The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin bertemakan Muhasabah 2022 dan Tekad 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainulfarhaan, 2023-01-02 03:31:29

BULETIN AL-IRSYAD EDISI 18

Buletin bertemakan Muhasabah 2022 dan Tekad 2023

BULETIN Edisi 18
Disember 2022
Jamadil Akhir

1444H

Al- Irsyad

00: 01

Januari, 2023

MESSAGES today

Semoga setiap langkah yang diatur untuk
tahun 2023 akan disulami dengan
keimanan dan kebaikan

Muhasab

ah 2022



Tekad 2023

UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL, JABATAN PENGAJIAN AM, PTSS

BULETIN AL-IRSYAD

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, 2018

Hak Cipta Terpelihara.
Tiada mana – mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh
diperolehi semula atau disiarkan dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau
sebaliknya tanpa mendapat izin dari penerbit. Hak Cipta Terpelihara.
Tiada mana – mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh
diperolehi semula atau disiarkan dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau
sebaliknya tanpa mendapat izin dari penerbit

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan - dalam - Penerbitan

Ilustrasi : Sumber internet Sidang Redaksi

Diterbitkan oleh: Penaung I
Unit Pendidikan Islam dan Moral En. Abdul Malek bin Hassan
Jabatan Pengajian Am,
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,  
Pauh Putra, Penaung II
02600 Arau, Puan Norlili Juwita binti Arshad
Perlis
 
Penasihat I
Puan Isyati binti Suparman

 
Penasihat II
Puan Suhaila binti Mustaffa

 
Editor
Ainul Farhaan binti Harun
Norhafizah binti Mohd Ghazali
Nozira binti Ahmad

 
Konsep dan Layout  Buletin
Ainul Farhaan binti Harun




i

Team Buletin Al-Irsyad

Norzira binti Ahmad

Ainul Farhaan binti Harun

Norhafizah binti Mohd Ghazali

"KEEP MOVING,

the best is yet to come".

Senarai Suhaila binti
Penulis Mustaffa
Edisi-18
Solhal Huda binti
Sahidan

Razak bin Nordin

iii

Menarik kali ini ....

Bukan Sekadar Perancangan 1

Penulisan yang penuh 'vibes' positif dengan suntikan semangat untuk
kita terus bersemangat untuk melangkah ke tahun baharu, 2023.
Penulisan padat dan ringkas ini mampu meniup kekuatan dalam diri
kita semua.

Selagi Diuji 3-4

Penulisan yang sangat bermanfaat, dikupas dengan susunan ayat
yang sangat menarik. Penulis menjentik minda kita semua agar terus
kuat dan positif saat diuji. Ini kerana ujian itu adalah asam garam
dalam lipatan kehidupan insan yang bernama hamba.

Kelmarin Sebelum Esok 6-8

Penulis mengajak kita semua untuk bermuhasabah diri tentang
pelbagai perspektif dalam kehidupan. Pelbagai persoalan yang
ditimbulkan oleh penulis supaya kita dapat koreksi diri sebagai khalifah
di muka bumi dan juga hamba Allah. Penulisan dan susunan ayat yang
sangat baik bisa memberi impak dalam hati kita.

