1 DASAR DAN KETETAPAN KURIKULUM
Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 1 SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR KUALA KRAI DASAR DAN KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM 1. MESYUARAT ITEM KETETAPAN TINDAKAN MESYUARAT 1.1 Mesyuarat Induk Kurikulum dan Panitia Mata Pelajaran dirancang dan dilaksanakan empat kali setahun. (Surat Siaran: PKPA Bil 2: 1991) mengikut takwim sekolah. 1.2 Lantik pencatat minit yang akan menyediakan minit mesyuarat. 1.3 Notis Panggilan Mesyuarat disediakan seminggu sebelum mesyuarat menggunakan format SPSK. PK 07/01. Borang kehadiran menggunakan SPSK PK 07/02, Rekod Edaran SPSK PK 07/04 (jika perlu) dan Borang Maklum Balas Mesyuarat SPSK PK 07/05. 1.4 Mesyuarat Induk Kurikulum hendaklah dipengerusikan oleh Pengetua/ Guru Besar. Mesyuarat boleh dikendalikan oleh Timbalan Pengerusi (Penolong Kanan) dengan penurunan kuasa. 1.5 Mesyuarat panitia mata pelajaran dipengerusikan oleh Ketua Panitia Mata Pelajaran dengan dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi Sekolah. Setiausaha Kurikulum Ketua Panitia Guru Besar / Penolong Kanan Ketua Panitia 1.6 Agenda mesyuarat merangkumi berdasarkan format SPSKPK 07/03 a. ucapan pengerusi; b. membentangkan dan pengesahan minit sebelum; c. perkara-perkara berbangkit ; d. laporan unit / perkara-perkara baharu; e. hal-hal lain; dan f. penangguhan mesyuarat. Setiausaha Kurikulum/ Ketua Panitia 1.7 Minit mesyuarat disediakan mengikut format SPSK PK 07/03 dan disemak oleh pengerusi mesyuarat. Ketua Panitia/ Setiausaha Kurikulum 1.8 Minit mesyuarat perlu disiapkan tiga hari bekerja selepas mesyuarat atau tempoh (1/3/7 hari) mengikut SPSK. Setiausaha Kurikulum/ Ketua Panitia 1.9 Minit Mesyuarat Induk Kurikulum dibuat dua salinan dan disimpan dalam Fail Induk Kurikulum dan Fail SPSK. Setiausaha Kurikulum 1.10 Minit mesyuarat panitia dibuat dua salinan. Disimpan dalam fail panitia dan Fail Penolong Kanan. Ketua Panitia
Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 2 1.11 Agenda Laporan Unit @ Perkara Baharu merangkumi: a. Mesyuarat Pertama: (Kurikulum/Panitia) 1. Matlamat dan Objektif Kurikulum / Visi Misi 2. Dasar / Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum -termasuk Pengagihan Tugasan. 3. Post Mortem Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) (mengikut kesesuaian) 4. Perancangan Strategik Kurikulum 5. Anggaran Belanjawan Mengurus (PCG Mata Pelajaran) b. Mesyuarat Kedua/ Ketiga/ 1. Dasar / Ketetapan (dibangkit jika perlu/ada) 2. Laporan Pemantauan/Penilaian/Keberkesanan/Tindakan Penambahbaikan (Program Induk @Panitia/ Pencerapan/ Kewangan) 3. Post Mortem Peperiksaan Awam/Dalaman (mengikut kesesuaian) c. Mesyuarat Keempat 1. Laporan Pemantauan/Penilaian/Keberkesanan/Penambah baikan (Program/Pencerapan/ Kewangan) 2. Post Mortem PKS/Pentaksiran 3. Penyediaan/Pemurnian/Kemaskini Dokumen/Laporan 4. Penarafan Kendiri Sekolah SKPM. 5. Perancangan Tahun Hadapan. Semakan 2018 1.1 1. Mesyuarat Induk Kurikulum dan Panitia Mata Pelajaran dirancang dan dilaksanakan tiga kali setahun. (Surat Siaran: PKPA Bil 2: 1991) mengikut takwim sekolah.
Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 3 SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR KUALA KRAI DASAR DAN KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM 2. ANGGARAN BELANJA MENGURUS/ PCG MATA PELAJARAN ITEM KETETAPAN TINDAKAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS (ABM)/ PCG MATA PELAJARAN (KEWANGAN) 2.1 Panitia Mata Pelajaran menyediakan Anggaran Perbelanjaan/Perancangan Kewangan berdasarkan peruntukan yang diberi. 2.2 ABM mengikut format Nota Minta 2.3 Penyediaan ABM perlu dibincangkan dalam mesyuarat pertama panitia. Ketua Panitia 2.4 Format ABM merangkumi sumber pendidikan, program/aktiviti peningkatan pembelajaran murid, program pendidikan (lawatan/ keceriaan)/ keperluan khas. Ketua Panitia 2.5 Peruntukan kewangan mata pelajaran digunakan secara optimum untuk sumber pendidikan (60% hingga 80%)melibatkan semua tahun/ tingkatan. Ketua Panitia 2.6 Peruntukan untuk program peningkatan pembelajaran murid (20% hingga 30%) melibatkan semua tahun/ tingkatan. 2.7 Perpindahan peruntukan kewangan kepada tahun/tingkatan lain dilaksanakan jika sumber pendidikan bagi tahun/tingkatan lain telah mencukupi atau untuk memenuhi keperluan bagi membeli sumber dalam kuantiti besar tapi peruntukan yang diterima terhad (bergantung kepada peruntukan yang diterima oleh sekolah). 2.8 ABM panitia diserah kepada Penolong Kanan / Setiausaha Kurikulum seminggu selepas mesyuarat panitia pertama. Ketua Panitia 2.9 ABM disemak untuk memastikan telah dibuat dengan tepat. 2.10 ABM mata pelajaran dibuat tiga salinan dan disimpan dalam Fail Panitia, Fail Kurikulum dan Fail Ketua Pembantu Tadbir Kewangan (KPT)/PT PK / SU Kurikulum 2.11 Ketua Pembantu Tadbir Kewangan (KPT)/ Pembantu Tadbir Kewangan (PT) memastikan pembelian barang yang dibeli oleh panitia sama seperti barang/sumber/program yang dirancang dalam anggaran perbelanjaan panitia. SU Kurikulum 2.12 Sumber Pendidikan / program yang tidak tersenarai dalam perancangan/ anggaran perbelanjaan tidak boleh diluluskan pembelian kecuali mendapat keizinan/kelulusan daripada Pengetua/ Guru Besar. KPT/Pembantu Tadbir 2.13 Peruntukan untuk sumber pendidikan mesti dibelanjakan sebelum sesi cuti pertengahan tahun. Keseluruhan Peruntukan mestikan dibelanjakan sehingga 90 peratus sebelum bulan September bagi tahun semasa. 2.14 Semua panitia mata pelajaran perlu menyumbang 5.0 peratus peruntukkan kewangan bagi tujuan pembelian Penolong Kanan / Setiausaha Kurikulum
Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 4 sumber hapus kira (bergantung kepada keperluan sekolah). 2.15 Status Perbelanjaan PCG dipantau untuk memastikan peruntukan diurus dengan berkesan. Maklumat status dibawa dalam mesyuarat kewangan/ mesyuarat kurikulum/ panitia mengikut jadual/ takwim sekolah. 2.16 Pembelian sumber/program mesti mematuhi prosedur kewangan yang telah ditetapkan iaitu penggunaan nota minta Kegagalan mematuhi prosedur tidak akan diluluskan oleh Guru Besar. Setiausaha Kurikulum/ Ketua Pantia/ Ketua Pembantu Tadbir Kewangan. (KPT) Guru Besar KPT/Ketua Panitia.
