The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bertemakan Ibrah, Pahit Manis 2021. Pelbagai kupasan menarik dari pelbagai perspektif penulis. Kata-kata yang mampu memberi suntikan semangat dan ruang untuk bermuhasabah diri dalam meneruskan perjuangan sebuah kehidupan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainulfarhaan, 2021-12-28 19:04:06

Buletin Al-Irsyad Edisi 15

Bertemakan Ibrah, Pahit Manis 2021. Pelbagai kupasan menarik dari pelbagai perspektif penulis. Kata-kata yang mampu memberi suntikan semangat dan ruang untuk bermuhasabah diri dalam meneruskan perjuangan sebuah kehidupan.

BULETIN Edisi 15 | 2021
Jamadilawal 1443H

Al- Irsyad

Ibrah,
Pahit Manis
2021

UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL, JABATAN PENGAJIAN AM, PTSS

BULETIN AL-IRSYAD

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, 2018

Hak Cipta Terpelihara.
Tiada mana – mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh
diperolehi semula atau disiarkan dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau
sebaliknya tanpa mendapat izin dari penerbit. Hak Cipta Terpelihara.
Tiada mana – mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh
diperolehi semula atau disiarkan dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau
sebaliknya tanpa mendapat izin dari penerbit

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan - dalam - Penerbitan

Ilustrasi : Sumber internet Sidang Redaksi

Diterbitkan oleh: Penaung I
Unit Pendidikan Islam dan Moral En. Abdul Malek bin Hassan
Jabatan Pengajian Am,
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,  
Pauh Putra, Penaung II
02600 Arau, Ts. Nadzri bin Che Kamis
Perlis
 
Penasihat I
En. Razak bin Nordin

 
Penasihat II
Puan Suhaila binti Mustaffa

 
Editor
Norzira binti Ahmad
Norhafizah binti Mohd Ghazali
Ainul Farhaan binti Harun

 
Konsep dan Layout  Buletin
Ainul Farhaan binti Harun

Di Sebalik tabir ..

Ainul Farhaan binti Harun NorzEidriatobri,nPtriuAfhmad NorhafizaEhdbiitnotri, Mohd Ghazali
Editor, Konsep & Layout Pruf

Semoga helaian kehidupan "Kehidupan adalah suatu Mudah-mudahan setiap liku
pahit dan manis sepanjang perjalanan panjang untuk perjalanan hidup yang
tahun ini menjadi hikmah menghadapi ujian dan rintangan ditempuhi dapat
dan iktibar untuk menjadi serta mengutip pelbagai menghadirkan keinsafan
pengalaman berharga bagi
hamba Allah yang lebih menuju destinasi nan abadi" dan memperteguh keimanan
baik kepada Yang Maha Esa

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang
di langit. Rendahkan hatimu serendah mutiara di
lautan

i

Kupasan Menarik ...

01 Online VS Offline
Solhal Huda binti Sahidan

Seiring peredaran zaman, teknologi yang
berkembang pesat, para pendidik perlu terus
positif mengharungi setiap perubahan
teknologi. Penulis mengupas tentang istilah
pendidik dalam pelbagai sudut dan aspek.

04 K.I.T.A

Nur Syakirah binti Akyan

Penulisan santai tetapi sangat bermakna dari
penulis mengenai pelbagai rencah rasa pahit,
manis, suka dan duka sebuah perjuangan dan
pengorbanan dalam kehidupan.

Pesan Buat Aku & Sahabat

06 Rozalita binti Saupi

Karya puitis dari penulis ini akan mampu
memberikan pelbagai rasa kepada pembaca.
Penulisan yang mantap, penuh isi dan
penghayatan ini juga mampu menjentik hati
kita untuk sentiasa positif dengan kehidupan.

09 Jika Engkau Tidak Temui
Hikmahnya

Razak bin Nordin

Huraian santai tentang mencari hikmah bagi

setiap ujian dan musibah yang Allah SWT

berikan kepada setiap manusia. Cara dan

pendekatan yang bakal kita ambil untuk

menempuh ujian dan musibah tersebut menjadi

jalan untuk menentukan kita redha atau tidak

dengan semua takdir tersebut. ii

Pelbagai isu menarik...

Peranan Guru Mursyid Dalam Membentuk
Akhlak Dan Adab Seorang Murid

15 Mohd Fadhil bin Aziz

Artikel yang sarat dengan huraian berkenaan
peranan seorang guru mursyid. Perkongsian
penulis wajar diamati dalam membentuk diri
menjadi seorang guru dalam erti kata sebenar dan
dijadikan panduan bagi memilih guru yang tepat
untuk menuju Allah SWT.

19 Sanggah Nafsu Demi Islam
Roshadah binti Abu Bakar

Kupasan tentang nafsu yang digambarkan sebagai
puncak segala rasa dan keinginan yang membawa
kepada pelbagai tindakan sama ada baik atau
buruk dalam kehidupan seseorang manusia.
Pengawalan nafsu kitalah yang akan menentukan
corak kehidupan seharian kita.

21 Hikmah Buat Pendidik di Sebalik
Ujian COVID-19

Ribhan binti Ibrahim

Artikel yang sangat dekat dengan jiwa seorang
pendidik. Kupasan-kupasan menarik mengenai liku-
liku perjuangan seorang pendidik dalam
memartabatkan ilmu pengetahuan. Penulis turut
berkongsi hikmah-hikmah pengajian dalam talian
sepanjang tempoh ia dilaksanakan.

25 Natijah Sebuah Perjuangan

Norhafizah binti Mohd Ghazali

Penulis berkongsi pahit manis serta asam garam

seorang pendidik. Di samping pelbagai mehnah dan

cabaran kini, pelbagai suntikan semangat dan jalan

keluar yang disarankan dalam penulisan ini. Amat

menarik untuk djadikan suntikan semangat buat

semua warga pendidik. iii

Semester baru kini telah bermula. Begitulah Online
kelaziman yang sentiasa berulang saban OffVlS
ine
tahun berganti tahun lebih sedekad bergelar
seorang pendidik. Setelah hampir dua Solhal Huda binti Sahidan
semester menjalani pengajaran dan
pembelajaran secara dalam talian (PdPDT), 1
kini setelah Pelan Pemulihan Negara (PPN)
beralih ke fasa 4, PdP berlangsung secara
bersemuka. Sudah semestinya peralihan
norma baharu ke norma lama juga
memerlukan persediaan fizikal dan mental
yang perlu diurus dengan baik.

“Masih bermotivasikah diriku seperti mana
saat pertama melangkah kaki masuk ke
kelas ketika mula-mula penempatan dahulu?
Sekilas jadual kelas yang diletakkan di atas
meja ditatap.

Konsep 5M

Formula untuk menjadi
seorang pendidik yang
berkesan adalah melalui
Konsep 5M iaitu MUADDIB,
MURABBI, MURSYID, MUA'LLIM

dan MUDARRIS

Ligat fikiranku mencari idea untuk melaksanakan
aktiviti PdP di dalam kelas kepada anak-anak pelajar.
Realitinya, online atau offline; diriku adalah seorang
pendidik!”

Islam sangat memberi perhatian dan galakan kepada
mereka yang bergelar seorang pendidik supaya
mempersiapkan diri dengan secukupnya. Hal ini
penting kerana pendidik berperanan dalam
membangunkan roh dan jiwa pelajar bagi melahirkan
hamba dan khalifah Allah SWT.

