1
DIGITAL STORYTELLING:
BERCERITA SECARA DIGITAL
DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI CAPCUT
YEE BEE CHOO
NAZARIAH HUSSEIN
2
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh
diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke
dalam bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan
cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa
kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu.
© Hak Cipta 2022
Digital Storytelling:
Bercerita Secara Digital Dengan Menggunakan Aplikasi CapCut
Diterbit oleh:
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn
K.M. 7.75, Jalan Kluang,
83000 Batu Pahat,
Johor.
Dicetak oleh:
HR Sign Enterprise (JR 0075912-T)
Lot 12, Tingkat Atas, Bazar MARA Rengit,
83100 Rengit, Batu Pahat, Johor.
http://www. ipgktho.moe.edu.my
Cetakan
Januari 2022
3
PRAKATA
KETUA PENULIS
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn
Selamat sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada IPGM dan IPGKTHO kerana
memberi peluang kepada saya untuk menerbitkan buku ini sebagai usaha untuk
meningkatkan latihan guru dan berkongsi idea dan pengalaman dalam kaedah bercerita
secara digital.
Buku ini merupakan sebahagian daripada hasil penyelidikan tesis kedoktoran saya yang
bertajuk “A reflective practice on digital storytelling of children’s literature among pre-service
teachers”. Dalam sepanjang masa pengajian kedoktoran, saya mendapati kaedah bercerita
secara digital adalah sangat sesuai dilaksanakan dalam bilik darjah terutama semasa
pandemik COVID-19 di mana semua guru perlu menjalankan Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) dalam talian dan PdP di Rumah (PdPR). Ia juga amat bermanfaat
kepada murid-murid kerana membawa pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan.
Saya berharap buku ini dapat memberi idea kepada para guru dalam mereka bentuk cerita
digital dalam bentuk video yang berkesan. Dengan memperkenalkan aplikasi CapCut, saya
percaya guru akan dapat mencipta video dengan mudah dan penuh keyakinan. Di sini, saya
ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Nazariah binti Hussein kerana sudi
membantu saya dalam menulis cara-cara mencipta video melalui aplikasi tersebut.
Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
penerbitan buku ini. Saya berharap agar kejayaan ini akan terus mendorong lebih ramai
pensyarah IPGKTHO untuk terlibat dalam penulisan dan penerbitan pada masa akan
datang.
Terima kasih.
DR. YEE BEE CHOO
Ketua Penulis,
Jabatan Bahasa Inggeris,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn,
83000 Batu Pahat,
Johor,
Malaysia.
4
PENGHARGAAN
Penulis mengucapkan terima kasih
atas sokongan kewangan yang diberikan di bawah
Inisiatif PPPM #111: Pemantapan Pembangunan
Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
5
ISI KANDUNGAN
UNIT TOPIK MUKA
SURAT
1 PENGENALAN DIGITAL STORYTELLING 1
1
1.1 Definisi 1
1.2 Perbezaan antara kaedah bercerita secara lisan,
4
cerita digital dan bercerita secara digital
1.3 Kebaikan kaedah bercerita secara digital dalam
pengajaran dan pembelajaran
2 CARA-CARA DIGITAL STORYTELLING 5
5
2.1 Bercerita secara lisan dengan menggunakan
Google Meet 6
2.2 Bercerita dengan menggunakan pembentangan 8
slaid PowerPoint
2.3 Bercerita dengan menggunakan pembentangan
slaid PowerPoint Microsoft Office 365
3 ELEMEN-ELEMEN DALAM MEREKA BENTUK DIGITAL 9
STORYTELLING
4 3 FASA MEREKA BENTUK DIGITAL STORYTELLING 12
3.1 Pra-produksi 12
3.2 Produksi 14
3.3 Pasca produksi 29
30
RUJUKAN 31
LAMPIRAN A
6
UNIT 1
PENGENALAN
DIGITAL STORYTELLING
Pada masa ini, revolusi internet dan teknologi komunikasi telah berkembang dengan
pesat dan keadaan ini telah menyebabkan kemunculan pelbagai rangkaian multimedia
interaktif seperti pembelajaran mudah alih (mobile learning), pesanan suara (mobile voice)
dan pesanan segera (instant messaging). Guru-guru di sekolah telah menggunakan
teknologi semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Apabila seluruh dunia
mengalami pandemik Covid-19 pada tahun 2020, kaedah pengajaran dan pembelajaran
secara dalam talian telah menjadi kaedah utama dan salah satu strategi adalah kaedah
bercerita secara digital.
