The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MAZLINA JOHARI IPG-Pensyarah, 2024-06-27 03:31:55

SEJARAH SENI TAMPAK ZAMAN MODEN DI MALAYSIA

SEJARAH_SENI_TAMPAK_ZAMAN_MODEN_DAN_TOKO

1 Sejarah Seni Tampak Zaman Moden Di Malaysia


2 1.1 PENGENALAN : SEJARAH SENI TAMPAK ZAMAN MODEN DI MALAYSIA Sejarah Seni Tampak Zaman Moden merupakan suatu pendekatan seni di Malaysia yang bermula kemunculannya apabila pelukis seni di Malaysia mula menggunakan cat minyak di atas kanvas. Hal ini berlaku apabila hadirnya golongan barat yang membawa masuk aliran dan kaedah ini ke tanah melayu pada masa itu. Munculnya penghasilan karya di atas kanvas maka bermula era sejarah seni tampak zaman moden di Malaysia pada masa itu. Seni tampak di Malaysia dipercayai mula berkembang sejak tahun 20-30an lagi. Perkembangan dipercayai berpunca daripada faktor-faktor tertentu. Seni tampak di Malaysia pada zaman tersebut dianggap mentah dan tidak halus kerana tidak mendapat bimbingan dan panduan yang betul. Setelah pengembaraan Eropah dan Inggeris meminta pelukis-pelukis negeri-negeri selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran-gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Perkara ini bertujuan untuk mengembangkan ilmu dalam bidang ini dan juga sebagai minat mereka dalam bidang ini. Karya-karya tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya. Sumbangan masyarakat Cina kepada perkembangan seni halus di Malaysia dan Singapura disebabkan daripada kedatangan dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yabg telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa. Pada tahun 1920 merupakan peringkat yang sangat penting dalam sejarah seni lukis Malaysia. Yong Mun Seng dari Singapura telah datang ke Pulau Pinang dan mendirikan studio seninya iaitu merupakan studio seni lukis pertama di Malaysia. Antara pelukis pertama yang mengadakan pameran seni lukis di negara tersebut ialah Ooi Hwa yang telah mempamerkan karya-karyanya di Pulau Pinang pada tahu 1927. Pada masa ini, mula lah titik perkembangan seni tampak di Malaysia sehinggalah pada masa sekarang. Pada masa itu, telah datangnya unsur seni seperti Kubisme, Surealisme, Futurisme, dan Konstruktivisme. SEJARAH PADA TAHUN 30-40AN Seni halus Malaysia bermula pada sekitar 1930-an dengan terciptanya karya catan awal oleh Yong Mun Sen, Abdullah Arif, dan tokoh-tokoh lain. Pada masa itu, pelukis Malaysia bebas daripada sebarang kongkongan kerana belum terdedah


3 kepada tradisi atau aliran agung dari Barat. Pendedahan hanya tertumpu pada karyawan disekeliling mereka dan penghasilan rakan seperjuangan. Disebabkan mereka tidak berpeluang mendapat bimbingan, kebanyakan hasil karya mereka adalah mentah dan tidak halus. SEJARAH PADA TAHUN 50-AN Pada awal tahun 1950-an, Malaysia mula mempunyai pelukis yang berkedudukan dan dedikasi seperti Yong Mun Sen, Abdullah Ariff, Cheong Soo Pieng, Khaw Sia dan tokoh-tokoh. Pelukis asing yang aktif ialah Chuah Thean Teng (China) dan Mohd. Hoessein Enas (Indonesia). Mereka kemudian menetap di Malaysia. Namun alam seni halus Malaysia masih dalam keadaan yang suram dan kurang memberangsangkan. Karya-karya seni dalam pameran jarang dibeli dan pameran yang diadakan sekalsekala juga cepat dilupakan disebabkan kurangnya publisiti dan ulasan melalui media massa. Pada tahun 1952, Tay Hooi Keat yang kembali ke Pulau Pinang dari UK selepas mendapat pendedahan di luar negara telah memperkenalkan konsep baru yang memeranjatkan masyarakat seni halus tempatan, The Penang Art Teacher’s Council telah ditubuhkan di bawah bimbingan beliau. Dalam tahun 1950-an banyak penubuhan telah ditubuhkan antaranya, Wednesday Art Group, Selangor Art Society, Angkatan Pelukis Semenanjung dan Thursday Art Group Kumpulan pelukis keluaran Akademi Seni Nanyang seperti Lai Foong Moi, Khoo Sui-Ho, Cheah Yew Saik, dan lain-lain telah membawa balik gaya yang dipengaruhi oleh beraneka aliran catan Eropah dan juga catan Cina. Menjelang kemerdekaan, seni telah menjadi suatu simbol yang menyatupadukan semua rakyat Malaysia. Alam seni Malaysia mula berubah daripada bertaraf picisan kepada bertaraf antarabangsa. Kesedaran baru, sikap tanggungjawab, dan pembangunan seni lukis adalah selaras dengan kewajipan dan penglibatan pelukis disebabkan pelukis tanah air telah mendapat pendidikan seni secara formal di luar negara. Penubuhan Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1958 sangat bermaknabagi para pelukis tanah air. Pelukis-pelukis tempatan mula mendapat sokongan yang positif serta pengiktirafan, dan ini menambahkan keyakinan karyawan. Dekad 1950-an seni tampak moden Malaysia berkembang pesat disebabkan oleh bebrapa faktor. Pertama Malaya merdeka daripada jajahan British pada 31 Ogor 1957. Kedua, Balai Seni Lukis Negara dibuka pada 27 Ogos 1958. Ketiga, Syed Ahmad Jamal, Yeoh Jin Ling, dan beberapa orang lagi pelukis-pelukis yang telah dilatih di England telah kembali ke tanah air, bertugas


4 sebagai guru yang banyak mempengaruhi pelajar-pelajar kepada aliran moden. Pembinaan Balai Seni Lukis Negara itu adalah hasil daripada usaha beberapa persatuan yang mendesak kerajaan supaya sebuah negara yang merdeka semestinya mempunyai Balai Seni Lukis Negaranya sendiri. Tuntutan dan penubuhan ini adalah bertujuan untuk menyimpan khazanah visual, mempamerkannya, dan menjemput negara asing membuat pameran di Kuala Lumpur. Antara persatuan-persatuan yang terlibat dengan tuntutan ini termasuklah : 1) Penang Teachers Art Circle, tertubuh pada 1952 dipimpin oleh Tay Hooi Keat dan AA. 2) Majlis kesenian / Arts Council tertubuh pada 1952 di KL dipimpin oleh Mubin Sheppard yang nantinya menjadi ketua pengarah BSLN yang pertama. 3) Wednesday Art Group tertubuh di KL dipimpin oleh Kuo Ju Ping. Malay Teacher Union tertubuh pada tahun 1954 dipimpin oleh Mohd Noor bin Ahmad. 6) Majlis Kesenian Melayu tertubuh pada 1953, dan Majlis Kesenian Melayu tertubuh pada 1953. 7)Majlis Kesenian Melayu menukar namanya kepada Angkatan Pelukis Semenanjung atau APS, dipimpin oleh Hoessein Enas yang membawa aliran realisme. SEJARAH PADA TAHUN 1960AN, Penubuhan Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1960 telah memberi peluang kepada guru-guru yang berpengalaman untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni melalui kursus sepenuh masa selama setahun. Penuntut yang berbakat besar akan diberi peluang untuk dihantar menghadiri kursus penuh di luar negara. Usaha kerajaan ini telah melahirkan sekumpulan guru seni yang lebih mahir dan berpengetahuan luas dalam pengajaran mata pelajaran pendidikan seni. Kakitangan akademik seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal, Yeoh Jin Leng, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan tokoh-tokoh lain seperti Ismail Zain dan kumpulan telah memainkan peranan penting dalam seni lukis avant-grade di negara ini. Tokoh-tokoh ini telah membuka jalan bagi deria baru sikap pengajaran seni lukis di sekolah, memberi kebebasan kepada daya cipta, dan membuka ruang bagi luahan pemikiran. Gaya catan beraneka daripada aliran realisme kepada impresionisme dan ekspresionisme kepada abstrak ekspresionisme kepada abstrak ekspresionisme mengikut pengaruh dan pendedahan setiap karyawan. Pandangan=pandangan yang kritikal turut dilahirkan terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media massa seperti perbincangan, ceramah, syarahan, laporan, pameran dan sebagainya. Karya-karya yang bermutu tinggi dan matang muncul. Acara seni lukis


