berbeza pandangan Edisi 22 Jun 2024 Zulhijjah 1445H U N I T P E N D I D I K A N I S L A M & M O R A L , J A B A T A N P E N G A J I A N A M , P T S S B U L E T I N Al- Irsyad Menuju jalan dosa atau pahala ?
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, 2018 Hak Cipta Terpelihara. Tiada mana – mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin dari penerbit. Hak Cipta Terpelihara. Tiada mana – mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin dari penerbit Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan - dalam - Penerbitan Ilustrasi : Sumber internet Diterbitkan oleh: Unit Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pengajian Am, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis BULETIN AL-IRSYAD Penaung I En. Abdul Malek bin Hassan Penaung II Puan Norlili Juwita binti Arshad Penasihat I Dr. Isyati binti Suparman Penasihat II En. Thohir bin Bahador Editor Ainul Farhaan binti Harun Norhafizah binti Mohd Ghazali Nozira binti Ahmad Konsep dan Layout Buletin Ainul Farhaan binti Harun Sidang Redaksi i
Team Buletin Al-Irsyad Ainul Farhaan binti Harun Norzira binti Ahmad Norhafizah binti Mohd Ghazali ii
1-5 7-8 13-25 Adab Ikhtilaf Berbeza Pandangan Dalam Islam, Menjurus Dosa atau Pahala? Lensa UPIM: Galeri Album Aktiviti UPIM Jan-Mei 2024 Kupasan menarik dan ilmiah tentang adab-adab yang perlu dititikberatkan apabila berlakunya perselisihan dan perbezaan pendapat antara satu sama lain. Oleh : Sharihan bin Shahidan Perkongsian penuh manfaat yang dicoretkan dalam bentuk yang sangat santai. Penulis mengupas tentang adab berbeza pendapat di zaman Rasulullah dan cara perselisihan ditangani dengan kaedah yang terbaik. Oleh: Zaliha binti Mat Isa Perkongsian ini mengajak kita untuk berfikiran positif dalam menimbang tara paparan di layar media sosial. Penulis juga mengajak pembaca untuk sentiasa yakin bahawa kebahagiaan bukan hanya apa yang terpapar di skrin telefon semata-mata. Kupasan Menarik Buletin Al-Irsyad Edisi 22 1445H | 2024 iii Sekilas Pandang Terhadap Perbezaan 10-11 Pendapat Dalam Islam Perkongsian penuh manfaat tentang peranan ibu bapa dalam memantau penggunaan media sosial oleh anak-anak. Ini bagi memastikan anak-anak tidak terjebak dengan jerat media sosial yang kian meruncing masa kini. Oleh: Norzira binti Ahmad
Adab IKHTILAF Ikhtilaf ialah: Pendapat-pendapat yang lahir dari ulama mujtahidin dalam masalah-masalah ijtihadiyyah yang tiada nas qat'ie padanya. Pendapat-pendapat terhadap masalah-masalah yang berlaku di antara dua pihak yang jelas bertentangan menurut pandangan mujtahidin disebabkan tersembunyi sebahagian dalil-dalil dan tidak ditemuinya. Pada ruangan kali ini kita akan menukilkan suatu topik yang sangat penting iaitu tentang adab berbeza pandangan atau pendapat. Perbezaan pendapat di antara manusia adalah perkara yang sangat mungkin terjadi dalam kehidupan seharian manusia. Perkara ini berlaku disebabkan kemampuan, pemahaman, wawasan, kecenderungan dan keinginan manusia berbeza-beza. Oleh yang demikian, di dalam menyantuni perbezaan pandangan ini maka perlu ada adab yang menguruskan perbezaan pandangan tersebut. Sekiranya dibiarkan tanpa adab maka akan muncul sikapsikap yang negatif seperti sombong, suka menyalahkan orang, suka menghina pandangan orang lain, sikap menganggap pandangannya sahaja yang betul dan sebagainya. Malah yang lebih melampau lagi adalah menghukum sesuatu pandangan dan pendapat yang tidak sealiran dengannya dengan menggunakan perkataan sesat, fasiq, munafik dan kafir. 1 Sharihan bin Shahidan Pendahuluan Pengertian perbezaan pandangan (ikhtilaf) Ikhtilaf dalam bahasa Arab membawa maksud : tidak sependapat atas sesuatu perkara. Dalam erti kata lain setiap orang mengambil yang berbeza sama ada dalam perkataan mahupun pendapat. Ikhtilaf juga memberi erti tidak sama. Oleh itu, setiap yang tidak sama dikatakan ikhtilaf. Sementara Khilaf ialah pertentangan atau berlawanan. Maka ia memberi makna sama dengan ikhtilaf walaupun maknanya lebih umum. Al-Imam al-Syatibi berpendapat bahawa: Al-Khilaf ialah suatu yang lahir dari hawa nafsu yang menyesatkan dan bukan hasil dari mencari objektif syarak dengan mengikut dalil-dalilnya. Ikhtilaf
Islam telah meletakkan sendi-sendi adab yang tinggi bagi seorang muslim yang berjalan di atas manhaj dakwah yang benar, dalam pergaulannya bersama saudara-saudaranya ketika berselisih faham dengan mereka. Cukuplah dengan kita menghayati sabda Nabi Muhammad SAW sebagai pembawa rahmat dan petunjuk. َما ُبِعْثُت ُأِلَتِّمَم َصاِلَح ا َأْلْخاَلِق َّن ِإ Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak-akhlak yang mulia.” (HR. Al-Bukhari dan Imam Ahmad) Malah kaedah asal di dalam dakwah adalah berdakwah dengan kelembutan, hikmah dan kasih sayang. Allah SWT berfirman: “Serulah manusia ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan nasihat dan berilah nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu jua yang lebih mengetahui orang yang mendapat hidayah.” (An-Nahl: 125) Para sahabat Nabi dan generasi terbaik seterusnya di kalangan para ulama dan para fuqaha yang terdiri dari imam-imam mazhab tidak pernah mendakwa bahawa