The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzah.aziz9901, 2021-01-23 08:09:21

TEORI KAUNSELING: PENDEKATAN TINGKAH LAKU

3707362A-7E2D-49CE-A31B-A88160AED405

BIMBINGAN DAN KAUNSELING (32034)

Teori kaunseling:
Pendekatan
Tingkah Laku

DISEDIAKAN OLEH :
NORFAZILAH BT MUHAMAD MUKRI

(4183000991)
NURUL IZZAH BT ABDUL AZIZ (4183000401)

DISEMAK OLEH : PUAN HAFIZAH BT
KHUSNI@KHUSNEK

Objektif Pengajaran

1. Mengetahui teori pendekatan
tingkah laku.

2. Memahami konsep-konsep, proses,
teknik pendekatan tingkah laku
dalam kaunseling.

3. Mengenal pasti kelebihan dan
kelemahan teori tingkah laku dalam
kaunseling

Set Induksi

Konsep Utama kaunseling Dalam
Tingkah Laku

• Teori tingkah laku merupakan satu Falsafah
psikologi berdasarkan semua perkara yang dilakukan

oleh manusia seperti pemikiran, dan perasaan

• setiap gangguan tingkah laku, dan gangguan
psikologi yang berlaku boleh diperbetulkan dengan

mengubah corak tingkah laku atau mengubah
persekitaran.

• Menurut teori tingkah laku, tindak balas individu
terhadap rangsangan persekitaran yang berbeza

membentuk tingkah laku yang berbeza.

• kaunseling tingkah laku menegaskan bahawa
tingkah laku seperti itu boleh digambarkan dalam

bentuk saintifik tanpa melibatkan fisiologi atau
minda untuk membina hipotesis. Seterusnya, teori
kaunseling tingkah laku terdiri daripada gagasan

kesemua teori yang mempunyai hubung kait.

Teori Dalam Pendekatan
Tingkah Laku

1) Teori pelaziman
klasik

2) Teori pelaziman operan

3) Teori
pembelajaran

sosial

Pandangan Terhadap
Manusia

• manusia merupakan penghasil dan hasil
persekitarnya, iaitu ia tidak semata -mata
ditentukan oleh persekitaranya atau naluri
tertentu , malah ia mempunyai keupayaan

untuk mencorakkan persekitarannya

• manusia berkeupayaan untuk membaiki
kehidupan dengan mengubah satu atau lebih

faktor yang mempengaruhi tingkah laku
mereka , jadi semua perlakuan sama ada baik

atau buruk adalah dipelajari atau ditiru.

• manusia boleh mencapai nilai-nilai
hidupnya dengan mempunyai arahan kendiri.

Punca Masalah Menurut
Teori Tingkah Laku

• Tingkah laku yang tidak sesuai/salah laku dipelajari oleh
individu dengan cara yang sama seperti tingkah laku
yang sesuai.

• Tingkah laku itu telah dipelajari kerana mendapat
peneguhan pada masa yang berbeza-beza.

• Ahli psikoterapi Tradisional menyatakan tingkah laku
bermasalah adalah gejala beberapa kecelaruan
personaliti terpendam.

• Sekiranya gejala diubah tanpa membetulkan
kecelaruan yang terpendam, wujud penggantian gejala.
Contohnya, takut pada tempat yang tinggi sebagai tanda
pergantungan disebabkan oleh konflik-konflik yang tidak

diselesaikan semasa zaman kanak-kanak.

Matlamat kaunseling
Dalam Teori Tingkah Laku

perubahan tingkah laku

Membolehkan klien hidup dengan lebih produktif dan
memuaskan dalam hidup bermasyarakat seperti di
dalam situasi keluarga, pencapaian akademikdi tempat
kerja dan seumpamanya. Kaunseling menghasilkan
perubahan di dalam organisasi dan struktur
personaliti dan tingkah laku. perubahan sebagai satu
matlamat boleh dilihat sebagai mengesah semula
tindakbalas biasa kepada kekecewaan atau sikap
berbeza kepada orang lain.

