The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by karviyamala, 2021-09-14 03:52:17

BUKU SKRAP DIGITAL-converted

BUKU SKRAP DIGITAL-converted

BUKU SKRAP DIGITAL
TOKOH – TOKOH KEMERDEKAAN DI MALAYSIA

TUN V. T SAMBANTHAN

Nama: Karviya A/P Sanker
Umur: 12
Alamat: No,21 Jalan Simbang 12, Taman Perling 81200
Nama Sekolah: SK Taman Perling 1
Kelas: 6 Cerdik
Tempat Lahir: Sungai Petani, Kedah
Tarikh Lahir: 29.06.2009
Makanan Kegemaran: Tom Yam
Minuman Kegemaran: Air Bandung
Hobi: Menulis Cerita & Melukis
Cita-cita: Pereka Rumah

Biodata Tokoh Yang Dipilih

Tun Veerasamy Thiruyana Sambanthan (16 Jun 1919- 18 Mei
1979) ialah Presiden kelima Kongres India Malaysia (MIC)
sebuah parti politik Malaysia, serta Menteri penuh dalam
keajaan Malaysia

Beliau dilahirkan di Kawasan pendalaman Sungai Siput ,Negeri
Perak, Sambanthan bersekolah si Sekolah Clifford di Kuala
Kangsar, Perak. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya
dan kemudian memperoleh ijazah sarjana muda sastera dari
Universiti Annamalai di India Utara. Sejak kecil lagi,
Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah dan
universiti

Tun Sambanthan telah berkahwin dengan Umasundari yang
merupakan anak kepada seorang jurutera Jabatan Kerja Raya.
Umasundari merupakan seorang lulusan universiti dalam
bidang kimia dan mempunyai harapan untuk melanjutkan
pelajaran di Jerman. Pada tahun 1959, Sambanthan menerima
seorang anak perempuan hasil daripada perkahwinannya
dengan Umasundari. Anak perempuannya bernama
Devakunjari.

Selepas Tun Sambanthan menamatkan persekolahan rendahnya di
Sungai Siput, beliau telah dihantar ke Kuala Kangsar untuk
menyempurnakan persekolahan menengahnya di Sekolah Clifford.
Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh
Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara
dalam jurusan ekonomi. Semasa menuntut di sana, Tun Sambanthan
tidak ketinggalan mengikuti keadaan politik di India. Beliau pernah
mengambil bahagian dalam satu protes dibawah pimpinan Quit India
Movement dan mengalami kecederaan suatu masa dahulu.

Selepas Perang Dunia Kedua, golongan elit profesional India telah
bersama dan bersatu dibawah ideologi semangat nasionalisma India.
Pada 1946, golongan elit India di Tanah Melayu menubuhkan MIC.
Untuk lapan tahun pertama, pemimpin MIC terdiri daripada golongan
yang berasal dari Utara India atau Malayalee kelas atasan, dan mereka
ini merupakan etnik minoriti dari kalangan kaum India di Tanah Melayu.
Majoriti kaum India (90%) di Tanah Melayu pada waktu itu
kebanyakkannya dari kelas buruh berasal dari Selatan India iaitu etnik
Tamil dan diikuti etnik Telugu serta Malayalee. Etnik Sikh pula
kebanyakkannya tergolong dalam kelas pengawal keselamatan / askar
Gurkha dan pentadbiran.

Apabila darurat diisytiharkan oleh British pada 1948 untuk menentang
kebangkitan komunis, menyebabkan perubahan peraturan dan undang-
undang pergerakan kesatuan perdagangan yang membawa kepada
perubahan kepimpinan kesatuan perdagangan daripada orang Cina
yang lebih tersusun kepada orang India. Akibat tidak jelas dengan
objektif MIC membawa kesan kepada status pekerja ladang kaum India
pada ekonomi Malaysia dan kesannya masih diperdebatkan hingga kini.

Pada tahun 1954, berlakunya perdebatan hangat didalam MIC sama
ada mahu menyertai perikatan dengan UMNO dan MCA yang telah
muncul sebagai pergerakan politik utama di dalam negara ini. MIC telah
bergerak seiring dengan parti pimpinan Datuk Onn Jaafar iaitu Parti
Malaya Merdeka dan kemudiannya Parti Negara. Menurut Rajeswary
Ampalavanar, penulis buku The Indian Minority and Political Change in
Malaya 1954 hingga 1957, kepimpinan MIC agak cenderung untuk
menyertai parti Perikatan namun terdapat tentangan dari ahli parti.
Mereka menyatakan kesanggupan untuk menyokong andai parti dapat
memberi jaminan daripada Perikatan pada isu yang melibatkan
hubungan antara kaum terutama yang melibatkan soal pendidikan kaum
India.