pandangan mereka yang paling betul dan mesti diikuti. Sebaliknya menganjurkan supaya mengikut apa sahaja dalil yang boleh membawa kepada kebenaran al-Quran dan Sunnah. Para ulama melakukan ijtihad terhadap sesuatu perkara mengikut kadar kemampuan mereka meneliti masalah tersebut berdasarkan al-Quran dan al-Hadis. Mereka akur jika berlaku kesilapan atau kealpaan terhadap ijtihad yang mereka lakukan. Oleh sebab itu, Imam al-Syafi’e rahimahullah mempunyai dua bentuk aliran mazhab iaitu “mazhab qadim” ketika beliau berada di Iraq dan “mazhab jadid” ketika berada di Mesir. Kata Imam al-Syafi’e: كل ما قلته فكان من رسول هللا خالف قولي مما صحفهو أوىل وال تقلدوني “Setiap apa yang aku ucapkan dan didapati ia menyalahi pendapatku dari apa yang sahih diriwayatkan daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم ,maka (hadith Nabi صلى الله عليه وسلم (itu lebih utama, jangan kamu mengikutiku.” Oleh itu, umat Islam perlu memahami disiplin ketika berlaku perbezaan pandangan atau pendapat tanpa membawa kepada pertengkaran, pertikaian serta taksub buta. Orang yang mengaku berpegang dengan disiplin ikhtilaf yang benar maka dia mesti mengetahui bagaimana disiplin ikhtilaf di dalam perkara-perkara yang boleh diperselisihkan. Para ulama telah menjelaskan tentang bagaimana menghadapi perbezaan pandangan di dalam perkara-perkara yang boleh diperselisihkan iaitu perkara-perkara khilafiyah. Antaranya Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah di dalam kitabnya Majmuk Fatawa, Ibnu Qayyim di dalam kitabnya ‘ilaamul Muwaqi’iin, Ibnu Rajab al-Hambali di dalam kitabnya Jami’ul Ulum wal Hikam, Imam Nawawi di dalam kitabnya Al-Arba’in AnNawawiyah dan juga di dalam kitab-kitab ulama yang lain. Para sahabat Nabi dan generasi terbaik seterusnya di kalangan para ulama dan para fuqaha yang terdiri dari imam-imam mazhab tidak pernah mendakwa bahawa pandangan mereka yang paling betul dan mesti diikuti. Sebaliknya menganjurkan supaya mengikut apa sahaja dalil yang boleh membawa kepada kebenaran al-Quran dan Sunnah. Apabila mereka membuat keputusan terhadap sesuatu hukum, mereka tidak ragu-ragu untuk mengatakan: هذا رأيي وهو صواب يحتمل الخطأ، فإن أصبت فمن هللا وإن أخطأت فمني “Ini pendapatku kemungkinan betul boleh jadi juga salah, maka jika aku betul itu dari Allah dan jika aku salah ia adalah kerana kekuranganku.” 2 Kaedah asal dakwah Jauhi mentaliti ‘Pendapat Aku Sahaja Yang Benar’ Toleransi mengikut ulama terdahulu Kesimpulan daripada perbahasan para ulama di dalam berbeza pandangan di dalam perkara khilafiah ialah bersikap toleransi terhadap orang yang berbeza pandangan dengan kita selagi mana permasalahan tersebut adalah permasalahan khilafiyah. Seterusnya kita berusaha mencari kebenaran dari sekalian pendapat yang diperselisihkan.
Tidak menjadi kesalahan sekiranya kita mengatakan pendapat kita lebih hampir kepada kebenaran manakala pendapat yang lain tidak di dalam perkara khilafiyah. Perkara ini telah dilakukan oleh ulama sejak dahulu lagi. Mereka menulis buku dan mereka saling berbeza dan membantah tetapi tidak disertai dengan cacian dan kata-kata yang kesat. Malah mawaddah dan husnul dzan sesama mereka masih terjaga. Walaupun berlaku perbezaan pandangan di antara mereka tetapi mereka masih saling memuji di antara mereka tanpa memecahbelahkan barisan kaum muslimin. Adab inilah yang hilang dari sebahagian penuntut ilmu. Sekiranya kita menelusuri pandangan para ulama terdahulu, mereka juga berhadapan dengan perkara khilaf dalam banyak permasalahan. Di dalam kitab Bidayatul Mujtahid karangan Ibnu Rusyd kita akan dapati dari bab pertama hingga akhir semuanya ada khilaf. Dia menyampaikan semua pandangan ulama fekah dari pelbagai mazhab tanpa ada celaan dan cercaan. Begitu juga dengan Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin, ketika dia menyampaikan pengajian maka dia akan menyebut semua pandangan mazhab dan menyatakan kecenderungan kepada pandangan sesuatu mazhab tanpa mencela dan mencerca pandangan mazhab yang lain. Islam telah menggariskan prinsip-prinsip muzakarah, berdialog dan berbincang dalam sesuatu perkara dengan adab yang baik. Perbincangan itu haruslah berteraskan kepada akal yang sejahtera dan matang, berpaksikan kepada sumber Islam yang autentik dan bukannya diselesaikan mengikut perasaan dan sentimen kepartian Kita tidak dapat menafikan bahawa ikhtilaf (perselisihan pandangan) pasti akan berlaku dalam kalangan ulama’, tetapi di sebalik fenomena ini ada beberapa kesan yang sangat mengaibkan telah berlaku kepada masyarakat Islam; iaitu:- 3 Toleransi mengikut ulama terdahulu Pertama Sibuk menimbulkan masalah-masalah kecil yang bersifat ijtihadiyah dan melupakan masalah-masalah besar. Sebagai contoh, ketika mana Ibnu Umar r.a ditanya oleh seorang lelaki dari Iraq berkenaan hukum darah lalat. Lalu Ibn Umar menjawab: وا اْبَن اْبَنِة َرُسوِل ِهَّللا َصىَّل َتُل وَن َعْن الُّذَباِب َو َقْد َق ُل ْلِع َراِق َيْس َأ ْهُل ا َأ َم ُهَما َرْي َحاَنَتاَي ِمْن َّل ْيِه َوَس اَل الَّنِبُّي َصىَّل ُهَّللا َعَل َم َو َق َّل ْيِه َوَس ُهَّللا َعَل الُّدْنَيا Maksudnya: Orang Iraq ini bertanya kepada aku berkenaan darah lalat padahal mereka