RAHSIA RAMADAN KUNCI BATIN & ROHANI (KHUSUS UNTUK LELAKI)
RAHSIA RAMADAN KUNCI BATIN & ROHANI (KHUSUS UNTUK LELAKI) Medipluss
RAHSIA RAMADAN KUNCI BATIN & ROHANI (KHUSUS UNTUK LELAKI) Medipluss
Muslimin yang dirahmati Allah, Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala atas nikmat rezeki, kesihatan dan lain-lain nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Dengan nikmat tersebut pada, kita telahpun diberi peluang untuk meningkatkan amal ibadah kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Dengan itu, haruslah kita meningkatkan ketakwaan dan ibadah kita kepada Allah SWT dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa serta selamat di dunia dan selamat di akhirat. Ramadan Al-Mubarak, bulan mulia yang penuh keberkatan, rahmat, dan Bulan yang dijanjikan dengan pelbagai ganjaran bagi mereka yang sentiasa meningkatkan amal ibadah. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 183: ْي ُكُم الِّصَياُم َكَما ُكِتَب ِذيَن َءاَمُنو۟ا ُكِتَب َعَل َّل ُّيَها ا "ٰٓيَأ َّتُقوَن." َّل ُكْم َت ْبِل ُكْم َلَع ِذيَن ِمن َق َّل َعىَل ا "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu supaya kamu bertakwa" PENGENALAN www.asiamedipluss.com Medipluss
Sebagai seorang lelaki ataupun khalifah, inilah masanya kita menanam azam untuk kita merebut segala kelebihan Ramadan yang dijanjikan Allah. Ramadan dikenali sebagai bulan untuk mengubah umat Islam menjadi lebih baik dan lebih berjaya lagi. Jika Ramadhan tahun lalu kita lalai, leka dan kita ketinggalan merebut kelebihannya, maka pada tahun ini kita diberi peluang sekali lagi oleh Allah. Sebagai umat Islam, marilah kita mengambil peluang ini menguatkan azam untuk beramal ibadah dan merebut fadhilat, pahala dan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT pada bulan tersebut. Maka, janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana kita tidak tahu, mungkin ini adalah Ramadan terakhir kita. Oleh itu, hendaklah kita rebut ruang dan peluang yang Allah berikan kepada kita semua untuk melaksanakan segala apa yang disediakan dalam Bulan Ramadhan ini supaya kita menjadi khalifah yang baik dan di akhirat kelak kita tidak menyesal. Dengan ini, seorang lelaki harus tahu dan bersiap sedia untuk menghadapi bulan Ramadhan mengikut garis panduan JAKIM sepertimana dihuraikan di dalam E-Book ini. Pengarang Afiq Najmi Azri Al- Hafiz Medipluss www.asiamedipluss.com
AWAL RAMADAN TETAPKAN NIAT RANCANG RAMADAN ANDA ELAK MELAKUKAN PERKARA NEGATIF MENINGKATKAN KETAKWAAN & KESABARAN BERPUASA DENGAN SESUNGGUH HATI BERTAUBAT MENINGKATKAN KUALITI IBADAH PERBANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN BANYAKKAN BERZIKIR BANYAKKAN BERDOA MENGEJUTKAN AHLI KELUARGA & BERIBADAH BERSAMA SEGERA BERBUKA SETELAH MASUK WAKTU BERSAHUR MENJAGA WAKTU TIDUR MENGHIDUPKAN MALAM RAMADAN DENGAN SOLAT SUNAT 1. ISI KANDUNGAN Medipluss www.asiamedipluss.com
MENGGIATKAN IBADAH DI 10-MALAM TERAKHIR MENCARI MALAM LAILATUL QADAR BERIKTIKAF QIAMULLAIL MENJAGA TUTUR-KATA MENGERATKAN SILATURAHIM MENGAWAL KEMARAHAN MANDI, BERPAKAIAN KEMAS & MEMAKAI WANGIAN MENUNAIKAN UMRAH SUNAT MEMBANYAKKAN SEDEKAH & MELAKUKAN KEBAIKAN UNTUK ORANG LAIN MEMBERI MAKANAN UNTUK ORANG BERBUKA PUASA MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT ELAKKAN PEMBAZIRAN MENGAMALKAN MAKANAN SUNNAH 2. PENGHUJUNG RAMADAN 3. AMALAN TAMBAHAN ISI KANDUNGAN Medipluss www.asiamedipluss.com