Dasar dan Ketetapan Kurikulum (Kurikulum)Dasar dan Ketetapan Kurikulum 2022/2023 5 SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR KUALA KRAI DASAR DAN KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM 3. PENCERAPAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN / PEMUDAHCARAAN (PdPc) ITEM KETETAPAN TINDAKAN PENCERAPAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN/ PEMUDAHCARAAN (PDP) 3.1 Pencerapan PdP dilaksanakan mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1987: Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran. 3.2 Pencerapan dilaksanakan oleh Pengetua/Guru Besar dibantu oleh Penolong-Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia dan Guru Cemerlang. Surat Penurunan Kuasa disediakan bagi setiap pencerap yang dilantik. Guru Besar GB/Penolong Kanan 3.3 Jawatankuasa Pencerapan(JP)ditubuhkan . Penolong Kanan 3.4 Jadual Pencerapan dan agihan tugas pencerapan disediakan. 3.5 Instrumen pencerapan PdPc menggunakan Standard 4 SKPM: Pembelajaran dan Pengajaran. Jawatankuasa Pencerapan Jawatankuasa Pencerapan 3.6 Tarikh, masa dan kelas guru yang dicerap berdasarkan Jadual Pencerapan yang disediakan pada tahun semasa. Perubahan tarikh, masa dan kelas bergantung kepada keperluan dan kehendak atas perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Pencerap/Coach 3.7 Maklum balas pencerapan/ coaching dilaksanakan kepada guru oleh pihak pencerap. Maklum balas/ coaching dari segi peratusan skor, kekuatan dan kelemahan di sampaikan sama ada secara lisan/bertulis dan secara individu/ berkelompok. Pencerap/Coach 3.8 Borang pencerapan disediakan dalam dua salinan untuk disimpan dalam fail pencerapan dan salinan kepada guru yang dicerap. Jadual dan Rekod pencerapan disimpan untuk tempoh 2 tahun dalam Fail Pencerapan. 3.9 Maklumat/ data pencerapan dianalisa bagi menentukan skor keseluruhan, taraf PdPc guru dan mata pelajaran, kekuatan dan perkara-perkara yang perlu diambil tindakan. 3.10 Maklumat/ data pencerapan perlu dilaporkan dan dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum sekolah dan panitia mata pelajaran. 3.11 Setiap guru akan dicerap sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun. Guru yang tidak Penolong Kanan/ Ketua Panitia Unit Kurikulum 5
Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 6 mencapai KPI Pencerapan 80 peratus atau berada taraf Baik akan dicerap bagi kali kedua dan seterusnya (bergantung kepada keperluan sekolah).
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR KUALA KRAI DASAR DAN KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 7 4. SUMBER PENDIDIKAN DAN TMK ITEM KETETAPAN TINDAKAN SUMBER PENDIDIKAN DAN TMK 4.1 Peruntukan PCG mata pelajaran digunakan secara optimum untuk sumber pendidikan seperti yang ditetapkan dalam SPI dan mematuhi prosedur kewangan (SPI Bil: 5/2002, SPI Bil 8/2010). 4.2 Sumber pendidikan dan TMK perlu diinventori menggunakan KEW PA 3. Sumber pendidikan disimpan dengan bersistem dan mudah diakses. 4.3 Penggunaan sumber pendidikan direkodkan oleh guru dalam buku rekod penggunaan sumber pendidikan bagi setiap mata pelajaran. 4.4 Rekod penggunaan sumber disemak dan dinilai untuk tujuan keberkesanan dan penambahbaikan. Analisa data penggunaan sumber dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum/panitia. 4.5 Pemeriksaan dan penyelenggaraan sumber pendidikan dilaksanakan dua kali setahun. 4.6 Bahan bantu belajar berbentuk carta, model, surat khabar, majalah dan bahan bahan yang berkaitan digunakan sekurang- kurangnya sekali dalam seminggu. 4.7 Peralatan TMK yang dibekalkan ke sekolah digunakan secara optimum . 4.8 Sumber pendidikan seperti ICT/TMK/VLE sekurang-kurangnya digunakan 30% sepanjang tahun persekolahan dan dianalisis dua kali setahun. 4.9 Penggunaan Peta pemikiran (i-THINK) sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam aktiviti kumpulan semasa PdPc. 4.10 Penggunaan sumber pendidikan dalam latihan amali di makmal/ bengkel seperti yang diperuntukan dalam sukatan mata pelajaran yang berkaitan. 4.11 Murid dilibatkan sekurang-kurangnya sekali dalam tahun semasa untuk mata pelajaran yang berkaitan yang memerlukan projek luar/lawatan/khidmat masyarakat. PK/Ketua panitia Guru mata pelajaran Penyelaras bilik khas
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR KUALA KRAI DASAR DAN KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 8 5. TUGASAN DAN LATIHAN ITEM KETETAPAN TINDAKAN TUGASAN DAN LATIHAN 5.1 Latihan/ tugasan kepada murid perlu diberikan bagi memastikan pengukuhan konsep dan pengayaan dalam topiktopik yang diajar dan direkod dalam rekod pencapaian murid (borang transit) 5.2 Bilangan dan bentuk latihan/tugasan minimum mata pelajaran mengikut bidang diputuskan dan diterima dalam Mesyuarat Panitia yang pertama. 5.3 Latihan/ tugasan berfokus kepada soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sekurang-kurang 30% dan ke atas mengikut tahap keupayaan/ kebolehan murid. GPK 5.4 Tugasan berbentuk individu/ pasangan/ kumpulan dilaksanakan dengan menerapkan peta pemikiran (i-THINK) sekurang-kurangnya sekali seminggu. Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran 5.5 Bilangan buku latihan/ lembaran/ TMK ditetapkan oleh panitia seperti yang telah dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Panitia.