1.1 DEFINISI
Bercerita ialah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang biasa diamalkan oleh guru di
dalam bilik darjah. Manakala, kaedah bercerita secara digital menggabungkan kaedah
bercerita dan teknologi dengan menggunakan teks, gambar, audio, muzik dan video
dengan menggunakan perisian komputer. Kaedah bercerita secara digital ini biasanya
berdurasi di antara dua hingga sepuluh minit dan boleh dimuat naik ke dalam internet bagi
membolehkan semua orang menontonnya.
1.2 PERBEZAAN ANTARA KAEDAH BERCERITA SECARA LISAN, CERITA DIGITAL
DAN BERCERITA SECARA DIGITAL
Terdapat perbezaan di antara cerita secara digital (digital story) dan bercerita secara
digital (digital storytelling). Cerita secara digital boleh diperolehi dengan mudah tanpa
kehadiran seseorang pencerita, manakala kaedah bercerita secara digital memerlukan
kehadiran seseorang pencerita. Jadual 1 menunjukkan perbezaan antara bercerita
1
secara lisan (oral storytelling) dan cerita secara digital (digital story) dan Jadual 2
menunjukkan perbezaan antara cerita secara digital (digital story) dan bercerita secara
digital (digital storytelling).
Jadual 1: Perbezaan Antara Bercerita Secara Lisan dan Cerita Secara Digital
Bil. Bercerita Secara Lisan Cerita Secara Digital
(Oral Storytelling) (Digital Story)
1 Tidak menggunakan teknologi. Menggunakan teknologi.
2 Penyampaian secara lisan. Penyampaian secara digital.
3 Penonton hanya mendengar dan Penonton dapat mendengar dan melihat
perlu membayangkan cerita secara gambar dengan jelas.
mental.
4 Memerlukan masa yang pendek Memerlukan masa yang panjang untuk
untuk persediaan. persediaan.
5 Bertutur dan tidak perlu menulis. Merangka, menulis, menyemak, dan
menyunting
6 Kandungan boleh diubah suai dan Kandungan adalah tetap dan mengikut
fleksibel. format secara bertulis.
7 Fokus pada pencerita. Fokus pada pengarang dan narrator.
8 Mendapat maklum balas secara Mendapat maklum balas secara dalam
bersemuka. talian.
9 Menerima maklum balas dengan Menerima maklum balas pada masa
segera. kemudian.
10 Interaksi antara penonton dan Interaksi antara penonton, pencerita , dan
pencerita. teks.
11 Melibatkan bilangan penonton yang Melibatkan bilangan penonton yang lebih
terhad. ramai.
12 Penglibatan penonton adalah aktif. Penglibatan penonton adalah pasif.
2
Jadual 2: Perbezaan Antara Cerita Secara Digital dan Bercerita Secara Digital
Bil. Cerita Secara Digital Bercerita Secara Digital
(Digital Story) (Digital Storytelling)
1 Menggunakan teknologi. Menggunakan teknologi.
2 Penyampaian secara digital. Penyampaian secara lisan dan digital.
3 Penonton dapat mendengar dan Penonton dapat mendengar dan melihat
melihat gambar dengan jelas. gambar dengan jelas.
4 Memerlukan masa yang panjang Memerlukan masa yang panjang untuk
untuk persediaan. persediaan.