telah membunuh cucu Nabi SAW sedangkan Nabi SAW mengatakan bahawa mereka berdua (Hassan dan Hussain) haruman wangi (penyejuk hati) di dunia. Kedua Berdebat dengan melakukan pendekatan yang emosional dan tidak sanggup mengakui kebenaran yang dikemukakan oleh orang lain. Hal ini menyebabkan kelompok perdebatan yang terlibat semakin ghuluw (melampau) dan permusuhan menjadi semakin parah. Ketiga Cenderung untuk memilih pendekatan yang keras bukan pada tempatnya, memberatkan diri dan mempersulitkan kaedah-kaedah Islam dalam menentukan hukum. Sikap taksub (fanatik) terhadap pegangan tertentu sehingga mereka banyak disibukkan dengan perdebatan sesama sendiri dan melupakan musuhnya yang sebenar. Hal ini menyebabkan lahirnya sikap sangka buruk sesama saudara Islam. Keempat Banyak terjebak dengan masalah-masalah yang berbentuk terminologi sahaja yakni perkara-perkara yang bersifat pengistilahan semata-mata sehingga menimbulkan kekeliruan terhadap pemikiran umat Islam. Kelima Wujud sikap memperlekeh para ulama kerana tidak sependapat dengan pendapat mereka. Bahkan ada yang sanggup menghina atau mencaci para ulama sama ada secara langsung atau tidak dengan mencipta alasan-alasan yang pelbagai.
1 Syariat Islam telah menggariskan prinsip-prinsip muzakarah, berdialog dan berbincang dalam sesuatu perkara dengan adab yang baik. Perbincangan itu haruslah berteraskan kepada akal yang sejahtera dan matang, berpaksikan kepada sumber Islam yang autentik dan bukannya diselesaikan mengikut perasaan, sentimen kepartian, fanatik kesukuan, taqlid buta, apatah lagi ledakan emosi. Umat Islam mesti mendepaninya dengan sikap insaf dan merendah diri, menegur demi kebaikan bersama bukan untuk meraih populariti. Imam al-Zahabi rahimahullah di dalam karyanya Siyar A’lam alNubala’, mengisahkan akhlak seorang tokoh feqah besar iaitu Imam al-Syafi’e berkenaan perselisihan beliau dengan Imam Abu Musa Yunus bin Abd al-A’la al-Shadafiy al-Masri. Kata Yunus alShadafiy: ما رأيت أعقل من الشافعي، ناظرته يوما في مسألة، ثم افترقنا، ولقيني، فأخذ بيدي، ثم قال: يا أبا موسى، أال يستقيم أن نكون إخوانا وإن لم نتفق في مسألة “Tidak aku lihat orang yang paling berakal seperti Imam alSyafi’e; pada suatu hari aku berdebat dalam satu masalah sehingga kami bertelingkah, lalu beliau menemuiku serta memegang tanganku kemudian berkata; Wahai Abu Musa (Yunus al-Shadafiy) hendaklah kita sentiasa bersaudara sekalipun kita tidak bersepakat dalam satu masalah.” ADAB Meninggalkan Fanatisme Terhadap Individu, Mazhab dan Golongan 4 Prinsip muzakarah dalam Islam Landasan Moral dalam Berbeza Pendapat Di antara hal yang sepatutnya dijaga dalam menghadapi perbezaan pendapat dan menjauhi perselisihan adalah dengan mengikuti manhaj pertengahan yang mencerminkan sikap tawazun (keseimbangan) dan keadilan, jauh dari sikap berlebihan atau mengurangi ajaran agama. Sikap ini merupakan faktor terpenting bagi setiap muslim demi tercapainya persatuan dan keakraban sesama mereka. Sikap yang berlebihan akan mengakibatkan kehancuran, sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasalam: “Binasalah orang-orang yang berlebihan” tiga kali Rasulullah menyebutkan hal ini sebagai berita akan kehancuran mereka yang berlebihan dalam agama.” Mengikuti Manhaj Pertengahan dan Meninggalkan Sikap Berlebihan dalam Agama 1 2 Seseorang akan mampu bersikap ikhlas sepenuhnya kepada Allah dan sentiasa berpihak kepada kebenaran jika ia dapat membebaskan dirinya dari fanatisme terhadap pendapat individu, mazhab, ataupun golongan. Dengan kata lain, ia tidak mengikat dirinya kecuali dengan dalil, jika dilihat adanya dalil yang menguatkan ia akan segera mengikutinya sekalipun bertentangan dengan mazhab yang dipegangnya atau perkataan imam yang dikaguminya atau golongan yang ia cenderung kepadanya. Pada dasarnya, bagi pengikut mazhab tertentu, jika ia benar–benar konsisten serta berpegang teguh kepada mazhab yang ia ikuti, maka fanatisme mazhab ini tidak akan terjadi disebabkan ia benar-benar telah mengamalkan pesanan-pesanan serta ajaran imam-imam mazhab mereka. Imam Abu Hanifah contohnya, beliau pernah berpesan: إذا قلت قوال يخالف كتاب هللا تعاىل وخبر الرسول صىل هللا عليه وسلم فاتركوا قولي “Apabila aku mengatakan sesuatu perkataan (pendapat) yang menyelisihi Al-Quran dan Sunnah Rasulullah maka tinggalkanlah perkataanku tersebut.” Imam Malik bin Anas pun pernah mengatakan hal yang sama yang dinukilkan oleh Ibnu Abdil Barr: إنما أنا بشر أخطئ وأصيب فانظروا في رأيي فكل ما وافق الكتاب والسنة فخذوه وكل ما لم يوافق الكتاب والسنة فاتركوه “Aku ini hanyalah manusia yang kadangkadang salah dan kadang-kadang benar. Maka perhatikanlah pendapatku, setiap pendapat yang sesuai dengan Kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya, maka ambillah. Dan yang tidak sesuai maka tinggalkanlah.” Begitu pula Al-Imam As-Syafi’i pernah mengatakan hal yang serupa: إذا وجدتم في كتابي خالف سنة رسول هللا صىل هللا عليه وسلم فقولوا بسنة رسول هللا صىل هللا عليه وسلم ودعوا ما قلت “Jika kamu menemukan dalam kitabku ada pendapat yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW, maka berkatalah sesuai sunnah tersebut, dan tinggalkanlah perkataanku.”