Album Memori Sepanjang 2022 9-25

Kuiz Pegetahuan Agama Islam 26-27

Selamat Melangkah Ke Tahun 2023 iii

Bukan Sekadar Perancangan

Suhaila binti Mustaffa

Merencana sebuah kehidupan Justeru, apa yang perlu diperbuat? Ya, teruskan perjalanan
membawa rencana baru dengan suntikan aura dan minda
Tahun demi tahun, kita merencana perancangan untuk positif. Yang kelat dan pahit memang mengambil masa untuk
kehidupan dunia yang pasti ada penghujungnya. Sesekali dan ditelan dan akhirnya menjadi ubat yang manis sebagai
seringkali kita diuji dengan rencah kegagalan dalam penawar.
pelaksanaan dan kadangkala yang didamba serta dihajatkan
memang jatuh ke riba. Namun kita harus sedar bahawasanya Kunci sebuah ketabahan
perancangan kita bukan mutlak dalam kawalan kita. Kita
merancang, Allah jualah sebaik perancang! Sentiasa Kunci ketabahan, letakkan jiwa hamba untuk memandu
diungkapkan kalimah ini tatkala kecundang menyapa perjalanan ke depan yang penuh onak dan liku kerana tiada
keadaan. Namun harus diimani dengan sebenar-benar daya dan upaya kita melainkan semuanya datang dengan
keyakinan bahawa tiada yang lebih baik dan cantik melainkan pertolongan Allah SWT. Zikir La haula wa la quwwata illa billah
susunan Allah SWT. bukan sekadar basah di mulut, malah menjadi sumber utama
pedoman diri agar tidak hanyut dalam badai takabbur tatkala
Maksudnya: Kamu diwajibkan berperang sedang diri bisa menggagahi dan menempuh ribut kehidupan dengan
peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh tuntas.

jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang
kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal kepada kamu petunjuk dari-Ku (melalui Rasul-rasul dan Kitab-
kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang
ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang
Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengikuti petunjuk-Ku itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari
mengetahuinya. (Surah Al- Baqarah: 216) sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula

tidak akan berdukacita”.
(Surah Al- Baqarah: 38)
Secara khususnya ayat ini menceritakan perihal tuntutan
perang yang tidak disukai dan rasa tidak elok pada akal dan Semoga terus dalam bimbingan Allah
emosi kita. Tetapi, boleh diperhatikan kata Allah secara jelas,
barangkali apa yang tidak kamu sukai adalah baik bagi kamu Sketsa kehidupan tidak akan pernah berhenti malah seringkali
dan sebaliknya. Justeru, inilah panduan secara umumnya akan berulang masa demi masa. Hidup adalah proses bukan
dalam apa jua urusan kita seharusnya kita meletakkan tujuan! Maka kita tidak akan pernah lari dari melakukan
ketentuan Allah itu adalah yang terbaik dan wajib bagi kita kesilapan. Panduan untuk kembali ke jalan yang lurus telah
menerima meskipun ianya perkara yang buruk dan tidak pula dinyatakan dalam wahyu Allah di atas menyoroti kisah
disukai. bagaimana Nabi Adam Alaihissalam dan isterinya Siti Hawa
diperintahkan untuk turun menghuni dunia. Kata Allah,
Terus positif dengan percaturan hidup berpeganglah kepada petunjuk-Nya nescaya tidak ada
ketakutan dan kebimbangan dan tidak pula akan berdukacita.
Sebagai hamba yang senantiasa mengungkapkan sifat Ar-
Rahman dan Ar-Rahim Allah di segenap waktu solat, maka Lembaran 2022 yang penuh tawa dan air mata pasti akan
yakinlah bahawasanya setiap apa yang telah termaktub buat menutup tirai sedikit waktu lagi. Berganti tahun 2023 yang bakal
kita, tidak ada sekelumit zalim di sisi Allah walaupun Allah tiba, teruslah memohon pada Allah agar sentiasa dipimpin
berhak dengan sifat-Nya Al-Aziz. dengan hidayah dan taufiq dari-Nya. Moga kita dapat
mengusahakan bekal pahala dalam baki hayat yang
dikurniakan tahun demi tahun dan bukan sebaliknya masih leka
dengan tipu daya dunia penuh canda!

1

Gantungkan azam dan semangatmu
setinggi bintang di langit,



Rendahkan hatimu serendah
mutiara di lautan



2

Selagi Di Uji

Solhal Huda binti Sahidan 2022 kian melabuhkan tirai

Semua Kau beri Sambil memandu kereta ke tempat kerja, kedengaran di
Pada diri ini corong radio sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Suhaimi
Tak Kau minta ganti Saad yang membawaku untuk melayani seketika. Rancak
Tak perlu dibeli dan sedap lagunya. Juga mempunyai erti yang secara
Kau memang pemurah tidak langsung membawa pendengar untuk sama-sama
Segala nikmat Kau berzikir memuji Allah SWT.

