The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bertemakan istiqamah dan turut diselitkan dengan pelabagai info agama berkaitan topik haji, sembelihan dan kaedah fiqh. Kuiz dalam talian juga dilampirkan untuk menguji pengetahuan pembaca.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainulfarhaan, 2023-06-11 23:07:28

Buletin Al-Irsyad Edisi 19

Bertemakan istiqamah dan turut diselitkan dengan pelabagai info agama berkaitan topik haji, sembelihan dan kaedah fiqh. Kuiz dalam talian juga dilampirkan untuk menguji pengetahuan pembaca.

ISTIQAMAH Jalanjihad dalam mencapaimomentum yang kekal Al- Irsyad B U L E T I N Edisi 19 Jun 2023 Zulkaedah 1444H U N I T P E N D I D I K A N I S L A M & M O R A L , J A B A T A N P E N G A J I A N A M , P T S S Menarik: Info berkaitan haji dan kaedah fiqh


Ainul Farhaan binti Harun Team Buletin Al-Irsyad Norzira binti Ahmad Norhafizah binti Mohd Ghazali Ainul Farhaan binti Harun "Hidup itu bukan mengenai seberapa berat masalah yang datang menghampiri kita, namun mengenai seberapa positif kita mampu merespons segala permasalahan tersebut."


Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, 2018 Hak Cipta Terpelihara. Tiada mana – mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin dari penerbit. Hak Cipta Terpelihara. Tiada mana – mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin dari penerbit Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan - dalam - Penerbitan Ilustrasi : Sumber internet Diterbitkan oleh: Unit Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pengajian Am, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis BULETIN AL-IRSYAD Penaung I En. Abdul Malek bin Hassan Penaung II Puan Norlili Juwita binti Arshad Penasihat I Puan Isyati binti Suparman Penasihat II Puan Suhaila binti Mustaffa Editor Ainul Farhaan binti Harun Norhafizah binti Mohd Ghazali Nozira binti Ahmad Konsep dan Layout Buletin Ainul Farhaan binti Harun Sidang Redaksi i


T O P I K M U K A S U R A T MENARIK EDISI KALI INI Tips dan panduan dari ulama tentang cara untuk terus istiqamah dalam melakukan amalan dan perkara kebaikan yang boleh dijadikan pedoman. Maklumat dan informasi tentang jenis-jenis haji, definisi sembelihan dan kaedah sembelihan untuk menambah ilmu pengetahuan tentang ibadah korban.Sangat bermanfaat sebagai 'refresh' pengetahuan pembaca tentang ibadah ini Momentum Istiqamah Info Menarik Haji 1 3-5 Definisi dan huraian padat tentang kaedah fiqh dan isu-isu semasa yang berkait rapat tentang kaedah fiqh tersebut. Apa itu kaedah fiqh? 7-10 Memori dan dokumentasi bergambar aktivitiaktiviti yang dijalankan oleh UPIM bermula JanMei 2023. Galeri Album Aktiviti UPIM 11-13 Kuiz interaktif menarik untuk menguji pengetahuan pembaca berkaitan topik agama dan kaedah fiqh. Selamat mencuba! Kuiz Uji Minda & Trivia 14-26 i


