The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohamad Shahzeman, 2024-02-14 23:52:33

BULETIN PKPP EDISI 1 JAN-JUN 2023

JAN-JUN 2023

www.pkpp.gov.my #PKPPPenerajuPertanianPahang BULETIN PKPP Majlis Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat PKPP Tahun 2023 m/s 8 JANUARI - JUN 2023 EDISI 1


7 6 5 KANDUNGAN Lawatan Pengurusan Kanan Ke Projek Pembangunan Ladang Durian PKPP Di Pamah Lebar dan RTP Lebu 4 m/s Cadangan Pembangunan Pusat Pentadbiran dan Latihan PKPP Plantation Sdn. Bhd. di RTP Lebu Perjumpaan YH Dato’ Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Anggota Perkhidmatan PKPP Tahun 2023 Bengkel Penyediaan Garis Panduan Permohonan Proses Pindah Penama dan Pemilihan Peserta (Sara Hidup/ Saham) Rancangan Sosial PKPP Majlis Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat PKPP Tahun 2023 Bengkel Pemahaman dan Kepentingan Malaysia Public Sector Accounting Standard (MPSAS) dan Pematuhan Standard Majlis Apresiasi Rakan Strategik Pahang Skills 2023 Lawatan Ke Tapak Projek Paya Laman, Lanchang Lawatan Kunjungan Hormat Oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Ke Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang Bagi Pertemuan Dua Hala Serta Perbincangan Berkenaan Sekuriti Makanan (Food Security) Lawatan Pengurusan PKPP Ke Makmur Dairy Sdn. Bhd. Kursus Tanaman, Pemprosesan dan Pasaran Nanas Untuk Kumpulan PKPP Program Team Building Back To Nature PKPP Lawatan Ladang PKPP Penor Idaman Pembentangan Prestasi Ladang-Ladang PKPP Bagi Tempoh Berakhir 31 Disember 2022 Perjumpaan Di Antara Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) dan Pengurusan Kanan PKPP Bersama Penyewa-Penyewa Kilang/Bengkel IKS Di Kawasan Perindustrian PPD Sg. Soi, Kuantan Majlis Meraikan Persaraan Encik Rahim bin Baba 8 9 Bengkel Familiarisasi Modul Myperformance Majlis Penyampaian Amanat Ketua Pegawai Eksekutif Serta Penyerahan Surat Pengesahan Jawatan dan Kenaikan Pangkat Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri PKPP Oleh YAB Menteri Besar Pahang 9 10 11 13 14 15 16 17 20 22 23 24 25 Seminar Information Security Management System (ISMS) ISO/IEC 27001 26 Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan PKPP (Cawangan Ibu Pejabat) Ke-42 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PKPP 27 28 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Bagi Usahasama Strategik Antara Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) 29 Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) Penyelidikan Penghasilan Makanan Ternakan Dari Sisa Sawit Antara Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan International Islamic University Malaysia (IIUM) 30 Sekalung Budi Sejambak Kasih Majlis Meraikan Persaraan Tuan Haji Roslan bin Mohd Ali 32 Majlis Anugerah Ladang (MAL) 2022 18 Aktiviti-aktiviti Kelab Sukan dan Kebajikan PKPP 33


SEKILAS Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera. Syukur Alhamdulillah dapat lagi kita bersua pada edisi kali ini. Secara sedar atau tidak sedar, kita sentiasa mengendalikan data dan maklumat di dalam urusan seharian. Data dan maklumat dalam bentuk fizikal dan digital terutama yang mempunyai darjah sensitiviti yang tinggi sentiasa terdedah kepada ancaman seperti kehilangan, kecurian dan gangguan serta boleh menyebabkan operasi sesebuah organisasi terjejas. PKPP telah menjadi salah satu agensi yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) peringkat Negeri Pahang untuk melaksanakan proses pensijilan Information Security Management System (ISMS) ISO:IEC 27001 bagi melindungi data dan maklumat daripada ancaman serta memastikan kesinambungan operasi sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka. ISMS juga akan meningkatkan keyakinan pemegang taruh (stakeholders) serta pihak-pihak yang berurusan dengan PKPP. Justeru itu, kerjasama dan sokongan daripada semua pihak amat diperlukan bagi memastikan perlaksanaan ini berjaya mencapai matlamat yang diharapkan. Sehingga bertemu di keluaran seterusnya. Sekian, terima kasih. Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus DSAP., DIMP., SMP., AAP., AMP. Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang. KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 4 Lawatan Pengurusan Kanan Ke Projek Pembangunan Ladang Durian PKPP Di Pamah Lebar dan RTP Lebu 4 Januari 2023 Pengurusan Kanan PKPP diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YH Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Pembangunan Ladang Durian PKPP di Pamah Lebar dan RTP Lebu pada 4 Januari 2023. Turut menyertai program lawatan ialah penasihat penanaman durian daripada Fresh Nursery Farm Consultant Sdn. Bhd. yang memantau aktiviti-aktiviti projek di bawah PKPP Plantation Sdn. Bhd. (PPSB) ini. Projek ini mula dibangunkan pada tahun 2020 secara berperingkat dengan kos pembangunan sehingga kini berjumlah RM11.54 juta bagi kedua-dua buah ladang. Projek tanaman durian merupakan sebahagian daripada aktiviti penjanaan pendapatan melalui sumber kekayaan baharu sebagaimana yang termaktub di dalam perancangan Pelan Strategik PKPP 2020-2025.


