2
7.00 pagi : Ketibaan murid-murid 7.30 pagi : Ketibaan para jemputan & ibu bapa/penjaga Ketibaan perasmi 8.00 pagi : Acara bermula • Perarakan masuk murid • Perarakan guru • Perarakan jemputan • Lagu Negaraku • Lagu Wilayah Persekutuan • Ucapan Alu-aluan Oleh Encik Ismail bin Abdullah Pengetua SMK Pantai • Ucapan Perasmian Oleh En. Yahya bin Ahmad Puteh Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan • Tayangan Montaj • Pengisytiharan Majlis RESTU 2023 Oleh Pn. Wan Azmona Wan Mohamed Penolong Kanan Pentadbiran SMK Pantai • Penyampaian Sijil (Sidang Pertama) 5 Inquirer, 5 Thinker, 5 Principled, 5 Communicator, 5 Caring, 5 Reflective, 5 PVMA, PPKI • Persembahan Tarian • Penyampaian Sijil (Sidang Kedua) Anugerah Khidmat Bakti • Ucapan Wakil Murid Oleh Nur Waheeda binti Mohd Rizal (5 Principled) • Persembahan Nyanyian Oleh Nur Allya Mardiana binti Jairin (5 Communicator) • Pengisytiharan Penangguhan Majlis RESTU 2023 Oleh Pn. Wan Azmona Wan Mohamed Penolong Kanan Pentadbiran SMK Pantai • Sesi Fotografi 10.00 pagi : Perarakan Keluar 10.30 pagi : Jamuan & Bersurai 3
4
Assalamualaikum w.b.t dan salam ABC. Pertama sekali, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada hari ini kita dapat bersama-sama berhimpun di dewan ini bagi menjayakan Majlis Apresiasi dan Restu Ilmu Calon SPM 2023 buat julung-julung kalinya. Hal ini dikatakan demikian kerana buat pertama kalinya calon-calon SPM diraikan dalam satu majlis khas. Para pelajar juga berpeluang untuk memakai jubah sebagai simbolik akan menamatkan pengajian di SMK Pantai. Hadirin hadirat yang dimuliakan, Objektif majlis ini dijalankan adalah untuk: i) Memohon restu ibu bapa dan guru serta memperoleh keberkatan ilmu sebagai bekalan paling berharga menghadapi peperiksaan SPM. ii) Menyemai perasaan menghargai, bersyukur dan berterima kasih kepada ibu bapa, guruguru dan pihak sekolah. iii) Membina hubungan erat antara sesama murid, guru dan ibu bapa supaya berlapang dada menjelang peperiksaan SPM. Kini, hanya tinggal 15 hari lagi dari sekarang untuk anda semua menghadapi peperiksaan SPM bertulis. Peperiksaan ini akan dihadapi oleh anda dengan pelbagai perasaan. Ada yang begitu yakin, ada yang dalam ketakutan dan ada juga yang hanya berserah dengan keadaan. Bagi mereka yang berusaha dengan gigih, inilah masanya yang ditunggu-tunggu untuk menentukan sejauh mana usaha dan pengorbanan belajar serta mengulang kaji pelajaran, dapat dijadikan senjata atau ramuan untuk menjawab soalan. Mereka yang tidak berusaha hanya menunggu masa berakhirnya peperiksaan ini dengan sambil lewa kerana sudah tahu untung nasib mereka di meja peperiksaan. Orang yang berjaya bermula dengan usaha yang gigih, tanpa mengenal penat dan lelah. Mereka menganggap, masa depan sangat penting melalui pendidikan . Ilmu yang ada pada mereka akan digunakan bagi memenuhi cita-cita yang mahu dicapai. Saya mengambil kesempatan ini untuk mendoakan semoga anda semua diberikan kesihatan yang baik, ketenangan fikiran dan ketajaman ingatan sehingga dapat menjawab kesemua soalan dengan baik, seterusnya beroleh keputusan yang cemerlang. Jagalah kesihatan diri dan emosi, jangan wujudkan konflik, stres dan sebagainya kerana perkara ini akan mengundang masalah dan menjejaskan persediaan anda menghadapi peperiksaan. Rakan adalah aset yang sangat berharga ketika ini kerana daripada