KURSUS:
MPU20132 PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN
ASPEK-ASPKE YANG
MENYATUPADUKAN MASYARAKAT
BERBILANG KAUM DAN CARA
MEMUPUKNYA
PENSYARAH:
TENGKU RADZIATAN MARDZIIAH TENGKU A RAZAK
AHLI KUMPULAN
1.MUIZHAQ BIN NOOR HIJAZI (17DDT21F2040)
2.MUHAMMAD AZAM BIN ABDUL RAHIM (17DDT21F2010)
3. PUTRA IMRAN BIN FADZIL SHAM (17DDT21F2032)
4.MUHAMMAD HAZIQ BIN ARSHAD (17DDT21F2016)
5.MUHAMMAD FARHAN BIN ERWIN (17DDT21F2044)
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN 1
PENGANJURAN MAJLIS RUMAH TERBUKA 2
PELAKSAAN PROGRAM RUMAH TERBUKA 3
MENGHARMONIKAN HUBUNGAN MASYARAKAT 4
BERBILANG KAUM
NEGARA TERUS MAJU JIKA PERPADUAN KAUM 5-6
DIKEKALKAN
PENGHAYATAN RUKUN NEGARA KUNCI PERPADUAN 8
KAUM
KEBIJAKSAAN PEMIMPIN MEMACU PERPADUAN 8
NASIONAL
MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DAN PATRIOTISME 9
PERPADUAN MELALUI MAKANAN WARISAN 10
KESIMPULAN
11
RUJUKAN
12
PENGENALAN
Perpaduan merupakan istilah umum
yang biasa kita dengar, ia sering
dingunakan semasa perbualan harian.
Istilah ini amat penting dalam pembinaan
sebuah bangsa dan negara yang berbilang
kaum untuk disatukan di dalam konteks
keunikan Malaysia yang mempunyai
rakyat yang berbilang bangsa, agama dan
budaya.Gagasan perpaduan amatlah
penting dalam kepelbagaian.
1
PENGANJURAN MAJLIS RUMAH TERBUKA
Salah satu aspek aspek yang menyatupadukan masyarakat berbilang
kaum dan cara memupuknya ialah dengan menganjurkan rumah terbuka.
Majlis ini mendorong masyarakat mengeratkan silaturahim tanpa mengira
kaum dan agama. Dalam majlis yang diadakan, semua tetamu yang
menghadiri majlis rumah terbuka itu dapat bertanyakan khabar dan
berkenalan antara satu sama lain sambil menikmati makanan yang
disajikan. Dengan itu, hubungan silaturahim dapat dieratkan dan secara
tidak langsung perpaduan dapat dicapai. Perpaduan yang terjalin
sekaligus dapat memudahkan pencapaian misi dan visi negara dalam
usaha menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa. Jadi, setiap kaum di
Malaysia boleh berkunjung ke rumah terbuka antara kaum lain tanpa
sebarang halangan yang perlu dibimbangkan. Tegasnya, konsep
penyatuan antara kaum dapat dihidupkan melalui amalan rumah terbuka
Di samping mengeratkan silaturahim, amalan rumah terbuka ini juga
dapat membantu masyarakat mengenali budaya sesuatu kaum. Mereka
merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka berbeza latar
belakang, budaya dan juga agama. Amalan ini juga membolehkan setiap
kaum mengenali juadah kaum kaum lain serta memahami antara satu
sama lain selain didedahkan kepada adat resam dan pantang larang
dalam kalangan rakan rakan mereka sendiri. Sebagai contoh, orang India,
Cina, Iban, kadazan dan sebagainya dapat merayakan sambutan Aidilfitri
bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Hal ini
dapat membantu mereka mempelajari budaya dan adat kaum lain serta
budaya yang sihat juga dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum di negara kita. Pendek kata, budaya dan adat resam
kaum lain dapat dipelajari melalui amalan murni ini.
