BULETIN
Al-Irsyad
OGOS 2021 | ZULHIJJAH 1442| EDISI 14
Ujian COVID-19:
Meningkatkan
Motivasi,
Mengekalkan
Prestasi
UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL (UPIM),
JABATAN PENGAJIAN AM,
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
BULETIN AL-IRSYAD
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, 2018
Hak Cipta Terpelihara.
Tiada mana – mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh
diperolehi semula atau disiarkan dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau
sebaliknya tanpa mendapat izin dari penerbit. Hak Cipta Terpelihara.
Tiada mana – mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh
diperolehi semula atau disiarkan dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau
sebaliknya tanpa mendapat izin dari penerbit
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan - dalam - Penerbitan
Ilustrasi : Sumber internet Sidang Redaksi
Diterbitkan oleh: Penaung I
Unit Pendidikan Islam dan Moral En. Abdul Malek bin Hassan
Jabatan Pengajian Am,
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,
Pauh Putra, Penaung II
02600 Arau, Ts. Nadzri bin Che Kamis
Perlis
Penasihat I
En. Razak bin Nordin
Penasihat II
Puan Suhaila binti Mustaffa
Editor
Norzira binti Ahmad
Norhafizah binti Mohd Ghazali
Ainul Farhaan binti Harun
Konsep dan Layout Buletin
Ainul Farhaan binti Harun
MUKA SURAT | 2
BULETIN AL-IRSYAD • OGOS 2021
Di Sebalik tabir ..
Ainul Farhaan binti Harun NorzEidriatobri,nPtriuAfhmad NorhafizaEhdbiitnotri, Mohd Ghazali
Editor, Konsep & Layout Pruf
Semoga musibah pandemik Walau sehebat mana si COVID-19 Nilailah setiap dugaan itu
ini memberi ruang untuk mendatangi, marilah kita terus dari sudut positif kerana
kita melihat sisi positif
sebuah ujian. Kutip hikmah kuat dan tabah untuk darinya kita mampu
dan perbaiki negativiti mengharungi...dengan rahmat membina motivasi diri
daripada Ilahi..jom tingkatkan
dalam diri lantas mengekalkan
motivasi, terus kekalkan prestasi.
prestasi!
Mulailah setiap hari dengan minda positif dan hati
yang bersyukur atas nikmat hidup dari Allah
MUKA SURAT | 3
Kupasan menarik ...
BULETIN AL-IRSYAD
EDISI 14
VIRUS 3M
Mohd Azli bin Adnan, Pensyarah Utama
Penulisan artikel yang sangat padu dengan olahan ayat yang santai dan
'dekat' dengan sekeliling kita. Artikel ini mampu menjentik hati pembaca
untuk bermuhasabah diri agar menjadi individu yang berlumba-lumba
membuat amal ibadah. Perkongsian tips oleh penulis juga sangat
menarik dan boleh dijadikan panduan dalam kehidupan.
UJIAN PENENTU DARJAT INSAN DI SISINYA
Azirah binti Seman
Artikel yang mengupas tentang tujuan Allah SWT mendatangkan setiap ujian
terhadap semua hambaNya. Ujian sebagai satu bentuk nikmat dan cara
Allah menunjukkan kasih sayangNya kepada hamba yang diuji. Oleh itu
setiap hamba yang diuji perlulah melihat setiap ujian yang mendatang
daripada sudut yang positif. Hadapilah setiap ujian dengan
mempertingkatkan iman kita demi meningkatkan prestasi diri walau apa
bentuk ujian yang mendatangi.
HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH
Mohd Azli bin Adnan, Pensyarah Utama
Artikel yang sangat relevan dengan situasi pandemik kini. Penulis mengajak
pembaca untuk sentiasa mengutip mutiara hikmah dan redha dengan
segala ujian yang dihadapi. Penulis yang sinonim dengan pelbagai tips
dalam penulisannya juga turut berkongsi 4 tips berharga supaya kekal
positif dengan liku-liku hidup.
MUKA SURAT | 4
4
Lagi kupasan menarik ...
UJIAN COVID-19: MENGEKALKAN MOTIVASI,
MENINGKATKAN PRESTASI
Norzira binti Ahmad
Setiap ujian yang Allah datangkan ke atas khalifah di bumi ini mempunyai
hikmah tersirat. Justeru, ambillah iktibar secara positif agar jalan keluarnya
menjadi yang terbaik. Jangan dipandang dari sudut negatif kerana
impaknya akan terarah ke sisi negatif jua. Pandemik COVID-19, segala
kesukaran harus ditangani secara berhemah bagi mencapai kemenangan.
Usaha, ikhtiar, doa, sabar dan tawakal akan menatijahkan kekuatan jiwa.
MUKA SURAT | 5
3MV I R U S
MOHD AZLI BIN ADNAN
Virus diri Virus 3M yang pertama merujuk kepada
MALAS. Inilah salah satu penyakit global
Virus adalah makhluk Allah yang lebih halus yang menyerang manusia dulu, kini dan
dari kuman dan bakteria. Bersifat nano dan selamanya kecuali orang-orang yang
sangat merbahaya kepada manusia. berjaya menjinakkan virus itu secara lestari.
Seumpama Virus COVID-19 menjadi virus Malas merujuk kepada suatu keadaan yang
pembunuh secara pantas pada mutakhir ini. memaksa seseorang itu merasa tidak
Pelbagai viran virus ini tercipta melalui mutasi bersemangat dan bersungguh melakukan
yang sangat pantas. Huru-hara satu dunia pekerjaan. Daya jati diri menjadi lemah dan
mendepani serangan virus ini. Ciptaan vaksin menjadi seseorang itu jumud, pasif dan
ini belum dipastikan lagi mampu menyekat reaktif.
kemaraan virus ini menjangkiti manusia.