mereka anda boleh mohon pandangan dan bantuan. Di samping itu, jagalah hubungan anda dengan insan yang paling banyak memberikan ilmu, dorongan dan motivasi kepada anda iaitu, guru-guru. Jika masih belum memohon maaf dan restu daripada guru anda, sila lakukan dengan segera kepada mereka, mohon ampun dan mohon halalkan segala ilmu yang dicurahkan. Pandang mereka dengan pandangan hormat dan penuh taat. Sebenarnya para guru yang mencurahkan bakti dan tenaga sangat mengambil berat tentang pencapaian anda dalam peperiksaan ini. Anda dan guru 5
sememangnya berusaha bersama-sama dalam menentukan sejauh mana pencapaian anda dapat dipertingkatkan sama ada dalam bentuk penambahan markah atau penambahbaikan gred mata pelajaran. Semua guru mahu anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM ini. Saya sentiasa menganggap anda semua bagaikan anak sendiri dan saya percaya guru-guru lain juga begitu. Dalam proses mendidik sudah tentu yang salah ditegur, yang tidak betul dimarahi. Itulah asam garam dalam menuntut ilmu. Namun, saya tidak pernah melupakan anda semasa berdoa kepada-NYA kerana kejayaan anda merupakan kejayaan para guru juga. Seterusnya, jagalah hubungan anda dengan ibu bapa. Dapatkan keredaan ibu dan ayah, supaya doa mereka mudah dimakbulkan oleh Tuhan. Mohonlah ampun maaf daripada mereka. Sesungguhnya doa ibu bapa kita yang ikhlas itu amat mujarab, dan pastinya doa yang ikhlas itu datangnya daripada kalbu ibu bapa yang telah melahirkan dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Jangan lupa menjaga hubungan kita dengan Allah .Yang bukan Islam berdoalah mengikut agama masing-masing. Berdoalah kepada-Nya semoga segala usaha kita mendapat berkat dan hidayah daripada-NYA. Berdoalah untuk diri sendiri dan berdoalah juga untuk rakan-rakan yang lain. Kejayaan mereka juga merupakan kejayaan kita bersama-sama. Ingatlah, apa-apapun yang kita usahakan, yang akan membuahkan hasilnya daripada Allah S.W.T. Para pelajar yang dikasihi, Jangan lupa bahawa subjek Bahasa Melayu dan Sejarah merupakan mata pelajaran wajib lulus. Harapan saya menggunung tinggi terhadap anda sekalian agar dapat melakar kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM pada tahun ini. Hasrat sekolah adalah dengan meletakkan peratus kelulusan 100 % dengan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 4.4. Jadikanlah kejayaan itu nanti, sebagai pencetus kepada kejayaan-kejayaan yang seterusnya kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Akhir kata, yakinlah pada diri dan mulailah mencipta sejarah hidup yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Insya-Allah, saya yakin anda sekalian akan beroleh kejayaan sesuai dengan usaha yang dilakukan. Perahu di tangan anda, pendayung juga di tangan anda. Mudiklah perahu itu ke muara dengan selamat agar dapat mencapai matlamat anda. Sekian. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabakatuh 6
7
