The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin kali ini bertemakan ' Kemerdekaan: Erti Sebuah Perjuangan Hakiki'

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainulfarhaan, 2022-08-24 23:42:14

BULETIN AL-IRSYAD EDISI 17

Buletin kali ini bertemakan ' Kemerdekaan: Erti Sebuah Perjuangan Hakiki'

BULETIN Edisi 17
Ogos 2022
Muharram

1444H

Al- Irsyad

peKrejEumratenirgdsae
ebnkuahaaahnkiki

UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL, JABATAN PENGAJIAN AM, PTSS

BULETIN AL-IRSYAD

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, 2018

Hak Cipta Terpelihara.
Tiada mana – mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh
diperolehi semula atau disiarkan dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau
sebaliknya tanpa mendapat izin dari penerbit. Hak Cipta Terpelihara.
Tiada mana – mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh
diperolehi semula atau disiarkan dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau
sebaliknya tanpa mendapat izin dari penerbit

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan - dalam - Penerbitan

Ilustrasi : Sumber internet Sidang Redaksi
Penaung I
Diterbitkan oleh: En. Abdul Malek bin Hassan
Unit Pendidikan Islam dan Moral  
Jabatan Pengajian Am, Penaung II
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Puan Norlili Juwita binti Arshad
Pauh Putra,  
02600 Arau, Penasihat I
Perlis Puan Isyati binti Suparman
 
Penasihat II
Puan Suhaila binti Mustaffa
 
Editor
Ainul Farhaan binti Harun
Norhafizah binti Mohd Ghazali
Nozira binti Ahmad
 
Konsep dan Layout  Buletin
Ainul Farhaan binti Harun



i

Team Buletin Al-Irsyad

Ainul Farhaan binti Harun Norzira binti Ahmad

Norhafizah binti Mohd Ghazali

Definisi sebenar kemerdekaan adalah
minda dan jiwa yang bebas dari
cengkaman maksiat dan dosa

ii

Senarai Mohd Azli bin
Penulis Adnan
Edisi-17
Nik Mohd Sofri bin
Nik Abdul Hamid

Aniza binti Dahri Norzira binti
Ahmad

iii

Kupasan Menarik

Monolog Merdeka 1-3

Penulisan yang penuh keinsafan dan memberi ruang kepada
muhasabah diri dalam membentuk diri dan jiwa merdeka dari dosa
dan maksiat. Penulis menjentik hati kita supaya terus bermuhasabah
diri agar tidak leka atas nama bebas dan merdeka.

YHaankgikTaterSseubruatahdaKneTmeerrsdireaktaan 4-6

Penulisan yang santai tapi sampai tentang merdeka. Penulis

menekankan tentang usaha untuk merdekakan diri dari sifat

mazmumah. Selain itu, elemen motivasi juga disuntik dalam penulisan

ini di mana kita diingatkan agar terus menuai amal dan pahala di

dunia untuk 'bebas' dan merdeka di negeri abadi nanti.

Jom Merdekakan Minda 7-8

Penulisan yang sangat bermanfaat, dikupas dengan susunan ayat
yang sangat menarik. Penulis mengupas tentang perspektif
kemerdekaan dari sudat pandang para ilmuan Islam untuk kita jadikan
sebagai pedoman dan panduan dalam menongkah arus kehidupan kini.

Merdeka dan Perjuangan 9-11

Kupasan dan penulisan menarik tentang kemerdekaan sebenar iaitu

bebas dan merdeka dari pengabdian kepada manusia dan mahkluk.

Penulis mengingatkan kita agar mengabdikan diri hanya kepada Allah.

Penulisan ini juga menyuntik elemen sejarah kemerdekaan yang dapat

memberi ilmu tambahan kepada kita semua.

