The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ebook berkaitan kursus MPU23072 Pelancongan dan Hospitaliti Dalam Islam

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainulfarhaan, 2022-08-18 17:43:37

Pelancongan dan Hospitaliti Dalam Islam

Ebook berkaitan kursus MPU23072 Pelancongan dan Hospitaliti Dalam Islam

Kriteria makanan dan minuman
halal menurut syarak

Firman Allah dalam surah al-A'raf, ayat 157 yang bermaksud " Dan menghalalkan bagi
mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala yang
buruk..."

Di dalam surah al-Maidah ayat 4 Allah berfirman yang bermaksud: " Mereka bertanya
kepadamu (Wahai Muhammad) Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?
Katakanlah: Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik..."

JheanriasmmamkeannuarnuthaIlaslladman Penyediamaennumrauktasnyaanrabkerkualiti

Islam amat menitikberatkan makanan halal Penyediaan makanan yang berkualiti merangkumi
kerana ia akan membentuk peribadi dan elemen-elemen berikut:
akhlak seseorang. Makanan yang halal dan
berkualiti juga penting untuk kesihatan a) Cara pemprosesan makanan dan masakan
seseorang. b) Kebersihan makanan
c) Penyimpanan dan juga hidangan

46

Sembelihan Menurut Islam

Definseimsibdelainhahnukum

Bahasa arab disebut 'zabihah' iaitu sembelihan terhadap binatang yang halal
dimakan mengikut syarak dengan syarat-syarat tertentu.
Hukum sembelihan adalah wajib dengan tujuan dimakan dagingnya. Binatang yang
mati tanpa disembelih atau disembelih tidak mengikut syarak adalah haram. Ia
dikira sebagai bangkai.

Hikmah sembelihan

Menjamin kesihatan kerana sembelihan dilakukan untuk membuang kotoran dan
darah pada bahagian binatang dengan cara yang selamat.
Binatang yang mati tercekik atau dilanggar objek (kenderaan) dan tidak melalui
proses sembelihan akan menyebabkan pembekuan darah di dalam tubuh.
Mengelakkan mudarat kepada yang boleh menjejaskan kesihatan.

47

Kaedah Sembelihan

AL-ZABHU
Memotong al-halqu (leher bahagian

atas) haiwan yang ditangkap oleh
manusia untuk disembelih dengan

syarat-syarat tertentu

AL-'AQRU Sembeli AN-NAHRU
Sembelihan kerana darurat. Contoh Memotong labbah (leher
sebelah bawah) haiwan. Cara
sembelihan ini adalah melibatkan
haiwan buruan seperti rusa, ini disunatkan semasa
pelanduk dan arnab. menyembelih unta

Kaedah han Isla
m

Info Penting

Kaedah al-a'qru adalah mencederakan mana-mana bahagian tubuh haiwan yang boleh membawa
kematian.Kaedah ini melibatkan haiwan yang liar dan lincah dan sukar dikuasai manusia.

Rasulullah menjelaskan dalam satu peristiwa ketika seorang lelaki memanah binatang liar lalu
mati. Sabda baginda yang bermaksud " Sesungguhnya binatang-binatang ini memiliki sifat binatang
liar, apabila ia mengatasi kamu maka lakukanlah terhadapnya seperti ini". (Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim)

48

Syarat Sembelihan

Syarat Penyembelih

(a) Islam atau ahli kitab
(b) Niat kerana Allah atau dengan nama Allah

Binatang Sembelihan

(a) Haiwan dapat dikuasai atau ditangkap masih
mempunyai hayat mustaqirrah.
(b) Putus halkum dan urat merih.
(c) Memotong dengan cepat dan sekaligus

Alat sembelihan

(a) Tajam dan diperbuat daripada besi, tembaga,
timah, kaca, batu dan seumpamanya.
(b) Tidak menggunakan gigi atau kuku (tumpul dan
menyiksa binatang)

49

Perkara Penting Semasa Hayat Mustaqirrah
Proses Sembelihan
Haiwan yang disembelih mempunyai
Mati sebab hentakan hayat mustaqirrah : meronta dengan
kuat dan darahnya menyembur ketika
Sembelihan dianggap tidak urat halkum dan merihnya dipotong.
sempurna jika mati sebab hentakan
benda berat dan tumpul (tidak tajam)

seperti batu.

Jika haiwan tidak meronta

Haiwan tidak meronta selepas sembelihan
dilakukan dengan perlahan serta pemotongan
halkum dan urat merih dilambatkan. Perkara ini
tidak mempunyai hayat mustaqirrah (tidak halal

dimakan)

Perkara Sunat Semasa
Proses Sembelihan

Memotong urat al-wajdaini iaitu urat yang
mengelilingi halkum.

Menajamkan alat sembelihan

Menghadap ke arah kiblat semasa proses
sembelihan

Haiwan sembelihan dibaringkan di rusuk kiri, kaki 50
kanan dibebas lepas sembelihan kecuali unta

Isu - isu berkaitan sembelihan

Anak dalam kandungan

Haiwan yang disembelih mempunyai anak (dalam
kandungan) halal dimakan daging anak haiwan
tersebut. Syaratnya adalah:

Anak itu mati disebabkan ibunya (yang disembelih)
seperti sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Daud; daripada Abu Said al-
Khudri r.a katanya: " Kami bertanyakan Rasulullah
SAW tentang janin, jawab Baginda SAW: Makanlah ia
jika kamu, sesungguhnya sembelihannya cukup
dengan sembelihan ibunya".