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 5 Cadangan Pembangunan Pusat Pentadbiran dan Latihan PKPP Plantation Sdn. Bhd. Di RTP Lebu 4 Januari 2023 Sesi taklimat mengenai Cadangan Pembangunan Pusat Pentadbiran dan Latihan PKPP Plantation Sdn. Bhd. di RTP Lebu telah disampaikan oleh LKPP Property Sdn. Bhd. kepada Pengurusan Kanan PKPP di tapak projek. Komponen projek yang terdiri daripada dewan seminar/latihan, pejabat pentadbiran, perumahan staf, infrastruktur sukan serta pusat pengumpulan hasil durian. Kos keseluruhan pembangunan dianggarkan berjumlah RM12.7 juta akan dibangunkan secara berperingkat.


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 6 Ketua Pegawai Eksekutif mengimbas kembali isu-isu yang melibatkan PKPP sepanjang tahun 2022 serta berkongsi tentang status semasa pelaksanaan Pelan Strategik PKPP 2020-2025. Perkongsian seperti ini bertujuan menyedarkan setiap anggota perkhidmatan tanpa mengira kedudukan bahawa mereka mempunyai sumbangan masing-masing dalam memastikan perancangan PKPP mencapai kejayaan yang diharapkan. Turut dikongsi ialah cabaran yang bakal dilalui pada tahun 2023 dengan mengambil kira ramalan tentang jangkaan kemelesetan ekonomi akibat peningkatan kos serta situasi di dalam dan luar negara. Majlis juga tidak ketinggalan memberi peluang kepada semua hadirin bagi mengemukakan pandangan dan cadangan bagi meningkatkan profesionalisme, semangat kerja berpasukan serta memelihara hubungan baik dan harmoni sesama warga. Perjumpaan YH Dato’ Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Anggota Perkhidmatan PKPP Tahun 2023 6 Januari 2023


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 7 Bengkel Penyediaan Garis Panduan Permohonan Proses Pindah Penama dan Pemilihan Peserta (Sara Hidup/ Saham) Rancangan Sosial PKPP 17 - 18 Januari 2023 Bengkel Penyediaan Garis Panduan Permohonan Proses Pindah Penama dan Pemilihan Peserta (Sara Hidup/Saham) Rancangan Sosial PKPP telah diadakan pada 17-18 Januari 2023 di Royale Chulan Damansara dengan penyertaan anggota seramai 20 orang yang terdiri daripada Seksyen Pembangunan PKPP. Tujuan bengkel ini diadakan bagi menyediakan garis panduan permohonan pindah penama dan pemilihan peserta (sara hidup/saham) Rancangan Sosial PKPP yang lengkap untuk kegunaan PKPP, peserta dan pihak yang berkepentingan. Antara aspek penekanan dalam garis panduan ini merangkumi syarat-syarat kelayakan permohonan oleh pemohon (waris), kategori pemohon tidak layak, kadar bayaran dan penamatan bayaran. Semoga garis panduan ini dapat diguna pakai dan menjadi rujukan kepada PKPP bagi proses pindah penama dan pemilihan peserta berkelayakan dalam memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 8 Majlis Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat PKPP Tahun 2023 19 Januari 2023 Majlis Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat PKPP Tahun 2023 telah berlangsung di De Rhu Beach Resort dan diserikan dengan kesudian YAB Menteri Besar Pahang menghadirinya bersama-sama beberapa Ahli Lembaga Pengarah PKPP serta Pengurusan Anak Syarikat Kumpulan PKPP. Turut dijemput hadir, pesara-pesara PKPP. Majlis diadakan bagi mensyukuri kejayaan PKPP selama ini serta mendoakan kejayaan PKPP untuk akan datang. Turut dikenang warga PKPP yang telah meninggal dunia dan doa dipanjatkan agar jasa-jasa mereka membangunkan PKPP dirahmati Allah jua.