Tetapkan Niat ْرِض َرَمَضاَن َهِذِه الَّسَنِة َداِء َف ْن َأ َنَوْيُت َصْوَم َغٍد َأ ِه َتَعاىَل َّل ِل "Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala" Ramadan memberi peluang untuk kita menjadi lebih bijak dan terurus tentang apa yang kita ingin lakukan dan mengapa kita melakukannya. Inilah masa untuk mendekati Allah SWT dan menjadi umat Islam yang lebih baik, serta menguatkan rasa masyarakat dalam ummah sebagaimana kita diingatkan tentang kesusahan orang miskin dan mengamalkan belas kasihan kepada mereka yang memerlukan. Tetapkan niat anda dan teruskan istiqamah dalam melakukan apa yang anda ingin capai. 1. AWAL RAMADAN www.asiamedipluss.com Medipluss
Rancang Ramadan Anda Semasa Ramadan, anda sebaiknya sudah merancang beberapa perkara seperti pergi tarawih, berbuka puasa di luar bersama keluarga dan sebagainya. Harus juga dirancang perjalanan hari anda dan menguruskan kerja-kerja tertunggak supaya Ramadan kali ini berjalan dengan lancar dan semua rancangan anda menjadi. Sebagai seorang lelaki, seeloknya juga kita membantu menyediakan stok barang dapur dan makanan di rumah. Elak Melakukan Perkara Negatif Harus kita mengelakkan diri kita daripada melakukan perbuatan yang memberi impak buruk kepada diri kita. Mengelakkan diri daripada bergosip, bemalas-malasan atau bersangka buruk merupakan antara perkara yang dapat mengubah kita menjadi lebih baik. Jika kita teruskan sikap ypositif, inshaAllah kita akan berada dalam kedudukan yang jauh lebih baik semasa Ramadan. www.asiamedipluss.com Medipluss
Meningkatkan Ketakwaan & Kesabaran Tujuan puasa sebagaimana yang dijelaskan Allah ialah untuk melahirkan ketakwaan dalam jiwa. Ini sebagaimana yang difirmankan oleh Allah di dalam Al-Quran; ْي ُكُم الِّصَياُم َكَما ُكِتَب َعىَل ِذيَن َءاَمُنوا ُكِتَب َعَل َّل ُّيَها ا َأ َيا َّتُقوَن َّل ُكْم َت ْبِل ُكْم َلَع ِذيَن ِمْن َق َّل ا “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”. (al-Baqarah: 183) Oleh itu, supaya tujuan puasa itu benar-benar dapat dihayati oleh kita, maka di sepanjang bulan Ramadan, hendaklah kita ada keazaman yang kuat dalam jiwa kita untuk menjadi manusia yang bertakwa seperti yang dihendaki Allah. Kita hendaklah mengelak dari berpuasa semata-mata kerana kebiasaan atau rutin tahunan yang menyebabkan kita tidak berusaha mengambil apa-apa pengajaran dari puasa kita itu. Medipluss www.asiamedipluss.com
Berpuasa Dengan Sesungguh Hati Sabda Rasulullah s.a.w.: ِفَر َلُه َما َتَقَّدَم ِمْن َواْحِتَسابًا ُغ ْيَماَنًا َمْن َصاَم َرَمَضاَن ِإ ِبِه َذ ْن “Sesiapa mengerjakan puasa Ramadan kerana imannya (kepada Allah) dan mengharapkan pahala dariNya, akan diampunkan untuknya segala dosanya yang lalu”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.) Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Setiap amalan anak Adam akan digandakan di mana satu amalan kebaikan akan digandakan sebanyak sepuluh hingga 700 kali ganda, kecuali puasa. Allah berkata; ‘Puasa itu untukKu, maka Aku sendiri yang akan menentukan pahalanya. Ia (yakni orang yang berpuasa itu) meninggalkan syahwatnya dan makanannya dengan sebabKu’. Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya nanti. Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi." (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.) www.asiamedipluss.com Medipluss
Bertaubat Secara Ikhlas Ramai orang yang mengabaikan taubat kerana asyik berfikir taubat hanya perlu dilakukan sekiranya melakukan kesalahan yang besar dan betul-betul disesali. Sebenarnya taubat boleh diamalkan secara konsisten agar kita sentiasa ingat akan kesalahan dan kesilapan kita. Setiap manusia tidak lari dari melakukan kesalahan, namun setiap kesalahan mengajar kita untuk lebih peka dan pastinya boleh menjadikan kita lebih baik. Jadikan taubat sebagai sesuatu yang boleh menghalang kita daripada melakukan kesalahan yang sama berulang-kali. www.asiamedipluss.com MMeeddi ippl luussss
