WIDURI K A S I H EDISI 15 OKTOBER 2022
Muhammad Nor Fikri bin Dahaman Perpaduan Dalam Sukan Olahraga SUKMA Nurul Hazimah binti Abd Malik Wayang Kulit Tradisional Melayu Kelantan PENASIHAT Puan Ainul Farhaan binti Harun
Muhammad Azrul Syamir bin Amri Sepak Takraw Muhammad Danieal Hakimie bin Mohd Zaharin Perayaan Gawai, Kaum Iban Nurul Shazaliana binti Dahalan Silat Gayong
Alhamdulillah bersyukur ke atas hadrat ilahi dengan limpahan kurnia-Nya serta , kami dapat menyelesaikan tugasan efolio pada masa yang telah ditetapkan. Selawat dan salam juga buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarga kerabat baginda. Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan terima kasih ini kepada pensyarah saya yang dihormati, Puan Ainul Farhaan bt Harun kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan darpadanya telah membuka ruang untuk saya menjayakan tugasan ini. Selain itu, saya juga mahu mengucapkan perhargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja ini. Seterusnya, saya turut ingin mengucapkan penghargaan terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan saya khususnya ahli kumpulan dengan saya kerana banyak memberi pendapat dan peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa sepanjang tugasan kerja ini disiapkan. Mereka juga telah membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya berikan kepada mereka. Akhir Sekali, kami berharap agar e-majalah kami ini dapat memberi manfaat kepada semua para pembaca. Penghargaan
PERPADUAN DALAM SUKAN OLAHRAGA SUKMA MUHAMMAD NOR FIKRI BIN DAHAMAN P E N G E N A L A N S U K A N M A L A Y S I A ( S U K M A ) Sukan Malaysia (SUKMA) dipertandingkan secara dua tahun sekali yang merupakan kejohanan temasya yang terbesar dan berprestij di negara ini. Kejohanan ini diadakan berselang-seli dengan Sukan SEA bagi tujuan mencungkil bakatbakat baru atlet yang berpotensi tinggi untuk mewakili negara. Sukan Malaysia terbit daripada cadangan yang diketengahkan oleh YB. Saudara Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika itu pada tahun 1983. Pada mulanya ia hanya melibatkan sukan tennis, ping pong, lumba basikal, olahraga dan bola tampar, tetapi oleh kerana sambutan yang menggalakkan, maka jenis dan bilangan sukan telah ditambah. Konsep Sukan Malaysia adalah untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu di kalangan masyarakat yang berbilang kaum sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. SUKMA juga mengamalkan konsep pensyarikatan Malaysia di mana pengelolaan akan melibatkan pihak kerajaan, badan-badan Sukan, Majlis Sukan Negara Malaysia dan pihak swasta dari segi penajaannya. Penyertaannya peringkat awal dibuka untuk peserta berumur 21 tahun ke bawah, bagi atlet-atlet yang tidak berada di dalam Program Jaya ’98 (iaitu program penyediaan atlet untuk Sukan Komanwel 1998) manakala atlet-atlet di dalam Program Jaya ’98 tiada had umur dikenakan. Semua penyertaan adalah mengikut Majlis Sukan Negeri-Negeri dan Majlis-Majlis Sukan Tentera, Polis, Universiti, manakala Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia adalah sebagai kontinjen jemputan. Sukan Malaysia sudah menjadi medium yang penting dalam menaikkan nama negeri dalam arena Sukan dewasa ini. Kerajaan Negeri telah bersedia untuk membelanjakan peruntukan yang besar bagi persiapan kontinjen, penyertaannya termasuk juga pemberian ganjaran kemenangan dalam konteks Sukan Malaysia hari ini.
MUHAMMAD NOR FIKRI BIN DAHAMAN J E N I S S U K A N Y A N G D I P E R T A N D I N G K A N Sukan Malaysia (SUKMA) yang dipertandingkan terbahagi kepada dua sukan iaitu sukan teras dan sukan pilihan. Antara sukan yang terdapat dalam sukan teras ialah Akuatik terjun , Akuatik renang , Memanah , Olahraga , Badminton , Boling , Lumba basikal , Hoki padang , Golf , Gimnastik , Perahu layar , Sepak takraw , Menembak , Skuasy , Angkat berat. Antara sukan yang terdapat dalam sukan pilihan ialah Akuatik renang berirama , Akuatik polo air , Bola keranjang , Bola sepak pantai , Bina badan , Tinju , Kanu , Kriket , Ekuestrian , Lawan pedang , Bola sepak , Futsal , Bola baling , Judo , Kabaddi , Karate , Boling padang , Muay thai , Bola jaring , Pencak silat , Petanque , Ragbi , Silambam , Softbol , Ping pong , Taekwondo , Tenis , Bola tampar , Woodball , Wushu. Semua jenis sukan ini dapat dimainkan oleh semua golongan bangsa. Senarai pasukan yang menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) ialah Brunei , Johor , Kedah , Kelantan , Melaka , Negeri Sembilan , Pahang , Perak Darul Ridzuan , Perlis , Pulau Pinang , Sabah , Sarawak , Terengganu , Selangor , Wilayah Persekutuan. Kesemua pasukan ini turut bertanding di dalam kejohanan SUKMA yang berlangsung pada 16 September 2022 yang lalu. S E N A R A I P A S U K A N Y A N G M E N Y E R T A I K E J O H A N A N S U K M A
MUHAMMAD NOR FIKRI BIN DAHAMAN C A R A K E J O H A N A N S U K M A I N I M E M U P U K P E R P A D U A N K A U M Sukan olahraga ini dapat menyatukan rakyat kerana sukan ini adalah agen perpaduan. Contohnya, aktiviti sukan olahraga ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama kaum dan pada masa yang sama sukan olahraga ini boleh menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta. Selain itu,Negara Malaysia yang tercinta ini telah mengadakan Temasya Sukan Malaysia iaitu SUKMA setiap 2 tahun sekali yang mana dapat memupuk perpaduan dalam kalangan permain atau penonton. Seterusnya, kejohanan SUKMA 2022 yang lalu telah menjemput Datuk AzizulHasni Awang, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David pada majlis penutup untuk menyampaikan trofi kepada atlet terbaik lelaki, wanita serta juara keseluruhan edisi kali ini iaitu kontinjen Johor. Oleh itu, sukan SUKMA dapat menyelami erti perpaduan,menghormati antara kaum yang mana kesannya kita dapat mempertahankan kedaulatan. Negara Malaysia yang tercinta ini dapat mencapai kemajuan justeru mampu bersaing dengan negara lain. M U H A M M A D A Z E E M F A H M I Atlet pecut muda negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi memecahkan rekod 100 meter (m) kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Stadium Olimpik Pascual Guerrero di Cali, Colombia. Pelari berusia 18 tahun itu memadam rekod lama 10.18s yang dicipta bekas jaguh pecut Asia Tenggara Khairul Hafiz Jantan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Kuching, Sarawak. Catatan 10.09s dilakukan Muhammad Azeem dalam saingan saringan lapan itu menyaksikan beliau muncul pelari pertama melintas garisan penamat dengan mengejutkan atlet Jepun berusia 19 tahun, Hiroki Yanagita di tempat kedua dengan masa 10.24s. Muhammad Azeem sebelum ini turun ke Kejohanan Olahraga Dunia B-20 dengan reputasi sebagai remaja keempat terpantas Asia masing-masing dalam 100m dan 200m berdasarkan catatan masa sehingga Julai lepas. Muhammad Azeem (L113) digelarkan sebagai raja pecut sukma 2022 dalam acara olahraga 100 meter (m).