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 9 Bengkel Pemahaman dan Kepentingan Malaysia Public Sector Accounting Standard (MPSAS) dan Pematuhan Standard 27 - 29 Januari 2023 Bengkel Pemahaman dan Kepentingan Malaysia Public Sector Accounting Standard (MPSAS) dan Pematuhan Standard telah dihadiri seramai 15 orang peserta. Sesi taklimat disampaikan oleh Puan Sabrina Syazlin binti Saaid daripada juruaudit AFTAAS. Tujuan bengkel adalah bagi mempelajari dan memahami peraturan serta tatacara penyediaan Penyata Kewangan dengan mematuhi piawaian MPSAS. Selain itu, untuk menyeragamkan pematuhan kepada piawaian perakaunan bagi entiti perakaunan. Majlis Apresiasi Rakan Strategik Pahang Skills 2023 30 Januari 2023 Majlis Apresiasi Rakan Strategik Pahang Skills Development Centre (PSDC) Tahun 2023 telah diadakan di Hotel Mega View, Kuantan. Majlis ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua jabatan yang sudi menjadi sebahagian daripada Rakan Strategik dan Pelanggan untuk menjalankan program-program jabatan yang dikendalikan oleh pihak PSDC. Penghargaan tersebut telah diterima oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Puan Hajah Sharifah Norjannah binti Syed Agil bagi pihak PKPP.


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 10 Lawatan Ke Tapak Projek Paya Laman, Lanchang 2 Februari 2023 PPK Kg. Paya Laman merupakan projek pembangunan infrastruktur asas untuk kawasan penempatan 127 lot tapak rumah penduduk kampung. Sebahagian lot tanah tersebut telah siap dibina rumah oleh penduduk kampung. PKPP telah dilantik oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebagai agensi pelaksana dan pembayar untuk PPK Kg. Paya Laman dengan peruntukan sebanyak RM18.0 juta. PKPP telah melantik LPSB sebagai pengurus projek. Skop pelaksanaan projek melibatkan kerja-kerja tanah, pembinaan jalan, longkang, dewan serba guna, surau, tangki air, rumah pam, padang permainan, gelanggang futsal serta bekalan air dan elektrik untuk dimanfaatkan kepada penduduk Kg. Paya Laman.


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 11 Lawatan Kunjungan Hormat Oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Ke Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang Bagi Pertemuan Dua Hala Serta Perbincangan Berkenaan Sekuriti Makanan (Food Security) 20 Februari 2023 Delegasi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang diketuai oleh Doktor Mohamad Khairil bin Mohamad Razi selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS melakukan kunjungan hormat ke Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP). Turut hadir sama pengurusan PKPP Agro Sdn. Bhd. Kunjungan hormat ini bertujuan berkongsi pengalaman seterusnya merangka perancangan usaha sama dua hala di antara kedua-dua pihak terutamanya isu berkenaan program keterjaminan keselamatan (Food Security) dan projek membangunkan ladang ternakan ayam dengan kerjasama Charoen Pokphand (CP).


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 12 Selesai perbincangan, delegasi PKPS melakukan lawatan ke Ladang PKPP Penor Idaman bagi melihat ternakan kambing, ladang kelapa dan ladang longan yang diuruskan oleh LKPP Corporation Sdn. Bhd. Selain itu, delegasi turut dibawa melawat ke beberapa premis perniagaan sewaan usahawan PKPP di Serambi Teruntum, Kuantan seperti Koperasi Keluarga Gemilang Pahang Berhad (KKGPB) yang mengusahakan penghasilan dan penjualan kopi serta teh manakala Syarikat Misha Omar Enterprise pula mengusahakan aneka sambal. Semoga hasil kunjungan hormat ini dapat memberi manfaat kepada dua pihak serta jalinan kerjasama dapat diteruskan pada masa mendatang.