Meningkatkan Kualiti Ibadah Semasa beribadah, kita harus sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan kita seperti terleka semasa solat, tidak khusyuk dan kita juga boleh mengamalkan surah baru. Kaum Adam juga boleh cuba mendisiplinkan diri untuk hadir lebih kerap ke masjid, berdoa setiap kali selepas solat dan pelbagai lagi. www.asiamedipluss.com Medipluss
Perbanyakkan Membaca Al-Quran Bulan Ramadan adalah bulan penurunan Al-Quran sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya; ُقْرَءاُن ُهًدى ِللَّناِس ْل ِزَل ِفيِه ا ْن ِذي ُأ َّل َشْهُر َرَمَضاَن ا اِن. ُفْر َق ْل ْلُهَدى َوا َوَبِّيَناٍت ِمَن ا “Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) AlQuran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)”. (al-Baqarah: 185) Oleh itu, amat digalakkan kita menghidupkan Ramadan ini dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran. Membaca AlQuran termasuk antara amalan-amalan terbaik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah terutamanya di bulan Ramadan ini di mana pahalanya lebih berlipat-ganda lagi. Sabda Rasulullah s.a.w.; ِد ِإىَل ِهللا تعاىل بِـِمْثِل َما َخَرَج ِمْنُه َيْعِنْي ْلِعَبْا َمْا َتَقَّرَب ا ُقْرآَن ْل ا “Tidak (ada cara terbaik) hamba-hamba mendekatkan (diri mereka) dengan Allah seumpama apa yang keluar dariNya (yakni yang datang dari Allah) iaitulah Al-Quran”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, at-Thabrani dari Abu Umamah r.a.) www.asiamedipluss.com Medipluss
Perbanyakkan Membaca Al-Quran Bulan Ramadan adalah bulan penurunan Al-Quran sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya; ُقْرَءاُن ُهًدى ِللَّناِس ِزَل ِفيِه اْل ِذي ُأْن َّل َشْهُر َرَمَضاَن ا اِن. ُفْر َق َوَبِّيَناٍت ِمَن اْلُهَدى َواْل “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)”. (al-Baqarah: 185) Oleh itu, amat digalakkan kita menghidupkan Ramadan ini dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran. Membaca Al-Quran termasuk antara amalan-amalan terbaik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah terutamanya di bulan Ramadan ini di mana pahalanya lebih berlipat-ganda lagi. Sabda Rasulullah s.a.w.; ُقْرآَن ِد ِإىَل ِهللا تعاىل بِـِمْثِل َما َخَرَج ِمْنُه َيْعِنْي اْل َمْا َتَقَّرَب اْلِعَبْا “Tidak (ada cara terbaik) hamba-hamba mendekatkan (diri mereka) dengan Allah seumpama apa yang keluar dariNya (yakni yang datang dari Allah) iaitulah Al-Quran”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, at-Thabrani dari Abu Umamah r.a.) www.asiamedipluss.com Medipluss
Banyakkan Berzikir Sabda Rasulullah s.a.w; ِئُل ِهللا ِفْيِه َال َيِخْيُب اَن َمْغُفْوٌر َلُه، َوَسْا ِكُر ِهللا ِفْي َرَم ََض َذ ْا “Orang yang berzikir kepada Allah di bulan Ramadan, akan dikurniakan (Allah) keampunan untuknya. Dan orang yang memohon dari Allah di bulan Ramadhan, ia tidak akan kecewa (yakni ia pasti akan mendapat apa yang ia pohon)”. (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi dari Umar r.a.) Banyakkan Berdoa Sabda Rasulullah; َرُّد َدْعَوُتُهم: الَّصاِئُم َحَّتى ُيْفِط َر، َالَثٌة َال ُت َث وِم َواِإلماُم العاِدُل، َوَدْعَوُة الَمْظُل “Tiga manusia yang tidak akan ditolak doa mereka (oleh Allah); Orang yang berpuasa hinggalah ia berbuka, Imam (pemimpin) yang adil, Doa orang yang dizalimi”. (Riwayat Imam Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.) َرُّد ما ُت إَّن للَّصاِئِم ِعْنَد ِفْطِرِه َلَدْعَو ًة “Sesungguhnya bagi orang berpuasa -ketika berbukanya- doa yang tidak akan ditolak”. (Riwayat Ibnu Majah dari Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As) www.asiamedipluss.com Medipluss