Kemudian presiden MIC, K.L. Devaser mendapat kritikan hebat dari
media Tamil kerana tidak mengambil perhatian mengenai isu yang
dihadapi oleh komuniti. Walaupun beliau bersuara lantang, namun
pengaruh beliau lebih banyak dikalangan golongan elit India yang
tinggal di bandar dan beliau kurang mendapat sokongan akar umbi.
Beberapa pihak dalam parti merasakan yang mereka perlukan
pemimpin yang mempunyai hubungan yang kuat dengan akar umbi.

Pada Mac 1955, terdapat laporan akhbar harian Tamil Murasu menyeru
golongan Tamil agar memboikot MIC. Sambanthan, yang waktu tersebut
merupakan pemimpin MIC negeri, muncul sebagai calon alternatif untuk
pimpinan parti. Menurut rekod sejarah, beliau sebenarnya dipaksa untuk
bertanding jawatan presiden. Calon lain, P.P. Narayanan, telah
dihampiri oleh pimpinan parti namun beliau menolak tawaran tersebut
kerana ingin fokus dalam aktiviti kesatuan.

Sambanthan juga menolak namun akibat tekanan dari pimpinan Tamil
menyebabkan beliau akhirnya bersetuju untuk memimpin parti. Beliau
dipilih menjadi presiden MIC pada Mei 1955. Sambanthan juga diterima
oleh kepimpinan Melayu kerana beliau bersuara dengan tidak begitu
lantang termasuk dalam bidang ekonomi dan lebih cenderung untuk
menyuarakan mengenai hak mengenai budaya dan bahasa. Antara
cabaran utama MIC ialah untuk menyatukan aspirasi diantara golongan
pertengahan dan kehendak golongan buruh yang pada 1938 terdiri 84%
daripada buruh ladang.

Sambanthan mula berkempen untuk usaha menambah ahli parti
dikalangan pekerja ladang, dengan menaungi ajaran Hindu dengan cara
yang popular dari Selatan India, meningkatkan penggunaan bahasa
Tamil mengadakan aktiviti kebudayaan Tamil. Namun MIC dibawah
Sambanthan gagal untuk menyatukan kehendak buruh dengan aspirasi
politik dari golongan pertengahan. Golongan tradisional dan kelas
pertengahan rendah telah mengukuhkan pengaruh mereka didalam
parti, manakala golongan kelas atasan profesional dan intelek mula
menjauhi parti. Hal ini menyebabkan berlakunya dua haluan kepimpinan
muncul dikalangan orang India dari segi politik dan kesatuan dagang.

Dibawah kepimpinan Sambanthan, MIC telah menjadi parti Tamil.
Sambanthan berkhidmat sebagai presiden MIC dari tahun 1955–71 dan
bertanggungjawab mentranformasikan parti dari sebuah parti yang aktif
dan organasi berasaskan politik kepada parti yang konservatif,
bercirikan tradisional, mengangkat kebudayaan, agama dan bahasa.
Parti ini juga merupakan parti yang paling lemah dikalangan tiga parti
utama Perikatan. Parti ini mempunyai sokongan yang paling kecil iaitu
7.4% pada 1959; dan mempunyai sokongan kecil daripada komuniti
India. Tun Sambanthan, ketika menjadi presiden MIC, membantu
mengukuhkan parti dari segi ekonomi dengan menjual separuh dari
ladang getah bapanya yang berkeluasan 2.4 km² untuk membantu
komuniti India dan parti.