curah Merenung seketika sudah hampir sampai ke penghujung
Tak pernah aku lupa tahun 2022. Pelbagai mehnah kehidupan dilalui sebagai
Memuji-Mu Ya Allah tanda kasih sayang Allah SWT kepada kita hamba-Nya.
Ujian Allah merangkumi kesenangan dan juga

kepayahan. Ada ketika kehidupan ini diuji dengan
Subhanallah kesenangan dan ada ketika diuji dengan kepayahan dan
Walhamdu Lillah kesusahan. Manusia diuji dengan pelbagai bentuk ujian
Wa La Ilaha Illallah seperti hilang nikmat kesihatan, ujian anak dan pasangan,
kehilangan harta benda dan kesempitan wang. Benar

firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 155 yang
bermaksud:

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu
dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan

(dengan merasai) kelaparan, dan (dengan
berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa

serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira
kepada orang-orang yang sabar.”

3

Tenang pasti menang

Persoalannya, bagaimanakah untuk menghadapi segala ujian tersebut?
Seorang ibu yang diuji dengan keguguran janin di usia 7 minggu mungkin sedikit ujiannya jika
dibandingkan dengan ujian kematian anak di usia 7 tahun.
Seorang bapa yang diuji dengan kehilangan pekerjaan mungkin besar ujian baginya
berbanding diuji dengan sedikit kerosakan kereta.
Hitungannya, bukanlah pada besar atau kecil sesuatu ujian tersebut tetapi bagaimana kita
menghadapi ujian tersebut sama ada menjadikan kita hamba-Nya yang semakin jauh atau
semakin dekat kepada Allah SWT. Sering kita membaca dalam surah al-Mulk ayat kedua yang
bermaksud:

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan
menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan
kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha

Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).”



Yakinlah, bahawa segala ujian dan kepayahan ini akan sentiasa disusuli dengan nikmat dan
kesenangan yang tidak terhitung banyaknya. Kuncinya ialah sabar, redha dan bersyukur
dengan segala yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.

Titipan doa untuk 2023

Sebelum 2022 melangkah meninggalkan kita, jangan lupa untuk kita menitipkan doa agar diberi
kekuatan dalam menghadapi sebarang ujian dalam kemampuan kita sebagai hamba-Nya bagi
menempuhi 365 hari mendatang. Semoga hari-hari yang bakal dilalui ditempuhi dengan penuh
kebaikan meskipun ditimpa ujian kesenangan mahupun kepayahan. Semoga asbab ujian
tersebut dapat mengangkat darjat kita di sisi Allah SWT dan dapat menjadi sebagai penghapus
segala dosa-dosa. Selamat Tahun Baru 2023