S O A L A N T E M U R A M A H 1. Pada pandangan anda, apakah cara untuk menarik minat anak muda untuk menyertai kejohanan SUKMA ? NAMA: MUHAMMAD IKMAL MOHD. SAAD UMUR: 22 PEKERJAAN: FREELANCER 2. Pada pandangan anda, apakah cara untuk menyatukan perpaduan kaum melalui sukan ? menawarkan ganjaran yang setimpal dengan usaha dan mempromosikan bahawa sukan membawa manfaat yang baik untuk semua. memberi peluang pada setiap bangsa untuk menyertai sukan yang belum mereka pelajari.
S O A L A N T E M U R A M A H 1. Pada pandangan anda, apakah cara untuk menarik minat anak muda untuk menyertai kejohanan SUKMA ? NAMA: MUHAMMAD NAZRIN BIN ZAINOL ABIDIN UMUR: 22 INSTITUT: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) PUNCAK ALAM 2. Pada pandangan anda, apakah cara untuk menyatukan perpaduan kaum melalui sukan ? sukan esports, meletakkan hadiah yang menarik, mempelbagaikan sukan baharu dan kemasukan tidak terhad untuk golongan anak muda. pihak yang menganjurkan sukan hendaklah mengadakan pelbagai jenis sukan supaya pelbagai kaum dapat menyertai dan mengenali antara satu sama lain.
S O A L A N T E M U R A M A H 1. Pada pandangan anda, apakah cara untuk menarik minat anak muda untuk menyertai kejohanan SUKMA ? NAMA: NUR FATIHAH PUTRI BINTI ZARUDIN UMUR: 20 INSTITUT: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) 2. Pada pandangan anda, apakah cara untuk menyatukan perpaduan kaum melalui sukan ? Untuk menarik minat anak muda menyertai sukma adalah dengan memperbanyakan infrastruktur di sekolah contohnya melalui infrastruktur ini akan menyebabkan anak muda tertarik dan berminat akan sukan tersebut. Dari situ akan mencungkil bakat anak muda sehinga ke temasya sukma. Seterusnya memperbanyakan program- program yang mendedahkan aktiviti sukan kepada anak muda. Contohnya macam kempen 1 murid 1 sukan. Kempen ini akan mendedahkan kepada anak muda tentang kelebihan menyertai SUKMA kepada diri mereka. Hal ini akan meningkatkan semangat mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat tempat dalam SUKMA. Cara untuk menyatukan perpaduan kaum melalui sukan adalah dengan memastikan setiap pasukan perlu mempunyai pelbagai jenis kaum. Hal ini akan meningkatkan interaksi antara mereka, kerana apabila didalam satu pasukan mereka mempunyai matlamat yang sama. oleh itu mereka akan berusaha mencari jalan untuk mencapai matlamat tersebut , dalam masa yang sama perpaduan kaum akan terjalin dalam sukan.
