The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-51 SKPT2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fajrina hasbullah, 2024-06-07 02:37:53

BUKU MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-51

BUKU MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-51 SKPT2

SK PADANG TEMBAK 2, JALAN SULTAN YAHYA PETRA, 54100 KUALA LUMPUR. TARIKH MASA TEMPAT : 8 JUN 2024 (SABTU) : 8.30 PAGI : DEWAN SRI TEMBAK, SKPT2


ISI KANDUNGAN Kata Alu-Aluan Penasihat PIBG (Guru Besar SKPT2) Kata Alu-Aluan Yang Dipertua PIBG sesi 2024/2024 Notis Mesyuarat Agung PIBG SKPT 2 Kali ke-51 Aturcara Mesyuarat Agung PIBG SKPT 2 Kali ke-51 Senarai Jawatankuasa Pengurusan Mesyuarat Agung PIBG SKPT 2 kali ke-51 Senarai AJK PIBG SKPT 2 sesi 2023/2024 Agenda Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKPT 2 Kali Ke-51 Minit Mesyuarat Agung PIBG SKPT 2 kali ke-50 Senarai Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-50 Laporan Aktiviti PIBG sesi 2023/2024 Laporan Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2023 Lampiran ▪ Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2023/2024 ▪ Gambar aktiviti sekolah dengan kerjasama PIBG/KSIB ▪ Kejayaan Sekolah Sesi 2023/2024 ▪ Senarai AJK PIBG Sesi 2023/2024 Penghargaan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 1 2 3 4 5 6 7 8 9 19 22 24 26 27 28 29 48 49 50 Cadangan dan Persetujuan Sumbangan PIBG Sesi 2024/2025 Usul Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-51 14 15


KATA ALU-ALUAN PENASIHAT PIBG Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, kita dapat berkumpul bagi menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Padang Tembak 2 kerana telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-51 pada tahun ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang dapat hadir pada hari ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga diucapkan kepada PIBG, KSIB serta ibu bapa yang banyak memberi sokongan dan sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada pihak sekolah selama ini. Sokongan dan bantuan yang dihulurkan oleh tuan-tuan adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 melalui anjakan yang ke sembilan iaitu “Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas”. Berdasarkan hasrat tersebut, jelaslah menunjukkan bahawa peranan dan tanggungjawab PIBG serta ibu bapa terhadap sekolah amat penting. Kemajuan sesebuah sekolah merupakan sebahagian daripada tanggungjawab PIBG dan ibu bapa. PIBG yang cemerlang akan dapat membantu pihak sekolah bagi meneruskan kecemerlangan akademik, koakademik, kokurikulum sehinggalah kepada kemenjadian murid yang sebenarnya. Pada tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang pastinya banyak cabaran yang perlu ditempuhi untuk mengejar perkembangan teknologi dan pembelajaran di Abad ke-21. Selaras dengan itu, SK Padang Tembak 2 akan terus mengorak langkah untuk mencapai apa yang dihasratkan bagi melahirkan modal insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Akhir kalam, marilah kita sama-sama berganding bahu, berusaha ke arah kecemerlangan anak-anak. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan selama ini. Semoga gandingan PIBG dan sekolah ini akan terus melonjakkan kecemerlangan SK Padang Tembak 2 dalam pelbagai bidang. Sekian, terima kasih TUAN HAJI MUHAMMAD NAZRI BIN MUSA, GURU BESAR, SK PADANG TEMBAK 2 2


KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2023/2024 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya kita dapat bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Padang Tembak 2 Kali Ke-51 sesi 2024/2025. Saya selaku YDP PIBG SK Padang Tembak 2 mengucapkan terima kasih kepada AJK, ibu bapa dan guru-guru yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada hari ini untuk sama-sama berbincang dan menyumbang idea untuk memantapkan lagi segala aktiviti atau program anjuran bersama PIBG dan sekolah dalam merealisasikan misi, objektif dan matlamat sekolah. Saya mewakili semua Ahli Jawatankuasa PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan murid. PIBG dan guru-guru sentiasa menitikberatkan keselesaan murid-murid agar dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan melakukan aktiviti kokurikulum dalam keadaan sempurna dengan kemudahan prasarana yang lengkap. Oleh itu, pihak PIBG dan guru-guru telah berusaha untuk mendapatkan sumbangan bagi menaik taraf prasarana demi kemudahan murid-murid dan warga sekolah. PIBG dengan kerjasama guru-guru sentiasa memberi perhatian kepada golongan B40 dan menyalurkan bantuan makanan asas melalui gerobok rezeki sumbangan daripada MAIWP. Selain itu, bagi mereaslisasikan pendidikan digital pihak PIBG telah menaik taraf capaian internet di sekolah. Untuk makluman hadirin, Program Brings Your Own Device to School (BYODS) telah dilaksanakan untuk murid-murid Tahun 6. Pihak sekolah telah merancang pelbagai aktiviti dalam meningkatkan kemenjadian murid dan amat memerlukan sokongan ibu bapa. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah di atas kecemerlangan yang telah dicapai oleh SKPT2 daripada segi akademik, sahsiah dan kokurikulum bagi sesi 2023. Sekalung tahniah juga kepada anak-anak yang telah menang dalam beberapa pertandingan sama ada dalam peringkat sekolah, daerah atau kebangsaan. Kejayaan ini menggambarkan usaha gigih daripada guru-guru yang tidak pernah berputus asa dalam mendidik anak-anak SKPT2 dan juga dorongan serta komitmen daripada ibu bapa juga tidak dilupakan. Pihak PIBG dan guru-guru sentiasa memastikan pembangunan sahsiah murid-murid agar anak-anak kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era teknologi yang serba canggih. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak-anak kita berjaya menjadi insan yang cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi SK Padang Tembak 2. Pihak PIBG dan guru-guru sentiasa memberi penekanan kepada aspek dalam pembentukan akhlak dan integriti dengan mewujudkan suasana harmoni untuk menghindari daripada kes buli, gangsterisme dan vandalisme. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru, ibu bapa dan AJK yang telah meluangkan masa hadir bersama untuk menjayakan Mesyuarat Agung SKPT2 sesi 2024/2025. Kehadiran ibu-bapa membuktikan kesungguhan dan komitmen untuk meningkatkan prestasi bagi mencapai kecemerlangan anak didik SKPT2. Saya berharap agar AJK PIBG baru yang akan dilantik dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam melahirkan modal insan yang berjaya, berintegriti dan berhemah tinggi. Sekian, terima kasih. DATO’ HAJAH. FARIDAH BT HAJI OMAR SHAH YANG DIPERTUA PIBG, SK PADANG TEMBAK 2. 3


