The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin Al- Irsyad Edisi ke-13 berkisarkan kepada tema akhlak dan adab. Penulis mengupas isu tersebut dalam pelbagai perspektif. Penulisan yang santai, padat dan mudah difahami.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainulfarhaan, 2021-04-12 22:33:54

BULETIN AL-IRSYAD EDISI 13

Buletin Al- Irsyad Edisi ke-13 berkisarkan kepada tema akhlak dan adab. Penulis mengupas isu tersebut dalam pelbagai perspektif. Penulisan yang santai, padat dan mudah difahami.

EDISI KEHIDUPAN DAN MASA napudihek nad asam
13 ipadahgnem malad hadahajuM

APRIL 2021 | RAMADAN 1442H ?aynkiabes asam nakanuggnem
UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN irid kididnem anamiagaB

al - IrsyadMORAL, JPA, PTSS

MASA

Sahabatmu andai
dimanfaati, musuhmu
andai tidak dipeduli

DEMI MASA

2

BULETIN AL-IRSYAD

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, 2018

Hak Cipta Terpelihara.
Tiada mana – mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam
bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik,
mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin dari penerbit. Hak Cipta
Terpelihara.
Tiada mana – mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam
bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik,
mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin dari penerbit

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan - dalam -
Penerbitan
Sidang Redaksi
Ilustrasi : Sumber internet
Penaung I
Diterbitkan oleh: En. Abdul Malek bin Hassan
Unit Pendidikan Islam dan Moral
Jabatan Pengajian Am,  
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Penaung II
Pauh Putra, Ts. Nadzri bin Che Kamis
02600 Arau,
Perlis  
Penasihat I
En. Razak bin Nordin

 
Penasihat II
Puan Suhaila binti Mustaffa

 
Editor
Norzira binti Ahmad
Ainul Farhaan binti Harun

 
Editor bahasa / Pruf
Norhafizah binti Mohd Ghazali

 
Konsep dan Layout  Buletin
Ainul Farhaan binti Harun

3

Di Sebalik tabir ..

Ainul Farhaan binti Harun NorzEidriatobri,nPtriuAfhmad NorhafizaEhdbiitnotri, Mohd Ghazali
Editor, Konsep & Layout Pruf

Jadikan waktu yang berputar Demi masa! Sesungguhnya Masa lalu yang disiakan
itu indah untuk hidup kita, manusia itu dalam tidak dapat diganti, namun

hargai nikmat masa untuk kerugian ~ Al-Asr : 1-2. dapat diambil iktibar
terus menjadi hamba yang darinya untuk masa depan
tahu erti syukur pada sebuah
yang lebih baik..
anugerah

Hidup dan waktu adalah guru terbaik.
Hidup mengajari kita penggunaan waktu
dan waktu mengajari kita nilai kehidupan

4

Kupasan menarik ...

Demi Masa 6

Ts. Nadzri bin Che Kamis,

Timbalan Pengarah Akademik, PTSS

Masa adalah satu anugerah dari Allah untuk semua insan tanpa
mengira pangkat, jawatan mahupun keturunan. Individu yang
bijak menggunakan masa sebaik-baiknya sangat beruntung.
Insan yang hebat tentunya dapat membahagikan masa antara
kepetingan dunia dan akhirat. Artikel ini memberi pesanan
bermakna kepada kita untuk menjadi hamba Allah dan
penjawat awam yang baik.

Kehidupan dan Masa 12

Jamilah binti Ismail, Pensyarah Utama (Unit Pendidikan

Islam dan Moral, Jpa)

Masa adalah sebuah perjalanan kehidupan. Penulis
mengimbau kenangan saat bergelar pendidik dan sisa masa
yang ada sebelum meninggalkan kerjaya ini. Pelbagai tips
dalam memanfaatkan masa ditulis dan diolah dengan baik
dalam artikel ini. Kata-kata hikmah juga diselitkan dalam gaya
bahasa yang santai dan menarik.

Me Time 15

BULETIN AL-IRSYAD Suhaila Binti Mustaffa, Ketua Kursus Unit Pendidkan Islam
& Moral (UPIM)

Edisi 13 Pernahkah terdetik dalam hati bahawa kita penat dengan
April 2021 urusan seharian? Saat itu kita idamkan satu masa indah 'me
Ramadan 1442H time'. Ada antara kita yang inginkan masa memanjakan diri, ada
sebahagian pula yang cukup sekadar dapat 'window shopping'

sahaja. Ia sekadar melepaskan lelah dan kelesuan fizikal.
Adakah 'me time' kita selari dengan batas Islam?

5

Kupasan menarik ...

BULETIN AL-IRSYAD
EDISI 13

Masa Mustajab Doa 18

Mohd Hanafi bin Jusoh Pensyarah (Unit Pendidikan

Islam dan Moral, Jpa)

Sebagai hamba, kita perlu sentiasa merendahkan diri
menadah tangan kepada Maha Pencipta. Artikel ini membantu
kita menambahkan pengetahuan mengenai waktu dan masa
mustajab dalam berdoa. Ia juga diselitkan dengan dalil dan
huraian yang padat dan mudah difahami.

Putaran Waktu 23

Ainul Farhaan binti Harun, Pensyarah (Unit Pendidikan
Islam dan Moral, Jpa)

Masa itu satu nikmat berharga yang harus kita gunakan sebaik-
baiknya. Adakah masa yang ada dalam tempoh 24 jam itu kita
lunaskan dengan baik atau mata kita lebih banyak diarahkan
kepada gajet dan internet? Bagaimana pula masa yang kita
peruntukkan dalam menjalani tugas dan tanggungjawab
sebagai hamba Allah? Jom, sama-sama perbaiki diri.

6

DEMI MASA ..

TS.NADZRI BIN CHE KAMIS

Anugerah Masa “Melalui ayat tersebut surah Al-Asr tersebut, kita
ketahui manusia akan terus berada dalam kerugian
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kecuali bagi orang mukmin yang sedar akan
kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan kepentingan masa lalu menggunakan masa tersebut
beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan untuk melakukan kebajikan dan kebaikan serta
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan memberi peringatan untuk manfaat diri sendiri dan
sabar.” (Surah Al-‘Asr, ayat 1-3) masyarakat sekeliling secara umumnya.

Masa adalah salah satu ciptaan Allah yang sangat Kepentingan masa dalam Islam
besar selain ciptaan lain di dunia ini. Masa
merupakan sesuatu yang amat penting kepada Selain daripada ayat di atas, bagi menunjukkan
manusia dalam perjalanan kehidupan di muka bumi
ini. Setiap manusia diperuntukkan masa yang sama, betapa pentingnya pengurusan masa kepada umat
tidak kira apa jua jawatan, pangkat, darjat, keturunan,
agama dan bangsa. Ini menunjukkan bahawa Allah manusia terbukti dengan jelasnya apabila Allah SWT
SWT itu Maha Adil kerana telah mengurniakan 24 jam
sehari semalam kepada setiap manusia untuk telah memberi pesanan beberapa kali dalam Al-
merencana kehidupan seharian.
Quran. Antaranya ialah seperti dalam surah Al-Fajr,
Menghargai sebuah anugerah
At-Takwir, Ad-Dhuha dan Al-Asr. Ini terbukti betapa
Bagi mereka yang begitu menghargai masa, mereka
akan mengatur atau menghargai masa yang telah besarnya masa dan waktu dalam kehidupan umat
dikurniakan Allah SWT iaitu dengan menggunakan
masa yang ada dengan bijaksana dan sebaiknya. Tetapi manusia. Persoalannya sejauhmana kita sebagai
bagi mereka yang tidak menguruskan masa dengan
sebaiknya, mereka akan sentiasa menganggap masa hambaNya dapat memanfaatkan masa yang
yang telah dikurniakan oleh Allah SWT tidak
mencukupi sedangkan Allah telah memperingatkan diperuntukkan adalah bergantung kepada
akan kepentingan masa dalam Al-Quran.
kebijaksanaan kita menguruskannya. Bahkan dalam