5 Merangka, menulis, menyemak, dan Merangka, menulis, menyemak,
menyunting menyunting, dan bertutur.
6 Kandungan adalah tetap dan Kandungan adalah tetap, mengikut format
mengikut format secara bertulis. secara bertulis, dan boleh diubah suai dan
fleksibel.
7 Fokus pada pengarang dan/atau Fokus pada pengarang, narrator, dan
narrator. pencerita.
8 Mendapat maklum balas secara Mendapat maklum balas secara dalam
dalam talian. talian dan bersemuka.
9 Menerima maklum balas pada masa Menerima maklum balas dengan segera
kemudian. dan pada masa kemudian.
10 Interaksi antara penonton , Interaksi antara penonton, pencerita , dan
pencerita, dan teks. teks.
11 Melibatkan bilangan penonton yang Melibatkan bilangan penonton yang lebih
ramai. ramai.
12 Penglibatan penonton adalah pasif. Penglibatan penonton adalah aktif.
3
1.3 KEBAIKAN KAEDAH BERCERITA SECARA DIGITAL DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
Menurut Yee et al. (2021), bercerita ialah kaedah pengajaran yang biasa diamalkan oleh
guru di dalam bilik darjah dan kini guru terpaksa menggunakan kaedah bercerita secara
digital disebabkan pandemik Covid-19. Walaupun tahap keseluruhan penggunaan
kaedah bercerita secara digital dalam kalangan guru adalah sederhana, persepsi guru
terhadap penggunaan bercerita secara digital adalah positif terutama dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Di antara kebaikan kaedah bercerita secara digital:
• Meningkatkan interaksi antara guru dengan murid.
• Merangsang minat murid dalam pembelajaran.
• Menyokong pembelajaran berpusatkan murid.
• Menjimatkan masa pengajaran.
• Mengawal tingkahlaku murid semasa pembelajaran mereka.
• Memudahkan guru untuk menerangkan konsep/kandungan yang sukar.
• Mengaitkan mata pelajaran yang dipelajari dalam kehidupan seharian murid.
• Menjadikan pembelajaran murid menyeronokkan.
• Meningkatkan imaginasi murid.
• Meningkatkan komunikasi murid.
• Memperbaiki pencapaian murid dalam akademik.
• Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran yang diajar.
• Melahirkan murid yang lebih kreatif dalam mencari ilmu.
• Melahirkan murid yang lebih kritis dalam mencari ilmu.
• Membantu murid dalam mencapai standard kandungan dan standard
pembelajaran mengikut rancangan pengajaran harian.
• Mengembangkan sahsiah dalam murid.
• Mengembangkan nilai dan perspektif murid dalam kehidupan.
• Meningkatkan kehadiran murid dalam kelas semasa PdP.
4
UNIT 2
CARA-CARA DIGITAL STORYTELLING
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian, guru sekolah telah
menggunakan platform Google Meet untuk menyampaikan dan menjelaskan suatu
konsep, topik atau kandungan mata pelajaran. Guru juga dapat menjalankan kaedah
bercerita secara digital dalam beberapa cara.
2.1 Bercerita Secara Lisan dengan menggunakan Google Meet
a
a. Mulakan dengan tekan “Record meeting”.
5
b
b. Kemudian tekan “Start recording”
c. Tekan “Stop recording” setelah selesai rakaman.
d. Rakaman akan disimpan dalam Google Drive.
2.2 Bercerita dengan menggunakan pembentangan slaid PowerPoint
a
a. Mulakan dengan tekan “Record Slide Show” di option Slide Show.
6
b
b. Tekan “End Show” setelah selesai rakaman.
c
c. Satu pop up akan keluar seperti di atas dan tekan “Save” untuk menyimpan
rakaman dalam folder.
