The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shida rashid, 2020-04-28 20:16:31

ROAD TO QURAN

IHYA' RAMADHAN 2020

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

‘ROAD TO QURAN’

TAHUN 1441H/2020

ANJURAN:
PANITIA
PENDIDIKAN ISLAM
SK DESA TASIK
KUALA LUMPUR

PENGENALAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan Al-
Quran. Di dalamnya terkandung seribu
kebaikan. Sempena bulan yang mulia ini,
Panitia Pendidikan Islam SK Desa Tasik
mengadakan program Road To Quran. Ia
adalah satu program untuk membimbing
perkembangan bacaan Iqra’ murid secara
individu bagi membolehkan murid Khatam
Iqra’ sepanjang bulan Ramadhan.

MATLAMAT

Road To Quran merupakan matlamat utama
program ini di mana semua murid Islam
dapat Khatam Iqra’ sepanjang Ramadhan.
Ia perlu di laksanakan untuk mengatasi
masalah keciciran penguasaan bacaan Al-
Quran.

OBJEKTIF

 Dapat meningkatkan kualiti bacaan Iqra’
seterusnya memudahkan murid menguasai
bacaan Al-Quran.

 Supaya murid dapat membaca Iqra’
dengan lancar.

 Menggalakkan murid membaca Iqra’
pada bulan Ramadhan khususnya.

 Memupuk minat murid untuk cintakan
Iqra’ dan Al-Quran sepanjang masa.

SASARAN

Semua murid beragama Islam
Tahun 1 hingga 6
dan

masih di tahap bacaan Iqra’.

TEMPOH PELAKSANAAN

Sepanjang bulan Ramadhan tahun 2020.

PELAKSANAAN
Murid diminta untuk membaca Iqra’ dirumah

mengikut rekod bacaan semasa murid. Jika tiada
buku Iqra’, link bacaan Iqra’ disediakan secara
dalam talian (online).

Ibu bapa diminta untuk membantu mengajar dan
memantau bacaan murid.

Sila isi maklumat di borang yang disediakan.
Sekiranya tidak boleh dicetak atau tidak ada
printer,sila tulis didalam apa sahaja kertas. (Rujuk
Lampiran)

Murid yang telah tamat Iqra’ sepanjang bulan
Ramadhan ini hendaklah memaklumkan NAMA
PENUH dan KELAS melalui Whatsapp personal
kepada Ustazah Noor Rashidah binti Noor Rashid
https://wa.me/60176878794.

Murid yang Khatam Iqra’ akan ditasmik dan
dinilai semula oleh Guru Pendidikan Islam setelah
sekolah dibuka kelak.

PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar pelaksanaan
program Road to Quran ini berjaya. Dengan
penglibatan semua ibu bapa dan guru tidak
mustahil apa yang hendak dicapai akan
mampu dicapai. Bak kata pepatah ‘yang
berat sama dipikul, yang ringan sama
dijinjing’.

Disediakan oleh,

….…………………..
(Noor Rashidah binti Noor Rashid)
Guru Pendidikan Islam
SK Desa Tasik
Kuala Lumpur

LAMPIRAN

REKOD BACAAN IQRA` MURID

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA TASIK

NAMA MURID :_________________________KELAS : _______________

 Murid diminta untuk membaca Iqra` di rumah mengikut rekod

bacaan semasa murid.
 Ibu bapa diminta untuk membantu mengajar dan memantau

bacaan murid.

 Sila isi maklumat dibawah apabila murid selesai membaca.
 Sekiranya telah penuh sila buat salinan baru. Sekiranya tidak boleh

dicetak atau tidak ada printer, sila tulis didalam apa sahaja kertas .
 Sila serahkan borang ini kepada Guru Pendidikan Islam selepas

cuti.

TARIKH NOMBOR IQRA` MUKA SURAT

Tandatangan ibu bapa / penjaga : Tandatangan guru :
……………………………………………… ………………………………………


Click to View FlipBook Version