Galeri Album UPIM 12-17

Salam Kemerdekaan 2022 iii

MMERoDnEKoAlog Mohd Azli bin Adnan
Allah Azza Wa Jalla mengirim pelbagai notis
TARIKH KERAMAT dalam bentuk banjir, keruntuhan, kerosakan dan
kemusnahan alam. Notifikasi ini mengandungi
Tanggal 31 Ogos 1957 adalah hari petunjuk ada manusia menyalahgunakan kuasa,
keramat lagi bersejarah bagi main wayang, berlakon, bersandiwara dan
Persekutuan Tanah Melayu yang mengkudakan orang tertentu untuk kerakusan
telah mencapai kemerdekaan. harta, takhta dan wanita. Rakyat marhaen
Laungan merdeka di Stadium menjadi mangsa ketamakan ini. Alam, flora dan
Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman fauna menjadi mangsa kelobaan ini. Harta awam
menandakan tiada lagi kolonialisme ranap akibat kerakusan ini. Merdekakah kita?
di bumi bertuah ini. Kini negaraku Budaya kerja sambil lewa, curi tulang dan
telah merdeka selama 65 tahun. mengular sudah sebati dalam diri penjawat
Aku berbangga dengan kemajuan awam. Masa banyak terbazir dengan aktiviti
fizikal dan material yang mengisi yang tiada kena mengena dengan tugasan
kemerdekaan ini. Infrastruktur dan hakiki. Keluar makan sesuka hati dan berjam-jam
fasiliti negara sangat pantas meniti sudah menjadi norma. Mengurus urusan peribadi
kepesatan. Kemajuan tanpa mengira waktu dan pengetahuan ketua
pembangunan negara yang telah sukar untuk dibendung. Menyembang hal ehwal
memintas negara-negara jiran yang tiada kaitan dengan kerja jadi satu
adalah tidak dapat ditepis. kebiasaan. “Window shopping” sudah dimaklumi
ramai berlaku di mana-mana.
Gaya dan cara hidup mendadak
bertukar wajah dan menonjolkan MERDEKA KAH KITA?
suatu cara hidup yang moden.
Kederasan teknologi maklumat, Menggunakan fasiliti pejabat untuk kepentingan diri sudah tiada tara lagi.
komunikasi dan media digital telah Orang bawahan melanggar peraturan dianggap salah besar, tapi kalau “bos”
melonjakkan nama Malaysia buat perkara yang sama dimaafkan. Bila kerja rutin sudah selesai, maka
sebagai negara yang terkehadapan berlangsunglah aktiviti menonton “movie” atas alasan kerja sudah siap.
dalam menekuni dunia tanpa Sewajarnya cari kerja yang berkaitan untuk diisi dalam waktu pejabat.
sempadan di Asia. Taraf kehidupan Kemudian kita lupa menuntut ilmu itu tugasan sepanjang hayat. Sampai bila?
dan nilai pendapatan rakyat Jika melawat kawasan pasar, longkang, sungai, tasik, hutan, restoran, taman-
negaraku meningkat bukan biasa… taman rekreasi dan pusat-pusat peranginan serta pelancongan, maka satu
biasa. Negaraku diletakkan sebagai fenomena menyakitkan mata dan jiwa berlaku. Sampah merata-rata
hab halal utama di dunia dan bertaburan di sana sini. Bangsa kita tiada sikap cakna dengan alam. Tiada
peneraju sistem muamalat dunia. rasa sayang pada persekitaran. Papan tanda “Jangan Buang Sampah”
Hebat dan tahniah Malaysia. diwujudkan tapi di bawah papan tanda tersebut penuh dengan sampah. Bila
hujan bertali temali, maka berlakulah banjir kilat sebab longkang tersumbat
SAYANG, SERIBU dengan sampah. Salah siapa?. Andai kita pergi menjamu selera di restoran
KALI SAYANG ... atau kedai makan, satu lagi penyakit bangsa kita merokok ikut selera dan asal
berasap.
Namun sayang seribu kali sayang,
negaraku tersenarai dalam koleksi 1
negara yang menternak budaya
rasuah, black economy, kartel dan
kebejatan salah guna kuasa yang
melampau. Budaya harapkan
pegar, pegar makan padi kian
menjadi-jadi. Berjuta dan berbilion
Ringgit Malaysia lolos dan ghaib
begitu mudah. Banyak projek
kerajaan terbazir dipunggah secara
lahap oleh penyamun-penyamun
yang bertopengkan gelaran yang
hebat, kedudukan yang dahsyat
dan pengaruh yang mantap.

Tiada terdetik di hati nurani fikir orang lain, kanak-
kanak, orang tua dan keselesaan pelanggan lain.
Larangan merokok ditampal merata-rata persis
perhiasan bisu tanpa mesej. Bila nak selesai?

TIDAK CAKNA

Beralih kepada senario di lokasi tempat meletakkan
kenderaan. Satu lagi penyakit bangsa kita. Meletakkan
kenderaan ikut mana yang sempat dan boleh. Sakit
mata dan sakit jiwa melihat kawasan tempat letak
kenderaan. Kawasan yang sepatutnya digunakan untuk
meletak kenderaan didapati kosong, atas alasan jauh
untuk ke pejabat. Kawasan yang sepatutnya bukan
untuk meletak kenderaan menjadi penuh, dengan alasan
dekat dengan destinasi yang dituju. Sudahlah kawasan
penuh dengan kenderaan, ditambah pula dengan cara
meletakkan kenderaan sesuka hati.

Kekadang berlapis-lapis hingga menghalang pengguna
lain. Mentaliti keakuan yang menebal menyebabkan
urusan yang sepatutnya berjalan lancar menjadi
komplek. Bangsa kita kalau sudah dapat stereng kereta
atau motor, lupa diri dan hilang akal. Mereka lupa ramai
pengguna lain sedang menggunakan jalan yang sama.
Semua kenderaan kelihatan bergerak seperti hendak
mengejar sesuatu atau dikejar sesuatu. Lupa peraturan
jalan raya. Lupa ada adab. Lupa tuhan. Apa dah jadi?

GERAKAN TAJDID

Sehubungan dengan itu, suatu gerakan tajdid atau
reformasi minda berskala besar dan menyeluruh wajar
dijadikan dasar dan gagasan perjuangan baru. Penulis
mencadangkan untuk kita kembali menghayati apa
yang diwacanakan oleh tokoh sarjana tersohor
Almarhum Jamal al-Din. Beliau menjelaskan kerangka
pemikiran tajdid hendaklah berasaskan kepada 3
perkara, iaitu:-

1.Memberikan kefahaman yang jelas tentang
keistimewaan manusia yang terbangun dengan unsur
jiwa dan rohani yang tinggi.

2.Menjelaskan agama memberikan kelebihan yang
besar kepada masyarakat yang mengamalkan
agama dalam kehidupan.

3.Memberikan kefahaman yang mendalam tentang
kehidupan yang abadi.

Pemikiran yang diutarakan oleh almarhum menggesa
kita semua mengisi kemerdekaan dengan kembali
kepada fitrah manusia sebagai sebaik-baik kejadian dan
mempunyai kehebatan yang luar biasa seandainya
mengikuti agama. Mahu tidak mahu manusia mesti
kembali kepada hidup beragama kerana konsep baik dan
buruk hanya ada dalam agama. Pandangan ini menuntut
kita sedar diri bahawa dunia hanya persinggahan
sementara. Menjadikan dunia sebagai medan untuk
membuat bekalan dan sumbangan yang sehabis baik.