7
2.3 Bercerita dengan menggunakan pembentangan slaid PowerPoint Microsoft
Office 365 b
a. Mulakan dengan tekan “Record Slide Show” di option Slide Show.
b. Kemudian tekan untuk mula record.
dc
Dengan
menggunakan
Microsoft
Office 365,
seseorang
dapat
merakam
suara dan
video pada
masa yang
sama.
c. Tekan dan “End Show” setelah selesai rakaman.
8
UNIT 3
ELEMEN-ELEMEN DALAM MEREKA
BENTUK DIGITAL STORYTELLING
Dalam mereka bentuk cerita digital, seseorang pengarang perlu merangka, menulis,
menyemak, dan menyunting serta menerapkan kemahiran teknologinya untuk
menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Lambert (2016)
mencadangkan tujuh elemen seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.
Jadual 3: Tujuh Elemen Digital Storytelling
Bil Elemen Deskripsi
1 Sudut pandangan Apakah isi-isi penting dalam cerita dan
(Point of view) apakah pandangan pengarang?
2 Soalan dramatik Soalan penting untuk mengekalkan
(A dramatic question) perhatian penonton yang akan dijawab di
akhir cerita.
3 Kandungan Isu yang berkait rapat dengan peribadi
(Emotional content) dengan penonton.
4 Suara Cara peribadi untuk membantu penonton
(The gift of your voice) memahami konteks.
5 Soundtrack Muzik atau bunyi lain yang menyokong
(The power of the soundtrack) jalan cerita.
6 Ekonomi Menggunakan kandungan yang
(Economy)
mencukupi tanpa membosankan
penonton.
7 Pacing Irama cerita mengikut perkembangan
cerita.
9
(1) Sudut pandangan boleh ditulis dengan menggunakan ganti nama diri orang pertama
atau orang ketiga. Ia bergantung kepada jenis cerita digital yang direka bentuk. Robin
(2008) membezakan antara tiga jenis cerita yang utama:
(i) cerita peribadi yang merupakan jenis paling popular;
(ii) cerita digital yang mengkaji peristiwa sejarah; dan
(iii) cerita yang memberi maklumat atau arahan untuk menyampaikan pengajaran
dan pembelajaran dalam pelbagai bidang kandungan yang berbeza.
Lazimnya, cerita peribadi ditulis dalam sudut pandangan orang pertama manakala cerita
digital yang lain ditulis dalam sudut pandangan orang ketiga. Unsur sudut pandangan ini
juga termasuk mesej dan nilai moral yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam cerita
digital.
(2) Soalan dramatik biasanya merupakan pernyataan pada permulaan cerita yang sering
terdapat pada ayat pertama. Ia menimbulkan persoalan dalam fikiran penonton. Ia boleh
menarik perhatian penonton terhadap cerita digital kerana mereka ingin tahu apa yang
akan berlaku dalam cerita itu.
(3) Kandungan cerita digital adalah berbeza dalam cerita peribadi, peristiwa sejarah atau
cerita untuk memberi maklumat dan arahan. Murid-murid selalunya tertarik kepada cerita
yang nyata dan berkait rapat dengan kehidupan mereka.
(4) Ekonomi - Cerita digital ialah cerita yang pendek dan hebat dengan panjangnya hanya
200 patah perkataan. Penulisan cerita digital mempertimbangkan penggunaan setiap
perkataan dan frasa. Proses penyuntingan melibatkan pengguguran idea yang tidak
relevan, atau tidak menyumbang kepada fokus utama cerita.
10
(5) Suara merupakan elemen yang menghidupkan skrip cerita. Setiap suara pencerita
adalah unik; ia adalah hadiah istimewa seseorang yang digunakan untuk berhubung
dengan rakan, keluarga dan komuniti kita. Apabila kami menggunakan suara sendiri untuk
merakam cerita, kami dapat menyentuhkan hati semua orang yang menonton cerita
digital.