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 13 Lawatan Pengurusan PKPP Ke Makmur Dairy Sdn. Bhd. 21 Februari 2023 Lawatan ke Makmur Dairy Sdn. Bhd. (MDSB) yang merupakan cabang aktiviti penternakan dan tenusu bagi LKPP Corporation Sdn. Bhd. (LCSB) telah dihadiri oleh pengurusan PKPP serta pengurusan kanan anak syarikat Kumpulan PKPP. Kronologi aktiviti MDSB bermula pada tahun 2005 dengan membawa masuk 70 ekor lembu baka Friesian Jersey dari Australia untuk tujuan tenusu. Bermula dari situ, aktiviti MDSB terus berkembang penambahan baka Brakmas, KK Cross serta Fresian Shahiwal. Selain lembu, penternakan kambing dan biri-biri turut diceburi oleh MDSB. Baka bagi tujuan tenusu seperti Shami, Saanen dan baka Katjang serta baka pedaging Dorper adalah antara yang dipelihara. Sebagai pelengkap, rusa baka Java Timorensis turut diternak di sini. Kini MDSB giat memperluaskan pasaran runcit produk tenusu dan daging seperti mewujudkan pusat jualan di lokasi yang strategik. Selain meningkatkan nilai tambah kepada hasil pengeluaran sendiri, pusat jualan ini juga membuka peluang kepada pemasaran produk lain keluaran Kumpulan PKPP.


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 14 Kursus Tanaman, Pemprosesan dan Pasaran Nanas Untuk Kumpulan PKPP 22 - 24 Februari 2023 PKPP dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah mengadakan Kursus Tanaman, Pemprosesan dan Pasaran Nanas Untuk Kumpulan PKPP pada 22-24 Februari 2023 di Johor Bahru. Peserta kursus seramai 35 orang adalah terdiri daripada kalangan pegawai-pegawai PKPP dan Bahagian Perladangan Kumpulan PKPP. YH Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus selaku Ketua Pegawai Eksekutif PKPP telah merasmikan kursus yang turut sama menjadi peserta. Penceramah dan tenaga pengajar pula adalah dari Ibu pejabat LPNM dan LPNM Negeri Johor. Kursus ini merangkumi sesi ceramah, amali dan lawatan kerja juga telah dianjurkan sebagai persediaan bagi menerokai bidang hiliran nanas dalam usaha mempertingkatkan pendapatan daripada tanaman ini. Bagi sesi lawatan kerja, peserta telah dibawa melawat syarikat Josa Pina yang di usahakan oleh usahawan yang berjaya di dalam industri nanas. Semoga ilmu yang diperoleh daripada kursus ini dapat merealisasikan perancangan strategik PKPP dalam industri nanas.


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 15 Program Team Building Back To Nature PKPP 24 - 26 Februari 2023 Program Team Building Back To Nature PKPP telah diadakan pada 24–26 Februari 2023 di Kela Adventure Camp, Raub. Program ini telah disertai oleh 75 orang terdiri daripada anggota perkhidmatan yang berjawatan gred 44 ke bawah. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama berpasukan serta meningkatkan keyakinan tinggi dengan cabaran yang dihadapi melalui aktiviti yang dijalankan. Selain itu, menghargai keindahan alam dengan mempelajari khasiat tumbuhan semula jadi di samping kesiapsiagaan dalam menghadapi situasi kecemasan terutama ketika berada di dalam hutan mahupun sungai. Semoga program ini dapat mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan anggota perkhidmatan dan dapat mempraktikkan segala ilmu yang diperoleh untuk diadaptasi dalam melaksanakan tugasan dengan cemerlang.


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 16 Lawatan Ladang PKPP Penor Idaman 2 Mac 2023 Delegasi Universiti Malaysia Pahang yang diketuai oleh Profesor Doktor Rizalman bin Mamat, Pengarah Kanan Pusat Kejuruteraan Automotif melakukan lawatan ke Ladang PKPP Penor Idaman pada 2 Mac 2023 bersama para penyelidik UMP dengan kepakaran di dalam bidang kejuruteraan, pertanian dan inovasi. Turut hadir sama Encik Ahmad Hisham bin Abdul Halim, Pengurus Penyelidikan dan Pemantauan serta ejen pengurusan ladang LKPP Corporation Sdn. Bhd. Lawatan ini bertujuan bagi mengenal pasti keperluan mekanisasi ladang sedia ada yang boleh di inovasi ke bidang automasi berasaskan pertanian/perladangan dalam meningkatkan kecekapan. Semoga jalinan kerjasama strategik ini dapat merealisasikan hasrat PKPP dalam industri pertanian/perladangan yang lebih berdaya maju.