5 diutamakan dan pameran seni kerap dirasmikan oleh para menteri atau orang kenamaan dengan meliputi pelbagai media massa. Semangat pelukis Malaysia bertambah baik kerana berpeluang menyertai pelbagai jemputan pameran yang besar di seberang laut. Penubuhan Institut Teknologi Mara pada 1967 telah melahirkan sekumpulan pendidik seni serta usahawan Melayu dalam bidang seni di Malaysia. Antara pelukis terkenal daripada ITM adalah seperti : Ruzaika Omar Basree, Amron Omar, Ponirin Amin dan lain-lain. Seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di Malaysia apabila menjelang kemerdekaan pada tahun 1957. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah. Seni daripada taraf rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa. Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra AL-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Ini membawa kesan yang mendalam dalam perkembangan seni Malaysia semenjak beliau menjadi setausaha selama sepuluh tahun ini kerana beliau berusaha dengan bersunguh-sungguh untuk memperkenalkan para pelukis tempatan serta karya-karya mereka. Balai Seni Lukis Negara dirasmikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya pelukis tempatan seperti Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin, Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen. SEJARAH PADA TAHUN 1970AN Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapanungkapan yang mencabar. Pendekatan gaya catan mereka berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum. Catan “hard-edge” yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong KaM Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an. Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan baru dikalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia. Pelukis Malaysia generasi kedua tahun 1970-an telah meninggikan taraf seni cetakan. Karya catan yang wujud juga mengandungi nilai ikon dengan tegas monolitik. Kesedaran seni makin meningkat pada dekad 1970-an ini, disebabkan oleh ramai pelukis-pelukis muda yang terlatih di luar negara mulai kembali ke tanah air, membawa bermacam fahaman seni. Mereka


6 termasuklah Ahmad Khalid Yusuf, Ismail Zain, Long Thien Shih, Redza Piyadasa, William Lau, Syed Thajuddin, Zulkifli Dahalan, Choong Kam Kow, dan Zakaria Ali. Ramai yang belajar sendiri-sendiri juga turut aktif berpameran, dengan mereka yang pulang dari luar negara. Mereka kurang berminat untuk berpersatuan. Sebaliknya mereka berkarya sendiri-sendirian, mengikut stail masing-masing. SENI TAHUN 1980-AN Dekad 1980-an membawa beberapa stail ke dalam kancah seni visual tanah air. Perbezaan antara stail yang realistik dan stail yang abstrak tidak lagi menjadi persoalan.Kini yang menjadi persoalan adalah stail peribadi. Setiap pelukis mahu dia dikenali sebagai pelopor aliran yang baru. Jarang terdapat pelukis yang meniru pelukis lain. Penulis yang mengkritik karya seniman semasa juga berperanan memberi seri kepada dunia seni. SENI TAHUN 1990-AN Kesenian tanah air berkembang maju, dengan penerbitan sekurang-kurangnya tiga buah buku yang menyentuh isu identiti. Kaum Melayu, India, Cina,dan lain-lain memegang konsep identiti itu sesuai dengan kehendak kaumnya. SENI TAHUN 2000 Dalam milllenia baru, seni tampak Malaysia terus mematang, mendapat input daripada internet dan sumber maklumat berpunca di luar negara. Ini zaman tanpa sempadan dalam bidang seni visual. Seniman menggabungkan dirinya dengan manamana tradisi negara asing. Namun tarikan tradisi tempatan masih tetap juga mempengaruhi seniman. Soalnya, adakah sesuatu karya itu diolah dengan baik atau tidak.


7 KAJIAN TOKOH SENI TAMPAK (1) TEW NAI TONG (1936 - 2013)


8 TOKOH SENI NEGARA 2.0 KAJIAN TOKOH : NAI TONG 2.1 BIODATA TOKOH Tew Nai Tong dilahirkan di Klang pada tahun 1936. Pada usia tujuh tahun beliau memulakan pengajiannya di Sekolah Rendah Peng Hua di bandar kelahirannya itu dan ketika usianya lapanbelas tahun, beliau membuat keputusan untuk menjadi seorang pelukis. Perkembangan kemahiran melukis dan mengecat yang sempurna perlu didalami dahulu dan diikuti dengan pemahaman tentang bahan dan warna serta teori dan amali. Sebaik sahaja tamat pengajian di Nanyang Academy of Fine Arts (NAFA), Singapura, setelah menuntut selama dua tahun dari 1956-1958, beliau berangkat ke Paris adalah menjadi suatu tradisi dan kemestian bagi mereka. Ianya merupakan ikutan dan juga satu cara untuk mendapatkan pendidikan seni dan budaya. Pada tahun 1967-1968 menerima pendidikan di Paris iaitu “Ecole Nationale


9 Superieure des Beaux-Arts de Paris” (Sekolah Kebangsaan Superior Seni Halus di Paris). Artis-artis sezamannya di Paris pada masa itu ialah Loo Foh Sang, Tan Peck Chin, Long Thien Shih dan Tan Tong. Manakala yang terdahulu adalah Liu Kang, Lai Foong Mooi, Chia Yu Chian dan Yeo Hoe Khoon. Karya-karya seni Tew Nai Tong pada era yang berbeza adalah seperti berikut :- 1)Pra-Nanyang Academy of Fine Arts (NAFA), Singapura dan era selepas NAFA, 1958-1964. 2)Era Paris, 1967-1968 3)Era selepas Paris dan Malaysia, 1969-1992 4)Era Bali, 1993-2005 5)Era selepas Bali, 1999-2002 6)Era Thai, 2005-2006 Pada 5 Mei 2013, Tew Nai Tong telah meninggal dunia, namun hasil karyakaryanya telah di angkat oleh PINKGUY Gallery untuk dipamerkan bersempena mengingati hasil tokoh seni negara ini. “Solo Watercolour Exhibition of Tew Nai Tong at Pinkguy Gallery” merupakan Pameran penghormatan buat Nai Tong yang berlangsung pada 16 - 28 June 2014, memaparkan 40 lukisan Tew Nai Tong yang disusun daripada kecil kepada karya yang besar dihasilkan oleh Nai Tong sepanjang penglibatannya. Tew Nai Tong telah dikenali antara tokoh seni yang jadi penggerak kepada karya-karya bermediakan warna air di Malaysia. 2.2 ALIRAN Tew Nai Tong mula menerokai alam senilukis dengan memperkenalkan cat air tahun 1970an serta 1980an. Kemudian beliau menjelajah kealam cat minyak pada tahun 1990an. Beliau juga berkebolehan tinggi dalam menghasilkan karya figura serta gaya didalam menggambarkan suasana kehidupan harian masyarakat secara bersahaja. Kelebihan Nai Tong ialah pada bakatnya yang serba boleh dalam melaksanakan pelbagai karya seni. Ini merupakan testimoni kelebihan dan keupayaan. Beliau


10 merupakan seorang karyawan seni yang konsisten dengan gayanyan yang tersendiri, didukungi tahap kecemerlangan yang tinggi berasaskan nilai-nilai estetik dan keanggunan Asia dan Perancis. Karya-karya seni beliau adalah testimoni keyakinan dan keintimannya dengan masa, memori dan kesedarannya yang tiada titik noktah. Kunjungan berkali-kali serta penyelidikan beliau ke Pulau Bali (1966-2006) dan Paris (1999-2002) menampakkan kemahiran dan penggunaan perlembagan baru dalam lukisannya. Warna-warnanya tambah ceria dan cerah, dan dikuatkan lagi atau dengan menggunakan teknik “chiaroscuro” (gelap terang) yang lebih berat. Figura dalam lukisannya kurang menggunakan garis bentuk dan berlakar, sama seperti yang boleh dilihat pada pelukis-pelukis impresionis seperti Gauguin, terutama sekali dalam kajian Nai Tong di Bali. Karya-karya seni awal beliau sehingga tahun 1990-an menggambarkan warna-warna neutral yang suram dengan format segi empat tepatdan segi empat sama yang berukuran tidak lebih daripada 120cm x 120cm. Mulai tahun 1990-2006, beliau melukis dengan menggunakan format yang lebih besar bagi mendapatkan lebih kebebasan dan penzahiran pergerakan serta kawalan. Dengan bakat dan pengalaman yang luas, beliau mencipta sebuah alam yang mempunyai undang-undang dan peraturannya yang tersendiri; membongkar imaginasi dan puisi artistik serta kekuatan deria pengamatan beliau. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Nai Tong kembali melukis tema kegemarannya. Ini merupakan kajian diri dan kepuasan kendiri melalui penyelidikan profesional dan proses idealisme bagi mencapai kesempurnaan. Kepelbagaian inovasi dan kreativiti yang dimilikinya amat dikenali di Malaysia dan Singapura. Karya-karya beliau kecil dan besar, sama ada karya-karya tempatan atau rantau Asia, seperti Indonesia dan Thailand termasuklah karya-karya hasil pengalaman beliau di Paris, mencerminkan kesetiaan kepada penampilan semulajadi dengan perincian minimum yang amat berkait rapat dengan kajian sosioekonomi luar bandar dan bandar serta budaya hidup manusia. Karya-karya beliau memaparkan kandungan perasaan kesedaran dan mood. Jarak dan kedalaman, cahaya dan warna, flora dan fauna, ruang dan bentuk, kaku dan bergerak, kerja dan riadah, muzik, lagu dan tarian, istiadat dan upacara amal, berpakaian dan tanpa pakaian, sentuhan dan tekstur yang lembut, keghairahan dan erotik, luar bandar dan bandar, tempatan dan antarabangsa, pandangan daratan dan lautan, penyelidikan dan pembangunan, budaya dan tradisi, bangsa dan agama : - tentang langit, bumi, dan manusia


