The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dennisleu1604, 2022-03-25 12:04:44

Prinsip Perakaunan PDF

Prinsip Perakaunan PDF

Penulis i
Tim Ken Kiat
Iswani Hj. Mohd Sanip

Editor
Nurziah Idris
Chan Suet Kam
Noor Aziha Muhd Yunus

Pereka Bentuk
Zuriwati Salleh
Intan Zuliana Idris

Ilustrator
Mohd Zaidee Mohd Ghazali

Kreatif Kembara Sdn Bhd
2016

PENGENALAN 1Modul
KEPADA
PERAKAUNAN STANDARD KANDUNGAN
 Perakaunan, subbidang

perakaunan, kerjaya dan
badan profesional

 Sejarah perakaunan dan
perkembangannya

 Penyata Kewangan

 Andaian, Prinsip dan Batasan
dalam perakaunan

 Entiti perniagaan

Perakaunan merupakan satu bidang kerjaya yang memberikan sumbangan signifikan
terhadap pembangunan ekonomi negara.
Dalam agenda pembangunan negara, akauntan memainkan peranan sebagai golongan
profesional yang peka terhadap perubahan global, mampu menghadapi cabaran,
menyesuaikan diri dalam dunia perniagaan serta memiliki etika yang terpuji dan
disanjung tinggi oleh masyarakat.
Di Malaysia, profesion perakaunan mencakupi pelbagai bidang dan membuka peluang
kerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul
Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia masih
memerlukan lebih kurang 60 000 orang akauntan untuk mengisi pelbagai jawatan
penting dalam sektor kerajaan dan sektor swasta. Hal ini penting untuk merealisasikan
transformasi ke arah status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Di peringkat sekolah, mata pelajaran Prinsip Perakaunan diperkenalkan. Perkara ini
merupakan langkah penting dalam usaha melahirkan golongan akauntan profesional
yang bakal menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara yang stabil dan berdaya
saing di persada antarabangsa.

(Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sasar-jana-60-000-akauntan-1.95830)

1

1.1 PERAKAUNAN, SUBBIDANG PERAKAUNAN, STANDARD PEMBELAJARAN
KERJAYA DAN BADAN PROFESIONAL
Murid boleh:
Pengenalan • Menerangkan maksud

Proses perakaunan perakaunan.
• M embandingkan fungsi
Perakaunan merupakan perekodan urus niaga kewangan
yang berlaku dalam organisasi perniagaan dan bukan simpan kira
perniagaan secara sistematik termasuk prestasi perniagaan, dan perakaunan.
kedudukan kewangan, perancangan dan analisis kewangan. • M enerangkan maksud
Simpan Kira dan Perakaunan Kitaran Perakaunan.
Simpan kira merupakan proses perakaunan yang meliputi • Melakar Kitaran
aktiviti mengumpul, menyusun, menyimpan, merekod Perakaunan.
dan melapor rekod-rekod perakaunan. • Menerangkan setiap
Perakaunan mencakupi bidang yang lebih luas iaitu peringkat dalam
meliputi aktiviti mengumpul, menyusun, menyimpan, Kitaran Perakaunan.
merekod, melapor, menganalisis, mentafsir, merancang, • M enerangkan subbidang
menilai dan merumus. perakaunan: Perakaunan
kewangan, perakaunan
GERAK KERJA 1 pengurusan, pengauditan
Hasilkan sebuah peta pemikiran i-Think untuk dan percukaian.
menggambarkan persamaan dan perbezaan antara simpan • Menghubung kait fungsi
kira dengan perakaunan. Kemudian, lekatkan peta perakaunan kewangan
pemikiran i-Think anda pada sudut mata pelajaran dalam dengan pengauditan
kelas anda. dan percukaian.
Kitaran Perakaunan • Menerangkan maksud
Kitaran Perakaunan merupakan tatacara penyediaan rekod profesional.
perakaunan yang bermula daripada dokumen sumber • M enyenaraikan profesion
hingga catatan penutupan akaun. perakaunan yang
2 boleh diceburi.
• Menyenaraikan
ciri-ciri akauntan
sebagai pemimpin.
• M enyenaraikan kod etika
profesion perakaunan.
• M embincangkan syarat
kelayakan untuk menjadi
seorang akauntan
bertauliah di Malaysia.
• M engkaji contoh kajian
kes yang boleh dikaitkan
dengan etika
profesion perakaunan.
• M enerangkan latar
belakang badan-badan
profesional perakaunan
di Malaysia.
• Menerangkan peranan
utama Badan Kawal Selia.

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

Dalam Kitaran Perakaunan yang lengkap terdapat lapan INFO
peringkat penyediaan rekod perakaunan bagi sesuatu
tempoh perakaunan. • Kitaran perakaunan lapan
peringkat merupakan model
Penyata Dokumen kitaran perakaunan yang
Kewangan Perniagaan paling popular digunakan
di serata dunia. Walau
Catatan Kitaran Buku bagaimanapun, perniagaan
Penutupan Perakaunan Catatan masih boleh membuat
Pertama pengubahsuaian terhadap
Imbangan kitaran perakaunan untuk
Duga Lejar disesuaikan dengan
pengurusan masing-masing.
Terselaras
• Untuk memahami kitaran
Pelarasan Imbangan perakaunan dengan lebih
Duga lanjut, sila imbas QR Code
berikut:
Dokumen Perniagaan
 T erdiri daripada dokumen sumber dan dokumen https://www.youtube.com
watch?v=iB5p1yVJ3lA
bukan sumber yang difailkan secara sistematik untuk
memudahkan rujukan pada masa hadapan. (Diakses pada 9 September 2016)
 Bukti bertulis bagi sesuatu urus niaga.
Daya Fikir
Buku Catatan Pertama
 B uku yang digunakan untuk merekodkan butiran Jawab soalan-soalan berikut:
(a) Berikan definisi
urus niaga. Apabila dokumen sumber diterima dan
dikeluarkan, maklumat seperti tarikh, amaun dan Kitaran Perakaunan.
butiran akan direkodkan dalam Buku Catatan Pertama. (b) Nyatakan lapan peringkat
 T erdiri daripada Jurnal Am, Jurnal Khas, Buku Tunai
dan Buku Tunai Runcit. yang terdapat dalam
kitaran perakaunan
Lejar yang lengkap.
 C atatan dalam Buku Catatan Pertama akan
GLOSARI
dipindahkan ke dalam lejar dengan menggunakan
Sistem Catatan Bergu. IMBANGAN DUGA: Penyata
yang dimasukkan senarai
Imbangan Duga baki debit dan baki kredit
 S enarai baki bagi semua akaun dalam lejar. daripada lejar untuk menyemak
 B aki akhir setiap akaun dalam lejar akan disenaraikan keseimbangan jumlah.

dalam Imbangan Duga untuk menguji ketepatan
catatan bergu.

3

Pelarasan Daya Fikir
 U rus niaga yang diselaraskan pada tarikh imbangan Jawab soalan-soalan berikut:
(a) Mengapakah Imbangan
dalam Jurnal Am dan lejar seperti pelarasan hasil dan
belanja, susut nilai aset, peruntukan hutang ragu dan Duga perlu disediakan?
ketinggalan catatan. (b) Apakah tujuan penyediaan
 Pelarasan akan dibuat dalam Jurnal Am dan
dipindahkan ke dalam lejar untuk menentukan baki Penyata Kewangan?
terkini bagi akaun-akaun berkenaan.
Imbangan Duga Terselaras INFO
 Senarai baki bagi semua akaun termasuk akaun yang Istilah Penyata Kedudukan
telah diselaraskan pada tarikh imbangan. Kewangan digunakan secara
 I mbangan Duga Terselaras bertujuan untuk menguji mandatori dalam syarikat.
ketepatan catatan bergu dalam lejar.
Catatan Penutupan TAHUKAH ANDA?
 Catatan Jurnal Am dan lejar untuk merekodkan YBhg. Tan Sri Haji Ambrin
penutupan semua akaun hasil dan akaun belanja. bin Buang merupakan
 P ada peringkat ini, akaun hasil dan akaun belanja Ketua Audit Negara dari
akan dipindahkan ke dalam Akaun Perdagangan dan Februari 2006 hingga
Untung Rugi. sekarang. Beliau mempunyai
Penyata Kewangan kelulusan akademik pada
 P enyata yang disediakan untuk menghitung untung peringkat ijazah sarjana pada
rugi perniagaan bagi suatu tempoh dan untuk melihat tahun 1981 di International
kedudukan kewangan perniagaan pada tarikh tertentu. Business, University Of South
 L azimnya disediakan pada akhir tempoh perakaunan. Carolina, Amerika Syarikat.
Beliau pernah menyandang
Subbidang Perakaunan jawatan sebagai Penolong
Setiausaha, Bahagian
Percukaian Perakaunan Pentadbiran dan Kewangan
Kewangan di Kementerian Perdagangan
dan Perindustrian. Beliau
Subbidang juga pernah menyandang
Perakaunan jawatan sebagai Ketua Pusat
Pentadbiran Ekonomi dan
Pengauditan Perakaunan Dasar Awam di Institut
Pengurusan Tadbiran Awam Negara
(INTAN).
Perakaunan Kewangan
 M enyediakan pelaporan maklumat perakaunan dalam (Sumber: https://www.audit.gov.my/
index.php/ketua-audit-negara/profil)
bentuk Penyata Kewangan.
 Penyata Kewangan digunakan oleh pengguna dalaman

dan luaran untuk membuat keputusan.