Lantaran itu, konsep 5M perlu dihayati dan diamalkan

oleh warga pendidik supaya kita tidak lesu berada di
atas trek pendidikan meskipun sedekad, dua dekad Mursyid
malah menghampiri fasa akhir perkhidmatan.
Pendidik berperanan dalam memberi

petunjuk ke jalan yang benar. Ianya
merujuk kepada proses memberi
Muaddib arahan, panduan, bimbingan dan
petunjuk. Kepimpinan pendidik
Pendidik berperanan sebagai pembentuk adab. Konsep kebiasaannya terserlah dalam
ta’dib merujuk kepada peranan pendidik dalam mengawal suasana pembelajaran di
mengasuh, mendidik, membentuk, membimbing dan dalam kelas dengan berkesan.
menyuburkan akhlak mulia seseorang insan. Justeru, Pengawalan kelas yang efektif
pendidik perlulah terlebih dahulu menunjukkan memberi impak dalam mencapai
perwatakan yang baik seperti bercakap sopan dan objektif atau hasil pengajaran dan
pembelajaran.

menjaga maruah diri.

Murabbi

Konsep tarbiyyah atau pendidikan menjurus kepada 2
maksud mencurahkan kasih sayang, memelihara,
mendidik semasa kecil dan mengembangkan. Di sini
merujuk kepada peranan pendidik dalam
membangunkan fitrah pelajar dengan kasih sayang
sebagai contoh memotivasikan pelajar, menghormati
idea pelajar serta menegur pelajar secara hikmah.

Mu'allim

Konsep ta’lim ialah pemindahan dan

penyampaian ilmu dan maklumat kepada

pelajar. Antara ciri-ciri pendidik bersifat

mua’llim ialah memiliki, menguasai dan

mempelbagaikan ilmu pengetahuan.

Sebagaimana yang dilaksanakan semasa kelas

online, para pendidik berpeluang untuk

meneroka pelbagai aplikasi maya seperti

Breakout Room, QuizWhizzer, Liveworksheets,

Wordwall dan pelbagai lagi aktiviti PdP.

Kemahiran guru atau pendidik dalam

menguasai teknologi juga penting seiring

perkembangan semasa.




Mudarris

Konsep ini merujuk kepada ciri pengajar yang
berkesan melibatkan aspek pengajaran dan
pembelajaran sehingga penilaian kendiri.
Contohnya, pensyarah memaklumkan objektif
pengajaran yang hendak dicapai kepada
pelajar. Kesannya, pelajar jelas hasil
pembelajaran yang sepatutnya diperolehi oleh
mereka. Selain itu, pendidik yang
menggunakan bahan bantu mengajar (BBM)
yang berkesan juga ketika mengajar
menunjukkan beliau menghayati konsep
mudarris.

Konsep 5M ini sekiranya dihayati dan
diterjemahkan dalam amalan pengajaran
dapat menghasilkan pendidik yang berkualiti
dalam menyampaikan amanah mendidik anak-
anak pelajar. Momentum semangat sebagai
pendidik adakalanya turun naik. Saat diri
dilanda kemalasan cepat-cepatlah kembali
mengingati ganjaran pahala yang Allah SWT
sediakan selain saranan Rasulullah SAW
kepada umatnya agar menyebarkan ilmu.
Sabda Baginda SAW yang bermaksud:

“Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun
sepotong ayat.” (Hadith riwayat al-Bukhari)

Oleh itu, wahai insan-insan yang bergelar
pendidik marilah sama-sama kita memperbaiki
diri supaya ciri-ciri pendidik unggul 5M;
muaddib, murabbi, mursyid, mua’llim dan
mudarris dapat diaplikasikan kerana kita
mewarisi pekerjaan mulia para anbiya’.

Rujukan Muhamat Kawangit (2014), Peranan Guru 3
Razaleigh Islam Dalam Pengurusan Aktiviti Dakwah di
Pendidikan
Sekolah.

K.I.T.A

Nur Syakirah binti Akyan

2021,
Sudah 2 tahun ber-PKP,
Ada pelbagai rasa dalam setiap
episod,
Demi menyisakan lembaran yang
belum sampai ke penghujung.

Manis Kita

Tersenyum mengimbau kenangan yang manis,
Yang pasti akan dijaja setiap keturunan,
Indahnya saat itu,
Cukup menyerlahkan kegirangan hati,
Memberi keamanan setiap jiwa-jiwa yang
mendengar,
Hati, anggota dan akal turut serta ‘meraikan’,
Oh, alangkah girangnya!,
Kata Pak Jalaluddin Rumi,
Keakraban dan keramahan lahir bila jiwa kita jadi
gembira.

Pahit Hasil sebatian manis dan pahit,
Hidup dicorakkan,
Mata dipejam rapat, Kenangan diloretkan,
Seolah perkara itu tiada dalam episod buku Pahit manis disebati rapi,
ini, Agar KITA bahagia,
Ditelan ke’pahit’an demi sebuah perjuangan, Perisai untuk dunia yang penuh ranjau
Perjuangan yang tidak pernah habis, ini.
Namun, pahit itu umpama debu,
Yang pasti hinggap, 25/11/2021
Tapi yang pasti juga akan hilang, 4.30petang
Kata Dee Lestari, Bilik JPA yang indah
Kerana hati tak perlu memilih, ia selalu tahu
ke mana harus berlabuh!

4

TERUSKAN MELANGKAH ...

Seribu langkah kejayaan bermula dengan langkah pertama.. Ingatlah
bahawa kita adalah pejuang yang berani bangkit setelah beberapa

kali jatuh saat mula bertatih

5

Pesanan Buat Aku & Sahabat

Inspirasi daripada buku Dr Aidh Abdullah Al-Qarni – Jangan Bersedih

Rozalita binti Saupi

Wahai sahabat,

Hidup kita ini hanya tiga hari sahaja. Hari kelmarin yang telah berlalu,
Hari esok yang belum tiba, dan hari ini saat kita menjalaninya,
Maka bertakwalah kepada Allah.

Wahai sahabat,

Jangan bersedih. Sesungguhnya kesedihan hanya akan membuatmu lemah dalam beribadah,
Malas untuk berjihad, putus harapan, mengheretmu untuk berburuk sangka,
Dan hanya akan membuatmu menjadi pesimis.
Jangan bersedih. Sesungguhnya rasa sedih dan gundah adalah akar penyakit jiwa,
Sumber penyakit saraf, penghancur jiwa, dan penyebar keraguan dan kebingungan.
Jangan bersedih. Sesungguhnya kita ada al-Quran, ada doa, ada solat, ada sedekah, ada
perbuatan baik,
dan ada amalan yang memberikan manfaat.
Jangan bersedih, dan jangan menyerah kepada kesedihan dengan tidak melakukan apa-apa.
Solatlah..bertasbihlah..bacalah..menulislah..bekerjalah..terimalah
tetamu..bersilaturrahimlah..dan bermuhasabahlah.

Wahai sahabat,

Barangsiapa yang berada pada waktu pagi,
dan menanamkan tekad bahawa akhirat itu adalah tujuannya,
Maka Allah akan selalu memudahkan semua urusannya,
Allah akan memberi kekayaan dalam hatinya,
dan nikmat dunia akan diberikan kepadanya melalui jalan yang mudah.

6

Namun, ingatlah wahai sahabat ... 7

Barangsiapa yang berada pada pagi hari dan
menanam tekad bahawa dunia adalah tujuannya,
Maka Allah akan memperumitkan semua urusannya,
Allah akan menjadikan kemiskinan selalu ada di
hadapan matanya
Dan Allah tidak akan memberikan nikmat dunia
kepadanya, kecuali sekadarnya saja.