11 - tentang kesederhanaan dan maruah diri - tentang kedamaian dan keceriaan hidup Nai Tong secara semulajadi adalah seorang artis yang, berperwatakan pendiam tetapi periang, bersuara lembut dan berbudi bahasa. Beliau amat disegani di Malaysia dan Singapura. Beliau adalah karya seni yang gemilang di zamannya. Sesetengah pengkritik mungkin terkeliru dengan mengatakan Nai Tong kekurangan imaginasi dan benda-benda yang dapat dilihatnya. Pengkritik lain pula menganggap lukisan-lukisan beliau adalah antara yang paling banyak berubah-ubah dan meluas serta tidak membayangkan usianya! Perjalanan dan pembangunan penyelidikannya ke Pulau Bali (Indonesia), Paris dan Thailand telah membuahkan inspirasi untuk beliau menghasilkan naratif besar bercirikan lukisan-lukisan Nanyang (Laut Selatan), terutama sekali lukisan-lukisan bertemakan Bali dan Malaysia yang memerlukan citraan terperinci dan persediaan yang banyak serta memakan masa dan tenaga. Segala usaha beliau seharusnya diberikan penghargaan. Tidak dapat dinafikan beliau seringkali kembali menggunakan tema dan subjek yang sama seperti biasa dilakukan oleh lain-lain pelukis, penyair dan penulis. Sesetengah pengkritik menganggap beliau menghasilkan satu siri karya yang sama tema dan subjek. Tetapi perkara ini tidak benar dan tarikh setiap karya akan membuktikannya. Penyusunan karya mengikut tema bertujuan membolehkan peminat seni lukis atau masyarakat umum menikmati suatu imbasan yang mempersonakan hasil daya cipta dan berbagai cara bagaimana tema yang sama digunakan dalam era masa yang berbeza. Analisis terperinci melalui karya lukisan individu merupakan sumber informasi untuk memahami pemikiran dan proses artistik Nai Tong. 2.3 PENGLIBATAN


12 Dalam dunia seni tampak Tew Nai Tong juga pernah menjadi seorang penasihat kepada pertubuhan dan pameran. Professional Posts : - Advisor of Contemporary Malaysia Watercolourist Association -Advisor of International Watercolour Exhibition of Asia -Advisor of Klang Art Society Masyarakat seni memang mengkagumi Tew Nai Tong kerana komitmennya yang mendalam terhadap seni. Perjalanan kealam seni yang penuh dengan kreativiti bermula pada tahun 1960an dan buat pertama kalinya beliau turut mengadakan sebuah pameran di Balai Seni Lukis Negara yang pada ketika itu terletak di Galeri Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Terdapat banyak lagi pameran solo yang beliau pernah sertai dalam sejarah penglibatannya sebagai seorang penggiat seni. Selected Solo Exhibitions :- 1964 - 1 st One Man Show, British Council, Kuala Lumpur 1974 - Beautiful Malaysia, Samat Art Gallery, Kuala Lumpur 1978 - Malaysia Image, National Library, Singapore 1984 - A Watercolour Creation Show, British Council, Kuching, Sarawak 1987 - A Solo Exhibition in Oil, Dewan Tun Razak, Kuching, Sarawak 1992 - The Art Gallery in Penang, Malaysia. 1994 - Reminiscences of the South Seas, Shenn Fine Art, Singapore 1999 - Paris to Kuala Lumpur, Art Salon, Kuala Lumpur 2000 - Wah Peng Gallery, Penang 2001 - Sunjin Gallery, Singapore - Art Folio Gallery, Kuala Lumpur


13 2002 - ELM Quay Fine Arts, Kuala Lumpur 2003 - City Art Gallery, Kuala Lumpur - Metro Fine Art, Kuala Lumpur (Sketches) 2004 - Art Exhibition at The New Straits Times Press Berhad Group, Kuala Lumpur 2006 - “Joie de Vivre”, Metro Fine Art, Kuala Lumpur Tew Nai Tong adalah seorang pelukis yang disegani di rantau ini. Pada ulangtahun kelahirannya yang ke-70 tahun, Balai Seni Negara telah mengadakan pameran solo beliau bertajuk “Odyssey” (Perjalanan lama yang penuh peristiwa). Dalam perjalanan artistik melebihi empat dekad, belaiu telah menghasilkan sebuah buku bersempena Pameran Solo “Odyssey”. Selain pameran solo, beliau juga terlibat dalam pameran secara berkumpulan. Selected Group Exhibitions :- (1958) = Nanyang Academy of Fine Arts, Singapore (1966) = “The Malaysia Contemporary Art Exhibition” Touring Europe America, India and New Zealand = 13 Malaysian Artists Group Show, Paris Gallery, France (1971-1972) = “ISPAA Group Touring Exhibition to Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Korea, Tokyo (1973) = “ISPAA” Show, Bangkok, Korea, Tokyo and Kyoto (1985) = Asian Watercolour Exhibition, Tianjin, China (1988) = The 3Rd Asian Watercolour Confederation in Malaysia (1989) = 4Th Asian Watercolour ‘89, Bangkok (1990) = CMWA Show City Hall, Hong Kong (1994) = CMWA Exhibition ‘94, Menara Maybank Kuala Lumpur (1996) = 11Th Asian International Watercolour ‘96, Galeri Petronas,


14 Kuala Lumpur (1997) = International Watercolour Show, Osaka, Japan = Pont des Arts Singapore & Malaysian Artists Group Show Petronas Gallery, Kuala Lumpur (1998) = 17Th Modern Arts Association Show Honour Award Osaka, Japan = Olympic Games Art Exhibition, Seoul (1999) = Asean Art Exhibition, Kuching, Malaysia = CMWA Exhibition ‘99, Art Folio Gallery Kuala Lumpur (2000) = Invited Show in Fine Arts Museum, Osaka, Japan (2001) = Invited Group Show, Tonkun, China = Pont Des Atrs Group Show, Bernanous Gallery, Paris (2001-2004) = Nippon Modern Art, Osaka, Japan (2002) = “Pont des Arts”, Soka Gakkai Malaysia, Kuala Lumpur = MEKONG RIVER Trip Art Exhibition in Bangkok (2003) = “Spectacular TRANG”, Bangkok, Thailand = Asia Erotic Show, Bangkok, Thailand = Malaysia & Thailand Art Exhibition (Malaysia) = Malaysia & Thailand Art Exhibition (Bangkok, Thailand) (2004) = 16Th Asian Watercolour Exhibition Soka Gakkai Malaysia = New Expression Asean Art Exhibition, Taiwan (2005) = Asia International Watercolour, Singapore = Malaysian Watercolours, Penang = Asian Watercolour “ARMA AGANA RAO” Museum at ART Pengosekan Ubud, Bali, Indonesia (2006) = 3Rd New Expression of Asian Exhibitions Soka Gakkai Malaysia, Kuala Lumpur


15 = Invited Malaysian Watercolour show in National Art Gallery Malaysia, Kuala Lumpur 2.4 ANUGERAH Pelbagai Anugerah yang diterima oleh beliau sepanjang penglibatannya sebagai penggiat seni. Hal ini menunjukkan penghargaan kepada Tew Nai Tong diatas karyakaryanya yang cemerlang. Awards: (1964) = Chartered Bank, Mural Design - 2 nd Prize (1981) = Shell Watercolour Competition - Best Award (1982) = Esso Art Competition - Best Award (1983) = Dunlop Watercolour Art Competition - Best Award Beliau melukis dan melukis semula berkali-kali bagi memastikan kejayaan. Tidak dapat dinafikan lagi sumbangan yang ketara hasil karya-karya seninya kepada pembangunan dan perkembangan serta memperkayakan tradisi senilukis Nanyang dan seterusnya membawa tradisi senilukis Nanyang dan seterusnya membawa tradisi tersebut ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai karyawan seni bertaraf antarabangsa, Tew Nai Tong juga merupakan salah seorang daripada segelintir generasi ke-2 pelukis Malaysia yang mengabadikan tradisi dan seni lukis Nanyang. Beliau seharusnya dilihat sebagai pelopor sebenar pelukis-pelukis Nanyang yang awal di Malaysia dan rantau Asia dalam konteks abad ke-21. Perjalanan yang penuh liku bermula dari tahun 1956 mungkin memenatkan, tetapi memberikan pengajaran yang penuh dengan warna-warna ceria, tekstur dan bentuk, lantas membawa beliau ke Singapura, Bali, Paris dan Bangkok dan akhirnya kembali ke tempat asalnya Malaysia. 2.5 KARYA