4

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

Perakaunan Pengurusan GLOSARI
 Menyediakan maklumat perakaunan untuk pengguna
AUDIT: Pemeriksaan dan
dalaman. pengesahan kira-kira (akaun).
 A ntara skop kerja ialah kawalan, perancangan dan CUKAI: Bayaran yang dikenakan
oleh kerajaan terhadap orang
pengurusan pengeluaran. perseorangan, perbadanan,
syarikat atau barangan untuk
Pengauditan perbelanjaan negara.
 Meliputi kerja memeriksa dokumen perniagaan dan
INFO
rekod kewangan untuk mengesahkan rekod maklumat
perakaunan adalah betul dan tepat. • Kod etika juruaudit sektor
 Juruaudit memastikan Penyata Kewangan yang awam ditetapkan oleh
disediakan mematuhi piawaian perakaunan yang Jabatan Audit Negara.
diterima umum.
Untuk mengetahui lebih
Percukaian lanjut tentang kod etika
 Merancang hal-hal percukaian dan menyediakan juruaudit, sila imbas QR
Code berikut:
penyata cukai bagi pihak syarikat.
 P enasihat cukai akan memberikan nasihat dalam

hal-hal pengurusan percukaian perniagaan.

Hubung Kait Fungsi Perakaunan Kewangan dengan
Pengauditan dan Percukaian

Laporan Kewangan

Pengauditan Percukaian https://www.audit.gov.my

• Juruaudit akan • Penyata Kewangan • Terdapat empat buah
memeriksa secara yang telah firma audit gergasi yang
menyeluruh dan laporan diaudit digunakan terkemuka dan dikenali
audit akan dikeluarkan. untuk membuat sebagai Big Four iaitu
taksiran cukai. Ernst & Young (E&Y),
• Laporan kewangan KPMG, Deloitte dan Price
yang mendapat • Pendapatan boleh Water House Cooper (PwC).
pendapat ‘wajar cukai selepas Pada masa ini, selepas
tanpa pengecualian’ mengambil kira Big Four, McGladrey dan
dalam laporan audit semua pelepasan Grant Thornton merupakan
adalah tepat dan boleh cukai dapat dua lagi firma audit yang
dipercayai kerana ditentukan daripada terbesar di peringkat global.
telah menepati semua Penyata Kewangan.
piawaian perakaunan.

5

Profesional GLOSARI
Profesional merujuk kepada seseorang yang memiliki
kepakaran dalam bidang tertentu dan menunjukkan PROFESION: Kerjaya.
komitmen dan minat yang mendalam terhadap kerjayanya.
PROFESIONAL: Orang yang
memiliki kemahiran dalam
bidang tertentu.

PROFESIONALISME: Sifat-sifat
(kemampuan, kemahiran dan
cara pelaksanaan sesuatu)
sebagaimana yang sewajarnya
terd­ apat pada atau dilakukan
oleh seorang profesional.

Akauntan diterima sebagai golongan profesional dalam masyarakat INFO
kerana memiliki kemahiran perakaunan.
• Untuk mendapatkan
Akauntan merupakan golongan profesional dalam maklumat yang lebih
masyarakat kerana akauntan memiliki kemahiran yang lanjut tentang profesion
khusus untuk mengurus kewangan perniagaan, membuat perakaunan, sila imbas QR
pelaporan dan memberi pandangan untuk meningkatkan Code berikut:
prestasi perniagaan.
www.usahawan.com/kerjaya/
Profesion Perakaunan kerjaya-dalam-bidang-
Profesion dalam perakaunan adalah pelbagai dan skop perakaunan.html
kerja yang sangat meluas.
Berikut merupakan beberapa profesion perakaunan yang (Diakses pada 9 September 2016)
lazim terdapat di Malaysia: • Jabatan Akauntan Negara
 A kauntan
 J uruaudit Malaysia (JANM) telah
 P engurus Dana mewujudkan jawatan
 Penasihat Kewangan Akauntan Negara Malaysia
 Ketua Pegawai Kewangan di bawah Kementerian
Dalam sesebuah organisasi, akauntan boleh berfungsi Kewangan sebelum
sebagai seorang pemimpin kerana akauntan mempunyai Malaysia mencapai
kepakaran dalam pelbagai skop tugas. kemerdekaan. Untuk
Antaranya: mendapatkan maklumat
 perancangan dan pengurusan strategik yang lebih lanjut, sila imbas
 pengimplementasian polisi QR Code berikut:
 p enambahbaikan polisi
 p engurusan bajet dan kewangan www.anm.gov.my
 p enyelesai masalah
 perundingan
 pembuat keputusan
 pembimbing dan mentor
 p embangunan sumber manusia

6

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

Ciri-ciri Akauntan sebagai Pemimpin
Memandangkan seseorang akauntan memikul tanggungjawab kepimpinan dan mampu
mempengaruhi operasi sesebuah perniagaan dan organisasi, maka seseorang akauntan
perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang baik dari segi sahsiah mahupun dari
segi sikap kerja.

INFO

Akauntabiliti Integriti

Ciri-ciri
Kepimpinan

Seorang
Akauntan

Kredibiliti Tan Sri Anthony Francis
Fernandes dilahirkan
Integriti pada 30 April 1964. Beliau
 Akauntan perlu bersikap jujur dalam semua hubungan menamatkan pengajian tinggi
di London School of Economics
profesional dengan pihak luar supaya tidak dikaitkan dan memperoleh ijazah
dengan laporan kewangan atau apa-apa bentuk dalam jurusan perakaunan.
komunikasi tentang perakaunan yang mengandungi Beliau menjadi ahli ACCA
kenyataan palsu dan mengelirukan. pada tahun 1991. Beliau juga
Kredibiliti merupakan ahli Institute
 K eupayaan akauntan untuk menyampaikan maklumat of Chartered Accountants in
perakaunan secara adil dan objektif kepada semua England and Wales (ICAEW).
pihak yang berkepentingan dalam perniagaan. Beliau memperkenalkan
Akauntabiliti perkhidmatan penerbangan
 T anggungjawab individu atau jabatan untuk tambang murah pertama
melaksanakan fungsi tertentu dalam perakaunan. di Malaysia.

GERAK KERJA 2 http://ilhampemikir.blogspot.
Bincangkan ciri-ciri kepimpinan yang perlu dimiliki oleh my/2011/11/tan-sri-anthony-
seseorang akauntan. Lakukan sesi sumbang saran
bersama-sama dengan rakan anda. francis-fernandes.html

Daya Fikir

Jelaskan secara ringkas
tentang ciri-ciri kepimpinan
akauntan yang berikut:
(a) Integriti
(b) Akauntabiliti
(c) Kredibiliti
Berikan contoh situasi yang
berkaitan dengan ciri-ciri
kepimpinan akauntan.

7

Etika Profesion Perakaunan INFO
Etika bermaksud prinsip-prinsip akhlak atau nilai moral
yang menjadi pegangan seseorang semasa menjalankan Untuk mendapatkan maklumat
tugas. International Federation of Accountants (IFAC) telah yang lebih lanjut tentang
memperkenalkan Kod Etika Akauntan Profesional yang pentingnya akauntan beretika,
menggariskan lima ciri etika dalam profesion perakaunan: sila imbas QR Code berikut:

Kod Etika Akauntan Profesional

Kompetensi Kerahsiaan Sifat Profesional

Integriti Objektiviti www.utusan.com.my

Kompetensi TAHUKAH ANDA?
 A kauntan harus profesional, berkemahiran dan Calon SPM yang memperoleh
keputusan cemerlang dalam
berkeupayaan untuk memberi perkhidmatan subjek Prinsip Perakaunan
perakaunan yang terbaik terhadap pelanggan. memperoleh keistimewaan
akademik seperti berikut:
Integriti (a) C alon layak memohon
 A kauntan perlu bersikap jujur dan telus dalam
sijil LCCI Book-keeping
hubungan profesional dengan pihak lain supaya tidak Level 2 di bawah Double
berlaku kekeliruan dan pemalsuan kenyataan. Certification Programme
antara KPM dengan LCCI
Kerahsiaan Asia. Dengan ini, murid
 A kauntan tidak boleh mendedahkan sebarang boleh menyambung
pengajian LCCI tanpa
maklumat yang diperoleh kepada mana-mana pihak perlu melalui LCCI Book-
yang tidak berkaitan. keeping Level 1 dan Level 2.
(b) C alon layak memohon
Objektiviti pelepasan (exemption)
 S emasa menjalankan tugas, seseorang akauntan tidak satu kertas iaitu FA1 jika
menyambung pelajaran
boleh berkompromi dan berat sebelah serta tidak dengan kursus ACCA
terpengaruh oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. setelah selesai pengajian
CAT.
Sifat Profesional
 A kauntan perlu mematuhi semua undang-undang dan (Sumber: http://www.cikgusila.
com/2016/03/permohonan-sijil-lcci-
peraturan berkaitan serta mengelakkan segala tindakan
yang boleh menjejaskan profesion ini. spm-2015.html)

(sumber: https://www.ifac.org/system/files/publications/files/ifac-code-of-ethics-for.pdf)

Badan Perakaunan

Badan Kawal Selia (Regulatory Body)

Institut Akauntan • D itubuhkan di bawah Akta Akauntan 1967.
Malaysia (MIA) • Fungsinya:

(Malaysian Institute of (a) M enentukan kelayakan seseorang untuk menjadi ahli.
Accountants) (b) M enawarkan latihan, pelajaran dan peperiksaan kepada

seseorang yang ingin menceburi profesion perakaunan.
(c) Mengenakan peraturan atas amalan profesion perakaunan.

(MIA – Code of Profesional Conduct)
(d) M empromosi dan mempopularkan profesion perakaunan.

8

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

Badan Penggubal Piawaian (Standard Setting Body)

Lembaga • D itubuhkan di bawah Akta Laporan Kewangan 1997.
Piawaian • Fungsinya:
Perakaunan
Malaysia (MASB) (a) Menggubal dan menerbitkan piawaian perakaunan.
(b) Menyemak dan membaiki piawaian perakaunan
(Malaysian Accounting
Standard Board) sedia ada.
(c) Bertindak sebagai penasihat kepada akauntan.
(d) Menentukan keperluan minimum dan garis panduan

dalam penyediaan laporan kewangan.