Wahai sahabat, marilah kembali

kepada Allah

Mintalah apa sahaja kepada-Nya di sepertiga malam
Kerana Allah berfirman, tidak ada seorangpun yang
meminta kepada-Ku, melainkan akan aku beri;
Tidak ada seorangpun yang minta ampun kepada-Ku,
melainkan akan Aku ampunkan dia,
dan tidak ada seorangpun yang berdoa kepada-Ku,
melainkan Aku kabulkan doanya.

Ya Allah,

Kami memohon kesejahteraan terhadap agama, dunia
dan akhirat,
Kesegaran tubuh badan, bertambahnya ilmu
pengetahuan,
keberkatan rezeki, peluang bertaubat sebelum mati,
mendapat rahmat pada saat kematian menjelang tiba,
serta mendapat pengampunan selepas mati.
Wahai Allah, mudahkan kami semasa menghadapi
kematian,
Lindungilah kami daripada siksaan api neraka,
Serta ampunilah kami semasa menghadapi hari
perhitungan kelak.
Dengan rahmat-Mu, wahai Allah yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang,
Salam Sejahtera ke atas Junjungan kami, Nabi
Muhammad SAW, sahabat serta keluarga baginda,
Segala puji bagi-Mu Ya Allah, Tuhan Pentadbir Sekalian
Alam.



Rozalita Saupi (Repunzel) |3 November 2021 |
Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang PTSS 10 November 2021

Carilah sahabat yang

membawa ke syurga

Pesan Imam Syafie
" Jika kamu memiliki sahabat yang selalu membantumu
dalam ketaatan, maka genggam erat tangannya, kerana
mencari sahabat itu sulit, sedangkan meninggalkannya

sangat mudah

8

Jika
Engkau
Tidak
Temui
Hikmahnya

Razak bin Nordin

Tahun mencabar Selanjutnya, virus ini juga telah memberi
kesan kepada kesihatan mental manusia
Dalam Sirah Nabawiyyah, dicatatkan bahawa dengan pelbagai kesan seperti kegelisahan,
Nabi Muhammad SAW pernah mengalami tekanan, ketakutan dan pelbagai macam
keadaan duka cita yang amat mendalam pada kesan lagi.
tahun ke 10 nubuwwah (kenabian) sehingga tahun Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr
itu dikenal dalam catatan sirah dengan sebutan Noor Hisham Abdullah seperti yang dilaporkan
Amul Huzni. akhbar Berita Harian bertarikh 10 September
2021, masyarakat di Malaysia tidak terkecuali
Dalam dunia moden abad ke 21, tiga tahun daripada menerima impak kesihatan mental
kebelakangan ini, mungkin tahun-tahun yang akibat pandemik COVID-19.
amat mencabar bagi seluruhnya dunia amnya
dan bagi kita yang berada di Malaysia khususnya Sokongan untuk sebuah kekuatan
apabila diuji dengan kehadiran virus COVID- 19.
Beliau berkata, faktor sosial yang
Umum telah mengetahui bahawa virus COVID-19 menyebabkan tekanan terlampau antaranya
mengancam dunia dan manusia daripada hilang pekerjaan atau sumber pendapatan,
pelbagai sudut. Bukan sahaja mengancam isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga
manusia dari segi kehilangan nyawa dengan dan sahabat handai boleh memberi kesan
angka korbannya yang sentiasa bertambah kepada sesetengah individu yang berisiko tinggi
setiap hari di seluruh dunia, bahkan virus ini juga untuk mengalami masalah kesihatan mental
telah memberi kesan kepada ekonomi global dan termasuk kemurungan.
sistem kesihatan di seluruh dunia.
9

Tambahnya lagi, jika kemurungan ini gagal dikenal pasti
dan dirawat dengan baik, ia berisiko untuk tingkah laku
bunuh diri meliputi idea bunuh diri (suicidal ideation),
rancangan bunuh diri (suicidal plan), cubaan bunuh diri
(suicide attempt) dan kematian akibat tindakan bunuh
diri. Masyarakat di Malaysia itu tentunya merujuk
kepada saya dan anda. Kita semua tanpa kecuali
walaupun berbeza agama, bangsa, warna kulit,
pangkat, kedudukan, keturunan serta perbezaan-
perbezaan yang lain. Semua kita berisiko jika tidak
diurus dengan cara yang betul dengan kasih sayang
dan rahmat dari Allah SWT.

Bersangka baik dengan ujian Tiada ucapan yang lebih baik daripada itu atas
segala perkara yang telah dan sedang berlaku.
Dengan segala macam ujian yang kita semua telah Walaupun dengan segala peristiwa yang telah
maklumi, bukan mudah untuk kita melaluinya. dan sedang berlaku serta cabaran yang
Dengan segala kerendahan jiwa kehambaan, kita pelbagai, akhirnya tahun 2021 hampir
sentiasa mengharapkan bantuan dan pertolongan melabuhkan tirainya tidak lama lagi.
serta diberikan ganti yang lebih baik daripada Allah
SWT atas segala musibah yang menimpa pada Antara syukur dan sabar
setiap detik masa yang berjalan seperti mana doa
yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW, Antara syukur dan sabar dalam menerima
mafhumnya : nikmat dan ujian sepanjang tahun 2021,
sebagai muslim kita sepatutnya sentiasa
"Sesungguhnya kita ini milik Allah dan sungguh melakukan muhabasah diri, yang buruk
hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, dijadikan sebagai sempadan untuk
berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ditinggalkan dan yang baik dijadikan iktibar di
ganti yang lebih baik daripadanya" masa hadapan.

10

Antara syukur dan sabar 11
dalam menerima nikmat dan
ujian sepanjang tahun 2021,

sebagai muslim kita
sepatutnya sentiasa
melakukan muhasabah diri

Akui dan insafi diri

Ya.
Mari kita sama-sama akui dengan sedar dan insaf. Terima
kenyataan dengan penuh reda serta berusaha sehabis baik
mencari jalan keluar dengan penuh keyakinan bahawa pintu
ikhtiar tidak pernah tertutup selagi dunia belum berakhir.

Namun kita kena akui bahawa bukan semua perkara yang
terjadi di dalam hidup ini boleh kita temui hikmah-
hikmahnya melalui akal singkat manusia. Walaupun kita
bersungguh-sungguh mengerah tenaga dan akal fikiran
mencari-cari hikmah-hikmah serta mencari jalan
penyelesaian dengan akal yang sedangkal ini. Tersurat atau
tersirat. Begitulah yang telah dan sedang terjadi diseputar
hidup kita. Masuk akal atau tidak masuk akal, waras atau
tidak, logik atau tidak, tetapi itulah yang banyak terjadi.
Kadangkala kita seolah pasrah tetapi bukan bererti
menyerah tapi cuba memupuk rasa reda di dalam jiwa.
Kerana, sebagai Muslim kita masih ada khauf dan raja’.
Antara rasa takut dan harapan yang tidak pernah padam
selagi kita mengakui dan menyembah Allah yang Maha Esa.

Namun dalam ‘kekeliruan’ itu, adakalanya kita hanya perlu
menerima semua takdir yang telah dan sedang kita alami
dengan reda, ikhlas, sabar dan tenang. Memohon pada Allah
SWT agar dikurniakan ketabahan yang paling tinggi dalam
segenap lapang hidup. Berdoa dan berusaha agar
semuanya baik-baik belaka walaupun zahirnya semacam
nasib buruk yang telah terjadi. Sebenarnya, semua orang
hakikatnya hidup dalam takdir masing-masing. Takdir yang
berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain.