PERSATUAN IBU BAPA & GURU SK PADANG TEMBAK 2 JALAN SULTAN YAHYA PETRA 54100 KUALA LUMPUR NO TEL / FAX : 03-26921827 NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE - 51 Ruj Kami : SKPT2.100-13/1/4 ( ) Tarikh : 23 April 2023 Kepada, Semua Ibu Bapa / Penjaga dan Guru SK Padang Tembak 2. Tuan / Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK PADANG TEMBAK 2 KALI KE-51 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKPT2 Kali Ke-51 akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 8 Jun 2024 ( Sabtu ) Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Sri Tembak, SK Padang Tembak 2 3. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah seperti berikut:- 1. Ucapan Yang Dipertua PIBG SKPT2 Sesi 2023/2024 2. Ucapan Penasihat PIBG 3. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-50 Tahun 2023 4. Perkara-Perkara Berbangkit 5. Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2023/2024 6. Membentang dan Menerima Laporan Kewangan PIBG Berakhir Pada 31 Disember 2023 7. Perkara-Perkara Baharu 7.1 Perbincangan Usul / Cadangan (Jika Ada) 7.2 Pembubaran AJK PIBG sesi 2023/2024 7.3 Pelantikan AJK PIBG sesi 2024/2025 7.4 Pelantikan 2 Juruaudit Dalaman sesi 2024/2025 8. Pembentangan Kertas Kerja (Jika Ada) 9. Hal-hal Lain 10. Ucapan Penangguhan Oleh YDP PIBG sesi 2024/2025 4. Bersama-sama ini disertakan borang kehadiran mesyuarat dan borang usul/cadangan dengan mengimbas kod QR. Borang usul perlu dihantar selewat-lewatnya pada 10 Mei 2024. 5. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai. ”MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (MASTURA BINTI MOHAMAD ZAWAWI) Setiausaha PIBG, SK Padang Tembak 2. 4


ATURCARA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-51 8.30 pagi: Ketibaan dan Pendaftaran Ibu Bapa 9.00 pagi: Tarian Selamat Datang Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan Doa 9.20 pagi: Ucapan Penasihat PIBG Tuan Haji Muhammad Nazri bin Musa (Guru Besar) Ucapan Perasmian Dato’ Hajah Faridah binti Haji Omar Shah ( Yang Dipertua PIBG ) 9.40 pagi: Penyampaian Sijil dan Cenderamata kepada AJK PIBG Sesi 2023/2024 Persembahan Cabutan Bertuah 10.00 pagi: Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-51 bermula Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-50 Tahun 2023 Perkara-perkara berbangkit Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2023/2024 Membentang dan Menerima Laporan Kewangan PIBG Berakhir pada 31 Disember 2023 Perkara-perkara Baharu 5.1 Cadangan dan Persetujuan Sumbangan PIBG Sesi 2024/2025 5.2 Perbincangan Usul / Cadangan 5.3 Pembubaran AJK PIBG sesi 2023/2024 5.4 Pelantikan AJK PIBG sesi 2024/2025 5.5 Pelantikan 2 Juruaudit Dalaman sesi 2024/2025 Pembentangan Kertas Kerja Hal-hal lain Ucapan Penangguhan Oleh YDP PIBG Sesi 2024/2025 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 11.30 pagi: Cabutan Bertuah 11.45 pagi: Bersurai 5


JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 51 Penasihat : Tuan Haji Muhammad Nazri bin Musa ( Guru Besar ) Pengerusi : Dato’ Hajah Faridah binti Haji Omar Shah ( YDP PIBG ) Naib Pengerusi 1 : Puan Noraziza binti Abd Hamid ( PK Hal Ehwal Murid ) Naib Pengerusi 2 : Puan Rozzalita binti Abdullah ( PK Pentadbiran) Naib Pengerusi 3 : Encik Mohd Fauzan bin Omar ( PK Kokurikulum ) Setiausaha : Puan Mastura binti Mohamad Zawawi Bendahari : Encik Ahmad Nasaruddin bin Salam SAMBUTAN DAN PROTOKOL Tuan Haji Muhammad Nazri bin Musa (GB) Dato’ Hajah Faridah binti Hj. Omar Shah (YDP) Puan Rozzalita binti Abdullah (PK) Puan Noraziza binti Abd Hamid (PK) Encik Mohd Fauzan bin Omar (PK) PENDAFTARAN Puan Nurus Saadah binti Mohd Ismadi Puan Napsiah binti Omar (PIBG) PENGACARA MAJLIS Puan Noor Azeidah binti Abdullah BACAAN DOA Encik Muhammad Abdullah Areifudeen bin Bedu Rahim KAIN RENTANG Encik Adeq Ahmad Shah bin Abd Aziz PENCATAT MINIT Puan Norhayati bt Mohamad Yusof Rosmaniza binti Mohamed @ Omar (PIBG) CENDERAHATI/ SIJIL Cik Rashidah binti Mansor Cik Najihah binti Fadzail DOKUMENTASI Puan Mastura binti Mohamad Zawawi Puan Nur Suhailah binti Salim PERSIAPAN TEMPAT/ PENTAS Encik Mohamad Sobri bin Ishak En Mohd Aidil Naim bin Ariffin Encik Abu Suffian bin Ahmad Encik Muhammad Abdullah Areifudeen bin Bedu Rahim Puan Nursuhailah bt Salim Encik Mohamed Azlan bin Suhot (PIBG) Encik Mohamad Nor Jaafar bin Samsudin (PIBG) JAMUAN Puan Rohani binti Kassim Puan Saimah binti Abd. Rahman Encik Amirul Azizi bin Kesut (PIBG) JURUGAMBAR Encik Ahmad Nasaruddin bin Salam Encik Ahmad Fuad Iqbal bin Ahmad Tarmizi SLAID MULTIMEDIA Encik Ahmad Fuad Iqbal bin Ahmad Tarmizi BUKU AGM Cik Nur Fajrina binti Hasbullah Puan Nur Masturah binti Kamarulzaman SIARAYA En Adeq Ahmad Shah bin Abd Aziz Encik Abu Suffian bin Ahmad Encik Jamil bin Othman (PIBG) 6


PENASIHAT Tuan Haji Muhammad Nazri bin Musa ( Guru Besar ) YANG DIPERTUA PIBG Dato’ Hajah Faridah binti Haji Omar Shah NAIB YANG DIPERTUA PIBG Mejar Mohd Nizam bin Sarifhudin SETIAUSAHA KEHORMAT Puan Mastura binti Mohamad Zawawi BENDAHARI KEHORMAT Encik Ahmad Nasaruddin bin Salam EXCO-EXCO Encik Mohamed Azlan bin Suhot (Ibu Bapa) Encik Amirul Azizi bin Kesut (Ibu Bapa) Encik Muhamad Azha bin Hamzah (Ibu Bapa) Encik Mohamad Nor Jaafar bin Samsudin (Ibu Bapa) Encik Jamil bin Othman (Ibu Bapa) Puan Rosmaniza binti Mohamed @ Omar (Ibu Bapa) Encik Mohamad Sobri bin Ishak (Guru) Encik Adeq Ahmad Shah bin Abd Aziz (Guru) Puan Rohani binti Kassim (Guru) Puan Noor Azeidah binti Abdullah (Guru) Puan Nur Suhailah binti Salim (Guru) JURU AUDIT Cik Rashidah binti Mansor (Guru) Puan Napsiah binti Omar (Ibu Bapa) AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 7


AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE – 51 Ucapan Pengerusi Ucapan Penasihat Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-50 Tahun 2023 Perkara-perkara berbangkit Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2023/2024 Membentang dan Menerima Laporan Kewangan PIBG Berakhir pada 31 Disember 2023 Perkara-perkara Baharu 7.1 Cadangan dan Persetujuan Sumbangan PIBG Sesi 2024/2025 7.2 Perbincangan Usul / Cadangan 7.3 Pembubaran AJK PIBG sesi 2023/2024 7.4 Pelantikan AJK PIBG sesi 2024/2025 7.5 Pelantikan 2 Juruaudit Dalaman sesi 2024/2025 Pembentangan Kertas Kerja Hal-hal lain Ucapan Penangguhan Oleh YDP PIBG Sesi 2024/2025 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 8


MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG ) SK PADANG TEMBAK 2 KALI KE – 50 Tarikh : 10 Jun 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Sri Tembak , SK Padang Tembak 2 1.0 Ucapan Pengerusi ( Dato’ Hajah Faridah binti Haji Omar Shah ) Dato’ Hajah Faridah binti Omar Shah selaku pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-50. Kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat PIBG penting bagi merealisasikan aktiviti atau program sekolah. Pengerusi merakamkan sekalung penghargaan terima kasih kepada barisan ahli jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 atas komitmen yang diberikan terutama aspek akademik dan pembangunan sekolah. Pengerusi mengucapkan tahniah atas kerjasama ahli jawatankuasa PIBG dengan pihak sekolah telah melancarkan gerak kerja aktiviti sekolah dan meningkatkan prasaran sekolah. Pengerusi menjelaskan pelbagai program telah dilaksanakan bagi membantu murid yang kurang berkemampuan seperti Program Gerobok Rezeki. Program peningkatan akademik juga telah dilaksanakan bagi murid yang lemah iaitu Program Anakku Bijak. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua murid yang telah mencapai kejayaan dalam pelbagai pertandingan. Kejayaan yang dicapai ini adalah hasil daripada usahasama ibu bapa dan guru. Ibu bapa harus terus memberi sokongan kepada anakanak untuk melibatkan diri secara aktif dalam bidang akademik dan kokurikulum. Pengerusi juga mengingatkan objektif Sarana Ibu Bapa yang menyentuh tanggungjawab dan peranan ibu bapa terhadap sekolah dalam mewujudkan kondusif sekolah yang lebih selesa. Oleh itu, ibu bapa perlu hadir dan memberi sokongan kepada aktiviti yang dirancangkan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi anak-anak. 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 9


