The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ADi, 2024-05-20 10:18:03

MAJALAH SUKAN DAN PERPADUAN

SUKAN

PERPADUAN RAKYAT MAJALAH BULAN kekal aktif SUKAN DAN PERPADUAN M PU2 103 2 PE NGH AYATA N E T IKA DA N PERADABA N TERBITAN MAY 2024


BIL. PERKARA MUKA SURAT 1 PENGENALAN 1 2 SIDANG REDAKSI 2-3 3 MAKSUD SUKAN DAN PERPADUAN 4 4 PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN 5-6 5 FAEDAH BERSUKAN BAGI MEMUPUK PERPADUAN 7-8 6 USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK SEMANGAT SUKAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT 9-10 7 KEBERKESANAN SUKAN TERHADAP PERPADUAN 11 8 TOKOH SUKAN NEGARA 12-15 9 KESIMPULAN 16 10 LAMPIRAN 17-20 I S I KA N DU NGA N


PENGENALAN Sukan merupakan saluran yang paling berkesan bagi menyatukan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Aktiviti sukan sudah dilihat sebati dalam kalangan rakyat negara ini sejak kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Dalam acara sukan, atlet yang terdiri daripada pelbagai kaum bekerjasama untuk mencapai satu matlamat, iaitu memberikan kejayaan kepada pasukan, negeri atau negara diwakili. Bagi mencapai matlamat itu, soal perbezaan keturunan tidak langsung diambil kira kerana masing-masing mahu memastikan pasukan yang diwakili mencapai kejayaan. Tidak kira dalam apa-apa jua sukan, kerjasama dan hubungan akrab akan lahir apabila pemain daripada semua kaum dan etnik bertungkus-lumus dan bekerjasama menyahut cabaran sebagai satu pasukan. Walau bagaimanapun bukan setakat dalam kalangan atlet, peminat setia mana-mana sukan turut memberikan sokongan padu tanpa mengira bangsa. Dengan kata lain, sukan mampu menjadi wahana dan wadah yang dapat mengintegrasikan masyarakat berbilang kaum di negara ini . SUKAN DAN PERPADUAN 1


SUKAN DAN PERPADUAN SIDANG REDAKSI 2 HAZMAN HADI BIN HAIDZER 06DET23F1075 PENERBIT/EDITOR YAP CHUNG SENG 06DET23F1015 JURUFOTO 1


SUKAN DAN PERPADUAN 3 MUHD DZULIQRAM BIN MOHD JEFRI PENOLONG PENERBIT AHMAD HAIZM BIN WAHID 06DET23F1032 JURUFOTO 2


MAKSUD SUKAN Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan ataupun untuk mengisi masa lapang dan beriadah. Contoh aktiviti sukan yang agak popular pada masa ini ialah olahraga, renang, bola sepak, tenis, badminton,berbasikal, memanah,mendaki, skuasy dan lain-lain .Penyertaan dalam sukan dapat mempromosikan kecergasan fizikal, kerjasama pasukan, disiplin, dan semangat kesukanan. PERPADUAN Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas .Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia. SUKAN DAN PERPADUAN 4


PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara sata sama lain dengan pelbagai bangsa 1 Dapat membentuk masyarakat yang berdisiplin serta dapat melahirkan masyarakat yang harmoni 2 Dapat memupuk semangat kerjasama antara masyarakat 3 5


Dapat membentuk hubungan diplomatik di antara sesebuah negara dengan negara yang lain 4 Sukan berperanan sebagai alat perpaduan dan dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat 5 SUKAN DAN PERPADUAN 6


FAEDAH BERSUKAN BAGI MEMUPUK PERPADUAN PERINGKAT INDIVIDU Menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi masa lapang secara berfaedah. PERINGKAT MASYARAKAT Menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti, peningkatan semangat kesukarelaan, kerjasama dan sokongan. 7


PERINGKAT ANTARABANGSA Menyumbang kepada pemupukan jalinan dan kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing. SUKAN DAN PERPADUAN 8


USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK SEMANGAT SUKAN DALAM KALANGAN masyarakat Mewujudkan program di seluruh negara seperti Hari Sukan Negara bagi mengalakkan masyarakat untuk bersukan 1 Menyediakan dan menaik taraf infrastruktur sukan seperti memperbaiki dan menyediakan gelanggang sukan yang moden, lapangan permainan yang baik dan pusat latihan yang berkualiti tinggi 2 SUKAN DAN PERPADUAN 9


Memberi dana kepada setiap sekolah untuk menggalakkan sekolah-sekolah untuk mengadakan Hari Sukan Sekolah supaya amalan bersukan dapat dipupuk di usia muda 3 10 SUKAN DAN PERPADUAN Mengadakan pertandingan sukan pada setiap negeri supaya dapat mencungkil dan mengasah bakat 4


KEBERKESANAN SUKAN TERHADAP PERPADUAN Keberkesanan sukan telah terbukti dapat memupuk perpaduan apabila sesebuah kumpulan atau individu sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain walaupun mempunyai perbezaan warna kulit, bangsa dan agama. Contohnya, Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sekali lagi layak untuk ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow. Berdasarkan dokumentari, mereka telah menganggap rakan sepasukan mereka seperti adik-beradik yang membuatkan mereka berjaya dalam sukan bola sepak. SUKAN DAN PERPADUAN 11