Pandangan mata hati 12

Takdir acuan Allah yang kadangkala sukar
untuk kita memahaminya jika pandangnya
hanya dari sudut akal semata. Barangkali
inilah antara yang paling payah kita
lakukannya. Memakan limau yang masam
tanpa kerut pada wajah. Dan selalu juga
orang berpesan, masam memang masam,
tapi berusahalah untuk menjadikan buah
limau itu minuman yang manis. Dan
semuanya itu tidak mudah. Antara reda dan
syukur, acapkali juga kita terkhilaf dalam
bereaksi. Dengan baki hidup yang entah bila
noktahnya. Bukan semata kudrat kita
walaupun hanya sekelip mata lamanya.
Serahkan semua pada Allah.

Kembali kepada Allah

Ya Allah, 'peluklah' kami, 'peluklah' kami
dengan segala rahmat-Mu. Maafkanlah atas
khilaf kami jika selama ini kami khilaf cara
memandang dengan segala macam ujian
dari-Mu dengan akal dangkal kami ini.
Akhir kalam, marilah sama-sama kita berdoa,
mudah-mudahan hari esok dan seterusnya
akan menjadi lebih baik untuk kita semua
mengikut acuan dan kemahuan Allah SWT
bukan mengikut acuan dan kemahuan kita.

Manis sebuah ujian

Pada setiap ujian dan musibah yang
ditakdirkan untuk kita, ia sepatutnya membawa
kita lebih dekat kepada Allah SWT bukannya
semakin menjauh daripada-Nya. Sebab itu
selalu diperingatkan oleh guru-guru kita,
bahawa reaksi takut adalah berbeza apabila
kita takut kepada Allah SWT berbanding
apabila kita takut kepada manusia atau
makhluk-makhluk Allah yang lain.

"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan
kamu dalam keadaan kamu reda dan kamu diredai.

Maka masuklah dalam golongan hamba-Ku dan
masuklah syurga-Ku." (Surah al-Fajr, ayat 27-30)




Dekat dengan Pencipta Hakikatnya, semakin hampir kita dengan Allah SWT,
kita akan merasa lebih tenang, selamat dan
Jika kita takut kepada binatang buas seperti terpelihara. Sesuatu yang nafsu mutmainnah selalu
harimau, singa, gajah, ular dan sebagainya, kita dambakan dalam melayari bahtera kehidupan di
akan berusaha untuk menjauhi semua perkara dunia ini.
yang menakutkan tersebut daripada kita. Kita akan
merasa terancam jika berada hampir dengannya Sesudah kesukaran pasti ada kemudahan.
dan merasa selamat apabila berada jauh
dengannya.

Namun berbeza apabila kita takut kepada Allah 13
SWT. Apabila kita takut kepada Allah SWT, kita akan
sentiasa berusaha untuk mendekatinya dan
berada disampingnya.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu
(wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan

hidayat petunjuk)?



(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu
(menyiarkan Islam);



(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan
berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?



(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan
namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan

berbagai kemuliaan)?



(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kemudahan,



(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kemudahan.



(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada
sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah
engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),



(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau

memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).






Sumber Rujukan
1. Al Quran Al Karim
2. https://muslim.or.id/29529-seorang-mukmin-bagaikan-lebah.html
3. https://kumparan.com/berita-hari-ini/amul-huzni-tahun-penuh-kesedihan-bagi-nabi-muhammad-saw-1vBJvH7NduT/1
4. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/862185/covid-19-beri-impak-kesihatan-mental-dr-noor-hisham

14

15

PERANAN GURU MURSYID DALAM MEMBENTUK
AKHLAK DAN ADAB SEORANG MURID




Mohd Fadhil bin Aziz

Guru Mursyid Seseorang yang telah mendapat didikan dari guru yang
diiktiraf kebenarannya, perlu menjaga hubungannya
Sebaik-baik guru yang boleh diikuti adalah guru yang dengan Allah SWT, menjaga adab dan tingkah lakunya
mursyid. Siapakah yang layak digelar Guru Mursyid? dalam menjalani kehidupan harian dan mengambil rasa
Menurut definisi yang diberikan oleh Kamus Melayu, tanggungjawab serta ikhlas untuk mengembangkan
perkataan mursyid berasal dari Bahasa Arab, dari kata ajaran yang ada padanya agar manusia di sekelilingnya
irsyada iaitu memberi tunjuk ajar. Dalam erti kata lain tidak terlibat dengan ajaran sesat.
mursyid bererti seseorang yang pakar dalam memberi Sebelum membicarakan berkenaan peranan guru
tunjuk ajar terutamanya dalam bidang kerohanian. mursyid, penulis ingin menjelaskan terlebih dahulu
Manakala dalam istilah para sufi pula mursyid secara berkaitan akhlak dan adab. Pengertian akhlak menurut
istilahnya merupakan mereka yang bertanggungjawab Abd al-Latif (1985) ialah merupakan sifat yang muncul
memimpin murid dan membimbing perjalanan rohani dari jiwa yang melahirkan perbuatan dengan mudah
murid untuk sampai kepada Allah SWT. Dalam proses tanpa perlu difikirkan mahupun diusahakan. Dalam
tarbiyah yang teratur dalam bentuk tarekat sufiyah. Para membicarakan berkaitan akhlak juga Imam al-Ghazali
mursyid dianggap golongan pewaris nabi SAW. Dalam dalam kitabnya Ihya’ Ulum al-Din dengan menekankan
bidang pentarbiyahan umat dan pemurnian jiwa keutamaan ilmu dan mengajar. Ilmu yang menunjukkan
mereka, yang mana mereka juga mendapat izin irsyad seseorang ke arah yang benar (Zulfahmi et al., 2014).
dari para mursyid mereka sebelum mereka yang mana
mereka juga mendapat izin irsyad dari mursyid mereka Adab dan akhlak
dan seterusnya sehinggalah silsilah izin irsyad tersebut
sampai kepada Rasulullah SAW. Adab pula ialah istilah Arab yang memberi maksud
kebiasaan. Adab Islam bererti tingkah laku baik yang
Ketinggian ilmu diamalkan dalam Islam adalah berdasarkan kepada
agama Islam itu sendiri (Husin, S. et al., 1997). Adab juga
Oleh itu, pada kebiasaannya ia daripada keturunan boleh dikenalpasti sebagai ta’dib. Menurut Zuraidah
ulama’. Para mursyid bertanggungjawab mengajar dari (2013) pengertian konsep ta’dib ini dibangunkan dari
sudut zahir dan makna. Antara ciri seseorang yang makna kata dasar adaba-ya’dibu-ta’diban yang
bergelar mursyid adalah mempunyai ilmu agama yang bermaksud penyucian atau membersihkan seseorang
jelas tentang perkara-perkara fardhu ain dan dia juga daripada kekotoran.
merupakan seorang yang kamil dari sudut muamalah
dengan Allah SWT. Dengan definisi dan ciri-ciri yang Ta’dib dari segi terminologi bermaksud suatu proses
telah diperolehi jelaslah bahawa guru yang bergelar
mursyid adalah merupakan seseorang yang sempurna mendidik atau membentuk. Seseorang individu yang
dari segala sudut, tinggi martabatnya dalam tarekat
sufi. terdidik mempunyai kemampuan untuk

mengembangkan segala potensinya ke arah

pembentukan peribadi, sikap dan sahsiah selaras

dengan acuan pembentukan yang ditetapkan oleh Allah

SWT.

