The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by svmctp, 2024-06-05 03:18:31

KERTAS PENERANGAN CU08 - 1

KERTAS PENERANGAN CU08 - 1

KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE & NAME BC-030-3:2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION TAHAP DAN SEMESTER / LEVEL AND SEMESTER L3 (SEMESTER 3) NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE BC-030-3:2013-C08 RESIDENTIAL BUILDING FINISHES WORK NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1. IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING FINISHES WORKS REQUIREMENT 2. CARRY OUT CEILING INSTALLATION 3. CARRY OUT ROOF COVERING INSTALLATION 4. COORDINATE ROOF FINISHES INSPECTION NO. KOD KSKV / KSKV CODE NO. Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 34 NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C08/P(1/6) TAJUK / TITLE: KEMASAN DALAM BANGUNAN KEDIAMAN TUJUAN / PURPOSE: Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh mengenalpasti keperluan kerja kemasan bangunan mengikut spesifikasi yang ditetapkan supaya mutu kerja dapat dihasilkan mengikut piawaian dan standard yang ditetapkan. PENERANGAN / INFORMATION : BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA. KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET)


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 36 Kerja-kerja kemasan adalah penting bagi peringkat akhir setiap pembinaan. Semua permukaan luaran setiap bahagian bangunan memerlukan kemasan. Bahagian hadapan bangunan, tembok,siling dan lantai disempurnakan dengan bahan kemasan bagi tujuan estetika dan memenuhi standard kekemasan yang ditetapkan. 1. KONTRAK DOKUMEN/ DOCUMENT CONTRACT Dokumen kontrak boleh ditakrifkan sebagai dokumen bertulis yang mengandungi perkara-perkara perjanjian pihak-pihak berkontrak. Ia menetapkan dan menghuraikan termasuk peranan, tanggungjawab dan perihal terperinci mengenai kerja atau perkhidmatan seperti lukisan, spesifikasi, prosedur, apa-apa syarat lain, dan sebagainya. Ia harus memasukkan maklumat yang mencukupi untuk dapat menyelesaikan kerja atau perkhidmatan. Dokumen-dokumen yang dikenal pasti sebagai dokumen kontrak mesti ditandatangani oleh pihak-pihak berkontrak. Kewajipan am kontraktor ialah untuk melaksanakan kerja dengan memenuhi kehendak dokumen kontrak. Borang-borang standard lazimnya akan menyatakan dokumen-dokumen yang menjadi sebahagian dari kontrak. Sesetengah borang standard menetapkan dokumen-dokumen yang terkandung adalah saling menerangkan dan jika apa-apa percanggahan atau kekeliruan, hendaklah dirujuk kepada arkitek atau jurutera bagi pihak majikan, untuk mendapatkan putusan. Sesetengah borang standard pula menetapkan, jika timbul percanggahan antara dokumen-dokumen, keutamaan diberi kepada syarat-syarat kontrak (dokumen bercetak). 2. ISI KANDUNGAN DOKUMEN KONTRAK 1.1 Lukisan/Drawing Lukisan-lukisan kontrak adalah sebahagian dari dokumen kontrak. Ia terdiri dari lukisan-lukisan yang dirujuk semasa penyediaan senarai bahan atau sebagai penentuan skop kerja bagi kontrak tanpa mengguna senarai bahan dan adalah terdiri dari lukisan tender yang asal. Terdapat juga lukisan-lukisan yang diberi kemudiannya yang bertujuan memberi butir-butir atau huraian lanjutan bagi membolehkan kontraktor melaksanakan kerja. Kontraktor hendaklah memberi notis dengan memadai tentang keperluan mendapatkan lukisan dan butir-butir tersebut. Kontraktor mungkin akan dapat


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 36 lukisan lanjutan atau terperinci ini sangat berbeza dari apa yang dijangkakan dan ini boleh manjadi alasan baginya membuat tuntutan di bawah perubahan kerja. Lukisan kontrak biasanya terdiri dari lukisan-lukisan berskala kecil yang menunjukkan pelan-pelan, pandang sisi dan bangunan dan pelan tapak. Secara am, skala yang digunakan oleh arkitek untuk lukisan-lukisan adalah seperti berikut: Jadual 1 : Skala Lukisan 1.2 Spesifikasi Spesifikasi mengandungi huraian mengenai bahan-bahan dan mutu kerja bagi setiap jenis kerja yang perlu dilaksanakan. Ianya menjadi rujukan bagi tahap kualiti yang dikehendaki. Tahap kualiti yang dikehendaki lazimnya mengikut kodkod amalan dan standard seperti British Standards, SIRIM dan seumpamanya Jadual 2 dibawah adalah contoh Jadual Spesifikasi yang dipetik dari Standard Specification For Building Work 2005- JKR Perkara Keterangan Spesifikasi Petikan section J- PLASTERING, PAVING AND TILING WORKS m/s 128 4.4 Glazed Wall Tiles 4.4.2 The tiles shall be bedded with cement paste or alternatively with 6mm approved tile adhesive on 20mm thick cement and sand (1:3) screed which has sufficiently hardened. The surface of the screed shall be properly roughened to form key to the tiling. The tiles shall be laid closed-butt and all joints shall be filled with adhesive or approved white cement. Exposed edges of tiling shall be finished with rounded on edge tiles. Petikan Section J m/s 129 4.5 Ceramic Tiles 4.5.6 Ceramic tiles shall be bedded with cement paste or alternatively with 6mm thick approved tile adhesive on 20mm thick cement and sand (1:3) screed as described. The tiles shall be laid close-butt and all joints shall be filled with tile adhesive or coloured cement to match. Jadual 1 : Contoh Jadual Spesifikasi 1.3 Senarai Kuantiti/Bill of Quantities Pelan tapak 1:400 atau 1:200 bergantung Kepada saiz tapak Pelan bangunan, peladang sisi dan seksyen 1:100 Butir-butir (perincian bahagian bangunan yang dilukis dalam skala besar bagi menunjukkan ciri-ciri pembinaan) 1:25, 1:10 Butir-butir bagi kerja tanggam dan kemasan 1:5 atau 1:25