Pengerusi memaklumkan PIBG dan guru-guru sentiasa memberi bantuan dalam memastikan keselamatan dan kebajikan murid. Justeru itu, semua ibu bapa diminta memasuki grup Whatsapp KSIB untuk mendapat maklumat tentang aktviti sekolah dan keperluan sekolah dengan lebih cepat. Pengerusi berharap semua ibu bapa dan guru berganding bahu bagi memastikan pembangunan sahsiah murid-murid selaras dengan kecanggihan dunia digital kini. 1.7 1.8 Makluman 2.0 Ucapan Penasihat ( Encik Shamsurri bin Salleh ) Encik Shamsurri bin Salleh selaku penasihat merakamkan sekalung ucapan tahniah kepada semua ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat agung kali ini. Kerjasama daripada ibu bapa dapat membantu kemenjadian murid. Penasihat mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 kerana telah banyak membantu sekolah dalam menjayakan program. Penasihat memaklumkan banyak sumbangan yang telah diperoleh bagi meningkatkan infrastruktur sekolah seperti tingkap sliding dan kipas angin tambahan sebanyak empat buah telah dipasang setiap kelas. Pada musim cuaca panas ini, pemakaian baju sukan masih dibenarkan. Penasihat memaklumkan beberapa pembangunan sekolah yang telah dilakukan : 2.4.1 Meningkatkan kemudahan ICT dengan menambah talian internet di sekolah. 2.4.2 Menaik taraf kantin dan tandas dan menjadi ikon 3K Peringkat Negeri. 2.4.3 Makmal komputer telah dinaik taraf dengan menambah 3 talian internet, 30 sewaan komputer meja oleh kerajaan. 2.4.4 Laluan PPDa ditambah baik dengan kerjasama mahasiswa dan mahasiswi UTM 2.4.5 Laluan baharu iaitu laluan keselamatan dan kecemasan antara bilik pemulihan dan Pra SKPT 1. 2.4.6 Info-info transformasi sekolah akan diletakkan di laluan TS 25 (2013 – 2025) 2.1 2.2 2.4 2.3 10


Penasihat menjelaskan pihak sekolah merancang ingin memasang smartboard di setiap kelas bagi memudahkan proses pengajaran yang lebih interaktif. Kos pemasangan amat tinggi dan pihak sekolah amat memerlukan bantuan PIBG bagi mencari dana. Penasihat memaklumkan program di bawah unit Hal Ehwal Murid (HEM) perlu memohon dana daripada PIBG kerana melibatkan semua murid. Program akademik dan kokurikulum adalah daripada dana kerajaan. Penasihat memaklumkan kenderaan parkir di kiri dan kanan jalan telah menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama pada waktu pagi. Namun begitu, masalah ini dapat diatasi dengan bantuan pihak polis bagi mengawal lalu lintas. Penasihat memaklumkan isu jualan di luar kawasan sekolah telah dilaporkan kepada pihak DBKL. Pihak DBKL telah datang dan bermesyuarat bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut. Penasihat memaklumkan kejayaan sekolah dan ibu bapa boleh merujuk (lampiran 37-40). Kejayaan terkini ialah Johan Pertandingan Bintang Irama Malaysia iaitu adik Muhammad Yusuf Hadi bin Abd Munim yang akan mewakili Kuala Lumpur ke peringkat kebangsaandi Sabah. Penasihat memaklumkan aktiviti kecemerlangan akademik juga telah dilaksanakan seperti: 2.10.1 Mengadakan kelas tambahan untuk memulihkan murid yang keciciran semasa PKP dengan program Anakku Bijak dengan kerjasama PIBG dan MAWIP. 2.10.2 Mengadakan Program Bacalah Sayang pada setiap pagi bagi meningkatkan kemahiran membaca. 2.10.3 Mengadakan jaringan dengan UTM dalam program STEM. 2.10.4 Mengadakan kelas tambahan bagi anak-anak Rahoma yang dibimbing oleh pelajar-pelajar UTM. 2.10.5 Mengadakan program motivasi untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah. Penasihat memaklumkan mesyuarat pertandingan sukan peringkat zon telah diadakan dan akan dilaksanakan mengikut takwim. Aktiviti sukan akan dijalankan mengikut prosedur demi menjaga keselamatan murid. 2.5 2.6 2.7 2.8 2.10 2.9 2.11 11


Penasihat memaklumkan unit HEM juga telah melaksanakan Prgram Sekolah Penyayang bagi meningkatkan keseronokan murid untuk hadir ke sekolah seperti bintang kehadiran penuh dan sambutan hari lahir. Penasihat mendedikasikan penghargaan kepada semua guru dan ibu bapa kerana dengan kekuatan yang ada telah mampu menandingi sekolah-sekolah yang hebat dan besar. Semoga kerjasama ini berterusan demi kejayaan anak-anak. 2.12 2.13 Makluman 3.0 Agenda Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-50 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49. Pengerusi memohon semua ahli mesyuarat yang hadir membaca dan menyemak isi kandungan minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-49 dan memohon minit mesyuarat tersebut disahkan. (Rujuk lampiran 11 hingga 22) Muhamad Azha bin Hamzah mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-49 disahkan. Encik Mohamed Azlan bin Suhot menyokong pengesahan minit mesyuarat tersebut. 3.1 3.1.1 3.1.2 3.2 Membentang dan Meluluskan Laporan Aktviti Tahunan PIBG sesi 2022/2023. Cik Nur Fajrina selaku setiausaha membentangkan laporan aktiviti PIBG bagi tahun 2022 dan 2023. (Rujuk lampiran pada muka surat 27 dan 28) Pengerusi mengucapkan terima kasih dan syabas atas kerjasama yang diberikan oleh semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti tahunan PIBG bagi tahun 2022 dan 2023. Aktiviti yang dijalankan mengikut takwim yang telah dirancang. 3.2.1 3.2.2 Makluman Makluman 12