15

Ikatan antara adab dan akhlak Hal ini bertepatan dengan pendapat tasawuf yang
menitikberatkan tanggungjawab seorang guru kepada
Berpandukan kepada penjelasan yang telah murid yang berbunyi: “Faedah sheikh ialah membetulkan
diberikan berkaitan akhlak dan adab tersebut, secara keikhlasan”. Hal ini kerana, orang yang juga memiliki sifat
umumnya menunjukkan bahawa kedua-duanya akhlak yang mulia seperti yang dikatakan oleh Sahl bin
mempunyai kaitan yang sangat rapat. Akhlak dan Abd Allah al-Tustari: Sesiapa yang kasar adab sopan
adab merupakan pakaian rohani dan jasmani yang maka ia jauh daripada ikhlas dengan Allah SWT
bersih dipakai untuk menjalani kehidupan di dunia (Rosnaaini, 2015).
bertujuan mendekatkan diri seterusnya menuju Allah
SWT. Ianya perlu dicari dan diusahakan dengan Ikhlas dalam membina akhlak mulia
menggunakan panduan dan dibimbing oleh mereka
yang selayaknya iaitulah guru yang mursyid. "Memiliki akhlak yang mulia serta adab dan sopan terhasil
daripada didikan guru mursyid yang membetulkan
Rasulullah contoh teladan keikhlasan muridnya. Ini menunjukkan bahawa keikhlasan
merupakan faktor yang penting kepada seseorang murid
Sepertimana yang kita maklum antara peranan membentuk akhlak dan adab. Sepertimana yang kita
junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang tahu, ikhlas ialah melakukan sesuatu perkara kebaikan
diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak dengan niat kerana Allah SWT. Menurut Kamarul (2016)
umatnya. Hal ini disebut dalam sebuah hadis yang ikhlas ialah menjadikan segala ibadat khususnya dan
bermaksud: penyembahan hanya kerana Allah SWT. Sebagaimana
firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya
akhlak yang mulia” (HR. Al-Baihaqi). menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat
Justeru itu, sudah menjadi tanggungjawab kepada kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid, dan supaya
guru-guru mursyid memainkan peranan mereka bagi mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang
meneruskan tugas baginda Rasulullah SAW sehinggalah demikian itulah ugama yang benar” (Surah al-Bayyinah,
ke hari kiamat. 98:5).

Peranan guru mursyid Apabila guru mendidik muridnya sehingga mencapai
keikhlasan dalam diri, maka seseorang murid itu akan
Antara peranan guru mursyid dalam membentuk akhlak menjaga ibadah-ibadah khusus yang telah diperintahkan.
dan adab seseorang murid ialah mendidik murid Malahan ibadah-ibadah sunat juga akan dilaksanakan
menuju kepada makrifatullah dan ubudiyah kepada dengan mudah.
Allah SWT dengan penuh keikhlasan.

16

Dalam istilah sufi apabila seseorang mudah Mereka tidak bercakap perkara yang sia-
untuk melaksanakan amalan-amalan fardhu dan sia, tidak memakai pakaian yang boleh
sunat menunjukkan seseorang itu telah menjatuhkan martabat seseorang guru,
mencapai irtifa’ taklif syarak iaitu segalanya tidak makan dan minum secara gelojoh
akan menjadi ringan. Sudah pasti hasil daripada dan tidak membelanjakan harta mereka
menjaga ibadah khusus dan ditambah dengan ke jalan yang tidak berfaedah. Namun
amalan-amalan sunat itu akan dizahirkan sebaliknya mereka amat berhati-hati
dengan perwatakan yang baik, berakhlak, dalam melakukan sesuatu perkara, dan
beradab sama ada di hadapan manusia atau ada ketikanya percakapan mereka
berseorangan. dipandu oleh hati nurani yang diilhamkan
oleh Allah SWT. Menjadi sebahagian
Rasulullah contoh teladan daripada peranan guru mursyid juga
ialah sentiasa berada di atas jalan yang
Dalam membentuk murid agar berakhlak dan lurus. Dengan kata lain guru mursyid
hendaklah istiqamah di atas syariat
beradab juga guru mursyid itu sendiri hendaklah Islam.

memenuhi syarat-syarat sebagai guru mursyid Istiqamah

dan mematuhi adab-adab bertarekat dengan Maksud jalan lurus ialah kemampuan
beristiqamah di atas syariat (al-Shi’rani,
sempurna. Guru mursyid yang benar akan 1954). “Taat seseorang murid kepada
sheikhnya di atas ketaatan Sheikh kepada
membimbing murid menuju kepada Tuhannya (Al-Bir Nasri Nadir, 1960).
Syariat yang dimaksudkan juga adalah
makrifatullah yang sempurna sebaliknya mengikut jalan yang ditunjukkan dalam
al-Kitab dan as-Sunnah.
seorang guru mursyid yang sesat dan terpesong
Selagi seseorang guru mursyid itu
daripada kebenaran hanya akan membawa istiqamah atau kekal menurut al-Kitab
dan as-Sunnah, selagi itulah muridnya
murid ke lembah kesesatan. Sesuatu amalan wajib taat dan menerima dan mengikuti
ajaran dari guru tersebut.
lebih mudah menjurus ke lembah kesesatan

apabila ia diambil alih dan diterajui oleh orang

yang bukan ahlinya (Rosnaaini, 2015). Secara

tidak langsung kita juga boleh melihat dari mata

kasar dan mengenali seseorang guru itu sama

ada ianya berada di tarekat yang betul atau

salah. Guru yang berada di tarekat yang betul

akan memperagakan ciri-ciri sebagai seorang

yang mempunyai ilmu pengetahuan dan

ketakwaan.

17

Guru mursyid bukan Peranan ini juga merupakan peranan yang amat penting
satu sosok individu kepada guru mursyid kerana untuk istiqamah dengan
yang mudah untuk syariat antara perkara yang berat. Terdapat ramai guru-
ditemui. Banyak dalam guru yang boleh untuk mengajar, menyeru kepada
kebaikan dan melarang perkara mungkar tetapi sukar
kalangan guru untuk istiqamah dengan syariat. Malah ada yang terlibat
hanyalah sekadar dengan dosa-dosa besar seperti berzina, meliwat dan
sebagainya.
guru.
Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, guru mursyid adalah merupakan
seseorang yang bukan mudah untuk kita ketemui. Banyak
di kalangan guru yang ada hanyalah sekadar guru tetapi
tidak layak digelar guru mursyid. Seperti yang telah
dijelaskan dengan panjang lebar berkenaan guru
mursyid bolehlah dijadikan panduan untuk kita memilih
guru untuk menuju Allah SWT.

Rujukan
Ab. Halim Tamuri, Mohd Aderi Che Noh, Khadijah Abdul Razak, Kamarulzaman Abdul Ghani & Zarin Ismail. (2010). Penilaian Pelajar-pelajar
Terhadap Amalan Guru Pendidikan Islam Di Sekolah-Sekolah Menengah Di Malaysia. Persidangan Serantau Pendidikan Islam, 24-25 Julai.
Abdul Hayei bin Abdul Sukor. (2004). Syeikh Mursyid Di Antara Penghormatan Dan Pendewaan: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Kota
Bharu
Kamarul, A. J., Ab. Halim, T. (2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Skudai Johor
Kamarul, A. J. (2016). Niat dan Ikhlas. Ensiklopedia Pendidikan Islam (Edisi Pertama ed., pp. 88-90).: Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi
Malaysia & Persatuan Cendekiawan Pendidikan Islam [Malaysia] (AIES). Skudai Johor
Rosnaaini, H. (2015). Adab Sebelum Suluk Tarekat Naqshabandiyyah Mengikut Sheikh Abdul Wahab Rokan. Universiti Utara Malaysia, Sintok.
Zuraidah Othman. (2013). Pembentukan Ilmuwan Beradab Melalui Penerapan Konsep Ta’dib Dalam Pendidikan. Suatu Analisis Institut Pendidikan
Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.