16


17


18


19


20


21 KAJIAN TOKOH SENI TAMPAK (2)


22 MOHAMMAD NOR BIN KHALID DATO’ LAT 3.0 KAJIAN TOKOH : DATUK LAT


23 3.1 BIODATA TOKOH KEHIDUPAN SENI Mohammad Nor Khalid lahir pada 5 Mac 1951 di sebuah kampung di Kota Baharu, Perak, Malaysia. Bapanya ialah seorang kerani kerajaan bersama Tentera Darat Malaysia, manakala ibunya ialah seorang suri rumah. Khalid merupakan kanak-kanak yang bermuka kebulatan, maka beliau diberi nama timangan "Bulat" oleh kaum keluarganya, tetapi kawan-kawannya memendekkan nama itu menjadi "Lat"; maka beliau paling dikenali dengan timangan ini di kampung dan kemudiannya di seluruh dunia. Lat ialah anak sulung dalam keluarganya. Beliau juga gemar bermain di hutan, dusun dan lombong timah bersama kawan-kawannya. Barang mainan mereka biasanya diubah suai dari barang-barang runcit seharian dan bahan-bahan alam. Lat gemar menconteng-conteng dengan bahan-bahan yang diberikan oleh ibu bapanya. Selain itu, beliau juga gemar menghabiskan masa lapang dengan membaca komik dan menonton televisyen; Lat mengidolakan kartunis tempatan Raja Hamzah yang terkenal kerana kisah-kisah kembara perwira Melayu. Pengulas dan sejarawan seni Malaysia, Redza Piyadasa percaya bahawa zaman kanak-kanak Lat di kampung menanamkan rasa bangga dengan asal-usul kampungnya serta pandangannya yang "sangat kemelayuan" dan "lemah-lembut dan berbudi pekerti". Pendidikan formal Lat bermula di sebuah sekolah kampung yang mengajar dalam bahasa Melayu dan tidak mengharapkan pencapaian akademik. Anak kampung ini bertukar sekolah berkali-kali disebabkan pekerjaan bapanya yang terpaksa berpindah sekeluarga dari satu pangkalan tentera ke pangkalan lain, sehingga mereka menetap di tempat lahirnya pada tahun 1960. Setahun kemudian, Lat lulus dalam Peperiksaan Special Malay Class dan layak untuk menghadiri sekolah asrama berpengantar bahasa Inggeris (National Type Primary School) di Ipoh. Pencapaian Lat membantu bapanya membuat keputusan supaya menjual estet kampung mereka lalu berpindah sekeluarga ke ibu negeri; masyarakat setempat pada zaman itu memandang tinggi pendidikan berpengantar bahasa Inggeris sebagai batu loncatan ke masa depan yang lebih cerah. Lat menyambung pelajarannya di Sekolah Anderson, "sekolah berpengantar bahasa Inggeris bukan mubaligh yang terulung" di Perak. Redza menitikberatkan perpindahan Lat ke Ipoh demi pelajaran yang lebih tinggi sebagai detik yang terpenting dalam perkembangan kartunis ini; persekitaran yang berbilang kaum membantu Lat beramah mesra dengan rakan-rakan yang berbilang latar belakang, sekaligus meluaskan perspektif kebudayaannya. Sewaktu berusia 9 tahun, Lat mulai menamabah pendapatan keluarganya dengan memanfaatkan kemahiran


24 seninya untuk melukis lalu menjual komik kepada rakan-rakannya. Empat tahun kemudian, pada tahun 1964, kartunis muda ini menjayakan karya terbitan sulungnya, Majallah Filem, yang menyiarkan jalur-jaluran komik lukisan beliau, untuk dibayar dalam bentuk tiket wayang. Buku komik terbitan sulung Lat, Tiga Sekawan Menangkap Pencuri, diterbitkan oleh Sinaran Brothers pada tahun itu juga. Syarikat itu menerima bahan-bahan yang diserahkan oleh Lat tanpa menyangkanya sebagai remaja lalu membayarnya $ 25 untuk satu cerita tentang tiga sekawan yang bersatu menangkap pencuri. Pada tahun 1968, sewaktu berusia 17 tahun, Lat mula mengarang siri komik Keluarga Si Mamat untuk akhbar Berita Minggu (edisi Ahad Berita Harian). Siri tersebut tersiar dalam akhbar itu setiap minggu selama 26 tahun. Walaupun masih di bangku sekolah, namun Lat sudah meraih pendapatan $100 sebulan, satu jumlah yang lumayan pada zaman itu, atas rekaan kartunkartunnya. Pendidikannya berkesudahan di akhir Tingkatan 5 sahaja dua tahun kemudian; Gred Ketiga yang diraihnya dari peperiksaan Senior Cambridge tidak memadai untuk beliau mara ke Tingkatan 6. Sebagai lepasan sekolah menengah sahaja, Lat mula mencari pekerjaan dan meletakkan harapan tinggi untuk menjadi seorang pengilustrasi. DARI WARTAWAN MENJADI KARTUNIS Setelah berpindah ke ibu kota Kuala Lumpur, Lat memohon jawatan kartunis di Berita Harian. Beliau dimaklumkan bahawa kekosongannya tiada, tetapi penyunting akhbar itu, Abdul Samad Ismail, menawarkannya jawatan wartawan jenayah. Lat menerimanya dalam keputusan yang dijelaskannya sebagai tindakan yang terpaksa dibuatnya, bukan keinginannya: "Ini ialah persoalan ikhtiar hidup. Saya terpaksa mencari rezeki untuk membantu menampung keluarga saya. "Ketika itu, bapa Lat sudah jatuh sakit tenat dan tidak dapat bekerja, maka terpaksalah Lat menjadi pencari nafkah keluarga. Selain menerima kerja itu, beliau terus menyumbangkan kartun kepada terbitan-terbitan lain. Kemudian, Lat dipindahkan ke terbitan induk Berita Minggu, New Straits Times. Kerja bersiar-siar di seluruh kota untuk melaporkan jenayah memberikan peluang kepada Lat untuk memerhati dan berinteraksi dengan beraneka ragam warga kota yang dijadikan ilham dan bahan baru untuk kartun-kartun akan datang di samping meningkatkan pengetahuan dunianya. Walaupun begitu, beliau merasa dirinya tidak memiliki sifat ingin tahu berterusan yang diperlukan untuk berjaya sebagai wartawan jenayah. Lebih-lebih lagi, huraian beliau terhadap kesan jenayah yang "terperinci luar biasa dan mengerikan" acapkali terpaksa dilembutkan oleh orang-orang atasannya. Oleh itu, Lat berasa pasti bahawa beliau gagal


25 menjalankan tugas sebagai wartawan jenayah, sehingga beliau berasa mahu putus asa dan meletak jawatan. Samad menolak surat permohonan letak jawatannya dengan rasa marah kerana percaya bahawa Lat ada masa depan yang cerah dengan akhbarnya. Nasib Lat berubah pada 10 Februari 1974, apabila majalah Asia Magazine yang bertapak di Hong Kong menyiarkan kartun-kartunnya mengenai Bersunat. Kartunkartun itu mengagumkan Tan Sri Lee Siew Yee, ketua penyunting New Straits Times, yang melihat gambaran Lat terhadap upacara itu sebagai kelakar tetapi sensitif, lalu bersungut bahawa akhbarnya sepatutnya mengambil kerja seniman itu. Beliau terkesima apabila diberitahu bahawa Lat sudah pun bekerja dalam pertubuhannya. Lat dipanggil ke pejabat Lee untuk berbual, dan oleh inilahnama beliau makin dijulang dalam syarikat itu. Maka beliau menjadi kartunis ruangan akhbar yang mengisi jawatan yang dibentuk khusus untuknya oleh Samad yang ketika ini menjadi timbalan penyunting New Straits Times. Tugas pertamanya adalah merakamkan kebudayaan Malaysia dalam siri kartun Scenes of Malaysian Life. Pihak akhbar juga menghantarnya ke London untuk menelaah di Sekolah Seni St Martin selama empat bulan, di mana beliau mengenali kartun editorial dan akhbar Inggeris. Setelah pulang ke tanah air dengan rasa penuh terpesona dengan pengalamannya, Lat mengubah Scenes of Malaysian Life menjadi siri kartun editorial. Pendekatannya terbukti disambut ramai, maka pada akhir tahun 1975, beliau dilantik sebagai kartunis sepenuh masa yang bebas berkarya sepenuhnya. Lat menghasilkan kartun-kartun editorial tanpa henti yang menghiburkan masyarakat Malaysia. Pada tahun 1978, dua himpunan karyanya (Lots of Lat dan Lat's Lot) telah dipasarkan kepada orang ramai. Meskipun Lat sudah dikenali warga Malaysia kerana Scenes of Malaysian Life, namun setelah mengeluarkan karya seterusnya barulah beliau mengecapi kesedaran kebangsaan dan pengiktirafan antarabangsa. Pada tahun 1979, Berita Publishing Sendirian Berhad menerbitkan Kampung Boy, kartun autobiografi yang dilukis oleh Lat sendiri tentang zaman mudanya. Buku ini mendapat sambutan hangat; menurut Lat sendiri, cetakan pertama sebanyak 60,000-70,000 salinan dijual habis dalam masa empat bulan selepas keluar di pasaran. Para pembaca buku itu tertawan oleh gambaran kehidupan luar bandar yang "mengharukan", dipaparkan dengan "lakaran hitam putih yang kecoreng-corengan" dan disertakan "prosa yang ringkas tetapi penuh makna". Setakat tahun 2009, buku ini telah dicetak semula 16 kali dan diterbitkan di beberapa buah negara lain dalam pelbagai bahasa, termasuk Perancis, Portugis dan