Hiburan Rakyat Tradisional Melayu Kelantan Di Sebalik Layar Kain Putih Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang (kulit lembu /kerbau/kambing). Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung kepada tempat asal mereka. Ia merupakan seni tradisional Asia Tenggara merangkumi Thailand, Malaysia dan Indonesia yang terutama berkembang di Phattalung wilayah selatan Thailand, Jawa dan di sebelah timur semenanjung Malaysia seperti di Kelantan dan Terengganu. Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokohtokoh wayang, dengan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pasinden. Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar yang terbuat dari kain putih, sementara di belakangnya disuluhkan lampu eletrik atau lampu minyak (dian), sehingga para penonton yang berada disebelah berlawanan layar dapat melihat bayangan wayang yang berada ke kelir. Untuk dapat memahami cerita wayang (lakon), penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayangannya tampil di layar. Aktiviti ini boleh didapati di Kampung Kemasin, Bachok, Kampung Pasir Chetok, Pasir Mas, Kampung Laut, Tumpat, Kampung Setek, Kota Bharu dan Kampung Sri Tunjong, Tumpat. Asal Usul Wayang Kulit Info Menarik P d atung wayang kulit iperbuat daripada kulit lembu yang dikeringkan. NURUL HAZIMAH BINTI ABD MALIK
Estetika Wayang Kulit Kelantan Arca wayang kulit Kelantan watak lelaki dan perempuanya utamanya dihasilkan dengan mengikut standard biasa adalah seperti berdiri mengiring ke tepi iaitu separuh muka yang amat berbeza dengan arca wayang Nang Talung atau gedek yang diguna di Kedah dan juga Patani saat ini di mana watak perempuan utamanya dihasilkan menoleh muka penuh ke hadapan dan ada kalanya berdiri beraksi pada setengah watak lelaki (mirip pada gaya gergasi atau dewa-dewa panah). Watak utama wayang kulit Kelantan biasanya berdiri atas makluk mistik naga atau atas kenderaan kebesaran diraja iaitu kolek naga. Ada menyatakan wayang Patani menaiki kenderaan sama seperti Kelantan dan itu kemungkinan awal atau bentuk asalnya namun pada saat ini ia telah pun mengikut standard Thailand bersama Kedah. Wayang kulit Kelantan, Patani dan Kedah rata-ratanya tegap ada kala kelihatan kekar sado manakala wayang kulit Jawa kelihatan tinggi lampai dan halus bermakna rupanya. Bentuk jari watak utama wayang kulit Kelantan meruncing ke atas kelihatan seperti memakai kuku palsu cenggoi. Rata-rata pengerakan tangan wayang kulit Kelantan, Patani dan Kedah satu/sebelah tangan berbanding Indonesia/Jawa yang boleh mengerakan kedua-dua tangan. Gaya Arca Berdiri Fizikal Arca Ketopong dan alat kebesaran pada arca wayang kulit Wayang Kulit Kelantan memakai ketopong seperti wayang gedek Kedah dan Patani tapi ia masih boleh dibezakan dengan kehalusan motif dan corak tebuk serta bebentuk kon tersendiri mengikut hasil tangan kesungguhan tok dalang masing-masing yang harus kita beri perhatian, tidak lupa dan kredit pada usaha mereka. Manakala ketopong Jawa agak berbeza antara duanya. Alat kebesaran pada watak utama wayang kulit seperti Seri Rama dimana wayang kulit Kelantan memegang panah atau anak panah naga manakala wayang Kedah dan Patani memegang pedang dan tidak pada wayang kulit Indonesia/Jawa. Baju pada arca wayang Watak utama wayang kulit Patani dan Kedah rata-rata memakai baju penuh seperti dalam Nang Talung atau standard Thailand pada saat ini manakala Watak utama wayang Kelantan lebih seperti gaya Kemboja purba atau lebih pada pakaian Menora yang tidak berbaju. Bahasa Wayang Kulit Rata-rata wayang kulit yang dimainkan di Malaysia dengan lorat bahasa tempatan iaitu di Kelantan bersamaan di Patani iaitu mengunakan bahasa Melayu Jawi/Yawi. Ya Jawi itu nama khas bahasa yang diguna pakai pada kedua negeri itu manakala Kedah mengunakan bahasa Kedah lorat Siam. Tangan dan Pengerakan Tangan NURUL HAZIMAH BINTI ABD MALIK
Teater rakyat pada zaman dahulu, sebelum wujudnya radio dan televisyen yang menjadi sumber hiburan rakyat jelata mengisi masa lapang mereka dengan bertanggapan bahawa seni tradisional tersebut hanya dipelopori oleh kaum Melayu, meleset sama sekali. Wayang kulit merupakan tradisi seni yang unggul kerana melalui simbolisme bayangan, pelbagai cerita rakyat, mesej nasihat, teladan dan falsafah boleh disampaikan kepada khalayak ramai selain memberi hiburan. Persembahan wayang kulit juga merupakan simbol kepada dunia manusia dan ghaib dan ianya sangat terkenal di pantai timur Malaysia iaitu di Kelantan dan Terengganu. "WAYANG KULIT MENGERATKAN PERPADUAN" Hiburan Rakyat Tradisional Melayu Kelantan KEUNIKAN WAYANG KULIT TRADISIONAL KELANTAN Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang kaum dan bangsa. Seni kraftangan Wayang Kulit di Terengganu dan Kelantan wayang kulit diminati oleh semua lapisan masyarakat. Lebih mengujakan, pengamal seni tradisional tersebut bukan sahaja terdiri daripada golongan kaum Melayu tetapi diminati oleh kaum Cina, India dan Iban yang turut mengambil bahagian dalam pementasan teater tradisional tersebut. Secara tidak langsung, ia memartabatkan lagi Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum yang berkongsi budaya dan minat yang sama. Pertunjukan Wayang Kulit pada zaman dahulu merupakan bukti bahawa ia seni warisan ini dapat mengeratkan perpaduan kerana ia dihadiri oleh pelbagai kaum dan bangsa. Mereka duduk bersama menonton pertunjukan Wayang Kulit dengan gembira bersama ahli keluarga, dan rakan walaupun hujan dan nyamuk berterbangan. NURUL HAZIMAH BINTI ABD MALIK
1. Pada pendapat anda, apakah hiburan rakyat yang anda pernah tonton dan apakah yang menarik minat anda untuk menontonnya? Pada pendapat saya, saya pernah menonton wayang kulit kerana saya tertarik dengan lawak dan jenaka yang diselitkan semasa persembahan. 2. Pada era kini, hiburan rakyat seperti Wayang Kulit kurang dipersembahkan kepada masyarakat. Pada pendapat anda, apakah usaha yang dapat diambil untuk mempopularkan kembali tradisi ini? Pada pendapat saya, usaha yang boleh diambil ialah dengan mengadakan persembahan wayang kulit di kenduri dan sebagainya. Nama : Nur Azira Zawani Umur : 20 Institut : Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
1. Pada pendapat anda, apakah hiburan rakyat yang anda pernah tonton dan apakah yang menarik minat anda untuk menontonnya? Pada pendapat saya, saya pernah menonton wayang kulit. Ia menarik minat saya kerana muzik yang bagus dan karakter menarik pada setiap watak. 2. Pada era kini, hiburan rakyat seperti Wayang Kulit kurang dipersembahkan kepada masyarakat. Pada pendapat anda, apakah usaha yang dapat diambil untuk mempopularkan kembali tradisi ini? Pada pendapat saya, kita perlulah mengadakan persembahan wayang kulit seperti dahulu yang ditayangkan di kawasan lapang dan diiringi dengan jualan makanan dan minuman. Nama : Nurul Syifaa Syazwani Umur : 19 Institut : Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan
Nama : Danusha Umur : 19 Institut : Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Syed Sirajuddin 1. Pada pendapat anda, apakah hiburan rakyat yang anda pernah tonton dan apakah yang menarik minat anda untuk menontonnya? Pada pendapat saya, hiburan rakyat yang pernah saya tonton ialah tarian singa. Ia menarik minat saya kerana ianya memeriahkan suasana. 2. Pada era kini, hiburan rakyat seperti Wayang Kulit kurang dipersembahkan kepada masyarakat. Pada pendapat anda, apakah usaha yang dapat diambil untuk mempopularkan kembali tradisi ini? Pada pendapat saya, pihak berkaitan seni dan budaya perlu mengadakan festival wayang kulit secara besar besaran.