Anggota haiwan terpotong

Anggota haiwan yang terpotong semasa haiwan itu
masih hidup adalah dikira najis (dikira sebagai
bangkai). Contoh; Lembu yang kemalangan dan
terputus sebelah kakinya. Kaki yang terputus itu
adalah dikira sebagai bangkai (najis) dan haram
dimakan.

Hukum ini adalah terkecuali untuk ikan. Ini kerana
ikan dan haiwan laut lain tidak disyaratkan untuk
disembelih seperti haiwan darat.

Rasulullah ditanya tentang potongan lemak bonggol unta
dan lemak kambing. Baginda menjawab yang bermaksud
" Bahagian yang dipotong daripada binatang hidup adalah
sama seperti bangkai". (Hadis Riwayat al-Mustadrak)

51

Isu-Isu Berkaitan
Pelancongan dan
Hospitaliti Islam

Hotel dan rumah penginapan yang
tidak cakna dengan pasangan bukan

mahram

Pkeekpearjdaamteutsalimmumdei nhgotheidl aatnagukarunmaarahk
penginapan

Kilang penyimpanan daging yang
dicampur dengan daging khinzir

Orang Islam makan di kedai bukan
muslim ( trend makanan viral)

Kedai makan yang kotor dan tidak
memenuhi kriteria kebersihan Islam

Beri pandangan anda tentang isu-isu yang berlaku
melibatkan bidang pelancongan dan hospitaliti Islam.

52

KONSEP

Bab 3 KEBERSIHAN

MENURUT ISLAM

Konsep kebersihan | Najis dan cara menyucikannya |
Tanggungjawab menjaga kebersihan | Nilai estetika Islam |

Aplikasi kebersihan dan nilai estetika

53

Konsep Kebersihan
Menurut Islam

Apakah kebersihan menurut
Islam?

Kebersihan adalah tuntutan agama Islam.
Ini kerana seseorang Muslim yang ingin
menunaikan ibadah (solat dan haji) perlu
memastikan diri dan tubuh badan terhindar
dari segala kotoran dan juga najis.

Istilah yang sering dan biasa digunakan
untuk menggambarkan kebersihan adalah
tazkiyah, taharah, nazhafah dan fitrah

Definisi dan Dalil Kebersihan

Bersuci dari sudut bahasa: bersih dan
terhindar daripada segala kekotoran sama
ada benbentuk hissiah (boleh dilihat dan
dirasa seperti najis) atau hukmiyyah
(perkara mengaibkan atau keji).

Menurut syarak pula, bersuci adalah menghilangkan
hadas atau najis pada tubuh, pakaian dan tempat
bagi membolehkan ibadah-ibadah tertentu
dilaksanakan.

54

DALIL KEBERSIHAN &
BERSUCI

Surah Al-Baqarah

Dan mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang haid. Katakanlah, “Itu
adalah sesuatu yang kotor.” Kerana itu jauhilah isteri pada waktu haid; dan jangan kamu
dekati mereka sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, campurilah mereka
sesuai dengan (ketentuan) yang diperintahkan Allah kepadamu. Sungguh, Allah
menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri.
(Al-Baqarah 2:222)

Surah al-Maidah

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan salat, maka
basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan
(basuh) kedua kakimu sampai ke kedua mata kaki. Jika kamu junub, maka mandilah.
Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air
(kakus) atau menyentuh perempuan, maka jika kamu tidak memperoleh air, maka
bertayamumlah dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu
dengan (debu) itu. Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak
membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, agar kamu
bersyukur". (Al-Maidah 5:6)

Hadis Rasulullah

" Tidak akan diterima solat tanpa bersuci"
(Hadis Riwayat Muslim)

55

Isu Berkaitan
Kebersihan

Scan QR Code untuk nota secara
video grafik bagi setiap topik

PEMBAHAGIAN AIR PEMBAHAGIAN NAJIS

ISTINJAK ADAB QADA HAJAT

56

Tanggungjawab

Menjaga Kebersihan
Diri

PENDAHULUAN

Islam adalah agama yng sempurna merangkumi segala aspek
kehidupan manusia.

Bukti Islam agama yang syumul adalah kerana agama kita
amat mementingkan aspek kebersihan. Ia merangkumi
kebersihan diri, tempat tinggal, makanan dan juga alam
sekitar.

Oleh yang demikian, sebagai penganut agama Islam, kita
seharusnya mementingkan kebersihan selari dengan tuntutan
agama kita sekaligus menjadikan agama Islam dipandang
tinggi oleh penganut agama lain.

KEBERSIHAN DIRI
DALAM ISLAM

Rasulullah SAW bersabda: "Kebersihan adalah sebahagian
daripada iman"(Hadis Riwayat Muslim)

Hadis baginda Rasulullah menunjukkan bahawa salah satu
tanda orang beriman adalah mereka yang sangat menjaga
dan menitikberatkan soal kebersihan.

Seperti dalam firman Allah SWT yang bermaksud: "
Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan
mengasihi irang yang sentiasa menyucikan diri". (Surah al-
Baqarah 2:222)

57

Cara Menjaga
Kebersihan Diri

Beberapa aspek kebersihan diri yang amat ditekankan dalam
agama Islam adalah seperti berikut.