Cik Rashidah binti Mansor selaku Bendahari PIBG membentangkan Laporan Kewangan PIBG bagi Tahun 2022 sebagaimana yang dilampirkan kepada semua ahli. (Rujuk lampiran pada muka surat 30 dan 31) Pengerusi memaklumkan bahawa pihak sekolah juga mendapat sumbangan daripada pihak luar untuk menampung aktiviti yang telah dijalankan. Puan Bedah binti Mamat mencadangkan agar Laporan Kewangan PIBG Tahun 2022 Ke-49 disahkan. Puan Hamidah binti Ab Karim menyokong pengesahan laporan kewangan tersebut. Ahli mesyuarat mengambil maklum jumlah dana PIBG berakhir pada 31 Disember 2022 berjumlah RM 4,738.71. Cik Rashidah membentangkan cadangan sumbangan PIBG bagi tahun 2023 seperti berikut; 3.3.1 3.3.2 Makluman 3.3 Membentang dan Meluluskan Laporan Kewangan PIBG Tahun 2022 3.3.3 3.3.4 3.3.5 Bil PERKARA TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 1 Sumbangan PIBG (sekeluarga)** RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00 Bayaran khas setiap murid: 2 Bahan Percetakan RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 3 Sekolahku ceria / Hari Anugerah Cemerlang / Hari Kanak-Kanak & Penyelengaraan RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 4 Komputer RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 Jumlah RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00 Jumlah keseluruhan RM 100.00 RM 100.00 RM 100.00 RM 100.00 RM 100.00 RM 100.00 ** Hanya salah seorang ahli keluarga sahaja yang perlu membayar sumbangan PIBG Puan Norhaslina bt Zulkipli mencadangkan agar sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 bagi satu keluarga dan bayaran tambahan sebanyak RM50.00 setiap murid diterima dan cadangan tersebut disokong oleh Encik Amirul Azizi bin Kesut. Semua ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 satu keluarga dan bayaran tambahan sebanyak RM50.00 setiap murid bagi tahun 2023. 3.3.6 3.3.7 13


Dato Hajah Faridah binti Haji Omar Shah selaku YDP PIBG sesi 2022/2023 mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan sepanjang beliau menjadi YDP PIBG. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah menjalankan tugas dengan baik. YDP PIBG membubarkan Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023. Dato Hajah Faridah binti Haji Omar Shah mencadangkan Tuan Mohd Nizam bin Sarifhudin dilantik sebagai pengerusi sementara yang disokong oleh Puan Rozzalita binti Abdullah bagi mengendalikan pemilihan AJK PIBG Sesi 2023/2024. Penasihat memperkenalkan guru-guru yang telah dilantik untuk jawatan Setiausaha, Bendahari dan ahli jawatankuasa PIBG seperti berikut: 3.4.1 3.4.2 3.4 Pembubaran AJK 2022/2023 dan Pelantikan AJK Sesi 2023/2024 3.4.3 3.4.4 Setiausaha : Puan Mastura binti Mohamad Zawawi Bendahari : Encik Ahmad Nasaruddin bin Salam AJK Guru : 1. Encik Mohamad Sobri bin Ishak 2. Encik Mohd Azman bin Ali@ Daud 3. Encik Adeq Ahmad Shah b Abd Aziz 4. Puan Rohani binti Kassim 5. Puan Noor Azeidah binti Abdullah 6. Cik Rashidah binti Mansor (Juruaudit 1) Puan Zaimah binti Haji Tambar menyokong Pelantikan AJK PIBG (Guru) dan disokong sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat tanpa sebarang bantahan. Pelantikan YDP PIBG bagi sesi 2023/2024 Puan Razliana binti Ramli mencadangkan Dato Hajah Faridah binti Haji Omar Shah dikekalkan sebagai Yang Dipertua PIBG dan disokong sebulat suara. Encik Muhammad Nor Jaafar bin Samsudin mencadangkan supaya cadangan ditutup dan disokong oleh semua ahli mesyuarat. Semua ahli mesyuarat sebulat suara menyokong Dato Hajah Faridah binti Haji Omar Shah sebagai Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2023/2024 tanpa sebarang bantahan. 3.4.5 3.4.6 14