kehidupan dan tuntutan sebagai umat islam dalam

ibadat-ibadat tertentu juga menunjukan serta

membuktikan kaitan antara masa dan waktu seperti

ibadat solat. Ibadat solat telah disusun dan perlu

dilakukan dalam waktu-waktu tertentu seperti solat

zohor, asar, maghrib, isyak dan subuh. Selain

daripada itu, ibadat puasa Ramadan, perlu

dilaksanakan dalam bulan tertentu dan tertakluk

kepada waktu tertentu. Ibadah zakat juga dikaitkan

dengan waktu atau tempoh tertentu seperti cukup

haul manakala ibadat haji dilaksanakan dalam bulan

Zulhijjah.

7 Rasulullah SAW juga bersabda yang

MASA DAN bermaksud: "Tidak akan berganjak kedua
REDHA
ALLAH kaki seorang hamba pada hari kiamat

DEMI MASA... melainkan ditanya dahulu tentang empat
MASA DIHARGAI,
REDHA ALLAH DICARI, perkara, yang pertama tentang umurnya dan
DEMI MASA ...
MENCARI REDHA ALLAH SWT untuk apa dihabiskan, yang kedua masa

mudanya bagaimana ia mempergunakannya,

yang ketiga tentang hartanya daripada

mana ia memperolehinya dan untuk apa ia

membelanjakannya dan yang keempat

tentang ilmunya bagaimana ia

memanfaatkannya". (HR Ibnu Hibban dan At-

Tirmizi)

Pengurusan Masa

Selain itu, ungkapan melayu iaitu “masa itu
emas” yang sering kita dengar apabila
berbicara tentang kepentingan masa dalam
melaksanakan sesuatu kerja. Ianya sering
ditutur apabila mengenangkan sesuatu yang
berlaku.

Pengurusan masa setiap hari adalah seperti

masa bekerja, bersama keluarga,

pembelajaran sama ada kita sebagai pelajar,

guru dan pensyarah, masa melaksanakan

penulisan kajian, beriadah untuk kesihatan

dan masa untuk berehat serta beribadah

samada secara khusus atau umum. Orang

yang hebat pasti akan menggunakan

peluang masa yang ada dengan sebaik-

baiknya.

Fauzi (2012) mendefinisikan pengurusan
masa secara umumnya sebagai proses
merancang, mengatur dan memperuntukkan
masa bagi melaksanakan sesuatu tugas agar
dapat membuahkan hasil yang berkualiti. Ia
juga dapat ditakrifkan sebagai proses
penyesuaian peruntukan masa dengan
pelaksanaan tugasan agar hasil tugasan
lebih berkualiti dan sekaligus dapat
meningkatkan produktiviti. Pengurusan
masa memerlukan pengetahuan, kemahiran,
teknik dan kaedah yang tertentu. Namun
yang paling penting adalah faktor sikap dan
kecenderungan individu terbabit kepada
‘sense of urgency‘. Faktor sikap inilah
akhirnya yang menjadi kepada kejayaan atau
kegagalan seseorang dalam merancang,
melaksana dan menyempurnakan tugas yang
diamanahkan serta pada masa yang sama
mencapai objektif yang disasarkan.

8

Jadi orang yang bijak

Orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa menghargai
masa, bijak menguruskan masa, memanfaatkan setiap masa
dengan kerja dan aktiviti yang berfaedah. Kemahiran
pengurusan masa merupakan salah satu kemahiran belajar
yang penting untuk dikuasai oleh pelajar bagi membantu
mereka mencapai kejayaan cemerlang semasa menuntut di
universiti (Wan Zah et al, 2008). Pelajar yang dapat mengurus
masa dengan baik dapat meningkatkan pencapaian prestasi
akademik mereka dan seterusnya menyumbang kepada
kepuasan dalam kehidupan (Hamizatun dan Norzaini, 2013).
Justeru sebagai penjawat awam, kita perlulah menyusun dan
menguruskan secara berkesan setiap waktu seharian kita di
tempat bekerja supaya setiap waktu dipenuhi dengan
perkara-perkara yang akan dikira sebagai ibadat. Jika waktu
bekerja dipenuhi dengan melaksanakan perkara-perkara yang
tidak sepatutnya akan menyebabkan keberkatan rezeki atau
gaji yang diterima adalah tidak sempurna.
Pembaziran masa bekerja dengan aktiviti-aktiviti yang tidak
berfaedah adalah dilarang dalam etika kerja dalam islam,
begitu juga dengan larangan membazir masa dan
kepentingan untuk menghargai masa (Yousef 2001).

Masa dan kehidupan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk
Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga telah memberi saranan
dan teguran kepada kakitangan awam agar sentiasa
menghormati masa bekerja.
As-Syahid Hassan Al-Banna pula jelas mengaitkan masa
dengan kehidupan, “Masa adalah sebuah kehidupan. Dan
kehidupan itu adalah masa yang dia habiskan bermula pada
saat kelahiran sehingga ke saat kematiannya”. Manusia ini
seringkali terleka dengan masa lapang dan mudah saja lalai
dengan kehidupan fana.

9

Penjawat awam dan masa Sabda Rasulullah SAW,
“Sesungguhnya Allah SWT
Tonggak 12 adalah garis panduan atau dasar dan menyukai apabila sesorang kamu
bekerja dan melakukan pekerjaan itu
pegangan yang telah dibentuk kepada sesuatu
dengan tekun.”
tindakan oleh penjawat awam dengan menggariskan (Hadis riwayat Abu Daud).

perkara-perkara seperti menghargai masa, nikmat Hargai nikmat masa

mencipta, keseronokan bekerja, pengaruh teladan, Selain daripada itu, hormati masa orang lain
sebagaimana kita mahu orang lain menghormati
keutamaan kesabaran, peningkatan bakat, masa kita. Sebagai seorang pelajar dan juga
pensyarah yang mana aktiviti yang paling penting
kebijaksanaan berhemat, ketekunan membawa adalah kehadiran ke sesi pengkuliahan yang perlulah
kita peka dengan waktu pembelajaran bermula.
kejayaan, memuliakan kesederhanaan, ketinggian Andai terlewat, kita bukan sahaja menganggu rakan-
rakan dan pensyarah, tetapi mengundang kepada
peribadi, kekuatan sifat baik hati dan kewajipan orang lain untuk melabelkan diri kita sebagai
manusia yang tidak tahu menghargai masa! Sebagai
menjalankan tugas.Salah satu elemen dalam tanggak contoh, ketika menghadiri mesyuarat atau apa-apa
majlis, seharusnya menepati masa yang yang telah
12 adalah menghargai masa. Ini menunjukkan ditetapkan dalam tentatif supaya tidak menzalimi
masa orang lain yang datang awal dan terpaksa
bahawa sebagai penjawat awam seharusnya masa menunggu kita untuk dimulakan sesuatu majlis.
“Dua nikmat yang ramai manusia tertipu, iaitu
bekerja dipenuhi dengan pelaksanaan aktiviti- nikmat sihat dan masa lapang.” (Riwayat Bukhari)

aktiviti yang melibatkan urusan kerja yang telah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Rebutlah
lima perkara sebelum datang lima perkara, usia
diberikan tanggungjawab. Jika waktu bekerja mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit,
masa senangmu sebelum papa, masa hidupmu
dipenuhi dengan aktiviti perniagaan secara online, sebelum mati dan masa lapangmu sebelum sibuk".

