The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jayneshjegethesan, 2022-11-17 10:02:05

INISIATIF KERAJAAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN DI MALAYSIA

ETIKA E-FOLIO

JABATAN PENGAJIAN AM
MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA

DAN PERADABAN

LECTURER’S NAME: PUAN
HALIMATUS SAADIAH BINTI

KARIYA

KELAS: DDT1D

KUMPULAN:3

LAPORAN: E-FOLIO

NO. NAME REGISTRATION NO.

1. MUHAMMAD HAZIQ BIN HUZAINIZAR 21DDT22F1095
2. JAYNESH A/L JEGETHESAN 21DDT22F1114
3. MUHESHYUVEENDRAA A/L MANIMARAN 21DDT22F1115
4. SARVESH A/L RAWICHANDAR 21DDT22F1103
5. MAHEESHWAR A/L SIVAPRAGASH 21DDT22F1121

ISI KANDUNGAN :

1) PENGENALAN
2) PENDAHULUAN
3) OBJEKTIF
4) APA ITU INISIATIF
5) APA ITU PERPADUAN
6) MENGAPA PERLU MEMUPUK PERPADUAN
7) KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN
8) IMPLIKASI APABILA TIADA PERPADUAN
9) INISIATIF KERAJAAN MEMUPUK
PERPADUAN DI MALAYSIA
10)KESIMPULAN
11)PENGAJARAN

PENGENALAN :

PERPADUAN IALAH SATU PROSES YANG
MENYATUPADUKAN ANGGOTA MASYARAKAT DAN
NEGARA MELALUI IDEOLOGI NEGARA SUPAYA TIAP-
TIAP ANGGOTA MASYARAKAT DAPAT MEMBENTUK
SATU IDENTITI DAN NILAI BERSAMA SERTA SATU
PERASAAN KEBANGSAAN DI KALANGAN MEREKA. SEJAK
MERDEKA LAGI,KERAJAAN TELAH MEMUPUK SEMANGAT
PERPADUAN DALAM MEMAKMURKAN NEGARA KITA DENGAN
MENJALANKAN PELBAGAI DASAR UNTUK MENCAPAI PROSES
PERPADUAN INI.TANPA PERPADUAN,KEMAJUAN NEGARA YANG
INGIN DICAPAI UNTUK WAWASAN 2020 TIDAK MUNGKIN
AKAN MENJADI KENYATAAN KERANA KERJASAMA
DIPERLUKAN UNTUK MENJANA KEMAJUAN.

PENDAHULUAN :

NEGARA YANG MEMPUNYAI BERBILANG KAUM SANGAT
MEMERLUKAN USAHAUSAHA UNTUK MEMUPUK PERPADUAN
KAUM BAGI MEMBINA NEGARA YANG HARMONI.LANGKAH-
LANGKAH MENGERATKAN PERPADUAN DI ANTARA PELBAGAI
KAUM YANG ADA DI MALAYSIA INI SANGAT PENTING BAGI
MENGELAKKAN BERLAKUNYA RUSUHAN ANTARA KAUM.

JUSTERU ITU, KEPELBAGAIAN KAUM INI HARUSLAH DIRAIKAN
DAN SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA, KITA PERLU SALING
TOLONG MENOLONG ANTARA KAUM “BAGAI AUR DENGAN
TEBING” UNTUK SAMA-SAMA HIDUP DALAM PERSEKITARAN
HIDUP YANG SIHAT DAN AMAN MAKMUR. MENURUT KATA
PERDANA MENTERI YANG KE-6, HUBUNGAN YANG BAIK LAGI
ERAT SERTA RENCAMAN SESAMA KAUM MERUPAKAN
PENAWAR YANG PALING MUJARAB BAGI MENYEMARAKKAN
KEAKRABAN KAUM BAK KATA PEPATAH “BULAT AIR KERANA
PEMBETUNG BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT”.

SELAIN DARIPADA ITU, KEKUATAN ATAU SINERGI DARIPADA
SEMUA BELAH PIHAK DIPERLUKAN DALAM BERGANDING
BAHU MELAKUKAN USAHA-USAHA YANG EFEKTIF DAN
PROAKTIF BAGI MEREALISASIKAN ASPIRASI RAKYAT DI
SEGENAP MALAYSIA. PERSOALANNYA DI SINI, APAKAH
INISIATIF YANG TELAH DIRANCANG SERTA DILAKSANAKAN
OLEH KERAJAAN BAGI MEMPERKASAKAN PERPADUAN KAUM DI
MALAYSIA?

OBJEKTIF :

PERPADUAN ANTARA RAKYAT MALAYSIA MERUPAKAN SATU
KEISTIMEWAAN YANG MEMAINKAN PERANAN PENTING DEMI
MENCAPAI STATUS NEGARA MAJU MENJELANG TAHUN 2022.

