The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohamad Shahzeman, 2024-02-14 23:54:52

BULETIN PKPP JULAI-DISEMBER 2023

JUL-DIS 2023

BULETIN PKPP EDISI 2 JULAI - DISEMBER 2023 #PKPPPenerajuPertanianPahang www.pkpp.gov.my Majlis Perasmian Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat PKPP (KESUKIP) m/s 6


KANDUNGAN m/s Lawatan Penanda Aras dan Perkongsian Amalan Terbaik Pengurusan Stok dan Fail Di PKPP 4 Kursus Sense Of Urgency 5 Majlis Perasmian Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat PKPP (KESUKIP) 6 Majlis Penyampaian Amanat Ketua Pegawai Eksekutif Serta Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Secara Pemangkuan Dan Surat Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK 1) 7 Majlis Meraikan Kontinjen Perbarisan PKPP Dan Upacara Penyerahan Bendera Malaysia Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66 Tahun 2023 8 Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66 Tahun 2023 9 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 10 Majlis Meraikan Persaraan Encik Ahmad bin Mohamad Jali Bengkel Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan Lawatan Pengurusan Ke Ladang Kg Bongsu, Temerloh Majlis Penyerahan Bendera Kepada Kontinjen PKPP Sempena Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan Dan Sukan KKDW (MAKSPEN) XIV Putrajaya Tahun 2023 Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan Dan Sukan KKDW (MAKSPEN) XIV Putrajaya Tahun 2023 Pembentangan Prestasi Ladang-Ladang PKPP sehingga 30 September 2023 Majlis Sambutan Ulang Tahun PKPP Yang Ke 54 Majlis Pelancaran Manual Perladangan Syarikat Kumpulan PKPP 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Program Hari Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PKPP Zakat Perniagaan PKPP Tahun 2023 Aktiviti-aktiviti Kelab Sukan dan Kebajikan PKPP 21


SEKILAS KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera. Syukur Alhamdulillah dapat lagi kita bersua untuk edisi ini. Amalan bersukan yang konsisten bukan sahaja membentuk fizikal yang cergas tetapi ia juga menghasilkan akal yang cerdas. Pelbagai bentuk aktiviti kesukanan boleh diamalkan sama ada dirancang secara individu, berkumpulan atau melalui penyertaan program dan acara yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Pada tahun ini, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah berjaya menganjurkan semula Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan dan Sukan KKDW (MAKSPEN) XIV Putrajaya yang kali terakhir dianjurkan pada 2015. PKPP yang merupakan di antara 14 agensi rangkaian di bawah KKDW tidak ketinggalan di dalam menghantar penyertaan. Acara ini mempunyai matlamat untuk memupuk semangat kerjasama dan kekitaan antara anggota perkhidmatan di peringkat kementerian dan agensi terlibat di luar tugas hakiki masing-masing. Adat di dalam setiap pertandingan, semua peserta akan berjuang sehabis baik untuk mencapai kemenangan. Walau bagaimanapun, ia tidak seharusnya mengabaikan semangat kesukanan yang tinggi bagi memastikan matlamat sebenar yang disasarkan tidak terjejas. Sehingga bertemu di sesi yang lain. Sekian, terima kasih. Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus DSAP., DIMP., SMP., AAP., AMP. Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang.


4 JULAI - DISEMBER 2023 BULETIN PKPP EDISI 2 Lawatan Penanda Aras dan Perkongsian Amalan Terbaik Pengurusan Stok dan Fail Di PKPP 5 Julai 2023 Satu delegasi dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang diketuai oleh Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD telah mengadakan lawatan ke PKPP bagi berkongsi pengalaman mengenai pelaksanaan Digital Document Management System (DDMS) serta kaedah pengurusan stor. Delegasi seramai 25 orang dari pelbagai peringkat berkenaan disambut oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) bersama beberapa pegawai kanan. Selain taklimat di Bilik Gerakan, delegasi turut melawat Bilik Registri PKPP serta stor bekalan bahan-bahan pejabat. Semoga perkongsian maklumat berkenaan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.


