The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fajrina hasbullah, 2021-07-31 11:55:59

BUKU PROGRAM MERDEKA 2021

BUKU PROGRAM MERDEKA 2021

TEMA : MALAYSIA PRIHATIN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan rahmat dan izinNya maka pada hari ini kita dapat
melancarkan satu lagi program iaitu Bulan Patriotisme Peringkat Sekolah pada tahun 2021. Tahniah dan
syabas kepada jawatankuasa pengelola dalam merangka aktiviti bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan
secara norma baharu.

Sehelai daun dipegang lembut,
Ambil sekati dimakan rusa,
64 tahun merdeka disambut,
Hasil bakti pejuang berjasa

Kita sedar kemerdekaan yang kita kecapi ini adalah pengorbanan pejuang terdahulu. Justeru itu,
objektif program ini adalah bagi menanamkan semangat cinta akan negara dalam diri kita semua. Kita ingin
lihat semangat patriotisme ini sentiasa mekar untuk generasi dan pewaris kelak.

Dikesempatan ini, saya menyeru kepada semua warga SKPT 2 agar kita semua terus menjaga
keharmonian dan kesejahteraan negara. Amalan mengibar Jalur Gemilang perlu dibudayakan dalam kehidupan
seharian. Hal ini kerana, Jalur Gemilang merupakan lambang kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Slogan “Malaysia Prihatin“ telah dipilih pada tahun ini. Dengan semangat kemerdekaan, barisan
hadapan terus bertahan dan berjuang dalam menangani pandemik Covid 19.

Seterusnya, harapan saya agar semua anak didik SKPT 2 terus mengekalkan ciri-ciri warganegara
yang baik , berakhlak mulia ,berdisiplin serta hormat menghormati antara satu sama lain apabila dewasa nanti.
Anda semua merupakan harapan bangsa dan negara.

Akhir kalam, semoga segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Dengan lafaz
Bismillahirahmanirrahim saya dengan ini melancarkan program Bulan Patriotisme Peringkat Sekolah 2021.
Sekian, terima kasih.

Alhamdulillah, marilah kita menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
rahmatNya kita dapat melaksanakan satu lagi program iaitu Bulan Patriotisme Peringkat
Sekolah Tahun 2021. Pada tahun ini, 64 tahun negara kita telah mencapai kemerdekaan.
Walaupun, negara kita menghadapi ancaman wabak pandemik namun tarikh keramat 31
Ogos harus tetap kita raikan dalam suasana berbeza.

Sejarah tercipta lagenda Melaka,
Laksamana Melayu bukan kepalang,
Rakyat jelata semarak merdeka,
Bernorma baharu patriotik dijulang,

Saya mewakili ibu bapa dan penjaga SKPT 2 merakamkan ucapan t ahniah kepada
pihak sekolah dalam merancang aktiviti yang bermanfaat. Saya yakin dan percaya a ktiviti ini
mampu meningkatkan kecintaan murid terhadap negara Malaysia. Secara tidak langsung
murid dapat mengisi masa lapang dengan menyertai pertandingan yang telah disediakan
oleh pihak sekolah.

Semoga kemerdekaan yang kita kecapi ini dapat dikekalkan demi generasi yang akan
datang. Kunci kemerdekaan adalah perpaduan persis peribahasa
“ bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”. Oleh itu, kita perlu menjaga
perpaduan ini agar keharmonian negara kita tetap utuh.

Akhir kalam, saya berharap semua murid dan ibu bapa dapat melibatkan diri dalam
acara yang telah disediakan. Semoga penglibatan PIBG dapat memeriahkan lagi sambutan
Bulan Kemerdekaan pada tahun ini. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua
warga SKPT 2.
Sekian, terima kasih.












































Click to View FlipBook Version