Pelantikan Naib YDP PIBG sesi 2023/2024 Dato Hajah Faridah binti Haji Omar Shah mencadangkan Encik Mohd Nizam bin Sarifhudin dilantik sebagai Naib Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2023/2024 dan disokong oleh Encik Mohamed Azlan bin Suhot. Encik Jamil bin Othman mencadangkan supaya cadangan ditutup dan disokong oleh sebulat suara. Semua ahli mesyuarat sebulat suara menyokong Encik Mohd Nizam bin Sarifhudin sebagai Naib Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2023/2024 tanpa bantahan. Pelantikan AJK PIBG (Ibu bapa) 2023/2024 : 3.4.7 3.4.8 3.4.8.1 Calon Jawatankuasa ibu bapa 1 :Encik Muhammad Nor Jaafar bin Samsudin i. Dicadangkan oleh :Puan Sharifah binti Abu Mustafa ii. Disokong oleh :Encik Jamil bin Othman Calon Jawatankuasa ibu bapa 2 : Encik Mohamed Azlan bin Suhot i. Dicadangkan oleh :Encik Mohd Khairi bin Edin ii. Disokong oleh :Puan Nur Suhailah binti Salim Calon Jawatankuasa ibu bapa 3 : Encik Amirul Azizi bin Kesut i. Dicadangkan oleh :Puan Napsiah binti Omar ii. Disokong oleh :Puan Rahmadiah binti Ariffin Calon Jawatankuasa ibu bapa 4 : Encik Jamil bin Othman i. Dicadangkan oleh :Encik Muhammad Nor Jaafar bin Samsudin ii. Disokong oleh :Encik Muhamad Azha bin Hamzah Calon Jawatankuasa ibu bapa 5 : Encik Muhamad Azha bin Hamzah i. Dicadangkan oleh :Encik Lukhman bin Haji Abdullah ii. Disokong oleh :Puan Rosmaniza binti Mohamed @ Omar Calon Jawatankuasa ibu bapa 6 : Puan Rosmaniza binti Mohamed @ Omar i. Dicadangkan oleh :Puan Norhaslina binti Zulkipli ii. Disokong oleh :Puan Zaimah binti Tambar Calon Jawatan Juruaudit 1 : Puan Napsiah binti Omar i. Dicadangkan oleh :Puan Nur Juhaida binti Jamaluddin ii. Disokong oleh :Puan Sharifah binti Abu Suffian 3.4.8.2 3.4.8.3 3.4.8.4 3.4.8.5 3.4.8.6 3.4.8.7 Cadangan ditutup oleh Puan Rahmadiah binti Ariffin dan disokong oleh Puan Norhaslina binti Zulkipli dan selesai dengan persetujuan semua ahli mesyuarat. 3.4.9 15


YDP PIBG mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang baharu dilantik bagi sesi 2023/2024 dan diharapkan agar mereka dapat memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan bersedia melakukan tugasan yang diberikan. Beliau berharap semua AJK dapat memberi komitmen agar segala program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. YDP PIBG memaklumkan Whatsapp Kumpulan Sokongan Ibu Bapa telah diaktifkan dan berharap semua ibu bapa dapat mengikutinya. Medium ini digunakan bagi menyalurkan maklumat tentang program sekolah yang memerlukan bantuan dan sokongan ibu bapa. 3.4.10 3.4.11 Makluman 3.5 Membentang, Membahas dan Menerima Usul Muhammad Firdaus bin Saberi Usul Menyediakan bekas kotak untuk murid-murid meletakkan buku-buku agar beban beg untuk ke sekolah lebih ringan. Jawapan Encik Shamsurri bin Salleh memaklumkan disebabkan keadaan kelas yang padat dengan bilangan murid dan kawasan untuk meletakkan bekas kotak amat terhad. Walau bagaimanapun, perkara ini masih boleh dibincangkan lagi untuk mengatasi masalah beg berat. Nur Juhaida binti Jamaluddin Usul Mencantikkan tandas murid dan padang sekolah. Padang sekolah ditambus dengan pasir supaya tidak berlakunya lecak dan takungan air. Jawapan 1. Encik Shamsurri bin Salleh memaklumkan tandas murid telah diceriakan. Selain itu, keselamatan dan penyelenggaraan juga telah ditambah baik bagi penggunaan murid. 2. Encik Shamsurri bin Salleh juga menyatakan padang tidak akan digunakan jika keadaan becak. Kemungkinan sebuah bangunan akan dibina bagi menampung murid SK Padang Tembak 2 di bahagian padang dan masih dalam perbincangan. 3.5.1 3.5.2 16


Muhammad Azlan bin Bakar Usul Buli di sekolah. Jawapan Encik Shamsurri bin Salleh memaklumkan kes buli berlaku dalam setiap sekolah. Oleh itu, pihak sekolah telah mengambil pendekatan dengan mengadakan kempen Hentikan Buli. Di samping itu, ceramah buli oleh pihak polis juga telah dilaksanakan di bawah Unit HEM sebagai langkah mengatasi kes buli di sekolah. Dato Hajah Faridah binti Haji Omar Shah Usul Pemantapan akademik anak-anak dengan mengadakan program ilmu dan motivasi. Jawapan 1. Dato Hajah Faridah binti Haji Omar Shah merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Mohamed Azlan bin Suhot kerana telah membantu dalam pemantapan akademik anak-anak Rahoma. 2. Encik Shamsurri bin Salleh memaklumkan Program Bacalah Sayang pada setiap pagi juga telah dilaksanakan bagi membantu murid-murid yang belum menguasai kemahiran membaca. Mohd Razaley bin Yassin Usul Kurangkan jualan makanan segera (Fast Food) di kantin sekolah. Jawapan 1. Encik Shamsurri bin Salleh memaklumkan pihak sekolah telah memberi teguran kepada pihak kantin mengenai makanan yang boleh dijual dan harga makanan. 2. Puan Noraziza binti Abd Hamid menyatakan sosej dan nuget tidak lagi dijual di kantin. Ayam cucuk dibenarkan kerana ayam itu telah dibuat sendiri oleh pihak kantin. 3.5.3 3.5.4 3.5.5 17