Namun kita terlepas pandang, virus 3M yang Bahaya virus
lagi berbahaya dari virus COVID-19.
Hidupnya akan berada di takuk yang serupa
Makhluk ini berada dalam diri manusia 24
jam. Andai tidak dapat dikawal dengan dulu, hari ini dan akan datang. Sebarang
bersungguh dan istiqamah, maka manusia
akan menjadi lebih hina dari binatang. Jerat perubahan dan penambahbaikan dianggap
virus 3M ini akan membelenggu manusia
hingga bertindak di luar kewarasan dan mengganggu keadaan kemalasannya.
rasional manusia normal.
Baginya semalam, hari ini dan esok adalah
Tindakan membunuh, memukul, mendera,
memaki, mencarut, memfitnah, mengata, sama sahaja. Merasa selesa dan ala kadar
memarah, merasuah, menyogok, menyalah
guna kuasa, merogol, meliwat, amang seks, menjadi asas teguhnya virus malas ini
membuli, jenayah siber, mengambil hak orang
lain, menipu, menzalimi, membangga diri dan membiak. Kemuncak kemalasan yang
segala perbuatan tidak beradab adalah
berpunca dari virus 3M ini. dikhuatiri adalah merasa malas untuk
beramal, berbuat baik dan memberi sesuatu
kepada orang lain. Andai dia makan aiskrim,
pembungkusnya akan dibuang merata-rata
sejurus masuk ke mulutnya. Bila malas
menebal, segala yang datang kepadanya
dianggap menyusahkan, mengganggu,
menghalang dan mengundang kepada
negatif. MUKA SURAT |6
Reaksi steroetaip MUKA SURAT | 7
Reaksi dan respon orang yang malas adalah
stereotaip. Marah, tunjuk muka, buat tidak
kisah, merungut, membebel, mengumpat,
mengata, berkata kasar, salahkan orang dan
degil. Respon negatif adalah kata kunci
orang yang malas. Malah kemalasan yang
sangat berbahaya adalah sentiasa menurut
kata pemikiran bawah sedar. Buat semua
perkara macam biasa. Macam selalu.
Sedangkan isu hari ini mungkin tidak sama
dengan isu sebelum ini. Kalau datang
pejabat pakai selipar, itulah yang dibuatnya
setiap hari ke pejabat. Dia rasa betul sebab
sudah biasa buat begitu. Itulah pemikiran
bawah sedar.
Betulkan kebiasaan
Tapi sebenarnya bukan penambahbaikan
tetapi penambahkerjaan. Oleh itu,
bertindaklah sederhana. Tidak semua yang
lama perlu diubah dan tidak semua yang
baru itu tambahbaik. Asasnya adalah
mengelakkan kemudaratan dan kesulitan
melalui kaedah yang mudah dan
memudahkan.
Virus 2 : Muda
Virus 3M yang kedua adalah berkaitan dengan
merasa MUDA. Andai dilihat dari satu sudut
ada baiknya. Kita akan merasa bersemangat
dan berdedikasi untuk melakukan sesuatu,
lebih-lebih lagi tugasan yang sepatutnya untuk
orang muda-muda sahaja. Merasa muda
dalam melakukan amalan yang baik dan
sentiasa bermotivasi memberi khidmat bakti
adalah sifat terpuji.
Sematkan dalam hati ungkapan
ahli hikmah.. ‘Bila kita jaga
Allah waktu muda, maka Allah
jaga kita waktu tua’. Jangan pula
kita asyik dengan cogan kata
‘Muda hanya sekali. Nikmati
semahunya’.
Kegusaran kita adalah merasa masih muda hingga
melahirkan tabiat gemar bertangguh untuk beramal dan
memberi lebih. Satu hal lagi merasa muda hingga sanggup
melanggar pantang larang agama.
Beringat semasa muda
Orang muda sudah dikenali dengan jiwa suka menyahut
cabaran dan sanggup ambil risiko. Itu satu sifat yang bagus,
cuma yang biasa berlaku sanggup ambil risiko hingga
sanggup tinggal solat, lengah solat, ambil mudah bab solat,
dosa dianggap biasa, tangguh taubat sebab tunggu tua
dan tidak berapa kisah hukum halal haram sebab masih
muda belum tua.
Virus muda ini akan menyerang semua manusia untuk
menjauhi kita daripada beramal ibadat, berjihad,
bermujahadah, bermuhasabah, bermuraqabah dan berfikir
bekalan untuk menghadapi saat tua. Kita lupa ungkapan ahli
hikmah ‘Bila kita jaga Allah waktu muda, maka Allah jaga kita
waktu tua’. Apa yang menjadi cogan kata kita, ‘Muda hanya
sekali. Nikmati semahunya’.
MUKA SURAT | 8
Kita ketandusan watak orang muda
yang hebat macam Sultan Muhammad
Al-Fateh. Berani seperti Saiyidina
Ali Karramallahu Wajhah. Tokoh
orang muda yang menjadi benteng
kekuatan Islam.
Idola umat Islam
Akibatnya kita lihat anak-anak muda. Berapa ramai yang
sanggup beramal macam orang tua. Kalau solat macam
ayam patuk gandum. Nak cepat siap. Zikir jauh sekali.
Dahlah buat di hujung-hujung waktu. Baca surah Yasin
macam baca surah al-Baqarah. Berzikir lama sikit dah
gatal punggung. Sebut tazkirah dan ceramah rasa loya
tekak. Celik mata waktu pagi, capai gajet dulu. Baru fikir
yang lain. Masa muda-mudalah nak rasa semua perkara.