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Tanam selasih sambil berdendang, Awan berarak di siang hari, Terima kasih sudi mengundang, Moga berseri majlis dirai. Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan inayah-Nya kita dapat bersama-sama hadir bagi menjayakan Majlis Apresiasi dan Restu Ilmu calon calon SPM 2023. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan syabas kepada Ahli Jawatankuasa majlis kerana telah berjaya menganjurkan majlis pada hari ini. Saya turut berbesar hati kerana diberi peluang untuk menyampaikan sedikit amanat dan seterusnya merasmikan majlis pada pagi ini. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada hadirin yang sudi meluangkan masa untuk samasama hadir menjayakan majlis ini terutamanya ibu bapa/penjaga yang hadir kerana sanggup berkorban masa bagi menyerikan majlis yang cukup bermakna buat pelajar-pelajar tingkatan lima. Sesungguhnya kehadiran dan pelibatan tuan/ puan menunjukkan kesungguhan dan komitmen serta sebagai tanda sokongan padu kepada calon-calon SPM. Calon-calon SPM 2023 yang dikasihi, Setiap tahun majlis mohon restu diadakan di setiap sekolah tetapi saya difahamkan majlis mohon restu SMK Pantai pada tahun ini merupakan majlis yang julung-julung kali diadakan kerana banyak kelainan telah dilakukan kerana pelajar pelajar juga berpeluang memakai jubah sebagai tanda simbolik akan menamatkan pengajian di sekolah ini. Selain itu, pada majlis ini juga para pelajar berpeluang untuk memohon kemaafan dan restu daripada kedua-dua ibu bapa dan guru-guru agar dipermudah perjalanan dalam menghadapi peperiksaan SPM bertulis pada 30 Januari 2024 nanti. Pelajar-pelajar tingkatan 5 sekarang berada di 10 meter terakhir dalam acara pecut 100 meter. Saya menyeru agar semua pelajar memecut ke garisan penamat dengan melipatgandakan usaha. Jangan sampai terkulai keletihan sebelum sampai ke garisan penamat. Pada waktu inilah memerlukan ketenangan. Jangan panik dan tidak keruan. Kembali fokus dan terus berusaha. Hadirin hadirat yang dimuliakan, Saya pasti setiap orang di dunia ini suka akan duit. Saya pasti juga dorongan pelajar-pelajar untuk mencapai kejayaan dalam SPM untuk mendapatkan pekerjaan yang diimpikan supaya memperoleh pendapatan atau duit yang hasilnya lumayan. Namun begitu, DUIT yang saya maksudnya di sini merupakan akronim yang membawa maksud yang berbeza. D ialah doa yang 8
kita titipkan setiap masa dan doa ibu bapa serta guru-guru. U adalah usaha yang kita kerjakan ke arah kecemerlangan akademik. I adalah istiqamah iaitu konsisten atau usaha berterusan dan akhir sekali ialah T iaitu tawakal dengan menyerahkan segalanya kepada Allah S.W.T. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada pagi ini saya ingin mengucapkan: Selamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sorakan 100 % kita punya. Insya-Allah Semoga lulus dengan cemerlang Semoga dipermudah dan dilancarkan segala urusan Semoga diberikan ketetapan hati Semoga diberikan petunjuk, rahmat dan berkat Semoga dijauhi daripada sebarang penyakit terutama virus Covid-19 Dengan lafaz saya dengan ini merasmikan Majlis Apresiasi dan Restu Ilmu calon-calon SPM 2023. Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 9
10
Assalamualaikum w.b.t, Selamat Pagi dan Salam Anak yang Baik lagi Cerdik. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada yang Maha Berkuasa, Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, kita dapat bersama-sama berkumpul dalam majlis RESTU pada hari yang mulia ini. Saya Nur Waheeda binti Mohd Rizal dari kelas 5 Principled selaku wakil pelajar tingkatan 5 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga pendidik SMK Pantai atas usaha menganjurkan majlis yang amat berprestij ini khas untuk semua murid tingkatan lima tahun ini. Hadirin sekalian, Majlis ini diadakan khas buat kami, pelajar-pelajar tingkatan 5 yang tidak lama lagi akan menamatkan pengajian di SMK Pantai. Kami amat teruja dan gembira kerana sebelum kami menamatkan zaman persekolahan kami, kami telah diraikan dan diberi penghormatan dalam majlis yang belum pernah kami rasai sebelum ini. Majlis RESTU ini pasti akan menjadi suatu memori indah yang tidak akan kami lupakan dan majlis ini juga akan menjadi pembakar semangat kami untuk terus mara mencapai kejayaan di peringkat yang lebih jauh. Oleh itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada insan bergelar guru yang telah mengajar kami dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan tidak pernah berhenti mencurahkan ilmu kepada kami walaupun penat dengan karenah kami yang pelbagai ragam. Segala pengorbanan masa dan tenaga yang dicurahkan oleh guru-guru, tidak akan kami lupa dan sia-siakan. Pesanan dan ilmu yang telah kami pelajari serta pengalaman sepanjang kami berada di sekolah ini akan menjadi memori berharga dan menjadi panduan kami pada masa hadapan. Mungkin pada luarannya kami kelihatan bersahaja, namun percayalah bahawa segala teguran, pesanan dan nasihat guru-guru, dijadikan pengajaran buat kami. Kami juga ingin memohon maaf atas kesalahan yang telah kami lakukan kepada guruguru, sama ada disengajakan atau tidak. Rakan-rakan seperjuangan, Tidak dilupakan insan yang sentiasa berada di sisi sama ada suka atau duka iaitu ibu dan bapa. Ibu bapa sentiasa memberikan sokongan kepada anak-anak mereka. Tanpa pengorbanan dan usaha ibu bapa untuk menyokong kami, sudah tentu kami tidak akan berada di sini. Mereka merupakan guru pertama yang mengajar kami untuk berjalan, bercakap, membaca, menulis dan sebagainya. Jasa ibu bapa dalam membesarkan kami dan sentiasa menyokong kami akan diingati sehingga ke hujung hayat. Selain itu, kami berjanji akan membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa kami dengan menjadi seorang anak yang baik dan menjadi kebanggaan mereka. Terima kasih atas doa yang tidak pernah putus mengharapkan kejayaan kami di dunia dan akhirat. Ucapan syabas juga buat rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama menimba pengetahuan dan pengalaman demi masa depan kita. Berbekalkan ilmu dan pengetahuan yang telah kita pelajari sepanjang tempoh persekolahan ini, pasti kita mampu mencapai kejayaan yang telah lama kita impikan. Semoga ikatan persahabatan kita akan kekal dan berpanjangan. 11
Sebelum saya menamatkan ucapan saya ini, terimalah serangkap pantun daripada saya. Para guru pencurah ilmu, Ibu bapa penyokong setia, Terima kasih atas jasamu, Jadi ingatan kami semua. Sekian, terima kasih. 12
13
Majlis Restu Ilmu diadakan rasionalnya adalah kerana restu ibu bapa dan guru serta bimbingan & motivasi mampu menjadi kekuatan kepada murid untuk menghadapi peperiksaan. Mereka juga akan mendapat berkat dari doa yang dititipkan ibubapa dan para guru, di samping sokongan berterusan daripada pihak sekolah. Matlamat RESTU: i) Untuk melahirkan anak didik yang berbudi luhur, berketerampilan, berdaya saing dan cemerlang. ii) Membimbing dan memupuk nilai budi serta sikap menghargai ibu bapa dan guru. iii) Menanam sikap hormat menghormati. iv) Menjadi wadah agar murid mempunyai matlamat yang jelas, memantap semangat juang dalam menempuh SPM 2023 dan seterusnya dalam kehidupan selepas sekolah. Objektif RESTU: i) Memohon restu ibu bapa dan guru serta memperoleh keberkatan ilmu sebagai bekalan paling berharga menghadapi peperiksaan SPM. ii) Menyemai perasaan menghargai, bersyukur dan berterima kasih kepada ibu bapa, guru dan pihak sekolah. iii) Membina hubungan erat antara sesama murid, guru dan ibu bapa supaya berlapang dada menjelang peperiksaan SPM. 14