Mandi Wuduk Tayamum

Makna: alirkan air ke seluruh Salah satu cara menyucikan diri Menggunakan debu tanah bersih
badan. Terdiri dari mandi wajib dari hadas kecil. Bermaksud dan suci bagi menypu muka dan
tangan untuk mengangkat hadas
dan mandi sunat. Bertujuan keelokan. Dari syarak bermakna (pengganti wuduk) kerana tiada
elakkan pembiakan mikro membasuh atau menyapu
organisma pada kulit dari debu air atau mudarat jika
anggota tertentu dimulai niat. menggunakan air.
dan peluh.

Istinjak Kebersihan mulut dan gigi

Istinjak adalah perbuatan Menurut pakar perubatan, mulut dan
membersihkan qubul dan dubur. Air gigi bersih akan menyumbang kepada
kencing mengandungi kuman dan kesihatan anggota badan dan sistem

bakteria begitu juga air besar penghadaman.
(perkumuhan) dan istinjak bertujuan
membersihkan diri dari penyakit dan

kotoran.

58

Cara Menjaga
Kebersihan Diri

Beberapa aspek kebersihan diri yang amat ditekankan dalam
agama Islam adalah seperti berikut.

Cmuekmurotobnuglukudkaun pakMaieamnabkearisih Berkhatan

Memotong atau menggunting Pakaian yang bersih penting Perbuatan memotong kulit yang
bulu kemaluan, misai, bulu ketiak untuk penampilan diri seseorang. meliputi kepala alat kelamin lelaki
Pakaian yang bersih juga adalah
untuk elakkan serangan kutu dan sedikit bahagian atas alat
Pthirus Pubis. Penjagaan kuku untuk melaksanakan ibadah kelamin wanita. Memudahkan air
penting supaya tidak dijangkiti solat. kencing dibersihkan ketika istinjak

kuman.

Merapikan rambut

Pemakaian minyak rambut dan merapikannya penting agar
nampak lebih kemas. Seperti sabda Baginda Nabi SAW "

Sesiapa yang mempunyai rambut, hendaklah memuliakannya
(menjaganya) - Hadis Riwayat Abu Daud

Fakta Sains

Kulit merupakan pembiakan mikroorganisma. Peluh, debu, minyak dan habuk akan memudaratkan tubuh
manusia. Mandi adalah salah satu kaedah untuk membersihkan badan dari kotoran dan bau busuk.

Menurut Edgar J. Schoen (pakar kesihatan): Individu yang tidak berkhatan bahagian bawah kulit zakar
akan menjadi tempat takungan pelbagai jenis kuman dan meningkatkan risiko jangkitan kuman.

Kutu Pthirus Pubis akan menyebabkan kegatalan dan jangkitan kuman.

59

Kebersihan
Makanan

Aspek kebersihan dalam pemakanan perlu
dititikberatkan merangkumi sumber, cara memproses
dan menyediakan, bekas yang digunakan untuk
menghidang, keadaan premis penyediaan makanan
serta individu yang menyediakan makanan tersebut.

Terdapat beberapa perkara perkara lain yang
dianjurkan oleh Islam berhubung kebersihan makanan
dan minuman. Antaranya adalah:

Tutup makanan dan minuman

Ia selari dengan saranan Rasulullah SAW di dalam
hadis yang bermaksud: " Tutuplah bekas makanan
dan minuman kamu ada waktu malam hari. Setiap
tahun ada satu malam yang padanya diturunkan
wabak. Tidak akan lalu (melintasi) wabak itu ke atas
bekas makanan atau minuman yang tidak ditutup
kecuali ia (wabak) masuk ke dalamnya".
(Hadis Riwayat Muslim)

Imam Nawawi dan beberapa ulama turut menyebutkan
beberapa faedah daripda perintah menutup makanan dan
minuman berdasarkan hadis di atas. Antaranya adalah:
i) Terhindar dari wabak sekalipun hanya menutup dengan
sebatang lidi
ii) Elakkan dari wabak yang turun pada 1 malam di setiap
tahun.
iii) Pelihara makanan dari terkena najis dan kotoran.
iv) Hindari makanan dan minuman dari pelbagai serangga
dan binatang melata seperti serangga, semut, lalat dan
seumpamanya.

60

Tidak campur makanan dengan
sesuatu memabukkan

Islam amat melarang campuran bahan-bahan yang
memabukkan seperti arak, atau khamar. Khamar
adalah sejenis minuman keras yang diperbuat dari
anggur (Kamus Dewan,2005).

Apakah hukum menggunakan cuka arak
(wine vinegar)masakan ke dalam
makanan?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4-6
April 2006 yang memutuskan:
“… bahawa haram menggunakan cuka wain
(Wine Vinegar) yang diproses dan dicampur
dengan bahan-bahan dan kandungan luar.
Walaubagaimanapun, sekiranya perubahan
daripada cuka wain kepada cuka berlaku
dengan sendirinya, maka ia adalah halal”.
Kesimpulannya, cuka arak putih yang terhasil
melalui proses pembuatan yang tidak
melibatkan campuran bahan luar, adalah halal.

Tidak meniup makanan

Hadis melarang perbuatan ini adalah sebagaimana
yang telah disebut oleh Abu Qatadah r.a bahawa
Baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
" Apabila kalian minum, janganlah bernafas di dalam
gelas, dan ketika buang hajat, janganlah menyentuh
kemaluan dengan tangan kanan..." (Hadis Riwayat
Bukhari).