Dah tua boleh bertaubat. Tika mudalah sentiasa berfikir
bab kemajuan dunia, cari harta dan menjadi jutawan.
Cerita dosa pahala tangguhlah dulu. Itu boleh difikirkan
bila dah masuk 50 siri. Akhirnya apa yang berlaku, kita
ketandusan watak orang muda yang hebat macam Sultan
Muhammad Al-Fateh. Berani seperti Saiyidina Ali
Karramallahu Wajhah. Tokoh orang muda yang menjadi
benteng kekuatan Islam.
Virus 3 : Mati
Virus 3M yang terakhir adalah berhubung dengan MATI.
Istilah mati hanya sesuai untuk warga tua dan warga
emas. Orang muda biasanya lambat mati dan ada
peluang untuk beramal. Mati adalah terminal ketiga bagi
menuju alam kubur. Tercabutnya roh dari jasad melalui
proses sakaratul maut adalah satu pasti berlaku. Bila kita
dihinggapi virus mati lambat lagi, bermakna kita merasa
lambat untuk bertaubat, beramal, berlumba buat baik, fikir
bekalan untuk hadapi alam seterusnya dan akhirnya tiba
saat kematian kita belum bersedia apa-apa lagi.
MUKA SURAT | 9
Bila kita bangun di waktu pagi, usah bercita-cita untuk Kita akan menerima pembalasan selepas kita mati.
sampai ke petang. Bila kita hidup sampai petang, usah Namun cara kita bertindak tidak selari dengan
rasa boleh sampai ke pagi esok. Semua tiada jawapan yang kita berikan. Masih berlengah untuk
ketentuan untuk berada di dunia ini. Persinggahan kita membuat kebaikan. Masih tegar mengulangi
di dunia ini tidak lama. Kita akan meninggalkannya maksiat. Masih sibuk dengan urusan dunia hingga
bila-bila masa. Cuma kita dalam banyak hal akan tiada masa untuk buat bekalan hari kemudian.
lupa, lalai dan leka dengan urusan dunia. Bila ditanya,
maka responnya dunia sementara.
Anti virus 1 : al-Hadis, solat sunat, munajat, muhasabah,
Insafi Kematian baiki diri dan isi masa di rumah dengan aktiviti
menghampiri Allah. Bukan menambah dosa
Anti virus ini paling padu, mantap dan berkesan. Bila dan sia-sia dengan aktiviti yang terkait
kita menyelusuri kisah sakaratul maut, pasti kita akan dengan dosa siber.
merasa seram, ngeri dan menakutkan. Kesakitan
cabutan roh dari jasad bukan biasa-biasa. Paling Anti virus 3 : Paksa Rela
lembut adalah seperti yang dirasai oleh Rasulullah
SAW. Namun masih sakit yang teramat. Bagaimana Kekuatan memaksa diri bukan perkara yang
pula nasib kita yang banyak dosa ini? Sendiri jawablah biasa biasa. Kemampuan kita paksa diri
kesakitan yang tiada tara. terutama kepada perkara yang kita tidak
gemari bukan biasa-biasa. Usah kata andai
Anti virus 2 : paksa diri jadi tidak ikhlas. Persoalannya
Ambil Peluang tunjukkan kepada kita, apakah kerja yang kita
boleh buat ikhlas. Pasti semua bermula
Gunakan peluang sihat sebelum sakit, muda sebelum dengan paksa. Perkara yang paling disukai
tua, lapang sebelum sempit, senang sebelum susah ramai makan percuma. Siapa yang tidak
dan hidup sebelum mati. Semua peluang ini adalah mahu?
benar dan semua orang dapat. Apa tunggu lagi, rebut
peluang ini dan lestarikan aktiviti beramal dan memberi MUKA SURAT | 10
untuk bekalan selepas mati. Malah kita gunakan waktu
PKP 3.0 yang nampaknya satu sekatan sebagai
peluang untuk kerap membaca al-Quran,
Tapi kalau kita tak paksa kaki melangkah, tangan mengambil MUKA SURAT | 11
dan bergerak ke tempat makan percuma, pasti tiada yang
berlaku. Perut lapar memaksa kita bergerak untuk dapatkan
makanan percuma. Analogi yang sama patutnya boleh
berlaku kepada tindakan yang lain. Kita boleh paksa diri untuk
jauhi ambil barang milik orang lain. Jauhi perkara yang
melibatkan dosa.
Anti virus 4:
Banyak Selawat
Ini antara anti virus yang sangat luar biasa. Impaknya bukan
sahaja di dunia sebaliknya menarik kekuatan bantuan
syafaat Rasulullah SAW di akhirat. Allah menyediakan
Malaikat khas untuk mengurus mereka yang rajin berselawat
kepada baginda SAW di dunia. Baginda SAW respon terus
kepada mereka yang berselawat secara berterusan. Bukan
itu sahaja, bantuan malaikat akan mengejar kita yang rajin
berselawat. Rahmat dan perlindungan yang tiada bandingan
akan bersama dengan kita di dunia dan akhirat. Malah kita
akan duduk sangat hampir dengan Rasulullah SAW dalam
syurga kelak.
Anti virus 5:
Henyak Nafsu
Inisiatif ni mudah pada sebutan dan tulisan, tetapi azab
pada tindakan dan keputusan. Bayangkan nafsu yang hidup
bersama dengan diri kita. Satu keperluan dalam
menggerakkan daya menyenangkan hidup kita diajak
bertarung. Nafsu berfungsi sebagai penggerak utama untuk
kita menikmati hidup lebih seronok. Nafsu makan, minum,
bersuka-ria, santai, berkahwin, bersosial, bergurau, bercanda,
berfoya-foya, menikmati keseronokan dunia dan pelbagai
perkara yang kita sangat berahi. Tiba-tiba kita nak sekat dia
daripada berfungsi sepenuhnya. Contohnya, nafsu kita nak
menjadi jutawan. Tak salah nak jadi kaya-raya. Anti virus ke 5
ini menuntut kita henyak nafsu supaya boleh jadi jutawan,
tetapi wajib patuh syariah. Ikut sunnah Rasulullah SAW dan
para sahabat. Sudah pasti nafsu tidak berminat dan
memberontak. Di kala inilah kita wajib henyak nafsu supaya
ikut arahan iman. Boleh kaya semahunya, namun mesti ikuti
SOP Allah dan Rasul-Nya.