berbual-bual kosong yang tidak berfaedah, melayari “Wahai anak Adam, carilah kelapangan untuk
beribadat kepadaku Nescaya aku akan penuhi
internet dengan perkara-perkara yang tidak dadamu dengan kekayaan jiwa dan aku tutupi segala
kekuranganmu, tetapi jika engkau tidak kerjakan
berkaitan seperti menonton movie, mencari resepi- sesuatu diwaktu yang terluang itu, Aku penuhi
diwaktu-waktu itu dengan bermacam-macam
resepi masakan, facebook, menjual tudung, kuih pekerjaan dan aku tidak akan tutup apa jua
kekuranganmu” Riwayat At-Tarmizi dn Ibnu Majah.
muih, membuat tempahan dan sebagainya. Malahan
Tanya diri kita sendiri, semoga beroleh petunjuk dan
yang lebih membimbangkan adalah menggunakan keredhaan Ilahi.

kemudahan awam dalam kerja-kerja yang bukan

berkaitan tugas. Pada dasarnya, pegawai awam yang

terlibat dengan perniagaan melalui media sosial

atau dalam talian adalah disifatkan melakukan

pekerjaan luar. Ini termaktub dalam Peraturan-

Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)

1993. Tepuk dada tanyalah iman, kemuliaan tugas

sebagai penjawat awam seharusnya dipelihara.

Pesan baginda Rasulullah

Sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah SWT
menyukai apabila sesorang kamu bekerja dan
melakukan pekerjaan itu dengan tekun.” (Hadis
riwayat Abu Daud). Jelaslah ayat ini menekankan
bahawa apabila kita ingin melakukan sesuatu, maka
hendaklah dia melakukan dengan bersungguh-
sungguh. Dalam konteks penggunaan masa, kita
hendaklah bersungguh-sungguh melakukan sesuatu
pekerjaan agar masa yang digunakan dapat
dimanfaatkan sebaik-baiknya. Setiap tugasan yang
dipertanggungjawabkan kepada kita sebagai
penjawat awam umumnya dan sebagai pensyarah
khususnya perlu dilaksanakan seperti yang
dikehendaki dan menepati masa serta waktu yang
ditetapkan selain daripada kualiti dan kesempurnaan
tugasan tersebut.

10

Rujukan

Firdaus Abdullah. 2008. Wal ‘Ashr: Pengurusan Masa
Dalam Islam Himpunan Risalah dalam beberapa
Persoalan Ummah,
https://hafizfirdaus.com/ebook/Risalah-6/index.htm

Hamizatun & Norzaini. 2013. Perkaitan Antara Pengurusan
Masa Dan Stres Dalam Kalangan Pelajar Siswazah di IPTA,
AJTLHE Vol. 5, No.1, Jan 2013, 34-49: Penerbit UKM

http://www.solusi.com.my/article/pengurusan-masa

Mohd Fauzi. 2012. Pengurusan Masa Berkesan,
https://uniprof.wordpress.com/2012/03/09/pengurusan-
masa-berkesan/

Najmi Syahiran Mamat. 2020.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penjawat-
awam-disaran-beri-perhatian-pada-tonggak-12-cuepacs-
233594

Wan Zah Wan Ali, Aida Suraya Md Yunus, Ramlah
Hamzah, Rosini Abu, Rohani Ahmad Tarmizi, Sharifah Md
Nor, Kamariah Abu Bakar & Habsah Ismail. 2008.
Kemahiran Pengurusan Masa dalam Kalangan Pelajar
Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Memperkasakan
Pendidikan Negara: Isu dan Cabaran. Serdang: Penerbit
UPM.

Yousef, D.A. 2001. Islamic Work Ethic: A Moderator
between Organizational Comitment and Job Satisfaction
in Cross Cultural Context. Personnel Review 30(2): 91-105.

11

Time is what
we want
most ...
but what we
use worst

WILLIAM PENN

12

Kehidupan dan
MASA

Jamilah binti Ismail

Berfikir sejenak .... Perjalanan kehidupan

Termenung aku sejenak apabila memikir bahawa sudah Imam Hasan Al-Banna berkata:
sampai masanya untuk aku meninggalkan mereka.
Mereka adalah adik-adik, sahabat-sahabat, rakan-rakan “Sesiapa yang tahu nilai sebenar masa akan tahu
seperjuanganku, anak-anak didikku dan juga tentang hidup itu sendiri kerana masa adalah
pemimpinku. Mereka yang sentiasa memberikan kehidupan.”
nasihat, tunjuk ajar serta pandangan dan juga mereka
yang berbincang, bergaduh dan juga berdebat Masa adalah suatu perjalanan kehidupan kita sebelum
denganku. Apapun mereka adalah yang terbaik menuju ke alam yang kekal abadi, di mana alam
dipertemukan oleh Allah kepadaku. Aku sangat kagum akhirat bukanlah batasan pemikiran akal untuk tahu
dengan mereka yang ada di sekelilingku. semuanya dan kita tidak akan tahu keadaan sebenar
tentang masa itu. Namun apa yang ingin kita
Masa terus berlalu dengan begitu cepat sekali, sudah memperkatakan tentang masa di alam dunia ini yang
lebih 30 tahun aku menjadi pendidik dan sentiasa berlalu begitu sahaja saat, minit, jam, hari, bulan,
bekerja di dalam satu team, pernah satu ketika dahulu, tahun, dekad, abad dan seterusnya tidak mungkin
aku berfikir, mampu aku untuk bekerja dan menjalani berulang. Bumi sentiasa berputar mengikut paksinya,
kehidupan sehingga tahun 2020, Alhamdulillah Allah begitu juga tugas matahari dan bulan sentiasa tunduk
mengurniakan kesihatan untuk aku terus berkhidmat dan patuh dengan perintah Allah. Semua ini berlaku
sehingga saat ini. menurut Sunnatullah. Makhluk-makhluk Allah yang
lain tidak pernah ingkar dengan iradah dan qudrah
Ya, masa itu tidak pernah menungguku, ianya tetap Allah sebab itulah kadang kala kita tidak sedar masa
berjalan, walaupun ada ketika aku lengah dengan itu terus berjalan. Ini ada kaitan dengan surah Al-Asr.
tanggungjawabku, ibadahku dan ada ketikanya aku alpa
dan lupa memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Kita selalu mengambil ibarat para bijak pandai
tentang masa itu yang diambil daripada pepatah Arab
Aku memohon keampunan padamu Ya Allah di atas maksudnya ‘Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak
kealpaan aku sebagai seorang insan dan aku memotongnya nescaya ia akan memotong kamu’
memanjatkan doa agar dikurniakan kekuatan iman,
amal dan keberkatan di dalam kehidupan, begitu jua Semoga masa yang kita lalui itu umpama emas yang
sangat bernilai dengan erti kata yang terbaik masa itu
untuk rakan seperjuangan, ketua-ketua ku, majikanku sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah
dan semuanya untuk kecemerlangan di dunia dan SWT untuk kita semua.
akhirat.