Larangan tersebut sesuai dengan kajian sains bahwa

hembusan mulut manusia akan melepaskan karbon

dioksida yang menyebabkan makanan berasid. Ia

boleh mendatangkan mudarat kepada perut. 61

Kebersihan 62
Alam Sekitar

Kebersihan air

Air merupakan sumber utama dalam kehidupan
manusia, haiwan dan tumbuhan. Nabi
Muhammad SAW juga ada bersabda bahawa "
Janganlah ada dalam kalangan kamu
membuang air kecil di dalam air yang tenang
kemudian mandi dengan ait tersebut". Ini
menunjukkan bahawa kita harus ada sikap
bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan
air agar ia terpelihara.

Kebersihan udara

Udara penting untuk manusia bernafas namun udara
juga boleh menjadi medium penyebaran penyakit.
Udara yang bersih boleh menjamin kesihatan semua
makhluk di muka bumi. Oleh yang demikian, Islam
amat menitikberatkan kebersihan persekitaran dan
juga udara. Islam menganjurkan umatnya untuk
menutup mulut ketika bersin kerana penyebaran
bakteria boleh berlaku. Seperti juga situasi kini
(COVID-19), kita amat disarankan menjaga
kebersihan dan memakai pelitup muka.

Kebersihan tanah

Tumbuhan dan manusia saling memerlukan. Manusia
memerlukan oksigen yang dihasilkan tumbuhan.
Tumbuhan juga berperanan sebagai penahan banjir
dan pasak tanah untuk mengelakkan tanah runtuh.
Rasulullah SAW bersabda: " Sesungguhnya Allah SWT
adalah baik dan menyukai kebersihan, murah hati
dan menyukai kemurahan hati; dermawan dan
sangat suka kepada kedermawanan. Maka
bersihkanlah halaman rumahmu dan jangan meniru
orang Yahudi (Hadis Riwayat Muslim)

KONSEP NILAI
ESTETIKA ISLAM

DEFINISI ESTETIKA

Cabang falsafah yang mengkaji konsep
yang berkaitan dengan keindahan, cita rasa
dan lain - lain (Kamus Dewan, 2005).
Menurut Ibnu Arabi Hossein Nasser (ilmuan
Timur Tengah), estetika dalam ilmu Islam
adalah kemampuan berbahasa atau tradisi
seni yang suci berdasarkan kepercayaan
realistik yang mutlak, tidak terbatas dan
sempurna. Dalam erti kata lain estetika
adalah satu bentuk peraturan yang tidak
terbatas untuk mencapai kesempurnaan
Ilahi.
Menurut Plato pula, estetika adalah sumber
keindahan ialah rasa cinta. Cinta menurut
aspek ini adalah pengosongan diri sehingga
benar-benar dapat mencintai benda yang
indah.

63

Nilai tertib & indah
dalam tingkahlaku

Keindahan atau nilai estetika tidak terbatas Teladani sikap Rasulullah
kepada aspek material semata-mata.
Keindahan dalam Islam dinilai berdasarkan Rasulullah adalah ikon terbaik dalam
akhlak mahmudah (baik) atau mazmumah kalangan manusia.
(buruk)yang mesti dibudayakan dalam
kehidupan seharian. Nilai estetika dalam tingkah laku :
Beri salam atau menyapa
Sebagai contoh, pengusaha hotel atau rumah Berjabat tangan
penginapan perlu hormat, ramah dan bersopan Bercakap benar
semasa melayani pelanggan. Bercakap dengan nada rendah
Hormat satu sama lain
Begitu juga dengan pelanggan hotel perlu Amanah dalam tugas
bertanggungjawab dalam menjaga kemudahan Sentiasa senyum
yang disediakan di samping menjaga adab dan Mengeluarkan kata-kata yang baik
batas semasa menginap di satu-satu hotel. Sedia menghulurkan bantuan
Memanggil pelanggan dengan
Sikap mahmudah ini merupakan nilai keindahan gelaran yang baik dan sopan.
dan estetika yang menghiasi peribadi seseorang Mengeluarkan kata-kata yang baik
individu.

64

Nilai tertib & indah
dalam berpakaian
dan persekitaran

Nilai tertib dan indah Nilai tertib dan indah
dalam berpakaian terhadap tempat kediaman

Pakaian yang baik dan ditutup sempurna Islam memberi kebebasan kepada
merupakan aspek penting dalam nilai estetika umatnya memakmurkan alam mengikut
Islam kreativiti.

Pakaian yang baik dan menutup aurat itu Namun adab dan batasan perlu dipatuhi
adalah simbol kepada Islam menjaga maruah agar anugerah Allah itu sentiasa dijaga
dan peribadi setiap penganutnya. dengan baik dan tidak melanggar batas
syarak.
Beberapa aspek seperti bentuk, fesyen dan
tatatertib dalam memilih pakaian perlulah Nilai estetika terhadap alam antaranya
mengikut adab Islam khususnya kepada individu adalah :
yang terlibat dengan bidang perhotelan.
Tidak menghias rumah, restoran,
Nilai estetika dalam pakaian antaranya adalah : rumah penginapan dengan patung
Memakai pakaian yang bersih haiwan dan manusia.
Sentiasa kemas dan rapi Memastikan kediaman sentiasa
Memilih pakaian yang menepati syariat bersih.
Memastikan pakaian dapat mengelakkan Tidak menggantung gambar yang
dari fitnah. mencolok mata.
Tidak meletakkan sesuatu yang
membahayakan pengunjung.
Memastikan tempat sentiasa bersih
dan bebas dari haiwan yang boleh
mendatangkan wabak penyakit
berjangkit.