" Setiap penyakit ada penawar, begitu juga setiap
virus yang merebak dalam jiwa kita pasti ada anti
virus yang perlu kita install. Terus positif "
Kesimpulan
Justeru itu, kesimpulan yang boleh kita ambil sebagai motivasi diri adalah bila kita jaga Allah di kala
kita hidup, pasti Allah akan jaga kita di kala kita mati dan selepas mati. Jom kita berubah segera,
bermula dengan diri sendiri dan berdikit-dikit untuk istiqamah hingga akhir hayat. Usah bertangguh
untuk berubah dan mulakan langkah pertama sekarang. Pasti kita tidak menyesal. Tak tumbuh tak
melata, tak sungguh kami tak kata.
Rujukan
Ahmad Hasan Mohd. Nizam & Zahazan Mohamed. [2007] 300 Hadis Bimbingan : Telaga Biru Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
MUKA SURAT | 12
SENTIASA Mengeluh hanya akan membuat
BERSYUKUR hidup kita gelisah dan gundah
gulana. Bersyukur akan sentiasa
membawa kita ke jalan kemudahan
MUKA SURAT |1 3
Pandemik COVID-19
Sehingga 9 Julai 2021, jumlah kes positif COVID-
19 yang direkodkan di Malaysia melonjak kepada
817 838 kes, dengan angka kematian sebanyak
5980 orang menerusi data terbaru yang
diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
(laman web Kementerian Kesihatan Malaysia).
Ini jelas menunjukkan virus ini semakin
mengganas dan telah mengakibatkan kematian
yang tinggi.
Setiap yang Allah berikan adalah ujian untuk kita.
Sama ada baik atau buruk. Hidup di dunia tidak
dapat lari daripada ujian. Bagi orang yang
beriman, mereka percaya ujian datang kerana
Allah menyayanginya. Manusia seharusnya tidak
hilang pedoman. Pastikanlah diri lulus dalam
setiap ujian yang menimpa kerana ujian itu tidak
mengenali kedudukan, pangkat dan usia.
UjianPInesnaenntDu Di SairsjiaNt ya Firman Allah SWT, "Boleh jadi
kamu bencikan sesuatu,
Azirah binti Seman sedang Allah SWT hendak
menjadikan pada apa yang
kamu benci itu kebaikan yang
banyak (untuk kamu)"
(Surah An-Nisa', ayat 19).
Ujian sebagai nikmat ?
Dunia dan wabak
Seluruh manusia sedang diuji dengan penularan wabak COVID-19. Setiap ujian yang datang adalah untuk
Kebanyakan negara telah melaksanakan tempoh berkurung (PKP).
Begitu juga di Malaysia. Sepanjang tempoh ini, ada mereka yang meningkatkan darjat kita di sisiNya. Allah SWT
telah hilang pekerjaan dan mata pencarian. Tidak kurang juga
yang telah dijangkiti wabak berkenaan dan kehilangan ahli tahu sejauh mana kita mampu menghadapi
keluarga yang tersayang. Meninggalkan anak kecil menjadi yatim
piatu sekelip mata. Begitu juga masalah sosial yang kian meninggi ujianNya. Anggaplah ujian yang datang sebagai
serta kes bunuh diri yang saban hari direkodkan. Tekanan hidup
semakin dirasai. Emosi kian koyak, fizikal makin letih. Entah bila ujian nikmat dan kasih sayang Allah kepada
ini akan berakhir. Adakah kita terfikir, apakah sebenarnya yang
ingin Allah sampaikan? Adakah hikmah disebalik setiap ujian yang hambaNya. Jika rasa gelisah, berdoalah kepada
diberikan?
Allah. Jangan malu untuk merayu dan meminta-
minta. Setiap ujian yang datang adalah untuk
meningkatkan darjat kita di sisiNya. Allah SWT
tahu sejauh mana kita mampu menghadapi
ujianNya. Anggaplah ujian yang datang sebagai
nikmat dan kasih sayang Allah kepada
hambaNya. MUKA SURAT |1 4
Apa itu iman ? Menurut Al Djamaly (1988), hikmah adalah suatu
renungan dan kesungguhan memanfaatkan ilmu dan
Takrif iman sepertimana yang diucapkan peristiwa yang kita hadapi pada setiap hari. Sebagai
oleh Saidina Ali bin Abi Talib RA yang seorang mukmin, hikmah seharusnya dikaitkan dengan
bermaksud: sumber Al Quran agar tidak menyimpang dengan
“Iman itu ialah kepercayaan yang benar pegangan Islam. Dalam setiap ujian pasti ada
dengan hati, pengakuan dengan lidah, hikmahnya. Hadapilah ia dengan penuh ketenangan.
dan beramal dengan anggota” (Mohd Hanya iman di dada mampu menghilangkan keresahan
Zainul Asri, 2012). yang melanda. Sejauh manakah darjah iman kita
menghadapi ujian yang tiba?