BANYAK NEGARA DI DUNIA MENCONTOHI MALAYSIA SEBAGAI
NEGARA YANG BERBILANG BANGSA, AGAMA DAN BUDAYA
KERANA KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN ANTARA KAUM
SERTA BUDAYA MENJADI PEGANGAN KEPADA PANDANGAN
POSITIF RAKYAT ANTARABANGSA TERHADAP MALAYSIA.

SEPERTI UMUM KETAHUI ,SEMANGAT PERPADUAN PERLU
DIPUPUK DI DALAM SETIAP RAKYAT MALAYSIA DARI BANGKU
SEKOLAH LAGI SEIRING DENGAN MENGUKUHKAN SEMANGAT JATI
DIRI, DI SAMPING MEMBERI KEUTAMAAN KEPADA MATA
PELAJARAN SEJARAH DAN MENJADIKAN SISTEM PENDIDIKAN
SEBAGAI MEDIUM MUSTAHAK UNTUK MENGKEKALKAN
PERPADUAN KAUM.

MELALUI PENGHAYATAN PERPADUAN SERTA SEJARAH NEGARA,
DIHARAP AKAN LAHIRNYA GENERASI MUDA YANG AKAN
BERTINDAK SEBAGAI WARGANEGARA YANG MATANG LAGI
BERTANGGUNGJAWAB.

APA ITU INISIATIF?

Inisiatif membawa erti daya usaha atau gerak pertama.
Contoh inisiatif yang paling mudah adalah inisiatif seseorang
untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Inisiatif yang perlu
dilakukan adalah berusaha sebaik mungkin dalam membuat
sesuatu perkara dan tidak memikirkan kegagalan yang bakal
ditempuhi.

APA ITU PERPADUAN?

Perpaduan ialah penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan
yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan
jiran mereka.
Perpaduan amat penting bagi menghidupkan suasana yang
harmoni tidak kira bagi negara ataupun masyarakat sekitar
kerana tanpa perpaduan, tidak akan wujud sikap toleransi,
tolong-menolong antara satu sama lain dan mungkin akan
menimbulkam isu perkauman.

MENGAPA PERLU MEMUPUK
PERPADUAN?

Di Malaysia, kita hidup dengan masyarakat yang berbilang
kaum. Jadi, perpaduan antara kaum amatlah penting bagi
mewujudkan suasana yang harmoni agar semua lapisan
masyarakat dapat hidup dengan aman damai walaupun
berlainan warna kulit, bangsa, dan juga agama.

KEPENTINGAN MEMUPUK
PERPADUAN?

Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu
keistimewaan yang memainkan peranan penting demi mencapai
status negara maju menjelang tahun 2022. Banyak negara di
dunia mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang
bangsa, agama dan budaya kerana keharmonian dan
kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi pegangan
kepada pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap
Malaysia.

Menurut titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum
Sultan Iskandar, semangat perpaduan perlu dipupuk di dalam
setiap rakyat Malaysia dari bangku sekolah lagi seiring dengan
mengukuhkan semangat jati diri, di samping memberi
keutamaan kepada mata pelajaran Sejarah dan menjadikan
sistem pendidikan sebagai medium mustahak untuk
mengkekalkan perpaduan kaum. Melalui penghayatan
perpaduan serta sejarah negara, diharap akan lahirnya
generasi muda yang akan bertindak sebagai wargangara yang
matang lagi bertanggungjawab.

Selain itu, kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi
keutamaan demi mengekalkan kukuhan perpaduan antara kaum
dengan mengamalkan semangat perkongsian, saling
menghormati dan menanam sikap toleransi sesama rakyat
Malaysia. Dengan itu, masyarakat akan lebih terbuka untuk
mengenali dan memahami kepelbagaian agama di negara ini
demi menguatkan lagi kesefahaman antara kaum dan agama.

Tambahan pula, sambutan pelbagai hari perayaan seperti Hari
Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai
dan Kaamatan boleh dijadikan platform untuk mengenali
budaya dan adat resam sesama masyarakat sambil
memperbaharui ikatan persahabatan. Keharmonian demi
kesatuan ini juga merupakan keunikan yang bukan sahaja
memperteguhkan lagi perpaduan antara kaum, malah menjadi
penanda aras bagi Malaysia dalam mencapai matlamat sebagai
negara yang aman dan harmoni. Misalnya, rumah terbuka bagi
setiap satu perayaan diadakan untuk meraikan perpaduan kaum
yang memupuk amalan ziarah-menziarahi, saling menolong dan
semangat kejiranan sebagai budaya harian kita.

Perpaduan kaum juga memainkan peranan dalam
mengukuhkan lagi ekonomi negara dengan penglibatan semua
kaum dalam kegiatan ekonomi. Misalnya, Dasar Ekonomi Baru
yang dilancarkan pada tahun 1970 oleh Tun Abdul Razak,
adalah bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan
sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Pelancaran dasar
ekonomi tersebut memastikan bahawa taraf hidup masyarakat
dapat ditinggikan dalam usaha untuk mencapai kemajuan dalam
pembangunan negara. Jurang perbezaan akan terhapus dalam
fungsi ekonomi mengikut kaum dan lahirnya perpaduan
ekonomi di kalangan rakyat, sambil meningkatkan lagi taraf
pembangunan ekonomi negara.