TIPS KETIKA D
IUJI

Kekal tenang

Bersangka baik dengan takdir Allah

Berlapang dada

Dampingi rakan - rakan yang positif

Sabar dan redha

4

"Ubah 24 jam yang kamu miliki
dan kamu akan mengubah
hidupmu."
- Eric Thomas-

5

K E L M A R I N Sebelum E S O K

Razak bin Nordin

Penghujung 2022 “Pada waktu itu Kami tutup mulut mereka; tangan
mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka pula
Alhamdulillah. menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.”
Dengan izin-Nya jua, kita berada di penghujung tahun
2022. Sebagai manusia yang beriman, kita wajib menjaga
Insya-Allah, jika ada rezeki dengan izin Allah SWT, kita tiga hubungan penting dalam kehidupan iaitu
akan melangkah ke tahun 2023 dalam beberapa hari hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia
sahaja lagi. dan hubungan dengan alam demi kebaikan dunia dan
Segala puji dan syukur kepada Allah SWT kerana akhirat.
masih memilih kita untuk terus menghuni dunia ini
dengan segala nikmat yang tidak terhitung serta kasih Jom muhasabah
sayang-Nya yang sentiasa melimpah ruah. Allah
berfirman dalam surah An-Nahl ayat 18 yang Jika kita benar-benar ingin memperbaiki diri, banyak
bermaksud: persoalan yang perlu dijawab dengan ikhlas dari lubuk
“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, hati yang benar-benar khauf dan raja’ kepada Allah
niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. SWT.
Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Antaranya .......
Pengampun lagi Maha Penyayang.” Adakah hubungan itu semakin hari semakin akrab atau
semakin renggang.
Menggalas amanah sebagai Adakah hubungan itu semakin hari semakin dekat atau
hamba semakin jauh.
Ketika kita senang atau susah, bagaimana sikap serta
Kita ini, manusia yang diciptakan oleh Allah SWT hubungan kita dengan Allah SWT. Semakin mendekat
dengan dua amanah penting iaitu sebagai hamba dan atau menjauh daripada Allah SWT.
khalifah Allah di atas muka bumi ini. Secara Bagaimana pula kekerapan kunjungan kita ke rumah
sederhana, amanah bermakna ada suruhan yang Allah, adakah setiap hari atau seminggu sekali atau
mesti dilaksanakan serta larangan yang mesti setahun hanya dua kali.
ditinggalkan, setiap manusia bertanggungjawab atas Bagaimana pula dengan sedekah sunat kita, makin
apa yang dilakukan, adanya konsep pahala serta bertambahkah jumlahnya berbanding tahun-tahun
dosa dan kesudahannya sama ada ke syurga atau sebelumnya.
neraka. Allah SWT menyatakan bahawa anggota- Bagaimana pula dengan bacaan al-Quran kita, sudah
anggota badan kita akan berbicara serta menjadi bertambahkan helaiannya setiap hari. Bagaimana pula
saksi-saksi ketika mulut-mulut kita telah dikunci oleh dengan kualiti bacaannya. Semakin baik atau masih
Allah SWT atas segala perbuatan yang telah kita berada ditakuk lama.
lakukan. Perkara ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam
surah Yasin ayat 65 yang bermaksud:

6

Bagaimana dengan solat malam kita, bagaimana pula
dengan amalan puasa-puasa sunat? Adakah pernah
kita bermuhasabah tentang kualiti ibadah kita saban

hari dalam tahun 2022?

Bagaimana pula dengan solat malam kita, adakah kita 1. Mulakan solat witir walaupun satu rakaat sama ada
sudah mampu untuk istiqamah menunaikan solat malam selepas solat isyak atau sebelum subuh.
walaupun hanya dengan dua rakaat bersama solat 2. Mulakan solat sunat Dhuha walaupun dua rakaat
witirnya. sekali sebulan, dua kali sebulan, tiga kali sebulan dan
Bagaimana pula dengan puasa sunat kita, adakah kita seterus menjadi amalan harian. Setelah ada kekuatan,
sudah istiqamah menunaikan puasa sunat Isnin dan Khamis tambahkan pula jumlah rakaatnya. Jika belum hafal
tanpa gagal. Begitu juga dengan puasa-puasa sunat yang doa solat dhuha, boleh lekatkan pada dinding atau
lain. guna buku atau simpan dalam telefon serta macam-
Bagaimana pula dengan kualiti ibadah kita, adakah sudah macam cara lagi.
bertambah baik atau masih berada di takuk lama seperti 3. Mula biasakan diri bersedekah setiap hari serendah
tahun-tahun sebelumnya. 10 sen tetapi istiqamah.
Persoalan-persoalan di atas barangkali hanyalah 4. Mulalah beristighfar setiap hari walaupun serendah
sebahagian daripada banyak lagi soalan yang boleh bilangan satu kemudian setiap hari berikutnya
ditanyakan kepada diri sendiri dalam menilai tahap ditambahi lagi sehingga menjadi istiqamah dengan
hubungan kita dengan Allah SWT. Mudah-mudahan setiap angka yang lebih banyak.
saat yang berdetik, Allah SWT sentiasa memimpin kita 5. Mulakan amalan puasa sunat pada setiap Isnin dan
semua menjadi hamba-Nya yang lebih baik sehinggalah Khamis. Sebagai permulaan boleh mulakan dua hari
saat kita dipanggil bertemu dengan-Nya suatu hari nanti. dalam sebulan dahulu, kemudian empat, enam dan
lapan hari dalam sebulan.
Mulakan langkah pertama Perkara kedua yang perlu dimuhasabah ialah dalam
konteks hubungan dengan manusia. Kita ditakdirkan
Jika belum bermula, bermulalah sekarang. Mulakan yang berada pada posisi dan amanah yang berbeza.
mudah-mudah hari ini juga. Mulakan perkara-perkara Jika kita seorang MAJIKAN, adakah, kita telah
yang ‘mampu milik’ dan ‘mampu buat’ hari ini juga. menunaikan tanggungjawab serta amanah sebagai
Jangan bertangguh lagi. Cadangan saya: majikan seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT
serta peraturan yang telah ditetapkan.