Serahkanlah diri kepada Allah serta
harapkanlah perlindungan, pengampunan Sifat mukmin menghadapi ujian
dan kasih sayangNya. Orang yang beriman
tidak akan pernah berputus asa. Doa Al-Hasan al-Basri r.a ada mengatakan:
dijadikan senjata serta lidah sentiasa
berzikir memujiNya. Mereka tidak akan “Bukanlah iman itu dengan perhiasan dan cita-cita akan
merasa kecewa jika sesuatu yang ada tetapi iman itu ialah apa yang teguh dalam hati dan
luput dan hilang begitu sahaja. Ini dibenarkan oleh amal. Barang siapa berkata (ikrar) baik
adalah kerana iman yang tebal meraja di pada hal ia mengerjakan amal yang tidak baik, nescaya
dalam dada. Mereka melihat apa yang Allah menolak perkataannya. Dan barang siapa berkata
menimpa adalah takdir dari Yang Maha dan berbuat baik, nescaya mengangkat akan amalnya”
Esa. Redhalah, lepaskan apa yang hilang (Nor Asmawati, 2018).
dengan iringan doa dan air mata sebagai
tanda Apabila keresahan datang melanda, orang mukmin akan
menyerahkan dirinya kepada Yang Berkuasa. Hanya iman
dan takwa akan mengubat segala keresahannya.
MUKA SURAT | 15
Menurut Nazrin & Maizatul (2020), untuk mendapatkan
Tingkatkan keimanan prestasi kerja yang baik, setiap individu hendaklah
Menurut Mohd Zainul Asri (2012), terdapat 4 amalan mempunyai sikap untuk meningkatkan diri dalam
yang dapat dilakukan untuk meningkatkan keimanan melakukan sesuatu pekerjaan bagi memastikan prestasi
di dalam diri iaitu: kerja berada dalam keadaan cemerlang. Oleh yang
demikian, ujian dan cabaran yang datang tidak
i. Memahami kehendak akidah seharusnya dijadikan alasan untuk tidak terus cemerlang.
ii. Melakukan ibadah dengan betul Jangan sesekali mengalah dan berputus asa. Malah,
iii. Mendampingi orang-orang yang soleh jadikanlah ia sebagai suatu cabaran, pendorong dan
iv. Menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh penggerak semangat untuk menjadi insan yang berjaya.
Sentiasalah berusaha menjadi seorang insan yang hari ini
lebih baik dari semalam.
Situasi pandemik ini, ujian amatlah besar bagi setiap
orang. Akal dan nafsu sering kali diduga. Sekiranya Kesimpulan
dia berjaya menghadapi dengan tenang bermakna
imannya itu telah sempurna. Oleh itu, sentiasalah "Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"
memohon kepadaNya agar kuat menghadapi ujian (Surah At-Taubah: 40).
dan dipermudahkan segala urusan. Nukilan Allah amat indah. Yakinilah dengan setiap janji-
janjiNya. Kita semua sedang diuji. Ia merupakan rencah
Tingkatkan keimanan hidup yang membawa pelbagai rasa. Sebagai umat
Islam, kita seharusnya memahami bahawa ia adalah
Setiap ujian yang datang janganlah dijadikan alasan suatu ketentuan dan ketetapan sebagai qada’ dan qadar
untuk tidak meningkatkan prestasi diri. Prestasi atau dalam hidup manusia. Reset minda dan bertindaklah
dikenali juga sebagai pencapaian diri adalah satu dengan bijak. Hadapilah ia dengan penuh ketenangan.
tanggungjawab dan tugas yang wajib dilaksanakan Jadikanlah agama sebagai terapi di saat gundah dan
oleh seorang manusia. anggaplah ia peluang untuk mendekatkan diri kepada
Setiap manusia mempunyai tanggungjawab yang perlu Allah SWT. Kita pasti akan menang dan bahagia akan
dilaksanakan dan Allah akan bertanya mengenai menanti sebagai pulangan.
amanah berkenaan.
Rujukan MUKA SURAT |1 6
Al Djamaly (1988), Menerobos Kritis Pendidikan Dunia Islam, Golden Terayon Press: Jakarta.
Al-Qur’an al-Karim. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, Jakim.
Kementerian Kesihatan Malaysia. http://covid-19.moh.gov.my/terkini. Capaian pada 10 Julai 2021.
Mohd Zainul Asri (2012). Sifat Mahmudah Calon Ahli Jannah. Pustaka Paksi Sdn. Bhd. Alor Setar, Kedah.
Nazrin.Z & Maizatul H.M (2020). Pengaruh Faktor Motivasi Terhadap Prestasi Kerja. Jurnal Wacana Sarjana. Volume 4(3) June 2020: 1-11; e-ISSN 2600-
9501.
NorAsmawati Ismail, (2018). Sorotan Al-Quran Terhadap Efikasi Kendiri. Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari
2018 International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018.
Orang yang paling bahagia
adalah orang yang paling kuat
cintanya kepada RabbNya ...
- Imam Al-Ghazali -
MUKA SURAT |1 7
15
HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH
MOHD AZLI BIN ADNAN
Pengenalan Kita rasa itu negatif dan tidak baik atau musibah.
Sebaliknya pada pandangan Allah satu ujian dan ada
kebaikannya. Apa sebenarnya semua ini diberikan
kepada kita?
Hidup ini berlangsung secara berpasangan. Di kala Penciptaan kita bersebab dan bermatlamat besar.
bulan menjelang bermakna perginya siang bersama Walaupun kita dicipta dari tanah melalui proses
mentari. Di sana lelaki maka bersamanya wanita. Kita persenyawaan air yang hina, namun kita mampu
akan bertemu dengan pelbagai perkara yang menuntut membuat kejutan. Suatu kejutan yang sangat terlajak
kita memilih antara dua pilihan. Ya atau tidak. Betul atau wajar. Boleh mengatasi kehebatan Malaikat andainya
salah. Baik atau buruk. Pahala atau dosa. Setiap saat kita fahami dan amalkan konsep hikmah dan musibah.
kita sentiasa terseret dengan memilih. Waima kita ingin Sebaliknya menjadi hina dari binatang seandainya kita
mengambil juadah tengahari pun dipaksa untuk memilih menolak hikmah dan musibah.
menu masakan atau makanan. Begitulah sunnah hidup.
