Bendera Malaysia lambang
perpaduan bangsa dan negara
Disediakan oleh :
NUR ALIA AZWA BT MOHD ROZAIMI
23DEM19F1012
MUHAMMAD ARIFF ZULKARNAIN B SHAHRIL
23DEM19F1015
NUR DINI BT ZURAIMI
23DEM19F1028
ALIA NURAIN BT MUDZAR
23DEM19F1080
SESI : 1: 2021/2022
ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN
1.1 DEFINISI BENDERA
1.2 SEJARAH BENDERA MALAYSIA
1.3 BENDERA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
2. NAMA BENDERA
3. KAITAN SEJARAH DENGAN BENDERA LAIN
3.1 BENDERA JOHOR
3.2 BENDERA SYARIKAT HINDIA TIMUR
INGGERIS
3.3 BENDERA MAJAPAHIT
4.MAKSUD WARNA BENDERA MALAYSIA
5.MAKSUD LAMBANG PADA JALUR GEMILANG
6.RUMUSAN
7.RUJUKAN
PENGENALAN
1.1 DEFINISI BENDERA
Bendera adalah lambang kedaulatan sesebuah
negara yang berkait rapat dengan semangat
patriotik dalam mempertahankan maruah, bangsa,
agama dan ibu pertiwi.Bendera juga merupakan
lambang kepimpinan, simbol penghormatan,
martabat dan kewarganegaraan bagi sesebuah
negara. Oleh itu, penggunaan bendera dan
penghormatan ke atasnya adalah sebagai satu
simbol nasionalisme.
Semua negara di dunia mempunyai bendera iaitu
sebidang kain yang diperagakan bag menunjukkan
tanda atau lambang kewujudan sesebuah negara.
Biasanya bendera berbentuk empat segi bujur dan
mempunyai satu bahagian tepi yang digunakan untuk
diikat pada tiang.Maksud asas bendera adalah
mengibarkan atau mengapungkan di atas angin.
1.2 SEJARAH BENDERA MALAYSIA
Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama
Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan
pertandingan peringkat kebangsaan untuk memilih reka bentuk
bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk. Seramai 373
karyawan telah mengambil bahagian Dalam pertandingan
mereka cipta bendera peringkat kebangsaan pada Mei 1948
tersebut dan telah melalui proses pemilihan serta pertimbangan.
Pada 15 November 1949 hanya 3 reka bentuk yang berjaya
dipilih ke peringkat akhir dan ciptaan Encik Mohamed bin
Hamzah (arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor) telah dipilih
sebagai pemenang.Bagaimanapun reka bentuk bendera tersebut
telah dibuat beberapa pindaan iaitu bulan sabit dan bintang yang
pada asalnya berwarna putih digantikan dengan warna kuning
bagi melambangkan warna Diraja dan telah diperkenankan oleh
Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950.
Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah
meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua
Setiausaha Negara. Reka bentuk bendera tersebut telah
mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.
Sehubungan dengan itu, buat pertama kalinya Bendera
Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan
Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja
Melayu dan pegawai-pegawai King George VI pada 26 Mei 1950.
sambungan di mukasurat seterusnya...
Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dan berkibar
secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor seiring
dengan berkumandangnya lagu Negaraku yang buat kali pertama
diperdengarkan kepada umum. Bendera Persekutuan Tanah
Melayu yang sebelum ini berjumlah 11 jalur melintang berwarna
merah dan putih telah bertambah jalurnya kepada 14 jalur sebaik
sahaja kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam
Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Bendera ini dikenali sebagai bendera Malaysia. Penambahan jalur
ini adalah bagi mewakili 3 negeri tersebut. Walaupun Singapura
dikeluarkan dari Malaysia pada Ogos 1965, jumlah jalur pada
bendera Malaysia masih kekal termasuk ciri-ciri yang ada padanya.
Setelah berkibar megah sejak tahun 1950, pada malam 31 Ogos
1997 sempena sambutan 40 tahun kemerdekaan negara, Tun Dr.
Mahathir Mohammad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia
ketika itu telah mengukir sejarah dengan mengumumkan nama
baharu bagi bendera Malaysia iaitu sebagai Jalur Gemilang.
1.3 BENDERA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Cadangan bendera Persekutuan
Tanah Melayu (Malaya) pertama.
Cadangan Cadangan bendera Persekutuan
bendera Tanah Melayu (Malaya) kedua.
Persekutuan
Tanah
Melayu
Cadangan bendera Persekutuan
Tanah Melayu (Malaya) ketiga.
2. NAMA JALUR GEMILANG
JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang
mempunyai 14 jalur merah dan putih. Jalur pada Bendera
Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju
yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat
negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju
kegemilangan bangsa dan negara.