07. Sepak takraw atau sepaktakraw merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik. Sepak Raga pula merupakan permainan menimang bola takraw dalam bulatan dengan menggunakan kaki atau kepala dan telah dimainkan semenjak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dalam Sulatus Salatin ada menceritakan mengenai Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad yang tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. En Hamid Mydin Di Malaysia permainan ini disebut ‘sepak raga’, di Filipina ‘sipa’, di Burma ‘chinlone’, di Laos ‘kator’, dan di Thailand ‘takraw’. Permainan sepaktakraw yang ada sekarang merupakan adaptasi permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun 1940an permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti badminton. Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telahpun digubal dan disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur. En Hamid Bin Mydin merupakan orang yang diiktiraf sebagai pencipta dan pengasas kepada Sepakraga Takraw. Siapakah En Hamid Bin Mydin ? Apakah cerita di sebaliknya sehingga beliau diktiraf dengan pengasas dan pencipta sepak takraw ?? Siapakah manusia pereka yang telah berjasa mencipta permainan sepak raga moden menggunakan jaring ini? Bagaimana dia mendapat ilham supaya pemain-pemain menggunakan “Smashing Tajam” dengan kepala dan “Sepak Maut” untuk mematikan langkah lawan. Taktik-taktik baru yang mengagumkan ini terdapat dalam permainan sepak raga jaring yang mula-mula sekali diperkenalkan di Jalan Patani, Pulau Pinang pada tahun 1946. Sepak Takraw
Abdul Hamid bin Mydin @ Hamid Maidin merupakan orang yang diiktiraf sebagai pencipta dan pengasas kepada Sepakraga Takraw oleh Persatuan Sepak Raga Jaring Malaysia. Beliau turut menerima Pingat emas Khir Johari dari Yang Di Pertua Persatuan Sepak Raga Jaring Malaysia iaitu Encik Mohamed Khir Johari dalam satu majlis yang berlangsung pada 7 Ogos 1977 di Dewan Sekolah Tinggi Han Chiang, Pulau Pinang. Pada mulanya, sukan yang dicipta oleh Hamid Mydin dikenali sebagai "bola sepak jaring", sebelum ditukar kepada "bolasepak jala" dan akhirnya kepada sepak takraw. Corak permainan sepaktakraw dibangunkan oleh Abdul Hamid Mydin bersama-sama Encik Yusoff Latiff yang menjawat Setiausaha Agung Persatuan Sepaktakraw Malaysia. Beliau kemudian bersama Syed Abbas Al-Habshee telah mengemukakan corak permainan yang dikembangkan itu kepada Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia dan diterima sebagai sukan yang dikembangkan pada peringkat kebangsaan. ABDUL HAMID MYDIN
Pemainan sepak takraw yang dipertandingkan adalah terdiri daripada dua regu yang mewakili tiga orang pemain bagi setiap regu. Pada kebiasaanya, setiap pasukan akan memiliki tiga pasukan regu. Dalam setiap regu setiap pemain memainkan peranannya ketika bermain dalam gelanggang antaranya ialah tekong yang berada dekat bulatan sepak takraw, 2 pemain yang bertugas sebagai apit kiri dan apit kanan yang berada pada bahagian kiri dan kanan dalam gelanggang. Dalam permainan sukan sepak takraw, pertukaran pemain hanya dibenarkan sekali sahaja dan pemain yang telah ditukarkan tidak dibenarkan untuk bermain lagi atau menggantikan pemain lain. Pertukaran pemain dalam gelanggang ini hendaklah dimaklumkan kepada pengadil yang bertugas dalam permainan tersebut. Disamping itu, dalam permainan sukan sepak takraw terdapat beberapa skil dan teknik asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain. Dengan menggunakan teknik asas ini maka pemain akan dapat bermain dengan baik ketika bermain dalam gelanggang. Setiap pasukan sepak takraw terdiri dari tiga pemain. Tiga pemain tersebut berposisi sebagai striker, feeder dan server atau biasa disebut tekong. Striker merupakan pemain yang berdiri di sebelah kanan dalam. Sementara feeder berposisi di sebelah kiri. Di lapangan striker dan feeder bertugas untuk mendapatkan bola sepakan dari tekong pihak lawan . Adapun seorang tekong bertugas memberikan servis awal kepada rakan sepasukannya . Permainan sepak takraw diawali dari sepakan servis selepas pengadil meniup wisel. Sepakan servis dilakukan oleh tekong. Sebelumnya feeder atau striker memberi umpan kepada tekong. Setiap pasukan berhak mendapatkan mata atau angka apabila salah satu pasukan berhasil mendaratkan bola takraw ke area pihak lawan. Selain itu, mata didapatkan jika salah satu pasukan gagal menyepak bola melepasi jaring . Setiap pasukan hanya dibolehkan melakukan umpan sebanyak tiga kali di area permainan sendiri sebelum diarahkan ke pihak lawan. Cara Permainan Sepak Takraw
Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepaktakraw. Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan pemain dan boleh membahayakan kepada pemain adalah di larang sama sekali. Pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set Jersi/T-Shirt, satu set warna sama warna; pasukan tuan rumah hendaklah menukar pakaian pasukan mereka atau pasukan yang teratas di dalam senarai pertandingan. Pemain hendaklah memakai Jersi/T-Shirt, seluar pendek, stoking dan kasut sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian merupakan sebahagian daripada anggota badan. Jersi/T-Shirt hendaklah dimasukan ke dalam seluar. Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai track-suits. Semua Jersi/T-Shirt bagi regu dan pasukan hendaklah sama warna, bernombor dibahagian belakang dari 01 hingga 15 dan nombor hendaklah berukuran 19cm tinggi. Setiap pemain hendaklah diberi nombor tetap sepanjang kejohanan. Ketua regu hendaklah memakai 'arm band' di lengan kiri yang warnanya tidak sama dengan warna Jersi/T-Shirt. Pakaian Pemain Hanya seramai 3 orang. Salah seorang pemain berada di belakang yang dinamakan sebagai tekong. Dua orang lagi berada di hadapan iaitu seorang di sebelah kiri (Apit Kiri) dan seorang lagi di sebelah kanan (Apit Kanan). Pemain boleh bertukar posisi semasa permainan dijalankan Hanya 10 minit diberikan kepada regu yang lewat dan selepas itu pihak lawan akan diberikan kemenangan percuma atau tanpa bertanding, 2-0 (21-0 / 21-0). Bilangan Pemain Setiap Regu Kelewatan Apabila perkara yang membatalkan dilakukan oleh sama ada bahagian sepak mula atau menerima sepak mula, satu mata akan diberikan kepada pihak lawan termasuklah melakukan sepak mula yang seterusnya. Mata kemenangan maksimum untuk setiap set ialah 21 mata. Permainan dijalankan di dalam 2 set dengan 2 minit waktu rehat di antaranya. Apabila kedudukan pada mata 20-20, penggunaan mata syiling 25 akan dijalankan. Kemenangan ditentukan dengan perbezaan 2 mata sehingga mata 25. Jika masing-masing regu memenangi 1 set, permainan akan ditentukan di dalam set ketiga yang dinamakan 'Tie Break' dengan 15 mata. Sebelum pusingan 'Tie Break' bermula, pengadil akan membuat undian dan pasukan yang memenangi undian akan membuat sepak mula. Tukar petak akan berlaku apabila satu regu mencapai 8 mata. Sistem Kiraan Mata
1. Pada pendapat anda, bagaimanakah untuk menarik minat anak muda sekarang terhadap permainan Sepak Takraw ini? 2.Pada pendapat anda , apakah langkah untuk mengekalkan permainan ini pada masa akan datang? Soalan Temu Ramah bina banyak gelanggang untuk orang beriadah dan melakukan anjuran seperti klinik sepak takraw dan bakat muda untuk mencari pelapis muda dari umur 10 tahun. Langkah untuk menarik minat orang muda untuk bermain takraw adalah dengan mengadakan pertandingan dan ganjaran yang besar.Dengan ini akan menjadikan ramai anak muda yang akan menjadikan sepak takraw sebagai hobi. Nama : Muhammad Kamal Bin Azizol Umur : 18 tahun Institut : Kolej Vokasional Alor Setar
Soalan Temu Ramah 1. Pada pendapat anda, bagaimanakah untuk menarik minat anak muda sekarang terhadap permainan Sepak Takraw ini? 2. Pada pendapat anda , apakah langkah untuk mengekalkan permainan ini pada masa akan datang? Pada pendapat saya langkah untuk mengekalkan permainan sepak takraw ini adalah membuat satu akedemik sepak takraw seperti AMD yg telah ditubuhkan pada tahu 2014 . Oleh itu kita dapat menghasil kan player player yg betarafkan kebangsaan untuk mengharumkan nama Malaysia di sukan dunia . Pada pendapat saya kita perlu anjurkan satu petandingan sepak takraw di kawasan sekitar kita. Ini kerana untuk mencari atau mencungkil bakat anak muda kita dlm permainan sepak takraw Justeru kita dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Nama : Amirul Aiman Bin Syukri Umur : 19 tahun Institut : Kolej Yayasan Melaka
1. Pada pendapat anda, bagaimanakah untuk menarik minat anak muda sekarang terhadap permainan Sepak Takraw ini? Soalan Temu Ramah 2. Pada pendapat anda , apakah langkah untuk mengekalkan permainan ini pada masa akan datang? Antara langkah-langkah untuk mengekalkan permainan ini pada masa akan datang ialah mengadakan pesta takraw tahunan untuk menarik anak muda dari perbagai negeri dalam. Pada pendapat saya, cara untuk menarik minat anak muda dalam permainan sepak takraw ialah perlu memberi kemudahan kepada mereka seperti menyediakan tempat untuk bermain dan menganjurkan pertandingan serta menawarkan hadiah yang lumayan Nama : Muhammad Alif Najmie Bin Shamsul Umur : 19tahun Pekerjaan : Pembantu chef di hotel
PERAYAAN GAWAI : KAUM IBAN Kaum Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut dan dengan jumlah sebanyak 876,000 iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak,mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja, berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat pantanglarang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban. Sarawak mempunyai 112 jenis suku Dayak. ASAL USUL KAUM IBAN Secara umumnya, masyarakat Iban dikatakan berasal dari satu daerah kecil di Kalimantan, Indonesia. Namun, ada juga ura-ura mengatakan bahawa Iban sebenarnya berasal daripada Myanmar yang membawa diri ke Indonesia seterusnya ke Sarawak. Pada zaman dahulu, masyarakat Iban cukup dikenali kerana kepahlawanannya, keberanian dan kekejaman terhadap musuh dan dikenali sebagai “Headhunter”. Ini adalah kerana sebagai tanda kemenangan terhadap pihak musuh, ketua pahlawanan tersebut hendaklah membawa pulang kepala musuh tersebut dan kepala tersebut akan digantung di rumah panjang. Cerita kepahlawanan ini boleh kita dengar melalui cerita cerita orang-orang tua, dan pada zaman sekarang “Sarawak Culture Village” pernah melakonkan semula cerita sebegini kepada orang awam yang datang berkunjung ke situ. Masyarakat Iban lagi didedahkan lagi dengan sejarah-sejarah pahlawanpahlawan dan tokoh-tokoh terkenal seperti Keling, Rentap dan Tun Jugah. MUHAMMAD DANIEAL HAKIMIE BIN MOHD ZAHARIN