TOKOH SUKAN NEGARA


Biodata: Nama: Dato' Muhammad Azizulhasni bin Awang Tarikh Lahir: 5 Januari 1988 Tempat Lahir: Dungun, Terengganu, Malaysia Gelaran: Azizul the Pocketrocketman Pendidikan: Sekolah Rendah: Sekolah Kebangsaan Batu 48, Dungun Sekolah Menengah: Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar, Dungun Sekolah Sukan: Sekolah Sukan Bukit Jalil Universiti: Universiti Deakin, Australia (Sarjana Muda Perdagangan, Pengkhususan Pengurusan Sukan) Kerjaya: Pelumba basikal trek profesional Pencapaian Utama: Pingat Emas: Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2017 Pingat Gangsa: Sukan Olimpik 2016 (Acara Keirin) Pingat Emas: Keirin, Pecut 200m Kejohanan Trek Asia 2008 Juara Dunia: Keirin, Kejohanan Dunia 2009 SUKAN DAN PERPADUAN 12


BIODATA Nama: Datuk Wira Dr. Lee Chong Wei Tarikh Lahir: 21 Oktober 1982 Tempat Lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia Ibu Bapa: Lee Ah Chai dan Khor Kim Choi Kehidupan Awal Minat awal dalam bola keranjang tetapi beralih kepada badminton pada usia 11 tahun kerana kebimbangan ibunya mengenai cuaca panas di luar. Ditemui oleh seorang jurulatih tempatan dan kemudian menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun di bawah bimbingan jurulatih Misbun Sidek. Pencapaian Pingat Olimpik: Pingat Perak: Beijing 2008, London 2012, Rio 2016 Ranking Dunia: Menduduki ranking nombor 1 dunia selama 199 minggu berturut-turut (21 Ogos 2008 - 14 Jun 2012) Pencapaian Terkenal: Memenangi pelbagai kejuaraan termasuk All England Open dan Malaysia Open. Meraih pingat emas di Sukan Komanwel. Penghormatan: Dianugerahkan pelbagai gelaran dan penghargaan di dalam dan luar negara. SUKAN DAN PERPADUAN 13


Biodata Nama: Yang Berbahagia Datuk Abdul Latif Romly Tarikh Lahir: 31 Mac 1997 Tempat Lahir: Perlis, Malaysia Kehidupan Awal Seorang atlet Paralimpik Malaysia yang cemerlang dalam acara lompat jauh T20. Pencapaian Rekod Dunia: Memecahkan rekod dunia lompat jauh T20 sebanyak tiga kali pada hari yang sama di Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro. Pingat Paralimpik: Pingat Emas: Lompat jauh T20 di Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro. Pingat Emas: Lompat jauh T20 di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun. Anugerah Malaysia: Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) (2017) Wilayah Persekutuan: Panglima Mahkota Wilayah (PMW) – Datuk (2022) 14


Biodata Nama: Datuk Dr. (HC) Nicol Ann David Tarikh Lahir: 26 Ogos 1983 Tempat Lahir: Pulau Pinang, Malaysia Kehidupan Awal Dilahirkan kepada pasangan Ann Marie David (keturunan Cina) dan Desmond David (keturunan India). Mempunyai dua orang adik-beradik, Lianne dan Cheryl. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Green Lane dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane. Memperoleh 7A dalam Penilaian Menengah Rendah dan 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Beragama Kristian (Roman Katolik). Pencapaian Kejohanan Dunia: Memenangi gelaran Terbuka Dunia: 2005, 2006, 2008, 2009, 2010. Memenangi gelaran Terbuka British: 2005, 2006, 2008. Kejohanan Junior Dunia: Juara dua kali: 1999, 2001. Kejohanan Asia: Juara tujuh kali: 1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008, 2010. 15


KESIMPULAN Kesimpulannya,aktiviti sukan berupaya mengukuhkan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Disamping itu, sukan dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan diri dan mental diri seseorang individu. Selain itu Sukan dapat memberi peluang kepada semua yang terlibat untuk membentuk masyarakat yang lebih sopan, berintegriti dan bertanggungjawab. Seterusnya, melalui sukan, rakyat Malaysia juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ini merupakan salah satu pengisian ke arah pencapaian matlamat konsep 1Malaysia berdasarkan penglibatan semua rakyat pelbagai bangsa, budaya dan agama. Hal ini menyebabkan Malaysia dapat melahirkan individu yang aktif dan juga mempunyai semangat perpaduan yang tinggi. Dasar ini sebenarnya selaras dengan dasar sukan negara yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. 16 SUKAN DAN PERPADUAN


LAMPIRAN


https://www.tvsarawak.my/2024/03/09/seki tar-15000-atlet-sertai-sukma-sarawakkukuhkan-perpaduan-abang-johari/ 1. 17


2. https://www.bharian.com.my/sukan/raket/201 9/03/538882/malaysia-jepun-kongsikepakaran-bidang-sukan 18 SUKAN DAN PERPADUAN


3. https://www.kosmo.com.my/2022/11/08/harisukan-negara-pupuk-semangat-kesukanan/ 19 SUKAN DAN PERPADUAN


4. https://www.kosmo.com.my/2023/05/03/sukansea-kemboja-2023-kontinjen-malaysia-sudahsettle-down/ 20 SUKAN DAN PERPADUAN


Click to View FlipBook Version