18

Sanggah Nafsu Demi Islam

Roshadah binti Abu Bakar

Nafsu adalah pusat perasaan, kecenderungan dan syahwat dalam diri manusia.

Nafsu merupakan wilayah dalam diri manusia yang merupakan tempat

tersimpannya perasaan manusia seperti cinta, ego, takut dan segala perasaan

yang lahir dalam jiwa manusia. Nafsu menentukan kebahagiaan atau kesengsaraan

seorang manusia. Firman Allah SWT:

Demi jiwa dan penyempurnaan (ciptaan-Nya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa

itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang

menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (Q. S.

Al-Syams [91]: 7-10)




Nikmat kesenangan dunia akan

mengaburi mata sehinggakan diri

Mendidik nafsu merasakan bahagia dalam menuruti

kehendak nafsu. Merasa serba salah

untuk berubah kepada yang lebih baik

Nafsu juga sumber kecenderungan, dalam menentang kehendak nafsu.

perasaan dan keinginan yang berpotensi Sebenarnya manusia tidak mampu

untuk mendatangkan kebahagiaan hidup tanpa nafsu tetapi jika nafsu

manusia. bermaharajalela dalam diri, maka

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW tindakan manusia akan jadi lebih

bersabda, orang yang kuat bukanlah yang dahsyat daripada tindakan binatang.

pandai berkelahi, kerana orang yang kuat

itu adalah yang mampu menguasai Firman Allah SWT dalam surah Al- Hadid

nafsunya ketika marah ayat 21:

Menurut kata-kata Saidina Ali R.A: “Orang Maksudnya: “Berlumbalah kamu untuk

yang paling berani adalah yang mampu mendapat keampunan dari Tuhan kamu,

mengalahkan hawa nafsunya.” dan syurga yang luasnya seluas langit

Saidina Ali R.A juga berkata “kebaikan dan bumi, yang disediakan bagi orang

manusia terletak pada kemampuannya yang beriman kepada Allah dan rasul-

melawan hawa nafsu.” rasulNya; itulah kurniaan Allah;

diberikan kepada sesiapa yang

Bagaimana mendidik nafsu? dikehendaki; dan Allah mempunyai

kurnia yang besar.”

Kaedah terbaik mengawal nafsu di dalam Cara mengawal nafsu
jiwa seseorang adalah dengan menjadikan
Al-Quran sebagai pembimbing dalam jiwa. Menanam kecintaan yang sebenar
Sekiranya seseorang itu berpaling atau kepada Allah dan rasul
tidak menjadikan Al-Quran sebagai
panduan dalam mengawal nafsu, maka Menjalankan ibadah puasa
nafsu itu akan menjadi musuh yang paling
berpengaruh dalam jiwanya.

19

Memperbanyakkan berdoa kepada Allah
SWT
Memperbanyakkan beristighfar

Qiamullail atau solat malam

Menjaga pandangan mata

Memperbanyakkan bacaan Al-Quran
Berkawan dengan orang yang soleh

Menghindari perkara yang menaikkan nafsu

Dalam meningkatkan tahap kualiti diri kepada

jiwa yang tenang, kita tidak boleh

berseorangan kerana hasutan dan godaan

syaitan itu sangat kuat yang mungkin

membuatkan kita tewas. Kita perlu kepada

sahabat yang boleh memperingatkan kita dari

masa ke semasa agar kita tidak leka dengan

kesenangan dan tipu daya dunia yang bersifat

sementara dan melalaikan. Di samping itu, kita

perlulah berusaha dengan berdoa kepada Allah

SWT agar sentiasa merahmati dan

menunjukkan kita jalan yang sebenar yang

diredhai oleh Allah SWT.

Sebagai muhasabah diri, mari kita renungkan
bersama, di manakah sebenarnya kedudukan
kita? Adakah kita berada di landasan
kebenaran atau masih lagi di jalan yang
berliku yang penuh dengan duri-duri maksiat?
Jalan yang sentiasa melalaikan kita. Jangan
bertangguh lagi, jom kita kembali ke jalan yang
benar dengan melakukan amal soleh, menutup
segala pintu maksiat dan mengingati akhirat
agar kita sedar tentang hakikat kehidupan
serta memiliki jiwa yang tenang dengan
amalan yang mulia.

Rujukan : 20
Ali Bin Muhammad ad-Dihami, 2019, Mengendalikan Hawa Nafsu
Hasan Musa ash-Shaffar, 2020, Nafsu Dalam Zon Bahaya
Shopuan Anuar Hj. Ahmad, 1998, Iman Dan Akhlak, cetakan Desktop Systems
https://www.sinarharian.com.my/article/114864/KHAS/

Hikmah Buat Pendidik di
Sebalik Ujian COVID-19




Ribhan binti Ibrahim

Saat dilanda pandemik Kepelbagaian pedagogi

Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pedagogi pendidikan adalah satu teknik atau
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kemahiran berkaitan kaedah pengajaran dan
dijalankan, pihak Kementerian Pendidikan pembelajaran. Sebagai seorang pendidik,
Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi pastinya pengetahuan ini telah mereka kuasai.
mengemukakan alternatif proses pendidikan Pengetahuan dan kemahiran tersebut adalah
perlu dijalankan menerusi pengajian dalam untuk penerapan dalam kelas-kelas pengajian.
talian. Pendekatan ini sebagai kaedah pengajian Lazimnya, sebelum penularan Covid-19,
ketika tercetus penularan wabak Covid-19 yang pelaksanaan pedagogi misalannya di Institut
melanda di seluruh dunia termasuk Malaysia. Penguruan hampir keseluruhannya bersifat
konvensional (Zawiyah Bahrom, 2020). Begitu
Seluruh institusi pendidikan seperti sekolah juga di seluruh Politeknik Malaysia. Pedagogi
rendah, sekolah menengah, kolej swasta, pendidikan lebih melibatkan interaksi kuliah
politeknik dan universiti terlibat dalam inisiatif pensyarah dan pelajar serta pelaksanaan
pelaksanaan pengajian dalam talian. Pelbagai tutorial, amali dan projek secara pertemuan
perantara pengajian dalam talian seperti Google realiti.
Meet, Ms Teams dan Zoom telah dimanfaatkan
dengan meluas. Implikasinya pengajian ilmu Kini, melalui pengajian dalam talian, kita
masih tetap diteruskan lantaran penularan
wabak COVID-19 belum lagi menggugat dapat melihat bagaimana para pendidik perlu
keseluruhan sistem pendidikan di seluruh
negara. Penularan wabak masih berlaku tetapi merancang, menganalisis, mengembangkan
belum ke tahap memaksa pihak kementerian
menghentikan kesemua proses pendidikan tanah dan menilai proses pengajaran dan
air.
pembelajaran bagi meningkatkan

keberkesanan penyampaian ilmu kepada

pelajar. Implikasinya, terhasillah kepelbagaian

pedagogi berbentuk digital.