Pilihanraya Pertama Tanah Melayu, Kepakaran Tun Sambanthan
dalam rundingan dan Hubungan rapat dengan Tunku Abdul
Rahman

Tahun 1955 merupakan tahun yang membawa kemajuan untuk Tanah
Melayu ke arah pemerintahan sendiri. Pihak pentadbiran British telah
bersetuju untuk mengadakan pilihanraya persekutuan yang pertama
pada Julai 1955 dan Sambanthan serta merta terlibat dalam politik
pilihanraya. Beliau telah menghadapi cabaran dan selepas rundingan
dengan pimpinan Perikatan dan MIC telah ditempatkan untuk bertanding
dua kerusi di Batu Pahat , Johor, dan Sungai Siput, Perak. Sambanthan
bertanding di kerusi Sungai Siput dan menang dengan bergaya.
Perikatan telah menang 51 daripada 52 kerusi dalam pilihanraya
tersebut

Selepas kemenangan tersebut, Sambanthan telah dilantik sebagai ahli
kabinet dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Buruh didalam
kerajaan Perikatan. Kerajaan ketika itu mengambil keputusan untuk
mendesak agar disegerakan peralihan kuasa dan delegasi Perikatan
telah ke London pada Januari 1956 untuk berbincang mengenai
beberapa isu termasuk rundingan untuk mendapat kemerdekaan
dengan Setiausaha Dalam Negeri Britain, Alan Lennox-Boyd.

Sewaktu awal tahun 1956, Sambanthan memimpin delegasi MIC dalam
rundingan diantara parti dalam Perikatan untuk melakar memorandun
untuk dipersembahkan kepada Suruhanjaha Reid. Sambanthan
merupakan perunding yang berkebolehan dan beliau berkerja keras
untuk memastikan kehendak kaum India terjamin, dan dalam masa yang
sama berhati-hati dalam menyentuh isu sensitif. Beliau pada waktu
tersebut dikritik oleh ahli parti kerana dilihat berlembut dalam beberapa
isu tertentu, namun Sambanthan menghadapai semua itu dengan
tenang dan sentiasa mengambil jalan tengah dalam berunding.

Disebabkan itu beliau telah dipuji oleh Tunku. Rundingan terakhir untuk
merdeka pada Mei 1957 juga dilihat sebagai perubahan peribadi dalam
diri Sambanthan. Ketika di London untuk berunding mengenai
perlembagaan, Tunku Abdul Rahman memutuskan bahawa

Sambanthan memerlukan pakaian baharu. Sambanthan telah
mencetuskan beberapa kontroversi apabila beliau dilihat memakai
pakaian Tamil iaitu dhoti semasa dilantik sebagai Majlis Perundangan
Persekutuan. Pakaian tersebut dilihat sebagai taboo pada zaman
British. Sambanthan walaubagaimanapun mempertahankan
keputusannya dan berkata, “Ini akan membuatkan orang kebanyakkan
merasa gembira”. Malah selepas pilihanraya pada 1955, apabila beliau
dilantik sebagai Menteri Buruh, beliau tetap memakai pakaian tradisional
India Tamil walau kemana sahaja beliau pergi.

Kemudian apabila berada di London, Tunku memutuskan untuk

melakukan sesuatu. Seperti yang Tunku sentuh dalam bukunya Looking
Back: “Apabila berjalan dengan saya di London, beliau selalu tertinggal

dibelakang kerana beliau tidak dapat melangkah dengan cukup panjang

untuk mengejar langkah saya, ataupun mungkin saya yang berjalan

terlalu laju. Pada satu hari apabila kami keluar berjalan, saya membawa
beliau ke kedai pakaian lelaki Simpson’s di Piccadilly. Apabila sampai
disana, saya berkata ‘Masuklah; Saya ingin beli pakaian baru’, jadi

beliau mengikut saya masuk kedalam. Saya kemudian meminta tukang

jahit untuk menyediakan suit terbaik yang telah siap dan muat dengan

Sambanthan. Beliau protes, namun hanya sementara kemudian

menerima tanpa tentangan dan keluar sebagai orang baru dalam suit
yang baru – buatan Barat, kemeja baru, tali leher baru, kasut baru dan
stoking baru.”

Tunku juga menyatakan selepas insiden tersebut, Sambanthan tidak
berpuas hati dengan hanya satu suit dan beliau secara senyap-senyap
keluar dan membeli beberapa suit lagi. Ketika debat untuk membentuk
Perlembagaan Persekutuan dalam Majlis Perundangan Persekutuan
pada 10 Julai 1957, Sambanthan mendesak untuk kerajasama yang
lebih besar diantara komuniti, dan beliau mengingatkan ahli majlis
bahawa Tanah Melayu merupakan negara yang berbilang kaum.