(6) Soundtrack - Muzik sering digunakan untuk bercerita, dan ia boleh menjadi elemen
penting dalam cerita digital. Walau bagaimanapun, ia tidak wajib. Cerita digital yang baik
mungkin mempunyai muzik atau tiada. Terdapat beberapa perkara yang perlu
dipertimbangkan semasa memilih muzik terutamanya isu hak cipta.
(7) Pacing suara dan naratif visual cerita digital adalah sebahagian daripada suara yang
jelas. Ia adalah penting untuk seseorang bercakap seperti biasa semasa merakam suara.
Selain mempertimbangkan tujuh elemen dalam mereka bentuk cerita digital, masa cerita
digital juga perlu dipertimbangkan. Sebuah cerita digital mempunyai durasi selama dua
hingga lima minit yang menggabungkan teks, imej, audio dan video. Elakkan mereka
bentuk cerita digital yang lebih daripada 10 minit kerana ini akan membosankan
penonton.
11
UNIT 4
3 FASA MEREKA BENTUK DIGITAL
STORYTELLING
Sebelum mereka bentuk digital storytelling, peralatan yang diperlukan adalah:
• Kamera atau telefon pintar
• Mikrofon (wired/ wireless)
• Tripod
• Alatan Pencahayaan (lighting) seperti green screen
• Perisian suntingan (Movie Maker, Filmora, iMovie, CapCut, dan lain-lain)
Green Screen digunakan untuk menghilangkan background dengan mudah supaya dapat
digantikan dengan background lain semasa suntingan video.
12
Terdapat tiga fasa dalam mereka bentuk digital storytelling iaitu:
1. Pra-produksi
2. Produksi
3. Pasca Produksi
3.1 PRA-PRODUKSI
Fasa pra-produksi merupakan fasa terpenting dalam mereka bentuk digital storytelling
yang melibatkan perancangan dan penyediaan skrip dan storyboard; mengumpul bahan-
bahan sumber seperti imej, audio dan video; dan merakam suara dan video.
(a) Skrip
Skrip merupakan cara menyampaikan cerita ataupun mesej bagi sesuatu cerita. Ia
digunakan untuk menyampaikan cerita melalui naratif, dialog, dan lakonan. Guru boleh
memilih cerita daripada buku teks atau sumber yang lain. Guru boleh memetik cerita
dengan sepenuhnya atau mengubah suai kandungan cerita mengikut tahap kefahaman
murid-murid.
Struktur ‘3-Act’ diguna pakai untuk menghasilkan video:
1. Pendahuluan – sesuatu yang menarik pelajar
2. Isi penting – Kandungan mengikut topik dan sub-topik dalam sesuatu mata pelajaran
3. Penutup – “Call to action” iaitu meminta penonton untuk “Follow YouTube”, peringatan
untuk menghantar tugasan, atau teaser untuk tajuk seterusnya.
(b) Storyboard (Papan Cerita)
Storyboard menunjukkan jalan cerita dan pelbagai elemen yang dipilih dalam cerita
digital. Ia dapat menerangkan cerita dengan secara sistematik dan tersusun. Lampiran A
menunjukkan satu contoh storyboard untuk menghasilkan cerita digital yang bertajuk
“Pertandingan Inovasi My iBody Project”.
13
(c) Bahan-bahan Sumber Cerita Digital
Bahan-bahan sumber cerita digital boleh didapati daripada Google Search dengan
mudah. Guru juga boleh scan gambar ke dalam laptop. Sebelum memuat turun imej,
audio atau video, guru perlu mendapat kebenaran daripada owner terlebih dahulu
sekiranya terdapat isu hak cipta. Satu cara untuk mengelakkan isu hak cipta dalam
penggunaan imej adalah mengambil gambar dengan kamera atau melukis sendiri.
Selain daripada itu, guru juga perlu memilih muzik dan sound effects yang sesuai.
Sekiranya memerlukan rakaman suara, guru boleh menggunakan telefon pintar yang
boleh merakam suara, atau voice recorder dalam perisian seperti PowerPoint. Guru juga
boleh memuat turun klip video daripada YouTube.