Menyedari kepentingan pendidikan untuk 21
pengisian minda generasi negara ini, pengajian
dalam talian meliputi pelbagai bidang ilmu telah
giat diusahakan semua pihak. Implikasinya
pengajian dalam talian mencetuskan pelbagai
hikmah

Peluang jihad kepada pendidik

Jihad terbahagi kepada pelbagai bentuk
seperti jihad peperangan, jihad ekonomi,
jihad ibadat dan juga jihad pendidikan. Jihad
pendidikan bermaksud melakukan sesuatu
secara bersungguh-sungguh berdasarkan
kehendak Islam untuk melahirkan para
pelajar yang berwawasan dunia dan akhirat
(Luthfi, 2017). Jihad pendidikan terkandung
dalam dalil umum di dalam al-Quran.
Antaranya Allah SWT memerintah agar
segala jenis jihad dilaksanakan dengan
pendahuluan disiplin kerohanian, firman-Nya:

‫َٰٓي َأُّي َه ا ٱ َّل ِذ ي َن َء ا َم ُن و ْا ٱ َّت ُق و ْا ٱ ل َّل َه َو ٱ ۡب َت ُغ ٓو ْا ِإ َل ۡي ِه ٱ ۡل َو ِس ي َل َة‬
٣ ٥ ‫َو َٰج ِه ُد و ْا ِف ي َس ِب ي ِل ِه ۦ َل َع َّل ُك ۡم ُت ۡف ِل ُح و َن‬

Maksudnya: Wahai orang-orang yang

beriman! Bertakwalah kepada Allah dan Para pendidik yang terdiri daripada guru sekolah
rendah dan menengah serta pensyarah pengajian
carilah yang boleh menyampaikan kepada- tinggi telah bertungkus lumus mempersiapkan
kelengkapan pengajian seperti bahan Power Point,
Nya (dengan mematuhi perintah-Nya dan menyiapkan kuiz dalam talian, menguji sistem audio
dan grafik dan sebagainya. Mereka perlu merancang
meninggalkan larangan-Nya); dan penyampaian yang ternyata berlainan dengan
kaedah di dalam kelas. Pengajian dalam talian tidak
berjuanglah pada jalan Allah (untuk akan mencapai objektif pendidikan apabila hanya
dipraktikkan menerusi aktiviti percakapan daripada
menegakkan Islam) supaya kamu beroleh tenaga pengajar sahaja. Pasti usaha-usaha ini ada
nilainya di sisi Allah SWT.
kejayaan.

Proses ilmu menjadi mudah

Meskipun terdapat cabaran dalam memastikan
pengajian dalam talian adalah sama seperti
pengajian dalam kelas, namun pendidikan dalam
talian berfungsi melahirkan banyak hikmah yang
dapat dihayati. Para pelajar dididik untuk
menghargai ilmu biarpun dalam keadaan tidak
dapat hadir ke kelas pengajian seperti biasa. Mereka
ditekankan untuk terus menimba ilmu dalam bentuk
yang mudah lagi moden demi mencipta kejayaan
masa kini dan masa hadapan.

Walaupun terdapat kekangan dari sudut pergerakan,
tetapi proses penyebaran ilmu tidak berkurang.
Banyak kelas pengajian seperti seminar, kursus,
program-program ilmiah yang dijalankan secara
dalam talian digerakkan oleh pihak-pihak yang
bertanggungjawab bagi memastikan masyarakat
terus menerima pendidikan. Hikmahnya proses
pengajaran menjadi lebih mudah serta dapat
disertai tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang
melayarinya.

22

Kesimpulan Rujukan:

Kesimpulannya, pendidikan merupakan Al-Qaradhawi, Yusuf, Dr. (2003). Fi fiqh al-Awlawiyyat dirasah
suatu proses penyampaian ilmu daripada jadidah fi dhau’ al-Quran wa al-Sunnah. Beirut: al-Maktab al-Islami.
golongan pendidik terhadap golongan Luthfi Nur Afifah. (2017). Konsep al-Quran mengenai jihad dalam
pelajar sepanjang masa. Hakikatnya, dalam bidang pendidikan. Tesis sarjana. Institut Agama Islam Negeri
apa jua keadaan, pendidikan wajib Ponorogo: Fakultas Tarbiyah dan Ilmu Perguruan.
diteruskan. Ini bertujuan untuk memastikan Zawiah Bahrom. (2020). Pedagogi norma baharu: Cabaran dan
kelangsungan budaya menyebar dan hikmah. Jurnal Refleksi Kepemimpinan, Institut Pendidikan Guru
menuntut ilmu sentiasa subur dalam Kampus Pendidikan Teknik Negeri Sembilan, jilid III, Nov. 2020,
masyarakat. Segala halangan semasa http://myjms.mohe.gov.my/ index.php/jrk/article/ view/9896.
seperti wabak COVID-19 bukanlah
pembantut segala usaha ilmu. Ternyata
pelbagai hikmah dapat dicapai hasil usaha
ilmu yang direalisasikan semua pihak.

23

“DUNIA INI PENUH
DENGAN INSAN

YANG BAIK, JIKA
ANDA TIDAK
DAPAT

MENEMUKANNYA,
MAKA JADILAH
SEBAHAGIAN
INSAN BAIK
TERSEBUT.”

24

NATIJAH SEBUAH
PERJUANGAN

NORHAFIZAH BINTI MOHD GHAZALI

2021 melabuhkan tirai Begitu jugalah perjuangan meneruskan khidmat
bakti sebagai seorang pendidik bukanlah
“Alhamdulillah, segala pujian dan syukur kepada mudah. Tambahan pula dengan era yang penuh
Allah dengan pelbagai nikmat dan kurniaan dengan unsur viral. Hampir setiap isu yang
yang tidak terhitung banyaknya. Pejam celik timbul, walau sekelumit waima sekecil masalah
pejam celik, gelap cerah gelap cerah tahun pun akan diviralkan. Apatah lagi apabila proses
2021 semakin melabuhkan tirai penghujungnya. mendidik secara dalam talian muncul
Berbagai-bagai suka duka dan onak duri telah menjelma. Ruangan komen jabatan netizen
ditempuhi tercoret sepanjang tempoh tahun ini. terbuka seluas-luasnya dalam menyuarakan
Pada setiap pengakhiran tahun, soalan yang setiap tindak tanduk para pendidik. Justeru,
paling kerap tercetus dalam kalangan kita ialah para pendidik berdepan dengan cabaran yang
“Adakah azam yang disematkan pada awal perlu ditempuhi dengan jiwa raga yang matang.
tahun yang lalu telah berjaya dicapai?” Masing- Setiap pendidik perlu bijak mengawal emosi dan
masing punya jawapan tersendiri. Semoga mengatur tingkah laku agar tidak tersasar dari
perjuangan kehidupan tahun ini memberi sinar landasannya.
baharu dalam perjalanan mendatang kita.
Jika direnung-renungkan, setiap apa yang
Perjalanan sebuah perjuangan berlaku haruslah diambil dari sudut pandang
yang positif. Hal itu lebih baik daripada mencari
keburukan dan nilai negatif sahaja. Ayuh kita
amati unsur-unsur positif yang dapat diambil
sepanjang melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran secara dalam talian.