Di antara akhlak dasar yang sangat penting dalam pergaulan sesama muslim apalagi dalam berbeza pendapat adalah hendaknya sentiasa berprasangka baik kepada orang lain serta menanggalkan kaca mata hitam ketika melihat amalan-amalan mereka. Di samping itu juga berusaha untuk tidak menyakiti perasaan atau pun mencela orang yang berbeza pendapat khususnya dalam masalah khilafiyah. Kekeliruan seseorang dalam masalah ijtihadiyah tidak boleh dicela dan mesti dimaafkan, bahkan mungkin saja ia memperoleh pahala dari Allah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Demikianlah manhaj para salaf dalam berbeza pendapat yang menyangkut masalah ijtihadiyah. Mereka tidak saling mencela atau menyakiti, tetapi saling memuji sekalipun tetap berbeza pendapat. Akhlak dasar yang sangat penting dalam pergaulan sesama muslim apalagi dalam berbeza pendapat adalah hendaknya sentiasa berprasangka baik kepada orang lain serta menanggalkan kaca mata hitam ketika melihat amalan-amalan mereka. Di samping itu juga berusaha untuk tidak menyakiti perasaan atau pun mencela orang yang berbeza pendapat khususnya dalam masalah khilafiyah. Faktor lain yang akan mendekatkan orang-orang yang berselisih dan berbeza pendapat adalah sikap menjauhi perdebatan, bantah membantah yang tercela dan permusuhan sengit. Kerana Islam, sekalipun memerintahkan perbezaan, namun dengan cara yang baik. Islam mengecam perdebatan yang bertujuan mengalahkan lawan dengan segala cara, tanpa berpegang teguh kepada logik yang sihat dan timbangan yang bijaksana antara kedua belah pihak. Berprasangka Baik, Tidak Menyakiti dan Mencela Menjauhi Perdebatan dan Permusuhan Sengit Kesimpulan 3 4 5 Perbezaan pendapat yang terjadi di kalangan kaum muslimin ketika ini khususnya yang berkaitan masalah khilafiyah, furu’iyah dan ijtihadiyah dalam Islam akan menjadi suatu hal yang indah, keberagaman yang harmoni, semangat toleransi yang tinggi, jika mampu ditangani dengan adab yang baik, arif dan bijaksana serta mengutamakan nilai-nilai ukhuwah Islamiyah, sehingga Islam benar-benar akan tampil di muka bumi ini sebagai agama yang membawa rahmat bagi semesta alam. Akhirnya, marilah kita sama-sama renungi kata-kata Syaikh Rasyid Ridha rahimahullah: نتعاون فيما اتفقنا عليه ويعذر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه “Kita saling bantu-membantu dalam menegakkan perkara yang kita sepakati, dan saling bertolak ansur di antara kita dalam perkara khilafiyyah.”