Hari Gawai Dayak merupakan pesta tahunan yang disambut oleh orang Dayak di Sarawak, Malaysia dan Kalimantan Barat, Indonesia pada 31 Mei dan 1 Jun. Pesta ini merupakan cuti umum di Sarawak dan majlis keagamaan dan sosial yang diiktiraf sejak 1957. Perayaan ini disambut menunjukkan bahawa berakhirnya musim menuai padi. Mereka merayakan perayaan ini dengan berkumpul di serambi umum Rumah Panjang yang terdapat ranyai atau dikenali pokok istiadat. Mereka akan mengenakan pakaian tradisional masyarakat Iban yang dipenuhi dengan manik yang mewarisi budaya atau adat nenek moyang mereka. Sewaktu perayaan ini, mereka memeriahkan lagi suasana dengan berjumpa, berkumpul dan bersuka ria sambil menikmati pelbagai jenis makanan tradisional yang disediakan. Perayaan gawai ini turut terkenal dengan tariannya yang dikenali sebagai tarian Ngajat. Selain itu juga, perayaan Gawai ini juga diselitkan dengan meminum arak beras (tuak) dan aktiviti hiburan yang lain. Dari segi kepercayaan mereka, mereka turut menyediakan makanan dan arak kepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih hasil daripada tuaian yang baik dan menguntungkan. Upacara ini dikendalikan oleh orang yang tertentu sahaja seperti wakil masyarakat. Mantera dibacakan dan darah ayam akan direnjiskan pada persembahan tersebut. Ngajat Lesung ialah sejenis tarian yang dipersembahkan oleh para penari yang bersaing ingin menunjukkan kehebatan mereka dengan mengangkat lesung penumbuk padi dengan menggunakan gigi. Apabila ranyai dibuang, maka berakhirlah perayaan ini. APA ITU PERAYAAN GAWAI Seperti yang telah diketahui kebanyakan orang Iban tinggal di kawasan pedalaman. Oleh yang demikian mereka masih bergantung kepada hutan sebagai sumber makanan seperti sayuran. Sayuran itu adalah seperti pucuk paku, daun-daun, rebung, cendawan dan sebagainya. Sayuran hutan yang sedemikian sangat senang didapati dan ia tumbuh meliar. Cara memasak orang Iban sangat mudah. Mereka tidak banyak menggunakan rempah seperti orang Melayu atau India. Biasanya sayur-sayur itu direbus atau masak manis iaitu digulai dengan belacan, garam dan ajino-moto sahaja. Kalau mereka bekerja di huma mereka lebih suka menggunakan buluh untuk memasak nasi atau sayur. Kadang kadang sayur seperti pucuk paku dimasak lempis dengan daun buan. Walau bagaimanapun sekarang orang Iban boleh membuat masakan seperti kaum lain. Ini adalah kerana mereka banyak bergaul dengan bangsa lain seperti orang Melayu dan China. Seterusnya pengkaji ingin menyentuh sedikit mengenai hubungan orang Iban dengan kaum atau bangsa lain seperti Melayu, China dan lain-lain. MAKANAN MUHAMMAD DANIEAL HAKIMIE BIN MOHD ZAHARIN
Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang Dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang barang persembahan dalam upacara upacara tertentu. Pakaian tradisional wanita Iban pula, terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya Cuma separas lutut mereka. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan, PAKAIAN
SOALAN TEMU RAMAH Nama : Muhammad Fahmie bin Muhd Fauzi Umur : 17 Institut : Sekolah Bandar Baru Darulaman Pada pendangan anda, apakah langkah untuk memperkenalkan seni perayaan kaum iban dalam masyarakat Malaysia? Pada pendapat anda, bagaimanakah untuk mengekalkan adat resam kaum iban dalam Malaysia? Pada pandangan saya, pihak bertanggungjawab perlu mewujudkan kempen tentang seni perayaan kepada masyarakat semenanjung. Pada pendapat saya, pihak berwajib perlu menjalankan aktiviti seni dan budaya dalam masyarakat Malaysia.
SOALAN TEMU RAMAH Nama : Muhammad Humaidi bin Zakaria Umur : 19 Institut : Kolej Komuniti Bandar Darulaman Pada pendangan anda, apakah langkah untuk memperkenalkan seni perayaan kaum iban dalam masyarakat Malaysia? Pada pendapat anda, bagaimanakah untuk mengekalkan adat resam kaum iban dalam Malaysia? Pada pandangan saya, Kementerian Sukan Negara perlu mengadakan acara bagi pertandingan seni dan budaya kaum iban di Malaysia. Pada pendapat saya, Pihak Sekolah atau Kementerian Hal budaya dan bangsa perlu bekerjasama dalam membentuk semangat anak muda.
SOALAN TEMU RAMAH Nama : Airil Danish bin bukhari Umur : 20 Institut : Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Pada pendangan anda, apakah langkah untuk memperkenalkan seni perayaan kaum iban dalam masyarakat Malaysia? Pada pendapat anda, bagaimanakah untuk mengekalkan adat resam kaum iban dalam Malaysia? Pada pandangan saya, kerajaan perlu mengadakan festival bagi seni perayaan kaum iban dalam masyarakat Malaysia. Pada pendapat saya, kerajaan hendaklah mewujudkan budaya dan seni di tempat reaksi bagi menarik minat masyarakat yang akan datang.