Bayangan yang samar kini kian jelas bahawa amalan rumah terbuka lebih
banyak membawa kepentingan serta kebaikan kepada negara dan
masyarakat. Oleh itu, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan
mendalam oleh semua pihak kerana sekiranya konsep ini tidak difahami
dan dihayati, dikhuatiri amalan ini hanya akan mendatangkan keburukan
atau sekadar cukup syarat sahaja apabila menganjurkannya. Kita tidak
mahu menjadi seperti "rumah sudah siap, pahat masih berbunyi" apabila
setelah menganjurkan rumah terbuka. Jika amalan murni ini dibudayakan
sudah pasti hasrat negara untul mencapai gagasan satu Malaysia akan
menjadi realiti dan bukan sekadar angan-angan Mat Jenin. Walaupun
negara kita merupakan satu titik kecil di dalam peta dunia, namun usaha
untuk menyatukan rakyat yang berbilang bangsa dapat dijadikan teladan
kepada mata dunia.
2
PELAKSANAAN PROGRAM
RUKUN TETANGGA
Program rukun tertangga merupakan salah satu program
sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan
masyarakat setempat yang pada asalnya untuk menjamin
keselamatan penduduk setempat. Dengan adanya program
seperti ini, masyarakat yang tinggal di kawasan sekitar dapat
membentuk kumpulan rondaan yang akan bertugas pada waktu
malam bagi mengurangkan kadar jenayah di sekitar kaawasan
perumahan. Kumpulan rodaan ini boleh disertai oleh individu
tanpa mengira kaum. Hal ini demikian, dengan cara ini
masyarakat mampu untuk mengeratkan silaturahim antara
jiran-jiran tetangga dan anggota rondaan itu boleh
dicampuraduk dengan individu daripada pelbagai kaum yang ada
seperti Melayu,Cina,India dan juga dilakukan secara bergilir bagi
menunjukkan semua masyarakat di kawasan tersebut dapat
menjalankan tugas dengan baik dan saling bersatupadu tanpa
ada pertelingkahan sesama sendiri.
Selainitu, setiap KRT(Kumpulan Rukun Tetangga) digalakkan
menganjurkan pelbagai bentuk kegiatan berbentuk kemasyarakatan,
kebajikan dan pendidikan yang juga dapat meningkatkan perpaduan
dan integrasi antara kaum. Malah kumpulan ini boleh mengadakan
aktiviti bulanan atau tahunan contohnya mengadakan gotong royong
perdana peringkat kawasan perumahan dan didalam program
tersebut boleh juga disertakan sekalia acara sukaneka bagi kanak-
kanak dan cabutan bertuah bagi yang hadir. Impak daripada program
ini, masyarakat dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara jiran
dan juga dapat mengenal mereka dengan lebih rapat malah
masyarakat dapat meluangkan masa bersama jiran.
3
MENGHARMONIKAN HUBUNGAN
MASYARAKAT
BERBILANG BANGSA
Mutakhir ini, isu berkaitan hubungan masyarakat pelbagai bangsa, agama dan
budaya di Malaysia mendominasi perbincangan di dada akhbar dan juga media
sosial di pelbagai peringkat. Isu-isu seperti pengenalan tulisan jawi dalam silibus
pendidikan dan ucapan sempena sambutan perayaan sedikit sebanyak
mencerminkan betapa pentingnya usaha yang lebih serius dan konstruktif dalam
mengurus masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.
Kepelbagaian masyarakat merupakan satu yang lumrah bagi kebanyakan negara di
dunia pada hari ini. Masyarakat yang terdiri daripada kelompok kaum, budaya dan
agama yang berbeza-beza menjadikan ia satu cabaran yang berpanjangan dalam
mengurus kemajmukan sosial ini. Cabaran ini wujud terutamanya dalam aspek
membentuk keharmonian, keamanan dan interaksi positif antara kaum, agama dan
budaya yang berbezabeza ini. Ia memerlukan pendekatan yang berhemah dan
penuh rasa hormat.
Sebagai sebuah negara moden yang sedang melakar masa depan yang lebih
dinamik serta berusaha untuk memposisikan diri sebagai salah sebuah negara maju,
cabaran berterusan dalam arus globalisasi dan pasca kemodenan merupakan satu
realiti yang harus ditangani dengan sebaik mungkin. Ini termasuklah ancaman
pelbagai krisis yang berbentuk penindasan dari segi ekonomi, politik dan sosial serta
isu-isu berkaitan pencabulan hak-hak kemanusian.