Badan Profesional Perakaunan (Professional Accounting Body)

Institut Akauntan • D itubuhkan pada tahun 1958 (sebelum ini dikenali sebagai
Awam Bertauliah MACPA).
Malaysia (MICPA)
• F ungsinya:
(Malaysian Institute (a) Memajukan profesion perakaunan melalui latihan
of Certified Public dan peperiksaan.
Accountants) (b) M elatih dan melahirkan akauntan bertauliah.
(c) Melakukan penyelidikan dan pembangunan
dalam perakaunan.

CIMA • D itubuhkan pada tahun 1919 dengan nama Institute of Cost
and Work Accountants (ICWA). Kemudiannya ditukar nama
(Chartered Institute kepada Institute of Cost and Management Accountants (ICMA)
of Management pada tahun 1972 dan ditukar kepada Chartered Institute of
Accountants) Management Accountants (CIMA) pada tahun 1986 hingga kini.

• Fungsinya:
(a) Melahirkan akauntan profesional yang mahir dalam
bidang pengurusan dan pentadbiran perniagaan.
(b) M engkaji dan menangani perubahan semasa
dalam perniagaan.

ACCA • D itubuhkan pada tahun 1904 dan berpusat di London.
Pada Jun 2015, ACCA mempunyai jumlah ahli seramai
(Association of Chartered 178 000 orang dan seramai 455 000 orang pelajar dari 180
Certified Accountants) buah negara.

• F ungsinya:
(a) Memberi khidmat sokongan kepada ahli dan pelajarnya
sepanjang kerjaya dalam bidang perakaunan mereka.
(b) M emberi pendedahan tentang peraturan dan
undang-undang yang berkaitan dengan amalan
perakaunan dan etika dalam perakaunan.

9

GERAK KERJA 3

Layari laman sesawang badan-badan profesional perakaunan untuk mencari maklumat
tambahan. Catatkan hasil pencarian anda pada sehelai kad manila dan pamerkan di sudut
bacaan dalam kelas anda.

LATIHAN MINDA 1.1

1 Banding dan bezakan simpan kira dengan perakaunan.

2 Nyatakan subbidang yang berkaitan dengan setiap pernyataan berikut:
(a) Menyediakan belanjawan tunai bagi perniagaan.
(b) Membuat pelaporan mengikut piawaian MASB.
(c) Memastikan pendapatan boleh cukai dihitung dengan betul.
(d) Memeriksa setiap rekod kewangan disertakan dokumen sumber.

3 Jawab soalan-soalan berikut secara ringkas:
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Kitaran Perakaunan?
(b) Bincangkan kepentingan percukaian terhadap para pengguna Penyata Kewangan.
(c) Nyatakan empat kod etika yang perlu dipatuhi oleh seseorang akauntan ketika

menjalankan tugas.
(d) Nyatakan dua fungsi penubuhan MIA.
(e) Terangkan kegunaan kitaran perakaunan terhadap perniagaan.
(f) Huraikan implikasi jika tatacara penyediaan akaun tidak dipatuhi.

4 Isikan ruang kosong dengan kod etika akauntan profesional yang betul.

(a) Akauntan perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan dan melaksanakan tugas secara
profesional.

(b) Akauntan tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat yang diperoleh kepada
mana-mana pihak yang tidak berkaitan sama ada secara lisan ataupun

secara bertulis.

(c) Akauntan perlu sentiasa menghayati nilai keadilan dan kebenaran dalam
pelaksanaan tugasnya.

5 Lengkapkan jadual berikut: Fungsi Penubuhan
Pertubuhan Perakaunan

Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)

Institut Akauntan Malaysia (MIA)

Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA)
Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)

10

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

1.2 SEJARAH PERAKAUNAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
PERKEMBANGANNYA Murid boleh:
• Menerangkan sejarah
Sejarah Perakaunan
perakaunan mengikut
Rekod perakaunan yang urutan bermula dari era
paling awal didapati di Babylonia hingga kini.
Babylonia pada tahun • M enerangkan
3500 SM. Catatan tersebut perkembangan proses
dibuat dalam bentuk perakaunan secara manual
kepingan tanah liat. dan berkomputer.
Pada tahun 400 SM, rekod • Menerangkan perisian
perakaunan telah dibuat perakaunan berkomputer
dengan menggunakan yang diguna pakai pada
papyrus (kertas) dan calamus masa ini.
(pen) di Mesir. • Menerangkan kepentingan
sistem maklumat
Sistem Catatan Bergu bermula di perakaunan kepada
Itali dan dipopularkan oleh Luca entiti perniagaan.
Pacioli pada abad ke-14 untuk
memenuhi keadaan ekonomi INFO
yang semakin berkembang.
Fra Luca Pacioli Bartolomeode
Selepas Revolusi Perindustrian atau nama singkatannya
di England pada abad Luca Pacioli merupakan
ke-17 dan 18, perakaunan seorang ahli Matematik
kos telah diperkenalkan berbangsa Itali. Beliau
bagi memenuhi proses diberi gelaran Bapa
pengeluaran firma yang Perakaunan kerana beliau
berkembang pesat. merupakan orang pertama
yang menyebarkan ilmu
Jawatankuasa Piawaian pengetahuan tentang Sistem
Perakaunan Antarabangsa Catatan Bergu menerusi
(IASC) ditubuhkan pada tahun buku Matematiknya Summa
1973 untuk menggalakkan de Arithmetica, Geometria
penggunaan piawaian asas Proportioni et Proportionalita
dalam perakaunan. yang diterbitkan pada tahun
1494. Untuk mendapatkan
http://www.iasplus.com/en/resources/ifrsf/history/resource25 maklumat yang lebih lanjut
tentang Fra Luca Pacioli
Bartolomeode, sila imbas QR
Code berikut:

http://famous-mathematicians.org/
luca-pacioli/

11

Perkembangan Proses Perakaunan Secara Manual Logo UBS dan SAGE
dan Perisian Berkomputer
Proses perakaunan telah melalui pelbagai perkembangan INFO
bermula dengan kaedah perakaunan manual hingga
kini apabila perisian berkomputer digunakan secara Cara penggunaan SAGE 50.
meluas. Pelbagai perisian perakaunan telah dibangunkan Masukkan butiran
dan dipasarkan di serata dunia. Di Malaysia, terdapat
dua perisian perakaunan yang lazim digunakan dalam perniagaan (nama, alamat
perniagaan iaitu UBS dan SAGE. dan tempoh perakaunan).
Kelebihan perisian perakaunan berbanding dengan
perakaunan secara manual: Wujudkan akaun-akaun
 B oleh diakses oleh individu yang diberikan kuasa yang akan digunakan.
sahaja kerana kata laluan digunakan untuk memastikan
kerahsiaan dan keselamatan rekod kewangan. Masukkan nama dan butiran
 Mempunyai fungsi data sokongan dalam cakera padat pembekal dan pembeli.

komputer ataupun di dalam penyimpanan atas talian Masukkan inventori dan
dan ini mengurangkan risiko kerosakan dan senarai harga.
kehilangan data.
 Segala pembetulan kesilapan dapat dilakukan dengan Entri urus niaga
mudah kerana sistem ini akan mengemas kini semua dalam sistem.
data yang berkaitan dan menjana pelaporan yang
telah dibetulkan dengan mudah dan jitu. Pelaporan dengan hanya
beberapa klik pada tetikus.
Kepentingan Sistem Maklumat Perakaunan (SMP)
kepada Entiti Perniagaan Data sokongan
 M engumpul dan menyimpan data mengenai transaksi
TAHUKAH ANDA?
perniagaan.
 Memproses data untuk menjana maklumat yang Sistem Maklumat Perakaunan
(Accounting Information
berguna kepada pengguna Penyata Kewangan dan System – AIS) mengandungi
pembuat keputusan. beberapa subsistem
 Menyediakan kawalan secukupnya untuk menjaga perakaunan yang berhubung
keselamatan aset perniagaan. kait antara satu sama lain
 M embolehkan juruaudit memahami sistem yang untuk mencapai objektif
diguna untuk menghasilkan Penyata Kewangan. tertentu. Sistem Maklumat
 Membolehkan pakar dalam bidang percukaian Perakaunan mengandungi
merancang hal-hal berkaitan percukaian dengan tepat komponen manusia, prosedur
dan yakin. dan teknologi maklumat.

LATIHAN MINDA 1.2
1 Terangkan sebab Luca Pacioli digelar sebagai Bapa Perakaunan.
2 Terangkan tiga kepentingan sistem maklumat perakaunan kepada entiti perniagaan.

12

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

1.3 PENYATA KEWANGAN STANDARD PEMBELAJARAN

Penyata Kewangan merupakan rekod formal yang Murid boleh:
mengandungi maklumat kewangan sesebuah perniagaan. • M enyenaraikan jenis
Penyata Kewangan ini disediakan dengan struktur dan
format pelaporan yang digariskan dalam Piawaian penyata yang terdapat
Pelaporan Kewangan (Financial Reporting Standard). dalam Penyata Kewangan.
Pengguna akan dapat melihat kedudukan kewangan • Menerangkan secara
sesebuah perniagaan dengan jelas seperti jumlah jualan ringkas ciri kualitatif
tahunan, kedudukan aset, keuntungan atau kerugian maklumat perakaunan:
perniagaan dan sebagainya. Ciri kualitatif asas dan ciri
Penyata Kewangan terbahagi kepada: kualitatif tertingkat.
• M encari Penyata Kewangan
Penyata Kewangan daripada pelbagai sumber
dan membanding beza
Akaun Perdagangan Penyata Kedudukan item-item dalam komponen
dan Untung Rugi Kewangan serta kegunaannya.
• Menamakan pihak
Berikut merupakan contoh Penyata Kewangan yang yang menyediakan
telah diaudit: Penyata Kewangan.
• Menamakan pihak yang
bertanggungjawab ke atas
Penyata Kewangan
yang disediakan.
• M enyenaraikan pengguna
Penyata Kewangan.