Kesemua sumber imej, rakaman suara, video klip perlu disimpan dalam folder yang
berlainan dalam satu dokumen fail yang sama.
3.2 PRODUKSI
Fasa kedua bermula apabila seseorang guru menggunakan aplikasi video editing seperti
Movie Maker, iMovie, Filmora atau CapCut. Dia boleh mengimport imej, klip video, muzik,
sound effects ke dalam perisian. Dia boleh memasukkan teks, animation, transition ke
dalam cerita digital. Setelah dia berpuas hati dengan cerita digital, dia boleh menyimpan
dalam format MP4. Bahagian yang seterusnya akan menggunakan aplikasi CapCut untuk
menyunting cerita digital.
14
MEMUAT TURUN APLIKASI
CAPCUT MELALUI GOOGLE
PLAY STORE
MENGGUNAKAN APLIKASI CAPCUT
Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Membuat pilihan
Di sini
Membuka aplikasi Memulakan Setelah menekan New Pengguna boleh
CapCut yang telah membuat video Project, Pengguna memilih melalui
Di muat turun dengan New Project b.oleh memilih gambar simpanan album,
( Tekan ikon +) atau video dan tekan stock video dan foto.
Add
15
ELEMEN DALAM APLIKASI
Terdapat 10 pilihan elemen
untuk menghasilkan video yang baik
1. Edit 3.Text 5.Overlay 7. Filter 9.Canvas
2. Audio 4. Sticker 6. Effect 8.Format 10.Adjust
16
FUNGSI ELEMEN EDIT
Menggecil / Memotong / Menukar
Edit / Crop Posisi
1 Dalam edit / crop ini, pengguna boleh memotong gambar atau video
yang tidak perlu serta mengecilkan saiz gambar dan boleh memusing
gambar mengikut kehendak pengguna
Filter Mengikut Kesesuaian
2 Filter kebiasaan digunakan mengikut mood gambar atau video.
Pengguna boleh memilih mood mengikut kesesuaian dalam
menghasilkan sesuatu video Menyelaras video / Terang / gelap / Jelas /
Adjust shadow
3 Dalam menghasilkan video yang cantik dan terang,
pengguna juga boleh menyelaraskan suasana sesuatu
gambar atau video
Enhance Bentuk Badan
4 Pengguna boleh menukar bentuk badan kecil atau
besar kurus atau gemuk
FUNGSI ELEMEN EDIT
Kelajuan / Normal / Sederhana /
Speed Perlahan
1 Speed digunakan untuk mengedit sesuatu video sama ada gerak
kelajuan, gerak sederhana dan gerak perlahan
Volume Kelajuan / Normal / Sederhana /
Perlahan
2 Pengguna boleh mengunakan Volume ini untuk membuang
suara, lagu atau sebagainya
Remove Background Latar Belakang
3 Pengguna diberikan kemudahan untuk membuang latar belakang yang
tidak diperlukan. Sesuai bagi yang menggunakan latar belakang kosong
atau Green Screen
Mask Bentuk Badan
4 Penggunaan Mask kebiasaan jarang digunakan. Mask digunakan
untuk mengubah background sama ada bentuk bulat, separuh, bentuk
filem, segi empat, bentuk hati atau bintang
17
FUNGSI ELEMEN EDIT
Copy
1 Cara yang paling mudah jika pengguna ingin menggunakan gambar, effect,
sticker yang sama, hanya menekan copy sahaja.
Graph
2 Pengguna jarang menggunakan graph. Graph hanya
digunakan untuk susunan Frame dalam sesuatu gambar atau
video yang perlu
Text
3 Terdapat pelbagai jenis tulisan, frame, bentuk dan animasi. Sangat
sesuai untuk tulis tajuk, jalan cerita, lowerthird dan boleh menulis apa
yang perlu dalam menghasilkan video yang terbaik
Audio
4 Apa yang menarik Aplikasi CupCut ini ialah terdapat banyak muzik dan
bunyi (effect) yang diberikan secara percuma. Pengguna juga boleh
menggunakan muzik dalam simpanan dan pastikan muzik yang
digunakan mestilah noncopyright .