Momentum I.S.T.I.Q.A.M.A.H Betapa cepatnya berjalan detik dan putaran waktu, kini kita telah melangkah ke bulan Zulkaedah. Setapak demi setapak yang dipijak dan ditelusuri tanpa sedar membawa kita semua ke bulan penuh barakah pertemuan hamba terpilih menjadi dhuyufurrahman Yang Maha Esa. Adakah momentum dan semangat madrasah Ramadan masih pada skala tinggi atau kian meluntur dimamah bahang kepanasan dunia kini? Ada benarnya bait kata-kata yang berbunyi, di sebalik sebuah istiqamah ada perjuangan yang kuat, pengorbanan yang banyak dan doa yang tidak pernah berhenti. Apakah kebaikan dan ibadat malam yang kita lazimi semasa dalam bulan Ramadan masih berterusan? Atau makin lama semakin ditinggalkan, kerana enaknya diulit tilam dan bantal empuk yang menemani tiap malam kita? Sebagai umat Islam, kita perlu bermuhasabah tentang kedudukan kita hari ini. Sewajarnya semangat dan kesungguhan kita dalam mentaati perintah Allah SWT sepanjang Ramadan yang lalu diteruskan di sepanjang hidup kita di dunia ini. Bagaimana dan apakah tips yang boleh kita amalkan untuk mengekalkan istiqamah dalam setiap ibadah dan pekerjaan? 1 Panduan dan tips untuk ISTIQAMAH 01 Memperbaharui niat dengan ikhlas dalam setiap amalan yang kita lakukan. Muhasabah diri kita mengapakah semangat kita beramal soleh di dalam bulan Ramadan lebih hebat berbanding dengan keadaan kita di bulan yang lain. Sentiasa perbaharui niat Rasulullah SAW sering berdoa sepertimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadith, daripada Shahar bin Haushab RA: "Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agamaMu." (Riwayat al-Tirmizi) Perbanyakkan doa kepada Allah SWT 02 Teman yang baik amat penting dalam proses perubahan diri kerana mereka akan sentiasa mengajak kita melakukan kebaikan bahkan menegur kesalahan dan dosa yang kita lakukan. Mencari sahabat yang gemar kepada kebaikan 03 Jadikan sirah nabi dan kehidupan para sahabat dalam melaksanakan ibadah dan kepatuhan kepada Allah sebagai pembakar semangat. Walaupun mereka dijamin syurga, namun kecintaan kepada kebaikan dan ibadah tidak pernah luntur. Hayati sirah perjuangan Rasulullah 04 Bermula dengan jumlah yang sedikit kepada jumlah yang banyak ataupun bermula dari peringkat yang rendah hingga ke peringkat yang tinggi secara perlahan-lahan dan berterusan (istimrar). Lakukan amalan secara berperingkat namun berterusan 05


Sesungguhnya istiqamah itu berat, yang ringan dan mudah itu adalah istirehat 2 Kata-kata hikmah


Ibadah HAJI APA MAKNA HAJI Mengunjungi baitullah di Mekah bagi mengerjakan amal ibadah pada bulan - bulan haji dengan rukun dan syarat tertentu. Ibadah haji merupakan rukun Islam yang kelima. Bulan-bulan haji : 1 Syawal sehingga 10 Zulhijjah HAJI IFRAD Mengerjakan haji dalam bulan-bulan haji dan kemudian menunaikan umrah HAJI TAMATTU' Mengerjakan umrah terlebih dahulu, dan kemudian menunaikan ibadah haji pada tahun yang sama. HAJI QIRAN Menunaikan haji dan umrah secara serentak dalam bulan haji. Kemudian melaksanakan semua rukun dan perkara wajib haji RUKUN- RUKUN HAJI Ihram Wukuf di Arafah Tawaf Ifadah Sa’ie Bercukur Tertib, mengikut urutan. Rukun haji wajib dipenuhi dan tidak boleh diganti dengan rukun dan amalan lain ataupun dengan membayar denda atau dam. Jika salah satu dari enam rukun haji dibawah tidak dilaksanakan, maka ibadah haji dianggap tidak sah. 1. 2. 3. 4. 5. 6. PERKARA WAJIB HAJI Ihram, yakni niat untuk menunaikan haji dari miqat Bermalam di Muzdalifah Bermalam di Mina Melontar jamrah ula, wustha, dan aqabah Tawaf wada’ (bagi jemaah yang akan meninggalkan Kota Makkah) Wajib haji merupakan perkara-perkara yang harus dilakukan dalam melaksanakan ibadah haji. Jika salah satu perkara dibawah tidak dilakukan, ibadah haji seseorang itu tetap sah, tetapi ia harus mengganti dan membayar dam. Ini adalah lima perkara wajib haji yang harus dilakukan oleh jemaah haji: 1. 2. 3. 4. 5. Jenis-jenisnya 3


Hikmah sembelihan Sembelihan Menurut Islam Definisi dan hukum sembelihan Bahasa Arab disebut 'zabihah' iaitu sembelihan terhadap binatang yang halal dimakan mengikut syarak dengan syarat-syarat tertentu. Hukum sembelihan adalah wajib dengan tujuan dimakan dagingnya. Binatang yang mati tanpa disembelih atau disembelih tidak mengikut syarak adalah haram. Ia dikira sebagai bangkai. Menjamin kesihatan kerana sembelihan dilakukan untuk membuang kotoran dan darah pada bahagian binatang dengan cara yang selamat. Binatang yang mati tercekik atau dilanggar objek (kenderaan) dan tidak melalui proses sembelihan akan menyebabkan pembekuan darah di dalam tubuh. Mengelakkan mudarat kepada yang boleh menjejaskan kesihatan. 4