Secara keseluruhan, perpaduan kaum merupakan antara faktor
terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat
berbilang kaum dan agama. Sekiranya kita berpecah atau
bertelingkah antara satu sama lain, negara yang aman dan
harmoni ini akan menjadi mundur dan pertikaian akan
menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan
pembangunan negara. Masyarakat Malaysia perlu menjadi
penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan
antara kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah
status negara maju serta memastikan pembangunan ekonomi
negara yang stabil dan konsisten.

IMPLIKASI APABILA TIADA
PERPADUAN

 Keharmonian negara terjejas

Antara salah satu kesan sekiranya tidak wujud perpaduan
di Malaysia ialah keharmonian negara terjejas. Hal ini
bermaksud bahawa tiada kesepaduan dalam kalangan
masyarakat. Sebagai contoh, rakyat tidak akan mempunyai
matlamat yang sama dan tidak dikongsikan bersama. Hal
ini menyebabkan keamanan negara, kerjasama antara
masyarakat dan dedikasi masyarakat kepada negaea tidak
dipupuk dan disempurnakan dengan jayanya. Hal ini
menyebabkan keharmonian negara terjejas.

 Sistem Pendidikan terjejas

Seterusnya, sekiranya tiada perpaduan antara rakyat
Malaysia secara tidak langsung akan menjejaskan sistem
pendidikan di Malaysia. Seperti mana yang kita tahu misi
kementerian pelajaran Malaysia ialah membangunkan
pendidikan yang berkaliti dan bertaraf dunia di samping
memperkembangkan potensi individu dan memenuhi
aspirasi negara. KPM menetapkan matlamat iaitu
melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia,bersepadu,
beriman, berakhlak mulia dan lain-lain. Jelas dalam misi
KPM yang mana misinya menitikberatkan hal kesepaduan
dan perpaduan. Apabila wujudnya masalah perpaduan
akan menjejaskan pembagunan pendidikan dalam negara.

 Pembagunan ekonomi tidak stabil

Malaysia ialah hubungan etnik yang harmoni atau erti kata
lain perpaduan rakyat dalam negara. Sekiranya hubungan
etnik tergugat maka survival Malaysia sebagai satu negara
bangsa juga turut terjejas. sebagai contoh, dalam sektor
pekerjaan iaitu akan berlaku pilih kasih untuk mengambil
pekerja dan tidak mengambil pekerja yang berlainan kaum.
Hal ini demikian keran perasaan was-was dan perasaan
mencurigai antara satu sama lain. Hubungan yang tidak
harmoni antara kaun akan menyebabkan pertelingkahan.
Hal ini akan memberi kebimbangan kepada pelabur-
pelabur untuk melabur di syarikat mereka jika berlaku
huru-hara dalam pengurusan syarikat. Hal ini akan
menjadikan ekonomi semakin merosot.

 Masyarakat menjadi tidak bermoral

Sekiranya rakyat tidak bersatu padu akan menyebabkan
wujudnya masyarakat yang tidak bermoral iaitu tidak
bertolak ansur dan tidak beretika. Apabila wujudnya
masyarakat sebegini akan menyebabkan pertelingkahan
antara kaum akan berlaku pada bila-bila masa. Ia juga
akan memberi kesan yang amat teruk jika masalah ini
tidak dibendung dengan baik iaitu akan berlakunya
kematian dan sebagainya jika tidak dihadapi dengann teliti.

INSIATIF KERAJAAN DALAM
MEMUPUK PERPADUAN DI

MALAYSIA

 Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perpaduan Negara

Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu
masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi
seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui
penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu,
penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan
yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-
aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan
sepanjang persekolahan pelajar.

Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan
dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) mulai tahun 1983.

 Penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah

Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah
melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000 yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
berkaitan Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah,
maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga
sekolah terutamanya golongan relajar terhadap prinsip-
prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat
perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan
diperkukuhkan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak
mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam
mewujudkan perpaduan kaum. Jaganlah kita bersikap evasive
mahupun “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing” kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud
apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing
dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.

PENGAJARAN

Pengajaran yang kita dapat ialah jika sebuah negara
mempunyai intergasi satu sama lain dan dasar-dasar kerajaan,
negara itu akan maju dan situasinya lebih aman dan
damai.Kita juga perlu bekerjasama supaya proses perpaduan
di negara kita dan kesepaduan sosial dapat dikekalkan.Jika
kita mengabaikannya, mungkin peristiwa yang tidak baik akan
berlaku contoh pada 13 mei 1969 tanah melayu pernah
berlaku satu peristiwa iaitu rusuhan antara kaum melayu dan
kaum cina. Oleh itu untuk mengelakkan peristiwa seperti
berikut kita perlulah bersatu padu agar tiada pihak lain dapat
mengambil kesempatan atas negara kita.


Click to View FlipBook Version