2

NIKMAT UMUR Mengagungkan nilai akhirat berbanding nilai
dunia. Menjunjung kesucian agama
Umur yang diberikan adalah masa tertentu berbanding kehebatan harta, takhta dan
yang wajib digunakan untuk mempersiapkan wanita. Berbangga menjadi seorang muslim
diri kembali ke kampung halaman. Gagasan ini berbanding seorang kufur. Merayakan konsep
mendidik kita banyak memberi daripada memberi berbanding meminta dan menerima.
menerima. Kerana memberi dengan ikhlas Memperkasakan hidup beragama daripada
adalah milik kita sebagai bekalan ke sana. hidup kerana nama. Bersusah-susah hidup di
Dunia bukan destinasi untuk berehat, dunia sebelum bersenang-senang di akhirat.
bersantai, bersukaria dan buat sesuka hati. Pilihan yang kita ada dua sahaja. Berubah
Sebaliknya medan ujian untuk dinilai kualiti atau jumud. Baik atau buruk. Pahala atau
iman dan takwa kita. Tiada yang kekal abadi dosa. Syurga atau neraka. Pilihan di tangan
bila berada di sini. Semuanya pinjaman dan kita. Keputusan juga di tangan kita. Usah
binasa. Setiap saat, minit, jam, hari, minggu, tunggu lagi. Usah tangguh lagi. Kita tiada
bulan dan tahun akan dicatat segala aktiviti masa. Sudah lama kita bazirkan umur dan
yang kita lakukan. Dunia adalah medan masa dengan kalimah tunggulah, nantilah,
pengorbanan dan pengujian. Akhirat adalah masih muda, masih ada masa, belum kiamat,
medan pembalasan dan perbicaraan. Tunggu sibuklah, bila pencen baru beramal, lambat
apa lagi? lagi mati dan seribu satu alasan kita
hidangkan. Siapa yang akan rugi dengan
AYUH MENGGAPAI alasan-alasan ini. Bukan Allah. Bukan
MERDEKA HAKIKI Rasulullah SAW. Bukan ibu bapa. Bukan orang
lain, sebaliknya kita sengaja menghumban diri
Ayuh kita beramal, berubah dan berlumba- kita ke lembah kehinaan dan kehancuran. Bila
lumba untuk memburu kebaikan dan melabur nak berubah?
saham akhirat dengan pemberian. Kita isi Akhir bicara wacana ini adalah untuk
kemerdekaan ini dengan memerdekakan diri menggapai kecemerlangan dan kita mesti
daripada membesarkan Allah berbanding berani berubah.
dunia.

Rujukan
Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin (2018), Pengajian Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar
Abdul Qadir Abdul Mutalib Al-Mandili (2020), Penawar Hati. Kota Baharu: Jabal Marki Sdn. Bhd.
Muhamad Razak Idris 2017, Manifestasi Pemikiran Tajdid dalam Majalah Dewan Tamadun Islam Ampang: Dewan Bahasa Dan
Pustaka

3

HAKIKAT SEBUAH
KEMERDEKAAN

Yang Tersurat dan Tersirat

NORZIRA BINTI AHMAD

Anugerah Masa Kepentingan untuk memerdekakan diri dan
berlindung daripada sifat mazmumah ini terkandung
Umur yang diberikan adalah masa tertentu yang dalam satu hadis sahih yang telah diangkat sebagai
wajib digunakan untuk mempersiapkan diri kembali ke doa dan menjadi sunnah untuk diamalkan iaitu:
kampung halaman. Gagasan ini mendidik kita banyak
memberi daripada menerima. Kerana memberi “YA ALLAH YA TUHANKU, SESUNGGUHNYA AKU BERLINDUNG DIRI
dengan ikhlas adalah milik kita sebagai bekalan ke DENGAN-MU DARIPADA
sana. Dunia bukan destinasi untuk berehat, bersantai,
bersukaria dan buat sesuka hati. Sebaliknya medan KELEMAHAN, KEMALASAN, SIKAP PENGECUT, KEKIKIRAN,
ujian untuk dinilai kualiti iman dan takwa kita. Tiada KERUNGSINGAN SERTA SEKSA
yang kekal abadi bila berada di sini. Semuanya
pinjaman dan binasa. Setiap saat, minit, jam, hari, AZAB KUBUR. YA ALLAH YA TUHANKU, SELUBUNGILAH JIWAKU DENGAN
minggu, bulan dan tahun akan dicatat segala aktiviti KETAKWAAN DAN
yang kita lakukan. Dunia adalah medan pengorbanan
dan pengujian. Akhirat adalah medan pembalasan SUCIKANLAH IA, SESUNGGUHNYA ENGKAULAH SEBAIK-BAIK YANG
dan perbicaraan. Tunggu apa lagi? DAPAT

Persoalannya.... MENYUCIKANNYA KERANA ENGKAULAH PENTADBIR DAN
PENGUASAANNYA. YA ALLAH YA,
Persoalannya, apabila diperkatakan tentang
kemerdekaan adakah semata-mata kita akan TUHANKU, SESUNGGUHNYA AKU BERLINDUNG DIRI DENGAN-MU
sekadar mengingati dan fokus terhadap DARIPADA ILMU YANG
kemerdekaan negara sahaja? Adakah sekadar kita
perlu melaksanakan sambutan kemerdekaan negara TIADA BERGUNA, DARIPADA HATI YANG TIADA KHUSYUK, DARIPADA
dengan pelbagai pengisian dan berseronok dengan JIWA YANG TIADA
cuti umum yang diisyhtiharkan sempena hari
bersejarah tersebut saban tahun? Dan yang lebih KENYANG DAN DARIPADA DOA YANG TIDAK AKAN DITERIMANYA.”
penting lagi adakah dengan kejayaan mencapai (RIWAYAT MUSLIM NO. 7081)
kemerdekaan yang tersurat dalam lipatan sejarah
negara itu telah menjadikan kita insan yang benar- Menghindari sifat mazmumah
benar terbaik dan merdeka juga daripada sifat-sifat
mazmumah yang ada. Sudah pasti tidak! Ini adalah Berdasarkan hadis di atas, ternyata terdapat banyak
kerana kemerdekaan yang tersirat inilah yang lebih sifat-sifat mazmumah yang wajib dihindari dalam
penting untuk menggapai kemerdekaan sebenar kehidupan kita setiap hari. Apakah maksud sifat-sifat
dalam kehidupan setiap manusia yang dicipta oleh mazmumah tersebut? Ternyata sifat tersebut merujuk
Allah SWT. kepada sifat-sifat yang tercela dan terkeji iaitu
berlawanan dengan sifat mahmudah yang bermaksud
sifat-sifat yang baik dan terpuji.