Kejayaan MIC diketika itu banyak didorong oleh hubungan rapat
diantara Tun Sambanthan dan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.
Sambanthan berkerja dengan MIC dengan cara yang santai dan tidak
formal. Berbeza dengan UMNO yang banyak melaksanakan program
dengan tujuan yang khusus. Kesannya, ianya banyak menjadi
penghubung untuk menaungi (undi daripada dewan senat dan dewan
rakyat, pancalonan untuk anugerah dan pingat serta lesen) penyokong
dan menambahkan undi kaum India di Malaysia kepada MIC.

Apabila Tun Abdul Razak Hussein mengantikan Tunku Abdul Rahman
sebagai Perdana Menteri Malaysia, MIC telah didesak untuk lebih
mengikut keputusan UMNO. Perkara ini berlaku selepas Insiden 13 Mei
dan Tun Razak lebih bersemangat daripada Tunku untuk menonjolkan
Ketuanan Melayu.

Sambanthan yang kini bergelar “Tun”, telah dipaksa untuk meletakkan
jawatan MIC dan menyerahkannya kepada V. Manickavasagam
pada 1973 dalam satu plot perebutan kuasa dimulakan oleh watak baru
dalam politik kaum india dan anak didik Sambanthan sendiri iaitu Tun S.
Samy Vellu.

Jasa Tun Sambanthan dalam Aspek Pendidikan, Sosial
dan Ekonomi

Setelah Tun V.T Sambanthan mengambil alih pengurusan di estet
daripada ayahnya, beliau telah menganjurkan kelas mengajar bahasa
Inggeris untuk pekerja-pekerja di estetnya. Hal ini demikaian kerana
beliau mengetahui hanya melalui proses belajar dapat memajukan diri
sendiri dan ekonomi negara. Pada masa itu, taraf hidup orang India
amat rendah dan kebanyakan mereka hidup dalam serba kekurangan.
Justeru, masyarakat India pada masa itu masih ketinggalan dalam
pelbagai aspek. Perkara ini disedari oleh Tun Sambanthan. Untuk
membantu pekerja-pekerjanya memperbaiki taraf hidup mereka, beliau
telah memberikan peluang kepada mereka untuk memperlajari bahasa
Inggeris yang amat penting dalam pergaulan seharian. Beliau berbuat

demikian supaya masyarakat India tidak akan terus ketinggalan dalam
pelbagai aspek serta dapat memperbaiki kehidupan mereka.

Penglibatan awal Sambanthan dalam politik bermula dengan niatnya
untuk membangun dan menyatukan kaum India. Atas dasar itu beliau
menganjurkan Majlis India Bersatu Perak pada tahun 1953. Dalam
tahun yang sama juga beliau dilantik sebagai pengerusi MIC Perak.
Peristiwa yang melonjakkan nama menjadi pemimpin utama politik MIC
ialah ketika kunjungan oleh Vijaya Lakshmi Pandit, adik perempuan
Perdana Menteri India, Pandit Jawaharlal Nehru. Sambanthan telah
lama berkawan dengan Vijaya Lakshmi ketika beliau terlibat dengan
Kongres Nasional India sewaktu belajar di Universiti Annamalai.

Pada 14 Ogos 1954, Tun V.T Sambanthan telah menubuhkan sebuah
sekolah Tamil yang bernama Mathama Gandhi Kala Salai di estet beliau
dengan bantuan pegawai-pegawai British pada masa itu Sekolah ini
dirasmikan oleh Pun Vijayaletchumi Pandit yang dijemput oleh Tun
Sambanthan. Tujuan beliau menubuhkan sekolah ini adalah untuk
memberikan pelajaran kepada anak-anak pekerja di estet. Kanak-kanak

yang belajar di sekolah ini berpeluang mempelajari bahasa Inggeris
kerana pada masa itu Tun Sambanthan telah bersetuju untuk
memasukkan pelajaran bahasa Inggerris ke dalam semua sekolah Tamil
di Perak. Dengan adanya sekolah ini, anak-anak pekerja estet
berpeluang mendapatkan pendidikan yang sempurna walaupun
keluarga mereka miskin. Selain memberikan pendidikan kepada kanak-
kanak kaum India, Sambanthan juga berharap sekolah ini dapat
membantu negara melahirkan generasi yang berpengetahuan serta
akan berbakti kepada negara dalam pelbagai bidang.