Penyata Pendapatan juga dikenali sebagai Penyata Kedudukan Kewangan
Akaun Perdagangan dan Untung Rugi

13

GERAK KERJA 4

Layari laman sesawang dan muat turun laporan kewangan pelbagai syarikat. Taip ‘download
annual report’ dalam ruangan carian. Selepas muat turun, kaji laporan kewangan bagi
beberapa buah syarikat dan banding beza komponen-komponen dalam Penyata Kewangan
masing-masing. Sediakan laporan anda dan bentangkan kepada kelas.

Ciri Kualitatif Penyata Kewangan
Penyata Kewangan menggambarkan keadaan dan perjalanan perniagaan sesebuah
syarikat. Penyata Kewangan yang disediakan dengan baik akan memastikan maklumat
di dalamnya berguna kepada pelbagai pengguna.
Pada asasnya, Penyata Kewangan yang baik mesti memenuhi ciri kualitatif berikut:

Ciri Kualitatif TIP

Ciri Kualitatif Ciri Kualitatif Terma ‘ciri kualitatif
Asas Tertingkat Penyata Kewangan’ boleh
difahamkan sebagai ‘kualiti
Kerelevanan Perwakilan benar Penyata Kewangan’.
Kualiti Penyata Kewangan
Kebolehbandingan Kebolehsahan akan dilihat berdasarkan
empat aspek iaitu:
Kebolehfahaman Pemasaan • A dakah maklumat dalam

Ciri Kualitatif Asas Penyata Kewangan
 Kerelevanan relevan dengan keperluan
• Maklumat dalam Penyata Kewangan harus relevan pengguna?
• Adakah pelaporan dalam
dengan keperluan pengguna. Penyata Kewangan mudah
• Maklumat ini dapat mempengaruhi keputusan difahami?
• Adakah Penyata Kewangan
ekonomi yang dibuat oleh pengguna. dapat dibandingkan
 Perwakilan benar prestasinya dengan tahun-
• M aklumat dalam Penyata Kewangan mesti bebas tahun lepas?
• Adakah Penyata Kewangan
daripada kesilapan material dan tiada unsur berat yang diterbitkan sesuai
sebelah serta pelaporannya tidak mengelirukan. pada waktunya?
• Oleh itu, semua data atau maklumat perlu
didedahkan secara jujur tanpa berselindung dan Daya Fikir
pelaporan harus disediakan dengan cermat.
Penyata Kewangan mesti
14 mudah difahami, relevan,
boleh dipercayai dan boleh
dibandingkan. Bincangkan
kepentingan ciri-ciri ini
dalam penyediaan Penyata
Kewangan.

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

Ciri Kualitatif Tertingkat INFO

 Kebolehbandingan • Dalam perakaunan,
maklumat perlu diperoleh
• Maklumat dalam Penyata Kewangan tahun dengan lebih kerap bagi
semasa mesti boleh dibandingkan dengan maklumat membolehkan aktiviti
kewangan yang dikemukakan bagi tempoh perancangan, pengawalan,
perakaunan yang lepas. pengukuran prestasi dan
pembuatan keputusan
• P engguna boleh mengenal pasti trend dalam dijalankan pada masa
kedudukan prestasi dan kewangan bagi entiti yang ditetapkan.
berkenaan.
• Untuk memperoleh
 Kebolehfahaman maklumat tentang ciri
kualitatif penyata kewangan
• M aklumat mesti mudah difahami oleh pengguna yang lebih terperinci, sila
Penyata Kewangan dan maklumat itu perlu imbas QR Code berikut:
dipersembahkan dengan jelas.
https://www.youtube.com/
• Jika terdapat maklumat tambahan untuk memberikan watch?v=WH-P7lhdyn4
penerangan lanjutan tentang sesuatu butiran,
maklumat tersebut harus dinyatakan dengan jelas (Diakses pada 9 September 2016)
dalam bahagian nota.
Daya Fikir
 Kebolehsahan
Terangkan secara ringkas
• Jika maklumat dalam Penyata Kewangan boleh tentang ciri kualitatif Penyata
disahkan, ini memberi jaminan kepada pengguna Kewangan berikut:
bahawa maklumat dalam Penyata Kewangan (a) Kebolehbandingan
tersebut boleh dipercayai. (b) Kebolehfahaman
(c) Kebolehsahan
 Pemasaan (d) Pemasaan

• K etepatan masa adalah sangat penting kerana
maklumat yang disampaikan tepat pada masanya
adalah lebih relevan kepada pengguna.

• Kelewatan dalam penyediaan maklumat kewangan
menyebabkan Penyata Kewangan tersebut kurang
relevan untuk membuat keputusan.

Membanding Beza Item-item dalam Komponen
Penyata Kewangan

Sebagaimana yang kita ketahui, setiap jenis perniagaan
menawarkan jualan dan perkhidmatan yang berbeza.
Oleh yang demikian, butiran dalam Penyata Kewangan
bagi perniagaan turut berbeza.

15

Berikut menunjukkan beberapa jenis perniagaan. Mari kita teliti butiran dalam
Penyata Kewangan.

Aspek Kedai runcit Klinik mata Koperasi kewangan

Akaun Komponen Jualan Komponen Jualan Komponen Jualan
Perdagangan Bersih Bersih Bersih
• Jualan • Yuran rawatan • H asil faedah
• Pulangan Jualan
Komponen Kos Jualan pinjaman
Komponen Kos Jualan • Belian ubat
• Belian • Pulangan Belian
• Pulangan Belian • Angkutan masuk
• Angkutan masuk • Duti import
• Duti import • Inventori awal
• Insurans belian • Inventori akhir
• Upah atas belian
• Inventori awal
• Inventori akhir

Akaun Hasil Hasil Hasil
Untung Rugi • Komisen diterima • Komisen diterima • Faedah simpanan
• Faedah simpanan • Faedah simpanan
• Diskaun diterima Belanja
Belanja • Kadar bayaran
Belanja • Kadar bayaran • Gaji
• Diskaun diberi • Gaji • Insurans
• Kadar bayaran • Insurans • Sewa
• Gaji • Sewa • Faedah pinjaman
• Insurans • Faedah pinjaman • Susut nilai aset
• Sewa • Susut nilai aset
• Faedah pinjaman
• Susut nilai aset
• Promosi

Penyata Aset Aset Aset
Kedudukan • Kenderaan • Perabot • Perabot
Kewangan • Perabot • P eralatan • Alatan pejabat
• Alatan kedai • Kelengkapan
• Kelengkapan pemeriksaan mata
• P eralatan Liabiliti
• Faedah Pinjaman
pembedahan mata
• Kelengkapan Belum Bayar

alatan pejabat

Liabiliti Liabiliti

• Pinjaman • Pinjaman
• A kaun Belum Bayar • Akaun Belum Bayar
• Overdraf Bank • Overdraf Bank

16

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

KAJIAN KES 1
Buat lawatan ke beberapa kedai yang menjalankan perniagaan jualan barang dan perkhidmatan
yang berbeza. Temu bual pekerja atau majikan perniagaan tentang butiran yang terdapat
dalam Penyata Kewangan masing-masing. Rekodkan hasil kerja dalam buku nota anda.

Pihak yang Bertanggungjawab Menyediakan Penyata Kewangan
Pada asasnya, pemilik perniagaan merupakan orang yang bertanggungjawab untuk
menyediakan Penyata Kewangan. Penyata Kewangan ini disediakan oleh pemilik
sendiri atau pekerjanya. Pemilik perniagaan juga boleh menggunakan khidmat luar yang
mempunyai kepakaran dalam bidang perakaunan.

Pihak Luar Pemilik TAHUKAH ANDA?
Perniagaan
Penyedia Dalam sektor korporat,
Penyata seorang akauntan atau jabatan
Kewangan perakaunan akan menyediakan
Penyata Kewangan,
pengekosan dan percukaian.

Pekerja GLOSARI
Sendiri MAJIKAN: Pihak yang
memberikan pekerjaan atau
Pemilik Perniagaan yang mengusahakan sesuatu
 Bagi perniagaan kecil-kecilan, majikan sendiri akan perusahaan.
PEKERJA: Orang yang bekerja
mengurus dan menyediakan laporan kewangan. untuk memperoleh pendapatan.
Pemilik mampu mengendalikan dan menyelenggara
semua rekod kewangan kerana volum perniagaan Daya Fikir
adalah rendah dan masih lagi dapat ditangani. Nyatakan tiga pihak yang
 H al ini menjadi satu kelebihan kepada pemilik kerana bertanggungjawab untuk
pemilik akan mengetahui semua urus niaga dan rekod menyediakan Penyata
kewangan dengan jelas agar risiko penyelewengan Kewangan perniagaan.
oleh pekerja dapat dikawal.
Pekerja Sendiri 17
 Bagi perniagaan yang volum perniagaannya
tinggi, majikan tidak mampu lagi mengurus dan
mengendalikan akaun dan Penyata Kewangan kerana
menghadapi kekangan dari segi masa dan tenaga.
 O leh yang demikian, majikan akan mengupah pekerja
untuk mengurus dan mengendalikan akaun dan
Penyata Kewangan sama ada secara sepenuh masa
ataupun secara separuh masa.