Cabaran-cabaran ini, jika tidak diatasi dengan baik dan berhemah, akan menjadi
halangan kepada proses pembinaan keharmonian dan perpaduan rakyat di dalam
negara ini. Malaysia perlu dikenali bukan hanya sebagai sebuah negara yang makmur
dari segi ekonomi dan pembangunan, malahan perlu menjadi sebuah negara yang
beridentitikan kepelbagaian agama, bangsa dan budaya, namun dapat bersama
dalam suasana yang aman dan hamoni.
Hubungan baik dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara ini harus
diharmonikan dan dipelihara. Aspek ini tidak boleh dijadikan taruhan oleh mana-
mana pihak yang mempunyai agenda peribadi atau agenda kelompok yang
tersendiri. Perlu ada rasa belas kasihan kepada rakyat yang inginkan keamanan dan
kestabilan negara agar berpeluang untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan
rasa selamat dan terjamin. Cukuplah kekacauan dan konflik di negara-negara asing
sebagai pengajaran kepada kita.
Kesimpulannya, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam menggalas kewajipan
ini. Pemimpin pelbagai peringkat terutamanya, harus senada dalam merealisasikan
agenda perpaduan negara. Persefahaman dalam kalangan pemimpin ini adalah amat
penting kerana melaluinya, rakyat akan dapat satu isyarat yang jelas bahawa
mengharmonikan hubungan masyarakat berbilang bangsa dan budaya di Malaysia
ini adalah tanggungjawab semua warganegara. 4
Masyrakat Pelbagai Kaum
NEGARA TERUS MAJU JIKA PERPADUAN KAUM DIKEKALKAN
Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada
kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin
sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan
pembangunan negara.
Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat
Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan
kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita.
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
(MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, agenda perpaduan sentiasa
dititikberatkan kerana dengan bersatu hati kita dapat membina
sebuah negara
yang aman damai, sejahtera dan rakyatnya sentiasa mementingkan
perpaduan dan negara aman, politiknya tidak huru-hara, serta
ekonomi yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing.
Tambahan pula, konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip “Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” juga menerangkan bahawa
hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan
kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan
cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah
ditetapkan.
Secara umumnya, perasaan prasangka dan ketidakpuasan hati
antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu
perkara asing. Persoalannya, bagaimana kita menangani isu ini
secara berhemah agar kita dapat meluahkan perasaan hati tanpa
menjejaskan keamanan dan keharmonian negara.
Di kebanyakkan negara, persengketaan antara kaum lebih-lebih lagi
berkenaan isu agama telah membawa peperangan yang berlarutan
sekaligus membantut pembangunan ekonomi, sosial dan juga politik
negara berkenaan
5
Langkah-Langah Bagi Mengatasi Masalah
Ketidakharmonian Di Antara Kaum
Sepanjang sejarah selepas kemerdekaan, isu bagi mewujudkan hubungan
harmoni antara kaum telah menjadi isu yang tiada titik noktah. Kerajaan
telah mewujudkan pelbagai dasar ke arah pembentukan integrasi nasional.
Objektifnya ialah untuk membina sebuah negara yang bersatu padu dan
mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil, maju, aman dan makmur
berasaskan prinsip-prinsip perlembagaan dan rukun negara.
Dasar Wawasan Negara (20012010) atau dikenali sebagai Wawasan 2020
merupakan usaha kerajaan untuk mengembangkan ekonomi, sosial dan
politik pada peringkat nasional dan antarabangsa serta menitikberatkan
pembangunan menyeluruh dan meliputi aspekaspek politik, ekonomi,
sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.
Menjelang tahun 2020, Malaysia diharapkan mampu menjadi sebuah
negara yang bersatu padu di mana masyarakat
Malaysia mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, penyayang, adil dan
saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing.
Konsep 1Malaysia telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib pada 3
April 2009. Konsep 1 Malaysia ini memberi aspirasi untuk memperbaiki
hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin
perpaduan yang lebih erat.