Sifat mazmumah juga adalah merujuk kepada sifat
atau akhlak buruk yang ternyata bercanggah dengan
Al-Quran dan As-Sunnah.

4

Sifat Mazmumah yang mesti Info grafik : Ainul Farhaan binti Harun

DIHINDARI

GEMAR MAKAN DAN MINUM

Sesiapa yang kekenyangan akan terhindar dari melakukan ibadah kerana

terdorong untuk tidur dan berehat.

banyak berkata-kata (yang sia-sia)

Bencana lisan merangkumi mengumpat, menghina, berdusta dan
bertengkar.

MARAH

Berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan.
Ia juga didorong oleh pengaruh syaitan.

hasad, dengki dan iri hati

Lahir dari rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang
lain.

kasih pada harta

Tiada salah memiliki kemewahan, tetapi jika bersikap bakhil, tamak
dan membazir duit, itu dilarang dalam Islam.

berHenti merokok

Jadikan Ramadan titik permulaan untuk berhenti merokok atau
menghisap vape. Tempoh 14 jam tanpa rokok atau vape ini mampu
membantu kita berhenti merokok. Jom cuba berubah!

riyak

Sikap untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan
pelbagai amalan baik semata-mata ingin pujian, pangkat dan
kedudukan.

5

Firman Allah melalui surah Al-An’am ayat 155:
“… janganlah kamu mendekati perbuatan yang keji, baik yang terlihat

ataupun yang tersembunyi, janganlah kamu membunuh orang
yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar.

Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu mengerti.”



Refleksi dan muhasabah
diri

Ternyata semua sifat-sifat ini sangat dekat dengan diri kita. Oleh itu, tidak
dapat dinafikan sama sekali yang kita pernah terjebak dengan salah satu
atau mungkin semua sifat-sifat tersebut. Astagfirullah Al ‘Azim!! Cuba
bandingkan dengan jumlah umur kita saat ini, sudah pasti kita bersetuju
bahawa sifat-sifat ini telah bermaharajalela dalam diri kita berulang kali,
sepanjang 365 hari! Allahuakbar! Betapa banyaknya dosa kita terhadap
Allah SWT! Tidak takutkah kita?
Jika kita takut dan gerun dengan dosa yang kita lakukan melalui sifat-sifat
mazmumah di atas sudah pasti kita akan mengambil pendekatan drastik
untuk menjauhkan diri daripada sifat-sifat keji tersebut. Dan jika iman kita
kuat maka kita akan cuba mencari jalan terbaik agar kita tidak terjerumus
dengan akhlak buruk dan dikeji oleh Allah SWT itu. Malahan terdapat
larangan yang jelas di dalam Al-Quran agar kita menjauhi dan
memerdekakan diri daripada sifat-sifat tersebut.

Hindari sifat mazmumah

Terdapat banyak cara dan kaedah untuk mengelakkan diri kita daripada
melakukan sifat-sifat mazmumah yang tersenarai. Antaranya ialah dengan
cara menguatkan lagi iman kita dengan pelbagai ibadah yang dapat kita
laksanakan secara konsisten. Solat fardu dan solat sunat, berpuasa,
membaca Al-Quran, menghadiri majlis ilmu, berkomunikasi tentang
perkara-perkara yang positif, bergaul dengan orang-orang yang baik dan
soleh serta pelbagai lagi ibadah umum atau khusus inshaAllah dapat
membendung sifat-sifat mazmumah daripada menguasai diri kita.
Bertitik tolak daripada situasi ini, adalah menjadi satu jihad yang amat
besar kepada kita untuk memerdekakan rohani dan jasmani kita daripada
sifat-sifat yang dibenci oleh Allah SWT ini. Inilah kemerdekaan sebenar
yang tersirat namun ianya ternyata menjadi titik penentu kepada kejayaan
mencapai kemerdekaan negara yang tersurat dalam lipatan sejarah iaitu
pada tanggal 31 Ogos 1957. Kemerdekaan yang kita capai daripada kedua-
dua aspek inilah menjadi sebuah kejayaan yang tertinggi dan hakiki yang
sudah pasti akan menjamin kejayaan dan kebahagiaan kita di dunia dan
akhirat!

RUJUKAN:
Al-Quranul Karim
Hadis Sahih Muslim, no. 7081
Imam al-Ghazali (2009), Mutiara Ihya’ Ulumuddin Imam Al-Ghazali, Ipoh, Bukubuku

6

Menjadi lebih baik

Perubahan diri ke arah yang lebih baik adalah
paling ringkas bagi maksud merdeka yang kita
mudah fahami. Islam sentiasa menyuruh kita
mencari hidayah, meningkatkan amalan dan
mencari keredhaan Allah. Menjalani kehidupan
dengan mengikut syariat Islam iaitu berakhlak,
beriman dan berilmu adalah kemerdekaan
bagi seorang muslim. Dalam erti kata lain,
kemerdekaan bukanlah bebasnya kita
daripada cengkaman penjajah semata-mata.
Hakikatnya kita perlu membebaskan jiwa kita
daripada belenggu kejahilan dan kemaksiatan
yang semakin menular dalam kalangan
masyarakat kita mutakhir ini. Bertepatan
dengan firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah
utuskan rasul kepada tiap
bangsa: (Dan mereka berkata)
Hendaklah kamu sembah Allah

dan jauhilah taghut.
(Surah An-Nahl 16:36).