26 Jepun. Kejayaan Kampung Boy menjulang nama Lat sebagai "kartunis paling masyhur di Malaysia." SELEPAS KAMPUNG BOY Pada tahun 1981, Town Boy diterbitkan sebagai kesinambungan cerita Kampung Boy yang menceritakan zaman remaja watak utamanya dalam latar bandar. Dua lagi himpunan kartun editorial Lat (With a Little Bit of Lat dan Lots More Lat) diterbitkan, maka makin ramailah orang yang mengenali beliau. Pada tahun 1984, dengan kehendak untuk berundur dari perhatian ramai antara sebabnya, Lat meletak jawatan dari New Straits Times untuk menjadi pekerja bebas, tetapi beliau masih melukis Scenes of Malaysia Life untuk akhbar itu. Beliau mendirikan syarikat sendirinya, Kampung Boy Sendirian Berhad, untuk menyelia pembarangan watakwatak kartunnya dan penerbitan bukunya. Pada tahun 2009, Kampung Boy menjalin perkongsian dengan Sanrio dan Hit Entertainment untuk projek taman tema tertutup di Malaysia yang menampilkan watak-watak Kampung Boy, pada akhir tahun 2012. Lat telah bereksperimen dengan media selain akhbar. Pada tahun 1993, beliau menerbitkan filem animasi pendek berjudul Mina Smiles untuk kempen celik huruf Unesco. Langkah beliau yang seterusnya dalam bidang animasi didorong oleh pandangannya bahawa animasi Barat pada 1980-an dan 1990-an membawa pengaruh negatif, maka beliau ingin menerbitkan siri animasi yang menyemai nilainilai murni tempatan di kalangan anak-anak Malaysia. Maka lahirnya siri televisyen Kampung Boy yang diadaptasi dari komik mahakaryanya pada tahun 1997. Siri 26 episod ini menerima pujian kerana keperincian teknik dan isi kandungannya, tetapi juga diulas kerana keserupaannya dengan The Simpsons, serta versi bahasa Inggeris yang tidak berciri tempatan sepenuhnya. Pada tahun 2009, Lat kembali ke persada animasi dengan filem animasi muzikal Lat's Window to the World yang ditayangkan di Dewan Filharmonik Petronas. Khidmat Lat ditempah untuk mereka tiga vignet animasi yang berdasarkan Kampung Boy untuk mengiringi irama muzik Orkestra Filharmonik Malaysia. Skor muzik gubahan Carl Davis mengiringi visual Lat untuk menyerlahkan semangat kehidupan anak-anak kampung pada "zaman silam yang ringkas dan indah". Pada tahun 1997, selepas 27 tahun menetap di Kuala Lumpur, Lat berpindah balik ke Ipoh bersama keluarganya. Selain mengurangkan penglibatannya dalam bidang kartun, beliau ingin mendekati kampung halamannya serta membenarkan anakanaknya mengalami kehidupan dalam pekan atau desa; beliau berkahwin pada tahun


27 1977, dan mempunyai empat anak, iaitu dua perempuan dan dua lelaki. Lat mengulas bahawa membesarkan anak-anaknya membantunya menangani tekanan sebagai orang terkenal serta menyedarkannya bahawa beliau mungkin akan menyisihkan generasi baru warga Malaysia yang berlainan citarasanya terhadap kartun. Kerja beliau turut bantu oleh isterinya yang mengimbas kartun-kartun yang siap lalu mengemelkannya kepada pihak akhbar di Kuala Lumpur. Lat masih melukis dengan pena dan dakwat serta mengelakkan penggunaan komputer kecuali untuk membaca e-mel. Pada tahun 2011-12, beliau berganding bahu dengan seniman-seniman lain dari seluruh dunia untuk program Civitella Ranieri Fellowship di Itali selama sebulan, apabila mereka digalakkan berkongsi gagasan dalam suasana yang dirangsang supaya merangsang daya cipta mereka. 3.2 ALIRAN GAYA SENI Karya-karya Lat meliputi pelbagai genre. Portfolionya juga beraneka ragamnya, sehingga John A. Lent, seorang cendekiawan kartun Asia, mendapatinya sukar untuk menggolongkan kartunis ini ke dalam mana-mana bidang. Dalam siri Keluarga Si Mamat, Lat melukis slapstik dan satira yang membincangkan pertembungan nilai-nilai tradisional dan moden, diisi oleh cerita jenaka kanak-kanak bermain. Watak-watak kartun Lat sentiasa terdiri daripada orang-orang keramaian orang kampung memakai sarung bercorak petak-petak, pengurup wang berdhoti putih, kakitangan kerajaan Melayu yang memakai busjaket dan juga Lat sendiri: watak yang bermuka leper dan bulat itu; hidungnya senget sedikit dari tengah; rambut keriting hitamnya yang tidak kemas; dan wajahnya yang sentiasa tersenyum. Dengan menggunakan barisan watak yang besar yang beraneka ragam besar keperibadian dan budaya, Lat boleh mengulas banyak lagi topik berbanding barisan watak yang kecil. Ilmuwan komik Malaysia, Muliyadi Muhamood mengulas bahawa jenaka dalam kartun-kartun Lat dibangkitkan melalui pengertian gambaran dan kata-kata; kata-kata yang terbentuk dari "dialog yang ringkas dan padat" serta mainan kata sementara "riak wajah dan tindak-tanduk" watak-wataknya membantu menonjolkan aspek lucu setiap perkara. Muliyadi berhujah lagi bahawa karya-karya Lat boleh menarik pelbagai tafsiran, yang seorang pembaca akan mentertawakan kartun Lat kerana slapstiknya, manakala seorang lagi akan merasai kelucuannya kerana kritik masyarakatnya yang halus. Sebagai contoh, Muliyadi memetik sejalur komik Keluarga Si Mamat yang diterbitkan pada tahun 1972. Ketika itu, Malaysia berdepan dengan kekurangan guru


28 pendidikan jasmani yang berkelayakan, oleh itu tugas-tugas sebegini diserahkan kepada guru fakulti lain. Lat menggambarkan seorang guru gemuk gedempol yang menjalankan sesi pendidikan jasmani sampai rebah. Muliyadi berpendapat bahawa kartun ini boleh ditafsirkan sebagai usikan terhadap keadaan guru yang menyedihkan itu sebagai gesaan untuk mengkaji semula kurikulum yang diajar (mengubah pendidikan jasmani kepada sesi tak formal), mengulas kekurangan guru, atau lebihlebih lagi, pembidasan kegagalan kerajaan untuk mengelakkan situasi ini daripada berlaku. Penceritaan kartun-kartun awal Lat seperti Tiga Sekawan dan Keluarga Si Mamat, dikarang dalam bahasa Melayu. Akan tetapi, karya-karya yang seterusnya dikarang dalam bahasa Inggeris; Scenes of Malaysian Life hanya tersiar dalam akhbar New Straits Times yang berbahasa Inggeris. Laras bahasa Inggeris dalam karyanya mencerminkan penggunaan bahasa campuran "Malglish yang mengandungi sedikitsedikit perkataan Melayu dan struktur nahu yang lebih ringkas. Setelah menjayakan karya demi karya dalam bahasa Inggeris, Lat khuatir bahawa beliau mungkin menyisihkan rakyat Malaysia yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Maka beliau melukis Mat Som, kisah seorang anak kampung yang berpindah ke kota untuk bekerja sebagai penulis lalu melamar seorang gadis kota yang menawan. Komik berbahasa Melayu itu disambut hangat apabila cetakan pertamanya sebanyak 30,000 salinan habis dijual selepas tiga bulan. Wartawan Far Eastern Economic Review, Suhaini Aznam mengulas bahawa kekuatan Lat ialah keupayaannya untuk menggambarkan liku-liku kehidupan seorang lelaki biasa secara satira tanpa apa jua kecenderungan yang ketara. GAYA AWAL Kemahiran seni Lat dipupuk dan diasah sendiri sejak muda lagi. Kartunis ini percaya bahawa beliau mewarisi bakat dan minatnya dari bapanya yang gemar menconteng-conteng serta digeruni kerana sifatnya yang suka berjenaka di kampung. Lat berkata bahawa adik-adiknya juga berbakat dalam melukis, tetapi mereka semua tidak berminat untuk mengembangkan bakat mereka. Ibu bapanya giat menggalakkannya supaya mengembangkan kemahiran seninya, namun kadangkadang bapanya menasihatinya supaya tidak menceburi seni lukis sebagai kerjaya. Beliau juga menerima galakan dari luar keluarganya; guru sekolah rendah Lat, Moira Hew (ilham kepada salah seorang wataknya, Wanita Bercermin Mata Ramarama), membantu memupuk bakatnya dengan acapkali memintanya suapay