Penghayatan Rukun Negara kunci perpaduan kaum
Rukun negara bukan hanya sekadar prinsip yang dilafazkan tetapi perlu
difahami dan dihayati setiap isi kandungannya dengan terperinci kerana
ianya merupakan kunci kepada perpaduan masyarakat berbilang kaum.
6
PENGHAYATAN RUKUN NEGARA KUNCI
PERPADUAN KAUM
Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab kita seharusnya
memahami maksud disebalik 5 prinsip
rukun negara yang telah dibentuk pada
tarikh 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan
Negara iaitu setahun selepas berlakunya
tragedi 13 Mei 1969 yang membawa kepada
kehancuran perpaduan dan ketenteraman
negara.
Keluhuran Perlembagaan
Kepercayaan kepada Tuhan -Prinsip ini menekankan rakyat supaya
Melalui kepercayaan kepada tuhan
mempertahankan keluhuran dan
serta agama inilah yang menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang kemuliaan Perlembagaan Negara
berdaulat dan lambang kepada negara
bangsa. Walaupun, perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Negara adalah
Persekutuan memperuntukkan bahawa
Islam adalah agama rasmi Persekutuan sumber perundangan yang tertinggi dan
tetapi agama lain masih dapat
diamalkan dengan aman dan tenteram. berfungsi untuk memberi perlindungan
Prinsip ini dapat dilihat dengan jelas
menunjukkan bahawa dalam suasana kepada setiap rakyat negara ini tentang
harmoni rakyat Malaysia, mereka dapat
saling menerima perbezaan agama satu hak dan keistimewaan mereka sebagai
sama lain dan belajar menghormati
kepercayaan masing-masing. warganegara. Oleh itu, ia merupakan satu
kontrak sosial rakyat yang tidak boleh
dipersoalkan dan diganggu gugat oleh
mana-mana individu atau mana-mana
pihak.
Kedaulatan Undang-Undang
Kedaulatan undang-undang menunjukkan
bahawa setiap rakyat Malaysia adalah
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara sama taraf di sisi undang-undang. Selain
Kesetiaan kepada Raja dan Negara itu, kebebasan asasi juga terjamin bag
bermaksud bahawa setiap setiap warganegara Malaysia
warganegara hendaklah memberikan Undangundang negara yang berasaskan
taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri perlembagaan perlu diterima serta
Paduka Baginda Yang di-Pertuan dipertahankan kedaulatannya.
Agong. Ia berteraskan kepada amalan
Sistem Demokrasi Berparlimen dan
Raja Berperlembagaan dengan Seri kesopanan dan kesusilaan
Kesopanan dan kesusilaan bermaksud
Paduka Baginda Yang diPertuan Agong
perkembangan personaliti dan tingkah laku
sebagai ketua negara. bagi setiap rakyat. Ianya bertujuan bagi
membentuk warganegara yang bersopan
Oleh yang demikian, Seri Paduka santun dan menjaga tatasusila dalam
menghasilkan masyarakat yang berdisiplin
Baginda, Raja-Raja serta Yang Di- dan bermoral tinggi yang akan terwujudnya
sebuah masyarakat yang harmoni dan
Pertua Negeri menjadi lambang bersatu padu.
kepada perpaduan rakyat Malaysia.
7
KEBIJAKSAAN PEMIMPIN MEMACU PERPADUAN
NASIONAL
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sekeluarga
berkenan menyantuni mangsa-mangsa banjir
8
MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN
DAN PATRIOTISME
Patriotisme perlu ditanam semasa zaman kanak-kanak lagi kerana apabila kanak-kanak
menyukai rumah dan negara mereka, mereka akan membesar dengan menghargai
warisan, kepelbagaian dan sejarah mereka, dan berusaha untuk memperbaiki Malaysia
dalam semua aspek.
Patriotisme boleh ditanam dalam kalangan pelajar melalui kesedaran, pendidikan dan
pengetahuan. Sistem pendidikan harus disesuaikan untuk memupuk rasa bangga dan
kepunyaan bangsa.