Kae d ah Sembelihan Is al m Kaedah Sembelihan AL-ZABHU Memotong al-halqu (leher bahagian atas) haiwan yang ditangkap oleh manusia untuk disembelih dengan syarat-syarat tertentu AN-NAHRU Memotong labbah (leher sebelah bawah) haiwan. Cara ini disunatkan semasa menyembelih unta AL-'AQRU Sembelihan kerana darurat. Contoh sembelihan ini adalah melibatkan haiwan buruan seperti rusa, pelanduk dan arnab. Kaedah al-'aqru adalah mencederakan mana-mana bahagian tubuh haiwan yang boleh membawa kematian. Kaedah ini melibatkan haiwan yang liar dan lincah dan sukar dikuasai manusia. Rasulullah menjelaskan dalam satu peristiwa ketika seorang lelaki memanah binatang liar lalu mati. Sabda baginda yang bermaksud "Sesungguhnya binatang-binatang ini memiliki sifat binatang liar, apabila ia mengatasi kamu maka lakukanlah terhadapnya seperti ini." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Info Penting 5


MENUNTUT ILMU ADALAH TAKWA. MENYAMPAIKAN ILMU ADALAH IBADAH. MENGULANG-ULANG ILMU ADALAH ZIKIR. MENCARI ILMU ADALAH JIHAD 6


Apa yang dimaksudkan dengan KAEDAH FIQH Kaedah fiqh atau qawaid fiqhiyyah adalah gabungan perkataan Arab iaitu qawaid dan fiqhiyyah. Dari sudut bahasa, kaedah membawa maksud tapak, asas rumah dan prinsip. Manakala fiqah pula bermaksud suatu kefahaman, iaitu memahami sesuatu perkara dengan mendalam dan terperinci. Pembentukan formula teras (utama) dalam kaedah fiqah adalah bersandarkan kepada tiga sumber iaitu al-Quran, as-Sunnah dan pendapat para sahabat Rasulullah. Dikenali sebagai qawaid fiqhiyyah (Bahasa Arab). Bahasa: Kaedah membawa maksud tapak, asas, prinsip. Fiqah: Memahami sesuatu perkara dengan mendalam dan terperinci. Gabungan kaedah dan fiqah membawa maksud: Kaedah utama yang umum bagi menentukan sesuatu masalah, seperti dari aspek ibadah, perkahwinan, perubatan, ekonomi. Hukum ditentukan menggunakan formula tertentu. Pembentukan formula teras dalam kaedah fiqah berlandaskan tiga sumber: Al-Quran, hadis, pendapat para sahabat Rasul yang rapat dengan baginda. Al-kulliyah kubra: Kaedah yang disepakati kebanyakan ulama. Ada lima kaedah. Keistimewaannya adalah: Boleh diaplikasi dalam semua bab fiqah (toharah, jihad, sains, teknologi, seni, pelancongan, hospitaliti. Kaedah fiqah al-sughra : Himpunan sejumlah besar kaedah fiqah yang skop aplikasi lebih kecil berbanding al-kulliyah alkubra. 7


Seseorang yang melancong untuk tujuan melihat ciptaan Allah dan dengan niat yang baik dibolehkan solat jamak & qasar. Pelancongan atau musafir dengan niat maksiat dan kejahatan tidak diberi kelonggaran tersebut. Melancong Menunaikan ibadah haji & umrah sematamata ingin melancong dan membeli belah tidak akan mendapat ganjaran pahala. Haji dan Umrah Pusat Pelancongan Sembelihan Aplikasi Kaedah Fiqh Kaedah Pertama: Segala Urusan Berdasarkan Niat Pembinaan hotel untuk tujuan pelancongan dan membangunkan ekonomi Islam mendapat pahala. Tetapi jika untuk tujuan yang menyokong maksiat mendapat dosa. Menyembelih binatang kerana Allah adalah halal dimakan, jika tujuan dan niat selain Allah (melepaskan sesuatu hajat) hukumnya haram dimakan. 8