FUNGSI ELEMEN EDIT
Chromakey Color picker / Intensity / Shadaw
1 Chromakey digunakan untuk membuang latarbelakang gambar atau video
yang tidak diperlukan. Pengguna juga boleh menambah shadow bagi tujuan
gambar menjadi lebih jelas
Overlay
2 Pengguna boleh mengunakan jika ingin menambah gambar
atau video
Replace Menukar gambar paling mudah
3 Pengguna diberikan kemudahan untuk menukar gambar atau video
dengan pantas
Opacity Mengubah mengikut kesesuaian
4 Kegunaan Opacity ialah untuk menambah warna gambar atau video
menjadi lebih gelap mengikut kesuaian pengguna. Untuk membuang
background juga boleh digunakan
18
CARA – CARA MENGHASILKAN VIDEO
1. Pilih mana-mana gambar yang terdapat dalam simpanan
(Galeri)
2. Tekan pada bulatan untuk pilih gambar / video yang
diperlukan
3. Tekan Add untuk memulakan edit video
Contoh seperti ini.
19
Seterusnya pengguna boleh menambah gambar/video
dengan menekan Ovelay dan pilih gambar atau video
yang diperlukan. Pengguna juga tambah gambar / video
disambung dan dijadikan sebagai video
Contoh yang telah ditambah
Disini ialah layer-layer setiap
kali membuat tambahan
gambar /video teks dan
segala element yang
dimasukan akan dipapar disini
bagi memudahkan pengguna
delate jika tidak perlu
CARA POTONG “CROP” GAMBAR Cara Crop gambar / video yang
tidak perlu, pengguna hendaklah
menekan edit dan tekan Crop. Dalam
edit juga terdapat 2 lagi Jenis untuk
edit gambar. Gambar boleh
Dipusingkan “Rotation” dan juga
boleh terbalikkan “mirror” gambar
mengikut kehendak pengguna
CARA MEMBUANG LATAR BELAKANG “REMOVE BACKGROUND”
Terdapat 2 cara untuk membuang
Latar belakang
1. Remove Background adalah
cara paling pantas dan mudah.
2. Chroma key pula biasa
digunakan untuk membuang
latar belakang yang sukar
dibuang Hasil gambar yang telah
Dibuang latar belakang
20
Pada masa yang sama pengguna boleh juga
membuang latarbelakang seperti proses yang telah
ditunjukkan pada muka surat sebelumnya
Pengguna boleh menambah Gambar yang
gambar atau video dengan hanya telah siap di edit
menekan Add Overlay dan disatukan untuk
dijadikan video
CARA-CARA UNTUK MENAMBAH MUZIK / EFFECT MUZIK
Untuk memasukan muzik, pengguna perlu ke bahagian audio
Seperti di atas dan tekan audio
Terdapat banyak pilihan muzik yang
boleh pengguna pilih dan tidak perlu
risau kerana kesemua muzik dalam
capcut adalah noncopyright (percuma)
Pengguna juga boleh Antara muzik / sound
memilih muzik pilihan yang telah diexport
dalam simpanan
pengguna
21
SOUND / EFFECT
22
23
24
25
FILTER YANG SELALU DIGUNAKAN DALAM VIDEO EDITING
BRIGHTNESS VOLUME
Mengubah tahap pengcahayaan Menaik dan menurun atau
mengikut kada kecerahan tinggi menggabungkan bunyi audio
dan rendah mengikut kesesuaian untuk menghasilkan bunyi yang
lebih sedap
dalam menghasilkan video
CONTRAST SAIZ RESOLUTION VIDEO
Mengubah saiz video mengikut
Memanipulasi baying (Shadow) yang sama ada 480P, 720P, dan
ada pada gambar atau video untuk 1080P
lebih focus pada subjek
FILTER
Meyunting permainan warna dalam setiap
objek pada video mengikut kesesuaian