Pihak Luar Daya Fikir

 B agi perniagaan yang tidak mempunyai akauntan, 1 Mengapakah maklumat
mereka akan melantik akauntan bertauliah dari luar dalam Penyata Kewangan
untuk mengendalikan laporan kewangannya. penting kepada pengguna
Penyata Kewangan?
 P eniaga akan membekalkan maklumat perakaunan Bincangkan.
kepada akauntan luar supaya akauntan memahami
operasi perniagaan. Seterusnya, akauntan dapat 2 Mengapakah pengguna
menyediakan laporan kewangan dengan tepat dan dalaman berikut
relevan. memerlukan maklumat
dalam Penyata Kewangan?
Pengguna Penyata Kewangan Terangkan secara ringkas.

Penyata Kewangan disediakan dalam format pelaporan (a) Pemilik perniagaan
yang sistematik dan mudah difahami. Dengan ini, (b) Pihak pengurusan
maklumat yang terkandung dalam Penyata Kewangan (c) Pekerja sendiri
dapat dimanfaatkan oleh pelbagai pihak. Pihak yang
menggunakan maklumat dalam Penyata Kewangan
dikenali sebagai pengguna Penyata Kewangan.

Pengguna Penyata Kewangan

Pengguna Dalaman Pengguna Luaran TAHUKAH ANDA?

Pengguna Dalaman Maklumat perakaunan dalam
Penyata Kewangan dianalisis
Pihak yang memiliki perniagaan dan pihak yang bekerja dan ditafsir untuk menjana
dalam perniagaan berkenaan. data yang boleh dijadikan
panduan pengurusan
Terdiri daripada: perniagaan dan pelaburan.

 Pemilik perniagaan Sebagai contoh, para pelabur
• M erujuk Penyata Kewangan untuk mengetahui sama akan melihat pulangan atas
modal untuk mengenal pasti
ada perniagaan memperoleh untung atau rugi. Jumlah kemampuan perniagaan
keuntungan atau kerugian dapat dikenal pasti. menjana untung bersih
• M engenal pasti semua sumber hasil perniagaan dan daripada setiap ringgit modal
perbelanjaan perniagaan. yang dilaburkan.

 Pihak pengurusan Pemiutang pula akan melihat
• M enggunakan data dalam Penyata Kewangan sebagai kepada tempoh bayaran
hutang untuk mengenal pasti
rujukan untuk merancang aktiviti perniagaan pada kemampuan perniagaan
masa hadapan. menjelaskan hutang
• Data ini akan dianalisis bagi membolehkan strategi sebelum memberikan
dibuat untuk mengembangkan perniagaan atau kemudahan kredit.
membaiki kelemahan.

18

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

 Pekerja TAHUKAH ANDA?
• Berdasarkan Penyata Kewangan pekerja dapat
Berikut merupakan beberapa
mengetahui keuntungan perniagaan, kestabilan contoh pengguna luaran dan
operasi perniagaan, keupayaan perniagaan untuk sebab mereka memerlukan
membayar gaji dan menawarkan faedah sampingan. Penyata Kewangan:
• Pekerja turut melihat kedudukan kewangan (a) Pesaing perniagaan
perniagaan untuk menilai kemampuan perniagaan Untuk tujuan penanda aras
dapat berkembang pada masa hadapan dan
meninjau peluang untuk menjawat jawatan yang (benchmarking) dari segi
lebih tinggi dalam organisasi. prestasi perniagaan dan
kedudukan kewangan.
Pengguna Luaran (b) Pelabur
Pengguna luaran merupakan pihak ketiga yang Untuk melihat keupayaan
menggunakan maklumat Penyata Kewangan. Pengguna perniagaan bagi menjana
luaran juga dikenali sebagai pengguna sekunder. pendapatan.
Terdiri daripada: (c) Agensi penarafan
 P ihak bank Untuk memberikan
• M enggunakan Penyata Kewangan sesebuah penarafan perniagaan dari
segi pengurusan kredit.
perniagaan untuk mempertimbangkan kelulusan (d) Kesatuan pekerja
permohonan perniagaan mendapatkan pinjaman Untuk melihat keupayaan
bank. perniagaan menawarkan
• M elihat keupayaan perniagaan dalam pengurusan kenaikan gaji dan faedah
kredit dan juga dalam pembayaran hutang. lain.

 P embekal Daya Fikir
• Laporan kewangan digunakan untuk menilai
1 Senaraikan pengguna
keupayaan dan kecekapan dalam pengurusan hutang luaran Penyata Kewangan.
perniagaan sebelum memberikan kemudahan kredit
atau memberikan pinjaman kepada perniagaan 2 Mengapakah agensi
berkenaan. kerajaan memerlukan
• Hal ini adalah penting untuk mengelakkan berlakunya maklumat dalam Penyata
hutang lapuk yang akan merugikan pembekal. Kewangan perniagaan?

 Agensi kerajaan
• P enyata Kewangan diperlukan oleh agensi kerajaan

untuk tujuan semakan dan percukaian. Antara agensi
yang memerlukan Penyata Kewangan perniagaan
ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
• LHDN merupakan pihak yang bertanggungjawab
untuk mentaksir dan memungut cukai pendapatan.
Penyata Kewangan digunakan oleh LHDN untuk
tujuan pentaksiran cukai.

19

 Pemegang saham Pemegang saham melihat
• Pelabur, bakal pelabur dan orang awam menggunakan prestasi perniagaan melalui

Penyata Kewangan untuk menilai kemampuan Penyata Kewangan.
sesebuah perniagaan menjanakan keuntungan.
• M ereka akan membandingkan Penyata Kewangan bagi
beberapa buah perniagaan untuk memilih perniagaan
yang paling berpotensi menjana keuntungan bagi
pihak mereka.

LATIHAN MINDA 1.3

1 Pernyataan berikut berkaitan dengan satu ciri kualitatif Penyata Kewangan. Tuliskan ciri
kualitatif yang menepati pernyataan berikut:

Situasi Ciri Kualitatif

Setiap butiran akaun dalam Penyata Kewangan
Syarikat Jaya dapat dibuktikan dengan sokongan
dokumen sumber.

Walaupun untung bersih perniagaan merosot
berbanding dengan tahun lepas namun Encik
Teo tidak menyembunyikan kemerosotan
tersebut ketika menyediakan Penyata Kewangan.
Sebaliknya dia mendedahkan segala urus niaga
tanpa berselindung agar pengguna mendapat
gambaran yang tepat tentang butiran dalam
Penyata Kewangan.

Penyata Kewangan Syarikat Ceria disediakan
mengikut format pelaporan yang disyorkan oleh
MASB agar semua pengguna dapat membaca
dan memahaminya dengan mudah.

Butiran akaun tahun kewangan yang lalu
turut disertakan dalam Penyata Kewangan
tahun semasa agar pengguna dapat membuat
perbandingan prestasi perniagaan.

2 Jelaskan secara ringkas sebab pihak yang berikut memerlukan Penyata Kewangan:
(a) Pembekal
(b) Pemilik perniagaan
(c) Agensi kerajaan

3 Nyatakan tiga pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan Penyata Kewangan.

20

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

1.4 A NDAIAN, PRINSIP DAN BATASAN DALAM STANDARD PEMBELAJARAN
PERAKAUNAN
Murid boleh:
Andaian Perakaunan • M enyenaraikan dan
Andaian perakaunan perlu dibuat untuk mengurangkan
kekeliruan ketika mengendalikan rekod perakaunan dan menerangkan andaian
menghasilkan Penyata Kewangan. dalam perakaunan.
• Menyenaraikan dan
Tempoh Entiti menerangkan prinsip
Perakaunan Berasingan dalam perakaunan.
• M enerangkan batasan
Andaian dalam perakaunan.
Perakaunan • Menentukan andaian,
prinsip dan batasan dalam
Usaha perakaunan yang dapat
Berterusan dikaitkan dengan
sesuatu kes.

Wang
sebagai
Ukuran

 Entiti berasingan
• A ndaian ini menyatakan bahawa perniagaan

perlu menyimpan rekod transaksinya berasingan
daripada rekod transaksi peribadi pemiliknya,
unit-unit perniagaan atau urus niaga perniagaan lain
di bawah milikannya.

CONTOH 1

Puan Karen memiliki sebuah pusat tuisyen di Kuching. Walaupun beliau menikmati keuntungan
pusat tuisyen sepenuhnya tetapi beliau tidak mencampuradukkan perbelanjaan peribadi dengan
perbelanjaan pusat tuisyennya. Sekiranya beliau perlu menggunakan wang pusat tuisyen untuk
perbelanjaan peribadi, beliau akan merekodkannya sebagai ambilan dalam Buku Tunai.

 Usaha berterusan Daya Fikir
• Andaian ini menyatakan bahawa semua aktiviti
1 Puan Sutini merekodkan
kewangan perniagaan diandaikan beroperasi untuk ambilan tunai perniagaan
tempoh masa yang tidak terbatas. sebagai belanja am dalam
• H al ini membolehkan perniagaan beroperasi dengan bukunya. Apakah andaian
tujuan ke arah jangka panjang. perakaunan yang tidak
• Andaian ini adalah sangat kritikal kerana tidak ada dipatuhi oleh Puan Sutini?
titik akhir dalam jangka hayat perniagaan.
2 Apakah penekanan dalam
CONTOH 2 andaian usaha berterusan?

Encik Razak mengandaikan syarikat logistik yang baru ditubuhkannya akan terus beroperasi
bagi suatu jangka masa yang tidak terbatas dan aset perniagaan akan terus digunakan untuk
menjana pendapatan kepada perniagaan.