65

Aplikasi Kebersihan dan Nilai Estetika
dalam Aspek Pengurusan Diri,
Tempat dan Kediaman Serta
Makanan dan Minuman

Pengurusan Diri

Amalkan semua yang Mandi dan gosok gigi
disyariatkan tentang konsep sekurangnya 2 kali sehari
Menyucikan diri: mandi dan
kebersihan berwuduk setelah bangun
Mengambil makanan yang
tidur di pagi hari
diurus dengan baik dan
bersih

Berkumur setelah makan dan Mengemas tempat tidur dan
bangun tidur berpakaian kemas

Memastikan kuku pendek dan
hanya menggunakan inai
sebagai hiasan kuku (inai patuh
Sentiasa mencuci tangan syariah yang bersifat menyerap)
untuk elakkan jangkitan
kuman dan bakteria
Memotong rambut supaya
Mencuci dan membasuh kemas dan mudah diurus
rambut agar dapat elak bau
busuk dan terhindar kutu

Tempat & Kediaman

Mewujudkan suasana Baiti Jannati wajar diaplikasikan
persekitaran bersih, segar, dalam kehidupan seharian setiap
cantik dan tenang seperti
menghiasi ruangan lanskap muslim
Perbuatan menjaga kebersihan
atau taman kediaman adalah satu amalan
yang baik dan digajari pahala

Elakkan dari membuang sisa Memastikan kediaman bebas
toksik dan bahan kimia ke dari sampah-sarap yang boleh

dalam longkang yang boleh menjadi pembiakan agen
menyebabkan pencemaran penyebar penyakit seperti lipas,

air. nyamuk, tikus dan lalat
Membersihkan tempat

takungan air seperti longkang
dan parit bagi

melancarkanpengaliran ketika
hujan.

66

Makanan & minuman

Makanan yang dihidangkan Nikmat makanan merupakan
juga hendaklah ditutup anugerah besar Allah kepada

untuk menghindari habuk, umat manusia.
dan serangga seperti lalat
Aspek kebersihan dalam
Bekas dan peralatan pemakanan amat ditekan
makanan haruslah yakin
dalam Islam
suci dan bersih Ayat-ayat al-Quran juga ada

Penggunaan logo halal menekankan tentang
adalah perlu untuk makanan halalan toyyiban
dan yang haram dimakan
menambahkan keyakinan
pengguna kepada produk Pakar kesihatan turut
menyarankan agar tangan
tertentu dibasuh terlebih dahulu sebelum
Penyediaan makanan yang
makan.
halal adalah menjadi Ia bertujuan untuk
kewajipan kepada hotel dan menjauhkan diri daripada
sebarang penyakit berjangkit
restoran.
Islam amat menekankan

kebersihan makanan secara
fizikal dan batin (makanan

dari sumber halal)

Hadis Rasulullah berkaitan
kebersihan peralatan

Hadis diriwayatkan oleh Jabir yang bermaksud: " Sesungguhnya ketika kami
bersama dengan Rasulullah, apabila kami mendapati periuk dan bekas
minuman musyrikin,maka kami menggunakannya dan Rasulullah tidak
melarang kami". (Hadis Riwayat Jabir)
Dari Abu Said al-Khudri r.a berkata, Rasulullah SAW melarang minum dari bekas
yang pecah". (Hadis Riwayat Abu Daud)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: " Janganlah minum dengan
menggunakan bekas emas dan perak (Hadis Riwayat Bukhari)

67

PRINSIP SYARIAH DAN

Bab4 KAEDAH FIQH DALAM
BIDANG PELANCONGAN

DAN HOSPITALITI

Pengertian dan prinsip syariah Islam | Pengertian kaedah fiqh |
Peranan kaedah fiqh dalam bidang pelancongan dan hospitaliti |

Hubungkait konsep asas kaedah fiqh bertepatan bidang
pelancongan dan hospitaliti

68

Kenali Qawaid
Fiqhiyyah

(Kaedah Fiqh)

Ilmu fiqh adalah ilmu paling mulia dan wajib dipelajari bagi menjunjung
perintah Allah SWT. Melalui kefahaman tentang ilmu kaedah fiqh, umat Islam
dapat mengetahui hukum sesuatu perkara atau isu. Sama ada halal dan
haram, makruh dan haram, sah dan batal, rukun dan syarat serta sebagainya.
Ilmu tentang fiqh merupakan juzu' (bahagian) dari tafaqquh fi al-din.
Pembelajaran tentang kaedah fiqh bermaksud seseorang itu faham asas dan
dasar ketetapan sesuatu hukum.
Qawaid fiqhiyyah adalah kaedah-kaedah fiqh yang menggambarkan prinsip
perundangan dan konsep-konsep yang jelas, utuh dan padu lagi diakui dalam
fiqh Islam.
Qawaid fiqhiyyah bersifat ringkas dan umum yang dirumuskan daripada
ijtihad-ijtihad para fuqaha' hasil interaksi dan rujukan mereka dengan al-Quran
dan as-Sunnah.

Kaedah fiqh atau qawaid fiqhiyyah adalah gabungan perkataan arab iaitu
qawaid dan fiqhiyyah.