29 melukiskan pelajaran dalam kelas. Ajaran Puan Hew meluaskan minda Lat supaya beliau menjadi lebih peka kepada idea-idea yang berada di luar batas kampung. Gaya seninya mendapat pengaruh awal dari Barat. Begitu juga dengan ramai kanak-kanak Malaysia pada 1960-an, Lat gemar menonton kartun HannaBarbera (seperti The Flintstones dan The Jetsons) di kaca TV serta membaca komik yang diimport dari UK seperti The Dandy dan The Beano. Beliau mengkaji dan menggunakan gaya-gaya dan tema-tema dalam bahan-bahan tersebut dalam conteng-contengannya yang terdahulu. Selepas pengaruh luar negara dalam hasil kerjanya diperhatikan oleh seorang sahabat keluarga, Lat dipesan oleh bapanya supaya memerhati dan mencari idea dari keadaan sekelilingnya pula. Atas nasihat itu, kartunis muda itu mendekatkan dirinya dengan peristiwa setempat. Tiga Sekawan dibayangkan sebagai kisah pembasmian jenayah yang lucu dan berciri tempatan. Keluarga Si Mamat dan watak utamanya dinamakan sempena adik bongsunya, Mamat, dan kisah-kisahnya berasaskan pemerhatian Lat terhadap rakanrakan sekampung dan sekolahnya. Kartun Bersunat mendapat ilhamnya apabila beliau ditugaskan ke sebuah hospital. Sewaktu berehat daripada menyiasat jenazahjenazah mangsa jenayah yang dibawa masuk ke bilik mayat, Lat bertembung dengan sesi berkhatan yang dilakukan pada kanak-kanak lelaki Melayu dalam hospital itu. Beliau mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak itu agak klinikal, tanpa ciri adatistiadat yang menyambut upacara kedewasaannya di kampung. Maka Lat terpanggil untuk menggambarkan perbezaan antara kehidupan dalam kampung dan bandar. Apabila Lat secara rasminya memasuki bidang kartun, beliau memang tidak asing lagi dengan pekerjaan ini. Beliau mendapat manfaat daripada bimbingan Rejabhad, seorang kartunis politik yang berpengalaman. Rejabhad diseganai ramai orang tempatan yang menggelarnya "penghulu kartunis Melayu". Setelah perasan hasil kerja Lat dalam akhbar dan majalah, beliau mula berhubungan dengan kartunis muda itu. Rejabhad menerima permintaan ibu Lat untuk menjaga anaknya yang berusia 15 tahun dalam industri kartun. Beliau sempat memberi tunjuk ajar dan mempengaruhi kebangkitan Lat sebagai kartunis. Maka Lat menyanjung tinggi pembimbingnya Rejabhad sebagai tokoh misali. Mereka saling menaruh kasih sayang dan rasa kagum. Rejabhad bukan tokoh tempatan pertama yang kuat mempengaruhi Lat. Raja Hamzah yang terkenal dengan komik aksi dan cerita hantunya merupakan "wira" Lat sewaktu cilik. Cerita kartun pengembaraan perwira tempatan Raja Hamzahlah yang mengilhamkan Lat supaya menjadi kartunis. Maka hasrat itu tercapai dengan Tiga Sekawan, kejayaan yang tercapai setelah cubaan gagal berkali-kali serta keazaman


30 Lat bahawa beliau akan menjadi seorang kartunis seperti idolanya. Raja Hamzah juga menjayakan komik kehidupan rumah tangga seperti Keluarga Mat Jambul dan Dol Keropok dan Wak Tempeh. Kartun-kartun ini menguatkan rasa terpesona Lat terhadap kehidupan sekeluarga serta gelagat kanak-kanak yang banyak membantunya dalam karya-karya seterusnya. Lat berminat untuk mengkaji persekitarannya secara terperinci untuk dirakamkan dalam karya-karyanya. Keluarga Si Mamat dan Kampung Boy menggambarkan wajah dan perilaku watak-wataknya setepat-tepatnya. Penceritaannya ditulis dalam gaya yang amat natural bagi orang tempatan. Oleh itu, Lat mampu membuat para pembacanya mempercayai cerita-cerita dan watakwataknya sebagai cukup "kemelayuan". GAYA KEMUDIAN Setelah lawatan sambil belajar di London pada tahun 1975, karya-karya Lat menunjukkan kesan pengaruh kartunis editorial seperti Frank Dickens, Ralph Steadman, dan Gerald Scarfe. Pada tahun 1997, Ron Provencher, seorang profesor emeritus di Universiti Northern Illinois, melaporkan bahawa gaya Lat mengingatkan para informannya mengenai persada perkartunan Malaysia akan The Beano. Muliyadi menjelaskan bahawa "tema dunia kanak-kanak" seperti dalam The Beano dan The Dandy nyata dalam Keluarga Si Mamat. Yang lain pula mengulas bahawa seni Lat menonjol dengan sendirinya. Kartunis Singapura, percaya bahawa Lat "berupaya mencipta gaya tempatan yang mengagumkan sambil mengekalkan keaslian", manakala sejarawan komik, Isao Shimizu mendapati sungguhpun gaya lukis Lat ini "agak kasar", namun karya-karyanya "amat original" dan "penuh dengan kehidupan". Redza menilai bahawa The Beano dan The Dandy merupakan pengaruh "pembentuk awal" kepada Lat sebelum beliau menemukan gaya sendiri. Lukisan pena dakwat Lat ini begitu mengagumkan Larry Gonick sehingga kartunis berbangsa Amerika itu terasa macam hendak menguji kaji bahantara ini dalam bukunya, The Cartoon History of the Universe. Gonick cuba menggunakan bahantara tersebut seperti mana dengan berus yang biasa digunakannya, namun hasilnya tidak memuaskan. Kadang-kadang, Lat mewarnai karya-karya, misalnya dalam Kampong Boy: Yesterday and Today (1993) dengan menggunakan cat air atau pen penanda. Menurut Lent, Redza menilai bahawa Lat telah "mengangkat bidang perkartunan kepada tahap 'kesenian visual tinggi' dengan membuat komentar sosial dan 'pembinaan landskap'". Bukan sahaja pengkritik seni itu yang memandang tinggi karya Lat. Jaafar Taib, kartunis dan penyunting majalah Gila-Gila, mendapati bahawa kartun-kartun Lat mengekalkan kelucuan dan kerelevannya sepanjang zaman.


31 Jelasnya, sifat ini timbul dari gubahan karya Lat yang difikirkan dengan teliti yang membantu menyampaikan buah fikiran di sebalik kartun dengan jelas. TOPIK SENSITIF Sewaktu Lat mula melukis untuk New Straits Times, para kartunis politik tempatan mengambil jalan berlembut ketika melayan ahli-ahli politik Malaysia; rencana-rencana ahli politik itu dicipta kembali setepat-tepatnya manakala sebarang kritikan disuarakan dalam bentuk puisi yang halus. Bagaimanapun, Lat pula melampaui batas-batas itu; walaupun ahli-ahli politik tetap dilukiskan dengan rasa hormat, namun beliau membesar-besarkan sifat-sifat paras rupa dan perilaku mereka yang terkenal. Lat mengingati pada tahun 1974, beliau disuruh supaya mengubah salah satu hasil lukisannya yang memperlihatkan belakang tubuh Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Lee enggan membenarkan kartun itu disiarkan tanpa dibuat perubahan, lalu menyoal kartunis itu "Kamu nak masuk penjarakah?!" Apapun, pada tahun 1975, satu lagi cubaan Lat membuat kartun politik mendapat kelulusan daripada Lee. Satiranya kali ini menampilkan karikatur pengganti Tun Razak, iaitu Tun Hussein Onn, menunggang seekor unta untuk berjalan kembali ke Kuala Lumpur dari Arab Saudi; apa yang melucukan adalah apabila Hussein memanggil untanya supaya perlahan sebaik sahaja membaca berita bahawa kakitangan awam bakal menerima kenaikan gaji apabila pemimpin negara itu pulang ke tanah air. Kelas politik Malaysia berasa makin selesa dengan karikatur Lat; mereka sama terhibur seperti seluruh masyarakat negara. Muliyadi menyifatkan gaya Lat sebagai "licik, tersirat, dan simbolik", mengikuti bentuk-bentuk humor Malaysia yang tradisional dari segi etika dan estetika. Beliau dihormati oleh seluruh negara kerana patuh kepada tradisi dalam hasil seninya. Apabila Lat ingin membidas ahli politik, beliau menggambarkannya dalam situasi yang "luar biasa atau di luar jangkaan" kepada status atau keperibadiannya dengan menggunakan kontras untuk menjadikan karyanya lucu. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri keempat Malaysia, acapkali menjadi sasaran Lat sepanjang kerjaya politiknya, sehingga segala rakaman Dr. Mahathir oleh pelukis ini selama 20 tahun menjadi cukup untuk dijadikan buku himpunan setebal 146 muka surat yang bertajuk Dr Who?! (2004). Kepintaran siasah Lat bukan sahaja menyasarkan ahli politik tempatan, bahkan juga tindakan Israel di Timur Tengah dan tokoh-tokoh antarabangsa seperti pembesar utama Singapura, Lee Kwan Yew. Sungguhpun banyaknya karya-karya yang berunsur politik, namun Lat tidak menganggap dirinya sebagai kartunis politik, serta mengakui terang-terang bahawa ada orang lain yang lebih hebat daripadanya dalam bidang kartun politik.