Seterusnya, Tun.V.T.Sambanthan telah mengadakan perkhidmatan bas
kepada kanak-kanak estet supaya mereka dapat melanjutkan
persekolahan di bandar. Pada masa itu, kemudahan pengangkutan
amat kurang atau hampir tiada di kawasan pedalaman. Kemudahan
pengangkutan hanya tertumpu di kawasan bandar yang lebih maju.
Keadaan ini telah menyusahkan penduduk di kawasan pedalaman
terutamanya para pelajar yang ingin melanjutkan persekolahan di
bandar. Untuk mengatasi masalah ini, Sambanthan telah menyediakan
perkhidmatan bas bagi memudahkan para pelajar yang ingin
melanjutkan persekolahan di bandar. Perkhidmatan bas yang
desediakan oleh Tun Sambanthan sekurang-kurangannya dapat
mengatasi masalah pengakutan yang dihadapi oleh penduduk
pedalaman selama itu.

Rentetan itu, Tun Sambanthan telah mengasaskan sebuah akhbar
mingguan yang diberi nama Malai Naadu. Editor bagi akhbar ini ialah
Encik V. Meenachi Sundram dan pejabat penerbitannya terletak di
Sungai Siput. Usaha murni ini adalah untuk menggalakkan keluaran
surat khabar dalam negara dan bukannya dari luar negara lagi. Dalam
akhbar ini, akibat buruk ketagihan todi telah dilaporkan. Hal ini demikian
kerana pada masa itu, banyak pekerja-pekerja estet suka minum
minuman todi dan mengalami ketagihan yang telah merosakkan pretasi
dalam perkerjaan mereka. Pekerja-pekerja estet juga telah
membazirkan banyak wang dalam membeli minuman todi. Perkara ini
menyebabkan ramai orang India hidup dalam keadaan aerba
kekurangan.

Untuk mengasi masalah ini, Tun Sambanthan meminta akhbar Malai
Naadu untuk mengeluarkan artikel yang berkaitan dengan keburukan
meminum minuman todi. Beliau telah berkempen dengan bergiat
menentang tabiat minum minuman todi dan menggalakkan sifat berjimat
cermat dalam kalangan ahli pekerja-pekerja este untuk menangani
masalah tersebut. Tun Sambanthan berupaya bertindak sendiri untuk
mengeluarkan akhbar-akhbar di Tanah Melayu tanpa bergantung
kepada orang luar. Perkara ini telah menjadi salah satu usaha untuk
menggalakkan proses Malayanisasi.

Tambahan pula, Tun Sambanthan mencadangkan pemindahan Tabung
Imigrasi Orang India Selatan kepada satu tabung pendidikan untuk
anak-anak pekerja estetnya supaya mereka mendapatkan manfaatnya.
Tun Sambanthan telah mendesak Encik Manikavasagam yang ketika itu
menyandang jawatan Menteri Buruh dan juga Timbalan Presiden MIC
untuk mengubahsuai perlembagaan tabung. Beliau berbuat demikian
kerana beliau ingin memberikan bantuan kewangan kepada anak-anak
pekerja ladang yang belajar di sekolah menengah dan juga universiti.
Dengan melaksanakan pemindahan Tabung Imigrasi Orang India
Selatan kepada satu tabung pendidikan, banyak pelajar telah
mendapatkan manfaatnya. Sebagai contoh, empat orang pelajar telah
menerima biasisiwa untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan.

Sebagai Presiden MIC, Tun Sambanthan telah memikul tanggungjawab
untuk memastikan keperluan tabung dapat dimanfaatkan oleh
masyarakat estet itu sendiri supaya berlakunnya sebarang
penyelewangan.