BULETIN PKPP EDISI 2 5 JULAI - DISEMBER 2023 10 - 12 Julai 2023 7 - 9 Ogos 2023 Kursus Sense Of Urgency Kursus Sense of Urgency telah diadakan sebanyak dua siri pada 10-12 Julai 2023 dan 7-9 Ogos 2023 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu. Jumlah peserta kesemuanya adalah seramai 100 orang yang terdiri daripada anggota perkhidmatan PKPP serta pengurusan anak-anak syarikat Kumpulan PKPP. Keseluruhan agenda kursus dikendalikan oleh Doktor Suhaila binti Haron yang merupakan Perunding Latihan Kanan dari INTAN Kampus Wilayah Timur. Di dalam ucapan Majlis Penutup, Ketua Pegawai Eksekutif berharap budaya kesegeraan dan bertindak tangkas dalam melaksanakan tugasan berasaskan matlamat jabatan perlu dipraktikkan sewajarnya kerana ia mencerminkan tadbir urus korporat yang efisien. Beliau juga berharap ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan serta berusaha untuk melakukan islah dan inovasi dalam tugasan yang diamanahkan agar dapat memberi pulangan menguntungkan bukan sahaja kepada PKPP bahkan pelanggan jua.


6 JULAI - DISEMBER 2023 BULETIN PKPP EDISI 2 Majlis Perasmian Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat PKPP (KESUKIP) 11 Ogos 2023 Perasmian Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat PKPP (KESUKIP) Bil. 1/2023 oleh YH Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif berlangsung pada 11 Ogos 2023 di Dewan ILI, PKPP. Antara matlamat penubuhan KESUKIP adalah bagi menjalankan kegiatan kebajikan dan sukan, aktiviti sosial dan rekreasi, bergabung dengan mana-mana Pertubuhan Negeri/Kebangsaan yang mempunyai tujuan-tujuan yang sama, menganjurkan sebarang aktiviti, pertandingan, kejohanan yang tidak menyalahi undang-undang serta menjalankan aktiviti amal dan sumbangan kepada Anggota Perkhidmatan dan ahli keluarga Anggota Perkhidmatan. Dalam ucapan perasmian, Ketua Pegawai Eksekutif memaklumkan status semasa komposisi kelab sukan dan kebajikan di peringkat kumpulan syarikat. Beliau berharap dengan matlamat penubuhan KESUKIP semua ahli dapat bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh kelab selain perlu kekal konsisten dalam aktiviti yang diceburi. Di samping itu, beliau berharap melalui aktiviti yang dijalankan juga dapat mengeratkan silaturahim selain memperoleh manfaat pembelajaran daripada pelaksanaan program tersebut.


BULETIN PKPP EDISI 2 7 JULAI - DISEMBER 2023 Majlis Penyampaian Amanat Ketua Pegawai Eksekutif Serta Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Secara Pemangkuan Dan Surat Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK 1) 11 Ogos 2023 Seramai empat orang anggota perkhidmatan telah menerima surat kenaikan pangkat secara pemangkuan dan dua orang menerima surat kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan (TBK1) dalam satu majlis yang diadakan pada 11 Ogos 2023 bertempat di Dewan ILI, bersebelahan bangunan PKPP. Ketua Pegawai Eksekutif yang menyampaikan surat berkenaan kepada semua penerima mengucapkan tahniah dan syabas atas pencapaian yang diterima. Beliau berharap kesemua penerima dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin serta dapat memantapkan budaya kerja yang lebih efisien dan cemerlang dalam memastikan kejayaan PKPP mendatang.


8 JULAI - DISEMBER 2023 BULETIN PKPP EDISI 2 Majlis Meraikan Kontinjen Perbarisan PKPP Dan Upacara Penyerahan Bendera Malaysia Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66 Tahun 2023 30 Ogos 2023 Pengurusan kanan telah meraikan kontinjen perbarisan PKPP sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-66. Kontinjen pada tahun ini dianggotai oleh 43 orang yang kesemuanya adalah anggota perkhidmatan di Ibu Pejabat. Ketua Pegawai Eksekutif mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua anggota termasuk jurulatih yang bersungguh-sungguh menyediakan pasukan perbarisan yang mantap. Sedikit sebanyak pasukan pada tahun ini dibayangi oleh kejayaan pasukan menjadi juara pada acara yang sama pada tahun lepas. Selain itu, beliau turut menyarankan penghayatan erti kemerdekaan turut dipupuk kepada generasi muda supaya mereka tidak lupa kepada perjuangan kemerdekaan generasi terdahulu dalam membebaskan negara daripada penjajahan melibatkan air mata dan darah.


BULETIN PKPP EDISI 2 9 JULAI - DISEMBER 2023 Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66 Tahun 2023 31 Ogos 2023 Tahniah dan syabas buat kontinjen perbarisan PKPP yang diketuai oleh Encik Suhaimi bin Mat Hussain dalam menjayakan penyertaan Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan ke-66 Peringkat Negeri Pahang 2023 bertempat di Padang MBK 4, Kemunting, Kuantan.