Saban waktu kita pasti diuji dengan pelbagai perkara. Hikmah adalah merujuk kepada kebaikan yang kita
terima di sebalik sesuatu kejadian. Contohnya kita diuji
Ada yang berlaku bawah sedar. Tidak kurang pula yang dengan kesakitan. Maka kita mendapat banyak
berlaku separuh sedar. Dunia ini dipagari dengan kebaikan kerana di kala itu kita merasa hebatnya
sesuatu yang menyeronokkan bagi orang yang ingkar kesihatan. Merasa perlu ‘bersembang’ dengan Allah.
kepada Allah. Dunia adalah syurga bagi orang yang Merasa tersentap seolah Allah menegur kita terlalu lalai
ingkar arahan Allah. Dunia adalah neraka bagi orang dengan hidup. Merasa satu teguran atas kesalahan kita.
beriman dan taat kepada Allah. Akhirat pula dipagari Merasa satu ujian kepada kemulusan pergantungan kita
dengan perkara-perkara yang dibenci oleh nafsu. Dunia kepada Allah.
bukan destinasi abadi. Sekadar tempat persinggahan
sementara. Mempersiapkan bekalan bagi mengharungi Musibah pula menjelaskan suatu perkara yang
perjalanan menuju destinasi abadi. menimbulkan kesakitan, kerosakan, kesakitan dan
tekanan yang teramat. Makhluk ini berfungsi sebagai
Konsep hikmah dan musibah mesej kepada kita untuk berfikir hikmat di sebalik
musibah tersebut. Setidak-tidaknya ia mengingatkan
Setiap perkara yang berlaku pasti ada punca dan kita tentang apa yang telah kita lakukan dan inilah ujian
iktibarnya. Ada kalanya kita menerima kebaikan, untuk hidup kita di persada maya ini. Ada yang
keseronokan dan kesenangan. Kita rasa itu positif dan memandang positif tetapi jumlahnya sangat kecil.
baik. Namun pada pandangan Allah sebaliknya, malah Berbanding yang menanggapi secara negatif
merupakan satu ujian. Di lain hari, kita menerima jumlahnya sangat besar. Justeru itu, hikmah dan
kesulitan, kepayahan dan kesakitan. musibah tidak boleh dipisahkan dalam kamus hidup kita
sebagai seorang muslim lagi mukmin.
MUKA SURAT |18
Positif dengan ujian " Hikmah di sebalik musibah
akan terzahir pada jiwa, minda
Hikmah di sebalik musibah menzahirkan pada jiwa, minda dan dan emosi. Ujian sarat dengan
emosi kita bahawa setiap sesuatu ujian sarat mengandungi didikan untuk diri kita. Sama
didikan untuk kita. Sama ada sebagai satu teguran kesalahan, ada sebagai teguran kesalahan,
penghapusan dosa, penilaian kualiti iman, balasan kepada
tindakan melampau atau bonus kebaikan daripada Allah penghapusan dosa dan
kepada kita. Sehubungan dengan itu, kita akan lebih bersedia penilaian kualiti iman "
untuk mendepani cabaran yang dijangka atau luar jangka
sepanjang hidup ini.
TIPS MENDEPANI MUSIBAH Tips Kedua : Bersedia dengan sesuatu
luar jangka [SABAR]
Tips 1: Betulkan yang biasa dan
biasakan yang betul [REDHA] Kekadang kita merancang sesuatu dengan sewajarnya.
Tetiba berlaku sebaliknya. Pelaksanaan tidak seperti
Tips ini menuntut keprihatinan kita dalam menyelusuri yang direncanakan. Pasti kita merasa tekanan dan
setiap babak dalam hidup. Cuba paksa diri untuk redha tercabar. Semua orang biasa hadapi suasana sebegini.
menerima apa jua yang kita terima. Baik atau buruk Ironinya kita merasa seronok dan dipuji apabila sesuatu
semuanya datang daripada Allah. Kita diminta yang dirancang berjaya dilaksanakan. Dalam
membetulkan wayang minda dari bersikap negatif. Kita mendepani senario luar jangka, maka kita perlukan
gemar mendahulukan sangkaan negatif dalam hampir kekuatan sabar dalam apa jua keadaan. Bersabar ketika
semua perkara. Budaya ini wajar dihapuskan. Kita cuba diuji dengan sesuatu yang menjengkelkan. Hasilnya kita
mendahulukan sangkaan positif walaupun dalam akan tabah dan anggap sebagai satu maklum balas.
kondisi negatif. Contoh yang paling lumrah kita hadapi. Bersabar juga dengan sesuatu yang menyeronokkan.
Kita sudah buat janji temu dengan seorang pegawai Hasilnya kita tidak akan mudah lupa diri dan tenggelam
pada tarikh dan masa yang tertentu. Setiba di lokasi dengan pujian serta sanjungan.
dimaklumkan pegawai tersebut tidak hadir kerja.
Sesiapa pun akan mempunyai persepsi negatif tika itu.
Jarang yang bersikap positif, mungkin dia akan
kecemasan dan tak sempat hendak dimaklumkan
kepada kita.