21

 Wang sebagai ukuran INFO
• A ndaian ini menyatakan bahawa maklumat Penyata
Untuk mendapatkan maklumat
Kewangan mesti dinyatakan dalam nilai mata wang lanjut tentang andaian wang
yang diguna pakai di sesebuah negara. Sebagai sebagai ukuran, sila imbas
contoh, Malaysia menggunakan Ringgit Malaysia QR Code berikut:
sebagai unit ukuran.
• Oleh itu, adalah wajar untuk menggunakan asas
yang sama bagi tujuan perakaunan.

CONTOH 3

Pak Akob seorang pengusaha kedai makan merekodkan http://www.accountingtools.com/
perkara yang hanya dapat dinyatakan dalam nilai wang seperti monetary-unit-principle
hasil jualan nasi, belian inventori makanan dan caj pemasangan
Internet di premis.

 Tempoh perakaunan Daya Fikir
• A ndaian ini membolehkan pembahagian operasi
Mengapakah terdapat
dan aktiviti perniagaan kepada tempoh masa perniagaan yang menyediakan
yang ditentukan oleh pemilik perniagaan untuk Penyata Kewangan secara
tujuan pelaporan. suku tahun, setengah tahun
• Satu kebaikan andaian tempoh perakaunan ini dan satu tahun?
adalah untuk membolehkan perbandingan prestasi
perniagaan yang lebih tepat dibuat bagi beberapa
tempoh perakaunan.

CONTOH 4

Syarikat Logistik Shamsuddin menetapkan bahawa tempoh perakaunan adalah bermula dari
1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun. Penyata Kewangan perlu disediakan pada 31 Disember
setiap tahun. Dengan tempoh perakaunan yang tetap (12 bulan), prestasi perniagaan seperti untung
bersih dan kedudukan kewangan perniagaan dapat dibandingkan dari tahun ke tahun.

Prinsip Perakaunan

Pengiktirafan Ketekalan
Hasil dan
Belanja Prinsip
Perakaunan

Prinsip Kos
22

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

 Ketekalan Daya Fikir
• P rinsip ini memastikan wujudnya konsistensi dalam
1 Mengapakah prinsip
prosedur perakaunan yang digunakan oleh entiti ketekalan perlu dipatuhi
perniagaan dari satu tempoh perakaunan ke tempoh ketika menyediakan
perakaunan yang lain. Penyata Kewangan?
• H al ini membolehkan perbandingan maklumat
perakaunan yang adil antara dua tempoh perakaunan. 2 Kedai M membeli sebuah
Sebagai contoh, penggunaan kaedah susut nilai aset kenderaan berharga
bukan semasa perniagaan perlu konsisten pada RM50 000 pada tahun
setiap tempoh perakaunan. 2013. Pada 1 Januari 2016,
kenderaan tersebut dijual
CONTOH 5 kepada Kedai N dengan
harga RM34 000.
Lembaga Pengarah Kiflee Holding tidak bercadang untuk Berapakah nilai kenderaan
menukar kaedah susut nilai aset bukan semasa perniagaan tersebut patut direkodkan
sebaliknya kaedah susut nilai yang sama akan terus digunakan dalam Penyata Kedudukan
pada masa akan datang. Kewangan Kedai N pada
31 Disember 2016?
 Prinsip kos
• Semua aset perniagaan yang diperoleh hendaklah

dinilai dan direkodkan dalam Penyata Kewangan
berdasarkan harga sebenar atau kos asal pembelian,
bukannya nilai pasaran semasa atau nilai masa
hadapan.
• P engecualian kepada peraturan ini ialah apabila
perniagaan dalam proses penutupan dan pembubaran.

CONTOH 6

Sebuah mesin cetak yang dibeli dengan harga RM900 pada tahun 2014 masih lagi direkodkan
sebagai RM900 dalam Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Mac 2016 walaupun harga
pasaran mesin cetak yang sama model telah susut kepada RM500.

 Pengiktirafan hasil dan belanja TIP
• S emua hasil (belum terperoleh atau belum terima)
Hasil diiktiraf apabila barang
dan semua belanja (prabayar atau belum bayar) atau perkhidmatan telah
perlu diambil kira ketika menyediakan Penyata diberikan kepada pelanggan
Kewangan pada akhir tempoh perakaunan. Hal walaupun bayaran belum
ini adalah untuk membolehkan kita mengetahui diterima.
untung bersih sebenar yang dijana oleh perniagaan
sepanjang tempoh perakaunan. Belanja diiktiraf apabila
manfaat daripada perbelanjaan
itu telah diperoleh walaupun
belum dibayar.

23

CONTOH 7

Kedai Ben menerima bil elektrik pada 30 Disember 2016. Namun demikian, Ben hanya akan
menjelaskan bil berkenaan pada bulan Januari tahun berikutnya. Walaupun bil itu belum
dijelaskan pada 2016, Ben tetap mengiktiraf bil elektrik tersebut dan direkodkan dalam Akaun
Kadar Bayaran kerana tahun kewangan Kedai Ben berakhir pada 31 Disember 2016.

Batasan perakaunan INFO
 Kos manfaat Untuk mengetahui analisis
• K os penyediaan maklumat hendaklah tidak melebihi kos manfaat dengan lebih
terperinci, sila imbas QR
daripada nilai maklumat tersebut kepada pengguna Code berikut:
Penyata Kewangan.
• Mengkaji sejauh mana pendapatan dapat dijana http://www.investopedia.com/
daripada kos yang ditanggung jika suatu projek terms/c/cost-benefitanalysis.asp
dilaksanakan. Hal ini adalah untuk melihat sejauh
mana wang yang dibelanjakan berkeupayaan untuk
mendatangkan pendapatan kepada perniagaan.
• D engan pendapatan yang optimum dan kos yang
minima, perniagaan akan menikmati untung bersih
yang lebih tinggi dan mengukuhkan kedudukan
kewangan perniagaan.

KAJIAN KES 2

Encik Goh bercadang untuk menjana pendapatan tambahan melalui sebuah rumah kediaman
yang dimilikinya di Kota Kinabalu, Sabah. Terdapat dua pilihan untuk Encik Goh:
(a) Menyewa secara bulanan dengan sewa bulanan RM800.
(b) Menjalankan perkhidmatan inap desa dengan bayaran RM100 satu malam. Secara purata,

perkhidmatan inap desa adalah 16 malam bagi setiap bulan dan bil utiliti bulanan ialah
sebanyak RM40, manakala upah pekerja ialah sebanyak RM920 sebulan.

Berikut merupakan jangkaan hasil dan jangkaan kos Encik Goh terhadap pilihan tersebut:

Projek/Aktiviti Analisis kos manfaat rumah sewa dan perkhidmatan inap desa

Pihak berkepentingan Encik Goh (pemilik rumah)

Pilihan 1: Rumah sewa Pilihan 2: Perkhidmatan inap desa

Jangkaan Hasil Jangkaan Kos Jangkaan Hasil Jangkaan Kos

Sewa tahunan Tiada Hasil perkhidmatan Upah pekerja
= RM800 × 12 bulan = R M100 × 16 malam × = RM920 × 12 bulan
= RM9 600 = RM11 040
12 bulan Bil utiliti
= RM19 200 = RM40 × 12 bulan
= RM480

Pendapatan bersih = RM9 600 Pendapatan bersih = RM7 680

24

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

Encik Goh akan memperuntukkan tempoh selama 1 tahun untuk menilai keberkesanan
pilihan yang akan diambil.
Berdasarkan jangkaan hasil dan jangkaan kos Encik Goh, apakah pilihan terbaik yang patut
dilaksanakan oleh Encik Goh? Berikan justifikasi jawapan anda.

LATIHAN MINDA 1.4

1 Nyatakan andaian, prinsip dan batasan bagi setiap situasi berikut:
(a) Encik Samson mengambil barang niaga dari kedainya untuk kegunaan anak.

Perkara ini telah direkodkan dalam Akaun Ambilan.
(b) Puan Halimah tidak bersetuju dengan keputusan pekongsinya mengubah kaedah

pengiraan susut nilai perniagaan kerana ini akan memberikan kesan kepada
Penyata Kewangan.
(c) Pak Abu seorang tukang gunting rambut mengenakan bayaran RM15 bagi setiap
pelanggan yang meminta perkhidmatan menggunting rambut daripadanya.
(d) Perniagaan Salmah menyediakan Penyata Kewangan setiap enam bulan untuk
mengetahui prestasi perniagaannya.
(e) Sebuah kenderaan perniagaan dibeli oleh Kedai Roslan pada tahun 2012 dengan
harga RM56 000. Selepas 3 tahun, kenderaan mengalami kejatuhan harga kepada
RM35 000 sahaja. Dalam Penyata Kedudukan Kewangan Kedai Roslan, kenderaan
tersebut tetap direkodkan sebagai RM56 000.
(f) Ketika menyediakan Penyata Kewangan semua belanja belum bayar dan prabayar
perlu diambil kira semasa menghitung untung bersih perniagaan.
(g) Kilang Kain Wangsa Maju membuat keputusan membeli sebuah mesin kain yang
lebih canggih dan dijangka meningkatkan keuntungan kilang untuk beberapa tahun
akan datang.
(h) Seorang pekongsi telah membawa masuk tunai RM50 000 ke dalam perkongsian
untuk meningkatkan kecairan tunai perkongsian. Perkara ini telah direkodkan ke
dalam Akaun Modal pekongsi berkenaan.

2 Terangkan secara ringkas tentang kos manfaat.

3 Encik Sim memiliki Hotel Riang yang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember
setiap tahun. Pada 15 September 2016, seorang pelancong Encik Puvan telah
membuat tempahan bilik berharga RM450 bagi percutian pada bulan Februari 2017.
Tempahan ini telah dibayar penuh oleh Encik Puvan dengan menggunakan kad kredit.

Di bawah prinsip pengiktirafan hasil dan belanja, adakah Encik Sim patut mengiktiraf
tempahan Encik Puvan sebagai hasil bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016?
Berikan alasan anda.