Kata ibnu Abbas: “Janganlah engkau berdebat dengan orang yang bodoh, jangan pula dengan orang yang berilmu, orang yang berilmu akan mengalahkanmu (dalam perdebatan), sementara orang bodoh hanya akan menyakitimu (Al Bidayah Wal Nihayah) 6
Zaliha bint Mat Isa Seringkali persoalan ini dilontarkan kepada saya oleh pelajar suatu ketika dahulu. Bolehkah kita berbeza pendapat ustazah? Tidak berdosa dan berpecah belahkah kita? Saya tidak terus menjawab persoalan ini secara ilmiah kerana ada manusia bila dijawab secara ilmiah, makin mendalam pula soalannya. Saya bertanya balik pada orang yang bertanya tersebut. Kita ini robot atau manusia? Lalu dijawabnya manusia. Kita ini ada akal atau tidak? Lalu dijawabnya ada. Apa beza kita dengan robot? Dijawabnya robot tiada akal, manusia ada akal. Bila kita ada akal boleh tak berbeza pendapat? Dijawabnya boleh. Ya, itulah jawapannya, sebab boleh dik, tetapi ada syarat-syaratnya ya. Syarat-syarat inilah yang menentukan dosa atau pahala apabila dilanggari sempadannya. berbeza pendapat dalam islam: menjurus kepada dosa atau pahala? 7 Bolehkah berbeza pendapat? Perbezaan membuahkan percambahan idea Betul sekali pembaca budiman, sebagai manusia yang Allah SWT ciptakan sebagai khalifah di muka bumi ini serta dikurniakan akal fikiran maka berbeza pendapat itu perkara biasa dalam kehidupan. Itulah indahnya ciptaan Allah yang unik ini yakni manusia. Bertitik tolak daripada perbezaan pendapat, diskusi, berhujah, berdebat serta percambahan minda maka lahirlah pelbagai teknologi yang dihasilkan dan dihidangkan kepada kita pada hari ini. Semuanya pasti melalui proses eksperimen atau ujikaji yang berulang kali dan tahap inovasi yang tinggi serta perbezaan pendapat dari pelbagai pakar sehingga kita dapat menggunakan aplikasi canggih seperti pelbagai sistem komputer, Artificial Intelligence ( AI ) dan lain-lain lagi. Jika robot pula, ia hanya mengikut serta menurut apa sahaja yang telah disetkan pada sistem dan datanya tanpa boleh kita membantah atau menghalang. Persoalannya apakah syaratnya kita berbeza pendapat ini? Mari kita menelusurinya…… Di zaman Rasulullah SAW dan sahabat r.a, pernah berlaku perselisihan pandangan di antara para sahabat r.a. Mereka berbincang dan bersepakat dengan satu pandangan, misalnya berkenaan dengan lokasi pertempuran dalam perang Uhud. Ada di antara para sahabat mencadangkan agar tentera Islam bertahan di dalam Kota Madinah manakala sekelompok lagi mencadangkan di luar Kota Madinah yakni di Bukit Uhud. Perselisihan pandangan itu tamat apabila mereka sepakat agar tentera Islam bertahan di Uhud dan bukan di dalam Kota Madinah. Di zaman Saidina Abu Bakar r.a berlaku isu pengumpulan al-Quran, sama ada perlu dikumpulkan dalam satu mushaf atau tidak. Akhirnya semua orang Islam sepakat dan bersetuju dengan pandangan Saidina Abu Bakar r.a iaitu al-Quran perlu dikumpulkan di dalam satu mushaf lantaran ramai para huffaz al-Quran yang syahid semasa perang Yamamah. Ada juga perselisihan di zaman itu yang terus dibiarkan tanpa kata sepakat seperti yang berlaku dalam menentukan waktu solat asar dalam peperangan Bani Quraizah. Perselisihan pendapat juga berlaku berkaitan dengan isu-isu hukum fiqh dalam kalangan sahabat r.a, serta boleh juga dilihat dalam banyak isu yang lebih besar seperti perselisihan berkenaan hukuman ke atas pembunuhan Saidina Osman r.a, keharusan pelantikan khalifah sebelumnya dan sebagainya. Perbezaan pandangan zaman Rasulullah
8 01 Adab menguruskan perselisihan pendapat Setiap perselisihan itu hendaklah dirujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah. Mana-mana pandangan yang bertentangan dengan al-Quran dan asSunnah, hendaklah ditolak. Misalnya pandangan yang diutarakan itu jika jelas bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah serta menyimpang daripada akidah yang benar maka ianya ditolak. Firman Allah SWT: “Jika kamu berselisih pada sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasul jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat…” (an-Nisa’ : 59) Al-Quran dan as-Sunnah pula hendaklah dirujuk mengikut keadaan yang betul serta benar sebagaimana manhaj yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Ianya bukan sekadar menggunakan akal semata-mata atau menggunakan manhaj penafsiran luar daripada amalan Rasulullah SAW. Antara punca perselisihan yang membawa kepada permusuhan adalah pihak yang berselisih tidak mahu tunduk menyerahkan kebenaran itu kepada wahyu. Apabila akal dan emosi menguasai diri, pandangan peribadi akan dipertahankan sehingga menimbulkan ketegangan dan permusuhan. Dua, tiga mahupun empat pandangan yang bertentangan akan dapat diharmonikan jika kesemuanya tunduk kepada apa yang sampaikan oleh wahyu. Kembali pada al-Quran dan Sunnah 01 Apabila berlaku perbincangan terhadap perkara yang diperselisihkan, perbincangan tersebut hendaklah berlaku dengan tujuan untuk mencari kebenaran. Masingmasing hendaklah daripada awal perbincangan bersedia daripada segi mental dan emosinya untuk tunduk kepada kebenaran hakiki bukan mempertahankan pandangannya sendiri. Mencari titik kebenaran 02 Ketika berselisih