Puan Bedah binti Mamat mencadangkan untuk membuka peluang bekerjasama dengan MARA seperti memberi ceramah dan peluang menyambung pelajaran. Beliau bersedia membantu pihak sekolah untuk menjalankan program bersama pihak MARA. Puan Rosmaniza binti Mohamed @ Omar mencadangkan untuk mengadakan sesi taaruf bersama ibu bapa atau penjaga untuk mengenal antara satu sama lain. 4.1 Makluman 4.0 Hal-hal lain 4.2 5.0 Ucapan Penangguhan Yang Dipertua PIBG mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada ahli jawatankuasa PIBG, guru-guru, ibu bapa dan semua yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatakuasa yang baharu dilantik bagi sesi 2023/2024. Disediakan oleh, ……………………………….. (Mastura binti Mohamad Zawawi) Setiausaha PIBG, Sesi 2023/2024, SK Padang Tembak 2. . 5.1 Disemak oleh, …………………………………………… (Dato’ Hjh Faridah binti Hj. Omar Shah) Yang Dipertua PIBG, Sesi 2023/2024, SK Padang Tembak 2. Disahkan oleh, ……………………………………… (Shamsurri bin Salleh) Guru Besar, SK Padang Tembak (2). Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.45 pagi. 18


Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-50 19


20


21


LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH DENGAN KERJASAMA PIBG SESI 2023/2024 TAHUN 2023 BIL AKTIVITI TARIKH 1 Gotong-royong 3K bersama pelajar UTM 7 Januari 2 Hari Apresisasi Hal Ehwal Murid & Kokurikulum 3 Februari 3 Majlis Anugerah Cemerlang Dan Graduasi Tahun 6 15 Februari 4 Hari Orientasi Tahun 1 17 Februari 5 Sambutan Hari Lahir Januari-Mac 6 Penyerahan Sumbangan Beg Galas daripada Maiwp kepada murid yang kurang berkemampuan 24 Mac 7 Penyerahan Sumbangan Beg Galas daripada Yayasan Wilaya kepada murid murid yang kurang berkemampuan 24 Mac 8 Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, PSS, SBPT, Arena, ICT, COMBI, Ketua & Penolong Ketua Kelas 10 April 9 Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Terawih Peringkat Sekolah 14 April 10 Sumbangan Duit Raya daripada PIBG dan ibu bapa 14 April 11 Penyerahan Bantuan Persekolahan kepada anak Yatim daripada Masjid Sallehin Pulapol, Kuala Lumpur 14 April 12 Program Tuisyen Di Rumah Rahoma bersama pelajar UTM April 13 Kelas Intensif Anakku Bijak April - Ogos 14 Jamuan Hari Guru 16 Mei 15 Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 19 Mei 16 Majlis Makan Malam Amal Bersama Ahli Parlimen Setiawangsa - Penyerahan Sumbangan Amal sebanyak RM20 000 27 Mei 17 Program Kesedaran Hentikan Buli 7 Jun 18 Program Ceramah Motivasi Menuju Kecemerlangan 9 Jun 19 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-50 10 Jun 20 Program Minggu Antidadah dan IMFree Peringkat Sekolah 2023 12 – 16 Jun 21 Kem Kepimpinan dan Pemantapan Akidah di Kem Laman Cikgu 21 23 – 25 Jun 22 Gotong-Royong Madani 22 Julai 23 Sambutan Bulan Kemerdekaan 8 Ogos 24 Kejohanan Merentas Desa 25 Ogos 25 Program Menggilap Permata dan DKMM 9 September 22


26 Jalinan Antarabangsa Antara SK Padang Tembak 1 & 2 dan Persatuan Guru Republik Indonesia Provinsi Jawa Tengah 15 September 27 Sukan Tahunan Ke - 51 23 September 28 Majlis Perpindahan Guru 29 September 29 Majlis Persaraan Guru Besar 6 & 9 Oktober 30 Program Advokasi dan Transformasi Sikap ke Arah Kecemerlangan Akhlak 10 Oktober 31 Hari Sukan Negara 13 Oktober 32 Program Stem Xventure UTM 14 Oktober 33 Pelancaran Minggu Solidariti 30 Oktober 34 Sambutan Hari kanak-Kanak 16 November TAHUN 2024 BIL AKTIVITI TARIKH 1 Majlis Anugerah HEM dan Kokurikulum 23 Januari 2 Ceramah Advokasi dan Transfomasi Sikap 27 Januari 3 Majlis Hari Anugerah Cemerlang 31 Januari 4 Dialog Kemenjadian Murid 24 Februari 5 Hari Suai kenal Tahun 1 Sesi 2024/205 7 Mac 6 Program Bubur Lambuk Ihya Ramadan 27 Mac 7 Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 3 Mei 8 Kem Kepimpinan Pengawas 10 – 12 Mei 9 Sambutan Hari Guru 16 Mei 10 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-51 8 Jun 23


LAPORAN KEWANGAN PIBG TAHUN 2023 24


25


CADANGAN DAN PERSETUJUAN SUMBANGAN PIBG SESI 2024/2025 Bil PERKARA TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 1 Sumbangan PIBG (sekeluarga)** RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00 Bayaran khas setiap murid: 2 Bahan Percetakan RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 3 Sekolahku ceria / Hari Anugerah Cemerlang / Hari Kanak-Kanak & Penyelengaraan RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 4 Komputer RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 Jumlah RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00 Jumlah keseluruhan RM 100.00 RM 100.00 RM 100.00 RM 100.00 RM 100.00 RM 100.00 ** Hanya salah seorang ahli keluarga sahaja yang perlu membayar Sumbangan PIBG(RM50.00) manakala Bayaran Khas(RM50.00) untuk setiap anak. 26


USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-51 BIL USUL & CADANGAN WARIS ANAK 1 Mengenakan denda RM1 (untuk sebuah buku) kepada murid yang tidak membalut buku teks kerana sebahagian besar murid tidak menjaga atau menghargai buku teks yang diberikan. Noraleza binti Ahmad Muhammad Nazmi Hamadi bin Mohd Hafifi (5 Arif) 2 Kalau boleh sediakan tempat buku latihan dan aktiviti di dalam kelas masing-masing untuk mengurangkan berat beg. Bainam binti Sailun Mohamad Hairul Aidil bin Jabal (1 Arif) 3 Menyediakan loker di dalam kelas Syahira Mikayla bt Mohd Lathi Lubis (1 Arif) 4 Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah seperti kem bina insan untuk mengeratkan ukhuwah sesama ibu bapa atau penjaga. Rosmaniza binti Mohamed @ Omar Muhammad Taqiuddin bin Lukhman (6 Arif) 5 Peniaga kaki lima di luar pagar sekolah – cadangan menghentikan perniagaan dengan memboikot daripada ibu bapa. Nur Latifah Qaireen binti Lukhman (2Arif) 27


KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SKPT 2 SESI 2023/2024 BIL NAMA JAWATAN TARIKH MESYUARAT 7.7.2023 12.9.2023 26.1.2024 1.4.2024 1 EN. SHAMSURRI BIN SALLEH PENASIHAT / / - - 2 TUAN HAJI MUHAMMAD NAZRI BIN MUSA PENASIHAT - - - / 2 DATO' HJH FARIDAH BT HJ OMAR SHAH YDP / / / / 3 MEJAR MOHD NIZAM BIN SARIFHUDIN NYDP THB / THB THB 4 PN MASTURA BT MOHAMAD ZAWAWI SETIAUSAHA / / / / 5 EN. AHMAD NASARUDDIN BIN SALAM BENDAHARI / / / / 6 EN MOHAMED AZLAN BIN SUHOT AJK IBU BAPA THB / THB / 7 EN MOHAMAD NOR JAAFAR BIN SAMSUDIN AJK IBU BAPA / / / / 8 EN. AMIRUL AZIZI BIN KESUT AJK IBU BAPA / THB THB THB 9 EN JAMIL BIN OTHMAN AJK IBU BAPA / THB THB / 10 EN MUHAMAD AZHA BIN HAMZAH AJK IBU BAPA THB / - - 11 PN ROSMANIZA BT MOHAMED @ OMAR AJK IBU BAPA / THB THB 12 EN MOHAMAD SOBRI BIN ISHAK AJK GURU / / / / 13 EN ADEQ AHMAD SHAH BIN ABD AZIZ AJK GURU / / / / 14 PN ROHANI BT KASSIM AJK GURU / / / / 15 PN NOOR AZEIDAH BT ABDULLAH AJK GURU / / / / 16 EN MOHD AZMAN BIN ALI @ DAUD (berpindah) AJK GURU / - - - 17 PN NUR SUHAILAH BT SALIM AJK GURU - - - / TURUT HADIR: 19 PN ROZZALITA BINTI ABDULLAH PK PENTADBIRAN THB / THB / 21 PN NORAZIZA BINTI AB HAMID PK HEM / / / / 22 PN ZAIMAH BINTI TAMBAR (berpindah) PK KOKU / - - - 23 EN MOHD FAUZAN BIN OMAR PK KOKU - - - / *THB : Tidak Hadir Bersebab 28


RIANG RIA KEMBALI KE SEKOLAH 20 MAC 2023 29


SUMBANGAN DUIT RAYA DARIPADA PIBG DAN IBU BAPA 14 APRIL 2023 30


Penyerahan Bantuan Persekolahan kepada anak Yatim daripada Masjid Sallehin Pulapol, Kuala Lumpur 14 APRIL 2023 31


SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH 19 MEI 2023 32


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-50 11 JUN 2023 33


PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI 22 JULAI 2023 34


KEJOHANAN MERENTAS DESA 25 OGOS 2023 35


DIALOG KEMENJADIAN KUALITI MURID FASA 1 9 SEPTEMBER 2023 36


PROGRAM MENGGILAP PERMATA 9 SEPTEMBER 2023 37


TEMASYA SUKAN TAHUNAN KE - 51 23 SEPTEMBER 2023 38


MAJLIS PERPINDAHAN GURU 29 SEPTEMBER 2023 Puan Zaimah bt Tambar (PK Kokurikulum) Encik Mohd Azman bin Ali@Daud 39


MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR ENCIK SHAMSURRI BIN SALLEH 6 OKTOBER 2023 40


SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 16 NOVEMBER 2023 41


MAJLIS ANUGERAH HEM DAN KOKURIKULUM 23 JANUARI 2024 42


MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG, GRADUASI TAHUN 6 & DINIAH KAFA 31 JANUARI 2024 43


DIALOG KEMENJADIAN KUALITI MURID FASA 2 24 FEBRUARI 2024 44


HARI SUAI KENAL TAHUN 1 7 MAC 2024 45


AGIHAN BUBUR LAMBUK SEMPENA PROGRAM IHYA RAMADAN 27 MAC 2024 46


SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 3 MEI 2024 47


KEJAYAAN SEKOLAH SESI 2023/2024 IMBAS QR CODE 48


Click to View FlipBook Version