15
Pengerusi En Ismail bin Abdullah Pengetua Timbalan Pengerusi Pn Wan Azmona Wan Mohamed PK Kurikulum Naib Pengerusi 1 Pn. Edora Ellias PK Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi 2 Pn. Jakiah Ingkam PK Kokurikulum Setiausaha Cik Cyntia Zauti Pn. Norlaila bt Ishak Pn. Sawiyah bt. Tawile Bendahari Pn. Nirjayanti Mustafa Cik Nur Khairunisa Bt Roomainoor Penyelaras Pn Juraidah binti Manggul AJK Penyediaan Sijil, AJK Jemputan/Protokol/Sambutan, AJK Pendaftaran, AJK Jamuan Murid, Guru dan Tetamu Jamuan Murid, AJK Keselamatan Lalu Lintas AJK Kebersihan Dewan Pn. Zaleha binti Pumb@Pump AJK Pengacara Majlis AJK Pengurusan Hadiah, Sijil & Cenderamata, AJK Pengurus Penerima Hadiah AJK Dokumentasi dan Jurufoto, AJK Teks Ucapan En.Abdullah bin Ali AJK Siaraya & Publisiti AJK Persembahan AJK Laptop/LCD dan Audio Visual AJK Cabutan Bertuah – Kehadiran Penuh AJK Montaj & Gimik Perasmian/Persembahan Multimedia Pn.Maureen Imang Jau AJK Persiapan Dewan & Peralatan AJK Perhiasan Pentas & Dewan AJK Buku Program AJK Banner/Backdrop AJK Kawalan Disiplin Murid 16
17
Pengurus Majlis : En. Kasnan bin Josef @ Mohd Yusup Penolong Pengurus Majlis : Pn. Lina anak Ikau Floor Manager : Cik Sharania a/p Gunasegaran AJK Pelaksana 1. AJK Pengacara Majlis Cik Susilawati Mohd Ibbinie Hong (K) Cik Farah Farahim binti Abu Hanifah 2. AJK Teks Ucapan Pn Norlizawati bt. Ag. Tahir (K) Pn. Zaleha binti Pumb@Pump 3. AJK Pengurusan Sijil & Cenderamata Pn Ismawane bt Ismail (K) Pn Norfalaila binti Asdin Pn Zuraidah Osman Pn Noni binti Hassan 4. AJK Pendaftaran Pn Poh Pei Yi (K) Pn Azniah bt. Jali Pn Hasrinah Hamli 4 ahli PRS 5. AJK Penyediaan Sijil AKADEMIK (SEMUA MURID T5) : Pn Arfazzina Wong bt. Iskandar Wong (K) Pn Norlizyawati bt. Tassim Pn Sawiyah Tawile Cik Nur Izzati bt Mohd Hatta Pn Mardiana Aris HEM : Pn Norlaila binti Ishak (K) Pn Lina binti Mohd Ali 6. AJK Perhiasan Pentas & Dewan Pn Dalinah Salim (K. Pentas) Cik Nurul Haizahthulthasiah bt Hassan Pn DK Zuryani binti Abdullah Pn Roslinah binti Moksin En Muhammad Harraz bin Nazi Pn Mazuli bt Othman (K.Dewan) Pn. Sharywani bt. Simin Cik Nur Fajrina bt. Rosli Pn Norlia Baba Pn Raynah Musa AJK Photo Booth Cik Nancy Sylvester (K) Cik Azizah Ligaspi Pn Siti Madihah binti Mohamad Kamal 7. AJK Jemputan/Protokol/Sambutan Semua PK Semua GKB Cik Nur Husna binti Muhamad Hasni Pn Saniamah Mahroff Pengawas Sekolah 8. AJK Pengurus Penerima Sijil Pn Tang Siew Kit (K) Pn Adviana Vali Pn. Zakia Hafizah Bt. Arshad Pn. Jastinah Bt. Yusof Cik Didie Pilin Pn Siti Harizah Abd Rahim 18