Mengejutkan Ahli Keluarga & Beribadah Bersama Baginda s.a.w. tidak bersendirian beribadah kepada Allah pada malam tersebut melainkan bersama ahli keluarganya yang lain. Menurut Aisyah r.h.a. “Adapun Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, Baginda s.a.w. membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) serta menghidupkan malam tersebut” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban) www.asiamedipluss.com Medipluss
Segera Berbuka Setelah Masuk Waktu Apabila sampai masa untuk berbuka, kita disunatkan supaya segera berbuka puasa. Sabda Rasulullah s.a.w.; َّخُرْوا الُّس ُحْوَر ْوا اِإل ْفَطاَر َوَأ ُل َّج َّمِتْي ِبَخْيٍر َما َع َزْاُل ُأ َال َت “Senantiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur”. (Riwayat Imam Ahmad dari Abu Zarr r.a.) Menjadi sunnah Rasulullah s.a.w. berbuka terlebih dahulu sebelum menunaikan solat. Melambat-lambat berbuka puasa hukumnya adalah makruh kecuali jika ada sebab yang tidak dapat dielakkan. www.asiamedipluss.com Medipluss
Sunnah Bersahur Ramai di kalangan kita yang suka mengabaikan amalan bersahur di bulan Ramadan. Mungkin kita menganggap bersahur itu semata-mata untuk mengelakkan kita dari terlalu letih pada siangnya. Namun bersahur sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah dalam sabdanya; ِإَّن الُّس ُحْوَر َبَر َكٌة َف ُرْوا، َّح َتَس “Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada barakah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Anas r.a.) www.asiamedipluss.com Medipluss
Pahala bersahur diperolehi dengan semata-mata makan atau minum walaupun seteguk air. Sabda Rasulullah; ٍء ُجْرَعِة َمْا ْو ِب ُرْوا َوَل َّح َتَس “Bersahurlah walaupun dengan seteguk air”. (Riwayat Ibnu Hibban dan Abu Ya’la dari Anas r.a.) Waktu bersahur bermula apabila sudah masuk tengah malam. Walau bagaimanapun disunatkan melambatkan sahur yakni sebelum terbitnya fajar. Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w.; َّخُرْوا الُّس ُحْوَر ْوا اِإل ْفَطاَر َوَأ ُل َّج َّمِتْي ِبَخْيٍر َما َع َزْاُل ُأ َال َت “Senantiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur”. (Riwayat Imam Ahmad dari Abu Zarr r.a.) Lebih elok lagi sekiranya kita bersahur dengan makanan sunnah yang mampu meningkatkan tenaga kita di bulan Ramadhan seperti Madu. Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. amat gemar makanan manis-manis dan madu. Rasulullah telah bersabda, ”Barang siapa yang menelan (minum sedikit) madu 3 kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit teruk”. Itulah khasiat yang mampu diperoleh dengan mengamalkan madu seperti Madu Maxx. Oleh itu, amalkanlah madu bukan sahaja pada bulan Ramadan, malah pada bulan-bulan yang lain juga. www.asiamedipluss.com Medipluss
Menjaga Waktu Tidur Cuba untuk ubah corak tidur yang akan membantu rutin Ramadan anda jika boleh. Anda boleh mula tidur lebih awal supaya mudah untuk bangun sahur. Praktikkan diri anda untuk mendapatkan tidur yang cukup setiap hari dan mengamalkan tabiat tidur yang baik supaya lebih bertenaga pada esok hari dan menjadikan anda lebih sihat secara keseluruhannya. Teruskan berdisiplin dengan mengamalkan waktu tidur yang baik dan cuba mendapatkan tidur yang berkualiti. www.asiamedipluss.com Medipluss