video yang hendak dihasilkan
26
KEGUNAAN SIMBOL DIAMOND +
Diamond
Kegunaan symbol diamond ini ialah, pengguna boleh menggerakkan
gambar dan perkegerakan hendaklah mengalihkan gambar untuk
pergerakkan mengikut kehendak pengguna
Cara-cara menggunakan simbol Diamond
Tekan pada gambar
Tekan symbol diamond +
Alihkan gambar ke kiri,
kanan, atas atau bawah
Setelah selesai, pengguna boleh mainkan video tersebut dengan
menekan plau pada video
EXPORT VIDEO
RESOLUTION / FRAME RATE
Pilih saiz resolution untuk export video
480P 1080P
720P Frame rate 24,
25, 30, 50, 60
27
TERBITKAN VIDEO FASA INI PENTING
Kemungkinan pengguna akan terlepas pandang
tentang hasil video secara keseluruhan, jadi
pengguna memerlukan orang sekeliling yang mahir
untuk membuat penilaian video yang dihasilkan.
PENILAIAN KUALITI
Untuk kawalan Jika terdapat komen
kualiti dan dan masih perlu
penilaian, dibaiki pengguna
pengguna boleh boleh mebaiki semula
meminta kumpulan dengan hanya
pengajaran, atau kembali ke aplikasi
sesiapa sahaja CupCut untuk
yang mempunyai mengubah.Jika
kemahiran yang selesai mengubah,
boleh memberikan pengguna boleh
komen yang jujur mengeksport
terhadapa video (EXPORT) semula
yang dihasilkan video yang telah di
edit
28
3.3 PASCA PRODUKSI
Dalam fasa pasca produksi, guru boleh berkongsi hasil cerita digital melalui
pembentangan dalam bilik darjah atau memuat naik ke YouTube. Kemudian, link
YouTube boleh dihantar melalui WhatsApp atau Telegram supaya ia dapat diakses oleh
murid-murid.
Semasa kaedah bercerita secara digital, kehadiran pencerita adalah penting untuk
mewujudkan interaksi antara guru dan murid yang lebih aktif dan memberangsangkan.
Guru boleh menggunakan puppet atau mask semasa bercerita supaya murid tidak tertarik
dengan skrin sahaja tetapi dengan teknik penceritaan oleh guru. Guru juga perlu
menggunakan mimik muka, gerak tangan, intonasi dan sebagainya untuk menarik
perhatian murid-murid.
29
RUJUKAN
Lambert, J. (2016). The digital storytelling cookbook. Berkeley, Calif: Digital Diner Press.
Robin, B. (2008). The effective uses of digital storytelling as a teaching and learning tool.
Handbook of Research on Teaching Literacy Through the Communicative and
Visual Arts (Vol. 2). New York: Lawrence Erlbaum Associates.
Yee, B.C. (2020). A reflective practice on digital storytelling of children’s literature among
pre-service teachers. [Doctoral Thesis] Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia.
Yee. B.C., Tina Abdullah, & Abdullah Mohd Nawi. (2020). Digital storytelling vs oral
storytelling: An analysis of the art of telling stories now and then. Universal Journal
of Educational Research, 8(5A), 46-50. DOI: 10.13189/ujer.2020.081907
http://www.hrpub.org/download/20200430/UJERA7-19591327.pdf
Yee, B.C., Halif Md Saleh, Faridah Mohd Sopah, Salbihana Samsudin, Vijayan Periasamy.
(2021). Persepsi guru terhadap penggunaan kaedah bercerita secara digital
semasa pelaksaan PdPR di sekolah kebangsaan Orang Asli. IPGKTHO.
30
LAMPIRAN A
31
32
33
34
35