Dari sudut bahasa, kaedah membawa maksud tapak, asas rumah dan prinsip.
Manakala fiqah pula bermaksud suatu kefahaman, iaitu memahami sesuatu
perkara dengan mendalam dan terperinci.
Gabungan perkataan kaedah fiqah dapat disimpulkan sebagai kaedah utama,
asas, prinsip atau tapak yang umum dalam menentukan sesuatu hukum, isu
atau masalah seperti dalam aspek ibadah, perkahwinan, muamalat, perubatan,
ekonomi dan sebagainya
Pembentukan formula teras (utama) dalam kaedah fiqah adalah bersandarkan
kepada tiga sumber iaitu al-Quran, as-Sunnah dan pendapat para sahabat
Rasulullah.

69

Al- kulliyah kubra : kaedah yang Kaedah fiqah al-sughra : Dikenali sebagai qawaid fiqhiyyah
disepakati kebanyakan ulama. himpunan sejumlah besar (bahasa arab).
kaedah fiqah yang skop
Ada lima kaedah. Bahasa : kaedah membawa
Keistimewaannya adalah : aplikasi lebih kecil maksud tapak, asas, prinsip.
Boleh diaplikasi dalam semua berbandng al-kulliyah al- Fiqah : memahami sesuatu
bab fiqah (toharah, jihad, sains, perkara dengan mendalam dan
teknologi, seni, pelancongan, kubra.
terperinci.
hospitaliti.
Gabungan kaedah dan fiqah
Pembentukan formula teras membawa maksud : kaedah utama
dalam kaedah fiqah
yang umum bagi menentukan
berlandaskan tiga sumber : sesuatu masalah, seperti dari
Al-Quran, hadis, pendapat aspek ibadah, perkahwinan,
para sahabat Rasul yang
perubatan, ekonomi.
rapat dengan baginda. Hukum ditentukan menggunakan

formula tertentu.

PERANAN KAEDAH FIQAH DALAM BIDANG
PELANCONGAN & HOSPITALITI

mMatelnajmadaitassearstadakalaemdamhepneennctaupkaainan
matlamat tersebut.

Kaedah fiqah sebagai asas menangani isu hMuekmupmuedlyaaanhnckgoandngigpauennmdaaakhnaanhmodasanplaittmearlbihtiiaddaanpg
baharu. (Banyak isu baharu yang timbul

seiring peredaran zaman)

Pendorong kepada umat Islam untuk
membangunkan industri pelancongan dan

hospitaliti.

70

Peranan Kaedah Fiqh
Dalam Bidang

Pelancongan dan
Hospitaliti

Asas dalam menentukan
matlamat serta kaedah
pencapaian matlamat tersebut.

Pengusaha rumah penginapan dapat
memastikan matlamat, sistem
pengurusan, reka bentuk rumah
penginapan, kemudahan dan aktiviti
yang dijalankan selari dan menepati
dengan syarak.

Manakala pelancong pula mereka
dapat mengenalpasti matlamat,
bentuk dan cara pelaksanaan aktiviti
supaya tidak tersasar dari landasan
yang ditetapkan oleh Islam.

Memastikan adab sentiasa terjaga,
merangkumi adat terhadap Allah,
sesama manusia dan alam sekitar,

Asas dalam menangani
isu baharu.

Banyak persoalan baharu yang
berkait rapat dengan hukum timbul
seiring peredaran zaman.

Persoalan dan isu baharu perlu
kepada jalan penyelesaian yang selari
dengan Islam.

Kaedah fiqah mampu bantu

pengusaha rumah penginapan dan

pelancong Islam kenal pasti isu, status

masalah, kaedah penyelesaian

mengikut jalan dirahmati Allah. 71

Mudahkan pemahaman terhadap
hukum yang digunakan dalam

bidang pelancongan & hospitaliti

Kaedah fiqah membantu umat Islam
memahami sesuatu hukum yang
ditetapkan kepada isu baharu dengan
jelas.

Pemahaman yang jelas itu, dapat
mengelakkan dari berlaku pertikaian,
penentangan dalam sesama umat Islam.

Ini kerana umat Islam faham bahawa
'maqasid syariah' amat dijaga dalam
penetapan hukum kaedah fiqah.

MAQASID SYARIAH

IsmylaajeamnngMgsgameAgstbaeaRianlahUatjp)AkaaldekoHgsalaraaa/nannknKnhipaEag
&aesTurIrpUarsakeabRlmaartUdhemkNdawmaaA.nniIpnnNssuza:plaaiannelnmaar(szg. uiIalsraulihalaatmn Isblmeaanmkeaildarmakiehnun.ik.IjaPsanelganpamgAekarGmenkAsaueuMrtncaAgIiash:ynlaaarnamaggmadgmikutageanagytaahng
smeasNenuOmygaaglbtewouuhtnayaiutasuhbne,agtopdNirabeadYaeprAnanbrmlWghuaaaaAdalmartak:igahlnIaansl,uhlmdbakbuameaenlnad.rucmtaheeldadnIeshitrrlaiaa,nmkga.ann murtad.

HARTA:

Islam mengharuskan umatnya untuk

mencari harta dan kekayaan melalui

aatPdakeaaurlablmumdaianItnusadmklnaaeamnywnap.anmSirlgAeaeepKbsmceAoasarlntLetba:ihausmmkmyki.aneaturnmod, sditaaaerkdgakaaakhhn cara yang halal dan haramkan riba

dan penipuan. Islam juga
mengharamkan curi kerana Islam jaga

hak harta setiap individu.

72

Pendorong kepada umat Islam untuk
membangunkan industri pelancongan &

hospitaliti.

Islam agama realistik (bukan sempit dan
rigid).