JOM Merdekakan Erti merdeka Pendeta Za'ba
Minda
Aniza binti Dahri Maka marilah kita sama-sama menghayati
kemerdekaan ini menurut kaca mata Islam
yang sebenar bukanlah kerana pembebasan
negara semata-mata. Kemuncak kepada
kemerdekaan adalah kembali kepada agama
kita dengan meninggalkan kejahilan dan
kemaksiatan.

Berfikir sejenak.... Pendeta Agung Za'ba mencirikan konsep
merdeka iaitu dengan menyifatkan merdeka
Merdekakah kita sebenarnya? Cuba tanya kepada diri kita, apabila sebagai berubah daripada segala perbuatan
setiap tahun laungan kemerdekaan bergema namun kita masih dan kepercayaan yang bodoh, mematikan akal
melihat tiada perubahan yang maksimum selari dengan dan menyekat kemajuan kepada perbuatan
kemerdekaan yang dilaungkan. Apakah kemerdekaan hanya dan kepercayaan yang cerdik, membebaskan
sekadar retorik pengisahan sejarah semata-mata? Atau sekadar fikiran dan menggalakkan kemajuan. Bagi
catatan peringatan agar semua tidak lupa dan terlepas pandang beliau, kemerdekaan sebenar adalah
daripada menyambutnya. Kalaulah sedemikian, maka wajar untuk kemerdekaan jiwa dan minda serta dipupuk
kita mengambil sedikit waktu merenung dan menghayati makna menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk
merdeka dalam erti kata yang sebenar. melalui empat aspek utama iaitu agama,
Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal semata- akhlak, pendidikan dan bahasa.
mata. Kita masih lemah dalam berfikir, akal mati dan mempunyai jati Antara keempat-keempat ini, sudah pasti
diri yang rendah. Minda tidak bebas seperti yang sepatutnya agama sangat signifikan kerana menurut
walaupun telah bebas dari penjajahan. Masih terdapat manusia yang Za'ba, hanya dengan agama sahaja jiwa
mempermainkan agama Islam dan merendahkan martabat diri manusia akan mengecapi kemerdekaan
sebagai seorang yang beragama Islam. Ke manakah perginya sebenar. Oleh itu, kita dapat lihat elemen islah
minda yang merdeka, minda yang memartabatkan agama dan berdalilkan al-Quran, bersendikan akal dan
bangsa sendiri?? Adakah kita benar-benar berubah seperti maksud ilmu pengetahuan sentiasa ditekankan oleh
“MERDEKA” itu? Za'ba dalam membetulkan segala kelemahan.
Perkara inilah nanti yang akan menukarkan
pemikiran kolot kepada pemikiran lebih bernas
dan ideal.

7

Menurut Za'ba, hanya dengan agama sahaja jiwa manusia akan
mengecapi kemerdekaan sebenar. Oleh itu, kita dapat lihat

elemen islah berdalilkan al-Quran, bersendikan akal dan ilmu
pengetahuan sentiasa ditekankan oleh Za'ba dalam
membetulkan segala kelemahan

Merdeka dari pandangan HAMKA Merdeka jiwa dengan ketenangan

Manakala Buya Hamka, dalam bukunya bertajuk Damaikan hati dan orang lain dengan sikap dan
Falsafah Hidup, menjelaskan "Kemerdekaan ialah perbuatan yang baik, ikhlas, jujur dan amanah.
bahawa engkau rasai dengan perasaan yang jernih, Tenangkan jiwa selalu dengan zikir dan amalan yang
hak yang perlu engkau ketahui, dan waktu itu engkau disyorkan Islam. Ke manakah kita akhirnya jika bukan
rasai apa pula kewajipan kepada orang lain. "Engkau ke sana, tempat terakhir kita. Rebutlah peluang
merdeka dan bebas mengembangkan sayap, merdeka minda ini untuk meraih hasil di akhirat nanti
menurutkan kemahuan hati, untuk membuktikan tempat kita selamanya. Teguhkan silaturahim,
bahawa engkau berhak, engkau boleh mengeluarkan pandanglah sesama kita dengan pandangan kasihan,
apa yang terasa di hatimu, asal engkau hormati pula kelembutan, bukannya keganasan, kejahatan dan
kemerdekaan orang lain dan engkau bayarkan kebencian. Buanglah segala sikap yang
kewajipan yang diminta oleh masyarakat kepada memecahbelahkan sesama Islam. Berpegang
engkau," tulisnya. teguhlah dengan ajaran Islam dan bersama ke arah
meningkatkan diri dalam kebaikan. Sabar dengan
Buka minda ujian, redha dengan kehidupan dunia yang tidak
selalunya indah.
Maka bukalah minda, merdekakan diri dengan Marilah kita bebaskan minda kita dengan
terbang bebas mencari kehidupan berlandaskan memerdekakannya dengan menurut hukum Islam
Islam, melayari kehidupan dengan mengambil berat yang sebenar. Insya-Allah.
sesama manusia, membantu membuat kebaikan
tanpa ada rasa penat, dengki, negatif dan malas. Rujukan:
Bebaskan minda dan perbuatan dari perkara kotor Al-Quranul Karim
seperti rasuah, iri hati, menjatuhkan orang lain dan https://www.sinarharian.com.my/article/45380/KOLUM
sebagainya. NIS/Erti-merdeka-yang-sebenar