4 Encik Silva membayar sewa kediaman dengan tunai daripada kedainya. Namun, beliau
merekodkan bayaran sewa kediaman itu sebagai belanja sewa premis kedai.

Nyatakan satu andaian perakaunan yang tidak dipatuhi oleh Encik Silva.

25

1.5 ENTITI PERNIAGAAN STANDARD PEMBELAJARAN
Murid boleh:
Organisasi didefinisikan sebagai suatu kelompok orang • Menyenaraikan ciri-ciri
yang bekerjasama dan memberikan komitmen untuk
mencapai tujuan yang sama. Dalam perakaunan terdapat perniagaan Milikan Tunggal,
empat jenis organisasi iaitu: Perkongsian, Syarikat
(a) Milikan Tunggal Berhad dan Koperasi.
(b) Perkongsian • Membanding beza ciri-ciri
(c) Syarikat Berhad setiap entiti perniagaan dari
(d) Koperasi segi milikan, sumber modal
dan liabiliti.

Aspek Milikan Perkongsian Syarikat Berhad Koperasi
Pemilikan Tunggal Perkongsian
biasa: S yarikat 50 – tiada had
Dimiliki Dimiliki oleh Sendirian maksimum
oleh seorang 2 – 20 orang Berhad: jumlah anggota
pemilik pekongsi 2 – 50 orang
pemegang
saham

Perkongsian Syarikat Awam
profesional: Berhad:
Dimiliki oleh 2 – tiada had
2 – 50 orang maksimum
pekongsi jumlah
pemegang
saham

Sumber Disumbangkan Disumbangkan Modal Modal
modal oleh pemilik oleh para dikumpul dikumpul
perniagaan pekongsi daripada daripada
Tanggungan pemegang anggota
liabiliti saham melalui melalui
terbitan saham penerimaan
Undang- dan langganan fi masuk dan
undang saham jualan saham

Menanggung liabiliti tidak terhad Menanggung liabiliti terhad
iaitu harta benda peribadi setakat sumbangan modal yang
pemilik atau pekongsi akan dilaburkan
digunakan untuk menjelaskan
hutang jika perniagaan tidak
berkemampuan membayar
hutang semasa pembubaran

Berdaftar di Berdaftar di Berdaftar di Berdaftar di
bawah Akta bawah Akta bawah Akta bawah Akta
Pendaftaran Perkongsian Syarikat 1965 Koperasi 1993
Perniagaan 1961

26

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

Aspek Milikan Perkongsian Syarikat Koperasi
Keuntungan Tunggal Berhad Diagihkan
dan Untung Untung atau Keuntungan kepada anggota
kerugian dinikmati rugi akan diagihkan koperasi dalam
sepenuhnya diagihkan kepada para bentuk dividen
Pengurusan oleh pemilik kepada para pemegang
perniagaan manakala rugi pekongsi saham dalam • D iuruskan
ditanggung mengikut syarat bentuk dividen oleh Anggota
Faktor sepenuhnya pembahagian Lembaga
pemilihan oleh pemilik untung atau • D iuruskan Koperasi
• D iuruskan rugi yang oleh Ahli (ALK) yang
oleh pemilik dipersetujui Lembaga dilantik
• D ibantu oleh • D iuruskan Pengarah dalam
ahli keluarga yang dilantik Mesyuarat
atau saudara oleh dalam Agung
pekongsi Mesyuarat Tahunan
• M odal yang aktif Agung
permulaan Tahunan • D iurus dan
rendah dikendalikan
• P ekongsi • B erupaya oleh anggota
• P emilik dapat untuk yang
bebas menggabung mengumpul mempunyai
membuat modal dan modal yang objektif yang
keputusan kepakaran lebih besar sama
perniagaan
• R isiko • T anggungan • Berupaya
kerugian liabiliti mengumpul
ditanggung terhad modal yang
bersama besar

LATIHAN MINDA 1.5

1 Berikan maksud liabiliti tidak terhad.
2 Tentukan sama ada pernyataan berikut betul atau salah:
(a) Perniagaan jenis perkongsian dikenakan cukai pendapatan syarikat.
(b) Kedai Roti Morgan menanggung liabiliti tidak terhad.
(c) Koperasi mengagihkan keuntungan dalam bentuk dividen kepada anggotanya.
(d) Bilangan anggota koperasi adalah sekurang-kurangnya dua orang dan tiada

had maksimum.

27

AKTIVITI PENGAYAAN Istilah Perakaunan
Baca petunjuk dengan teliti. Kemudian lengkapkan silang kata berikut dengan terma
perakaunan yang tepat.

12

3
4

5

6

7
8

9

MELINTANG

4 Ciri kualitatif ini menekankan ketepatan masa untuk membekalkan maklumat
perakaunan yang relevan kepada pengguna.

5 Peringkat kelima dalam sebuah Kitaran Perakaunan.

6 Akauntan tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat dalaman perniagaan kepada
pihak luar.

8 Rekod perakaunan terawal dijumpai di .

9 Maklumat Penyata Kewangan haruslah bersesuaian dengan keperluan pengguna.

MENEGAK

1 Kaedah susut nilai aset bukan semasa dikekalkan dan tidak berubah-ubah untuk

tempoh perakaunan berikutnya. Situasi ini berkaitan dengan prinsip .

2 Pengguna merupakan pihak yang memiliki perniagaan dan juga pihak

yang bekerja dalam perniagaan berkenaan.

3 merupakan badan penggubal standard perakaunan di Malaysia.

4 Subbidang perakaunan untuk memeriksa dan memberi pendapat profesional terhadap
Penyata Kewangan perniagaan.

7 Prinsip akhlak yang menjadi pegangan akauntan.

28

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

Perakaunan merupakan perekodan dan pelaporan transaksi perniagaan
secara sistematik.

Simpan kira dan perakaunan
• Simpan kira meliputi kerja mengumpul, menyusun, merekod

dan menyimpan.
• P erakaunan meliputi kerja mengumpul, menyusun, merekod,

menyimpan, melapor, merancang, menganalisis, menilai dan merumus.

Kitaran perakaunan
Merangkumi lapan peringkat bermula daripada Dokumen Sumber, Buku

Catatan Pertama, Lejar, Imbangan Duga, Pelarasan, Imbangan Duga
Terselaras, Catatan Penutupan dan Penyata Kewangan.

Subbidang perakaunan:
• Perakaunan Kewangan
• Perakaunan Pengurusan
• Pengauditan
• Percukaian

Badan Perakaunan
(a) Badan Kawal Selia
• Malaysian Institute of Accountants (MIA)
(b) Badan Penggubal Piawaian
• Malaysian Accounting Standard Board (MASB)
(c) Badan Profesional
• Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA)
• Chartered Institute of Management Accountants (CIMA)
• Association of Certified Chartered Accountants (ACCA)

Sejarah perkembangan perakaunan
• Rekod kewangan yang paling awal dijumpai di Babylonia pada 3500 SM.
• P ada 400 SM, rekod kewangan dicatat dengan menggunakan papyrus

dan calamus di Mesir.
• Luca Pacioli telah memperkenalkan Sistem Catatan Bergu dan beliau

digelar sebagai ‘Bapa Perakaunan’.
• Pada abad ke-18, perakaunan pengurusan diperkenalkan berikutan

perkembangan pesat dalam bidang perindustrian.
• I ASC ditubuhkan pada 1973 untuk menggalakkan penggunaan piawaian

asas dalam perakaunan.

Penyata Kewangan terbahagi kepada:
• Akaun Perdagangan dan Untung Rugi
• Penyata Kedudukan Kewangan

29

Ciri kualitatif asas maklumat perakaunan
• Kerelevanan
• Perwakilan benar

Ciri kualitatif tertingkat maklumat perakaunan
• Kebolehbandingan
• Kebolehfahaman
• Kebolehsahan
• Pemasaan

Pihak yang menyediakan Penyata Kewangan
• Pemilik perniagaan
• Pekerja sendiri
• Pihak luar yang mempunyai kepakaran

Pengguna Penyata Kewangan
• Pengguna dalaman – pemilik perniagaan, pihak pengurusan dan pekerja
• P engguna luaran – bank, pembekal, agensi kerajaan, pelabur dan

bakal pelabur

Prinsip perakaunan:
• Andaian
• P rinsip
• B atasan

Organisasi

• Milikan tunggal
(a) Dimiliki oleh seorang pemilik
(b) Modal disumbangkan oleh pemilik sendiri
(c) Liabiliti tidak terhad

• Perkongsian
(a) Perkongsian biasa: Dimiliki oleh 2 – 20 orang

Perkongsian profesional: Dimiliki oleh 2 – 50 orang
(b) Modal disumbangkan oleh setiap pekongsi
(c) Liabiliti tidak terhad

• Syarikat Berhad
(a) Syarikat Sendirian Berhad: Dimiliki oleh 2 – 50 orang
Syarikat Awam Berhad: Tiada had maksimum pemiliknya
(b) Modal dikumpul melalui terbitan saham dan langganan saham
(c) Liabiliti terhad

• Koperasi
(a) Minimum 50 – tiada had maksimum anggota
(b) Modal dikumpul melalui kutipan fi masuk dan juga saham
(c) Liabiliti terhad

30

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

LATIHAN

Soalan Objektif

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih
satu jawapan yang paling sesuai.

1 Pasangan yang manakah menerangkan simpan kira dan perakaunan dengan tepat?

Simpan kira Perakaunan

A Meliputi kerja mengumpul dokumen, Hanya melibatkan kerja mengumpul
merekod, melapor, mentafsir, merancang, dokumen, merekod dan melapor.
menilai dan merumus.