Tips Ketiga : Berminda kelas pertama
[SYUKUR]
Hidup ini tidak menentu. Ada kalanya menyeronokkan
dan ada waktunya menyusahkan. Tiada siapa pun yang
rela hati sedia menerima kesakitan dan kepayahan
dalam hidup. Kita semua pasti mendambakan yang
baik-baik sahaja dalam hidup. Namun dalam iradat
Allah tidak semudah dan apa yang kita harapkan. Selagi
kita bernyawa, selama itulah kita akan diuji dengan
pelbagai cabaran. Cuma setiap ujian tersebut berbeza
mengikut keupayaan seseorang. Penampan paling
ampuh dalam mengharungi lautan pancaroba hidup ini
adalah dengan bersyukur. Syukur kita sihat akan
menjadi penawar ketika sakit. Syukur ketika senang akan
menjadi ubat ketika susah. Syukur ketika berkuasa akan
menjadi perisai kita tidak berkuasa. Kemuncak syukur
adalah sentiasa berterima kasih kepada Allah sekalipun
dalam keadaan menderita.
MUKA SURAT |19
25 Tips Keempat : Pasrah dengan apa yang
berlaku [SERAH DIRI]
Banyak kemungkinan boleh berlaku dalam hidup ini. Tiada jaminan
seharian kita akan gembira. Tiada kriteria khas kita akan stabil.
Namun kita diminta berusaha dengan merancang serta
melaksanakan tugasan sehabis baik. Ironinya berlaku yang tidak
seperti yang kita impikan. Kita akan bersedih dan merungut sendiri
atau lebih dahsyat tindakan daripada itu. Sebagai seorang yang
yakin dengan jaminan Allah, maka kita akan serahkan segala
urusan kita sepenuhnya padaNya. Dia penentu segalanya untuk
kita. Mungkin pada pandangan kita baik tetapi tidak pada
pandangan Allah. Begitulah sebaliknya. Berjaya atau gagal adalah
miliknya. Andai operasi kerja kita mengikut SOP agama, insya Allah
berjaya. Andai membelakangkan agama, insya-Allah gagal.
Biarlah kita kalah dalam menang daripada menang dalam kalah.
Penutup
Kesimpulan yang boleh kita buat adalah selagi kita bernyawa
selama itulah ujian bertali arus. Dunia adalah gelanggang yang
sentiasa membawa kita kepada menterjemah R + S3 dalam
membuat keputusan. Terjahan demi terjahan kepayahan, kesulitan,
kesukaran, kesakitan dan kemudaratan akan menyusup masuk
dalam atur langkah hidup kita. Tiada yang boleh terlepas begitu
sahaja. Kecuali mereka yang sudah dinyah keluar dari senarai
hamba Allah yang dikasihi olehNya. Mereka berseronok di dunia
semahunya sebelum menerima balasan selayaknya di akhirat.
Tuntasnya kita tiada pilihan melainkan untuk memaksa diri REDHA,
SYUKUR, SABAR dan SERAH DIRI sepanjang perjalanan hidup ini.
Impaknya kita menadah mutiara hikmah yang menjadikan kita
seorang yang hebat dalam kalangan warga langit dan warga
bumi.
Ombak itu tidak besar, cuma
perahu itu kecil. Jangan hanya
minta diringankan ujian, tetapi
pintalah dikuatkan iman
Ustaz Pahrol Mohd Juoi
RUJUKAN
Habib Abdullah Haddad. 2012 Nasihat Agama dan Wasiat Iman [Terjemahan oleh Syed Ahmad Semait]
: Pustaka Nasional, PTE LTD, Singapura
MUKA SURAT |20
26
TETAP POSITIF DAN
BAHAGIA. BEKERJA KERAS
DAN TIDAK BERHENTI
BERHARAP. TERBUKA
TERHADAP KRITIKAN DAN
TERUS BELAJAR..
Kelilingi dirimu dengan
orang bahagia dan
tidak berpura-pura
Tena Desae
MUKA SURAT |21
9 Ujian
COVID-19
Meningkatkan
Motivasi,
Mengekalkan
Prestasi
NORZIRA BINTI AHMAD
Wabak menggemparkan dunia “APAKAH MANUSIA ITU MENGIRA BAHAWA
MEREKA DIBIARKAN (SAJA) MENGATAKAN:
Wilayah Hubei, China…rasanya satu tempat yang kita tidak “KAMI TELAH BERIMAN, SEDANGKAN MEREKA
pernah tahu dan ambil peduli, namun tanggal 17
November 2019 di sinilah segalanya bermula. Di wilayah BELUM DIUJI?”. -
inilah virus bahaya dan menggemparkan dunia ini SURAH AL-ANKABUT AYAT 2 - 3
didakwa buat pertama kalinya muncul apabila seorang
individu berusia 55 tahun menjadi pesakit pertama
disahkan positif COVID-19. Hari ini virus yang telah meragut
jutaan nyawa ini masih ganas berleluasa. Menjangkiti,
menyerang dan membunuh mangsa tanpa ada tanda-
tanda akan ternoktah. Seluruh dunia sengsara dan buntu…
bila dan bagaimanakah pengakhirannya. Masing-masing
mencari jalan keluar untuk menyelamatkan nyawa.
Pelbagai “SOP” dan vaksin dicipta, tidak terkecuali di tanah
air kita yang tercinta. Virus bahaya ini ternyata
meninggalkan kesan yang maha hebat sama ada kepada
aspek kesihatan, ekonomi, pendidikan, keagamaan
malahan melangkaui aspek mental dan fizikal manusia.
Bagaimana seorang mukmin
mendepani wabak ini ?