Kesihatan mental yang positif

Jika matlamat kesihatan mental tercapai, seseorang
klien memperoleh integrasi, penyesuaian dan
identifikasi positif dengan orang lain. Klien belajar
menerima tanggungjawab, berdikari dan mendapat
integrasi tingkahlaku.

Menyelesaikan masalah

Krumbolz (1965) memberi rasional bahawa sebab
utama kewujudan kaunseling adalah berasaskan
kepada fakta bahawa manusia mempunyai masalah
yang tidak dapat diselesaikan dengan sendiri. Mereka
datang berjumpa kaunselor kerana mereka telah diberi
kepercayaan bahawa kaunselor boleh menolong
mereka menyelesaikan masalah mereka.

Membuat keputusan

Tugas kaunselor bukan untuk menentukan keputusan .
Tetapi keputusan terletak di tangan klien dan harus tahu
apa dan bagaimana keputusannya. Dia perlu belajar untuk
mengagak kebarangkalian kesan dan akibat daripada
keputusan ini dari segi pengorbanan peribadi, masa, tenaga,
wang, risiko dan seumpamanya. Dia harus belajar
mengambil kira nilai kendiri dan sedar tentang keputusan
yang dibuat.

Proses Kaunseling

Elemen yang menjadi keutamaan dalam terapi tingkah laku adalah
matlamat kaunseling.

Tujuannya adalah untuk meningkatkan pilihan peribadi dan
menyediakan keadaan pembelajaran yang baru.

proses penilaian dan rawatan akan berjalan serentak untuk memantau
perubahan yang dilakukan oleh klien di samping menilai tugasan yang
diberikan oleh kaunselor kepada klien.

Dalam proses kaunseling, klien memainkan peranan yang aktif dalam
menentukan perancangan rawatan yang bersesuaian dalam diri mereka.

klien lebih mengetahui kaedah rawatan mana yang dirasakan mampu
untuk dilaksanakan berdasarkan sumber-sumber yang dimiliki.

Bagi pemilihan teknik rawatan pula, kaunselor boleh memilih atau
menggabungkan mana-mana teknik yang dirasakan berkesan untuk
mengubah tingkah laku klien.

kaunselor juga akan memberikan tugasan-tugasan tertentu kepada klien
bagi mengukuhkan lagi perubahan tingkah laku yang ingin dicapai.

Model ABC

Rantaian A-B-C bagi masalah tingkah laku

• Masalah tingkah laku adalah rantaian A-B-C (Antecedent-Behaviour-
Consequence)

• Punca masalah menurut pendekatan tingkah laku/behavoural:
- Tingkah laku yang negatif ditiru/dipelajari/tidak dihalang/digalakkan
rantaian A->B->C

A - antecedent/ keadaan, objek, suasana yang mendahului perlakuan (B)
B- Behaviour/ perlakuan
C- consequence/ kesan selepas B ditunjukkan.

Peranan
kaunselor

Kaunselor memainkan peranan aktif , memberi arahan dan
menggunakan pengetahuan saintifik untuk mencari
penyelesaian kepada masalah individu.

1. Membantu klien mempelajari sesuatu yang baru
2.Mengubahsuai atau menyingkirkan tingkah laku yang

melampau atau tidak wajar dan menggantikannya
dengan tingkah laku adaptif dan maladatip.
3.Berperanan sebagai perunding, guru, penasihat dan
fasilitator.
4.Memahami klien dan percaya bahawa klien boleh
mengubah tingkah laku .
5.Mesti memiliki pengetahuan yang mendalam untuk
menganalisa masalah klien.