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 17 Pembentangan Prestasi Ladang-Ladang PKPP Bagi Tempoh Berakhir 31 Disember 2022 16 Mac 2023 Pembentangan Prestasi Ladang-Ladang PKPP bagi tempoh berakhir 31 Disember 2022 diadakan pada 16 Mac 2023 bertempat di Geo Resort & Hotel Genting Highlands yang dihadiri oleh semua Pengurusan PKPP, Pengurusan Kanan serta pengurus-pengurus ladang daripada tiga ejen pengurusan ladang yang terlibat iaitu LKPP Corporation Sdn. Bhd. (LCSB), PKPP Plantation Sdn. Bhd. (PPSB) dan PKPP Agro Sdn. Bhd. (PASB). Rumusan daripada pembentangan yang dibuat, kesemua ladang masih menunjukkan keuntungan yang didorong oleh faktor harga MSM yang tinggi sepanjang tahun 2022 walaupun data penghasilan BTS keseluruhan menunjukkan penurunan.


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 18 Majlis Anugerah Ladang (MAL) 2022 16 Mac 2023 Majlis yang julung kali diadakan pada 2019 kini telah memasuki tahun ke-4. Untuk kali ini, kategori yang dipertandingkan telah bertambah kepada 9 berbanding tahun-tahun sebelumnya bagi mengiktiraf segala usaha dan kreativiti pengurusan di dalam meningkatkan produktiviti dan pengeluaran hasil. BIL. KATEGORI ANUGERAH LADANG PENERIMA ANUGERAH LADANG 1. Anugerah Peningkatan Hasil Terbaik Ladang Sg. Charu, PPSB 2. Anugerah Inisiatif dan Usaha Terbaik Ladang Paloh Hinai, PASB 3. Anugerah Prestasi Kewangan Terbaik Ladang Temin Kecil, LCSB Ladang Pulai, LCSB 4. Anugerah Inovasi dan Kreativiti Terbaik Ladang Ulu Lepar, LCSB 5. Anugerah Khas Juri Ladang Kemayan, PPSB 6. Anugerah Pengurus Ladang Harapan Encik Mohd Zulhashim bin Din Ladang Ulu Lepar, LCSB 7. Anugerah Ladang Harapan Ladang Temin Kecil, LCSB 8. Anugerah Pengurus Ladang Terbaik Encik Khalid bin Tamamuddin Ladang Charuk Puting, PPSB Encik Mohd Khairi bin Abdul Rahman Ladang Temin Kecil, LCSB 9. Anugerah Ladang Terbaik Ladang Pulai, LCSB


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 19


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 20 Perjumpaan Di Antara Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) dan Pengurusan Kanan PKPP Bersama Penyewa-Penyewa Kilang/Bengkel IKS Di Kawasan Perindustrian PPD Sg. Soi, Mukim Kuala Kuantan, Daerah Kuantan, Pahang 20 Mac 2023 Kilang/bengkel IKS milik PKPP di Kawasan Perindustrian PPD Sg. Soi terdiri daripada 32 unit yang meliputi 3 kategori bangunan iaitu kilang sesebuah satu setengah tingkat (8 unit), kilang berkembar satu setengah tingkat (8 unit) dan bangunan teres (16 unit). Kilang-kilang berkenaan diwujudkan bagi membantu pengusahapengusaha IKS di sekitar Kuantan supaya kilang tersebut dapat dijadikan sebagai pusat operasi dan jualan produk-produk tempatan yang diusahakan oleh mereka. Kilang-kilang ini terdiri daripada bengkel kimpalan, pemprosesan makanan, pemprosesan produk kecantikan, kedai perkakasan dan pemasangan perabot.


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 21 Perjumpaan ini diadakan untuk memberikan peluang kepada penyewapenyewa di PPD Sg. Soi dalam memberi maklum balas mengenai cadangan, pandangan serta permasalahan yang dihadapi sepanjang tempoh penyewaan di premis ini. Selain itu, di dalam perjumpaan ini turut dimaklumkan mengenai programprogram yang akan diadakan bagi membantu para pengusaha dari segi pemasaran dan bantuan kewangan untuk produk-produk yang diusahakan melalui agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Segala cadangan, pandangan serta aduan permasalahan daripada pihak penyewa diterima baik oleh PKPP untuk dipertimbangkan ke peringkat yang lebih bersesuaian agar dapat memberi manfaat kedua-dua belah pihak.