7

Setiap "KITA' ada amanah tersendiri

‘KITA’ di atas mungkin hanya sebahagian ‘KITA’
yang tidak dapat disenaraikan dalam ruang
yang terbatas ini. Namun hakikatnya, setiap
‘KITA’ ada tanggungjawab serta amanah lebih
daripada satu, mungkin dua, tiga, empat atau
lebih yang perlu sentiasa muhasabah bagi
memastikan adanya kitaran P.D.C.A (Plan, Do,
Check, Act) dalam setiap tindakan kita bagi
menjamin peningkatan berterusan dalam
hidup. Sekiranya semua kita sedar betapa
banyaknya perkara yang perlu
dimuhasabahkan atas seorang ‘KITA’ itu, sesak
Selamat bermuhasabah. dada jadinya atas beratnya beban
Semoga segala kesilapan lalu diampunkan oleh tanggungjawab dan amanah yang dipikul itu.

Allah SWT serta masa hadapan setiap kita Ketiganya, sebagai khalifah, kita juga perlu
sentiasa di bawah bimbingan-Nya. menjaga hubungan kita dengan alam dengan

menunaikan segala hak dan tanggungjawab
manusia kepada alam. Kita juga perlu sedar
bahawa setiap hubungan pasti ada timbal
balik. Jika kita bersahabat dengan alam, alam
akan menjadi sahabat yang baik kepada kita.
Namun sebaliknya, jika kita mengkhianati alam
dengan cara yang tidak sepatutnya, lambat
laun pasti kita akan menerima akibat daripada
pengkhianatan tersebut.

Tertunaikah tanggungjawab kita? Khalifah memelihara alam sekitar

Jika kita seorang PEKERJA, adakah kita telah menunaikan Sebarang gangguan yang menyebabkan
tanggungjawab serta amanah seperti yang dikehendaki. ketidakseimbangan pada ekosistem akan
Jika kita seorang RAKAN SEKERJA, adakah kita telah menjadi kembali padahnya kepada manusia.
rakan kerja yang baik serta tidak menyusahkan rakan sekerja
yang lain. Allah mengingatkan manusia berkenaan hal ini
Jika kita seorang AYAH, adakah kita telah menunaikan amanah di dalam Al-Quran melalui Surah Ar-Rum ayat
seorang bapa kepada anak-anaknya. Misalnya, memberikan 41 yang bermaksud:
didikan agama yang sepatutnya atau sebaliknya membiarkan
anak-anak hidup dalam maksiat kepada Allah SWT. Jika kita Telah jelas kerosakan di darat dan di laut
seorang IBU, adakah kita telah memberikan hak anak-anak disebabkan oleh perbuatan tangan
mengikut yang sepatutnya. manusia, Allah menghendaki agar mereka
Jika kita seorang SUAMI, adakah kita telah menunaikan segala merasakan sebahagian daripada (akibat)
tanggungjawab rohani dan jasmani sebagai suami kepada isteri- perbuatan mereka, agar mereka kembali
isteri kita. Jika kita seorang ISTERI, adakah kita juga telah (ke jalan yang benar).
menunaikan tanggungjawab rohani dan jasmani sebagai isteri
kepada suami-suami kita. Selamat bermuhasabah.
Jika kita seorang ANAK, adakah kita telah menunaikan Semoga segala kesilapan lalu diampunkan
tanggungjawab kepada kedua-dua ibubapa kita. oleh Allah SWT serta masa hadapan setiap kita
Jika kita sorang ABANG atau KAKAK, adakah kita telah sentiasa di bawah bimbingan-Nya.
menunaikan tanggungjawab kita sebagai abang atau kakak
kepada adik-adik kita dan begitu juga sebaliknya. Rujukan:
Jika kita seorang JIRAN, adakah kita telah menunaikan hak-hak https://kalam.sindonews.com/ayat/65/36/yasin-ayat-65
jiran-jiran yang hidup berjiran dengan kita. https://tafsirq.com/16-an-nahl/ayat-18
http://abu-najah.blogspot.com/2010/06/manusia-sebagai-hamba-dan-
khalifah.html
https://nasional.republika.co.id/berita/q06k3s195580097023000/manusia-
hamba-dan-khalifah
https://khairulkamaruddin.blogspot.com/2012/02/suatu-hari-nanti-mulut-
ditutup.html
https://www.mandalapos.co.id/trilogi-hubungan-tuhan-manusia-dan-alam-
dalam-perspektif-pendidikan-islam/
https://ismaweb.net/2020/10/21/tanggungjawab-kita-jaga-alam-sekitar-
dengan-panduan-wahyu/