Contoh :

kesihatan fizikal - membantu klien untuk menjaga
kesihatan , mengamalkan gaya hidup yang sihat dan
sentiasa positif minda.

keperluan sosial -kaunselor menggalakkan agar klien
menjaga hubungan keluarga, di tempat kerja, atau sahabat
yang menghubungkang dua individu.

kesihatan mental - kaunselor perlu merangsang pemikiran
klien supaya lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah.

keperluan emosi - tingkatkan kesejahteraan emosi klien
supaya mereka dapat menyatakan masalahnya.

keperluan rohani - perlu kerana kini manusia bertindak
berlandaskan sesuatu kepercayaan dan ajaran agamanya.

Peranan klien

Klien berperanan dalam terapi untuk
menyiapkan tugasan yang diberikan semasa
sesi kaunseling besama kaunselor

klien merasai pengalaman melakukan aktiviti
semasa sesi kaunseling berlangsung dibantu
oleh kaunselor untuk mengaplikasikan
teknik- teknik

Strategi
Membantu Klien

1) Main peranan 3) Token ekonomi

ROLE-PLAY Memberi hadiah sebagai
peneguhan untuk
• klien cuba mengeluarkan satu
tingkah laku yang baru dalam tingkah laku yang bersesuaian
situasi yang lebih selamat. Cth
•digunakan untuk mencapai
stimulasi yang dibimbing sasaran . Ia digunakan bagi
kaunselor menghapus sesuatu T/L yang tidak
diingini dan wujudkan T/L yg baru
2) Latihan Asertif
kaedah:
Menambah keyakinan diri bila • pihak lain memahami konsep
diancam
token ekonomi.
tujuan : •memtahui prinsip modifikasi
• memberi kekuatan kepada klien •hadiah mesti mempunyai nilai
untuk memulakan tingkah laku yang
•T/L dilakukan di luar
dikehendaki.
• mengajar klien bertindak dengan

mengambil langkah yang lebih
produktif.

Teknik Teori Tingkah Laku

Analisis Tingkah
laku: Prinsip
pembelajaran
operan

Teknik ini membincangkan tentang
beberapa prinsip pembelajaran
operan iaitu peneguhan positif,

peneguhan negatif, penghapusan,
hukuman,

Disensitizasi
sistematik

Teknik ini dibina oleh Joseph Wolpe (1958) berdasarkan
prinsip pembelajaran Klasik yang direka bentuk untuk
merawat pesakit yang mengalami kerisauan tahap tinggi atau
ketakutan terhadap sesuatu peristiwa, orang tertentu, objek
atau ketakutan umum. Pendekatan ini membolehkan klien
menukar perasaan risau mereka kepada lebih tenang.
sebelum memulakan teknik ini, kaunselor akan menemu bual
klien untuk mengenal pasti maklumat spesifik tentang
kerisauan dan maklumat latar belakang tentang klien.

Imaginal Flooding

• Flooding melibatkan pendedahan secara
berlebihan kepada imej atau gambaran sesuatu

objek dan peristiwa yang menjadi ketakutan
atau yang menimbulkan kerisauan kepada

klien.

• klien akan diminta untuk mengimaginasikan
situasi yang menakutkan atau merisaukan klien
seterusnya menentukan aras kerisauan mereka

• kaedah ini diteruskan sehinggalah kerisauan
beransur-ansur dapat dipulihkan apabila klien

semakin biasa dengan rangsangan yang
ditakuti itu. Namun perlu diingat bahawa
pendedahan ini tidak dibuat kepada situasi
sebenar tetapi kepada gambaran sesuatu yang
menimbulkan ketakutan atau kerisauan sahaja

seperti berada dalam kapal terbang.

Teknik Modelling

Teknik ini dilaksanakan dengan cara
klien memerhatikan tingkah laku
orang lain dan memanfaatkan
pemerhatian tersebut. Dalam terapi
tingkah laku, terdapat 5 fungsi asas

modelling iaitu mengajar, prompting,
memotivasikan, mengurangkan

kerisauan dan menggalakkan klien
untuk tidak melakukan sesuatu
tingkah laku. Teknik modelling

diaplikasikan dengan cara pengajaran
menerusi pendemonstrasian

contohnya mengajar sesuatu tentang
cara untuk memasak nasi.

