habisan.

Cikgu akan berkongsi berkaitan tentang
DEPRESEN DAN HALUSINOGEN.

DEPRESEN

DEPRESEN

Sejenis dadah yang bertindak terhadap sistem
otak sehingga membuatkan seseorang itu tidak
sedarkan diri apabila diambil secara berlebihan.
Dalam bidang perubatan dadah jenis ini digunakan
sebagai ubat penenang dan merawat pesakit yang
mempunyai masalah tidur.
Namun, ia telah menjadi salah satu dadah yang
disalahgunakan.

DEPRESEN

Jenis-Jenis

Pil tidur Transkuiliser

DEPRESEN

Kesan pengambilan

1. Mengalami keadaan mengantuk yang berlebihan.
2. Hilang konsentrasi.
3. Keliru, pening, percakapan tidak jelas.
4. Tekanan darah rendah dan nafas menjadi perlahan.
5. Ingatan dan pergerakan tubuh badan yang terjejas.

HALUSINOGEN

HALUSINOGEN

Sejenis dadah asli dan sintetik yang mengubah
pencerapan deria dan pandangan visual.
Ia menyebabkan halusinasi sehingga amat susah
membezakan antara benar dan tidak benar.

HALUSINOGEN

Jenis-Jenis

Meskalin Psilosibin & Psilosin

Ketamin PCP
(Phencyclidine)

DMT LSD
(Dimethyltryptamine) (Lysegic Acid Diethylamide

HALUSINOGEN

Kesan pengambilan

1. Menjadikan penggunanya mengalami perasaan
seperti ingin bersosial, tenaga fizikal dan emosi yang
meningkat dalam tempoh yang singkat.

2. Menyebabkan ketagihan jika diambil jangka masa
panjang.

Murid-murid, setakat itu sahaja
perkongsian cikgu pada hari
ini. Kita akan sambung
lagi pada esok hari.

Jaga diri dan rajin-rajin belajar ya.

SEKIAN,
TERIMA KASIH

Cikgu Syalwahty (016-8107105)
Cikgu Azizah (010-2580852)


Click to View FlipBook Version