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR KUALA KRAI DASAR DAN KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 9 6. PENYEMAKAN LATIHAN MURID ITEM KETETAPAN TINDAKAN PENYEMAKAN LATIHAN MURID 6.1 Menyediakan jadual penyemakan latihan (buku/ lembaran/ TMK) dan memasukkan jadual tersebut ke dalam buku pengurusan/ takwim sekolah. 6.2 Penyemakan latihan murid hendaklah dibuat secara konsisten dan konstruktif. Buku Latihan/ lembaran/ TMK tugasan murid akan disemak oleh pihak pengurusan sekolah sekurang dua kali setahun. Guru Besar Penolong Kanan/ Ketua Panitia/ Guru Mata Pelajaran 6.3 Guru Mata pelajaran menyerahkan buku/ lembaran/ TMK dan penyemak akan memilih 10 latihan (secara rawak) dari setiap kelas untuk semakan. 6.4 Borang Penyemakan Latihan Murid hendaklah diserahkan sesalinan kepada Ketua Panitia. 6.5 Menganalisa maklumat/ data penyemakan untuk diambil tindakan (penambahbaikan) oleh ahli panitia dan dibentang dalam mesyuarat panitia. 6.6 Menganalisa maklumat/ data dan membuat penilaian. Hasil penilaian dibentangkan untuk tujuan penambahbaikan penyemakan buku latihan murid tersebut dalam mesyuarat kurikulum kedua, ketiga dan selanjutnya.
Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 10 SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR KUALA KRAI DASAR DAN KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM 7. PENTAKSIRAN ITEM KETETAPAN TINDAKAN Pentaksiran SEBELUM PENTAKSIRAN/PEPERIKSAAN 7.1 Penyediaan, Penyimpanan dan Pengambilan Kertas Soalan. 7.1.1 Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan pada awal tahun bagi merancang pentaksiran, penilaian dan peperiksaan. 7.1.2 Menyedia dan mengedarkan takwim peperiksaan. 7.1.3 Menyediakan senarai penggubal soalan bagi setiap penilaian/pentaksiran dan menyerahkan kepada Penolong Kanan. 7.2 PENGENDALIAN PEPERIKSAAN 7.2.1 Menyediakan Jadual Pengawasan Peperiksaan yang disahkan oleh GB/GPK. 7.2.2 Susun dan atur meja murid dalam kelas/dewanpeperiksaan mengikut susunan dan jarak yang sesuai. 7.2.3 Pengawas mengambil kertas soalan dan diedar kepada murid pada hari peperiksaan kertas itu dijalankan. 7.2.4 Mengawasi perjalanan peperiksaan. 7.2.5 Mengumpul kertas jawapan murid dan menyerahkan kepada Setiausaha Peperiksaan/ PK. 7.3 PENYEMAKAN KERTAS JAWAPAN 7.3.1. Menyerahkan skrip jawapan murid kepada guru mata pelajaran setelah peperiksaan selesai untuk diperiksa mengikut skema. 7.3.2 Memeriksa skrip jawapan murid, merekod markah dan menyerahkan kepada guru. 7.4 PENGAWASAN PEPERIKSAAN 7.4.1 Masuk ke kelas mengikut jadual waktu dan jangan masuk ke kelas lewat atau keluar awal dengan alasan penilaian belum bermula atau telah tamat. 7.4.2 Murid tidak dibenarkan keluar atau berulang alik ke tandas tanpa menggunakan pas keluar kelas. 7.4.3 Mengawas murid semasa penilaian dan tidak membuat tugasan lain seperti memeriksa kertas atau menulis Buku Rekod Persediaan Mengajar. 7.4.4 Mencatat nama murid yang tidak hadir atau keluar dari kelas. Su peperiksaan Ketua Panitia Penyelaras setiap tahun Semua guru
Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 11 7.4.5 Sebarang bentuk peniruan dalam peperiksaan perlu dirujuk kepada Penolong Kanan untuk tindakan selanjutnya. 7.5 KEHADIRAN MURID 7.5.1 Memastikan kehadiran murid pada setiap hari pentaksiran / peperiksaan dijalankan. Merekodkan kehadiran murid. 7.5.2 Memastikan murid menjawab kertas soalan yang diduduki. 7.5.3 Kehadiran murid mengikut waktu persekolahan biasa. 7.5.4 Murid yang lewat tidak dibenarkan mengambil penilaian melainkan dirujuk kepada pihak pengurusan terlebih dahulu. 7.5.5 Memastikan murid-murid yang lewat menunjukkan slip kebenaran kerana lewat daripada pentadbir atau guru disiplin. 7.5.6 Tidak ada penilaian ulangan walaupun pelajar mempunyai surat cuti sakit dan alasan yang kukuh. 7.6 PERSEDIAAN ALAT TULIS MURID 7.6.1 Memaklumkan kepada pelajar untuk menyediakan peralatan alat tulis yang lengkap. 7.6.2 Memaklumkan penggunaan pensel 2B untuk kertas objektif. 7.6.3 Melengkapkan maklumat murid terutamanya kod mata pelajaran, no kad pengenalan dan angka giliran jika ada. 7.7 PENYERAHAN KERTAS JAWAPAN 7.7.1 Guru perlu menyemak jumlah kertas yang dipungut sama dengan jumlah murid yang hadir. 7.7.2 Murid yang didapati meniru akan dibatalkan peperiksaannya. 7.7.3 Kertas perlu diserahkan sendiri ke bilik peperiksaan dan perlu tanda tangan bukti penyerahan dengan menggunakan borang. 7.7.4 Guru yang menyemak kertas berkenaan juga perlu tanda tangan borang pengambilan skrip jawapan dengan menggunakan borang. SU Peperiksaan/ Semua Guru
Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 12 7.8 KES-KES KHAS 7.8.1 Ibu bapa/penjaga akan dipanggil untuk berjumpa denganGuru Besar apabila terdapat kes-kes seperti berikut: a. Meniru/penyelewengan b. Tidak hadir c. Hadir peperiksaan tetapi tidak menjawab soalan d. Tidak menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh 7.10 ANALISIS PEPERIKSAAN 7.10.1 Mengisi borang analisis keputusan pentaksiran bagi setiap pentaksiran yang dijalankan dan menyerahkan analisis kepada Penolong Kanan dan setiausaha peperiksaan pada tarikh yang ditetapkan. 7.11 PBS 7.11.1 Melaksanakan PBS mengikut Tatacara Pelaksanaan PBS (Penambahbaikan Pelaksanaan) yang diedarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. 7.11.2 Memantau dan memastikan pelaksanaan PBS mengikut Taqwim sekolah. 7.11.3 Guru-guru PJK perlu melaksanakan pentaksiran untuk PAJSK sebanyak dua (2) kali setahun dan mengisi markah tersebut secara dalam talian (online). 7.11.4 Guru Bimbingan dan Kaunseling melaksanakan Ujian Psikometrik seperti yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan sebanyak sekali setahun dan markah direkodkan secara dalam talian (online). 7.11.5 Setiausaha PBS perlu memastikan setiap guru mengisi template markah mengikut jadual. 7.11.6 Semua markah dan rumusan markah direkodkan dan diserahkan kepada Setiausaha PBS sebelum disahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran. Guru Kelas Guru Besar / GPK SU Peperiksaan
Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 13 7.12 LAPORAN MARKAH PEPERIKSAAN 7.12.1 Masukkan markah dalam Sistem IDME dan mencetak analisis laporan. 7.12.2 Pelaporan murid ditandatanganioleh Guru Besar/GPK 7.12.3 Menyerahkan Pelaporan murid kepada ibu bapa/penjaga untuk disemak dan ditandangani. 7.13 TINDAKAN SUSULAN 7.13.1 Membentangkan analisis peperiksaan dalam mesyuarat panitia/ jawatankuasa kurikulum. 7.13.2 Mengenal pasti Tahap penguasaan(TP) bagi setiapm murid 7.13.3 Melaksanakan pengayaan / pemulihan berdasarkan analisis item. GPK Su Peperiksaan Guru Mata pelajaran Guru B&K
Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 14 SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR KUALA KRAI DASAR DAN KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM 8. RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN ITEM KETETAPAN TINDAKAN Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT) DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) 8.1 RPT disediakan sebelum sesi persekolahan tahun semasa bermula dari hari pertama hingga ke hari terakhir persekolahan. SPI Bil: 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. 8.2 RPT setiap mata pelajaran disediakan berpandukan Sukatan Pelajaran(SP), Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP), kesesuaian tahap kebolehah murid dan Takwim Persekolahan tahun semasa. Ketua Panitia/ Setiausaha Kurikulum/ Guru Mata Pelajaran 8.3 RPT setiap mata pelajaran bagi setiap tahun/tingkatan dirancang mengikut minggu untuk sepanjang tahun semasa berdasarkan takwim KPM (42 minggu persekolahan dan 39 minggu PdPc) termasuk cuti perayaan, peperiksaan dan sukan bermula dari hari pertama persekolahan hingga hari akhir persekolahan. 8.4 Penyediaan RPT merujuk Takwim Tahunan Sekolah termasuk cuti penggal, ujian, pentaksiran dan aktiviti sekolah. RPT hendaklah diselesaikan sesi persekolahan bermula. 8.5 Pengisian tema/ topik/ tajuk pelajaran untuk setahun hendaklah dimasukkan dalam RPT mengikut format yang selaras . Format Kulit Hadapan RPT mengandungi nama dan logo/ lencana sekolah, tajuk mengikut mata pelajaran dan tahun serta TAHUN SEMASA. 8.6 Semua tema/ topik/ tajuk dalam SP/ DSKP/ RPT dicukupi sebelum pentaksiran dilaksanakan. 8.7 RPT mesti disahkan oleh GB atau wakilnya sebelum digunakan. Penyediaan RPT dengan menggunakan media elektronik. Cetakan “hard-copy” tersebut hendaklah disahkan dan sesalinan disimpan dalam fail panitia dan kurikulum. 8.8 RPT boleh ditulis tangan atau ditaip/dicetak dan ditampal/diselitkan dalam Buku Rekod Mengajar (BRM) atau disimpan dalam fail berasingan tetapi perlu dikepilkan bersama BRM apabila dihantar untuk pemeriksaan pentadbir atau semasa penyeliaan PdPc atau oleh pegawai yang diberi kuasa menyemaknya. 8.9 Guru tidak boleh menyalin RPT sesuatu mata pelajaran daripada mana-mana sumber tanpa merujuk kepada Sukatan
Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 15 Pelajaran/ DSKP, Takwim Tahunan Sekolah dan tahap kebolehan murid yang diajar. Rancangan Pelajaran Harian (RPH) 8.10 Penulisan RPH mengandungi sekurang-kurangnya perkara- perkara berikut: (SPI Bil 3/ 1999) Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran Ketua Panitia Setiausaha Kurikulum Kelas, masa dan mata pelajaran Tajuk/ Tema , objektif pembelajaran dan aktiviti : (KBAT/ Peta i-THINK/ VLe-Frog) – sekurang- kurangnya dua kali seminggu. Bahan Bantu Belajar (BBB) dan refleksi/ catatan. Guru Mata Pelajaran 8.11 RPH ditulis tangan dalam Buku Rekod Mengajar (BRM) dan dihantar untuk pemeriksaan pentadbir atau semasa penyeliaan PdPc atau oleh pegawai yang diberi kuasa menyemaknya pada bila-bila masa. 8.12 RPH boleh disediakan dalam media elektronik. Jika ditaip dengan menggunakan media elektronik salinan bercetak perlu disimpan dalam fail/folder dengan lengkap untuk pemeriksaan pentadbir atau semasa penyeliaan PdPc atau oleh pegawai yang diberi kuasa menyemaknya pada bila-bila masa. 8.13 Objektif pelajaran dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur dan sesuai dengan keupayaan murid. 8.14 Peruntukan masa PdPc perlu digunakan secara optimum. 8.15 Aktiviti yang dilaksanakan terarah mencapai objektif pelajaran. Dimulakan dengan set induksi, aktiviti menjurus kepada pembelajaran murid dan penutup. (PAK 21) 8.16 Guru mencatat penggunaan sumber yang bersesuaian dan merangsang pembelajaran. 8.17 Refleksi ditulis setiap kali selesai PdPc dengan mencatatkan bilangan murid yang telah mencapai objektif pembelajaran. Tindak susul guru bagi murid yang tidak mencapai objektif pembelajaran. 8.18 Catatan digunakan jika PdPc tidak dilaksanakan.
Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 16 Lampiran 8/1 Contoh: Rancangan Pelajaran Tahunan Minggu Tarikh Tajuk/Bidang Pembelajaran Objektif/Kemahiran Hasil Pembelajaran yang dihasratkan Catatan/Tarikh pelaksanaan sebenar 1 4-6 Januari 2 9-13 Januari 3 4 23-27 Januari 23-24: CUTI TAHUN BARU CINA, 25 : CUTI PERISTIWA DAN 26-27: CUTI BERGANTI (Gantian 11 Feb & 3 Mac) 5 30 Jan- 3 Feb 30/1: 31/1: 1/2 : CUTI HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2/2 : 3/2 : 16 22 Mac – 2 April Cuti Pertengahan Penggal Pertama 17 hingga 42 Lampiran 8/2 Minggu Tarikh Tajuk/Bidang Pembelajaran Objektif/Kemahiran Hasil pembelajaran yang dihasratkan Catatan/Tarikh pelaksanaan Sebenar 1 4-6 Jan 2014 Tajuk 1 Aaaaaaa Aaaaaaa 2 9-13 Jan. 2014 Tajuk 2 Bbbbbb Bbbbbb 3 Tajuk 3 Ccccc Ccccc 4 23-27 Jan 23-24: CUTI TAHUN BARU CINA, 25 : CUTI PERISTIWA DAN 26-27: CUTI BERGANTI (Gantian 11 Feb & 3 Mac) 5 30/1-3 Feb 30/1 31/1 1/2 : CUTI HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2/2 : 3/2 : 6 hingga 42
Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 17 SEKOLAH KEBANGSAAN SK BANDAR KUALA KRAI DASAR DAN KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM 9. BUKU REKOD MENGAJAR (BRM) ITEM KETETAPAN TINDAKAN BUKU REKOD MENGAJAR (BRM) 9.1 Mematuhi Surat Pekelling Ikhtisas Bil, 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. Guru Mata Pelajaran 9.2 Penyediaan Rekod PdPc boleh disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dengan teknologi semasa. 9.3 BRM diuruskan dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang di beri kuasa. 9.4 Penggunaan/’Penyediaan Buku Rekod Mengajar (BRM) dan Folder/Fail PdPc (Media Elektronik) Guru Mata pelajaran 9.4.1 Membaca dan memahami semua arahan dan pekeliling yang terkandung dalam BRM. 9.4.2 Melengkapkan semua maklumat yang dikehendaki mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pengurusan sekolah. (Maklumat Peribadi Guru/ Jadual Waktu/Maklumat Murid). 9.4.3 Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran disisipkan dalam bahagian yang berkaitan. PK/Ketua Panitia. 9.4.4 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) disediakan mengikut ketetapan penyediaan RPT. RPT boleh dituliskan/disisipkan dalam bahagian yang berkaitan. Pengetua/Guru Besar 9.4.5 Penyediaan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) ditulis mengikut ketetapan RPH dan mematuhi SPI Bil 3, 1999. Mengandungi objektif, cara bagaimana untuk mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai. Guru Mata Pelajaran 9.4.6 BRM/Folder hendaklah disemak dan ditandatangani oleh pihak yang ditetapkan oleh Pengetua/Guru Besar. 9.4.7 Penghantaran BRM/Folder kali pertama bagi setiap tahun selewat-lewatnya pada minggu kedua bulan Januari. PGB/PK Guru Mata Pelajaran 9.4.8 Penghantaran BRM/Folder perlu dibuat pada hari Khamis setiap minggu. 9.4.9 BRM/Folder hendaklah diambil semula padahari Ahad kecuali bagi guru yang tidak hadir. 9.4.10 BRM/Folder adalah dokumen rasmi dan disimpan di tempat yang selamat.
Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 18 9.4.11 BRM/Folder mesti dibawa setiap kali guru melaksanakan PdPc. 9.4.12 Penyediaan RPH hendaklah dibuat sehari sebelum PdPc dilaksanakan. 9.4.13 Penghantaran BRM hendaklah direkodkan dan dipantau secara berkala. 9.4.14 BRM/Folder hendaklah diserahkan kepada pengurusan sekolah sebelum cuti akhir tahun dan disimpan di tempat yang selamat sekurang- kurang untuk tempoh tiga (3) tahun. 9.4.15 BRM/Folder akan disemak oleh Pentadbir yang bertanggungjawab memantau PdP guru.
Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 19 SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR KUALA KRAI DASAR DAN KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM 10. PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI PANITIA MATAPELAJARAN ITEM KETETAPAN TINDAKAN PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI PANITIA MATA PELAJARAN 10.1 Panitia mata pelajaran perlu merancang dan melaksanakan program bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran (pemudahcaraan) (PdPc). Perancangan program dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum dan panitia pertama. PK/Ketua Panitia 10.2 Sekurang-kurangnya satu program kualiti PdPc guru dilaksanakan setahun. 10.3 Perancangan Program Panitia meliputi program induk/kurikulum (contoh: teknik menjawab soalan/kelas tambahan), program sepanjang tahun/panitia (program dalam PdPc: bijak sifir, 5 minit) dan program semusim/berkala (minggu/bulan bahasa, kem sains, bestari solat). Setiausaha Panitia 10.5 Pengisian program perlu menumpukan dan menjurus kepada isu pembelajaran, peningkatan ilmu, kemahiran serta pemupukan nilai. Ketua Panitia 10.7 Peruntukan kewangan mata pelajaran (PCG) digunakan sekurang-kurangnya 20% – 30% dalam pelaksanaan program. Peruntukan kewangan bagi programpanitia dimasukkan dalam Perancangan Kewangan/ Anggaran Belanjaan Mengurus Panitia. PK/ Ketua Panitia 10.8 Program panitia mata pelajaran yang dilaksanakan hendaklah disediakan kertas kerja. Kertas kerja disediakan dan dihantar kepada SU/PK sebulan sebelum pelaksanaan program untuk kelulusan. Kertas kerja program disimpan oleh fail panitia dan sesalinan dalam fail kurikulum. Status pelaksanaan program panitia perlu dipantau mengikut jadual pemantauan yang ditetapkan. PK/Ketua Pantia 10.10 Maklumat pemantauan dan penilaian perlulah dilaporkan dan dibincangkan dalam mesyuarat panitia dan mesyuarat kurikulum untuk dibuat penambahbaikan. Ketua Panitia/ 10.11 Program hendaklah dilaporkan dan didokumentasikan sebagai bahan rujukan guru mengikut format yang telah ditetapkan. Ketua Panitia
Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 20 EKOLAH KEBANGSAAN BANDAR KUALA KRAI DASAR DAN KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM 11. JADUAL WAKTU INDUK/JADUAL PERSENDIRIAN/JADUALKELAS/JADUAL WAKTU GURU GANTI / JADUAL WAKTU BILIK KHAS ITEM KETETAPAN TINDAKAN JADUAL WAKTU 11.1 PENYEDIAAN JADUAL WAKTU INDUK 11.1.1 Jadual waktu disediakan mematuhi peraturan pendidikan dan Surat Pekeliling Ikhtisas(SPI) yang berkuatkuasa.(SPI Bil.3/1979, SPI Bil 17/1988, SPI Bil:8/1990, SP I Bil:25/1998 SPI: Bil.5/2002, SPI Bi:.11/2010). 11.1.2 Mengenalpasti mata pelajaran yang ditawarkan, bilangan kelas, bilangan guru dan opsyen serta mematuhi peruntukan masa untuk setiap mata pelajaran(SPI Bil: 17/1988, SPI Bil: 8/1990, SPI Bil:25/1998). 11.1.3 Jadual waktu pengajaran maksimum guru 28 - 32 waktu seminggu, Guru Besar minimum 6 waktu , Penolong Kanan minimum 12 waktu, Guru Media minimum 8 waktu dan Guru Data minimum 12 waktu. (SPI Bil:8/ 1990) Guru Besar PK Pentadbiran PK Petang 11.1.4 Perancangan dan penyediaan jadual waktu dilakukan pada akhir tahun persekolahan. SU Jadual Waktu 11.1.5 Menyusun jadual waktu induk, jadual waktu persendirian, jadual waktu kelas, jadual waktu guru ganti dan jadual waktu penggunaan bilik khas dengan menggunakan program jadual waktu terkini. Ketua Panitia Penyelaras Bilik Khas 11.1.6 Jadual waktu yang telah siap dicetak perlu disahkan dan ditandatangai oleh GB. 11.1.7 Jadual waktu guru diserahkan kepada semua guru seminggu sebelum sesi persekolahan bermula dan jadual waktu kelas diserahkan kepada murid pada hari pertama persekolahan. 11.1.8 Salinan jadual waktu induk dipamerkan di papan kenyataan jadual waktu dan salinan jadual waktu kelas dipamerkan di dalam kelas. 11.1.9 Jadual waktu disusun semula dengan segera apabila terdapat pertukaran guru atau keperluan lain. 11.1.10 Jadual guru ganti perlu disediakan apabila ketiadaan guru di sekolah 11.1.11 Jadual waktu yang ditetapkan hendaklah dipatuhi sepenuhnya supaya masa instruksional dapat dimanfaatkan. 11.1.12 Salinan jadual waktu induk, persendirian, kelas dan penggunaan bilik khas difailkan dalam Fail Jadual Waktu mengikut Daftar Fail 600-2/2/1 serta perubahan jadual waktu . 11.2 PENYEDIAAN JADUAL GURU GANTI 11.2.1 Mengenal pasti guru yang tidak hadir .
Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 21 11.2.2 Menentukan dan menyediakan jadual guru ganti mengikut keutamaan mata pelajaran guru yang tidak hadir menggunakan program terkini seperti atau kaedah manual (buku guru ganti). 11.2.3 Merekodkan dalam buku rekod guru ganti dan menyebarkan secara media sosial (Whatapps/Telegram) 11.3 PENYEDIAAN JADUAL WAKTU BILIK KHAS 11.3.1 Mengenal pasti bilik-bilik khas yang terdapat di sekolah untuk kegunaan PdPc. 11.3.2 Menyediakan, mengedarkan dan mempamerkan jadual penggunaan bilik- bilik khas. 11.3.3 Merekodkan penggunaan bilik khas mengikut jadual yang ditetapkan bagi memastikan penggunaannya secara optimum. 11.3.4 Memantau penggunaan bilik-bilik khas. 11.4 PENYEDIAAN JADUAL GPI 11.4.1 Mematuhi Norma Baharu GPI 11.4.2 Kelas yang mempunyai murid ramai ditetapkan 2 orang GPI untukmengajar Al-Quran.