8

MERDEKA PERJUANGAN

Nik Mohd Sofri bin
Nik Abdul Hamid

Pengenalan Tanpa itu semua, kita tidak akan mampu mengerti
apakah makna “kemerdekaan“ yang sebenar kerana
Pada bulan Ogos setiap tahun, khususnya pada 31 kita akan alpa, leka dan lalai dibuai keseronokan akibat
Ogos, rakyat Malaysia sudah pasti akan mengingati kehidupan yang tidak kenal erti perit, susah dan
tarikh keramat yang sentiasa diraikan di pelbagai terseksa sebagaimana orang–orang terdahulu yang
peringkat sama ada di peringkat negara, negeri, berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan.
daerah atau jabatan-jabatan dan syarikat-syarikat. Ini Kemerdekaan itu terlalu mahal dan tidak ternilai, ia
bagi menzahirkan rasa syukur, bahagia dan gembira tidak boleh dibeli mahupun dijual malah ramai yang
dengan kemerdekaan yang telah dikecapi oleh sanggup berkorban untuk memperolehinya kerana ia
negara ini sejak 1957. Peristiwa bersejarah ini sentiasa tidak datang bergolek mahupun boleh diperolehi
diulang-ulang saban tahun. Begitu juga dengan aktiviti dengan mudah. Kita rakyat Malaysia amat beruntung
penerangan, ceramah, siaran TV, radio dan akhbar- kerana hidup dalam sebuah negara yang merdeka.
akhbar akan menyebut sambutan hari kemerdekaan Kita bebas dalam menentukan masa depan dan hala
dan juga sejarah bagaimana rakyat di negara ini tuju kita sendiri, keluarga, masyarakat mahupun
bermandikan darah, keringat dan air mata untuk negara. Malaysia juga boleh dikategorikan di antara
menjadikannya benar-benar mendapat kemerdekaan negara Islam yang maju, moden dan berdaya saing
sehingga kemanisan merdeka dihayati dengan namun hakikatnya masih ada lagi negara-negara Islam
sepenuhnya. Setiap lapisan rakyat Malaysia tentu yang dijajah mahupun tidak menikmati kemerdekaan
sahaja akan mengingati laungan “Merdeka, Merdeka, yang sebenar.
Merdeka“ yang diucapkan oleh Allahyarham Tunku
Abdul Rahman Al-Haj, bapa kemerdekaan negara di Definisi merdeka
kaca televisyen setiap kali tibanya hari kemerdekaan
negara. Menurut Kamus Dewan, merdeka bermaksud bebas
daripada penjajahan, kurungan, naungan dan
Peristiwa bermakna sebagainya. Ia juga bermaksud lepas daripada tebusan
atau tuntutan serta berdiri sendiri dan tidak bergantung
Kemerdekaan mempunyai pengertian yang cukup pada yang lain.
bermakna bagi rakyat sesebuah negara, maka
wajarlah kita memahami dan menghayati makna Dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia
kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Laungan ‘mahardhika’ telah melalui proses evolusi hingga
“Merdeka“ semata-mata tidak mampu merungkai berbunyi ‘merdeka’ yang membawa maksud bebas.
pengertian kemerdekaan yang tulen dan hakiki. Tidak ‘Mahardhika’ bermakna kemakmuran dan perkasa
cukup dengan hanya mempamerkan semangat dalam bahasa Sanskrit. ‘Mahā’ bermakna sangat atau
patriotik seperti mengibarkan Jalur Gemilang, kita hebat. Perkataan ‘rddhi’ bermakna kemakmuran,
perlu mendalami kisah, sejarah mahupun sementara kata ‘ka’ adalah kata imbuhan yang
pengorbanan perjuang–pejuang kemerdekaan membentuk kata sifat (adjektif).
terdahulu yang berkorban hingga ke titisan darah
terakhir mereka untuk memerdekakan negara Secara umumnya, kebanyakan orang menafsirkan
daripada penjajah. kemerdekaan sebagai bebas daripada belenggu
penjajahan yang bersifat fizikal.
9

Penjajahan berbentuk fizikal yang dikenali sebagai Kemerdekaan dalam pemahaman
imperialisme merupakan suatu rentetan hidup yang sangat yang lebih luas ialah menarik
menghinakan suatu bangsa. Jika anda melihat kemerdekaan manusia itu keluar dari kancah
dari sudut fizikal semata-mata, kemerdekaan sebenarnya pengabdian oleh sesama manusia
tidak dengan sepenuhnya. Setelah penjajahan fizikal berakhir,
negara-negara membangun masih lagi terjajah dengan kepada pengabdian dan
sistem yang ditinggalkan oleh penjajah termasuk sistem kepatuhan kepada Tuhan Yang
sosial, ekonomi, perundangan dan pendidikan.
Islam memberikan kefahaman yang lebih luas dalam perkara Maha Esa.
kemerdekaan. Syed Qutb menukilkan kisah dialog antara
tentera Muslim yang diutus kepada panglima tentera Parsi
yang menjadi prosedur sebelum peperangan dimulakan
dalam petunjuk sepanjang jalan sangat menarik dan wajar
diperhatikan.