Pemahaman yang jelas tentang kaedah

fiqah akan membantu pengusaha

pelancongan membina rumah

penginapan yang selamat dan selari

dengan ajaran Islam. Begitu juga

keadaannya pengusaha makanan, akan

menyediakan makanan yang halal dan

bersih untuk kebaikan pengguna atau

pembeli produk mereka.

Sebagai contoh, sumber alam digunakan
untuk tujuan spa dan urutan tidak
memudaratkan pengguna, penebangan
hutan secara terancang dan tidak rakus
tanpa memudaratkan alam.

ADAT SEBAGAI SUMBER HUKUM Apakah prinsip-prinsip SEGALA URUSAN BERDASARKAN NIAT
(AL-ADAH MUHAKKAMAH) asas kaedah fiqh ? (AL-UMUR BIMAQASIDIHA)




Adat (kebiasaan) yang diamalkan sesebuah Tindakan dan perbuatan seseorang
masyarakat boleh dijadikan sebagai sumber adalah bergantung pada niat.

hukum. selagi tidak bertentangan dengan Penilaian sama ada baik, buruk, dosa,
syarak. pahala adalah ditentukan dari niat.

MUDARAT MESTI DIHILANGKAN KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN
(AD-DHARAR YUZAL) KERAGUAN


(AL-YAKIN LAYUZALU BIS-SYAKKI)
Kaedah ini menjelaskan bahawa perkara

yang datangkan mudharat kepada nyawa,
akal, harta, agama dan keturunan/ maruah Keyakinan (pasti) tentang sesuatu perkara
tidak akan boleh berubah hukumnya
hendaklah ditinggalkan. disebabkan oleh keraguan atau syak

KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA wasangka yang tidak pasti keraguannya.

KEMUDAHAN & KERINGANAN

(AL-MUSYAKKAH TAJLIBUT TAISIR)




Apabila terdapat kesukaran dalam melakukan

ibadah contohnya, Islam memberi jalan keluar

kepada kesusahan tersebut. 73

Aplikasi Kaedah Fiqh Dalam
Bidang Pelancongan & Hospitaliti

Kaedah Pertama: Segala Urusan Berdasarkan Niat

Melancong Haji dan Umrah

Seseorang yang melancong untuk tujuan Menunaikan ibadah haji & umrah semata -
melihat ciptaan Allah dan dengan niat yang mata ingin melancong dan membeli belah

baik dibolehkan solat jamak & qasar. tidak akan mendapat ganjaran pahala.



Pelancongan atau musafir dengan niat
maksiat dan kejahatan tidak diberi
kelonggaran tersebut.

Pusat Pelancongan Sembelihan

Pembinaan hotel untuk tujuan pelancongan Menyembelih binatang kerana Allah
dan membangunkan ekonomi Islam adalah halal dimakan, jika tujuan dan
niat selain Allah (melepaskan sesuatu
mendapat pahala. Tetapi jika untuk tujuan
yang menyokong maksiat mendapat dosa. hajat) hukumnya haram dimakan.

74

Aplikasi Kaedah Fiqh Dalam
Bidang Pelancongan & Hospitaliti

Kaedah Kedua: Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan

Penyediaan Makanan Penentuan arah kiblat

Pengusaha makanan wajib sediakan Penentuan arah kiblat (signage
makanan yang halal dan tidak diragui. kiblat) yang disediakan di bilik hotel

Sebagai contoh, di Malaysia JAKIM atau homestay adalah memadai
keluarkan sijil halal kepada premis (untuk kita yakini) dan gunakan
makanan yang menepati standard halal.
semasa solat.


Kita sebagai pengguna perlu yakin dengan

sijil halal JAKIM tanpa keraguan

Melancong ke negara bukan Peralatan makanan
Islam
Pinggan atau peralatan yang di hotel
Melancong ke negara bukan Islam, (tiada atau restoran harus digunakan oleh
sistem logo halal seperti Malaysia) maka
dibolehkan makan atau minum di restoran orang Islam walaupun pernah
milik Muslim walau tanpa logo halal. Atau digunakan oleh bukan Islam.
di kedai yang tidak melibatkan makanan

yang haram

Kita berada di negara bukan Restoran idi sana tiada logo
Islam, tiada sijil halal seperti halal seperti di negara kita
di Malaysia. Tetapi restoran ini Saya musykil boleh kah kita
berasaskan makanan laut dan
makan di sana ?
tiada penggunaan arak.

75

Aplikasi Kaedah Fiqh Dalam
Bidang Pelancongan & Hospitaliti

Kaedah Ketiga: Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Keringanan

Musafir Sakit

Individu yang musafir (tujuan yang dibolehkan Orang yang diuji dengan sakit,
syarak) dan melebihi 2 marhalah diberi memudaratkan jika menggunakan air,

kelonggaran untuk melaksanakan solat jamak dibolehkan bertayamum.
dan qasar.



Begitu juga dengan kelonggaran untuk solat
Perjalanan melebihi 2 marhalah diberi secara duduk, berbaring dan mengiring.
kelonggaran untuk berbuka puasa dan

digantikan pada hari lain.

Terlupa Umumul Balwa

Individu yang melakukan perkara yang Sesuatu perkara yang amat sukar
ditegah dalam Islam kerana terlupa dielakkan. Contohnya percikan air hujan
dianggap tidak berdosa. Contohnya
yang mengandungi tanah terkena
terlupa makan dan minum di siang hari pakaian, kain yang dipakai mungkin
bulan puasa dimaafkan. terkena najis bintang semasa di jalanan.