Penyediaan Makanan Melancong ke negara bukan Islam Peralatan makanan Penentuan arah kiblat Aplikasi Kaedah Fiqh Kaedah Kedua: Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan Pengusaha makanan wajib sediakan makanan yang halal dan tidak diragui. Sebagai contoh, di Malaysia JAKIM keluarkan sijil halal kepada premis makanan yang menepati standard halal. Kita sebagai pengguna perlu yakin dengan sijil halal JAKIM tanpa keraguan. Penentuan arah kiblat (signage kiblat) yang disediakan di bilik hotel atau homestay adalah memadai (untuk kita yakini) dan gunakan semasa solat. Melancong ke negara bukan Islam, (tiada sistem logo halal seperti Malaysia) maka dibolehkan makan atau minum di restoran milik Muslim walau tanpa logo halal. Atau di kedai yang tidak melibatkan makanan yang haram. Pinggan atau peralatan yang di hotel atau restoran harus digunakan oleh orang Islam walaupun pernah digunakan oleh bukan Islam. Restoran di sana tiada logo halal seperti di negara kita. Saya musykil boleh kah kita makan di sana? Kita berada di negara bukan Islam, tiada sijil halal seperti di Malaysia. Tetapi restoran ini berasaskan makanan laut dan tiada penggunaan arak. 9


Aplikasi Kaedah Fiqh Dalam Kehidupan Masa Kini Kaedah IUI Kaedah IVF Botoks Pembedahan Plastik/ Surgeri Bank Susu Ibu Surrogate Mother/ Ibu Tumpang Pengklonan Manusia Perbincangan padat dan ringkas tentang kaedah fiqh yang berikutnya akan disambung dalam edisi yang akan datang. 10


Uji Minda Pengetahuan Agama Islam 11


Latihan Ulangkaji Latihan 1 : Kaedah Fiqh (Liveworksheet) Latihan 2 : Kaedah Fiqh (Game Show Wordwall) Latihan 3 : Kaedah Fiqh (Google Form) Hadas besar Kebersihan dan nilai estetika Pembahagian najis Solat jamak & qasar Teka silang kata solat 12


TriviaAl-Quran 01 JUMLAH SURAH Berapakah jumlah surah dalam al-Quran? 04 SURAH PANJANG Berikan nama surah paling panjang dalam al-Quran. 06 NAMA BINATANG Senaraikan nama surah yang menggunakan nama binatang. 03 BISMILLAH Apakah nama surah yang tidak dimulai dengan bismillah? 05 SURAH PENDEK Berikan nama surah paling pendek dalam alQuran. 08 PAHALA Apakah ganjaran yang diperolehi oleh mereka yang membaca alQuran? 02 JUZUK Berapakah jumlah juzuk yang terdapat dalam alQuran? 07 PENURUNAN ALQURAN Berapa lamakah tempoh penurunan alQuran? 13


U N I T P E N D I D I K A N I S L A M D A N M O R A L , J A B A T A N P E N G A J I A N A M , P T S S J A N - M E I 2 0 2 3 Galeri album aktiviti 14