10 JULAI - DISEMBER 2023 BULETIN PKPP EDISI 2 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 20 September 2023 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 PKPP telah diadakan pada 20 September 2023 di Grand Darul Makmur. Majlis diserikan dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan Pahang, YB Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Haji Yaacob bagi menyempurnakan sesi perasmian dan seterusnya menyampaikan anugerah kepada semua penerima. Dalam ucapan YB Setiausaha Kerajaan Pahang, beliau mengucapkan syabas atas kejayaan PKPP meskipun merupakan sebuah agensi kerajaan negeri masih berupaya membuktikan setanding dengan badan korporat yang berjaya khususnya di Negeri Pahang melalui pemantapan dan pemerkasaan pengurusan organisasi yang cemerlang. Selain itu, beliau turut berkongsi kaedah penurunan kuasa (delegate) dengan kebolehpercayaan (trust) bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan. Syabas dan tahniah kepada 15 orang penerima yang membawa pulang sijil, plak serta Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional. Semoga ia menjadi pemangkin untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang pada tahun mendatang.


BULETIN PKPP EDISI 2 11 JULAI - DISEMBER 2023 Majlis Meraikan Persaraan Encik Ahmad bin Mohamad Jali 3 Oktober 2023 Satu majlis ringkas bagi meraikan persaraan Encik Ahmad bin Mohamad Jali yang telah berkhidmat dengan PKPP selama 22 tahun 4 bulan telah berlangsung pada 3 Oktober 2023 di Temerloh. Majlis dihadiri oleh Pengurusan Kanan PKPP dan Pegawai Wilayah Pahang Tengah, Temerloh. Beliau mula berkhidmat dengan PKPP sebagai Penyelia Rancangan Tanah dan ditempatkan di Pejabat Wilayah Pahang Tengah, Temerloh. Perkhidmatan terakhir beliau di PKPP pada 4 Oktober 2023 kerana bersara pilihan umur genap 58 tahun dengan jawatan terakhir sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N22. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Ahmad bin Mohamad Jali atas jasa dan sumbangan sepanjang berkhidmat di PKPP. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan dalam apa jua yang direncanakan.


12 JULAI - DISEMBER 2023 BULETIN PKPP EDISI 2 3 - 5 Oktober 2023 10 - 12 Oktober 2023 Bengkel Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan Bengkel Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan diadakan dua siri pada 3-5 Oktober 2023 dan 10-12 Oktober 2023 di Bilut Hills Raub. Jumlah peserta kursus seramai 100 orang terdiri daripada anggota perkhidmatan PKPP dan pegawai syarikat kumpulan PKPP. Keseluruhan siri bengkel dikendalikan oleh Doktor Mohd Haz Hairul bin Imran merupakan seorang Pegawai Farmasi yang diberi tauliah sebagai Munsyi Muda Bahasa di bawah INTAN. Beliau juga bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Antara ilmu yang dikongsikan meliputi surat rasmi, memo, penulisan minit mesyuarat, laporan dan kertas kerja. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh semua peserta dalam menyediakan penulisan dokumen rasmi kerajaan yang lebih berkualiti dan seragam.


BULETIN PKPP EDISI 2 13 JULAI - DISEMBER 2023 Lawatan Pengurusan Ke Ladang Kg Bongsu, Temerloh 5 Oktober 2023 Ketua Pegawai Eksekutif, YH Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus telah mengetuai lawatan pengurusan ke Ladang Kg. Bongsu di Lanchang. Tujuan lawatan adalah bagi mendengar taklimat dan melakukan tinjauan program penanaman semula di blok 2301 seluas 39 hektar yang telah selesai kerja-kerja utama. Taklimat serta tinjauan turut dibuat ke atas projek perumahan staf melibatkan 8 unit rumah berkembar yang dijangka siap pada Januari 2024. Semoga kemudahan ini akan memberi keselesaan kepada staf yang terlibat.