Rasa kepunyaan ialah unsur penting yang perlu dipupuk dan dipelihara dalam kalangan
pelajar. Hanya melalui perasaan kepunyaan, generasi muda Malaysia boleh dibentuk
menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan matang serta pemimpin masa depan
negara.
Generasi muda mesti dimaklumkan dengan kepentingan perpaduan, perpaduan sosial
dan perdamaian kerana mereka adalah tonggak utama kejayaan dan pembangunan
negara. Oleh sebab pelajar adalah pemimpin masa depan negara, penting untuk
mereka menjalinkan hubungan lebih rapat walaupun terdapat perbezaan dalam
bangsa, budaya dan agama.
Memupuk perpaduan harus bermula di sekolah dengan usaha dapat dilakukan untuk
memupuk nilai-nilai keharmonian, perpaduan dan kedamaian antara kaum.
Guru perlu menggunakan kreativiti dan kemahiran mendapatkan pelajar semua kaum
mengambil bahagian dalam aktiviti bagi meningkatkan integrasi kaum.
Pelajar perlu mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah dan luar yang membolehkan
mereka berinteraksi antara satu sama lain dan membina persahabatan yang
berkekalan. Pengetua sekolah dan guru perlu menggalakkan pelajar memahami satu
sama lain dengan lebih baik dan saling menghormati antara satu sama lain.
Mereka mesti menjadi penggerak utama transformasi pendidikan kita, bukan sahaja
untuk mengajar dan memberikan pengetahuan dan kemahiran, tetapi juga untuk
menyatupadukan pelajar dari pelbagai kaum melalui aktiviti selaras dengan aspirasi
Malaysia yang bersatu padu.
KONSEP PERPADUAN
Semua rakyat Malaysia, terutama generasi muda, perlu menghayati konsep perpaduan di
bawah 1Malaysia dengan setiap orang menerima keunikan orang lain supaya kita dapat
hidup bersama dalam saling menghormati dan percaya. Ini kunci kepada negara yang aman
dan kesejahteraan rakyat.
Bangsa dan pembangunan negara tidak akan bermakna jika generasi muda tidak diserapkan
dengan nilai-nilai yang sesuai untuk mengisi peranan warganegara dan kepemimpinan hari
ini.
9
PERPADUAN MELALUI MAKANAN WARISAN
Malaysia mempunyai keunikan dari segi latar belakang masyarakatnya yang terdiri
daripada pelbagai kaum misalnya Melayu, Cina dan India yang mempunyai keistimewaan
budaya masing-masing. Salah satu aspek yang menyumbang kepada keistimewaan
masyarakat Malaysia ialah makanan tradisonal yang merupakan salah satu warisan tradisi
bagi setiap kaum. Dengan kepelbagaian makanan yang terdapat di Malaysia ini
sebenarnya dapat memberikan ruang dalam proses mengukuhkan ikatan perpaduan
antara kaum yang secara tidak langsung menggambarkan tradisi kehidupan masyarakat
Malaysia.
Terdapat beberapa makanan setiap kaum yang dapat dilihat memberi peranan yang
besar dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia. Antaranya ialah nasi lemak yang
merupakan makanan tradisi orang Melayu namun dinikmati oleh semua masyarakat
berbilang kaum di Malaysia. Nasi lemak bukan sahaja dinikmati oleh masyarakat Melayu
sebaliknya turut menjadi kegemaran kaum Cina dan India. Hal ini dikatakan demikian
kerana, nasi lemak bukan sekadar dijual di restoran Melayu malah turut ada di restoran
Cina mahupun India. Seperti yang kita sedia maklum, nasi lemak merupakan juadah yang
disajikan pada waktu pagi. Kini, tidak hairan jika nasi lemak dimakan pada waktu tengah
hari, petang mahupun malam. Lauk sampingan turut disediakan bagi meningkatkan lagi
kelazatan nasi lemak. Sebagai contoh, ayam goreng berempah, paru goreng, rendang
ayam atau daging, sambal sotong, udang dan kerang menjadi lauk sampingan kegemaran
ramai untuk dimakan bersama nasi lemak.
