The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

RAMADAN, PENSYARIATANNYA & RAHSIA PUASA UUC (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by annajahdelima, 2023-03-26 21:54:40

RAMADAN, PENSYARIATANNYA & RAHSIA PUASA UUC (1)

RAMADAN, PENSYARIATANNYA & RAHSIA PUASA UUC (1)

Keywords: Rahsia puasa

RAMADAN, PENSYARIATANNYA & RAHSIA PUASA RAMADAN MARI KITA KENALI U S T A Z U S T A Z A H . C O M bersama UstazUstazah.Com


Apakah puasa dari sudut bahasa dan syarak? Puasa dari sudut bahasa bererti menahan diri daripada sesuatu sama ada kata-kata, perbuatan mahupun makanan. Firman Allah SWT, maksudnya “Sesungguhnya aku bernazar untuk berpuasa kerana (Allah) Ar-Rahman“, Surah Maryam, 26. Manakala daripada sudut syarak pula bererti menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari disertai dengan niat. Tujuan utama seseorang itu berpuasa adalah sebagai tanda pengabdian kita sebagai hamba Allah SWT dan juga untuk meraih taqwa kepadaNya. U S T A Z U S T A Z A H . C O M


MAKSUD RAMADAN SEJARAH PENSYARIATAN PUASA RAMADAN AMALAN SOLEH “(Perkataan Ramadan) diambil dari perkataan (ramada) semakin panas orang yang berpuasa itu iaitu hangat organ perutnya kerana terlalu haus.” Tafsir al-Qurtubi. Imam al-Qurtubi juga menyatakan bahawa kepanasan ini meleburkan dosa melalui amalan soleh manusia. “Dinamakan Ramadan kerana ia seakan membakar dosa melalui amalamal soleh”, Tafsir alQurtubi. Dari segi bahasa, perkataan Ramadan diambil dari kata akar (رمض (yang membawa maksud panas yang semakin hangat. Puasa difardukan pada tahun kedua Hijrah Nabi SAW, “Dan difardukan puasa Ramadan pada bulan Sya’ban pada tahun kedua daripada Hijrah.” (Kitab Al-Iqna’) “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orangorang sebelum daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Al-Baqarah: 183) U S T A Z U S T A Z A H . C O M


DALIL DISYARIATKAN PUASA RAMADAN “Sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah ia berpuasa bulan itu, dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.” (AlBaqarah: 185) “Islam dibina atas lima perkara: Mengakui bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan Muhammad SAW adalah utusan Allah SWT, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji, dan puasa pada bulan Ramadan.” Riwayat Al-Bukhari, 87. U S T A Z U S T A Z A H . C O M


HUKUM MENINGGALKAN PUASA RAMADAN TANPA KEUZURAN “Sesiapa yang berbuka puasa sehari daripada Ramadan tanpa sebarang rukhsah yang diizinkan Allah SWT, nescaya tidak memadai sekalipun dia qadha’ puasa tersebut walaupun selama-lamanya.” Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Tarmizi. Sesiapa yang mengingkari kewajipan puasa Ramadan, akan menjadi kafir dan disuruh bertaubat sebagaimana orang murtad. Sekiranya ingkar dan enggan bertaubat, dia hendaklah dijatuhi hukuman bunuh sekiranya dia telah lama memeluk agama Islam. (Lihat Al-Fiqh al-Manhaji) Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan betapa Islam memandang prihatin perlaksanaan ibadah puasa Ramadan, bahkan ianya salah satu paksi dan rukun Islam yang mesti ditegakkan bagi setiap Muslim yang tiada keuzuran. Ia juga jelas menunjukkan meninggalkan puasa Ramadan tanpa uzur merupakan dosa besar yang tidak mungkin dapat diqada’ dari sudut nilainya. U S T A Z U S T A Z A H . C O M


Manakala sesiapa yang tidak berpuasa tanpa mengingkari kewajipannya, seperti dia berkata: “Saya wajib berpuasa tetapi saya tidak mahu berpuasa, maka hukumnya fasiq dan tidak kafir. Pemerintah wajib memenjarakannya dan menghalang daripada makan dan minum pada waktu siang hari supaya dia berpuasa, sekalipun secara zahirnya sahaja. Menyedarkan hati seorang Mukmin terhadap Muraqabah (pengawasan) Allah SWT. Ini kerana apabila sedang berpuasa, kita pasti merasai lapar dan dahaga, tetapi perasaannya yang mengetahui bahawa dirinya berpuasa menghalangnya daripada memenuhi kehendak jiwanya untuk makan dan minum semata melaksanakan perintah Allah SWT. Sentiasa sedar bahawa dia adalah hamba yang tunduk kepada hukum Allah SWT dan mematuhi kehendakNya. Memenuhi Ramadan dengan ketaatan dan mendekatkan diri kepadaNya. Pensyariatan puasa membersihkan jiwa dan menghaluskan perasaan. Jika sentiasa berada dalam keadaan yang kenyang, jiwa akan dipenuhi dengan sifat yang keras dan membawa kepada pelampauan dalam percakapan mahupun perbuatan. Saling berkasih sayang sesama umat Islam. Amat sukar bagi si kaya untuk mengasihi si fakir tanpa merasai kepayahan kemiskinan, kelaparan dan penderitaan mereka. Maka, bulan Ramadan adalah sebaik-baik pengalaman yang akan diperolehi si kaya kerana terhalang daripada memiliki makanan seperti yang sering dialami si fakir saban waktu. HIKMAH & FAEDAH PUASA U S T A Z U S T A Z A H . C O M


KONKLUSI N O M A D I C | 2 4 Konklusinya, puasa adalah sebaikbaik perkara yang menimbulkan kasih sayang, rahmat dan kasihan dalam diri sesama manusia. Seharusnya, umat Islam tidak memandang ringan dalam masalah puasa Ramadan, tetapi hendaklah bertekad dan berazam untuk menunaikannya sebaik mungkin. Semoga dengan ketibaan Ramadan pada kali ini akan menambahkan ketaqwaan kepadaNya. “Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah SWT, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu”, Riwayat Al-Bukhari, (38). U S T A Z U S T A Z A H . C O M


RUJUKAN N O M A D I C | 2 4 1) Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad AlBakri, 2016, Bayan Linnas Siri Ke-62: Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 2) Dr. Ahmad Sanusi Azmi, 2021, Apakah Maksud Ramadan?, Indahnya Islam. 3) Nadzirah, 2015, Hukum Meninggalkan Puasa Dengan Sengaja, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. U S T A Z U S T A Z A H . C O M


Click to View FlipBook Version