76

Aplikasi Kaedah Fiqh Dalam
Bidang Pelancongan & Hospitaliti

Kaedah Keempat: Mudarat Mesti Dihilangkan

Hotel / homestay Lokasi berbahaya

Pengusaha rumah penginapan tidak Pemandu pelancong atau agensi
boleh menyediakan makanan yang pelancongan adalah dilarang
memudaratkan atau haram kepada untuk menyediakan pakej
pelancongan yang
muslim
merbahayakan nyawa pelancong.





Mematuhi SOP Lokasi hotel

Pihak pengurusan hotel dan kedai mesti Lokasi pembinaan tidak disarankan di
mematuhi SOP (COVID-19) yang tempat yang berisiko seperti lereng -

ditetapkan oleh kerajaan kerana ia selari lereng bukit (perlu mendapat
dengan Islam yang amat mementingkan pendapat pakar ). Sebaiknya dalam

nyawa seseorang individu. Islam elakkan kemusnahan alam

Mari kita semua mejaga SOP seperti
yang disarankan oleh kerajaan
Malaysia. Ini penting untuk

memutuskan rantaian COVID-19. Islam
juga amat menitikberatkan soal nyawa

dan keselamatan.

77

Aplikasi Kaedah Fiqh Dalam
Bidang Pelancongan & Hospitaliti

Kaedah Kelima: Adat Sebagai Sumber Hukum

Adat setempat Bahasa dan pertuturan

Pelancong mesti meraikan dan Percakapan harian adalah berbeza
menghormati adat yang diamalkan mengikut tempat dan masyarakat.
masyarakat setempat semasa bercuti di Apabila melancong, seseorang individu
sesuatu negeri atau negara. Selagi tidak perlu peka dengan sensitiviti bahasa

bertentangan dengan Islam masyarakat setempat.

Kos upah Adat perkahwinan

Upah bagi sesuatu perkhidmatan diambil Islam membenarkan umatnya melaksanakan
kira berdasarkan kebiasaan setempat. adat berkaitan perkahwinan seperti merisik,
Kaedah tersebut dibenarkan dan
diharuskan dalam Islam. kenduri pertunangan, hantaran, upacara
membatalkan air sembahyang, kerana ia
merupakan adat turun temurun yang tidak

bertentangan dengan agama.

Islam tidak menyekat kita dari
mengamalkan adat setempat selagi

mana tidak bertentangan dengan
hukum syarak

78

Aplikasi Kaedah Fiqh Dalam
Kehidupan Masa Kini

Pengklonan Bank Susu Ibu
Manusia

Kaedah IUI Surrogate Botoks
Kaedah IVF Mother / Ibu
Pembedahan
Tumpang Plastik/ Surgeri

Bank Air Mani

79

Latihan Interaktif

80

Latihan Pengukuhan
Permainan dalam talian melibatkan aplikasi
pendidikan (gamification) seperti Quizizz,
Wordwall, Kahoot dan Quizwhizzer

Latihan interaktif dalam talian melibatkan
Google Form dan Liveworksheet

Selamat menguji minda dan kefahaman anda
melalui latihan interaktif dan permainan dalam
talian yang disediakan.

Quizizz : Pelancongan

Liveworksheet: Kaedah Fiqh 1 Google Form: Kaedah Fiqh 2 Wordwall: Kebersihan Diri

Wordwall: Konsep Asas Islam Wordwall: Salah Faham Terhadap Quizizz: Istilah Pelancongan
Islam

Quizizz: Istilah Pelancongan Wordwall: Jenis-Jenis Air Liveworksheet: Hadas dan Najis

81

Latihan Pengukuhan

Liveworksheet: Hadas dan Najis

Wordwall: Najis Mutawassitah Wordwall: Hukum Jenayah Liveworksheet: Hukum Jenayah
Islam 1 Islam 2

Wordwall: Syariah 1 (Munakahat) Wordwall: Syariah 2 (Munakahat)

Selamat
Menjawab

Semua !

82

Rujukan

1. Http://mufti.terengganu.gov.my/index.php/bayanalmunir/persoalan/43
4-beza-qada-dan-qadar

2.Norazmin Mohamed Saleeh, Wan Mohd Zul Wan Yusuf, Mohd Taha
Rulam Ahmad (2015), Pelancongan dan hospitaliti dalam Islam: Oxford
Fajar Sdn.Bhd

3. Https://www.mywilayah.com/2019/12/makna-musafir-bermukim-
bermastautin-dan.html

4. Https://www.hmetro.com.my/addin/2018/06/348111/kelonggaran-
berpuasa-ketika-musafir (11 Jun 2018)

5. Https://www.youtube.com/watch?v=w1kQpkAgQdc
6.Muhammad Hanief Awang Yahya (2021). Kompas hidup bersyariat 300

aplikasi kaedah fiqh dalam kehidupan seharian: PTS Publishing House
Sdn.Bhd

83

Senarai Penulis
Ainul Farhaan binti Harun
Pensyarah Unit Pendidikan Islam dan Moral
Jabatan Pengajian Am,
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Norzira binti Ahmad

Pensyarah Unit Pendidikan Islam dan Moral
Jabatan Pengajian Am,
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Solhal Huda binti Sahidan

Pensyarah Unit Pendidikan Islam dan Moral
Jabatan Pengajian Am,
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Mohd Hanafi bin Jusoh

Pensyarah Unit Pendidikan Islam dan Moral
Jabatan Pengajian Am,
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

84


Click to View FlipBook Version