Merdeka dari pengabdian
manusia

Kemerdekaan dalam pemahaman yang lebih luas ialah BUYA HAMKA
menarik manusia itu keluar dari kancah pengabdian
oleh sesama manusia kepada pengabdian dan Dalam bukunya bertajuk Falsafah Hidup, beliau
kepatuhan kepada Tuhan Yang Maha Esa. Namun kita menjelaskan berkenaan pengertian kemerdekaan
tidak dapat lari daripada keperluan hidup di dunia ini, seperti berikut: “Kemerdekaan ialah bahawa
tetapi kehidupan di dunia yang fana ini sepatutnya engkau rasai dengan perasaan yang jernih, hak
tidak melalaikan kita kepada kehidupan yang kekal di yang perlu engkau ketahui dan waktu itu engkau
akhirat nanti. Oleh itu, kemerdekaan yang lebih besar rasai apa pula kewajipan kepada orang lain.
ialah terlepas daripada siksaan azab di akhirat nanti. Ini Engkau merdeka dan bebas mengembangkan
adalah persoalan yang perlu difikirkan dengan sayap, menurutkan kemahuan hati, untuk
mendalam dan bertanyakan pada diri kita sendiri, membuktikan bahawa engkau berhak. Engkau
adakah kita benar–benar merdeka ataupun tidak. boleh mengeluarkan apa yang terasa di hatimu,
Jangan semata-mata kita hanya melaungkan kata asal engkau hormati pula kemerdekaan orang lain
keramat “Merdeka” saban tahun, tetapi dalam masa dan engkau bayarkan kewajipan yang diminta
yang sama kita juga hendaklah memerdekakan minda oleh masyarakat kepada engkau.”
dari dibelenggu oleh pemikiran-pemikiran penjajah
yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Pandangan tokoh ilmuan SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS

PENDETA ZA'BA Menurut beliau, apabila disebut “kebebasan” dalam
tradisi Islam ianya merujuk kepada ikhtiyar dan bukan
Beliau menyebut bahawa kemerdekaan ialah “berubah hurriyyah. Ikhtiyar adalah memilih sesuatu untuk
daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan yang lebih baik. Oleh itu, menurut beliau kebebasan
akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik adalah berbuat menurut tuntutan sifat-dasarnya yang
yang membebaskan fikiran; daripada ajaran yang benar dan selari dengan fitrah insani dan tuntutan ilahi.
mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan rakan-
dan menyuburkan dia; daripada i‘tiqad-i‘tiqad yang rakannya telah banyak mencurahkan jasa dan
serong dan terpesong kepada i‘tiqad yang subur baktinya untuk kemerdekaan negara yang tercinta ini.
dan merdeka; daripada kezaliman pemerintahan Bahkan terdapat juga nama-nama yang seringkali
berdasarkan hawa nafsu kepada kesolehan; dan dilupakan daripada lipatan sejarah kemerdekaan
daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan negara walaupun jasa mereka amat besar kepada
menyekat kemajuan kepada fikiran yang tanah air tercinta ini. Mereka juga adalah wira dan
membebaskan kemajuan dan menggalakkan tokoh kemerdekaan negara yang wajar diangkat dan
kemaraan yang baik-baik dan mulia.” diingati oleh setiap warganegara. Tok Janggut, Tuan
Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Dato Maharajalela,
MALIK BENNABI Mat Kilau, Dato Bahaman, Rosli Dhoby, Dr.
Burhanuddin Al-Helmi dan ramai lagi pejuang
Beliau menjelaskan bahawa perjuangan kemerdekaan adalah di antara tokoh-tokoh yang amat
membebaskan tanah air harus segera disusuli besar jasanya dan berkorban demi untuk
dengan perjuangan memerdekakan minda (Istiqlal kemerdekaan ini.
al-‘aql). Beliau menyedari apalah erti kemerdekaan
bumi pertiwi, jika rakyat peribuminya masih tetap 10
berminda anak jajahan. Membangkitkan jiwa
merdeka adalah agenda terpenting yang tidak boleh
dikompromikan.

Kalimah merdeka dalam jawi

Pada tahun 1935, O.T. Dusseck memberitahu penuntut-
penuntutnya bahawa ada tiga tenaga pendorong dalam hidup
ini iaitu agama, adat resam dan bahasa. Tegas beliau,
“...bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta
manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa
terbesar di dunia. Jangan lupakan hakikat itu. Pelihara bahasa
kamu itu, berusahalah meninggikannya ke tarafnya yang layak
di kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu
tinggi, akan tinggilah juga taraf bangsa kamu”. (The Straits
Times, 1935)
Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting
dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting
dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan
perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-
perjanjian penting antara pihak-pihak di raja Melayu dengan
pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu,
pemasyhuran Kemerdekaan bagi negara Malaysia antara lain
juga tertulis dalam abjad Jawi. Dokumen ini adalah penyataan
kemerdekaan yang penting sebagai tanda pembebasan politik
daripada pihak penjajah. Pemasyhuran ini juga bermakna kita
tidak lagi dijajah atau dikuasai oleh orang lain dan kita bebas
menentukan bentuk pemerintah mengikut acuan dan hala tuju
negara kita sendiri. Abjad Bukti bertulis mengenai
pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam
bahasa Melayu bertulisan Jawi. Dokumen pemasyhuran
Kemerdekaan telah ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa
Melayu yang ditulis Jawi dan Bahasa Inggeris. Umpamanya
kalimah merdeka dieja seperti berikut: mim (mengikut), ro'
(Rasul), dal (dan), ya (yakin) kaf (kepada) alif (Allah).

Kesimpulan

Tidak dinafikan bukan semua yang ditinggalkan oleh penjajah
itu buruk dan tidak elok. Islam mengajar kepada kita
bahawasanya “Hikmah kebijaksanaan itu adalah barang
tercicir kepada orang mukmin yang boleh diambil
manfaatnya jika tidak bercanggah dengan hukum syarak”.
Maka oleh itu ada perkara-perkara baik ditinggalkan oleh
penjajah yang wajar dikekalkan namun terdapat juga
perkara-perkara mesti dibuang demi untuk memerdekakan
jiwa kita daripada belenggu penjajah. Sistem perundangan
adalah contoh yang paling jelas bahawa negara kita masih
lagi belum merdeka secara keseluruhannya. Perundangan
Islam hanya berlegar pada aspek kekeluargaan dan
muamalat semata-mata sedangkan undang-undang jenayah
masih lagi mengekalkan undang-undang peninggalan
penjajah.