pendapat, hendaklah sentiasa dibezakan di antara perkara yang telah menjadi persepakatan dalam kalangan ulama dan juga perkara yang tidak disepakati. Imam Syafie berkata: “Aku tidak bermuzakarah dengan seseorang kecuali aku akan berdoa, Ya Allah alirkanlah kebenaran pada hati dan lisannya. Jika kebenaran itu padaku, dia sanggup mengikutiku. Jika kebenaran itu padanya, aku mengikutinya.” Jadikan ulama sebagai panduan 03 Akhir sekali, permusuhan akan timbul jika perbincangan dibuat dengan tujuan untuk melihat siapa kalah dan siapa yang menang. Niat untuk mengalahkan pihak lawan akan membawa kedua-dua pihak ke arah mereka-reka hujah, menggunakan bahasa yang kasar dan kesat, penghujahan dipenuhi emosi dan lain-lain tindakan yang negatif. Namun sebaliknya jika tujuan perbincangan adalah untuk mencari kebenaran maka perbincangan itu akan berada dalam suasana ilmiah, harmoni, kasih sayang dan bahasa yang digunakan juga akan lebih sopan agar tidak ada pihak yang akan terguris hati. Saya akhiri penulisan ini dengan serangkap pantun Mempelam harumanis di dalam perahu Di bawa oleh Pak Cik Karim Usah bertelagah dalam perkara yang tak perlu Risau terputus hubungan silaturrahim Kesimpulan
SYAIR DARI IMAM ASY-SYAFI’I RAHIMAHULLAH, “APABILA ORANG DUNGU ITU BERBICARA, MAKA TIDAK USAH DIJAWAB. SEBAIK-BAIK JAWABAN UNTUKNYA ADALAH DIAM. JIKA KAMU MENJAWABNYA, KAMU MEMBERI JALAN UNTUKNYA. JIKA KAMU BIARKAN, DIA AKAN MATI SAMBIL MARAH” (DIIWAAN ASY-SYAFI’I). 9
ADAB PERBEZAAN PENDAPAT DALAM ISLAM Perkara ini juga bertepatan dengan apa yang disifatkan Rasulullah SAW tentang umatnya yang akan berpecah-belah, meskipun banyak bilangannya akan tetapi lemah dan rapuh seperti buih di lautan. Ilmuwan Islam, Taha Jabir al-Alwani melalui karya beliau” Adab al-Ikhtilaf fi al-Islam” menggariskan perbezaan pendapat kepada tiga kategori, iaitu: Perbezaan pendapat yang didorong oleh hawa nafsu iaitu yang lahir daripada sifat keinginan untuk mencapai kepentingan diri. Perbezaan pendapat berpunca daripada kebenaran iaitu yang lahir daripada sumber kebenaran ilmu, kehendak akal sihat dan desakan iman. Perbezaan pendapat yang terumbang-ambing iaitu antara pujian dengan celaan. 10 Sekilas Pandang Terhadap Norzira binti Ahmad Antara masalah besar yang melanda umat Islam hari ini ialah berlakunya ikhtilaf atau perbezaan pendapat yang membawa kepada perbalahan dan pergaduhan yang berpanjangan. Situasi ini disemarakkan lagi dengan kepesatan perkembangan pelbagai platform media sosial yang hanya di hujung jari sehingga membawa kepada budaya fitnah, maki hamun dan salah menyalahi antara satu sama lain. Masalah ini telah menyebabkan masyarakat Islam menjadi lemah dan tiada kekuatan. Allah SWT telah berfirman: “…Dan janganlah kamu berbantah-bantahan, kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu...” (al-Anfaal, 46) Budaya negatif ini juga ternyata menyebabkan masyarakat kita berpecah belah dan berpuak-puak. Firman Allah SWT lagi: “Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikit pun dalam (perbuatan) mereka…” (al-An‘ām, 159) Kategori perbezaan pendapat menurut Taha Jabir alAlwani
Kesimpulannya perbezaan pendapat dalam Islam adalah lumrah dan tidak dilarang. Namun, etika, kaedah dan adab tertentu hendaklah dijaga agar perselisihan berlaku tidak membawa kepada sesuatu yang buruk dan negatif. Pelbagai program latihan dan pendidikan konstruktif amat relevan diperkukuhkan lagi bagi membentuk pemikiran masyarakat agar lebih memahami dan mengamalkan Islam secara tulen, memperkasakan institusi pendidikan serta melahirkan masyarakat berfikiran kritis. ADAB PERBEZAAN DALAM ISLAM PENDEKATAN PERSAUDARAAN MENJAGA AKHLAK & ADAB SIKAP BERLAPANG DADA Secara pendekatan persaudaraan iaitu pendekatan yang perlu diutamakan dalam apa pun perbezaan pendapat yang timbul, walaupun terdapat padanya pelbagai khilaf. Inilah teladan yang telah diajarkan oleh para sahabat kepada kita dalam mendepani sesuatu isu perbezaan pendapat dalam kalangan umat Islam. Ketika berbeza pendapat amatlah penting untuk mencari sebarang penyelesaian bagi setiap isu. Raikanlah akhlak dan adabnya supaya ia tidak membawa kepada perkara lebih buruk seperti permusuhan, perbalahan, kata-mengata, menghasut, sehinggalah kepada pembunuhan dan peperangan. Amat malang jika umat Islam hari ini hanya sibuk memberi perhatian kepada perbezaan pendapat yang hanya akan membawa kepada kerugian. Apa yang lebih penting, carilah titik persamaan ke arah memajukan umat Islam dalam segenap aspek supaya umat ini menjadi kuat, disegani dan cemerlang di dunia. KESIMPULAN Sikap berlapang dada perlu ada bagi kedua-dua pihak yang berbeza pendapat walaupun kedua-duanya mempunyai hujah dan dalil yang kukuh dalam menguatkan pendapat masingmasing. Oleh itu, tidak perlu untuk saling berbalah dalam menegakkan pendapat masing-masing. Sikap berlapang dada serta meraikan kepelbagaian pendapat orang lain itu perlu diutamakan, bahkan dianggap sebagai suatu sifat terpuji dalam Islam. 