Seni Silat GAYONG sejarah silat gayong Silat Seni Gayong Malaysia telah diasaskan oleh Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim. Silat Gayong ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya di Taiping, Perak. Beliau,telah menzahirkan ilmu pusaka dan ia ialah amanah yang diterima dari Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah di kalangan rakan terdekat. Antara rakan rapat beliau ialah Wan Noh bin Haji Ismail, Wan Man bin Haji Ismail, Bakar dan Aziz Khan. Silat Seni Gayong telah mula dikembangkan di luar Perak di Pulau Sudong, Singapura. Pada 17 haribulan Februari 1942 jam 2.00 petang, seramai 7 orang pemuda Pulau Sudong diperlimau sebagai murid Gayong. Mereka ialah Naning bin Mat, Ahmad Arshad bin Haji Hassan, Sabtu bin Likur, Yusof bin Rantau, Osman bin Timpong, Mustapha bin Bengkok dan Bendol bin Benggol. Bermula dengan hanya seramai 7 orang murid, Silat Seni Gayong telah terus berkembang sehingga ia merebak ke pulau – pulau berhampiran seperti Pulau Seking, Pulau Bukum, Pulau Sebaruk, Pulau Sekijang, Pulau Sembilan, Pulau Semakom dan Pulau Damar. Pada awal tahun 1957, satu rombongan Silat Seni Gayong dari Singapura yang dipimpin sendiri oleh Meor Abdul Rahman telah mengadakan persembahan di Kelab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah atas undangan Y.A.M. Tengku Laksamana Kedah, Tengku Kassim Ibni Sultan Badlishah. Pertunjukkan tersebut telah disaksi oleh DYMM Sultan Badlishah Ibni al – Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah, Sultan Kedah Darul Aman. Ini merupakan cubaan pertama untuk mengembangkan sayap Silat Seni Gayong di Kedah. Sebuah akademi silat bernama Sekolah Gayong Woodlands atau Institute of Gayong Woodlands telah ditubuhkan oleh Meor Abdul Rahman dalam tahun 1959. Akademi ini mengeluarkan Sijil Diploma bagi mereka yang lulus dalam kursus – kursus yang ditawarkan. Antara tenaga yang pengajar yang membantu Meor Abdul Rahman ialah Siti Noor Aisyah bte. Meor Abdul Rahman, Nordin bin Abdul Rahman, Sidek, Abdul Majid bin Omar, Atan dan Abdul Rahman bin Kadir. Akademi ini telah berjaya melahirkan beberapa orang gurulatih semenanjung yang terkenal seperti Abdul Majid Mat Isa, Ramli Ibrahim. Nurul Shazaliana Binti Dahalan
Menurut PSSGM [4] semua tahap pencapaian pelatih Gayong diperlihatkan daripada bengkung yang diperoleh. Setiap bengkung yang diperoleh merupakan petunjuk kepada pencapaian kemahiran. Hitam (Kosong) Awan Putih Pelangi Hijau Pelangi Merah Pelangi Merah Tinggi (Cula 1-3) Pelangi Kuning Pelangi Kuning Tinggi (Cula 1-5) Harimau Pelangi Cula Sakti (Cula 1-6) Harimau Pelangi Cula Sakti 7 adalah hak Dato' Meor Abdul Rahman sahaja Naga - Melambangkan kekuatan di laut mahupun di darat. Ilmu Silat Seni Gayong ini sesuai dalam apa juga situasi. Harimau - Sikap pesilat yang bertenaga, bersikap garang tetapi penyayang, sikap berani dan berhemah seperti kata pepatah 'Harimau menyembunyikan kuku'. Bulan dan Bintang - Pegangan asas pengajaran adalah kepada agama Islam. Dua keris bersilang - Melambangkan semangat Tuah dan Jebat yang perlu dimiliki oleh setiap murid Gayong. Pedang mata dua - Pedang Zulfakar milik Saidina Ali a.s. melambangkan keberanian dan kepahlawanan panglima Islam yang telah menegakkan kebenaran. Kendi / Bejana air - Melambangkan Silat Seni Gayong tempat terkumpul segala ilmu dan teknik beladiri tradisional orang Melayu yang perlu ditimba oleh setiap lapisan masyarakat. Bumi- Cita-cita untuk mengembangkan silat di seluruh dunia. Bengkung Harimau Pelangi Cula Sakti 7 - Kuasa Mahaguru sebagai eksekutif pentadbiran dan ilmu tertinggi. L A M B A N G G A Y O N G Lambang Gayong diilhamkan oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman dan telah dilukis oleh Pendita Za'ba di Singapura. Lambang Gayong asal terdiri daripada seekor naga sahaja. Peringkat
Tetap anggun meskipun lincah bersilat. Ini Sebab Mengapa Pesilat Non-Muslim Sabah Ini Mahu Bertudung Semasa Bersilat. Jika suatu masa dahulu, seni silat ini hanya dipelajari oleh orang Melayu, kini seni mempertahankan diri ini sudah dikenali di peringkat global, bahkan setaraf dengan taekwondo, muay thai apabila ianya turut dipelajari oleh masyarakat bukan Melayu. Bukan paksaan, tetapi mahu nampak lebih sopan dan kemas sewaktu bersilat Seni mempertahankan diri silat yang diwarisi oleh orang Melayu diakui oleh Merrywati sebagai sesuatu yang begitu dihormati, dikagumi serta dicintainya. Keputusannya untuk memakai hijab atau tudung ini bukanlah paksaan daripada mana-mana pihak, tetapi sebaliknya bagi memuliakan seni silat itu sendiri terutamanya apabila dilakukan oleh para wanita. Bukan paksaan, tetapi mahu nampak lebih sopan dan kemas sewaktu bersilat. Seni mempertahankan diri silat yang diwarisi oleh orang Melayu diakui oleh Merrywati sebagai sesuatu yang begitu dihormati, dikagumi serta dicintainya. Keputusannya untuk memakai hijab atau tudung ini bukanlah paksaan daripada mana-mana pihak, tetapi sebaliknya bagi memuliakan seni silat itu sendiri terutamanya apabila dilakukan oleh para wanita. Malah, pesilat berbangsa Murut ini juga berpendapat bahawa pemakaian tudung semasa bersilat menjadi pelengkap kepada seni silat yang penuh dengan tata tertib dan adab. Ini Sebab Mengapa Pesilat Non-Muslim Sabah Ini Mahu Bertudung Semasa Bersilat. Pesilat Non-Muslim Sabah Ini Mahu Bertudung Semasa Bersilat Untuk makluman, Merrywati Manuil merupakan salah seorang pesilat daripada pasukan Pencak Silat Negeri Sabah. Beliau telah memenangi pingat emas untuk acara Solo Kreatif Putri sekaligus dinobatkan sebagai juara dunia semasa Kejuaraan Dunia Pencak Silat ke-19 2022 yang diadakan di MITC Melaka pada penghujung Julai lalu. Merrywati, juara dunia silat Solo Kreatif Putri
Soalan Temu Ramah 1. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mempertahankan tradisi silat? 2. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara memperkenalkan tradisi silat gayung kepada negara luar bagi mengekalkan tradisi orang melayu di Malaysia? Nama : Nurin Awanis Binti Azhar Umur : 20 Tahun Institut : Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Jabatan : JTMK Pada pendapat saya, kita mestilah mengambiol inisiatif untuk menganjurkan kelas silat kepada golongan muda khususnya agar mereka mempertahankan warisan dan tradisi melayu. Pada pendapat saya, pihak kedutaan Malaysia boleh mengambil peluang untuk menganjurkan Pesta Budaya Melayu di luar negara untuk menarik minat mereka terhadap tradisi melayu yang sangat bernilai.