GEMILANG - bercahaya dan cemerlang. Bendera Malaysia
Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa bendera itu
melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat
Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali
pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan,
kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej
negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan
pedoman yang terang lagi jelas.
Ilham untuk menamakan bendera
Malaysia kepada Jalur Gemilang
diusulkan Datuk Hashim Mat Dris.
Cadangan berkenaan dikemukakan
kepada Perdana Menteri ketika itu,
Datuk Seri Dr Mahathir pada 11 Julai
1995.
Datuk Hashim Mat Dris
Nama bendera Malaysia telah
diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin
Mohamad, Perdana Menteri pada
malam 31 Ogos 1997 sempena Hari
Kemerdekaan negara yang ke-40.
Tun mahathir bin mohamad
33.K.AKIATIATNANSESJEAJRAARHAHDEDNEGNAGNANBEBNEDNEDREARLAAILNAIN
3.1 3B.E1NBDEENRDAEJROAHJOORHOR
Bendera Malaysia juga Bendera Johor telah
mempunyai kaitan dengan digunapakai sejak
Bendera Johor berikutan penubuhan Kesultanan
Mohammed Hamzah yang Johor Moden dan direka
merupakan pemenang dan sepenuhnya oleh Sultan
pereka Bendera Malaysia Sir Abu Bakar pada
tersebut adalah anak watan tahun 1871.
negeri Johor
Mohammed Hamzah Sultan Sir Abu Bakar
3.2 BENDERA SYARIKAT HINDIA TIMUR ENGGERIS
SELEPAS TAHUN 1707
Bendera rekaan ketiga terubahsuai
ini telah terinspirasi penuh
daripada bendera rasmi Syarikat
Hindia Timur Inggeris, ini boleh
dibuktikan dengan sebahagian
besar elemen utamanya yang
disusun pada lunas yang sama
khususnya pada jalur merah putih
dan kotak berwarna biru disisi
sebelah kiri atas bendera
3.3 BENDERA MAJAPAHIT
Jejalur merah putih
diperkirakan telah diadaptasi
dari bendera Majapahit iaitu
Sang Saka Getih-Getah
Samudra atau Sang Saka Gula
Kelapa. Terdapat rekod
sejarah yang menunjukkan
kerajaan besar Majapahit
pernah mendiami sebahagian
besar kepulauan Nusantara
sejak ia didirikan pada tahun
1293 Masihi.
4. MAKSUD WARNA BENDERA MALAYSIA
Menggambarkan Melambangkan warna
perpaduan rakyat yang diraja,secara khususnya
terdiri daripada menggambarkan
berbilang kaum di kedaulatan raja-raja
negara ini seperti melayu yang
melayu,cina,india berperlembagaan
Melambangkan menunjukkan
kesucian dan keberanian dan
keluhuran hati kesediaan dalam
rakyat dalam mengharungi
mengangkat nama segala jenis
negara ke persada cabaran demi
dunia negara tercinta
5. MAKSUD LAMBANG PADA JALUR GEMILANG
BULAN & BINTANG
Menggambarkan agama islam
sebagai agama persekutuan
negara
14 JALUR
14 jalur berwarna
merah dan putih
yang sama lebar
menggambarkan 13
buah negeri
anggota dan sebuah
Wilayah Persekutuan
yang memiliki
keanggotaan yang
sama dalam
negara Malaysia
BINTANG PECAH 14
Menunjukkan perpaduan 13 buah neger
dan 1 wilayah persekutuan
RUMUSAN
Kesimpulan sebagai negara yang mempunyai berbilang
kaum kita hendaklah saling, berkerjasama untuk
mengekalkan perpaduan antara kaum dan menwujudkan
suasana yang damai, dan harmoni dalam negara
Malaysia .Oleh sebab it , kita sebagai rakyat Malaysia
hendaklah menghormati antara
bangsa yang lain bagi mengelakkan perbalahan, antara
kaum yang pernah menjadi sejarah hitam
pada negara .Dalam hal ini warna bendara Malaysia
mempunyai warna biru yang bermaksud
perdamaian bagi sesuatu perkara .hal ini kita hendaklah
melatih generasi kita untuk mengekalkan
Perpaduan bangsa, Malaysia yang berbilang kaum bagi,
memjamin keharmonian ,isu sensitif dan
berpegang teguh pada prinsip rukun negara bagi
mengekalkan perpaduan negara dan dapat
memajukan negara dari segi ekonomi ,sosial dan
Pendidikan .Selain itu, kita depat mengurangkan
kadar jenayah apabila rakyat Malaysia berganding bahu
untuk mengatasi masalah yang sering
berlaku di tanah air kita.
RUJUKAN
• https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=ben
dera
• https://www.malaysia.gov.my/portal/content
/138?language=my
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Mala
ysia
• https://www.mysumber.com/bendera-
malaysia-jalur-gemilang.html#maksud-nama-
jalur-gemilang