Pameran Bertema Secara Maya
PAKAIAN TRADISIONAL
KAUM DI MALAYSIA
Anjuran:
Pusat Sumber Sekolah
SMK Khir Johari, Beranang
JOHOR
Baju kurung Johor untuk
perempuan menjadi sinonim
dengan baju kurung tradisional
yang standard. Ia mengenakan
kain yang disusun di sebelah
kiri.
Rata-rata wanita Melayu di
Malaysia mengenakan baju
kurung Johor, ini termasuk
pakaian rasmi pelajar sekolah
rendah dan menengah.
KEDAH
Baju kurung Kedah pula
berpotongan pendek separas
punggung dengan kain selisih.
PULAU PINANG
Baju tradisional wanita Pulau
Pinang pula adalah kebaya
pendek yang dipadankan
dengan kain batik atau songket
selisih.
Lelakinya pula mempunyai
pengaruh pakaian golongan
‘Mamak’ yang banyak terdapat
di Pulau Pinang, namun pakaian
baju melayu dan samping yang
dikenakan terdapat asimilasi
budaya Melayu dan Mamak.
PERAK
Pakaian tradisonal Melayu Perak
selain berbaju melayu teluk
belanga, ia dipadankan dengan
tengkolok potongan rendah.
Wanitanya pula mengenakan
pakaian baju kurung cekak
musang dengan tali pinggang
bengkung untuk mengikat
samping. Manakala kain ditukar
kepada seluar yang mirip
pakaian tradisional masyarakat
Aceh, Sumatera.
SELANGOR
Pakaian tradisional Melayu bagi
negeri Selangor pula
mempunyai pengaruh Bugis di
mana lelakinya akan
mengenakan jaket di luar selain
baju melayu yang dipakai di
bahagian dalam lengkap
bersamping.
Manakala wanitanya akan
mengenakan baju potongan
Bugis dengan bertali pinggang
yang dipadankan dengan kain
selisih.
MELAKA
Pakaian tradisional wanita
Melayu Melaka pula selesa
mengenakan baju kurung
dengan mempunyai hiasan dada
bercorak di bahagian bahu,
manakala lelakinya
mengenakan jaket di bahagian
luar selain baju melayu.
MELAKA
Di Melaka juga mempunyai
masyarakat Portugis akibat
tinggalan penjajah Portugis di
Melaka pada kurun ke-16.
Pakaian tradisional wanitanya
adalah gaun yang berlengan
besar dan lelakinya
mengenakan baju sut sama
seperti di Barat.
KELANTAN
Kelantan yang mendapat jolokan
sebagai Negeri Cik Siti Wan Kembang
mendapat pengaruh Siam terhadap
pakaian tradisionalnya.
Pakaian wanitanya mirip kepada
pakaian wanita Siam dalam
persembahan Makyong di mana mereka
akan mengenakan mahkota dan tali
pinggang besar (pending) di samping
selendang yang besar.
Pakaian lelakinya pula akan
mengenakan jaket di luar.
KELANTAN
Di Kelantan juga mempunyai ramai
masyarakat Siam terutama sekali di
daerah Tumpat. Masyarakat Siam ini
yang berasal dari Thailand dan
kebanyakannya beragama Buddha
namun berasimilasi dengan budaya
Melayu seperti dalam aspek makanan
dan kehidupan seharian.
Pakaian tradisional mereka mirip
kepada masyarakat di Thailand
NEGERI SEMBILAN
Negeri Sembilan yang mendapat
jolokan sebagai negeri Minang kerana
perkaitan sejarahnya dengan
Minangkabau di Sumatera, menerima
pengaruh Minang bagi pakaian
tradisionalnya.
Biasanya wanita yang memakai pakaian
tradisional Minang akan mengenakan
tengkolok tanduk kerbau sebagai
simbol budaya masyarakat Minang.
Manakala pakaian tradisional lelaki
mempunyai butang yang juga pengaruh
daripada Minangkabau.
TERENGGANU
Pakaian tradisional orang
Melayu Terengganu yang biasa
dikenakan oleh masyarakat
sekarang dengan baju kurung
teluk belanga dan lelakinya
baju melayu teluk belanga.
PAHANG
Bagi negeri Pahang pula, potongan
baju kurung wanitanya berpesak
dengan potongan kembang di
bawah tanpa berkekek, dan
dipadankan dengan kain selisih.