11 Hanya masyarakat seperti ini mampu menghadam maklumat secara bijak. terutama dalam zaman kebanjiran maklumat media sosial yang serba laju dan pantas. Apabila adab berkenaan dipatuhi dan dihormati, nescaya lahirlah masyarakat makmur dan dirahmati Allah SWT. Insya-Allah. Oleh itu, perbezaan pendapat dengan pelbagai aliran pemikiran merupakan fenomena sihat yang sepatutnya mencambahkan pemikiran masyarakat dan menjadikan kita lebih terbuka terhadap pelbagai perspektif dan pandangan. Sewajarnya kita dapat bertolak ansur terhadap banyak perkara daripada perbagai aspek dan sudut, serta saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Kaedah ini ternyata lebih positif daripada saling bercakaran dan bermusuhan yang akhirnya mengundang perpecahan dalam kalangan umat Islam. RUJUKAN: 1) Al-Quranul Karim & Al-Hadis 2) Terjemahan Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam, karya Shaykh Dr. Taha Jabir Al-Alwani, 1989, ABIM 3) Mohammad Irfan Salleh, Raikan Perbezaan Pendapat, 2024, Harian Metro
“Tidaklah sebuah kaum menjadi sesat setelah mereka dulunya berada di atas hidayah, kecuali orang yang suka berdebat. Kemudian beliau membaca (ayat), ‘Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu, melainkan dengan maksud membantah saja” (H.R. Tirmidzi dan Ibnu Majah). 12 Kata-kata hikmah
Galeri album aktiviti J A N U A R I - M E I 2 0 2 4 13 Lensa Unit Pendidikan Islam dan Moral
Benchmark Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) 14 08 Januari 2024
Bengkel Penyediaan dan Pemurnian CQI UPIM 13 17 Januari 2024
Majlis Perpisahan & Sambutan Hari Lahir STAF UPIM 14 18 Januari 2024
BENGKEL INTERPRETASI KURIKULUM OBE, PEMURNIAN MODUL DAN ITEM JPA 23-25 Januari 2024 15
Program Pemantapan Sahsiah Sesi II 2023/ 2024 16 17 Feb - 15 Mei 2024
Ceramah AMBANG RAMADAN 06 Mac 2024 17
CERAMAH NUZUL AL-QURAN 27 Mac 2024 18
Jamuan Aidilfitri 2024 19 April 2024 19
Program Bersama AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK) 08 Mei 2024 20
A L B U M A K TIVITI Global Vocational Education Symposium 2024 (GVES’24) L A P O R A N 15 Mei 2024 21
Syarahan Wacana Peradaban Ummah Bersempena Seminar Antarabangsa Peradaban Ummah: Islam dan Jati Diri Melayu 29 Mei 2024 22
‘Benchmark’ Pensyarah POLISAS ‘Benchmark’ dari pensyarah-pensyarah JPA Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) merupakan pembuka tirai aktiviti bagi JPA khususnya Unit Pendidikan Islam dan Moral. Program yang berlangsung pada 8 Januari 2024 ini merupakan ziarah mahabbah dan sesi perkongsian ilmu melibatkan ‘team’ Buletin Al-Irsyad dan Quicksteps. Dalam program tersebut juga, pensyarah yang terlibat dengan penghasilan e-buletin JPA berkongsi tips perancangan dan penyediaan serta konsistensi dalam proses tersebut. Rombongan dari POLISAS yang terdiri daripada 20 orang pensyarah itu diharapkan dapat mengeratkan jalinan ilmiah di antara kedua-dua institusi ini. Pelaksanaan Bengkel Penyediaan dan Pemurnian CQI (Continuous Quality Improvement) Unit Pendidikan Islam dan Moral (UPIM) telah berjalan dengan jayanya. Melalui bengkel ini, para pensyarah telah diberi garis panduan dan teknik penulisan CQI yang tepat selari dengan ketetapan oleh Unit Jaminan Kualiti. Bengkel yang dilaksanakan pada 17 Januari 2024 ini telah dikendalikan oleh Ketua Kursus UPIM iaitu Ustaz Thohir bin Bahador. Melalui bengkel ini, para pensyarah juga diberi ruang untuk melontarkan idea dan berkongsi pengetahuan tentang CQI yang telah dipraktikkan dalam kelas masing-masing. Majlis Perpisahan Staf diadakan pada 18 Januari 2024 bertempat di Al-Syuq Palace and Koffey, Kangar. Majlis diadakan sebagai penghargaan kepada Ustaz Borhannudin bin Ya dan Ustazah Azirah binti Seman yang telah berkhidmat di PTSS selama 17 tahun dan akan berpindah ke tempat baharu. Ustaz Borhannudin akan meneruskan tugas di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra manakala Ustazah Azirah akan mencurahkan khidmat bakti di Kolej Komuniti Arau, Perlis. 23 Bengkel Penyediaan dan Pemurnian CQI UPIM Majlis Perpisahan dan Sambutan Hari Lahir Bengkel Interpretasi Kurikulum, OBE, Pemurnian Modul dan Item JPA khusus untuk pensyarah-pensyarah Jabatan Pengajian Am (JPA) telah berjalan dengan jayanya selama tiga hari bermula pada 23 sehingga 25 Januari 2024. Bengkel ini disertai kira-kira 29 orang pensyarah JPA, yang terdiri dari Unit Pendidikan Islam dan Moral serta Unit Bahasa Inggeris. Puan Norlili Juwita binti Arshad iaitu TPA PTSS telah berkongsi tentang pelaksanaan OBE dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai idea dan tips telah dikongsi untuk meningkatkan lagi kefahaman para pensyarah terhadap pelaksanaan OBE. Selain itu, En. Shaffie bin Hussin (KJ JKE) juga turut berkongsi pengetahuan tentang interpretasi kurikulum kepada semua pensyarah di JPA. Para pensyarah turut melaksanakan perbincangan berkenaan soalan dan arahan penilaian berterusan serta modul untuk memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran pada sesi ini. Secara keseluruhannya, bengkel yang dijalankan ini memberi input yang sangat berguna kepada semua pensyarah. Bengkel Interpretasi Kurikulum, OBE, Pemurnian Modul dan Item JPA