Menghidupkan Malam Ramadan Dengan Solat Sunat Sabda Rasulullah s.a.w.; بِـِه ِفَر َلُه َما َتَقَّدَم ِمْن َذ ْن بًا ُغ َواْحِتَسْا ْيَمانًا َمْن َق ْاَم َرَمَضْاَن ِإ “Sesiapa bangun (untuk beribadah) pada malam-malam Ramadhan kerana imannya kepada Allah dan kerana mengharapkan pahala dariNya, akan diampunkan dosanya yang lalu”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.) Menurut Imam an-Nawawi, yang dimaksudkan dengan Qiyam Ramadhan dalam hadis di atas ialah solat Tarawih. Namun ada ulama’ yang memberi makna yang umum iaitu segala solat sunat yang dilakukan untuk menghidupkan malam iaitulah qiamullail. Jadi mengikut pandangan kedua ini termasuk di dalam Qiyam-Ramadan itu; solat Tarawih, solat Tahajjud, solat Taubah dan sebagainya. (Rujuk; Soheh Muslim bisyarhi an-Nawawi dan Raudhatul-Muttaqien syarh Riyadhus-Salihin) www.asiamedipluss.com Medipluss
Menggiatkan Ibadah Di 10-Malam Terakhir Ramadan Terdapat hadis di mana Saidatina ‘Aisyah menceritakan; ْلَعْشَر ا َألَوْاِخَر ا َدَخَل ا َذ م ِإ َّل يِه َوَس َكْاَن َرُسوُل ِهَّللا َصىَّل ُهَّللا َعَل ْلِمْئَزَر ْهَلُه، َوَجَّد َوَشَّد ا ْيَقَظ َأ ْيَل، َوَأ َّل ْحَيا ال ِمْن َرَمَضْاَن َأ “Rasulullah s.a.w. apabila masuk 10 malam terakhir dari bulan Ramadan, baginda bangun menghidupkan malamnya (dengan ibadah lebih dari biasa), membangunkan ahli-ahli keluarga baginda (untuk sama mengerjakan ibadah seperti baginda), baginda bersungguh-bersungguh (mengerjakan ibadah) dan baginda mengikat kainnya (*kiasan kepada kesungguhan untuk beribadah atau kiasan kepada meninggalkan isteri untuk menumpukan kepada ibadah)”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) Dalam satu riwayat yang lain, Saidatina ‘Aisyah menceritakan; “Rasulullah s.a.w. menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadan melebihi ibadahnya pada malammalam yang lain”. (Riwayat Imam Muslim) 2. Penghujung Ramadan www.asiamedipluss.com Medipluss
www.asiamedipluss.com Medipluss Mencari Malam Lailatul Qadar Firman Allah menjelaskan kelebihan malam al-Qadar (lailatulQadar); ْلِف َشْهٍر َقْدِر َخْيٌر ِمْن َأ ْل ا ْيَل ُة َل “Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan”. (Al-Qadar: 3) Menurut kebanyakan ahli Tafsir, ayat ini memberi pengertian bahawa beramal pada malam al-Qadar atau lailatul-Qadar lebih baik dari beramal selama 1000 bulan yang tidak ada lailatul-Qadar (malam al-Qadar) di dalamnya. (Rujuk: al-Asas fi at-tafsir, Said Hawa, surah al-Qadr) Sabda Rasulullah s.a.w.; ِِبِه ِفَر َلُه ما َتَقَّدَم ِمْن َذ ْن واحِتَسابًا ُغ يمانًا الَقدِر ِإ يَل َة اَم َل من َق “Sesiapa bangun (untuk mengerjakan ibadah) pada malam al-Qadar kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan ganjaran dariNya, akan diampunkan dosanya yang lalu”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Rasulullah saw bersabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah r.a. diperintahkan oleh Rasulullah saw untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan. Dalam satu hadis daripada Aishah r.a diriwayatkan atTirmizi, Aishah r.a diajar oleh Rasulullah s.a.w. membaca doa pada malam al-Qadar. Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah saw kepada Aishah r.a. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini). www.asiamedipluss.com Medipluss
Di antara Ibadah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. di bulan Ramadhan terutamanya pada sepuluh hari terakhirnya ialah iktikaf. Saidatina ‘Aisyah r.a. menceritakan; اَن َيْعَتِكُف َم- َك َّل ْيِه َوَس َّن الَّنِبَّي -َصىَّل هللا َعَل َأ اُه ُهللا َعَّز َّف ْلَعْشَر ا َألَواِخَر ِمْن َرَمَضاَن، َحَّتَى َتَو ا ْزَوا ُجُه ِمْن َبْعِدِه َّم اْعَت َكَف َأ ُث َوَجَّل، “Rasulullah s.a.w. beriktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadhan hingga ia meninggal dunia. Kemudian isteri-isteri baginda meneruskan iktikaf selepas kewafatan baginda”. (Riwayat Bukhari dan Muslim) www.asiamedipluss.com Medipluss