Namun ada juga yang
memadankannya dengan kain susun
di tepi. Ia juga dikenali sebagai
Baju Riau Pahang kerana pengaruh
kerajaan Melayu Riau yang pernah
datang ke situ.
Lelakinya mengenakan baju melayu
cekak musang
PERLIS
Bagi negeri Perlis pula, pakaian
wanitanya terkenal dengan
kebayanya, dan lelaki pula
mengenakan baju melayu yang
berjaket di luar.
SABAH
Bajau
Pakaian tradisional suku Kaum Bajau.
Wanita menggayakan blaus badu sampit
dan kain sarung olos berangkit, perhiasan
leher mandapun dan perhiasan kepala
sarempak.
Lelaki Bajau menggayakan baju potongan
Cekak Musang, seluar, samping dan destar.
Orang Bajau, (juga ditulis sebagai Badjao,
Badjaw atau Badjau) adalah sebuah
kumpulan etnik pribumi dari Malaysia dan
Filipina Selatan serta diiktiraf sebagai
kumpulan etnik kedua terbesar di Negari
bahagian Sabah.
SABAH
Kadazan
Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari
Penampang. Lelakinya memakai baju gaung,
seluar souva, bengkung toogot dan pakain
kepala yang disebut siga. Wanita memakai
baju pendek sinuangga, kain labuh tetapi
dan selendang batik dilengkapi tali pinggang
himpogot.
Baju tradisional suku kaum Kadazan daerah
Papar. Baju fabrik baldu hitam berhias renda
kuning keemasan. Lelaki memakai pakaian
kepala sigal dari kain destar dan wanita
memakai siung dari anyaman buluh halus
bermotifkan geometrik etnik Sabah.
Perhiasan diri gelang tangan dan tali
pinggang syiling perak.
SABAH
Murut
Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai
jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul
yang dilukis dengan motif dari manik atau warna.
Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit
kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo
dari kain kapas berhiaskan motif sarat dari
manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga
dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan
kepala salupai.
Orang Murut adalah sebuah kumpulan etnik
pribumi yang mendiami wilayah utara pedalaman
Kalimantan.Sebahagian besar masyarakat Murut
adalah di pedalaman barat daya Sabah, Malaysia
timur, khususnya daerah Keningau, Tenom dan
Nabawan Pensiangan, sepanjang Sapulut dan
Sungai Padas.
SARAWAK
PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI IBAN
KAIN SIRAT
Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban.
Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm.
Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau
tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput
turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat
dipakai dengancara melilitnya dipinggang dan celah
kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke
hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian
yang berhias.
DANGDONG
Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban.
Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong
tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus
barang-barang persembahan dalam upacara-upacara
tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun
dengan cara ikat.
SARAWAK
PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN IBAN
BIDANG
Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang.
Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang
separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada
sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri
daripada dua bidang kain seumpamanya yang
dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian
harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang
ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang
bewarna-warni.
Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang
perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik
dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-
kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi
dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan
dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang
bewarna merah.
SARAWAK
PAKAIAN LELAKI SUKU KAUM BIDAYUH
Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar
dari satin dihiasi pita merah dan putih.
Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari
kulit kayu dan kalung gigi beruang.
PAKAIAN PEREMPUAN SUKU KAUM
BIDAYUH
Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo
pendek dan skirt bidang fabrik satin
rona hitam berhias selempang merah
perhiasan pinggang daripada syiling
perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah
dari tiga warna hitam, merah dan putih
berhias manik, labuci dan syiling perak.
SARAWAK
PAKAIAN LELAKI SUKU KAUM MELANAU
Pakaian tradisional Melanau. Lelaki
menggayakan baju potongan moden
bersamping broked oren keemasan, pinggang
berikat selendang sifon berkopiah Jawa.
PAKAIAN PEREMPUAN SUKU KAUM MELANAU
BAJU BABAN
Wanita Melanau menggayakan Baju Baban
asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung
pendek warna hitam dipadankan dengan kain
songket. Di dada memakai 2 helai selendang
merah dan perhiasan diri kepih dada dan
kepih sanggul.
SUMBER
https://maruwiah.com/2012/06/24/pakaian-tradisi-
kaum-semenanjung-malaysia/
TERIMA KASIH
JANGAN LUPA REKODKAN BACAAN
ANDA DALAM i-SEL NILAM
BAHAN DIGITAL