Program Pemantapan Sahsiah Sesi II 2023/ 2024 Program Pemantapan Sahsiah Sesi II 2023/ 2024 ini telah berjalan dengan jayanya pada setiap hari Rabu bermula pada 07.02.2024 dan berakhir pada 15.05.2024 dengan penyertaan semua pelajar semester satu. Program berlangsung sekitar pukul 7.30 malam hingga 9.00 malam bertempat di Pusat Islam Luqman Al-Hakim, PTSS dengan diselia dan dibimbing oleh fasilitator yang terdiri daripada pelajar-pelajar senior, pensyarahpensyarah kursus MPU21032 dan jurubahasa isyarat bagi program Sijil Kemahiran Khas. Pengisian program ini amat bermanfaat kepada semua pelajar dengan penambahan ilmu baharu serta mengulangkaji ilmu yang lalu bagi memantapkan sahsiah dalam diri pelajar. Ceramah sempena Ambang Ramadan yang dilaksanakan pada 6 Mac 2024 telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang baik dari staf dan para pelajar. Penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd Rizal bin Azizan yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pengawasan Agama Islam Negeri Perlis telah mengupas pelbagai isu dan persoalan menarik tentang bulan Ramadan. Penyampaian yang santai dan menarik ini berjaya menambat hati para peserta ceramah dan memacu momentum diri untuk menghadapi bulan Ramadan. 24 Ceramah Ambang Ramadan 2024 Ceramah Nuzul Al-Quran Jamuan Aidilfitri Jabatan Pengajian Am telah diadakan pada 19 April 2024 bermula jam 10.00 pagi bertempat di Jabatan Pengajian Am, PTSS. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran tetamu-tetamu jemputan yang terdiri daripada pihak pengurusan, rakan taulan dari jabatan-jabatan dan unit-unit. Pelbagai juadah dihidangkan untuk dinikmati bersama para tetamu. Jamuan Aidilfitri 2024 Ceramah Nuzul al-Quran yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Sirajuddin bin Abdul Satar, iaitu Imam Besar Masjid dan juga Ketua Penolong Pengarah Dakwah dan Takmir (MAIPs) telah berlangsung dengan jayanya. Ceramah yang dilaksanakan tersebut telah menarik peserta dari kalangan para pensyarah, staf pentadbiran dan pelajar-pelajar politeknik. Penyampaian yang bersahaja ditambah dengan kupasan cerita yang menarik tentang al-Quran dah hikmahnya diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang terlibat.
Program Bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Program Tazkirah An-Nafs (Bimbingan Fardhu Ain) kepada klien muslim bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama Jabatan Pengajian Am Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan Kaunseling Kelompok (Klien Non Muslim). Program ini dijalankan atas inisiatif untuk membentuk jiwa dan dalaman yang kuat dalam kalangan klien. Program ini juga bertujuan membimbing klien berkaitan asas-asas fardhu ain yang merangkumi konsep bertaubat dan cara menunaikan solat sunat taubat yang betul. Bagi klien non-muslim pula, program kaunseling kelompok dilaksanakan bagi membincangkan isu-isu pemulihan diri. Perkongsian rohani yang dilaksanakan ini diharapkan dapat membantu klien-klien untuk berubah ke arah yang lebih baik dan hidup bebas dari masalah yang membelenggu selama ini. ‘Global Vocational Education Symposium 2024 (GVES ’24)’ ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada staf di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dan peserta delegasi daripada Indonesia, untuk membentang dan berkongsi hasil kajian serta penulisan akademik yang dilaksanakan kepada umum. GVES’24 juga bertujuan menjadi platform percambahan minda antara para pensyarah dari Malaysia dan Indonesia demi meningkatkan mutu pendidikan masa kini. Program yang berlangsung pada 15 Mei 2024 ini juga adalah sebahagian daripada aktiviti yang dilaksanakan sempena penyertaan delegasi luar negara ke program I-ProPEx anjuran PTSS, di samping menyertai lawatan akademik anjuran Forum Kerjasama Pendidikan Tinggi (FKPT) Indonesia. GVES’24 juga melibatkan kerjasama dari beberapa perguruan tinggi antaranya Universitas Harapan Medan, Sekolah Tinggi Ilmu Manajemen SUKMA, Politeknik Cendana, Universitas Muhammadiyah Aceh, Universitas Islam Sumatera Utara (UISU), AKUBANK dan Universitas Labuhan Batu (ULB). 25 Global Vocational Education Symposium 2024 (GVES’24) Syarahan wacana yang berlangsung pada 29 Mei 2024 ini telah berjaya menarik penyertaan dari kalangan para staf PTSS, pelajar-pelajar serta peserta luar melibatkan pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti Arau dan imam masjid di sekitar PTSS. Walaupun terdapat kekangan memandangkan ia berlangsung pada minggu peperiksaan akhir, namun penyertaan dan komitmen peserta sepanjang syarahan wacana ini berlangsung amat memberangsangkan. Pembentang syarahan pada program tersebut iaitu Prof. Dr. Ahmad Umar Chapakiya (Pattani,Thailand) telah berkongsi banyak ilmu dan pengalaman tentang peradaban Islam nusantara. Sesi soal jawab juga diadakan bagi membuka ruang kepada peserta untuk mendapatkan pandangan dari Prof Umar tentang dunia Islam masa kini. Melalui syarahan dan wacana ini, para peserta dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan membuka dimensi baharu dunia peradaban Islam. Syarahan Wacana Peradaban Ummah Bersempena Seminar Antarabangsa Peradaban Ummah: Islam dan Jati Diri Melayu
Buletin Al - Irsyad | Edisi 22 | Jun 2024 | Zulhijjah 1445H