Pertama: Berniat iktikaf (yakni berniat untuk tinggal/berdiam di dalam masjid dalam tempoh tertentu dengan tujuan ibadah bagi melaksanakan sunnah Nabi s.a.w.) Kedua: Menetap/tinggal di dalam masjid dalam tempoh tertentu yang dapat dianggap pada uruf bahawa seseorang itu beriktikaf atau duduk diam di dalam masjid. Ketiga: Seorang yang beriktikaf pula disyaratkan hendaklah seorang muslim, berakal sihat dan suci dari haid, nifas dan janabah. Iktikaf bermaksud menetap di dalam masjid dengan niat ibadah. Syaratnya ada tiga iaitu; (Rujuk: al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam asy-Syafi’ie, jil. 2) www.asiamedipluss.com Medipluss
www.asiamedipluss.com Medipluss Bangun untuk Qiamullail Pada waktu malam, disunatkan bagi lelaki untuk membuat ‘Qiamullail’ iaitu ‘memakmur dan menghidupkan malam dengan ibadat. Qiamullail dituntut dan dijanjikan dengan pelbagai kelebihan. Antaranya sabda Baginda SAW: “Sesiapa yang melakukan qiamullail pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Menjaga Tutur-kata Sebagai hamba yang selalu melakukan kesalahan, kita semestinya tidak terlepas dalam mengeluarkan perkataanperkataan yang tidak baik daripada mulut kita. Sabda Rasulullah s.a.w.; يَس وَل الُّزو ِر والعمَل ِبِه َو الَجْهَل فَل َلْم َيَدْع َق ْن َيَدْع طعاَمُه وَشَراَبُه َأ ب ٌة لله حاج “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)”. (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.) 3. AMALAN TAMBAHAN www.asiamedipluss.com Medipluss
www.asiamedipluss.com Medipluss Mengeratkan Silatulrahim Bulan Ramadhan mendidik diri untuk rasa lebih simpati, empati dan menginsafi nasib saudara seislam yang lain, lantas mengukuhkan lagi perasaan kasih sayang, silaturrahim dan persaudaraan sesama Islam. Kasih sayang dan persaudaraan sesama Islam ini dapat digambarkan melalui penghayatan perlaksanaan ibadat sepanjang bulan Ramadhan ini.
Sewaktu berpuasa, cara paling mudah untuk tidak menjadi seorang yang pemarah dan mampu menjaga emosi adalah dengan menjadi seorang yang pemaaf. Ini adalah kerana, jika anda membiarkan amarah dan perasaan negatif lain menguasai diri, hal hal positif lain akan berkurang. Tidak jarang, sehari-hari atau bahkan di bulan puasa, anda akan menjadi orang yang moody dan menjengkelkan. Sebaiknya, tanamkan di fikiran anda bahawa menjadi orang yang pemaaf lebih baik berbanding menjadi orang yang beremosi. Selain dapat mengelakkan anda daripada kesan buruk tertentu, dengan memaafkan anda juga boleh menambah pahala ibadah yang terjamin pada bulan penuh rahmat ini. www.asiamedipluss.com Medipluss MengawalKemarahan
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah s.a.w. dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan. Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi'in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadhan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., sahabat dan Tabi'in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu. www.asiamedipluss.com Medipluss Mandi,BerpakaianKemas &MemakaiWangian