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 22 21 Mac 2023 Majlis Meraikan Persaraan Encik Abdul Rahim bin Baba Majlis persaraan pertama tahun 2023 bagi meraikan Encik Abdul Rahim bin Baba yang telah berkhidmat selama 37 tahun 11 bulan telah diadakan pada 21 Mac 2023 dan dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, pengurusan kanan serta anggota perkhidmatan PKPP. Encik Abdul Rahim bin Baba mula berkhidmat dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (dahulu dikenali LKPP Negeri Pahang) pada 1 April 1985 sebagai pelayan pejabat. Jawatan-jawatan lain yang pernah disandang oleh beliau adalah Pembantu Am Rendah, Operator Mesin Pemprosesan Data (OMPD) hingga jawatan terakhir sebagai Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi, Gred N19 dan akan bersara paksa pada 26 Mac 2023. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Abdul Rahim bin Baba atas jasa, sumbangan dan bakti sepanjang tempoh perkhidmatan di PKPP. Semoga beliau sentiasa di dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan.


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 23 Bengkel Familiarisasi Modul MyPerformance 4 - 5 April 2023 Bengkel ini telah diadakan dua siri pada 4-5 April 2023 dan 23-24 Mei 2023 di Makmal ICT Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dengan penyertaan anggota perkhidmatan berjawatan Gred 22–44 seramai 80 orang. Sesi ceramah telah disampaikan oleh Encik Mohd Noridzuan bin Jamil, Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang. Objektif Bengkel Familiarisasi Modul MyPerformance HRMIS ini adalah bagi memastikan proses mengunci masuk Sasaran Kerja Utama (SKU) di peringkat bahagian dapat dilaksanakan dalam usaha menyokong pembangunan Submodul MyPerformance menggantikan Sasaran Kerja Tahunan (SKT), merupakan salah satu KPI HRMIS dalam memastikan arahan penggunaan MyPerformance bagi penggunaan Modul Pengurusan Prestasi dan LNPT HRMIS tahun penilaian 2022 dan 2023 secara serentak “dual system” di PKPP dapat dilaksanakan pada tahun ini.


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 24 5 April 2023 Majlis Penyampaian Amanat Ketua Pegawai Eksekutif Serta Penyerahan Surat Pengesahan Jawatan dan Kenaikan Pangkat Seramai 21 anggota perkhidmatan PKPP telah menerima surat pengesahan jawatan masing-masing serta seorang menerima surat kenaikan pangkat dalam satu majlis yang diadakan pada 5 April 2023 bertempat di Dewan ILI, bersebelahan bangunan PKPP. Ketua Pegawai Eksekutif yang menyampaikan surat berkenaan kepada semua penerima, mengucapkan tahniah atas prestasi yang membolehkan kesemuanya disahkan ke jawatan masing-masing dan beliau berharap ini adalah permulaan kepada pencapaian yang lebih baik pada masa akan datang. Sikap proaktif serta keupayaan untuk menyiapkan sesuatu tugasan sebelum waktu yang ditetapkan (deadline) menjadi kriteria penting bagi budaya kerja cemerlang.


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 25 Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri PKPP Oleh YAB Menteri Besar Pahang 13 April 2023 Kelaziman apabila menghampiri Syawal, YAB Menteri Besar sendiri merangkap Pengerusi PKPP akan turun padang menyampaikan bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada pesertapeserta rancangan sosial di Kuala Lipis. YAB Menteri Besar yang juga ADUN Jelai diiringi oleh Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Lipis, YB Dato Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad serta ADUN Benta, ADUN Padang Tengku, Ahli Lembaga Pengarah PKPP dan Pengurusan Kanan PKPP serta LKPP Corporation Sdn. Bhd. bantuan sebanyak RM700 kepada peserta rancangan sosial yang terlibat iaitu RTP Sg. Ular, RPSK Peruang, RPSK Jerkoh dan RPSK Merapoh. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak menceriakan dan memberi makna kepada penerima untuk meraikan lebaran yang bakal tiba. Majlis yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Lipis pada 13 April 2023 ini turut diadakan bersekali dengan penyampaian sumbangan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada JPKK, JKPKOA, Tok Batin, Setiausaha JPKK dan ibu-ibu tunggal. Pada tahun ini, PKPP yang didorong oleh prestasi kewangan yang positif telah bermurah hati menyampaikan