B Merangkumi skop kerja yang lebih luas. Meliputi kerja mengumpul dokumen,
merekod, melapor, mentafsir, merancang
dan menilai.

C Hanya melibatkan kerja mengumpul Meliputi kerja mengumpul dokumen,
dokumen, merekod dan melapor. merekod, melapor, mentafsir, merancang,
menilai dan merumus.

D Meliputi kerja mengumpul dokumen, Merangkumi skop kerja yang lebih luas.
merekod, melapor, mentafsir, merancang
dan menilai.

2 Berikut merupakan sebahagian daripada sebuah Kitaran Perakaunan:



Buku Catatan Pertama Lejar M

Sekiranya peringkat M tidak dilakukan dengan betul, apakah kesannya terhadap perakaunan
perniagaan pada akhir tempoh perakaunan?
A Ketepatan catatan bergu dalam lejar tidak dapat dipastikan.
B Baki akhir bagi semua akaun tidak dapat dihitung dengan tepat.
C Tiada apa-apa kesan yang signifikan terhadap Penyata Kewangan.
D Jurnal Am dan Jurnal Khas tidak dapat disediakan dengan sistematik.

3 Pernyataan berikut menerangkan suatu subbidang perakaunan:

• Menyediakan maklumat perakaunan untuk pengguna dalaman.
• S kop kerja termasuk kawalan, perancangan dan pengurusan pengeluaran.

Berpandukan penyataan di atas, apakah subbidang perakaunan yang dimaksudkan?
A Perakaunan kewangan
B Perakaunan pengurusan
C Pengauditan
D Percukaian

31

4 Yang manakah antara berikut merupakan kesan pelanggaran kod etika perakaunan ketika
Penyata Kewangan disediakan terhadap pelabur?

A Pelabur akan berasa yakin terhadap kemampuan perniagaan untuk menjana dividen.
B Pelabur akan menambahkan modal mereka ke dalam perniagaan untuk memperoleh

keuntungan yang lebih banyak.
C Pelabur akan membuat keputusan yang kurang tepat kerana Penyata Kewangan tidak

menggambarkan prestasi sebenar perniagaan.
D Pelabur tidak akan berasa curiga terhadap Penyata Kewangan kerana semua perkara

dalam perniagaan dilaporkan dalam keadaan baik.

5 Badan penggubal piawaian perakaunan di Malaysia ialah
A C

B D

6 Pernyataan berikut menerangkan suatu badan profesional perakaunan di Malaysia:

• Memberikan khidmat sokongan kepada ahli-ahli dan para pelajarnya sepanjang
kerjaya perakaunan mereka.

• Memberikan pendedahan tentang peraturan dan undang-undang yang berkaitan
dengan amalan perakaunan, kod amalan perakaunan dan etika.

Berpandukan penyataan di atas, apakah badan profesional perakaunan yang dimaksudkan?
A MIA – Malaysian Instistute of Accountants
B IFAC – International Federation of Accountants
C MASB – Malaysian Accounting Standard Board
D ACCA – Association of Certified Chartered Accountants

7 Luca Pacioli diberikan gelaran ‘Bapa Perakaunan’ kerana beliau telah
A mencipta kaedah Venice.
B memulakan Sistem Catatan Bergu.
C menerbitkan pelbagai karya perakaunan.
D memperkenalkan Sistem Catatan Bergu secara bertulis.

8 Apakah kepentingan sistem maklumat perakaunan pada sesebuah perniagaan?
A Mengurangkan kebergantungan pada sumber tenaga kerja manusia dalam perakaunan.
B Membolehkan pemantauan proses perakaunan berjalan lancar dalam perniagaan.
C Menjamin peluang pekerjaan yang lebih baik dalam bidang perakaunan.
D Meningkatkan kod etika pada akauntan dalam perniagaan.

9 Ciri kualitatif Penyata Kewangan termasuk III Keseragaman
I Kebolehbandingan IV Pemasaan
II Kebolehfahaman C I, III dan IV
D II, III dan IV
A I, II dan III
B I, II dan IV

32

Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

10 Pernyataan berikut menerangkan suatu ciri kualitatif Penyata Kewangan:

Maklumat dalam Penyata Kewangan mestilah bebas daripada kesilapan material
dan tiada unsur berat sebelah serta pelaporannya tidak mengelirukan.

Berpandukan penyataan di atas, apakah ciri kualitatif Penyata Kewangan yang dimaksudkan?

A Kebolehbandingan C Perwakilan benar

B Kebolehsahan D Kebolehfahaman

11 Situasi berikut berkaitan dengan suatu andaian perakaunan:

Encik Sammy memiliki sebuah kedai alat tulis. Setiap kali beliau mengambil
inventori alat tulis untuk kegunaan anaknya, beliau tidak merekodkan ambilan itu
sebagai belanja kedai. Sebaliknya, beliau merekodkannya ke dalam Akaun Ambilan.

Berpandukan situasi di atas, apakah andaian perakaunan yang dipatuhi oleh Encik Sammy?

A Wang sebagai ukuran C Entiti berasingan

B Tempoh perakaunan D Usaha berterusan

12 Pengguna dalaman Penyata Kewangan ialah

A Ahli lembaga pengarah C Lembaga Hasil Dalam Negeri

B Firma pengauditan D Bank Negara

13 Berikut merupakan ciri-ciri sebuah perniagaan:

• Liabiliti tidak terhad.
• Cukai pendapatan individu dikenakan atas pemilik.
• Untung atau rugi perniagaan diagihkan kepada semua pemilik.

Berdasarkan pernyataan di atas, perniagaan manakah menepati semua ciri di atas?

A Kedai Dobi Kancil C Klinik Suzain dan Haslina

B Bestmart Sdn. Bhd. D Ah Lim Penang Prawn Mee

14 Apakah yang dimaksudkan dengan ‘liabiliti tidak terhad’?
A Perniagaan mempunyai kapasiti hutang yang besar.
B Perniagaan mendapat pembiayaian bank tanpa had.
C Pemilik diberikan kepercayaan untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak ketiga.
D Pemilik membayar hutang perniagaan dengan harta peribadi jika aset perniagaan
tidak mencukupi.

15 Situasi berikut berkaitan dengan suatu prinsip perakaunan:

Komisen yang masih belum diterima pada akhir tempoh
perakaunan perlu diselaraskan dalam Akaun Komisen sebelum
untung bersih dapat ditentukan.

Berpandukan situasi di atas, apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi?

A Ketekalan C Entiti berasingan

B Prinsip kos D Pengiktirafan hasil dan belanja

33

Soalan Struktur

1 Berikan perbezaan antara simpan kira dengan perakaunan.

2 Terangkan secara ringkas tentang subbidang perakaunan berikut:
(a) Perakaunan Kewangan
(b) Perakaunan Pengurusan

3 Mengapakah seseorang akauntan perlu mematuhi kod etika perakaunan?

4 Bincangkan peranan akauntan sebagai seorang pemimpin dalam organisasi. Berikan dua contoh.

5 Terangkan fungsi badan-badan berikut:
(a) Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)
(b) Institut Akauntan Malaysia (MIA)

6 Nyatakan nama tokoh yang digelar ‘Bapa Perakaunan’ dan sumbangan beliau dalam
bidang perakaunan.

7 Lakar dan labelkan sebuah Kitaran Perakaunan yang lengkap.

8 Nyatakan empat ciri kualitatif tertingkat maklumat perakaunan.

9 Bezakan entiti perniagaan milikan tunggal dengan perkongsian.

10 Bezakan entiti perniagaan syarikat awam berhad dengan syarikat sendirian berhad.

11 Puan Halimah merupakan seorang akauntan dalam sebuah firma pengauditan. Pada
tahun 2016, beliau ditugaskan untuk mengaudit Penyata Kewangan bagi Kedai Fesyen
Pertama. Encik Lim, pemilik Kedai Fesyen Pertama mengupah seorang akauntan, Encik
Halim untuk mengendalikan kerja simpan kira di kedainya.

Pada hari pertama Puan Halimah melakukan kerja lapangan di Kedai Fesyen Pertama,
Encik Halim telah menyuarakan situasi pengendalian dan perekodan hasil jualan tunai
dalam buku catatan perakaunan kedai itu.

“Tunai hasil jualan akan dikira setiap hari dan direkodkan dalam buku tunai. Jumlah
tunai daripada hasil jualan akan diserahkan kepada Encik Lim pada setiap hari Jumaat
untuk didepositkan ke dalam akaun bank kedai. Namun demikian, daripada slip deposit
bank, saya mendapati bahawa jumlah tunai yang dibankkan adalah kurang RM500
daripada jumlah tunai yang saya serahkan kepada Encik Lim setiap minggu,” kata Encik
Halim kepada Puan Halimah.

“Saya pernah mengajukan perkara ini kepada Encik Lim tetapi Encik Lim mengatakan
bahawa beliau akan mengubah amaun hasil jualan mingguan dalam Buku Tunai supaya
sepadan dengan amaun yang didepositkan ke dalam akaun bank,” sambung Encik Halim.

Puan Halimah memberikan respons, “Encik Lim sewajarnya mengiktiraf hasil jualan
yang sebenarnya berlaku dalam kedainya kerana pada akhir tempoh perakaunan nanti,
tindakan Encik Lim akan memberikan impak yang kurang baik terhadap Penyata
Kewangan perniagaannya.”

Berdasarkan senario di atas, bincangkan:
(a) Adakah benar tindakan Puan Halimah dalam mengendalikan kes di atas? Berikan

justifikasi anda.
(b) Apakah implikasi tindakan Encik Lim terhadap Penyata Kewangan syarikatnya pada

akhir tempoh perakaunan?

(Dipetik dan diubah suai daripada http://wpweb2.tepper.cmu.edu/ethics/AA/acct10-case.pdf)

34


Click to View FlipBook Version