BUKU SKRAP SEKOLAH: SK SENIBONG SEJERIN KOD SEKOLAH: YBB1419 Direka oleh: Shannon Steffan Sean Sonny (Tahun 6) Mesya Cala anak Jamnekel (Tahun 6) Dibimbing oleh: Cikgu Siti Amiza binti Kalana (PKHEM) GENERASI MADANI, SEKOLAH BEBAS DADAH.
Maksud DADAH , ALKOHOL, INHALAN Maksud DADAH , ALKOHOL, INHALAN DADAH adalah bahan yang menyebabkan perubahan dalam FISIOLOGI atau PSIKOLOGI organisma semasa diambil. INHALAN ialah bahan KIMIA yang mengandungi bahan PSIKOAKTIF yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap. ALKOHOL sinonim dengan ARAK atau MINUMAN KERAS. Minuman alkohol juga dikategorikan sebagai DADAH kerana memberi kesan ke atas sistem saraf pusat, sistem otak dan badan peminumnya.
Maksud ROKOK, VAPE & AIDS ROKOK ialah TEMBAKAU yang dibaluti dengan kertas dan apabila sesorang menghisap rokok, individu tersebut boleh menghembus asap yang dikeluarkan dari paru-paru melalui mulut dan hidung. AIDS ialah satu penyakit serius disebabkan oleh virus HIV yang menyerang dan memusnahkan daya ketahanan badan. Sistem pertahanan badan yang tidak berfungsi menjadikan individu mudah dijangkiti bakteria dan virus menyebabkan sakit teruk. VAPE atau ROKOK ELEKTRONIK merupakan sejenis penghantar NIKOTIN elektronik yang menggunakan pengewap berkuasa bateri.
SEBAB-SEBAB manusia terlibat dengan DADAH SEBAB-SEBAB manusia terlibat dengan DADAH STRES MASALAH KELUARGA MASALAH KEWANGAN MASALAH MENTAL MENGIKUT KAWAN
Menjejaskan prestasi kerja. Meruntuhkan institusi kekeluargaan. Tersisih daripada masyarakat. KESAN-KESAN penyalahgunaan DADAH KESAN-KESAN penyalahgunaan DADAH Keruntuhan akhlak. Terdedah kepada jangkitan HIV/AIDS.
CARA MENGATASI penyalahgunaan DADAH CARA MENGATASI penyalahgunaan DADAH Menghentikan pengambilan dadah. Mendapatkan bantuan doktor dan Agensi Anti Dadah. Mendapatkan perkhidmatan kaunseling. HIDUP BAHAGIA tanpa DADAH Dihormati dan disayangi masyarakat. Berjaya dan cemerlang. Keluarga bahagia dan sejahtera. Badan sihat dan kuat.
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK) AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK) AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN atau nama singkatannya iaitu AADK telah ditubuhkan secara rasminya pada 8 Mei, 1996. PERANAN AADK: Melaksanakan program pencegahan. Melaksanakan program lawatan dan pemulihan. Meningkatkan sistem maklumat dadah. Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam usaha memerangi ancaman dadah. Memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan. Laman Web Rasmi AADK Logo AADK
DADAH membawa banyak kesan buruk. Penyalahgunaan dadah yang berpunca daripada banyak faktor mengakibatkan banyak masalah sosial berlaku. Oleh itu semua pihak hendaklah berganding bahu mencegah dan mengatasi masalah musuh utama negara ini. KESIMPULAN PENGHARGAAN Penghargaan ini ingin kami tujukan kepada guru bimbingan kami iaitu Cikgu Siti Amiza binti Kalana kerana telah mengajarkan kami cara untuk membuat buku skrap digital. Akhir kata, semoga sama-sama kita terhindar daripada najis dadah. Cegah lebih baik!