13 Apakah yang kita perlu lakukan untuk
meneruskan kehidupan dengan masa yang ada?
"Waktu adalah kekayaan, tetapi ia
tidak seperti wang, ketika hilang, Mujahadah mendidik diri hargai masa
kamu tidak akan dapat
menggantikannya. " Kita sentiasa berdepan dengan dua musuh utama
- Napoleon Hill - (dalaman dan luaran) yang sentiasa meruntun
untuk leka dan lalai di dunia dan mensia-siakan
waktu iaitu hawa nafsu dan syaitan. Dengan
mujahadah kita mesti melatih dan memaksa diri
supaya;

a-Memastikan matlamat hidup dan berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapainya dengan
sempurna.
b-Membuang sikap malas, leka, lalai di dalam
diri.
c-Memberikan perhatian kepada perkara utama
dan penting di dalam kehidupan.
d-Membuang sikap suka bertangguh sesuatu
perkara.

Apa yang penting bagi kita untuk mencapai
matlamat menjadi Muslim yang soleh, sama-
samalah kita memantapkan amalan-amalan
wajib, perbanyakkan amalan sunat serta terus
istiqamah dan tinggalkan yang haram. Kita
amat bersyukur dan berterima kasih kerana kita
dikelilingi dengan sahabat sentiasa menasihati
dan mengingatkan.

Bertindak segera Perbaharui niat

Jangan fikir ada banyak masa untuk kita kerana kita Kehidupan seharian kita penuh dengan aktiviti
belum tahu masa di hadapan atau kita bertangguh- daripada bangun tidur sehinggalah tidur semula, masa
tangguh untuk melakukan sesuatu perkara sehingga terus berjalan setiap hari, jika aktiviti kita penuh kita
kita mencecah umur tertentu di dalam membuat tidak menyedari masa itu terus berjalan. Namun apa
perkara kebaikan. yang penting sentiasalah kita perbaharui niat kita
supaya setiap kerja yang kita lakukan itu sebagai satu
Seorang hukama’ Islam pernah menasihatkan kita; ibadah dan diterima Allah.
Kita bekerja, kita beriadah, kita bersahabat, kita
“Janganlah kamu menunda atau menangguh sampai memberi nasihat, kita membantu dan apa sahaja
besok apa yang dapat engkau kerjakan hari ini”. hanya kerana Allah. Mungkin kita tidak membuat
aktiviti seperti ulama-ulama atau aktivis di luar sana
Imam Hassan al-Basri pernah berkata; namun apa yang penting perbetulkan niat kita sebagai
“Apabila terbit sahaja fajar pada hari baru, ia akan seorang Muslim dan Mukmin.
menyeru manusia; ‘Wahai anak Adam! Aku adalah
makhluk yang baru. Aku menjadi saksi ke atas apa Audit Diri Dengan Masa Lalu
yang kamu lakukan. Gunakan aku untuk berbekal
dengan beramal soleh. Sesungguhnya aku tidak akan Perkataan audit merupakan sesuatu yang paling tidak
kembali lagi hinggalah menjelangnya kiamat”. digemari oleh setengah pihak, sebenarnya mengaudit
apa yang kita lalui di dalam kehidupan masa lalu boleh
Pepatah Melayu pula berkata; menginsafkan diri. Mungkin kita tidaklah sehebat para
sahabat atau ulama tersohor besar seperti Khalifah Umar
“Kerja beransur tak bertahan, kerja bertangguh tak Al-Khattab yang menangis setiap malam kerana
menjadi. mengingati kesilapan yang lepas. Namun begitu apa
yang boleh kita lakukan ialah nilailah diri kita sendiri
dengan amalan dan perbuatan kita masa-masa yang lalu
untuk melakukan sesuatu perubahan yang lebih baik
untuk dunia dan akhirat.

14

‘Kita mengagumi setiap hari yang
berlalu itu, sebenarnya semakin

menyusut umur kita’

Al-Syarif al-Murtadha

Banyak juga nasihat yang diberikan untuk kita sebelum kita
tidur seperti memaafkan orang lain atau memohon
keampunan kepada Allah apabila memikir apa kesilapan
yang dilakukan pada hari tersebut atau sebagainya.

Empat tujuan masa

Seorang tokoh Islam Imam Hasan al Banna berkata;
Kita diperintahkan supaya mengguna dan membahagikan
masa bagi empat tujuan;
1-Untuk agama iaitu melakukan ketaatan kepada Allah
merangkumi yang wajib/ fardhu dan yang sunat-sunat.
2-Mencari rezeki yang halal bagi menyara diri dan keluarga.
3-Untuk berkhidmat kepada manusia dengan melakukan
perkara-perkara yang mendatangkan manfaat dan faedah
bagi mereka.
4-Untuk kerehatan badan.

Seorang penyair Arab al-Syarif al-Murtadha berkata;
‘Kita mengagumi setiap hari yang berlalu itu sebenarnya
semakin menyusut umur kita’

Rujukan :
1- Ustaz Ahmad Adnan Fadzil - Koleksi Al- Qalam
2- Blof Masni Syafie

15

Me Time

Suhaila binti Mustaffa

Fitting in time for yourself is
essential to do your healthy
habits. Take charge of your
health and happiness, and you'll
lower your stress, become more
productive, and have more
energy. You may think "it's all
about me" is selfish. But consider
this: Other people benefit from

your "me time," too.

Tiba- tiba ungkapan 'me time', berlegar- legar di
benak fikiran menunggu masa untuk dibicarakan dek
kerana seringkali kedengaran kebanyakan dari kaum
hawa yang merasakan mereka tidak punya masa
untuk diri sendiri. Benarkah begitu ya?

Allah SWT telah kurniakan kita jumlah masa yang
sama, tiada kurang dan tiada lebih. Tinggal lagi, apa
yang menjadi perbezaan antara kita dan orang lain
adalah cara untuk mengurus dan mengatur masa.
Bagi sebahagian orang, 24 jam ketetapan tuhan
mampu dilalui dengan penuh makna. Manakala
sebaliknya, ada yang merasakan waktu itu terlalu
singkat untuk tugasan dan tanggungjawab yang
terlalu banyak untuk dilunaskan.

Merujuk kepada maksud ‘me time’ yang diperoleh
dari carian internet seperti di atas, ia sangat
bertepatan dengan kemahuan seseorang bahawa dia
memerlukan masa untuk diri bukan atas dasar
mementingkan diri sendiri, bahkan satu keperluan
penting untuk menjamin kualiti emosi dan fizikal
bagi jangkamasa panjang untuk diri dan orang di
sekeliling juga.

16

Me time atau emosi ? Analogi yang ingin penulis bawakan di sini,
bayangkan sebuah kereta berjenama yang
Pendapat peribadi penulis, masa untuk diri dilengkapi segala teknologi canggih, digunakan
sendiri adalah keperluan bukan kehendak setiap hari setiap masa tidak kira panas terik dan
semata- mata. Allah SWT menciptakan kita hujan anehnya turut didatangkan dengan manual
sebagai manusia yang penuh dengan penyelenggaraan. Arahannya ringkas, sekiranya
kelemahan dan seringkali dibuai dengan tipu cukup tempoh dan kilometer perjalanan yang
daya hawa nafsu. Sebagai kaum hawa, emosi tertentu, dia perlu diberi masa untuk
terkadang mengatasi rasional di saat fizikal penyelenggaraan. Dari enjin sehingga sekecil- kecil
sudah sangat keletihan dan otak sudah perkara seperti kuantiti air sangat dititik beratkan.
bercelaru. Bayangkan fungsi multi tasking Mengapa begitu? Logik mengatakan kereta sudah
berjalan secara rutin tanpa henti dan tanpa hebat dan canggih pasti tiada masalah. Masih perlu
sedar yang terkadang berakhir dengan natijah diselenggara? Penulis percaya pembaca di luar
yang kurang baik. Hakikatnya emosi dan sana pasti sudah ketemu jawapan.
kekuatan jiwa adalah kunci kesejahteraan
merangkumi rohani dan jasmani. Ya, Sedikit “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia
masa diperlukan untuk stabilkan emosi. Masa dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan
untuk mencari butang ‘pause’ disaat keadaan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).”
diri sudah tidak terkawal lagi. At – Tin : ayat 4.