8

Album
Sepanjang

Tahun

UNIT PENDIDIKAN ISLAM
DAN MORAL, JABATAN
PENGAJIAN AM, PTSS

2022

9

Bengkel Tahsin
Al-Quran

10

11

Wajah-wajah ceria
para peserta

12

Antara memori dan
kenangan

13

AKADEMI

Imam
Mahasiswa

2022

14

e-PRISMA 2022

15

Kreatif Inovatif

16

Team
Building

17

Cakna Agama &
Asas Fardu Ain

18

hya'

amadan

19

Lecturer Universitas Muhammadiyah
Sit-In Class Parepare & Unit Pendidikan

Islam & Moral PTSS

20

Webinar Celik
Muamalat

21

Bengkel CQI Unit
Pendidikan Islam

dan Moral

22

Bengkel Tahsin Al-Quran

Bengkel Tahsin Al-Quran telah diadakan pada 30.12.2022 jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari bertempat di Pusat
Islam Lukman Al-Hakim, PTSS. Seramai 74 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak staf PTSS telah menyertai
program ini. Sesi pengajaran dikendalikan oleh Ustaz Mohamad Zamri yang menggunakan Kaedah Pengecaman Simbol
(K.P.S) iaitu inovasi tahsin al-Quran bertajwid tanpa perlu mengetahui nama hukum tajwid, hanya berpandukan simbol
yang terdapat di dalam al-Quran Rasm Uthmani. Sesi berikutnya diteruskan dengan solat sunat dhuha dan LDK yang
dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator dari Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, PTSS.

Majlis Penutupan Usrah 2022

Majlis Penutupan Usrah ini telah diadakan pada 30 November 2022 bertempat di Pusat Islam Lukman Al-Hakim,
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Majlis yang bermula sekitar 7.30 malam ini telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd
Azli bin Adnan yang bertindak selaku Pengerusi Pusat Islam PTSS. Majlis dihadiri oleh para fasilitator dan anak-anak
usrah yang terdiri daripada para pelajar semester 1. Sesi usrah yang telah dijalankan sepanjang semester
berlangsung telah berjaya mendidik para pelajar mencintai ilmu serta memupuk sahsiah unggul dalam diri pelajar.

Akademi Imam Mahasiswa 2022

Program Akademi Imam Mahasiswa 2022 ini telah berjalan dengan jayanya pada 24.09.2022 dan 25.09.2022
bertempat di Bilik Seminar Sri Patawali, Paun Inn, PTSS. Program anjuran Jabatan Pengajian Am, PTSS dengan
kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perlis ini telah melibatkan penyertaan seramai 56 orang peserta yang terdiri
daripada para pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Kolej Komuniti Arau, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis,
Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis dan Kolej Universiti Islam Perlis KUIPs. Pengisian program amat
bermanfaat kepada peserta dengan memberikan impak positif melalui pembentukan pelajar yang berkeyakinan tinggi,
berakhlak mulia dan berani menjadi imam serta bersedia menghadapi cabaran.