32 Lat gemar menyampaikan buah-buah fikirannya dengan unsur berantagonis yang sedikit-dikitnya. Beliau mengendahkan nasihat pembimbingnya, Rejabhad, dan menunjukkan kesedarannya terhadap kepekaan masyarakat, terutamanya kaum, kebudayaan dan agama. Apabila mencipta konsep kartunnya, beliau menghapuskan segala yang dipercayainya sebagai berniat jahat atau tidak peka. Di Pameran Kartun Asia Keempat di Tokyo, Lat menjelaskan bahawa apabila membuat ulasan keagamaan dalam kerja-kerjanya, beliau mengulas agama Islam sahaja. Dalam hal ini, Lat memanfaatkan bakat seninya untuk mendidik anak muda mengenai agamanya. Lat mempercayai penyuntingnya untuk menyempurnakan tugas dan menggugurkan apa yang tidak boleh diterima secara sosial untuk dicetak. 3.3 PENGLIBATAN Kebanggaan Lat dalam perkartunan memanggilnya untuk mempromosikan seninya sebagai kerjaya yang dihormati. Pada tahun 1991, beliau bersatu dengan rakan kartunis seperjuangannya, Zunar, Rejabhad, dan Muliyadi untuk menubuhkan Persatuan Kartunis Selangor dan Kuala Lumpur (Pekartun). Persatuan ini mengadakan pameran dan forum untuk meningkatkan kesedaran orang awam akan bidang perkartunan serta menjalin hubungan silaturahim sesama ahli. Pekartun juga membantu menjelaskan permasalahan undang-undang seperti hak cipta kepada ahliahlinya, serta bertindak sebagai pengantara antara mereka dan kerajaan. Setahun sebelum itu, syarikat Lat, Kampung Boy, menganjurkan Perjumpaan Kartunis Antarabangsa Malaysia yang pertama untuk menghimpunkan para kartunis dari beberapa negara di serata dunia untuk mempamerkan hasil seni mereka sambil menyertai persidangan untuk saling mendidik dalam karya-karya mereka. Pada pendapat Redza, Lat memainkan peranan besar dalam menaikkan martabat bidang kartun di mata rakyat Malaysia. Selain mempromosikan hak kartunis-kartunis lain, Lat juga berminat untuk memupuk pemuliharaan alam sekitar. Sesetengah karyanya mengkarikaturkan akibat pencemaran dan pengeksploitan sumber alam secara berlebihan. Diundang untuk berucap di Simposium Tamadun Antarabangsa Osaka ke-9 pada tahun 1988, Lat membincangkan masalah persekitaran yang dikaitkan dengan kependudukan berlebihan dan perindustrian berat. Beliau mengenang-ngenangkan lagi zaman kanak-kanak yang lebih ringkas dan bersih dalam persekitaran kampung. Pada tahun 1977, apabila dianjurkan pembantahan aktiviti membalak di Rizab Endau-Rompin, Lat membantu meraih sokongan kepada pergerakan itu dengan melukis kartun yang


33 menekankan isu ini dalam akhbar. Lat juga agak bimbang akan apa yang dilihatnya sebagai keburukan pembangunan bandar. Beliau percaya bahawa pembangunanpembangunan sedemikian telah menyebabkan kehilangan cara hidup tradisional, kerana orang ramai meminggirkan budaya dan nilai-nilai lama apabila mereka bersepadu dengan kepesatan dan kecanggihan gaya hidup bandar. Pembelaan dan rasa sayangnya terhadap cara-cara lama jelas ditunjukkan dalam karyakaryanya, Kampung Boy, Town Boy, Mat Som, dan Kampung Boy: Yesterday and Today, yang memperjuangkan gaya hidup lama sebagai unggul secara rohani. Senarai karya pilihan, ini merupakan senarai sebahagian daripada buku-buku Lat (cetakan pertama) yang tidak termasuk karya-karya bertauliah dan terjemahan seperti Latitudes (1986) untuk Malaysian Airlines dan panduan pengurusan kewangan peribadi (sejak 1999) untuk Bank Negara Malaysia. 1964 - (Melayu) Tiga Sekawan : Menangkap Penchuri. Pulau Pinang, Malaysia :Sinaran Brothers. 1977 - (Inggeris) Lots Of Lat. Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. 1978 - (Inggeris) Lat’s Lot. Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. 1979 - (Inggeris) The Kampung Boy. Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. 1979 - (Keluarga Si Mamat. Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. 1980 - (Inggeris) With a Little Bit Of Lat. Kuala Lumpur Malaysia: Berita Publishing. 1980 - (Inggeris) Lots More Lat. Kuala Lumpur Malaysia: Berita Publishing. 1981 - (Inggeris) Town Boy. Kuala Lumpur Malaysia: Berita Publishing. 1983 - (Inggeris) Lat And His Lot Again! Kuala Lumpur Malaysia: Berita Publishing. 1985 - (Melayu) Entahlah Mak…! Kuala Lumpur Malaysia: Berita Publishing. 1985 - (Inggeris) It’s a Lat Lat Lat Lat World. Kuala Lumpur Malaysia: Berita Publishing. 1987 - (Inggeris) Lat And Gang. Kuala Lumpur Malaysia: Berita Publishing. 1988 - (Inggeris) Lat With a Punch. Kuala Lumpur Malaysia: Berita Publishing. 1989 - (Inggeris) Better Lat Than Never. Kuala Lumpur Malaysia: Berita Publishing.


34 1989 - (Melayu) Mat Som. Selangor, Kuala Lumpur Malaysia: Berita Publishing. 1990 - (Inggeris) Lat As Usual. Kuala Lumpur Malaysia: Berita Publishing. 1992 - (Inggeris) Be Serious Lat. Kuala Lumpur Malaysia: Berita Publishing. 1993 - (Inggeris) Kampung Boy : Yesterday And Today. Kuala Lumpur Malaysia: Berita Publishing. 1994 - (Inggeris) Lat 30 Years Later. Kuala Lumpur Malaysia: Berita Publishing. 1995 - (Inggeris) Lat Was Here. Kuala Lumpur Malaysia: Berita Publishing. 1996 - (Inggeris) Lat Gets Lost. Kuala Lumpur Malaysia: Berita Publishing. 1998 - (Inggeris) The Portable Lat. Kuala Lumpur Malaysia: Berita Publishing. 1999 - (Inggeris) Lat At Large. Kuala Lumpur Malaysia: Berita Publishing. 2004 - (Inggeris) Dr Who?!: Capturing The Life And Times Of a Leader In Cartoons. Kuala Lumpur Malaysia: Berita Publishing. 2009 - (Inggeris) Lat : The Early Serie. Kuala Lumpur Malaysia: Berita Publishing. 3.4 ANUGERAH Datuk Lat yang menyambut sanjungan tinggi di dalam dan luar negara, dipuji sebagai "wira budaya", "suara hati negaranya dalam bentuk kartun" dan "ikon Malaysia" antara lainnya. Institut Akhbar Malaysia berpendapat bahawa Lat "sendiri telah menjadi sebuah institusi" apabila menghadiahkan Anugerah Khas Juri kepadanya pada tahun 2005. Para seniman kartun di rantau Asia Tenggara seperti Muliyadi, Chua dan Rejabhad, turut menyanjung tinggi Lat, di samping pengkaryapengkarya dari luar negara seperti Matt Groening dan Eddie Campbell di Amerika Utara. Groening, pencipta The Simpsons, mengisikan testimonial untuk Kampung Boy versi Amerika Syarikat, yang mana beliau memuji maha karya Lat ini sebagai "salah sebuah buku kartun terunggul sepanjang zaman". Sergio Aragonés, pencipta Groo the Wanderer, ialah seorang lagi peminat Lat dari Amerika. Selepas mengunjungi Malaysia pada tahun 1987, Aragonés memanfaatkan pengalamannya untuk mereka cerita seorang pemedang cemerkap bernama Groo bertualang di pulau Felicidad yang latar masyarakat dan alamnya berasaskan persekitaran di Malaysia. Aragonés melukis hidung pribumi pulau itu mengikut gaya tersendiri Lat, di samping menamakan seorang watak pribumi utama—seorang kanak-kanak lelaki yang suka


35 ingin tahu—sempena kartunis Malaysia ini. Lent (2003) dan Shimizu (1996) berpendapat bahawa industri komik Malaysia mulai berkembang pesat setelah Lat menjadi kartunis sepenuh masa pada tahun 1974. Lent berhujah lagi bahawa profesion kartunis makin dihormati di Malaysia apabila Lat menerima gelaran Datukpada tahun 1994. Darjah kebesaran daripada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ini merupakan penghormatan tertinggi negara kepada pengaruh seniman kartun ini terhadap rakyat jelata serta jasanya kepada negara. Sebelum kebangkitan Lat, kartunis Malaysia kurang disanjungi oleh orang awam walaupun karya-karya Raja Hamzah dan Rejabhad mendapat perhatian ramai. Kejayaan demi kejayaan Lat ini membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka mampu berkembang maju dan berjaya sebagai kartunis, serta mengilhamkan mereka supaya memandang berat profesion kartun sebagai kerjaya yang berpotensi. Beberapa artis muda meniru gaya Lat dengan harapan meraih ganjaran yang seumpama beliau. Zambriabu dan Rasyid Asmawi meniru gaya hidung bergelung tiga dan gaya rambut watak-watak Lat, manakala yang lain seperti Reggie Lee dan Nan, menerapkan "pendekatan tema dan gaya terperinci" yang diamalkan oleh Lat dalam karya masing-masing. Muliyadi menggelar Lat sebagai "Bapa Kartun Malaysia Kontemporari" kerana menjadi kartunis Malaysia pertama yang mencapai pengiktirafan sedunia serta membantu menaikkan martabat industri perkartunan negara. Kesan pengaruh karya Lat tidak terhad kepada sektor kesenian. Sebelum beliau bangkit dalam persada seni, para kartunis Malaysia menyahut seruan demi perpaduan negara. Watak-watak dalam kartun ketika itu selalunya hanya terdiri daripada satu kaum, lebih-lebih lagi anasir tumpuan negatif pada kelemahan kaum-kaum tertentu meresap ke dalam arus perdana. Kartun-kartun sebegini tidak membantu meringankan persengketaan sesama kaum yang berbahang ketika itu. Situasi ini memuncak dengan rusuhan kaum pada tahun 1969, dan selama beberapa tahun selepas itu, hubungan sesama kaum agak dingin dan goyah. Menurut Redza, Lat menenangkan ketegangan perkauman negara dengan karyanya. Dengan melukis masyarakat pelbagai kaum dalam babak beramai-ramai, tak lupa interaksi sesama mereka, Lat mencerminkan masyarakat Malaysia dengan cara yang lembut dan tanpa kecenderungan. Redza berhujah bahawa, walaupun ada yang mendakwa bahawa Lat terpaksa memainkan peranan pengantara sesama kaum dan budaya (kerana beliau menyertai "akhbar bahasa Inggeris terulung di negara yang dibaca oleh masyarakat berbilang kaum"), namun beliau memiliki sifat-sifat yang diperlukan, iaitu pengetahuan intim tentang pelbagai kaum dan budaya, untuk berjaya dalam tugas ini. Para peminat


