SISTEM EJAAN
RUMI
KONGRES
BMMB 1074
INSYRAH BEH WEI WEI
Sistem Ejaan
Rumi Kongres
Dihasilkan berasaskan persetujuan yang dicapai
dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III
(16-21 September 1956) yang membincangkan
perkembangan bahasa Melayu.
Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi bahasa Melayu
semasa sidang tersebut telah membuat 16
ketetapan tentang:
- ejaan bahasa Melayu
- dua ketetapan bunyi bahasa
- Satu ketetapan tulisan Jawi.
Kesannya, kertas kerja Asraf mencadangkan perkara-perkara
berikut (Abdul Jali Haji Anuar -1999):
Satu sistem yang lebih baik serta praktis perlu difikirkan dan diwujudkan
dalam pelaksanaan.
Sistem ejaan baku ini haruslah semudah-mudahnya tetapi tidak harus
dipermudah-mudahkan.
Ejaannya haruslah merupakan ejaan persekutuan yang boleh dijadikan
dasar untuk penyatuan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang
sebenarnya satu dan sama sahaja, atau sekurang-kurangnya pokok
dasar serta asalnya sama, iaitu bahasa Melayu.
Peraturan mengeja dalam huruf
Rumi menggunakan kaedah
berikut:
1 Huruf vokal diberi nama yang sama nilai bunyi fonemnya. Contohnya:
a diberi a seperti a dalam 'anak'
2 Vokal terdiri daripada a,e,é,i,o & u.
3 Vokal e terdiri daripada 2 bentuk:
- e tidak bertanda seperti emak diberi nama e pepet.
- vokal é yang mempunyai tanda di atas diberi nama e taling seperti lepak & leher.
4 Konsonan pula diberi nama setelah mendapat bantuan vokal a.
Konsonan asli dalam sistem ejaan ini berjumlah 17 iaitu:
- /b/, /c/, /d/, /h/, /j/, /k/, /l/, /m/, /n/, /n/, /p/, /q/, /r/, /s/, /t/ dan /w/.
Konsonan pinjaman ialah konsonan yang hanya digunakan apabila mengeja kata
pinjaman seperti konsonan:
- /f/, /g/, /v/, /x/ dan /z/.
Penggunaan vokal dalam bahasa Sesuatu perkataan terdiri daripada satu suku kata.
Melayu berlaku apabila: Sesuatu suku kata dapat digambarkan dengan satu
vokal sahaja atau huruf vokal bersama satu konsonan,
sama ada konsonan itu berada di hadapan atau di
belakang vokal ataupun satu vokal berada di tengah-
tengah satu huruf konsonan.
Apabila dua huruf vokal yang sama atau tidak sama
berdekatan, maka itu dikira dua suka kata.
Satu suku kata panjang yang banyak mengandungi dua
konsonan, tetapi tidak lebih daripada satu vokal.
Jika vokal terletak di hadapan konsonan, maka satu
suku kata yang terbentuk daripada kombinasi itu
disebut suku kata mati. Jika vokal itu berada di
belakang konsonan, maka suku kata itu disebut suku
kata hidup.
1 Konsonan yang digunakan adalah seperti ejaan lain, iaitu
diikuti dengan vokal.
2 Dalam sistem ini, tidak dibenarkan membentuk konsonan
kluster kecuali untuk kata pinjaman bahasa Barat.
3 Bagi kata yang berasal daripada bahasa Arab, kata tersebut
hendaklah dieja mengikut peraturan ejaan Rumi Bahasa
Melayu.
Satu ketetapan yang ditetapkan ialah menggunakan sistem
fonologi iaitu fonemik bukan fonetik : melambangkan satu fonem
dengan satu grafem atau huruf sahaja.
Fonem /h/ yang terdapat pada awal kata boleh digugurkan
jika berbuat demikian tidak menimbulkan keraguan.
Fonem /h/ yang berada di tengah tidak boleh digugurkan
jika diapit dengan vokal yang sama.
Fonem /h/ boleh dikekalkan atau dihilangkan apabila
diapit oleh vokal yang tidak sama.
Fonem /h/ boleh digugurkan di tengah kara setelah
dipastikan memang tidak ada fonem /h/ pada kata asal.
Fonem /h/ pada akhir kata tidak boleh didgugurkan kecuali
fonem tersebut tidak ada pada perkataan asal.
1 Penggunaan sempang (-) dalam sistem ejaan ini bertujuan :
Memisahkan kata aabila kata itu tidak lengkap ditulis kerana
sudah sampai ke hujung baris.
Menulis kata ulang.
Menyambung beberapa kata majmuk.
2 Penulisan huruf besar dalam sistem ejaan ini sama dengan sistem ejaan
yang baik tetapi tidak pernah digunakan secara rasmi. Sistem ejaan ini
hanya digunakan oleh anggotan ASAS 50 dalam karya mereka.
THANK
YOU