Seperti mana yang kita sedari, hidup ini

dipenuhi dengan perjuangan. Setiap dari kita

menghadapi perjuangan hidup yang mungkin Teroka ilmu

berbeza-beza. Namun, setiap perjuangan Jika dahulu kita menyediakan bahan yang berbentuk
hardcopy kepada pelajar, kini kita belajar bagaimana cara
mengharapkan pengakhiran yang sama iaitu menjadikan bahan itu ke dalam bentuk softcopy yang lebih
mudah dikongsikan. Di sinilah ilmu baharu yang kita
kejayaan dan keberhasilan yang baik. Maka, pelajari. Penggunaan beraneka perisian dan aplikasi yang
disediakan telah berjaya kita terokai.
panjatkan doa “Wahai Allah, perelokkanlah
25
kesudahan segala urusan kami, serta

lindungilah kami daripada kenistaan hidup di

dunia dan seksaan hidup di akhirat” (Riwayat

Ahmad). Insya-Allah kita tidak akan dilanda

kekecewaan apabila menggantung

pengharapan kepada Yang Maha Esa, walaupun

natijah perjuangan kita adalah sesuatu yang di

luar impian kita.

Malah, lebih ke hadapan lagi, ada juga para

pendidik yang membina perisian dan aplikasi

sendiri yang menjadi panduan pendidik lain. Itu

nilai tambah dalam diri dan peningkatan ilmu

bagi seorang pendidik yang sentiasa

dahagakan dan cintakan ilmu pengetahuan.

Menurut Yusup (2012) dua perubahan dalam

pembelajaran yang sedang dan akan berlaku,

salah satu daripadanya ialah para pendidik

akan merumuskan segala-galanya yang berlaku

dalam pendidikan adalah sebagai

pembelajaran. Ketika ini, para pendidik terus

bergerak seiring dengan teknologi kerana ‘nak

tak nak’ wajib dipelajari. Itulah hikmahnya.

Muatan berat

Jika dahulu bahu kiri dan kanan para pendidik Pelajar aktif
terpaksa menggalas ‘beban’ tanggungan bahan
bantu mengajar yang harus dibawa ke kelas Jika dahulu kelas bersemuka kita pelajarnya
bersemuka, kini bebanan itu telah diringankan. kurang memberi maklum balas disebabkan
Melalui kelas dalam talian ini, kita hanya perlu gerun dengan jumlah rakannya di dalam kelas
wujudkan satu stesen yang dilengkapi dengan yang akan memandang dirinya. Namun kini,
alatan dan bahan yang akan digunakan. Muatan pelajar lebih aktif bertanya itu dan ini
berat kita tadi hanya dihimpunkan setempat disebabkan tidak nampak bayangan kawan
tanpa perlu digalas ke sana ke mari. Segala yang jumlahnya juga ramai seperti dahulu.
sakit sengal badan agak berkurangan seketika. Maka bertindak aktiflah mereka tanpa rasa
Bukankah ini juga nilai positif yang penuh segan yang menebal. Inilah juga nilai positif
hikmah? yang diharapkan.

Akses bahan Kesimpulannya, banyak lagi nilai positif yang
telah kita perolehi daripada kelas dalam talian
Jika dahulu bahan yang dikongsikan dengan ini. Tidak dinafikan unsur negatif juga ada.
pelajar agak terhad kepada beberapa sahaja Namun marilah sama-sama kita kutip apa yang
atas kekangan masa dan bajet. Namun, kini baik daripadanya. Segala yang negatif itu kita
melalui kelas dalam talian akses kepada bahan jadikan cabaran dalam mengukuhkan lagi jati
juga lebih mudah dicapai. Klik sana klik sini diri kita sebagai seorang pendidik.
terus sahaja muncul di depan skrin. Pelajar
dapat didedahkan dengan seberapa banyak
maklumat yang bermanfaat. Betapa ini sangat
mengujakan malahan menjimatkan masa. Begitu
juga dengan situasi pendidikan di sekolah
apabila TV Pendidikan kembali bersiaran
sebagai alternatif dalam menyokong proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di seluruh
Malaysia.

Rujukan:
Mohd Hafiz Md Hanif. (2020, 10 April). TV Pendidikan Alternatif Pembelajaran Dalam Talian. Berita Harian Online. Diakses daripada
http://epena.upsi.edu.my/index.php/2020/06/19/berita-harian-i-10-april-2020-i-tv-pendidikan-alternatif-p

Yusup Hashim. (2012). Penggunaan e-Pembelajaran Dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang Berkesan. Kertas kerja
Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru (KKPG) 2012. Kuantan Pahang, 15-17 Oktober.

Zulkifli Mohamad Al-Bakri. (2020). Inilah doaku. Kuala Lumpur: YaPEIM.

26

Galeri
album

UNIT PENDIDIKAN ISLAM
DAN MORAL, JABATAN
PENGAJIAN AM, PTSS

2021

27

UsrPahroSgreammester 1

Program Pemantapan Sahsiah Pelajar (Usrah/ Program ini juga merupakan salah satu
Kuliah Moral) ini memfokuskan kepada semua usaha bagi membantu pelajar membentuk
pelajar Semester 1 Sesi 1 2021/ 2022. Program kelestarian sahsiah yang cemerlang selaras
mingguan ini dilaksanakan secara dalam talian dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi
oleh pensyarah kursus MPU21032 yang bertindak Negara yang keenam iaitu, melahirkan modal
sebagai fasilitator bagi kelas yang diajar dan insan yang seimbang di samping menyemai
dibantu oleh fasilitator pelajar yang budaya ilmu dalam masyarakat.
dilantik. Tujuan program ini adalah untuk
memberi bimbingan asas Fardhu Ain yang
menjadi satu keperluan kepada setiap pelajar
untuk memahami dan menghayatinya.

28

Webinar Wacana Institusi Sosial & Kewangan Islam “Pengenalan, Isu
dan Cabaran”

Webinar Wacana Institusi Sosial & Kewangan Islam “Pengenalan, Isu dan Cabaran” ini telah
dilaksanakan pada 20 & 27 Oktober 2021 pada pukul 8.00 hingga 10.30 pagi menggunakan platform
Microsoft Teams. Webinar ini melibatkan pelajar semester 2 (JP & JTMK) yang memberi pendedahan
tentang Institusi-institusi Ekonomi dan Sosial Islam di Malaysia. Tujuan program adalah untuk

memenuhi keperluan P&P Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin iaitu memenuhi tuntutan KPI-PPI.
Pelaksanaan webinar ini turut memperkukuhkan kerjasama antara Politeknik Tuanku Syed

Sirajuddin dengan pihak industri. Secara keseluruhannya, program ini memberi impak yang baik
kepada pelajar kerana mereka dapat memahami kupasan tajuk dengan baik justeru dapat mengaitkan

dengan isu-isu berkaitan dengan jelas.



29

WSeembpiennaa r

Hari Akademia
Peringkat PTSS

Webinar: Agenda Kewangan Sosial Islam Melalui program ini, para peserta mendapat
Dalam Mendepani Ekonomi Digital Menjelang penjelasan berkenaan topik perbankan Islam dan
2030 “Peranan Perbankan Islam, Takaful, Al- institusi ekonomi Islam Takaful dan al-Rahnu. Sesi
Rahnu Dan Pasaran Modal Dalam Pembangunan soal jawab turut membuka ruang kepada para peserta
Institusi Kewangan Islam Di Malaysia” untuk mendapat pencerahan mengenai beberapa isu
telah dianjurkan sempena sambutan Hari yang berkaitan seperti perbezaan di antara
Akademia 2021 peringkat PTSS. Aktiviti institusi ekonomi Islam dan konvensional.
ilmiah ini dianjurkan pada 27 Oktober 2021
8.00 hingga 10.30 pagi secara dalam talian
menggunakan Microsoft Teams. Tujuan
program adalah bagi menyuburkan
pembudayaan ilmu dalam kalangan warga
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Sports training

30

BULETIN AL- IRSYAD | EDISI 15 |IBRAH PAHIT MANIS 2021I


Click to View FlipBook Version