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 26 Seminar Information Security Management System (ISMS) ISO/IEC 27001 2 -3 Mei 2023 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) merupakan suatu pendekatan yang bersistematik dan berstruktur di dalam pengurusan maklumat. Pelaksanaan ISMS meliputi polisi, proses, prosedur, struktur organisasi, perisian dan juga fungsi sesuatu perkakasan. Objektif ISMS adalah untuk mengurus dan melindungi keselamatan maklumat. Ia menekankan kepada konsep atau prinsip keselamatan maklumat iaitu pemeliharaan kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan. Selain itu, untuk Sesi seminar telah disampaikan oleh Encik Basri bin Zainol merupakan perunding daripada QTC Consultation Services Sdn. Bhd. Kursus ini telah dihadiri oleh 36 orang yang terdiri daripada pengurusan dan profesional PKPP serta wakil kumpulan PKPP. PKPP telah melantik perunding QTC Consultation Services Sdn. Bhd. dalam membantu PKPP menyediakan segala keperluan latihan sehinggalah pengauditan untuk mendapat pensijilan ISO/IEC 27001 memandangkan pelaksanaan sistem ISMS akan berkuat kuasa mulai 2024. mengurus dan melindungi keselamatan maklumat selaras dengan keperluan dan expectation stakeholder.


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 27 Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan PKPP (Cawangan Ibu Pejabat) Ke-42 Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan PKPP (Cawangan Ibu Pejabat) Ke-42 oleh YH Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif berlangsung pada 17 Mei 2023 di Dewan ILI, PKPP. Dalam ucapan perasmian, Ketua Pegawai Eksekutif mengucapkan syabas dan tahniah atas komitmen serta kerjasama jawatankuasa dalam menjayakan aktiviti sepanjang sesi 2021/2023. Aktiviti-aktiviti sebegini dapat mengeratkan ukhuwah selain memberi manfaat pembelajaran daripada pelaksanaan program tersebut. Beliau juga berharap kelab dapat bergiat secara progresif lagi dalam melaksanakan program yang lebih bersesuaian untuk semua ahli. Sebagai makluman, bilangan ahli KSK PKPP (Cawangan Ibu Pejabat) Sesi 2021/2023 sehingga 31 Disember 2022 seramai 487 orang yang terdiri daripada PKPP, LKPP Corporation Sdn. Bhd., Kenanga Utuh Sdn. Bhd., LKPP Property Sdn. Bhd., Tanah Makmur Berhad, PKPP Agro Sdn. Bhd. dan PKP Plantation Sdn. Bhd. 17 Mei 2023


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 28 19 Mei 2023 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PKPP Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri PKPP disambut secara sederhana telah berlangsung pada 19 Mei 2023 bertempat di Dewan ILI, PKPP. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurusan Kanan, Pengurusan Anak Syarikat serta anggota perkhidmatan. Selain itu, majlis turut meraikan bakal haji iaitu Encik Ahmad Hisham bin Abdul Halim selaku Pengurus Penyelidikan dan Pemantauan yang akan berangkat ke tanah suci pada 3 Jun 2023. Majlis mendoakan agar beliau diberikan kesihatan yang baik, kesejahteraan serta dipermudahkan urusan sepanjang menunaikan ibadah haji.


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 29 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Bagi Usahasama Strategik Antara Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) 26 Mei 2023 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Usahasama Strategik antara Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) merupakan kolaborasi projek ubahsuai dan menaiktaraf jentera Crawler untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti di ladang-ladang PKPP. Projek ini telah dijalankan oleh penyelidik Pusat Kejuruteraan Automotif dan Pusat Reka Bentuk Inovasi Teknologi UMP. MoU ini telah dimeterai oleh kedua-dua belah pihak iaitu YH Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus dan YH Dato’ Hajah Sarwah binti Mohamed Jusoh mewakili PKPP manakala YH Profesor Dato’ Ts. Doktor Yuserrie bin Zainuddin dan Professor Ts. Doktor Kamal Zuhairi bin Zamli mewakili UMP.


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 30 Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) Penyelidikan Penghasilan Makanan Ternakan Dari Sisa Sawit Antara Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan International Islamic University Malaysia (IIUM) 26 Mei 2023 Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Penyelidikan Penghasilan Makanan Ternakan Dari Sisa Sawit Antara Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan International Islamic University Malaysia (IIUM). Projek ini bertujuan untuk membangunkan formulasi palet makanan lembu pedaging dan tenusu yang berkualiti di pasaran. PKPP telah menyalurkan geran penyelidikan berjumlah RM331 ribu kepada IIUM bagi tujuan penyelidikan penghasilan makanan ternakan berasaskan sisa sawit yang berpotensi dan berdaya maju untuk dikembangkan. MoA ini telah dimeterai oleh kedua-dua belah pihak iaitu YH Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus dan YH Dato’ Hajah Sarwah binti Mohamed Jusoh mewakili PKPP manakala Profesor Amir Akramin bin Shafie dan Profesor Madya Ts. Doktor Armi bin Abu Samah mewakili IIUM.