Bengkel Penyediaan dan Pemurnian CQI Kursus-
Kursus Unit Pendidikan Islam dan Moral

Bengkel Penyediaan dan Pemurnian CQI Kursus-Kursus Unit Pendidikan Islam dan Moral ini telah diadakan pada 27
Julai 2022 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bengkel berlangsung di Bilik Seminar Si Kantan, Pauh Inn melibatkan
seramai 18 orang pensyarah Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, PTSS. Pengisian program amat
bermanfaat dan telah mencapai objektif yang telah digariskan dengan penambahan ilmu-ilmu baharu. Antara objektif
yang telah berjaya dicapai ialah penyelesaian isu permasalahan berkaitan pencapaian CLO setiap kursus UPIM serta
mencadangkan CQI yang bersesuaian. Justeru, pencapaian objektif tersebut akan melancarkan serta menambah baik
proses pengajaran dan pembelajaran yang akan datang.

23

Program Team Building, Jabatan
Pengajian Am

Program Team Building Jabatan Pengajian Am telah dianjurkan pada 04 Julai 2022 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Program ini melibatkan seramai 30 orang pensyarah Jabatan Pengajian Am, PTSS. Program yang dianjurkan ini
bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan semua ahli JPA dalam membina semangat berpasukan. Di samping itu,
ia dapat mendorong ahli mewujudkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian sambil beriadah. Program ini juga
merupakan inisiatif kepada kaedah pengurusan stress dalam kalangan warga JPA. Pengisian program amat
bermanfaat kepada peserta dengan memberikan impak positif melalui peningkatan kemahiran dalam mengaplikasikan
semangat berpasukan serta pengamalan gaya hidup yang sihat.

Pertandingan e-PRISMA 2022

Pertandingan e-PRISMA telah dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral, JPA yang melibatkan pertandingan
video pelajar bagi penilaian kursus MPU23052 Pelancongan dan Hospitaliti dalam Islam, MPU23072 Sains Teknologi
dan Kejuruteraan dalam Islam dan DUA2042 Seni dalam Islam. Program ini telah berjaya mencetuskan kemahiran
rekacipta dan inovasi dalam kalangan pelajar terlibat serta meningkatkan kemahiran ICT melalui penghasilan video
bahan inovasi yang telah dihasilkan. Majlis penutup bagi mengumumkan pemenang telah diadakan pada 15 Jun 2022
secara dalam talian menggunakan platform Microsoft Teams.

Program Sit-In Class: Lecturer
Exchange

Program Sit-In Class ini telah diadakan secara berjadual sebanyak tujuh kali bermula Mac hingga Mei 2022 setiap hari
Rabu jam 9.00 hingga 11.30 pagi secara dalam talian menggunakan platform Google Meet. Program ini berbentuk
perkongsian ilmu yang melibatkan pensyarah dan pelajar PTSS serta Universitas Muhammadiyah Parepare (UMPAR)
Indonesia. Program ini adalah julung kalinya melibatkan kerjasama dan kolaborasi pintar antara Unit Pendidikan
Islam, Jabatan Pengajian Am, PTSS dengan Fakultas Agama Islam, UMPAR. Antara pensyarah jemputan PTSS yang
terlibat ialah Ustazah Suhaila binti Mustaffa, Ustaz Nik Sofri bin Nik Abdul Hamid dan Puan Azlini binti Awang serta
Alumni PTSS iaitu Noor Asikin Said, manakala Dosen dan tenaga pendidik dari UMPAR ialah Dr. Andi Abd Muis (M.Pd.I),
Tuan Sumadin (S.Pd.I., M.Pd.I) dan Puan Lismawati (S.Sy., M.M).

Webinar Celik Muamalat

Webinar Celik Muamalat ini telah dilaksanakan pada 20 April 2022 jam 8.00 hingga 10.00 pagi secara dalam talian
menggunakan platform Microsoft Teams. Webinar ini menampilkan ikon penceramah terkenal iaitu Ustaz Dr.
Zaharuddin bin Abdul Rahman sebagai penceramah. Antara objektif bengkel yang telah berjaya dicapai ialah dapat
membincangkan isu-isu semasa berkaitan muamalat Islam. Selain itu, bengkel ini juga dapat memupuk semangat
kecintaan kepada budaya ilmu dan memberi kesedaran serta pendedahan tentang muamalat Islam dalam kalangan
staf, pensyarah dan pelajar PTSS.