36 Lat mengecam ciri utama karyanya sebagai "humor yang selamat dan menarik yang melahirkan rasa seronok dan nostalgia semua orang dengan menarik perhatian sifat baik mereka daripada mengejek sifat buruk mereka". Formulanya ternyata berjaya; lebih 850,000 salinan buku-bukunya terjual dalam 12 tahun selepas himpunan pertama kartun editorialnya mulai dijual pada tahun 1977. Keselesaan yang dicari-cari oleh pembaca dalam karya-karyanya begitu mendalam sehingga pada September 2008, Lat menyimpang dari gaya kebiasaannya untuk melukis satu kartun tentang main-main politik perkauman dalam negara, sehingga mengejutkan wartawan Kalimullah Hassan, yang merasai kepiluan yang mendalam dalam lukisan sekumpulan rakyat Malaysia berhimpit-himpit di bawah payung untuk berteduh dari dihujani ungkapan xenofobia (perasaan sangat takut atau benci kepada orang asing). Karya-karya Lat telah digunakan dalam kajian akademik yang berbagai-bagai bidangnya, baik undang-undang, perancangan bandar, mahupun pemakanan. Para ahli akademik menggunakan hasil lukisannya untuk menggambarkan hujah-hujah mereka secara humor tetapi mendidik. Para pegawai kedutaan negara luas pernah meminta Lat supaya membuat wawasan terhadap budaya masyarakat masing-masing, dengan mengundangnya untuk menjelajahi negara-negara mereka dengan harapan supaya beliau dapat merakamkan pengalamannya dalam bentuk kartun untuk dikongsikan dengan seluruh dunia. Negara pertama yang berbuat demikian ialah Amerika Syarikat, diikuti oleh Australia, Jerman, Jepun dan lain-lain. Pada tahun 1998, Lat menjadi kartunis pertama yang menjadi Eisenhower Fellow dan sekali lagi mengunjungi AS; program penyelidikannya ini merupakan kajian hubungan sesama kaum dalam masyarakat AS. Pada tahun 2007, Universiti Kebangsaan Malaysia mengurniakan kedoktoran Kedoktoran Kehormat dalam Antropologi dan Sosiologi kepada beliau. Karya Lat diiktiraf sebagai catatan visual tentang sejarah kebudayaan Malaysia; pada tahun 2002, beliau dianugerahkan Hadiah Budaya Asia Fukuoka kerana memelihara kebudayaan Melayu luar bandar dalam karya-karyanya. Pada tahun 1986, Lat menjadi kartunis pertama yang mempamerkan karyakaryanya di Muzium Negara, Kuala Lumpur; acara itu menarik seramai 600,000 pengunjung dalam masa dua bulan. Beliau mendapat layanan selebriti, manakala watak-watak kartun ciptaannya menghiasi setem, buku panduan kewangan, dan kapal terbang. Apabila majalah Reader's Digest meminta pembacanya di Malaysia untuk menyenaraikan yang mana antara 50 orang ternama tempatan yang paling dipercayai mereka pada tahun 2010, Lat menduduki tangga keempat. Menurut Jaafar, "100% rakyat Malaysia menghormati dan mengagumi Datuk


37 Lat, dan melihat sentuhan kemalaysiaan sama ada beliau melukis anggota polis, guru mahupun pelacur."1994 - Gelaran Datuk. Pelbagai lagi anugerah yang diterima oleh Lat yang membawanya kepada seorang tokoh seni. 1998 – Eisenhower Fellowship 2002 – Hadiah Kebudayaan Asia Fukuoka 2005 – Anugerah Kewartawanan Petronas (Anugerah Khas Juri) 2007 – Kedoktoran Kehormat dalam Antropologi dan Sosiologi 2010 – Civitella Ranieri Visual Arts Fellowship 3.5 KARYA


38


39


40


41


42 4.0 RUMUSAN Sejarah perkembangan seni tampak di Malaysia merupakan perkara yang sangat berhaga dan perkara yang tidak boleh dilupakan. Disebabkan perjuangan mereka, Malaysia menjadi negara yang terkenal dengan pelbagai seni tampak dan melalui perjuangan mereka juga, negara Malaysia banyak melahirkan tokoh-tokoh seni negara. Oleh itu, masyarakat perlu berjuang dan mainkan peranan yang besar kepada negara dalam bidang ini agar negara kita menjadi sebuah negara yang maju dengan pelbagai kesenian yang ada di dunia. Pelbagai tokoh seni yang dilahirkan mengharumkan nama negara melalui bidang atau aliran seni yang mereka ceburi. Tokoh seperti Tew Nai Tong dan Lat yang mempunyai kelainan dalam penyampaian karya mereka, walaupun berbeza dari segi bidang yang mereka ceburi, namun mereka berdua telah mengembangkan karya mereka di mata dunia. Kerana kesungguhan dalam sesuatu bidang, seni Malaysia dapat berkembang dan dilihat oleh dunia. Perkembangan seni ini, sekali gus memberikan kesan yang besar terhadap seni tampak moden di Malaysia.


43 5.0 RUJUKAN BUKU Muliyadi Mahamood, 1961. Seni Lukis Dan Peristiwa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka Zakaria Ali, 2015. Sejarah Seni Tampak Malaysia. Hulu Bernam Kuala Kubu Baru, Selangor. Paksi Press Zakaria Ali, 2010. Malaysian Art Selested Essays 1979-2009. Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim Perak Ahmad Suhaimi Mohd. Noor, 2007. Sejarah Kesedaran Visual Di Malaya. Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim Perak Nathan Knobler, Terjemahan Zakaria Ali, 1985. Dialog Seni Tampak. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka S Vlatseas, A History Of Malaysian Architectue, 1990. Longman Singapore Publisher Niranjan Rajah, 2002. Bara Hati Bahang Jiwa Expression And Expressionism In Contemporary Malaysian Art, Kuala Lumpur, Balai Seni Lukis Negara. Muliyadi Mahamood, 1961. The History Of Malay Editorial Cartoons (1930s-1993). Kuala Lumpur, Perpustakaan Negara Malaysia, Utusan


44 Publications & Distributors Sdn Bhd. Lat, 2008. Lat The Kampung Boy. Kuala Lumpur. Berita Publishing Sdn Bhd. Lat, 2005. Town Boy The Lat. Kuala Lumpur. Collections Ailleurs Berita Publishing Sdn Bhd. Lat, 2009. Lat.The Early Series. Kuala Lumpur, Malaysia. NSTP Resource Centre Lat, June 2012, Lat A Collection Of Cartoons 1984-1991. Ambank Group, Group Corporate Communications Lat, 1995. Lat Was Here. Kuala Lumpur, Malaysia. Berita Publishing Sdn Bhd Lat, 1992. Be Serious! Lat. Kuala Lumpur. Berita Publishing Sdn Bhd Lat, First Published 1977, Tenth Reprint 1992. Lots Of Lat. Kuala Lumpur, Berita Publishing Sdn Bhd, A Member Of The New Straits Times Group. INTERNET https://ms.wikipedia.org/wiki/Zaman_prasejarah 5/12/2016 https://malaysia.images.search.yahoo.com 7/12/2016


45 http://miezaseni.blogspot.my/2011/04/sejarah-seni-tampak-malaysia.html 8/12/2016 http://www.slideshare.net/pIoNgSS/sejarah-seni-visualmalaysia?next_slideshow=1 9/12/2016 https://www.google.com/search?hl=en&site=imghp&tbm=isch&source=hp&bi w=1366&bih=662&q=tew+nai+tong&oq=tew+Nai+Tong&gs_l=img.1.0.0j0i30k 1j0i24k1.112.5958.0.9726.9.3.0.6.6.0.227.343.2j0j1.3.0....0...1ac.1.64.img..0. 9.354...0i8i30k1.cOfZ7epWH0M#imgrc=_ 9/12/2016 https://ms.wikipedia.org/wiki/Lat 10/12/2016 https://www.google.com/webhp?hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwjA64mG2_LQAh WHQI8KHVapDi4QPAgD#hl=en&q=dato+lat 10/12/2016 https://translate.google.com/#auto/ms/Ecole%20Nationale%20Superieure%20 des%20Beaux-Arts%20de%20Paris 11/12/2016


Click to View FlipBook Version