RUJUKAN

https://www.sinarharian.com.my/article/99275/KHAS/Pendapat/Istilah-Malaysia-dan-merdeka
https://youtu.be/QvBO6V4c7t4
https://www.academia.edu/12610794/Sejarah_Perkembangan_Tulisan_Jawi
https://www.slideshare.net/NurLidyawatiJasmin/sejarah-perkembangan-ejaan-rumi-dan-jawi
https://www.slideshare.net/tamazira/maksud-kemerdekaan
https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/3657-bayan-linnas-siri-ke-211-kemerdekaan-
marilah-kita-mempertahankannya
https://harakahdaily.net/index.php/2021/09/04/malaysia-sudah-merdeka-masih-ada-bumi-islam-dijajah/

11

Galeri
Album

UNIT PENDIDIKAN ISLAM
DAN MORAL, JABATAN
PENGAJIAN AM, PTSS

APRIL - OGOS
2022

12

Webinar Celik Muamalat

APRIL Webinar Celik Muamalat ini telah dilaksanakan pada 20 April
2022 jam 8.00 hingga 10.00 pagi secara dalam talian
20 menggunakan platform Microsoft Teams. Webinar ini
menampilkan ikon penceramah terkenal iaitu Ustaz Dr.
Zaharuddin bin Abdul Rahman sebagai penceramah. Antara
objektif bengkel yang telah berjaya dicapai ialah dapat
membincangkan isu-isu semasa berkaitan muamalat Islam.

S U M M E R C A M P 2 0 2 0Selain itu, bengkel ini juga dapat memupuk semangat kecintaan
kepada budaya ilmu dan memberi kesedaran serta
pendedahan tentang muamalat Islam dalam kalangan staf,
pensyarah dan pelajar PTSS.

13

Academic Collaboration Between PTSS and Universitas
Muhammadiah Parepare (UMPAR) Indonesia.

Program Sit-In Class ini adalah ialah Ustazah Suhaila binti Mustaffa, Ustaz Nik Mohd Sofri bin Nik
satu alternatif perkongsian ilmu Abdul Hamid dan Puan Azlini binti Awang serta Alumni PTSS iaitu
Noor Asikin Said, manakala Dosen dan tenaga pendidik dari UMPAR
secara dalam talian yang ialah Dr. Andi Abd Muis (M.Pd.I), Tuan Sumadin (S.Pd.I., M.Pd.I) dan
melibatkan kolaborasi antara Puan Lismawati (S.Sy., M.M).
PTSS dan UMPAR, dan telah
Pelbagai ilmu dikongsi antara dua negara ini dan para pelajar juga
diadakan secara berjadual mendapat pengalaman baharu memperolehi ilmu dari ahli
sebanyak tujuh kali bermula Mac akademik dan pensyarah dari UMPAR.
hingga Mei 2022 setiap hari Rabu
jam 9.00 hingga 11.30 pagi secara 14

dalam talian menggunakan
platform Google Meet. Program
ini berbentuk perkongsian ilmu
yang melibatkan pensyarah dan
pelajar PTSS serta Universitas

Muhammadiyah Parepare
(UMPAR) Indonesia.

Program yang julung kali
diadakan oleh Unit Pendidikan

Islam, JPA PTSS ini turut
melibatkan Fakultas Agama
Islam, UMPAR. Antara pensyarah
jemputan PTSS yang terlibat

Team Building JPA 2022

15

Pertandingan

e-Prisma 2022

Pertandingan e-PRISMA telah dianjurkan oleh Unit
Pendidikan Islam dan Moral, JPA yang melibatkan
pertandingan video pelajar bagi penilaian kursus
MPU23052 Pelancongan dan Hospitaliti dalam Islam,
MPU23072 Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam
Islam dan DUA2042 Seni dalam Islam. Program ini
telah berjaya mencetuskan kemahiran rekacipta dan
inovasi dalam kalangan pelajar terlibat serta
meningkatkan kemahiran ICT melalui penghasilan
video bahan inovasi yang telah dihasilkan.
Pertandingan yang diadakan ini bertujuan
melahirkan para pelajar yang berfikiran kreatif dan
kritis dalam menghasilkan produk inovasi yang selari
dengan fiqh Islami.

Pertandingan yang diadakan ini juga bertujuan
menerapkan budaya ilmu dalam kalangan
pelajar di PTSS di samping menyemarakkan lagi
program ilmiah di PTSS. Majlis penutup bagi
mengumumkan pemenang telah diadakan pada
15 Jun 2022 secara dalam talian menggunakan
platform Microsoft Teams.

16

Bengkel
Penyediaan &
Pemurnian CQI
Kursus-Kursus

UPIM

Bengkel Penyediaan dan Pemurnian CQI Kursus-Kursus Unit Pendidikan Islam dan Moral ini telah
diadakan pada 27 Julai 2022 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bengkel berlangsung di Bilik Seminar
Si Kantan, Pauh Inn melibatkan seramai 18 orang pensyarah Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan

Pengajian Am, PTSS. Pengisian program amat bermanfaat dan telah mencapai objektif yang telah
digariskan dengan penambahan ilmu-ilmu baharu. Antara objektif yang telah berjaya dicapai ialah
penyelesaian isu permasalahan berkaitan pencapaian CLO setiap kursus UPIM serta mencadangkan
CQI yang bersesuaian. Justeru, pencapaian objektif tersebut akan melancarkan serta menambah baik

proses pengajaran dan pembelajaran yang akan datang.

17

Buletin Al - Irsyad | Edisi 17 |
Ogos2022 | Muharram 1444h


Click to View FlipBook Version