Akhir sekali, Tun Sambanthan telah menubuhkan Persatuan Koperasi
Kewangan dan Tanah Kebangsaan atau The National Land Finance
Cooperative Society (NFLCS) bersama dengan K.R Somasundram pada
tahun 1960. Persatuan ini ditubuhkan kerana pada akhir 1950-an dan
awal 1960-an telah berlakunnya fragmentasi estet. Pada masa itu,
beribu-ribu pekerja estet orang India telah dibuang kerja. Beliau percaya
koperasi hanya adalah satu jalan keluar badi mengatasi masalah
fragmenatsi. Cabaran getir ini telah mendorong Tun Sambanthan
menubuhkan NFLCS. Pekerja-pekerja estet telah digalakkan untuk
membeli saham dalam koperasi, yang tujuan utamanya adalah membeli
estet-estet besar untuk menghalang fragmentasi. Dengan bayaran
pendaftaran sebanyak RM2 hingga RM100(yang dibayar secara
beransur) seorang pekerja boleh memiliki satu saham dalam koperasi
dan mempunyai sati taruhan dalam estet.

Tun Sambanthan sendiri talah melawat seluruh negara untuk
mendaftarkan ahli baru. Estet pertama yang dibeli ialah di Bukit Sidim,
Kedah. Semasa beliau meninggal dunia pada tahun 1979, NFLCS
telah berjaya membeli 18 estet yang mempunyai jumlah luas kawasan
30,000 ekar yang ditanam dengan pokok getah, koko, kelapa sawit,
buah kelapa dan teh. Bilangan ahlinya pula meningkat kepada 85,000
orang. Atas usaha beliau dalam menggerakkan koperasi, beliau telah
digelar sebagai Bapa Koperasi.

Tun Sambanthan dan Aspek Kepimpinan Beliau

Kesimpulannya, sebagai seorang pemimpin India, Tun V.T. Sambanthan
telah banyak berjasa dalam usaha memajukan masyarakat India dalam

pelbagai bidang. Melaui aktiviti sosioekonomi yang dijalankan, beliau
telah menonjolkan ciri-ciri kepimpinan yang sesuai dengan aspirasi
orang India di Malaysia. Atas jasa dan sumbangan Tun Sambanthan,
beliau telah dianugerahkan pingat kebesaran P.M.S pada Ogos 1959
dan S.S.M pada Jun 1967. Beliau juga dikurniakan Doktor Kehormat
Dalam Undang-Undang (Hononary Doctor of Law ) oleh Universiti
Malaya pada Julai 1971.

Beliau pernah memegang portfolio sebagai Menteri Buruh, Menteri
Kesihatan, Menteri Tenaga, Menteri Pos dan Telekomunikasi serta
Menteri Perpaduan Negara. Untuk makluman, Tun V. T. Sambanthan
juga pernah menjadi pemangku Perdana Menteri selama sehari apabila
Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri keluar negara pada
waktu yang sama. Setelah meletakkan jawatan sebagai presiden MIC,
beliau telah dilantik sebagai pengerusi Badan Perpaduan Nasional
daripada 1974 sehingga 1978. Badan tersebut menggantikan
Kementerian Perpaduan Nasional.

Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak jasa yang
telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan dengan
perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Tun Sambanthan juga telah
menyumbangkan tenaga dalam usaha menuntut kemerdekaan. Tun
Sambanthan merupakan seorang yang mementingkan toleransi,
keharmonian dan kerjasama pelbagai bangsa dan kaum di negara kita
apabila beliau menjadi pemimpin. Beliau merupakan pengikut ajaran
Mahatma Gandhi yang mempraktikkan anti-keganasan untuk mencapai
kemerdekaan.

Pada ketika kerajaan Malaysia memutuskan untuk melarang tarian singa
milik kaum Cina dan ketegangan antara kaum tinggi selepas insiden 13
Mei 1969, Tun Sambanthan sebagai Menteri Perpaduan Nasional pada
awal 1970-an telah membawa beberapa pemimpin kaum Cina ke
Genting untuk berbincang bagi meredakan keadaan. Perbincangan
tersebut berjaya dan sekatan kerajaan ke atas tarian singa telah
ditamatkan kerana kerajaan sedar bahawa adalah penting untuk
mempertahankan budaya kaum-kaum yang ada di Malaysia.

Nama Tun Sambanthan diabadikan pada stesen LRT Tun Samanthan
dan Wisma Tun Sambanthan yang terletak di Kuala Lumpur bagi
mengenang jasa beliau. Beliau meninggalkan dunia pada 18 Mei 1979
ketika berumur 59 tahun. Pada upacara pengebumian beliau, hampir
15,000 orang telah hadir untuk memberikan penghormatan terakhir,
termasuk Tunku Abdul Rahman, sahabat karibnya dan Tun Tan Siew.


Click to View FlipBook Version