24

Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan
1443H/ 2022M

Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan’ 1443H/ 2022M telah dianjurkan pada 30 Mac 2022 jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi
bertempat di Pusat Islam Luqman al-Hakim, PTSS. Majlis telah dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Pengarah PTSS
yang bertindak merasmikan Pelancaran Ihya’ Ramadan bagi tahun 2022 yang akan dipenuhi dengan program-
program berjadual sepanjang bulan Ramadan. Majlis ini juga turut diselitkan dengan Ceramah Ambang Ramadan yang
disampaikan oleh Dr Muhamad Amar Mahmad, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa Tamadun dan Falsafah,
Universiti Utara Malaysia. Kehadiran dan sambutan baik daripada pensyarah-pensyarah serta pelajar-pelajar PTSS
telah memeriahkan lagi majlis pelancaran ini.

Program Cakna Agama & Asas Fardu Ain
(CAKNA DEAF)

Program ini telah diadakan pada 17 Mac 2021 jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Bilik Housekeeping,
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. Program ini melibatkan semua pelajar muslim bermasalah pendengaran
Semester 1 dan 2 Sesi 2 2021/ 2022. Program ini merupakan satu inisiatif untuk menerapkan pengetahuan asas fardu
ain di samping membentuk sahsiah yang cemerlang dalam kalangan pelajar selaras dengan Pelan Strategik Pengajian
Tinggi Negara yang keenam iaitu melahirkan modal insan yang seimbang di samping menyemai budaya ilmu dalam
masyarakat. Program ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu teori dan praktikal wuduk dan solat serta turut
melibatkan sesi soal jawab berkaitan hukum Islam berkisar kehidupan seharian pelajar.

25

JIKA KITA TIDAK MAMPU
MEMIMPIKAN SEBUAH

MASA DEPAN, MAKA KITA
ADALAH ORANG YANG
TIDAK TAHU KEMANA

SEBUAH TUJUAN HIDUP..

26

CHECKLIST GAYA
HIDUP SIHAT

Membiasakan amalan pemakanan sihat.
Amalkan konsep #sukusukuseparuh.

Mengurangkan minuman 'hipster' yang
tinggi gula..
Minum air kosong secukupnya.

Amalkan tiga sajian sayur dan dua sajian
setiap hari.

Pilih makanan segar (real food) dan
kurangkan makanan segera dan diproses.

Berusaha mendapatkan berat badan ideal
untuk kesihatan dan kecergasan badan.

Sumber info: Kementerian Kesihatan Malaysia 27
Infografik : Ainul Farhaan binti Harun

TIPS 28

MENJADI PRODUKTIF &
EFISIEN DI TEMPAT KERJA

01 TETAPKAN TARGET HARIAN

Dengan menetapkan matlamat dan target
harian akan menyebabkan tugasan menjadi
lebih berfokus dan terancang.

02 BUAT TO-DO-LIST

Perkara pertama sebelum memulakan tugasan
dan kerja harian, anda perlu buat senarai
semak atau to-do-list, supaya tiada tugasan
yang tercicir atau terlepas pandang.

03 KEKAL SISTEMATIK DAN KEMAS

Sikap sistematik dan tersusun ini amat penting
kerana ia memberi motivasi kepada anda
untuk terus bermotivasi dan lebih produktif.

04 SET 'REMINDER'

Penetapan ' reminder' bertujuan untuk
mengelakkan buang masa dan sikap
menangguh kerja. Ini kerana 'time wait for no
man'.

05 BEREHAT SEKETIKA

Ambil sedikit masa dan ruang untuk
'tinggalkan' seketika tugasan anda jika telah
tepu. Ingat, kesihatan mental dan fizikal
pastinya penting untuk terus produktif dan
efisien

Infografik : Ainul Farhaan binti Harun

Uji Minda

Pengetahuan
Agama Islam

29

UJI PENGETAHUAN
ANDA !!

Sila imbas (scan) QR Code di bawah dan buat latihan
ulangkaji yang telah disediakan.

Pengetahuan Asas Islam

Akidah

Syariah

Selamat
Menjawab

30

Buletin Al - Irsyad | Edisi 18 |
Disember 2022 | Jamadil Akhir 1444H


Click to View FlipBook Version