Kembali kepada realiti kita sebagai makhluk Rasulullah sebagai teladan
ciptaanNya yang cukup sempurna, namun kita juga
perlu sedar kelemahan yang pasti ada. Justeru Allah Allah ilhamkan baginda dengan pelbagai
juga telah datangkan panduan untuk kita mengurus solusi di saat khulwah dan uzlah. Ubat
kewarasan akal dan fizikal. Peruntukkan masa untuk kesakitan emosi, peruntukkanlah masa
ubudiyyah, masa untuk muhasabah, masa untuk istimewa dengan Rabbul Jalil. Menangis,
tafakkur,tadabbur dan tazakkur. Pasti emosi kekal mengadu, mengharap dengan penuh
dalam keadaan tenang dan membuahkan tindakan keyakinan padaNya.
yang cemerlang.
Ya, tatkala manusia lain sedang nyenyak
Sebuah analogi dibuai mimpi, cipta ‘me time’ dengan
membina hubungan dengan Allah.
Jawapannya terpulang. Ada yang selesa Perbaiki kecacatan dalam ibadah. Penuhi
memberikan waktu untuk diri dengan percutian, kotak hati dengan sepenuh pergantungan
membeli- belah dan tidak hairan,hanya tidur! Tidak kepadaNya. Dia yang menguji kita dengan
kurang juga ada yang ‘membelanjakan’ diri dengan pelbagai mehnah dan tribulasi pasti Dia
meluangkan masa di salun- salun kecantikan dan jualah yang memberi ilham dan solusi.
urutan. Ya, terpulang dengan cara masing- masing. Pasti siang hari berikutnya dilalui dengan
Apa yang penting tujuan utama adalah untuk penuh energi!
meraikan diri sendiri dan memberi ruang untuk
keluar dari kegawatan emosi dan kelesuan fizikal.

17

“Dan apa sahaja
kebaikan yang
mereka(orang yang
bangunberibadat pada
waktu malam) kerjakan,
maka sekali- kali mereka
tidak dihalangi
(menerima pahalanya)
dan Allah Maha
Mengetahui orang- orang
yang bertakwa”
Ali Imran : ayat 115.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kita bebas untuk

mencipta ‘me time’ dengan apa cara jua

sekali pun. Bila dan di mana? Terpulang

kepada kesesuaian diri. Namun yang
paling terbaik, di saat ‘me time’ itu

biarlah kita dalam keadaan sentiasa ingat
dan kembali padaNya. ‘me time’ bukan

masa untuk lari dan lupa sebentar

masalah malah jadikan ia sebagai lubuk

untuk bangkit dari lemah!

18 Doa merupakan ibadat yang mulia malah ia
merupakan intipati kepada ibadat itu sendiri.
Masa Mustajab Doa Allah SWT memerintahkan kita agar sentiasa
berdoa kepadaNya. Ini kerana meninggalkan
Mohd Hanafi bin Jusoh doa bererti meninggalkan ibadat kepadaNya.
Daripada Nu’man bin Basyir r.a, bahawa
Rasulullah SAW bersabda:

‫اﻟ ﱡﺪ َﻋﺎ ُء ُﻫ َﻮ ا ْﻟ ِﻌ َﺒﺎ َد ُة ﺛُ ﱠﻢ َﻗ َﺮأَ َ َﻗﺎ َل َرﺑﱡﻜُ ْﻢ ا ْد ُﻋﻮﻧِﻲ‬
‫أَ ْﺳ َﺘ ِﺠ ْﺐ ﻟَﻜُ ْﻢ‬

“Doa itulah ibadat.” Kemudian baginda membaca ayat
yang maksudnya: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya
Aku perkenankan doa permohonan kamu.

(Abu Daud: 1479, Al-Nasa’i (dalam Al-Sunan Al-Kubra),
Al-Tirmidhi: 3247 dan Ibn Majah: 3828)

Orang yang sentiasa berdoa kepada Allah SWT tidak
akan rugi. Ini kerana setiap doa yang dipohon akan
dikabulkan oleh Allah samada untuk kebaikan dunia
dan akhirat. Dalam sebuah hadis daripada Abi Said
Al-Khudri r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫ ِإ ﱠﻻ‬،‫ َو َﻻ َﻗ ِﻄﻴ َﻌ ُﺔ َر ِﺣ ٍﻢ‬،‫َﻣﺎ ِﻣ ْﻦ ُﻣ ْﺴ ِﻠ ٍﻢ ﻳَ ْﺪ ُﻋﻮ ﺑِ َﺪ ْﻋ َﻮ ٍة ﻟَ ْﻴ َﺲ ِﻓﻴ َﻬﺎ ِإ ْﺛ ٌﻢ‬
‫ﻮ َِوء ِإ ﱠِﻣﻣﺎْﺜﻠَأَ َﻬْنﺎ‬،‫أَِإ ْﱠﻣنﺎﻳَأَ ْ ْنﺼﺮِﺗُ َ َﻌفﺠﱠ َﻋ َﻞْﻨ ُﻟﻪَ ُﻪ ِﻣ َد َﻦْﻋ اَﻮﻟﺗُ ُﱡﻪﺴ‬ :‫ِإ ْﺣ َﺪى ﺛَ َﻼ ٍث‬ ُ‫أَ ْﻋ َﻄﺎ ُه ﷲ‬
‫ َو ِإ ﱠﻣﺎ‬،‫ا ْﻵ ِﺧﺮَ ِة‬ ‫ﺑِ َﻬﺎ‬ ‫ﻳَ ﱠﺪ ِﺧﺮَ َﻫﺎ ﻟَ ُﻪ‬
‫ِﻓﻲ‬

Maksudnya: “Tidaklah seorang Muslim berdoa yang
tidak mengandung dosa dan tidak bertujuan
memutus silaturahim, melainkan Allah SWT akan
mengabulkannya dengan tiga cara: Allah akan
mengabulkan doanya sesegera mungkin, Allah akan
menyimpan (menjadikannya pahala) baginya di
akhirat kelak, dan Allah akan menjauhkan darinya
keburukan.”