14 JULAI - DISEMBER 2023 BULETIN PKPP EDISI 2 Majlis Penyerahan Bendera Kepada Kontinjen PKPP Sempena Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan Dan Sukan KKDW (MAKSPEN) XIV Putrajaya Tahun 2023 16 Oktober 2023 Kontinjen PKPP kali ini dianggotai oleh hampir 200 orang termasuk pengurus pasukan, atlet dan anggota sokongan yang kesemuanya di kalangan anggota perkhidmatan PKPP dan anak syarikat kumpulan PKPP. Ketua Pegawai Eksekutif mengucapkan selamat berjuang kepada kesemua anggota kontinjen dan mengharapkan komitmen dan kesungguhan dalam mengejar kejayaan dan dalam masa yang sama mengutamakan semangat kesukanan yang tinggi. Sempena penyertaan PKPP ke Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan dan Sukan KKDW (MAKSPEN) XIV Putrajaya Tahun 2023, satu majlis penyerahan bendera telah diadakan bertempat di Dewan ILI. Ketua Pegawai Eksekutif telah menyerahkan bendera kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) merangkap Timbalan Chef De Mission pada kejohanan berkenaan.


BULETIN PKPP EDISI 2 15 JULAI - DISEMBER 2023 Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan Dan Sukan KKDW (MAKSPEN) XIV Putrajaya Tahun 2023 19 – 22 Oktober 2023 Tahniah buat pasukan golf berkumpulan PKPP yang telah berjaya merangkul gelaran johan manakala bagi acara boling berkumpulan lelaki pula merangkul naib johan dalam setiap acara yang dipertandingkan. Syabas dan tahniah kepada semua kontinjen yang telah berusaha dalam menjayakan acara berprestij julung kali diadakan ini. Semoga PKPP dapat melakukan yang terbaik lagi untuk MAKSPEN yang mendatang. Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan dan Sukan KKDW (MAKSPEN) XIV Putrajaya Tahun 2023 telah berlangsung pada 19–22 Oktober 2023. Pada kali ini PKPP telah menyertai acara yang meliputi sukan bola sepak, bola jaring, bola tampar, badminton, ping pong, boling, dart, takraw, merentas desa, batu seremban, congkak, karom, mobile legend dan golf.


16 JULAI - DISEMBER 2023 BULETIN PKPP EDISI 2 Pembentangan Prestasi Ladang-Ladang PKPP sehingga 30 September 2023 9 November 2023 Pembentangan Prestasi Ladang-Ladang (PPL) PKPP sehingga 30 September 2023 telah diadakan pada 9 November 2023 bertempat di Grand Darul Makmur yang dihadiri oleh Pengurusan PKPP serta ejen pengurusan ladang iaitu LKPP Corporation Sdn. Bhd., PKPP Plantation Sdn. Bhd. dan PKPP Agro Sdn. Bhd. Secara keseluruhannya, prestasi kesemua ladang akan dinilai berdasarkan kepada 14 indikator yang ditetapkan antaranya meliputi tenaga kerja, penyelenggaraan, pembajaan, nisbah penuai, pendapatan/ perbelanjaan serta untung/rugi. Indikator ini akan menjadi penanda aras dalam memastikan kecekapan pengurusan ladang dan pengeluaran hasil BTS dapat ditingkatkan. Pemantauan dan penyeliaan secara berterusan di ladang-ladang mampu meningkatkan produktiviti di samping perbelanjaan secara berhemah mengikut bajet serta perancangan kerja operasi yang telah ditetapkan.


BULETIN PKPP EDISI 2 17 JULAI - DISEMBER 2023 Majlis Sambutan Ulang Tahun PKPP Yang Ke-54 15 November 2023 Acara ringkas sempena Sambutan Ulang Tahun PKPP yang ke-54 telah dimulakan dengan majlis solat hajat dan bacaan doa selamat. Dalam ucapan Ketua Pegawai Eksekutif, beliau mendoakan kejayaan PKPP mendatang dengan menghasilkan produktiviti yang tinggi, budaya kerja yang cemerlang seterusnya dapat membantu kerajaan negeri dalam pertumbuhan ekonomi khusus di Negeri Pahang. Kemuncak majlis dengan sesi memotong pulut kuning dan kek sebagai simbolik kepada sambutan ulang tahun PKPP. Kedua-dua acara ini berlangsung di PKPP yang disertai oleh Pengurusan dan Anggota Perkhidmatan PKPP.


