1.0 PENGENALAN (BOLA SEPAK)
Bola sepak ialah sukan
berpasukan yang paling banyak
dimainkan dan ditonton di dunia yang
dimainkan oleh dua pasukan yang mana
setiap pasukan terdiri daripada 11 orang
permain. Sebelum abad ke-21, sukan ini
telah dimainkan lebih daripada 250 juta
orang di lebih buah 200 negara, yang menjadikannya sebagai sukan paling terkenal
dan ia juga merupakan sukan rasmi di dunia. Bola sepak bertujuan
menjaringkan gol sebanyak-banyaknya dengan menggunakan bola kulit
ke gol lawan. Bola sepak dilumbakan ke dalam padang yang berbentuk segi empat
tepat, di atas rumput atau rumput buatan. Badan pentadbiran dunia bola sepak
ialah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Bahasa Perancis: Fédération
Internationale de Football Association).
Pada amnya, hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan menyentuh bola
dengan tangan di dalam kawasan golnya yang dipanggil kotak penalti
manakala 10 pemain lainnya hanya dibenarkan menggunakan semua bahagian
badannya selain daripada tangan, kebiasannya kaki untuk menyepak, dada untuk
mengawal, dan kepala untuk menanduk bola. Pasukan yang memiliki gol terbanyak
pada akhir perlawanan ialah pemenangnya. Jika sehingga masa berakhir kedua-
dua pasukan seri, maka boleh dilakukan undian, pembaharuan masa
ataupun tendangan penalti, bergantung kepada format penganjuran kejohanan.
Undang-undang perlawanan pada awamnya dikemas kini setiap tahun oleh
induk pertubuhan bola sepak antarabangsa (FIFA), yang juga menganjurkan Piala
Dunia FIFA setiap empat tahun sekali.
Di Malaysia, dan beberapa negara asia tenggara yang lain, Piala AFF Suzuki
merupakan satu kejohanan yang dianggap Piala Dunia bagi negara-negara dia
Asia Tenggara. Antara negara yang telah memenangi kejohanan ini ialah Thailand,
Singapura, Vietnam dan Malaysia.
2.0 SEJARAH BOLA SEPAK
Menurut FIFA, permainan-permainan
yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah
wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM.
Berbagai-bagai jenis permainan bola juga
telah diperkenalkan pada Zaman
Pertengahan Eropah.
Pada abad ke-19, permainan bola di
sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berlainan
mengikut sekolah) menjadi lebih terkenal. Lantaran itu, cara permainannya juga
lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara
permainan yang berlainan itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola
Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh
beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang
formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian
berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini.
Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga
Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board).
Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA,
empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara.
Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga
melalui undian majoriti.
Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini,
bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran
televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada
peringkat profesional di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi
ke stadium bola sepak untuk mengikuti pasukan pilihan mereka, manakala
berbilion-bilion yang lain pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen.
Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football
Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim
bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam
lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan
memerlukan peralatan yang sedikit tidak syak lagi menolong penyebaran dan
tumbesaran dalam popularitinya.
Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat
memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu sama ada peminat,
komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat
terkenal di dunia. Oleh kerana itu, ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan
Dunia Lalu.
3.0 PENGENALAN (RUGBI SENTUH)
Ragbi sentuh merujuk permainan
berasal daripada bola sepak ragbi di
mana pemain tidak saling merebut tetapi
menyentuh pihak lawan mereka
menggunakan tangan pada mana-mana
bahagian badan, pakaian atau bola.
Jenis pertandingan formal yang dikenali
sebagai Sentuh, berkembang dari liga ragbi dan kini wujud sebagai sukan
tersendiri. Tambahan pula, permainan ragbi sentuh dimain sebagai aktiviti latihan
bagi liga ragbi dan kesatuan ragbo; sebagai kelainan ragbi yang lebih selamat,
terutamanya di sekolah dan kelab junior, dan sebagai sukan sosial bukan formal.
4.0 SEJARAH RUGBI SENTUH
Ragbi merupakan sejenis permainan bola berpasukan yang dimainkan oleh
dua pasukan. Pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan menyepak,
melontar atau membawa bola sehingga mereka menyepak untuk melepasi gol
lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan. Pasukan yang memungut mata
paling banyak maka pasukan tersebut akan disytiharkan menang bagi perlawanan
itu.
Sejarah permainan ragbi bermula di sebuah sekolah di England. Pada tahun
1823, seorang murid dari sekolah ragbi bernama bernama William Webb Ellis
bermain bola sepak bersama rakan-rakannnya dan secara tidak sengaja William
mengutip bola yang dihantar kepadanya lalu membawa bola itu kea rah gol.
Bermula dari kejadian tersebut, permainan ragbi mula mendapat perhatian dalam
kalangan murid-murid di England.
Namun begitu, kaedah permainan ragbi ini mempunyai perbezaan dengan
ragbi sentuh iaitu jumlah pemain, ukuran padang, peraturan dan cara bermain.
Berikut adalah perbezaan ragbi sentuh dengan ragbi sebenar.
1. Jumlah pemain adalah sebanyak 7 orang sahaja dalam satu pasukan,
Hanya 5 orang sahaja yang akan bermain.
2. Jika pihak lawan telah melakukan touch sebanyak lima kali, bola tersebut
akan jatuh ke tangan pihak lawan.
3. Tiada tekel,, skrum dan tendangan try dalam permainan ini.
4. Cara sentuhan yang diambil kira adalah dengan menggunakan kedua-dua
belah tangan, namun ada sesetangah permainan menggunakan undang-
undang sentuhan satu tangan sahaja.
5. Gol akan dikira apabila try Berjaya dilakukan.
6. Bola yang dipegang tidak boleh jatuh. Jika terjatuh, bola tersebut akan jatuh
ke tangan pihak lawan.
7. Roll Ball akan dilakukan sebangai hantaran apabila bola terjatuh dan touch
sebanyak 5 kali.