[Riwayat Ahmad][Syeikh Syuaib Al-Arna’outh
mengatakan sanad hadis ini adalah baik]

Namun begitu Nabi Muhammad SAW di dalam hadis-
hadis baginda memberi panduan bahawa terdapat
beberapa waktu yang sangat digalakkan untuk
berdoa dan dijanjikan oleh Allah untuk dimakbulkan.
Antara masa tersebut adalah:

1. Satu pertiga akhir malam

Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah:

‫ﺴ ََﻓﻤﺄَﺎ ِْءﺳا َﺘﻟ ِﱡﺠﺪ ْﻧﻴ َﻴﺎ َﺐ ِﺣﻟَﻴ ُﻪ َﻦ َﻣﻳَ ْْﺒﻦ َﻘﻰ‬،‫ ﱠﻞ َﻣﻟَ ْﻴْﻦﻠَ ٍﺔﻳَ ِإْﺪ َ ُﻋﱃﻮﻧِاﻟﻲ ﱠ‬:‫ﻳَ ْﻨﺰِﺛُ ُﻠُل َرُﺑﱡﺚ َﻨاﺎﻟﻠﱠﺗَ ْﻴَﺒﺎ ِ َرﻞ اَكﻵ َوِﺧﺗَﺮَُﻌﺎﻳَ َ ُﻘﱃﻮ ُُﻛل‬
‫ َﻣ ْﻦ ﻳَ ْﺴ َﺘ ْﻐ ِﻔﺮُﻧِﻲ َﻓﺄَ ْﻏ ِﻔ َﺮ ﻟَ ُﻪ‬،‫ﻳَ ْﺴﺄَﻟُ ِﻨﻲ َﻓﺄُ ْﻋ ِﻄ َﻴ ُﻪ‬

19

“Maksudnya: “Tuhan yang Maha Berkat dan Rasulullah SAW bersabda:
Maha Tinggi turun setiap malam ke langit
dunia sewaktu masa berbaki sepertiga malam
terakhir dan berfirman: Barangsiapa yang
berdoa kepadaKu, nescaya Aku perkenankan
baginya. Barangsiapa yang meminta kepadaKu
nescaya Aku akan memberikan (apa yang
dipinta) kepadanya. Barangsiapa yang meminta
pengampunan daripadaKu, nescaya Aku akan
mengampuninya.” (Hadis riwayat Bukhari)

2. Waktu antara azan dan iqamah ‫ ﻓﺄ ْﻛ ِﺜﺮُوا اﻟ ﱡﺪﻋﺎ َء‬،‫ وﻫﻮ ﺳﺎ ِﺟ ٌﺪ‬،‫أَ ْﻗﺮَ ُب ﻣﺎ ﻳَﻜﻮ ُن اﻟ َﻌ ْﺒ ُﺪ ِﻣﻦ َرﺑﱢ ِﻪ‬

Benar! Antara waktu-waktu yang diperkenankan Maksudnya: “Keadaan yang paling hampir
doa ialah apabila berdoa seorang Islam antara seseorang itu kepada Tuhannya adalah ketika
waktu azan dan waktu iqamah. dia sedang sujud. Oleh itu, perbanyakkanlah
doa ketika sujud.” (Riwayat Muslim)
Telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a
katanya Rasulullah SAW bersabda : 4. Setelah solat fardu

‫ﻟ ﱡﺪ َﻋﺎ ُء َﻻ ﻳُﺮَ ﱡد ﺑَ ْﻴ َﻦ اﻷَ َذا ِن َوا ِﻹ َﻗﺎ َﻣ ِﺔ‬ Daripada Abu Umamah r.a, bahawa Rasulullah
SAW pernah ditanya berkaitan doa apakah yang
“Doa itu tidak tertolak (jika dipanjatkan di paling didengari oleh Allah SWT. Jawab
antara) azan dan iqamah.” (HR. Tirmizi no. 212 Baginda SAW:
dan 3595, dinilai shahih oleh Albani)

3. Waktu sujud di dalam solat ‫ َو ُدﺑُ َﺮ اﻟ ﱠﺼﻠَ َﻮا ِت اﻟ َﻤ ْﻜ ُﺘﻮﺑَﺎ ِت‬،ِ‫َﺟ ْﻮ َف اﻟﻠﱠ ْﻴ ِﻞ اﻵ ِﺧﺮ‬

Ini berdasarkan sebuah hadis yang Maksudnya: “Doa di tengah malam dan selepas
diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a bahawa daripada solat fardhu.”[Riwayat al-Tirmizi,
Rasulullah SAW bersabda : Hasan]

‫أَ ْﻗ َﺮأَ ا ْﻟ ُﻘ ْﺮآ َن َرا ِﻛ ًﻌﺎ أَ ْو َﺳﺎ ِﺟ ًﺪا َﻓﺄَ ﱠﻣﺎ اﻟﺮﱡ ُﻛﻮ ُع َﻓ َﻌ ﱢﻈ ُﻤﻮا‬ ‫ﻧُ ِﻬﻴ ُﺖ أَ ْن‬ ‫ِإﻧﱢﻲ‬ 5. Hari Arafah
‫َﻋﺰﱠ َو َﺟ ﱠﻞ َوأَ ﱠﻣﺎ اﻟ ﱡﺴﺠُﻮ ُد َﻓﺎ ْﺟ َﺘ ِﻬ ُﺪوا ِﻓﻲ اﻟ ﱡﺪ َﻋﺎ ِء‬ ‫ِﻓﻴ ِﻪ اﻟﺮﱠ ﱠب‬
Hari Arafah adalah hari ke-9 dalam bulan
Maksudnya : “Sesungguhnya aku dilarang untuk Zulhijah dan merupakan hari dimana jemaah
membaca Al-Quran dalam keadaan rukuk dan haji melakukan rukun haji yang utama iaitu
juga sujud. Adapun rukuk maka perbesarkanlah wukuf di arafah. Daripada Abdullah bin ‘Amr,
Tuhan padanya. Dan ada pun sujud maka bahawa Nabi SAW bersabda:
bersungguhlah kamu dalam berdoa (padanya).”
(Riwayat Muslim) ‫َﺧ ْﻴﺮُ اﻟ ﱡﺪ َﻋﺎ ِء ُد َﻋﺎ ُء ﻳَ ْﻮ ِم َﻋﺮَ َﻓ َﺔ‬

20

Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada
hari Arafah”. [Riwayat Al-Tirmizi, Hasan]

Wukuf pada hari Arafah dan doa mustajab ini
adalah khusus kepada jemaah haji yang berada
di sana yang mana amalan ini bermula selepas
gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga
tenggelam matahari waktu maghrib.

6. Suatu saat pada hari Jumaat

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW
bersabda:

‫ َو ُﻫ َﻮ َﻗﺎﺋِ ٌﻢ‬،‫ ﻻَ ﻳُ َﻮا ِﻓ ُﻘ َﻬﺎ ُﻣ ْﺴ ِﻠ ٌﻢ‬،‫ِﻓﻲ ﻳَ ْﻮ ِم اﻟﺠُ ُﻤ َﻌ ِﺔ َﺳﺎ َﻋ ٌﺔ‬
‫ﻳُ َﺼﻠﱢﻲ ﻳَ ْﺴﺄَ ُل ﷲﱠَ َﺧ ْﻴ ًﺮا ِإ ﱠﻻ أَ ْﻋ َﻄﺎ ُه‬

Maksudnya: “Pada hari Jumaat ini ada satu
masa yang sekiranya ditepati oleh seorang
muslim dalam keadaan dia bersolat meminta
sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT
akan memperkenankan permintaanya itu”.
(Riwayat al-Bukhari)

Waktu pada hari jumaat adalah panjang “Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya
sehingga para ulamak berbeza pandangan ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat
dalam menetapkan waktu mustajab tersebut. meminta sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT
Al-Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah di dalam
kitabnya Zad Al-Ma’ad menyatakan terdapat akan memperkenankan permintaanya itu”.
dua pendapat yang kuat dalam hal ini dan (Riwayat al-Bukhari)
keduanya bersandar pada hadis Nabi SAW.