18 JULAI - DISEMBER 2023 BULETIN PKPP EDISI 2 Majlis Pelancaran Manual Perladangan Syarikat Kumpulan PKPP 17 November 2023 YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi PKPP telah melancarkan Manual Perladangan Syarikat Kumpulan PKPP. Majlis ini telah diadakan pada 17 November 2023 bertempat di Hotel Grand Darul Makmur yang turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah PKPP, Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan PKPP, Pengurusan PKPP dan Pengurusan Kumpulan PKPP serta pegawai-pegawai. Selepas menyempurnakan gimik pelancaran, YAB Menteri Besar turut menyerahkan manual perladangan kelapa sawit, durian, kelapa dan nanas kepada Pengurus Besar setiap syarikat kumpulan PKPP iaitu LKPP Corporation Sdn. Bhd., PKPP Agro Sdn. Bhd., PKPP Plantation Sdn. Bhd., LKPP Property Sdn. Bhd. dan Kenanga Utuh Sdn. Bhd. Kesempatan turut di ambil dengan kehadiran semua Ahli Lembaga Pengarah PKPP dan jemputan-jemputan yang lain untuk meraikan ulang tahun PKPP yang ke-54. YAB Menteri Besar telah sudi mengetuai acara memotong pulut kuning diiringi nyanyian lagu Allah Selamatkan PKPP. Semoga manual perladangan ini dapat menyeragamkan pengurusan aktiviti perladangan di syarikatsyarikat Kumpulan PKPP dalam memperkasakan pengeluaran hasil ladang dan mengoptimumkan sumber dengan lebih produktif dan efektif.


BULETIN PKPP EDISI 2 19 JULAI - DISEMBER 2023 Program Hari Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PKPP 14 Disember 2023 Program Hari Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PKPP telah diadakan pada 14 Disember 2023. Program ini telah dibahagikan kepada dua slot iaitu sesi senamrobik dan ceramah. Seusai senamrobik, agenda diteruskan dengan sesi ceramah bertajuk “Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994” yang telah disampaikan oleh Puan Nurul Nadia Ummira binti Abu Bakar daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Pahang. Semoga anggota perkhidmatan dapat mematuhi polisi serta perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan sepanjang melaksanakan tugasan yang diberi dalam mencapai hasil kerja yang lebih produktif.


20 JULAI - DISEMBER 2023 BULETIN PKPP EDISI 2 Zakat Perniagaan PKPP Tahun 2023 22 Disember 2023 Majlis ringkas Penyerahan Zakat Perniagaan PKPP berjumlah RM3.0 juta oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, YH Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus kepada Pusat Kutipan Zakat (PKZ Pahang). PKZ Pahang telah diwakili oleh Encik Zafridan bin Mohd Daud, Ketua Bahagian Pemasaran. Semoga penyerahan ini menambah keberkatan kepada PKPP dan seluruh anggota perkhidmatan.


BULETIN PKPP EDISI 2 21 JULAI - DISEMBER 2023 Aktiviti-aktiviti Kelab Sukan dan Kebajikan PKPP Latihan Kayuhan PKPP Strawberry Village dengan penyertaan 10 orang telah diadakan pada 1-3 Disember 2023. Jarak kayuhan adalah 70 km dari Pos Bertau ke Cameron Highlands. Kejohanan Woodball Merdeka Challenge pada 3 September 2023 disertai oleh PKPP dan Kumpulan PKPP.


22 JULAI - DISEMBER 2023 BULETIN PKPP EDISI 2 Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antara PKPP FC dan PKNP FC pada 24 November 2023. Aktiviti-aktiviti Kelab Sukan dan Kebajikan PKPP


BULETIN PKPP EDISI 2 23 JULAI - DISEMBER 2023


24 JULAI - DISEMBER 2023 BULETIN PKPP EDISI 2 Nota


BULETIN PKPP EDISI 2 25 JULAI - DISEMBER 2023 Sidang Redaksi YH Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus PENAUNG PENASIHAT Puan Hajah Sharifah Norjannah binti Syed Agil Encik Suhaimi bin Mat Hussain KETUA PENGARANG PENYELARAS PENERBITAN Puan Siti Nazirah binti Awang Encik Mohamad Shahzeman bin Mohd Kamarulzaman JAWATANKUASA Puan Sophina binti Muhammad Safian Encik Muhammad Asyraf bin Md. Nazir Encik Amirul Syafiq bin Nasorudin Encik Ahmad Akmal bin Arshat Encik Mohd Rizal bin Ab Muni Encik Adam Aslah bin Poniman Encik Wan Mohd Yuslan bin Che Md Yusuff FOTOGRAFI Encik Hafizad bin Zainal Abidin Encik Mohd Sofian bin Dahalan Encik Mohd Mudzalifah bin Che Mustofai


Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) Bangunan PKPP, Jalan Gambut, 25990 Kuantan, Pahang Darul Makmur Tel : 09-5562455 Faks : 09-5564570 [email protected] www.pkpp.gov.my Editorial dan Penerbitan Unit Komunikasi dan Perhubungan Awam, Bahagian Teknologi Maklumat


Click to View FlipBook Version