9. AJK PA System En Fildaus Martin (K) 10. AJK Banner/Backdrop En Kasnan bin Josef @ Mohd Yusup (K) 11. AJK Persiapan Dewan & Peralatan (Kerusi, Meja, Kipas Angin, Sofa) En Brolin Peter Ugau (K) En Hassan bin Abadin En Sabri bin Nullah En Mohd Faisal bin Aminaldun En Aman Rashiak 12. AJK Pengurusan Jubah Pn Suriati binti Sjamsudin (K) Pn. Norazlina Bt. Nordin Pn Noor Farahanis binti Wan Abdul Bakar Pn Norafifah bt Mohamad Rashid Cik Wan Farah Najiha binti Wan Azemi Cik Sharania a/p Gunasegaran 13. AJK Dokumentasi dan Jurufoto Cik Cyntia Zauti (K) Cik Nur Hayati bt Ismail Cik Nur Khairunnisa Bt Romainoor 14. AJK Kebersihan Dewan Pn Nerwani bt. Aslan (K) Pn Royani binti Abdul Hamid 4 orang Pekerja Pembersihan 15. AJK Persembahan Pn Muhairah binti Basrin Cik Siti Nur Khadizah binti Kamsani 16. AJK Buku Program Cik Nur Izzah Nabilah bt Mohd Ali (K) Cik Zarina bt. Md. Zuki 17. AJK Keselamatan Lalu lintas En Suhaimi bin Ramli (K) 2 orang Pengawal Keselamatan 18. AJK Kawalan Disiplin Murid En Wilter Jonathan Ebang (K) Pn Amisah bt. Martin 19. AJK Montaj & Persembahan Multimedia En Muhammad Shaiful Aidil bin Mohd Syafaruddin (K) 3 Duta Pengerak Digital 20. AJK Laptop/LCD dan Audio Visual Cik Nurul Nadia binti Muhamad (K) Pn Baexi binti Jakim Pn Nur Suhadah binti Othman Cik Intan Nurhanie bt Shafusin 21. AJK Jamuan Tetamu Jemputan Pn. Siti Farah Wahida binti Wahida (K) Pn Siti Nabilah bt. Mohamed Zin 19
20
5 INQUIRER Bil. Penerima Sijil 1. Aiman Adi Putera Bin Hariyanto 2. Amirul Syazwan Bin Jasin 3. Audrey Liew Hui Zhen 4. Fatin Adawiyah Binti Razman 5. Jessica Anthony 6. Mohd Syahmi Asnawi Bin Shamsul 7. Nur Alisya Nuriena Binti Mohamad Azrie 8. Nur Ayshah Atiqah Binti Ali Omar 9. Nur Balqisyah Najihah Binti Mahadi 10. Nurul Ain Nazira Binti Azman 11. Nurul Laila Najwa Binti Zaiman 12. Nurul Sakinah Binti Zulkifli 13. Puteri Amira Syafiqah Binti Raja Sazrin 14. Puteri Damia Batrisyia Binti Helmi 15. Rain Amber Rony 16. Vyniecia Wenica Ester Wences Teo 21
5 THINKER Bil. Penerima Sijil 1. Adam Zulhairi Bin Jainudin 2. Ahza Nadjmi Bin Ajamain 3. Ain Firjani Binti Ahmad Fuad 4. Mohamad Daniel Bin Roslan 5. Nur Aiman Teo 6. Nursyafieqa Natasha 7. Nurul Shahiera 8. Putri Batrisyia Elwina Binti Masnahwi 22
5 PRINCIPLED Bil. Penerima Sijil 1. Aizan Nur Rafeal Bin Mohd Amir 2. Ariq Farish Bin Yaman 3. Azrynaz Wafa Syahira Binti Raja Aga Khan 4. Britney Poh Yen Nee 5. Darren Tedd Anak Terry 6. Harizah Syafiqah Binti Hasto 7. Hizzratul Hikmah Binti Abd Latif 8. Marsylla Tiara Tony 9. Mohamad Iszdi Bin Nooraidi 10. Mohd Shahdan Bin Mohd Shamri 11. Mohd Shazzif Syawal Bin Shamsul 12. Mohd.Ezzad Ezzwan Bin Mohammad Azlan 13. Muhammad Arie Danish Bin Mohd Ridwan Firdaus 14. Muhammad Izzat Danial Bin Mustapha 15. Muhammad Syafiq Danish Bin Dennis Emmanuel @ Mohd Dzulkiflee 16. Muhammad Wafiy Bin Hashim 17. Nooralliyah Binti Nasruddin 18. Nur Atikah Sazwani 19. Nur Nadhirah Binti Zairudin 20. Nur Syaza Syazwana Binti Ahim 21. Nur Waheeda Binti Mohd Rizal 22. Nurbatrisya Balqis Binti Md Yunus 23. Nurin Aisyah Binti Rinatho 24. Siti Nur Hikmah Binti Abdul Rahim 25. Zarith Zalia Binti Rudhiwan 23
5 COMMUNICATOR Bil. Penerima Sijil 1. Arini Binti Patrick 2. Arvin Thomas Yapp 3. Asyrie Mikhail Bin Othman 4. Bibie Rozana Binti Rafizal 5. Danish Idraqi Bin Mohammad Alakari 6. Dannieya Shaqeera Binti Saifulrizan 7. Dayang Irdina Binti Mazlan 8. Dayang Najwa Insyirah Binti Ampuan Yussof 9. Levinson Melkos 10. Mohamad Baharin 11. Mohamad Nabil Akram Bin Tamin 12. Mohamad Shafwan Ady Bin Mohd Sufri 13. Mohammad Farhin Bin Hazmi 14. Muhamad Khairul Asyran Bin Jamain 15. Muhammad Aiemanz Bin Junos 16. Muhammad Amirul 17. Muhammad Danish Haikal Bin Ramlee 18. Muhammad Hafiz 19. Muhammad Nafiz Bin Osman 20. Muhammad Zikri Bin Marjuki 21. Nor Fatimah Binti Musin 22. Norirdina Maharah Binti Ag Ismail 23. Nur Afini Syazana Binti Hilmi 24. Nur Aliea Zaihana Binti Ali 25. Nur Allya Mardiana Binti Jairin 24