Pandangan Ulama Mengenai Waktu Mustajab

Doa Hari Jumaat

Pendapat Pertama Pendapat Kedua

Ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga Selepas solat asar sehingga tenggelam matahari.
selesainya solat, berdasarkan hadis sahih yang Hujah bagi orang yang berpegang dengan
diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari bahawa pendapat ini adalah berdasarkan hadis yang
beliau mendengar Nabi SAW bersabda apabila diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah r.a,
beliau ditanya oleh Ibn Umar tentang waktu bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
yang mustajab tersebut: Maksudnya: “Hari Jumaat mempunyai 12 jam,
“Adakah kamu pernah mendengar ayahmu padanya terdapat satu waktu yang mana tidak
meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW ada seorang hamba yang meminta sesuatu
berkenaan satu waktu (mustajab) pada hari kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan
Jumaat?”. “Ya, aku pernah mendengarnya”. Aku memberikan apa yang dimintanya itu kepadanya.
telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Ia Maka carilah waktu tersebut pada akhir waktu
adalah di antara duduknya imam sehingga selepas asar ”.
selesainya solat didirikan”. [Riwayat Al-Nasa’ie, (1389)] [Hadis ini dinilai
(Riwayat Muslim) sahih oleh Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani di
dalam Nataij Al-Afkar, 2/436]

21

Kesimpulan ....

Pendapat yang kedua ini adalah lebih kuat

kerana dalil-dalil yang dikemukakan oleh

pihak ini lebih banyak dan kuat. Selain itu,

amalan para sahabat dan salaf juga

menunjukkan bahawa mereka amat

mementingkan waktu ini sepertimana yang

dilakukan oleh Said bin Jubair r.a. (Datuk Dr.

Zulkifli Mohamad, Irsyad Al-hadis siri ke-126:

Waktu mustajab pada hari Jumaat, 23

November 2016)

Kesimpulannya berdoa merupakan suatu
ibadah yang sangat dianjurkan oleh agama
dan sebagai tanda perhambaan dan rendah
diri manusia kepada Allah SWT serta
dijanjikan dengan kebaikan di dunia dan di
akhirat bagi mereka yang melaksanakannya.
Oleh yang demikian, marilah kita semua
berusaha untuk memperbanyakkan doa
dalam kehidupan harian khususnya di masa-
masa mustajab doa.

22

"Ubah 24 jam yang kamu miliki dan
kamu akan mengubah hidupmu."
- Eric Thomas-

23

Putaran Waktu

Ainul Farhaan binti Harun

Keheningan pagi itu, seperti rutin kebiasaan menghantar anak ke sekolah, sambil
melayan celoteh anak kecil itu mengenai pelbagai isu dari hal-hal di sekolah
sehingga isu semasa. Telinga saya tiba-tiba tertarik pada topik yang di
ketengahkan dan hangat dibualkan dalam radio. "Setahun setelah PKP COVID-19"
Masya-Allah cepatnya setahun berlalu, detik hati saya. Bermakna setahun juga
kita telah hidup dalam norma baharu ini. Tidak lama lagi, Ramadan pula

menjengah sebagai tetamu kita. Benarlah kata bijak pandai masa yang berlalu itu
umpama anak panah yang dilepaskan dari busurnya. Pantas dan tidak mungkin
berulang kembali.

Mari kita bermuhasabah dan membuat

refleksi diri. Bagaimanakah dengan solat

Menjadi Lebih Baik yang kita laksanakan. Adakah sekadar

Lantas saya bermonolog dan bermuhasabah cukup hanya yang wajib dek kerana
sendiri. Adakah pelbagai pancaroba di saat ujian
yang melanda dunia ini menjadikan kita insan kesibukan mengejar tanggungjawab
yang lebih baik? Mendidik diri menjadi hamba
yang taat dan sentiasa mendekatkan diri dengan dunia. Malahan semasa solat, minda
Allah? Atau kita sekadar insaf dan bertaubat
secara hangat-hangat tahi ayam sahaja semasa masih ligat memikirkan hal-hal dunia.
isu COVID-19 masih panas suatu ketika dahulu.
Peluang usia dan kesihatan, juga rezeki yang Terkejar-terkejar ketika menunaikan solat,
sentiasa mengalir tidak putus ini menjadikan
kita peka terhadap insan yang terjejas dengan sehingga ada rukun solat yang dipandang
pandemik ini? Adakah Ramadan kali ini akan
mendidik kita untuk menjadi insan yang remeh. Mari kita perbaiki diri, perbaiki
menggunakan masa dengan penuh manfaat ?
solat. Banyakkan masa kita untuk Yang

Maha Esa. Lepaskan lelah dunia kita di

sejadah. Mengadulah pada-Nya. Dialah

yang memberi masa kepada kita. Kualiti

masa dengan Allah itu kita jadikan

matlamat utama. Ingat, sesibuk mana

atau sepadat mana rutin harian kita,

jangan pernah lupa masa hamba kepada

Pencipta-Nya.

Mesin Masa

Keutamaan Masa Time waits for no man. Saya masih ingat

Allah kurniakan kita semua dengan masa yang peribahasa ini. Jelas menceritakan
sama. Ya, 24 jam sehari. Tetapi mari kita tepuk bahawa masa tidak akan pernah
dada dan tanya iman masing-masing. Di mana menunggu kita. Ia terus bergerak
kita laburkan dan leburkan masa tersebut. Kita mengikut rentaknya. Tetapi memori yang
semua menggalas tanggungjawab sendiri. Kita dicipta dalam sesuatu tempoh masa akan
semua memegang status sebagai pekerja, ibu kekal dalam lipatan minda. Pernahkah
atau ayah, suami atau isteri, dan juga anak. Apa kita sebagai ibu, ayah atau anak mencipta
yang paling utama adalah Perkara ini kita juga memori indah dalam timeline anak-anak
adalah hamba kepada Allah Yang Maha Esa.
Nikmat masa yang Allah kurniakan, jangan kita kita? Adakah masa yang Allah berikan
alpa untuk utamakan tanggungjawab hamba kepada kita digunakan sebaiknya untuk
yang kita galas. mendidik, membentuk dan mencorakkan
peribadi mulia mereka dalam mengenali
Allah dan Rasul?

24

Kadang-kadang kita lebih asyik melihat skrin
handphone atau tablet dari melihat wajah
polos anak-anak yang ceria bercerita
mengenai pelbagai perkara. Kita cukup
sekadar endah tak endah sahaja melayan
mereka. Pesan saya, kepada diri sendiri dan
kita semua untuk sentiasa menghargai masa
dan ruang yang ada bersama keluarga sebaik-
baiknya. Usah nanti bila zaman beralih, baru
kita rindu saat sedemikian. Hidup ini tidak
semudah kisah doraemon yang punya mesin
masa untuk kita kembali ke zaman yang kita
impikan. Seperti kata Imam Hassan al-Banna:
Sesiapa yang tahu nilai sebenar masa akan
tahu tentang hidup itu sendiri kerana masa
adalah kehidupan.”

Keutamaan Masa

24 jam sehari seakan tidak cukup! Pernahkah Mungkin kita banyak berlengah dan bertangguh
terdetik rasa sebegini dalam kehidupan kita? kerja. Saya masih teringat satu kata-kata menarik
Kerana kesibukan dan komitmen harian, masa dalam Majalah Solusi yang pernah saya baca tidak
yang ada seakan mahu kita tambah lagi jika ia lama dahulu. Kerja dan tugasan harian umpama
boleh dibeli dengan wang ringgit. Lambakan deretan menu dari pelanggan yang digantung di
tugas dan tanggungjawab menyebabkan kita dapur tukang masak, lambat laun giliran itu akan
memerlukan masa tambahan dan masa tiba jua. Jika lambat si tukang masak itu
kecederaan, mungkin..? Saat kekalutan sebegini melangsaikan tugasnya, maka makin banyak order
mula menerjah kita, cuba tarik dan hela nafas yang digantung. Yang pasti cepat atau lambat tugas
yang panjang. Tenang dan bersabar. Kita tidak itu pasti akan tiba jua. Jom, sama-sama kita bina
boleh cepat melatah. Kerana masa yang dimiliki masa yang berkualiti. Benar juga kata-kata
oleh semua insan di dunia ini adalah sama.Ya, 24 ‘bertangguh pencuri masa’.
jam sehari. Cuma kualiti masa kita mungkin
berbeza Time Will Heal

Kehidupan kita saat hari ini, pastinya dibina dari
kenangan dan memori masa lalu. Kita menyimpan
rapi kenangan manis bersama ibu dan ayah, saat
menimba ilmu bersama rakan dan taulan. Mungkin
yang indah itu pasti ada sedikit calar dan pahitnya.