14 01 Bengkel Pemurnian Modul & Item dan Interpretasi Kurikulum 15


Bengkel Perkasa JPA 16


Bengkel Perkasa JPA 17


Majlis Pelancaran Ihya' Ramadan dan Ceramah Ambang Ramadan 18


Program Ramadan Tour 19


20 Bengkel Kaedah Pengecaman Simbol Dalam Al-Quran (KPS)


21 Wajah-wajah ceria para peserta KPS


CERAMAH Nuzul Al- Quran 22


23 Jamuan Hari Raya


24 Bengkel Pemantapan Teknik Pembentangan MPU21032


Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan 2023 dan Ceramah Ambang Ramadan ini telah diadakan pada 22.03.2023 bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di Dewan Kuliah Utama, PTSS. Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan 2023 telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah PTSS, Encik Abdul Malek bin Hassan. Ceramah Ambang Ramadan bertajuk Ramadan Akhirku telah disampaikan oleh Prof. Dr. Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari. Seramai 111 orang tetamu yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan staf-staf PTSS telah hadir bagi memeriahkan majlis ini. Bengkel Perkasa Jabatan Pengajian Am PTSS 2023 Bengkel Perkasa Jabatan Pengajian Am PTSS 2023 ini telah diadakan pada 01.02.2023 bertempat di Makmal Bahasa JPA dan Pusat Sukan PTSS. Bengkel telah berjalan dengan jayanya bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang dengan penyertaan seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah Jabatan Pengajian Am. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah senaman pagi, pertandingan petanque, pertandingan susun puzzle dan sesi hasrat 2023 oleh Ketua Jabatan Pengajian Am. Program ini telah meningkatkan kefahaman setiap pensyarah tentang fungsi dan tanggungjawab masing-masing sebagai anggota organisasi. Bengkel Pemurnian Modul & Item dan Interpretasi Kurikulum Unit Pendidikan Islam dan Moral ini telah berjalan dengan jayanya pada 25.01.2023 dan 26.01.2023 bertempat di Bilik TECC 2.0. Bengkel ini telah melibatkan penyertaan seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am. Pengisian bengkel amat bermanfaat kepada peserta dengan penambahan ilmu-ilmu baharu dan berjaya mencapai objektif yang telah digariskan antaranya menambahbaik teknik pelaksanaan OBE dalam pengajaran dan pembelajaran serta menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan penilaian kerja kursus. Bengkel Pemurnian Modul & Item dan Interpretasi Kurikulum 25 Program Ramadan Tour ini telah dijalankan setiap hari Rabu di sepanjang bulan Ramadan bermula pada 29.03.2023 jam 8.00 hingga 10.00 pagi mengikut jadual yang telah ditetapkan. Setiap penceramah yang dilantik akan berkunjung ke destinasi yang telah ditetapkan bagi menyampaikan tazkirah Ramadan dengan tajuk masing-masing. Program yang dijalankan ini telah dapat membina jati diri setiap pendengar dalam mengharungi Ramadan dengan lebih bermakna dan penuh keazaman. Program Ramadan Tour (Sesi Tazkirah Ramadan) Majlis Pelancaran Ihya' Ramadan 2023 dan Ceramah Ambang Ramadan


Bengkel Pemantapan Teknik Pembentangan MPU21032: Penghayatan Etika dan Peradaban dilaksanakan sebagai satu langkah Continuous Quality Improvement (CQI) untuk memantapkan lagi teknik dan kaedah pembentangan pelajar. Semua pelajar dari silang jabatan dan semester yang mengikuti kursus MPU21032 teribat dalam bengkel yang dijalankan ini. Teknik pembentangan yang efektif telah diberikan oleh pensyarah dari Jabatan Pengajian Am iaitu Puan Nik Intan Baizura binti Ramsa dari Unit Bahasa Inggeris dan juga Puan Suhaila binti Mustaffa selaku Ketua Unit Pendidikan Islam dan Moral (UPIM). Ceramah Nuzul Al-Quran Ceramah Nuzul Al-Quran ini telah diadakan pada 12.04.2023 bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di Dewan Kuliah Utama, PTSS. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Shafiy bin Zakaria. Seramai 166 orang tetamu yang terdiri daripada para pelajar dan staf-staf PTSS telah hadir bagi menjayakan program ini. Program sebegini akan dapat menyuntik semangat roh Islam ke dalam diri setiap peserta malah turut mengimbangkan jasmani dan rohani bagi melangkah ke alam kehidupan yang kian mencabar kini. Bengkel Kaedah Pengecaman Simbol dalam Al-Quran merupakan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang telah berlangsung dengan jayanya pada 05.04.2023 bermula jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Kuliah Utama, PTSS. Seramai 176 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar dan staf-staf PTSS telah menyertai program ini. Sesi pengajaran dikendalikan oleh Ustaz Mohamad Zamri bin Jusoh yang menggunakan Kaedah Pengecaman Simbol (K.P.S) iaitu inovasi tahsin al-Quran bertajwid tanpa perlu mengetahui nama hukum tajwid, hanya berpandukan simbol yang terdapat di dalam al-Quran Rasm Uthmani. Semua peserta menunjukkan minat yang mendalam apabila kekal sehingga tamat program dan memberikan kerjasama yang sangat baik. Bengkel Kaedah Pengecaman Simbol Dalam AlQuran (KPS) 26 Majlis Jamuan Aidilfitri diadakan pada 12 Mei 2023, bersamaan dengan 22 Syawal 1444H. Jamuan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara para pensyarah di JPA dan juga jabatan-jabatan sekitar. Pelbagai menu dan juadah telah dihidangkan pada jamuan aidilfitri tersebut. Secara tidak langsung, amalan berkongsi rezeki dan tolong-menolong dalam menyediakan tempat dan juadah dapat diterapkan dalam kalangan pensyarah dan staf. Jalinan kemesraan juga dapat dieratkan sesama staf di JPA dengan jabatan-jabatan di PTSS. Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Bengkel Pemantapan Teknik Pembentangan


Buletin Al - Irsyad | Edisi 19 | Jun 2023 | Zulkaedah 1444h


Click to View FlipBook Version