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 31 Kedua-dua acara ini telah berlangsung pada 26 Mei 2023 di Hotel Corus Kuala Lumpur dan disaksikan oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail yang turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah PKPP, Pengurusan PKPP, Pengurusan LKPP Corporation Sdn. Bhd., delegasi UMP dan IIUM. Semoga usaha ini memberi manfaat bersama.


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 32 26 Jun 2023 Sekalung Budi Sejambak Kasih Majlis Meraikan Persaraan Tuan Haji Roslan bin Mohd Ali Majlis Meraikan Persaraan Tuan Haji Roslan bin Mohd Ali telah berlangsung pada 26 Jun 2023 bertempat di De Rhu Beach Resort. Majlis ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, pengurusan PKPP, pengurusan kumpulan PKPP serta anggota perkhidmatan PKPP. Tuan Haji Roslan bin Mohd Ali telah memulakan perkhidmatan dengan lantikan skim khidmat siswazah pada 3.7.1989. Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa syarikat seperti Seri Bumi Trading Sdn. Bhd., dan Kenanga Utuh Sdn. Bhd. Beliau mula berkhidmat dengan PKPP pada 1.4.2005 sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. Pada 1.1.2009 beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Tadbir Gred N41 dan perkhidmatan terakhir beliau ialah Pegawai Tadbir Gred N52 selaku Pengurus Pelaburan dan Korporat. Selain itu, beliau berperanan sebagai lembaga pengarah di syarikat LKPP Property Sdn. Bhd., PKPP Agro Sdn. Bhd., Kenanga Utuh Sdn. Bhd., dan Teqmed Tech Sdn. Bhd. Semoga setiap pengorbanan dan sumbangan beliau menjadi inspirasi buat seluruh warga PKPP. Semoga Tuan Haji Roslan bin Mohd Ali sentiasa di dalam rahmat Allah S.W.T serta dipermudahkan urusan dengan perancangan selepas persaraan ini. Majlis merakamkan setinggi penghargaan atas jasa, khidmat dan bakti selama 33 tahun 11 bulan 12 hari dalam menerajui PKPP yang akan mula bersara wajib pada 14 Jun 2023.


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 33 Aktiviti-aktiviti Kelab Sukan dan Kebajikan PKPP Kayuhan ukhuwah 3K Bike KETENGAH dan PKPP Cycling Team pada 11 Februari 2023. Bengkel Terapi Minda pada 14 Februari 2023.


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 34 Aktiviti-aktiviti Kelab Sukan dan Kebajikan PKPP Liga Bola Sepak Jabatan Kerajaan Daerah Kuantan 2023 pada 12 Jun 2023. Aktiviti memancing di Kelong Acheh, Mersing Johor pada 17 - 18 Jun 2023.


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 35


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 36 Nota


BULETIN PKPP EDISI 1, JANUARI - JUN 2023 37 Sidang Redaksi YH Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus PENAUNG PENASIHAT Puan Hajah Sharifah Norjannah binti Syed Agil Encik Suhaimi bin Mat Hussain KETUA PENGARANG PENYELARAS PENERBITAN Puan Siti Nazirah binti Awang Encik Mohamad Shahzeman bin Mohd Kamarulzaman JAWATANKUASA Puan Sophina binti Muhammad Safian Encik Muhammad Asyraf bin Md. Nazir Encik Amirul Syafiq bin Nasorudin Encik Ahmad Akmal bin Arshat Encik Mohd Rizal bin Ab Muni Encik Adam Aslah bin Poniman Encik Wan Mohd Yuslan bin Che Md Yusuff FOTOGRAFI Encik Hafizad bin Zainal Abidin Encik Mohd Sofian bin Dahalan Encik Mohd Mudzalifah bin Che Mustofai


Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) Bangunan PKPP, Jalan Gambut, 25990 Kuantan, Pahang Darul Makmur Tel : 09-5562455 Faks : 09-5564570 [email protected] www.pkpp.gov.my Editorial dan Penerbitan Unit Komunikasi dan Perhubungan Awam, Bahagian Teknologi Maklumat


Click to View FlipBook Version