Jika ada permusuhan masa lalu, kesalahan dan
kekhilafan yang pernah berlaku. Mari kita lapangkan
dada untuk memaafi segala kesalahan orang lain
agar masa-masa mendatang yang akan kita cipta ini
bersih dan indah-indah belaka. Ambil kesempatan
Ramadan yang bakal tiba untuk membuka lembaran
baharu dalam diari hidup kita. Ya, percayalah 'time
will heal'. Mari sama-sama buka lembaran yang

penuh positif dan warna-warna indah untuk
Ramadan telah tiba.

25

Apa kata mereka...

TENTANG MASA

26

Perkara yang jauh dengan kita
masa lalu...perkara yang dekat

dengan kita adalah
kematian..Allahuakbar!

Rabiatul Adawiyah
Pensyarah JPH PTSS

Masa adalah sangat penting
terutama sekali kepada pelajar
yang masih dalam proses pengajian.
Sebagai seorang pelajar, masa perlu

dibahagikan supaya dapat
melakukan aktiviti harian. Setiap
saat adalah sangat bermakna untuk
dibahagikan bersama keluarga dan
rakan². Kepandaian dalam mengurus

masa dapat menunjukkan kualiti
hidup seseorang.

Adriena Sofea Binti Suhaimi
(Amirah Kelab RAPI PTSS)

Masa adalah makhluk Allah yang
sangat ajaib. Masa tidak perlu

menonjolkan dirinya bagi
membuktikan kewujudannya di alam

ini. Apabila jam berdetik, masa
dinamakan saat. Apabila matahari

jatuh di barat, masa dinamakan
hari. Apabila kitaran bumi sudah

lengkap mengelilingi matahari
dalam kiraan 365 hari, maka masa

dinamakan tahun.

Muhammad Fitri bin Adnan
Bekas pelajar PTSS

Penolong Pegawai tadbir

27
“Masa umpama pedang” Jika engkau tidak
memotongnya,dia akan memotongmu...

Merenung pepatah Arab ini, Masa diumpamakan
seperti pisau. Bersifat tajam, mampu

memotong dan mencederakan. Andai digunakan
pisau untuk kebaikan, beruntunglah manusia

kerana berjaya mengambil manfaat darinya.
Seandainya kita lalai dengan masa, maka masa

akan membunuh kita dalam kerugian.

Zuraiha binti Mohd Zain
Pensyarah Kanan, PTSB

Masa itu penting dan tidak akan berulang
tetapi kita masih berdepan dengan kesukaran

menguruskan masa. Pengurusan masa yang
berkualiti menjadikan hidup kita lebih
produktif dan kurang tekanan. Semoga kita
dapat menguruskan masa sebaiknya untuk
mendapat apa yang dihajati dan memperoleh
kejayaan di dunia dan akhirat. Bentuklah
kenangan serta memori bersama keluarga,
rakan dan orang di sekeliling kita agar masa

tidak berlalu begitu saja.

Ainun Najmiah binti Harun
Bekas pelajar PTSS

Setiausaha Pejabat, Mindef

Masa adalah penting untuk semua.
Semua orang tahu masa itu emas.

Pada pendapat saya masa adalah amat
penting kerana setiap saat kita
harus menghargai apa yang kita
lakukan. Benda yang lalu tidak
akan kembali, jangan menyesal
setelah melakukan sesuatu , jadi
hargailan apa yang kita lakukan.

Buat benda - benda yang berfaedah,
meluangkan masa dengan keluarga

d a n b e lMa juagrkhbilearrsasuinRgagvuinht-hesruanng g u h .
Pelajar JTMK

28

Marhaban

Ramadan
Kareem

29 Sumber info: http://www.hellodoktor.com
Info grafik : Ainul Farhaan binti Harun
Tips Kekal Sihat Di Bulan

RAMADAN

TIPS #1

BERSAHUR

Sahur bukan sahaja amalan sunat ketika berpuasa, namun ia juga

bertindak sebagai energy booster. Amalkan makanan tinggi serat supaya

anda kekal bertenaga.

TIPS #2

MINUM AIR SECUKUPNYA

Pengambilan air secukupnya penting untuk mengelakkan dehidrasi.
Pastikan anda mengambil 8 gelas air pada sebelah malam bagi menjamin
badan yang sihat. Jangan lupa air putih adalah minuman terbaik!

TIPS #3

TIDUR DAN REHAT

Badan tentunya akan sedikit lesu ketika bulan Ramadan. Anda boleh
mengamalkan nap time atau qailullah sebagai satu inisitatif untuk
recharge tenaga anda. 10 minit sudah memadai.

TIPS #4

makanan sihat

Ketika berpuasa, tentunya banyak hidangan dan juadah yang
menyelerakan. Ingat, ambil secara bersederhana dan kekalkan
pengambilan makanan sihat ketika berbuka

TIPS #5

senaman ringan

Berpuasa bukan halangan untuk kita melakukan senaman ringan. Ini
bagi memastikan badan kekal sihat. Senaman berbentuk indoor juga
boleh dilakukan selain dari berjogging dan berbasikal.

TIPS #6

berHenti merokok

Jadikan Ramadan titik permulaan untuk berhenti merokok atau
menghisap vape. Tempoh 14 jam tanpa rokok atau vape ini mampu
membantu kita berhenti merokok. Jom cuba berubah !

30 Tips beramal di bulan
Ramadan

TADARUS DAN KHATAM SEDEKAH
AL-QURAN
Jadikan bulan Ramadan sebagai peluang
Gunakan peluang bulan Ramadan untuk untuk memperbanyakkan sedekah. Saling
melazimi tadarus Al-Quran. Kita juga boleh bertukar juadah antara jiran tetangga juga
menetapkan KPI untuk khatam Al- Quran pada dikira sebagai sedekah. Pahala menyediakan
bulan mulia ini. Jika tiada kemampuan, tidak juadah kepada orang berpuasa juga sangat
mengapa.. namun jadikan bulan barakah ini kita besar.
semakin dekat dengan Al-Quran.

SOLAT TARAWIH

Hiasi malam-malam Ramadan kita dengan solat
tarawih. Didik anak dan ahli keluarga untuk
turut serta bersama-sama menunaikan solat
tarawih. Solat ini dapat merehatkan badan dan
mendapat ganjaran besar di sisi Allah.

ZIKIR

Basahi lidah dengan zikir dan doa kepada
Allah. Elakkan lidah kita dari mengucapkan
kata-kata yang lagha dan tidak mendatang
faedah. Ini kerana puasa mendidik kita
menjaga perbuatan malahan tutur kata.

Sumber info : https://www.liputan6.com/ramadan/
Info grafik : Ainul Farhaan binti Harun

31

Buletin Al - Irsyad | Edisi 13 |
April 2021 | Ramadan 1442h


Click to View FlipBook Version