Dasar dan Ketetapan Kurikulum 2022/2023 22 SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR KUALA KRAI DASAR DAN KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM 12. PENGURUSAN FAIL KURIKULUM/ PANITIA ITEM KETETAPAN TINDAKAN PENGURUSAN FAIL KURIKULUM / PANITIA 12.1 Tetapkan bilangan dan jenis fail (fail putih/folder) 12.2 Kandungan Fail Panitia: 12.2.1 Fail Induk (Fail putih terhad) Surat-menyurat (SPP Bil,5 Tahun 2007 Panduan Pengurusan Pejabat) 12.2.2 Folder 1 Visi dan Misi KPM Perincian Visi dan Misi (Sekolah) Matlamat dan Objektif Unit Kurikulum. Carta organisasi Pekeliling Maklumat guru Surat lantikan Mesyuarat panitia Kewangan(ABM) 12.4 Kertas Minit 12.4.1 Setiap Fail Putih Terhad perlu mengandungi kertas minit yang diletakkan sebelah dalam kulit depan fail. 12.4.2 Kertas minit mestilah yang asal dan tidak boleh difotokopi, tidak boleh bertaip, dan tidak boleh ditampal di atas kulit fail. 12.4.3 Prinsip proses surat keluar dan surat masuk: Surat masuk: pen dakwat merah Surat keluar: pen dakwat hitam /biru Tatacara meminitkan surat boleh dilakukan denagn tulisan/cap. Surat perlu dikandung dalam fail serta merta untuk tindakan pegawai bertanggungjawab. Surat segera diberi terus kepada pegawai yang bertanggungjawab (salinan). 12.5 Lokasi penyimpanan: Fail mestilah mudah diakses dan selamat. Fail mesti disusun secara sistematik (mengikut bidang dan turutan nombor fail). Rak penyimpanan fail perlu dilabel mengikut bidang dan turutan nombor fail. Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Setiausaha Kurikulum Setiausaha Panitia / PAR Setiausaha Kurikulum / Setiausaha Panitia Unit Kurikulum 2@@@@
Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 23 12.6 Sebarang pergerakan fail perlu direkodkan dalam buku log pergerakan fail. Fail tidak boleh dibawa keluar kecuali untuk pemantauan rasmi. 12.7 Fail perlu disemak sebanyak dua kali setahun . Gunakan borang pemantauan fail SPSK. 12.8 Pelupusan Fail mengikut ketetapan Guru Besar Penlong Kanan Ketua Panitia (SP Am, Bil,1/1997: Peraturan Pemeliharaan Rekod Rekod Kerajaan) Kandungan Fail lebih satu inci/100 surat Tulis:Fail ditutup dan diikat dengan tali putih Penyimpanan fail lupus di stor pejabat selama 5 tahun.
Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 24 SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR KUALA KRAI DASAR DAN KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM 13. PUSAT SUMBER SEKOLAH ITEM KETETAPAN TINDAKAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 13.1 Jawatankuasa Pusat Sumber 13.1.1 Sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah (JKPS) 13.1.2 Carta Orangisasi JKPS disediakan dan dipaparkan di dalam dan di luar Pusat Sumber sekolah. 13.1.3 Pemilihan buku/ bahan sumber/ TMK yang hendak dibeli dilakukan untuk memastikan pembelianbuku/bahan sumber yang sesuai. 13.1.4 Mesyuarat PS dirancang dan dilaksanakan tiga kali setahun dan mengikut ketetapan Mesyuarat. 13.1.5 Minit mesyuarat dibuat tiga salinan dan disimpan dalam fail induk Pusat Sumber / Fail Minit GB / Fail Penolong Kanan. 13.1.6 Mesyuarat jawatankuasa kerja dilaksanakan tiga kali setahun A. Perkara-perkara Dalam Mesyuarat Pertama i. Pengurusan dan Pentadbiran a. Struktur Organisasi b. Aktiviti Tahunan c. Pemantauan PSS d. Pengurusan Kewangan (Anggran Perbelanjaan) e. Pemilihan Buku ii. NILAM B. Perkara-perkara Dalam Mesyuarat Kedua i. Laporan Kewangan ii. Laporan Aktiviti iii. Laporan Pemantauan Aktiviti iv. Laporan Penilaian Aktiviti v. Penambahbaikan Aktiviti C. Perkara-perkara Dalam Mesyuarat 3 i. Laporan Kewangan ii. Laporan Aktiviti (Post Mortem ) iii. Laporan Prestasi NILAM iv. Hal-Hal Lain 13.1.7 Menyediakan peraturan penggunaan bahan sumber, pinjaman buku, peraturan masuk PS, penggunaan Pengurusan Sekolah JK Pusat Sumber (JKPS) JK Pemilihan JKPS SU JKPS Setiausaha dan AJK terlibat Setiausaha Pusat Sumber
Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 25 pusat sumber dan jadual operasi pusat sumber bagi kedua-dua sesi persekolahan. 13.2 BAHAN SUMBER 13.2.2 Memastikan Sumber pendidikan dan Teknologi Maklumat Komunikasi yang pelbagai disediakan mencukupi, terkini dan sesuai dengan keperluan pendidikan. 13.2.3 Bahan Sumber pendidikan hendaklah disusun mengikut kategori, disimpan secara sistematik mudah diakses dan diselenggara dengan terancang. 13.3 PENGGUNAAN PUSAT SUMBER 13.3.2 Menyediakan peraturan penggunaan pusat sumber, peraturan alatan/bahan yang dipinjam. 13.3.3 Setiap bahan yang dipinjam perlu direkodkan dalam buku penggunaan. 13.3.4 Peraturan Penggunaan Bilik-Bilik Khas (Bilik APD, BBM) JKPS Setiausaha Pusat Sumber Penyelaras Bilik/SU PSS i. Peraturan penggunaan bilik-bilik khas diletakkan di setiap bilik khas. ii. Penggunaan tempat MESTILAH ditempah sekurang-kurangnya awal sehari dari tarikh penggunaan. 13.4. PEMINJAMAN BUKU (INDIVIDU) 13.4.1 Setiap murid dan guru dibekalkan dengan satu kad matrik PSS. 13.4.2 Murid hanya dibenarkan meminjam 2 buah buku pinjaman dalam tempoh 5 hari dan 2 buah buku Red Sport dalam tempoh 3 hari. 13.4.3 Bahan pinjaman bercetak yang hilang mesti diganti semula dengan bahan yang sama. 13.4.4 Dikenakan caj RM 0.20 satu hari sekiranya peminjam lewat memulangkan buku.
Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 26 13.5 13.6 BUDAYA MEMBACA / PROGRAM NILAM 13.5.1 Merancang dan melaksanakan aktiviti/projek menggalakkan amalan membaca dalam kalangan murid. 13.5.2 Memastikan Program NILAM dilaksanakan dengan berkesan mengikut perancangan. 13.5.3 Buku NILAM murid perlu diperiksa oleh guru sekurang-kurang sekaliseminggu. 13.5.4 Mengadakan Anugerah Budaya Membaca dan NILAM. PEMANTAUAN 13.6.1 Pemantauan berterusan sekurang-kurangnya tiga kali setahun oleh pihak pentadbir sekolah. 13.6.2 Pentadbir merekodkan hasil pemantauan dalam buku laporan yang disediakan. 13.6.3 Isu/masalah yang timbul dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja PSS. 13.6.4 Kerosakan yang berlaku pada alatan sumber pendidikan dilaporkan kepada pihak sekolah. Ditetapkan dalam mesyuarat PIBG JKPS / JK NILAM Setiausaha Pusat Sumber Pentadbir
Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 27 SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR KUALA KRAI DASAR DAN KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM 14. PEMULIHAN DAN PENGAYAAN ITEM KETETAPAN TINDAKAN PEMULIHAN DAN PENGAYAN 14.1 Pelaksanaan program pemulihan dan pengayaanhendaklah mematuhi Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP (BS)8691/Jld.I/32 bertarikh 2 Januari 1985 “Guru Khas Pendidikan Pemulihan”. 14.2 Mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan melalui: 14.2.1 Pemerhatian 14.2.2 Pentaksiran Rekod Prestasi 14.2.3 Ujian Diagnostik 14.3 Pelaksanaan program pemulihan dan Pengayaan / rancangan atau kaedah pengajaran dan instrumen yang sesuai dibincangkan dalam Mesyuarat Kurikulum Mesyuarat Jawatan Kuasa Intervensi dan Mesyuarat Panitia. 14.3.1 Kelas Pemulihan Khas (Intervensi) a. Tentukan mata pelajaran (Bahasa Melayu /Matematik) b. Buku asas membaca/mengira 14.4 Maklumat/data perkembangan murid hendaklah direkod dan disimpan sepanjang program intenvensi dijalankan. 14.5 Pemantauan program-program pemulihan menggunakan borang pemantauan dan di buat secara berjadual. 14.6 Laporan pemantauan dibincangkan dalam mesyuarat panitia dan dilaporkan dalam mesyuarat kurikulum. 14.7 Penilaian program pemulihan dijalankan dua kali setahun menggunakan instrumen yang ditetapkan dalam mesyuarat Kurikulum / mesyuarat Panitia. 14.8 Murid yang tidak mencapai sasaran kembali menjalaniprogram pemulihan dengan membuat penambahbaikan program jika perlu. 14.9 Murid mencapai sasaran meneruskan dengan program pengayaan menggunakan kemahiran yang dikuasai dalam kelas melibatkan aktiviti yang menarik dan mencabar,memperkembangkan minat dan bakat, menyemai sifat berdikari dan minat untuk belajar. a. Bacaan tambahan b. Kerja-kerja projek c. Permainan dan rekreasi Guru mata pelajaran JK Kurikulum Guru Mata Pelajaran Guru mata pelajaran
Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 28 14.11 Carta Alir Proses Program Pemulihan
Dasar dan Ketetapan Kurikulum Unit Kurikulum 29 SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR KUALA KRAI DASAR DAN KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM 15. PENGURUSAN BILIK KHAS ITEM KETETAPAN TINDAKAN PENGURUSAN BILIK KHAS 15.1 Menyediakan peraturan-peraturan dan tatacara penggunaan bilik-bilik khas. 15.2 Peraturan dan tatacara penggunaan bilik khas perlu dipamerkan di tempat yang sesuai dan ditaklimatkan kepada semua guru dan murid pada awal tahun. 15.3 Menyediakan Buku Rekod Penggunaan Bilik dan Buku Rekod Pengambilan dan Pemulangan Alatan . 15.4 Memastikan semua peralatan dilabelkan, disusun dengan teratur dan diletakkan di tempat asal setelah digunakan. 15.5 Mengemas kini Buku Stok dan Inventori dari semasa ke semasa. Bahan yang berbahaya di dalam makmal sainsperlu diurus mengikut SOP dan dibuat hapus kira apabila bahan tersebut telah tamat tempoh. 15.6 Memastikan kunci bilik khas dilabelkan mengikut nombor bilik dan satu (1) salinan kunci disimpan di pejabat. 15.7 Menampal Jadual Penggunaan Bilik Khas di dalam/luar bilik. 15.8 Memastikan bilik-bilik khas sentiasa kemas, bersih dan selamat digunakan. 15.9 Murid hanya dibenarkan masuk dengan kehadiran guru dan guru perlu mengawasi murid sepanjang waktu. 15.10 Memastikan suis ditutup sebelum meninggalkan bilik. Penyelaras Bilik Khas (PBK) Guru Mata Pelajaran Ketua Panitia