Di samping itu, makanan Cina turut menjadi tarikan kaum Melayu dan India. Hal ini
dikatakan demikian kerana, Restoran Mohd Chan sentiasa menjadi tempat tumpuan
pelanggan yang berbilang bangsa semata-mata untuk menikmati masakan asli kaum Cina.
Antara makanan kaum Cina yang menjadi kegemaran masyarakat ialah dumpling,
dimsum, yong tau foo dan kue tiau. Makanan ini dilihat menepati serta mengikuti cita rasa
rakyat Malaysia. Yee sang yang merupakan makanan kebudayaan kaum Cina juga dilihat
sebagai hidangan yang menjadi simbol perpaduan masyarakat majmuk di negara ini. Hal
ini demikian kerana makanan tradisi ini menjadi hidangan yang dinikmati bersama
masyarakat pelbagai kaum semasa perayaan Tahun Baru Cina. Ramuan yang digunakan
dalam Yee Sang adalah daripada makanan biasa sahaja namun makanan ini kelihatan
menarik ketika digaulkan kesemuanya dan menjadi lebih enak jika dinikmati bersama
dengan masyarakat yang berbilang bangsa ini.
Pada masa yang sama, rakyat Malaysia juga tidak mengetepikan sajian kaum India dengan
menjadikan juadah tersebut sebagai makanan harian mereka. Hal ini dikatakan demikian
kerana, kedai mamak yang dipelopori oleh pelanggan berbilang kaum terutamanya
Melayu sentiasa menjadi tempat untuk menjamu selera yang berpatutan dengan pelbagai
aneka makanan India disediakan pada masa yang sama makanan Melayu juga turut
didagangkan. Sebagai contoh, roti canai, tosai, roti naan, roti bom, nasi kandar dan banyak
lagi. Kedai mamak telah wujud di serata tempat, dimana kedai ini menjadi medan
pertemuan antara kaum. Fenomena ini akan merealisasikan peribahasa Melayu yang
berbunyi bagai isi dengan kuku. Ini kerana di medan pertemuan itu masyarakat kita akan
bersembang dan mengenali antara satu sama lain sambil menikmati teh tarik kaw yang
menjadi pilihan ramai setiap kali mengunjungi kedai mamak. Oleh yang demikian, kita
dapat memupuk perpaduan, mengeratkan silaturrahim serta mewujudkan rasa saling
hormat-menghormati antara satu sama lain.
10
KESIMPULAN
Pada pendapat saya, semua pihak perlulah
bertanggungjawab dalam penyatuan masyarakat
berbilang kaum. Pemimpin dari pelbagai peringkat,
terutama harus bekerjasama dalam merealisasikan
agenda perpaduan nasional negara.
Dari sudut pandangan saya, masyarakat yang teguh
dan saling bekerjasama melambangkan kemajuan
kepada negara itu sendiri dalam proses
pembangunan. Hal ini kerana, jika kita dapat
bersatu membangunkan bersama-sama negara ini
maka sebarang isu yang timbul dapat kita cari jalan
penyelesaian bersama.
Saya mengambil kata-kata seorang pemimpin
bahawa “Dengan keamanan terdapatlah
kebahagiaan dan kemakmuran dan bertambahlah
kekayaan negara.” (Tunku Abdul Rahman Putra Al-
Haj)
11
RUJUKAN
1.https://www.bharian.com.my/rencana/surat-pembaca/2018/09/469640/memupuk-semangat-
perpaduan-dan-patriosme
2.https://solidaritas.my/pemupukan-perpaduan-keluarga-malaysia-melalui-kepelbagaian-
makanan-tradisional/
3.https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/952739/terima-kasih-keluarga-
malaysia-hadir-rumah-terbuka-pm
4.https://www.jpnin.gov.my/ms/komuniti/rukun-tetangga
5.https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/01/651403/harmonikan-hubungan-
masyarakat-pelbagai-kaum
6.https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2021/01/774092/rukun-negara-asas-
perpaduan-pembinaan-negara-bangsa
7.https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/907708/agong-ziarah-mangsa-banjir-di-
rompin
12