Soalan Temu Ramah 1. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mempertahankan tradisi silat? 2. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara memperkenalkan tradisi silat gayung kepada negara luar bagi mengekalkan tradisi orang melayu di Malaysia? Nama : Muhammad Aizat Bin Mohd Zaini Umur : 20 Tahun Institut : Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Jabatan : JKM Pada pendapat saya, kita perlu mengadakan aktiviti dan pameran seni silat tradisi melayu seperti membuat pertunjukkan silat kepada orang luar. Selain itu, dapat juga mempamerkan asas seni silat dengan adanya pertunjukkan silat itu Pada pendapat saya, kita dapat mempertahankan tradisi silat dengan cara mempamerkan silat ini kepada bukan bangsa melayu. Dengan itu, bangsa lain dapat mengetahui tradisi melyu dan juga kita dapat memperluaskan tradisi seni silat keseluruh negara.
Soalan Temu Ramah 2. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara memperkenalkan tradisi silat gayung kepada negara luar bagi mengekalkan tradisi orang melayu di Malaysia? 1. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mempertahankan tradisi silat? - Menggunakan platform media untuk mempengaruhi masyarakat -Menjadikan warisan seni budaya sebagai salah satu subjek dalam pendidikan -Memelihara kesenian dan budaya yang masih ada ketika ini -Memberikan insentif kepada penggiat warisan seni dan budaya -Mempromosikan kesenian dengan aktiviti-aktiviti menarik -Menyertai konvensyen kebudayaan antarabangsa -Menganjurkan pelbagai pameran. -Menyediakan poster Membina papan iklan -Menyediakan dan mengedarkan risalah -Menghasilkan dokumentari -Menganjurkan festival kebudayaan -Menganjurkan program pertukaran beli antarabangsa. -Mengadakan kempen tahun melawat Malaysia Nama : Umi Aishah Binti Halim Umur : 20 Tahun Institust : Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Jabatan : JPH
Perpaduan merupakan aspek yang sangat penting dalam menjamin kemajuan dan keamanan negara. Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa yang kaya dengan budaya dan tradisi tersendiri. Setiap budaya dan tradisi mempunyai asal usul dan ciri yang membawa imej sesebuah kaum dan bangsa tersebut. Ini dapat disimpulkan bahawa aspek seni dan kebudayaan amat penting kepada masyarakat di negara ini. Kedua-dua aspek ini sememangnya berkait rapat dan sangat sinonim dengan masyarakat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan, agama dan nilai budayanya. Perbezaan seni dan kebudayaan bukanlah merupakan halangan satu bentuk perhubungan dan komunikasi yang baik dan mantap sebaliknya menjadi sumber kekayaan kepada nilai seni dan budaya masyarakat kita di mata dunia. Harapan kami ialah untuk semua pembaca mengambil inisiatif untuk menjaga dan menaikkan semula tradisi dan budaya dari pelbagai kaum agar tidak lapuk ditelan zaman. Cadangan kami ialah supaya kita semua bersatu mengembleng tenaga dalam usaha untuk mengekalkan semangat perpaduan tidak kira pangkat mahupun usia. Dengan adanya semangat perpaduan yang kukuh semestinya akan memberikan impak positif kepada sesebuah masyarakat dan negara.
https://malay.wiki/content/Wayang_Kulit_Siam/Asalusul%20Wayang%20Kulit%20Siam.html https://ms.wikipedia.org/wiki/Wayang_Kulit https://warisankita-2.weebly.com/perbezaan-wayangkulit.html http://www.msnselangor.gov.my/web/index.php/profil/logo /13-profil/262-sejarah https://www.nsc.gov.my/sukan-malaysia-sukma/ https://gengborak.com/biodata-penuh-muhammad-azeemmohd-fahmi/ https://www.iloveborneo.my/ini-sebab-mengapa-pesilatnon-muslim-sabah-ini-mahu-bertudung-semasa-bersilat/ https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Silat_Gayong_Malaysia https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sepak_takraw https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Abdul_Hamid_Mydin https://ms.wikipedia.org/wiki/Iban https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Gawai
Nurul Hazimah binti Abd Malik 18DKM20F1030 DKM5C Muhammad Nor Fikri bin Dahaman 18DKM20F1076 DKM5C Muhammad Azrul Syamir bin Amri 18DKM20F1082 DKM5C Nurul Shazaliana binti Dahalan 18DKM20F1079 DKM5C Muhammad Danieal Hakimie bin Mohd Zaharin 18DKM20F1064 DKM5C