The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lyazaid05, 2022-08-21 00:23:12

Sejarah mat kilau

Kebangkitan pahlawan

MAT KILAU
KEBANGKITAN
PAHLAWAN

Karya:

Nur Alyaa Binti Muhamad Zaid
5 Abu bakar

'Jangan sampai bangsaku tiada negara'

Mat Kilau

Kebangkitan pahlawan

NAMA: Mat Kilau Bin Imam Rasu
NAMA LAIN: Mohamed Bin Ibrahim ( Mat Siam)
TARIKH LAHIR: Kira-kira tahun 1865-1867
TARIKH KEMATIAN: 16 Ogos 1970
TEMPAT LAHIR: Kampung Masjid, Pulau Tawar

Jerantut, Pahang
TERKENAL KERANA: Mempertahankan tanah air

terhadap campur tangan
British di Pahang
KEMAHIRAN: Mengaji, berzanji dan berdikir
maulud serta dikir rebana (dikir pahang)
HOBI: Bermain gasing dan berlaga buah keras
BAPA: Imam Rasu Bin Shahrom ( Tok Gajah)
IBU: Mahda Binti Tok Kaut Burau
ISTERI: Yang Chik Binti Imam Daud

ANAK: Mohd Ali
Khadijah
Abdul Rahman
Omar
Razali
Khalid
Aminah
Zaleha
Sabariah
Salamah

Sekitar tahun 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan
tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri
yang dilantik. Antara yang menerima akibat daripada campur tangan pentadbiran British di
Pahang adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah dan Dato Bahaman. Kesan daripada itu,
bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri hingga mengakibatkan mereka diburu
British kerana menentang penjajah. Rentetan peristiwa itu, British mengisytiharkan perang
terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum.
Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan
semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu.

Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua
negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok
Janggut di Kelantan. Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang
agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa
laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari
gaharu. Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan
Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri itu. Antaranya, laluan dari
Kampung Bantal di Jerantut ke Kampumg Pasir Raja di Dungun, laluan dari Jerantut ke Pasir
Nering, Hulu Terenggamu dan laluan dari Jerantut ke Gua Musang, Kelantan. Bagaimanapun,
laluan yang kerap digunakan Mat Kilau dan pengikutnya bagi mengelakkan diri daripada British
adalah laluan antara Kampung Bantal ke Kampung Pasir Raja. Penentangan Mat Kilau yang
berterusan terhadap British menyebabkan beliau menjadi orang buruan yang paling dikehendaki
dan dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris menyebabkan beliau mengasingkan diri dan hidup
berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.

Pada Oktober 1895, laporan akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura, iaitu The Straits
Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Penderhaka, iaitu Dato Bahaman ditahan
pemerintah Siam". The Free Press pula menyatakan Mat kilau yang melawan ketika ditangkap
cedera parah di muka dan kepala. Kecederaannya dikatakan parah dan dia meninggal dalam
perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan darah yang banyak. Dengan tersiarnya
berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka
tamatlah riwayat pahlawan Melayu itu. Bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku tidak
diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa Awang Mat ( Jusoh Rimau ),
pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim ( Pak Him ), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.
Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau
mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di
Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Sejak tahun 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya buat
beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad
oengenalan diri k/p 2044778 dan bernama Mohamed Bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya
yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi tumpuan ramai, Mat Kilau
bersetuju mengumumkan dirinya di kamoung kelahirannya. Atas daya usaha anaknya Omar Mat
Kilau, pahlawan Melayu itu dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Kendondong, Pulau
Tawar. Pada jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk
solat jumaat. Selepas solat, Mat Kilau membaca al-quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya
sebagai Mat Kilau. Pengisytiharan itu menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang
menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari
1970. Beberapa orang ditemu ramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.
Setelah disahkan, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai
Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh. Setelah empat hari
pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau menghembuskan nafas terakhir
kerana uzur.

Pahlawan Mat kilau sedang diusung oleh orang ramai selepas berita kemunculan beliau tersebar
ke seluruh negara

Pahlawan Mat Kilau ditemu ramah selepas berita tentang beliau mula tersebar

Inilah Masjid Lama Pulau Tawar yang menjadi tempat pengisytiharan Mat Kilau pada tahun
1969 dulu. Di sini juga jenazah Mat Kilau disembahyangkan selepas beliau disahkan meninggal

dunia. Kini masjid ini tinggal kenangan.

Makam pahlawan Mat kilau

Mat Kilau, Pahlawan melayu


Click to View FlipBook Version