Bil. Penerima Sijil 26. Nur Ayreen Haziqah Binti Mazalan 27. Nur Julita 28. Nur Muhamad Hakimi Bin Russli 29. R.Ariq Adhri Gunn Bin Redzuan 30. Siti Mariam Edwin Adrianus 31. Siti Nur Nabila Binti Norazlan 32. Siti Sohaila Binti Sonarto 33. Wardina Binti Wasli 25
5 CARING Bil. Penerima Sijil 1. Afiejudin 2. Ahmad Sahlan Bin Abdul Rahman @ Mus 3. Amos Yoshua 4. Asnah 5. Erika 6. Hamdan 7. Jade Sibeng Eddie 8. Khairunissya Binti Mohd Kamarul Zaman 9. Mallena Elizabeth Malvin 10. Mohd Amirul Adam 11. Muhamad Faiz Nabel Bin Rhadzmumar 12. Muhammad Ezzat Danial Bin Ezaidy 13. Nurfateen Najwa Binti Rosdinsah 14. Nursiah Binti Hadarsiman 15. Shahref Rizuan Bin Azime 16. Shawnell Kevin Van Houten 17. Sheikh Mohd Danial Haziq Bin Mohd Arifin 18. Siti Aisyah Binti Silam @ Silan 19. Siti Nur Najiah Binti Abdul Hamid 20. Syazwa Lisa Binti Aziz 21. Syuhaidah Sofia Abdul Muiz 22. Tengku Najmi Haqim Bin Tengku Fairuz 23. Wan Umar Zafran Bin Wan Mohd Saufi 24. Zularfizam Shah Bin Mohd Jariman 26
5 REFLECTIVE Bil. Penerima Sijil 1. Abdul Hafizzuddin 2. Adriwan Shah Bin Adam 3. Alya Irdina Binti Maidie 4. Awangku Mohamad Amirul Bin Ag Yakop @ Ag Yakub 5. Aziff Bin Nordin 6. Dayang Nurhusnina Ain Binti Ramlee 7. Ellyana Nazira Syafiah Binti Simatdinin @ Sililit 8. Ezra Elissa Anak Nyala 9. Farisya Amanda Binti Roslizan 10. Hezrick Shah Putra 11. Iman Ramadhan Bin Karim 12. Iqquezem Bin Irzam 13. Mohammad Farish Shamir Bin Kasmir 14. Mohammad Ridzaudin Hakimie 15. Muhammad Adif Zekry Bin Haris 16. Muhammad Alif Bin Mohd Nazri 17. Muhammad Zulhilmi Bin Mohd Yussof 18. Nazale Bin Rusali 19. Nortasha Ayuni Binti Mohamed Nazir 20. Nur Afiqah Binti Alias 21. Nur Aini Najla Binti Zulkiflie 22. Nur Allysha Anees Binti Anuar 23. Nur Hanna Shafina Binti Hafizudin 24. Nur Khairunnisa 25. Nur Syakirah Farzana Binti Mohd Fatmehiswan 27
Bil. Penerima Sijil 26. Nur Syuhadah Syahirah Binti Suhaili 27. Nursyafiqah Binti Abdul Razak 28. Nurul Liyana Abdullah 29. Nurul Sofea Binti Abdullah 30. Nurul Syahira Binti Abdul Rahim 31. Samizan Bin Salti 32. Siti Wahdina Binti Wahroni 33. Zulkiplih Bin Epping 28
5 PVMA Bil. Penerima Sijil 1. Aelvynnia Rihana Shnley 2. Asrief Bin Rozdie 3. Atikah Binti Mat Kasih 4. Ciciliya Avelynd Lind @ Lin 5. Dhamea Nadiera 6. Mohammad Farhan Bin Mohd Amir 7. Mohd Yazid Bin Mohd Zairi 8. Muhammad Padzri 9. Nur Atiqah Aimi Binti Abd Razak 10. Nur Atiqah Najwa Binti Kamis 11. Nur Wahida Binti Mat Zuki 12. Nurul Natasha Ashila Binti Abdulah Safri 13. Rosyam Qusyairi Bin Aspar 14. Siti Nurshafiera Binti Junaidi PPKI Bil. Penerima Sijil 1. Asmadi Bin Usman 2. Mohd Shafy Bin Jasni 29
30
ANUGERAH KHIDMAT BAKTI 1. PENGAWAS SEKOLAH Bil Penerima Anugerah Tingkatan / Kelas 1. Jessica Anthony 5 Inquirer 2. Puteri Amira Syafiqah Binti Raja Sazrin 5 Inquirer 3. Nurul Shahiera Binti Abang Jaffaruddin 5 Thinker 4. Aizan Nur Rafeal Bin Mohd Amir 5 Principled 5. Darren Tedd Anak Terry 5 Principled 6. Harizah Syafiqah Binti Hasto 5 Principled 7. Mohd Shazzif Syawal Bin Shamsul 5 Principled 8. Nooralliyah Binti Nasruddin 5 Principled 9. Nur Atikah Sazwani Binti Ibrahim 5 Principled 10. Nur Syaza Syazwana Binti Ahim 5 Principled 11. Nurin Aisyah Binti Rinatho 5 Principled 12. Mohamad Baharin Bin Junairian 5 Communicator 13. Muhammad Aiemanz Bin Junos 5 Communicator 14. Siti Sohaila Binti Sonarto 5 Communicator 15. Erika Binti Sukarno 5 Caring 16. Muhammad Ezzat Danial Bin Ezaidy 5 Caring 17. Nurfateen Najwa Binti Rosdinsah 5 Caring 18. Nur Afiqah Binti Alias 5 Reflective 31