Latihan Relaksasi

Latihan relaksasi digunakan untuk membantu
klien mengatasi tekanan dalam kehidupan
seharian. Ia bermatlamat untuk mencapai

relaksasi otot dan mental yang mudah untuk
dipelajari. Setelah klien mempelajari prosedur asas
dalam latihan relaksasi, klien akan mengamalkan

latihan ini dalam kehidupan seharian bagi
mendapatkan hasil yang maksimum. Teknik ini
juga digunakan bersama teknik-teknik yang lain

contohnya disensitizasi sistematik, latihan
ketegasan, program pengurusan kendiri dan

meditasi.

Latihan kemahiran Sosial

Teknik ini boleh digunakan untuk membantu klien
berinteraksi dengan orang lain dalam persekitaran
sosial yabg berbeza dengan lebih berkesan. Dalam
latihan ini, andaian utama adalah individu mempunyai
hak untuk mengekspresikan diri mereka dan mereka
boleh membuat pilihan sama ada untuk bertindak
tegas dalam satu-satu-satu situasi tertentu atau tidak.
Latihan ini juga memberi fokus kepada pernyataan
negatif klien dan Kepercayaan yang tidak rasional atau

salah.

Kelebihan Teori
Tingkah Laku

keberkesanan teori dalam merawat masalah klien
telah jelas terbukti menjadikan ia dapat
diaplikasikan dengan lebih luas dalam pengalaman
teraputik .

pendekatan tingkah laku yang bersifat fleksibel
membolehkan teori ini dpat di integrasikan
dengan pendekatan yang lain .

teori ini mengambil kira faktor-faktor
persekitaran klien yang menyumbang kepada
masalah tingkah laku dan kesan tingkah laku
tersebut.

Teori ini mengambil kira banyak aspek dalam
kehidupan klien yang menjadi peneguhan dalam
masalah tersebut.

Dengan mengenalpasti banyak perkara klien.
Masalah klien berkemungkinan dapat diatasi.

Kemahiran ini adalah kemahiran yang kerap
digunakan manusia untuk berkomunikasi antara
sama lain.

Kelemahan Teori
Tingkah Laku

Gabungan teknik- teknik yang pelbagai
Sememangnya membantu merawat klien
dengan lebih berkesan. Namun begitu,
terdapat kritikan terhadap terapi ini .

1.Terapi ini hanya berjaya mengubah
tingkah laku tetapi tidak mengubah
perasaan .

2.Terapi ini juga mengenepikan hubungan
antara kaunselor dan klien.

3.Terapi ini tidak mendorong klien untuk
celik akal.

4.Tidak menekankan peristiwa atau
pengalaman klien .

Aktiviti !!

Guru menyediakan BBM yang
bersesuaian dengan tajuk.
pelajar diberi arahan utk datang
kehadapan kelas memutarkan jarum jam
sehingga berhenti.
pelajar diminta menjawab soalan yang
tertera .
pelajar yang menjawab diberi peneguhan
.

https://youtu.be/
DbalVF67VkA

Latihan

https://docs.google.com/for
ms/d/e/1FAIpQLSfR2IjpCBrOu
0aHvPe-FbJjH-
qjlCAFHCS1sl7owB_PhANy7Q/
viewform?usp=sf_link

GGAAMMEE
OONN

https://quizizz.com/join/quiz/
5ff652667fc40a001b15d833/st

art?studentShare=true

RUJUKAN

HMok Soon Sang. (2008). Pengurusan Bimbingan &
Kaunseling. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Ida Hartina. (2014). Teori Kaunseling dan Psikoterapi.

Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd


Click to View FlipBook Version