Kupasannya di sini, sebagai seorang muslim
bagaimanakah cara dan kaedah untuk kita mendepani
pandemik yang amat menakutkan ini. Adakah kita akan
hanya terus berfikir ini adalah bala daripada Allah SWT
atau ianya adalah sekadar teori konspirasi musuh-
musuh Islam sehinggalah membawa kepada
perbahasan golongan pro dan anti vaksin sahaja? Atau
kita hanya perlu menyerah semata-mata kepada
qadak dan qadar lantas menunggu sahaja
pengakhiran takdir Allah tersebut? Atau kita perlu redha
dan menerima ujian yang amat besar ini lantas
bangun dan mencari solusi serta hikmah kenapa Allah
SWT mengirimkan makhluk bernama “corona” ini?
MUKA SURAT |22
23 MUKA SURAT |23
Positif atas ujian Allah
Maka bertitik tolak daripada ayat surah Al-Ankabut tersebut, marilah kita
mengambil semangat bahawa kita adalah umat yang terpilih untuk diuji
oleh Allah bagi mendepani pandemik ini. Jika difikirkan secara positif
maka jalan keluarnya ialah kita akan menjalani dan menguruskan
kehidupan dengan baik dan jika difikirkan secara negatif maka kehidupan
kita akan menjadi bosan, serabut dan sukar. Oleh itu, apa pun rasa dan
kesukaran yang kita tempuhi sepanjang pandemik ini marilah kita sama-
sama mencari semangat dan motivasi untuk memperbaiki lagi kehidupan
kita. Bangunlah bersama semangat juang yang tinggi agar kita dapat
mencapai kemenangan dalam tempoh yang terdekat ini. Bersangka
baiklah kepada Allah dan tingkatkanlah amalan kita selaras dengan
firmanNya dalam surah Al-Kahfi ayat 7 hingga 8; “Dan sesungguhnya
Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi itu sebagai perhiasan, agar
kami menguji mereka, siapakah di antara mereka yang terbaik amal
perbuatannya.”
Melihat rencah kehidupan
Jika direnungi, setelah hampir dua tahun kita diuji dengan COVID-19
pelbagai rencah dan resam kehidupan masyarakat dapat kita saksikan.
Betapa ramainya jiwa terkorban…ada yang kehilangan ibu bapa, anak dan
saudara dan tidak kurang sahabat handai dan rakan sekerja. Perasaan
kita menjadi bercampur baur. Ditambah pula ada yang hilang punca,
kerana pendapatan tiada atau kurang daripada biasa sehingga kepada
bisik-bisik nakal senang dan lapanglah para penjawat awam negara,
wabak melanda namun gaji tetap seperti biasa.
Ada yang berada dalam tekanan jiwa, gundah dan gulana, yang kecewa
tidak dapat menziarahi keluarga serta tidak dapat melancong ke luar
negara malahan ada yang sanggup menamatkan nyawa kerana tidak
mampu lagi menahan derita. Apakah ini sahaja jalan yang ada, saudara?
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Ujian yang tiada henti-hentinya
menimpa kaum mukmin baik lelaki atau wanita yang mengenai diri, harta
dan anak-anaknya, tetapi dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam
keadaan tidak berdosa.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi).
Hikmah sebuah ujian
Ini merupakah hikmah dan janji Allah SWT apabila kita diuji dan kita terus
bersabar dan bersemangat mencari jalan keluar selagi ada daya.
Sesungguhnya sebagai seorang Islam usaha, ikhtiar, doa dan tawakal
adalah senjata utama manakala putus asa, rendah jiwa dan menyerah
kalah tanpa usaha adalah perkara yang tidak disukai oleh agama. Allah
SWT telah berfirman kepada malaikatNya bermaksud; “Pergilah kepada
hamba-Ku. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana
Aku mahu mendengar suaranya”. Jadi, janganlah kita cepat patah
semangat dan menyerah tanpa usaha. Ikutlah saranan kepimpinan
negara, pakar-pakar kesihatan, patuhilah SOP dan ikhtiarlah dengan
mengambil vaksin dan seumpamanya selagi kita sedar ianya adalah
usaha dan ikhtiar, selebihnya kita doa dan sabar dengan hasil dan
kejayaannya. Jalanilah kehidupan dengan kuat dan bersemangat waja!
Firman Allah SWT dalam surah Yusuf ayat 87; “….dan
janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah
melainkan kaum yang kafir”.
Sabar pasti menang melainkan kaum yang kafir”. Marilah sama-sama kita
berganding bahu, berjuang meneruskan kehidupan
Akhir kalam, ingatlah juga firman Allah SWT dalam surah Al- seharian, mencari jalan keluar kepada setiap masalah
Baqarah ayat 286; “Allah tidak membebani seseorang itu yang mendatang dengan penuh takwa dan iman di
melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Hikmahnya, dada. Ayuh semua…..TINGKATKAN MOTIVASI, KEKALKAN
kita akan dapat mendepani pandemik yang didatangkan PRESTASI….nyahlah COVID-19!!!
oleh Allah SWT ini dengan sabar dan sudah pasti kita dapat
menanganinya suatu hari nanti. Ini kerana Allah SWT telah RUJUKAN:
berjanji setiap ujian adalah mengikut kemampuan 1. Al-Quranul Karim
hambaNya dan setiap penyakit akan ada ubatnya 2. Hadis Sohih Riwayat At-Tirmidzi
melainkan mati. Oleh itu, janganlah kita berasa lemah dan 3. Akhbar Sinar Harian, Khamis 22 Julai 2021
berputus asa untuk meneruskan kehidupan dan berjuanglah
melawan virus ini habis-habisan. Semangat ini amat MUKA SURAT |24
selaras dengan firman Allah SWT dalam surah Yusuf ayat
87; “….dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat
Allah.
BULETIN AL- IRSYAD | EDISI 14 |UJIAN COVID-19: MEINGKATKAN PRESTASI MENGEKALKAN PRESTASII