2. KETUA KELAS & PENOLONG KETUA KELAS Bil Penerima Anugerah Tingkatan / Kelas 1. Vyniecia Wenica Ester Wences Teo 5 Inquirer 2. Nurul Ain Nazira Binti Azman 5 Inquirer 3. Ain Firjani Binti Ahmad Fuad 5 Thinker 4. Marsylla Tiara Tony 5 Principled 5. Hizzratul Hikmah Binti Abd Latif 5 Principled 6. Nur Julita 5 Communicator 7. Muhammad Amirul 5 Communicator 8. Amos Yoshua 5 Caring 9. Syazwa Lisa Binti Aziz 5 Caring 10. Muhammad Adif Zekry Bin Haris 5 Reflective 11. Nur Allysha Anees Binti Anuar 5 Reflective 12. Nur Wahida Binti Mat Zuk 5 PVMA 13. Aelvynnia Rihana Shnley Alvin 5 PVMA 14. Asmadi Bin Usman PK Reflective 15. Mohd Shafy Bin Jasn PK Reflective 32
3. PEMBIMBING RAKAN SEBAYA Bil Penerima Anugerah Tingkatan / Kelas 1. Ahza Nadjmi Bin Ajamain 5 Inquirer 2. Nur Balqisyah Najihah Binti Mahadi 5 Inquirer 3. Nurul Sakinah Binti Zulkifli 5 Thinker 4. Audrey Liew Hui Zhen 5 Principled 5. Nor Farihin Shamirol Bin Ag. Mohd Gador 5 Principled 6. Danish Idraqi Bin Mohammad Alakari 5 Communicator 7. Nur Allya Mardiana Binti Jairin 5 Communicator 8. Siti Mariam Edwin Adrianus 5 Caring 9. Mohamad Iszdi Bin Nooraidi 5 Caring 10. Mohd Shahdan Bin Mohd Shamri 5 Reflective 11. Ciciliya Avelynd Lind @ Lin 5 Reflective 12. Asrief Bin Rozdie 5 PVMA 33
4. PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH Bil Penerima Anugerah Tingkatan / Kelas 1. Fatin Adawiyah Binti Razman 5 Inquirer 2. Mohd Syahmi Asnawi Bin Shamsul 5 Inquirer 3. Nurul Laila Najwa 5 Inquirer 4. Puteri Damia Batrisyia Binti Helmi 5 Inquirer 5. Rain Amber 5 Inquirer 6. Putri Batrisyia Elwina Binti Masnahwi 5 Thinker 7. Muhammad Izzat Danial Bin Mustapha 5 Principled 8. Nur Nadhirah Binti Zairudin 5 Principled 9. Nur Waheeda Binti Mohd Rizal 5 Principled 10. Bibie Rozana Binti Rafizal 5 Communicator 11. Dayang Irdina Binti Mazlan 5 Communicator 12. Dayang Najwa Insyirah Binti Ampuan Yussof 5 Communicator 13. Norirdina Maharah Binti Ag Ismail 5 Communicator 14. Khairunissya Binti Mohd Kamarul Zaman 5 Caring 15. Syuhaidah Sofia Binti Abdul Muiz 5 Caring 34
5. PENGAWAS SPBT Bil Penerima Anugerah Tingkatan / Kelas 1. Siti Nur Hikmah Binti Abdul Rahim 5 Principled 2. Levinson Melkos 5 Communicator 3. Mohammad Farhin Bin Hazmi 5 Communicator 4. Nor Fatimah Binti Musin 5 Communicator 5. Siti Nur Nabila Binti Norazlan 5 Communicator 6. Afiejudin 5 Caring 7. Ahmad Sahlan Bin Abdul Rahman @ Mus 5 Caring 8. Nursiah Binti Hadarsiman 5 Caring 9. Shahref Rizuan Bin Azime 5 Caring 10. Siti Aisyah Binti Silam @ Silan 5 Caring 11. Siti Nur Najiah Binti Abdul Hamid 5 Caring 12. Ellyana Nazira Syafiah Binti Simatdinin @ Sililit 5 Reflective 13. Nur Hanna Shafina Binti Hafizudin 5 Reflective 35
6. DUTA PENGGERAK DIGITAL Bil Penerima Anugerah Tingkatan / Kelas 1. Nur Alisya Nuriena Binti Mohamad Azrie 5 Inquirer 2. Nur Ayshah Atiqah Binti Ali Omar 5 Inquirer 3. Adam Zulhairi Bin Jainudin 5 Thinker 4. Mohamad Daniel Bin Roslan 5 Thinker 5. Nursyafieqa Natasha 5 Thinker 36
37
38
39