Membanyakkan Sedekah & Melakukan Kebaikan Untuk Orang Lain Anas r.a. menceritakan; Seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w.; ‘Ya Rasulullah! Apakah sedekah yang paling afdhal?’. Jawab Rasulullah s.a.w.; في رمَضاَن الَّصَد َق ُة “Sedekah pada bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam at-Tirmizi) Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang menceritakan; َي ُكْوُن ِفي ْجَوُد َمْا ْجَوَد الَّنْاِس، َوَأ َكْاَن الَّنِبُّي صىل هللا عليه وسلم َأ َقاُه ِفي ُكِّل ُه ِجْبِرْيُل، َو َكْاَن ِجْبِرْيُل عليه السالم َيْل َقْا َرَمَضْاَن، ِحْيَن َيْل َرُسوُل ِهللا صىل هللا عليه َف َل ُقْرآَن، ْل ِرُسُه ا ُيَدا ْيَلٍة ِمْن َرَمَضاَن َف َل ْلُمْرَسَلِة ا ِح ْجَوُد ِباْلَخْيِر ِمَن الِّرْي وسلم َأ “Rasulullah s.a.w. merupakan manusia yang paling pemurah. Baginda menjadi lebih pemurah lagi pada bulan Ramadhan tatkala Jibril a.s. datang kepada baginda. Jibril a.s. datang kepada baginda pada setiap malam di bulan Ramadhan untuk bertadarus al-Quran dengan baginda. Sesungguhnya Rasulullah lebih pemurah dari angin lepas (*yakni angin yang bertiup tanpa sekatan/halangan)”. www.asiamedipluss.com Medipluss
Memberi Makanan Untuk Orang Berbuka Puasa Di bulan Ramadan, disunatkan kita memberi makan atau minum kepada orang-orang yang berpuasa sekalipun dengan sebiji kurma atau seteguk air. Namun yang lebih baik ialah memberi makan sampai mengenyangkan mereka. Fadhilatnya ialah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.; ُه َال َيْنُقُص َّـ ن َأ ْيَر ْجِرِه، َغ ِئًما َكْاَن َلُه ِمْثُل َأ َمْن َفَّطَر َصْا ِئِم َشْيًئا ْجِر الَّصْا ِمْن َأ “Sesiapa yang memberi makanan berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, maka pahalanya seumpama orang yang berpuasa itu tanpa berkurang sedikitpun”. (Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majah dari Zaid bin Khalid r.a.) Dan disunatkan juga kita makan bersama dengan orang yang berpuasa dan cara seperti ini lebih baik bagi menunjukkan rasa rendah diri. www.asiamedipluss.com Medipluss
Mengamalkan Gaya Hidup Sihat Ramadan adalah peluang paling terbaik untuk anda memastikan kesihatan anda terjaga. Ketika anda berpuasa, glukosa dalam badan akan menjadi rendah dan ini akan memaksa badan untuk menggunakan lemak simpanan sebagai bahan utama untuk mendapatkan tenaga. Anda boleh lakukan senaman yang ringan semasa anda sedang berpuasa. Contoh yang terbaik adalah senaman ringan seperti slow jog, berenang dan lain-lain. Bagi mereka yang mempunyai keadaan kesihatan tertentu, jangan lupa untuk merujuk dengan doktor terlebih dahulu dan pastikan anda dibenarkan untuk berpuasa semasa bulan Ramadan. Anda tidak perlu memaksa diri untuk berpuasa sekiranya sakit anda mempunyai sakit yang kritikal. www.asiamedipluss.com Medipluss
Elakkan Pembaziran Setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza untuk apa yang mereka lakukan. Ada yang memerlukan hidangan penuh untuk bertenaga sepanjang hari, ada juga yang sudah rasa cukup dengan minum air supaya mereka tidak kering tekak ketika berpuasa. Pada bulan Ramadhan ini kita lebih cenderung untuk membeli makanan dengan banyak terutama sekali semasa berbuka atas alasan lapar, namun perhatikan kuantiti makanan dan tanya diri sendiri. Adakah kita akan kenyang dengan 2 hidangan. Jika ya, hanya ambil 2 hidangan dan jangan berlebih-lebihan. Oleh itu, menjelang Ramadan ini, adalah baik untuk ketahui apa yang berfungsi untuk badan anda dan apa yang anda perlukan semasa sahur dan berbuka bagi mengharungi puasa tanpa adanya pembaziran. www.asiamedipluss.com Medipluss
i) Kurma Buah kurma merupakan jenis buah yang berasal dari Timur Tengah. Buah kurma biasanya sinonim dengan bulan Ramadhan. Kurma ibarat makanan wajib di bulan ini. Ianya sesuai diamalkan ketika berbuka puasa mahupun ketika bersahur. Kurma kaya manfaat seperti nutrisi yang baik untuk tubuh badan, malah ia mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat. Ia juga mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang dapat menjauhkan kita daripada pelbagai penyakit berbahaya. www.asiamedipluss.com Medipluss Mengamalkan MakananSunnah:
ii) Buah Zaiton Allah s.w.t menyebut dalam beberapa ayat mengenai buah zaitun, iaitu dalam Surah Al-tin: “Demi buah tin dan zaitun,” dan dalam Surah An-nur, 35, disebut mengenai minyak zaitun yang penuh berkat, iaitu “Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang berkat (atau banyak manfaatnya iaitu) pokok zaitun'. Dalam Al-Quran, buah zaitun disebut sebanyak tujuh kali. Banyak manfaat buah zaitun seperti menguatkan tulang, antioksidan, mencegah kerosakan hati dan banyak lagi. www.asiamedipluss.com Medipluss
iii) Habbataussauda (Bijirin Hitam) Habbatus Sauda yang juga dikenali sebagai Jintan Hitam mempunyai banyak manfaatnya tersendiri terutama sekali dari segi perubatan. Malah, satu sunnah sahih, Sahih Bukhari dari Kitab al-Tibb, menyebut “Pada habbatus sauda itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati”. Tumbuhan ini kaya dengan antioksidan yang mampu melindungi tubuh dari penyakit berbahaya. Menurut kajian yang dijalankan International Journal Biomedical Science, Habbatus Sauda mampu untuk mencegah penyakit seperti obesiti dan diabetes. www.asiamedipluss.com Medipluss
www.asiamedipluss.com Medipluss iv) Madu Madu merupakan makanan yang mampu mempunyai kesemua komponen keperluan hidup manusia termasuk enzim, vitamin, mineral, kandungan air & pinocembrin iaitu sejenis antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak. Di dalam Al-Quran, Surah An-Nahl ayat 68-69, dengan terang menyatakan manfaat dan khasiat madu. Dari Ibnu Umar r.a., sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Nikmat yang pertama-tama kali akan diangkat dari bumi ialah madu” (Dari Kitab As-Bahan terjemahan oleh Ahmad Al-Hasan)
Menunaikan Umrah Sunat (Bagi Yang Berkemampuan) Sabda Rasulullah s.a.w.; ًة َّج ِفي َرَمَضاَن َتْعِدُل ِح ُعْمَرٌة “Sekali umrah pada bulan Ramadhan menyamai pahala sekali haji”. (Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah dari Wahab bin Khanbasyi r.a.) Dalam riwayat lain, َمِعْي ًة َّج ْو ِح ًة َأ َّج ِفي َرَمَضاَن َتْعِدُل ِح ُعْمَرٌة “Sekali umrah pada bulan Ramadhan menyamai pahala sekali haji atau sekali haji bersamaku”. (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.) Medipluss www.asiamedipluss.com
PENUTUP Bulan Ramadan merupakan bulan yang terbaik bagi seorang hamba yang mahu melipat gandakan amalan-amalan soleh mereka. Kehadiran bulan suci ini dapat mendidik jiwa kita umat islam untuk melakukan kebaikan dan menjadi yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kehadiran bulan suci Ramadan menjadi sebuah hadiah yang indah bagi kita umat islam kerana di dalam bulan ini terdapat kebaikan yang sangat-sangat bernilai, berlipat-ganda dan terdapat padanya amalan-amalan yang tidak terdapat pada bulan yang lain. Marilah kita ingat bahawa bulan Ramadan yang hanya berlaku sekali sahaja dalam masa setahun merupakan bulan yang mampu mengubah hidup kita dan seeloknya kita memperbanyakan amalan di bulan ini sebelum kita kembali ke rahmatullah kelak. Oleh sebab itu, mari kita sama-sama berusaha untuk buat yang terbaik dan menjadi yang terbaik pada bulan suci ini. www.asiamedipluss.com Medipluss
E-BOOK TERBITAN KLIK LINK DIBAWAH UNTUK MEMBELI www.madumax.com HAK CIPTA TERPELIHARA https://madumaxx.ordersini.com/view/s/madu-maxx www.asiamedipluss.com Medipluss