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 36 Senarai Kuantiti atau Bill Of Quantity (BQ) adalah senarai bahan yang dihasilkan oleh Juruukur Bahan melalui pengukuran yang dibuat ke atas lukisan yang disediakan oleh perunding Arkitek atau Jurutera Awam. Senarai Kuantiti (BQ) mengandungi perkara-perkara penerangan seperti 'Kerja-kerja Awalan', 'Speksifikasi', Wang Kos Prima, Wang Peruntukan Sementara, Wang Luar Jangka dan lain-lain. Senarai Kuantiti (BQ) yang disediakan oleh Jurukur Bahan (QS) adalah bersandarkan kepada SMM atau Malaysia Standard Method Measurement of Building Works keluaran Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM) bagi kerja-kerja Bangunan atau berasaskan kepada Malaysia Standard Method Of Measurement for Civil Engineering Works (CESMM) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk kerja-kerja kejuruteraan sivil. Secara kesimpulannya, senarai kuantiti yang lengkap bukan sahaja perlu mengandungi semua benda binaan, tetapi hendaklah juga mengandungi peruntukkan untuk loji, mesin-mesin, kerja sementara dan perbelanjaan bagi insurans yuran, bayaranair, elektrik, telefon dan lain-lain lagi. Jadual 3 dibawah menunjukkan contoh Senarai kuantiti (Bill of Quantitiy (BQ) Kemasiapan bangunan “ Spesifikasi piawai untuk kerja-kerja bangunan Kontraktor adalah diwajibkan merujuk dan mematuhi Spesifikasi Piawai untuk Kerja-kerja Bangunan edisi terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya dalam melaksanakan semua kerja di dalam Jadual Kadar Harga ini “ Jadual 3 : Contoh Jadual Kadar Harga Maklumat kadar harga adalah dipetik dari JADUAL KADAR HARGA KERJA-KERJA KECIL DAN MEMPERBAIKI TAHUN 2014 BIL BUTIRAN Unit `Kadar (RM) $ ¢ Genting tanah Liat corak Marseilles Genting Piawai 1 200mm x 200mm x 7mm jubin berkekaca seramik jenis penghalang gelincir tidak termasuk skrid (anti-slip ceramic tile) M2 76.30 2 200mm x200mm x 16mm jubin terrazzo berwarna putih tidak termasuk skrid M2 76.90 3 200mm x 200mm x 7mm jubin home genous jenis porselin tidak termasuk skrid M2 119.80


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 36 Jadual 3.1 : Contoh BQ 1.4 Kos Kos merupakan satu sumber yang diambilkira dalam memenuhi syarat penghasilan sesuatu produk. Dalam erti kata lain, seorang jurutera perlulah menimbangkan sebarang penglibatan kos-kos yang diperuntukkan untuk produk yang akan dihasilkannya. i. Peruntukkan kos-kos ini boleh diambilkira berdasarkan faktor-faktor yang akan mempengaruhi perjalanan penghasilan produk yang terlibat. ii. Kegagalan atau kesilapan dalam pengiraan kos anggaran ,menyebab perlaksanaan dan penyiapan pemasangan akan terganggu.


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 36 Faktor-faktor yang melibatkan proses pengiraan kos i. Kos bahan mentah. ii. Kos buruh iii. Kos proses iv. Kos komponen yang terlibat. v. Kos peralatan vi. Kos bebanan vii. Kos pembangunan. viii. Kos lain-lain 1.5 Tempoh masa/Duration Tempoh masa ialah jangka masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu kerja. Tempoh siap kerja seperti yang ditetapkan mengikut perjanjian tender dan terma-terma yang dipersetujui antara pihak kontraktor dan pihak kerajaan. Sekiranya pihak kontraktor tidak mematuhi tempoh penyiapan seperti yang ditetapkan ia perlu mengemukakan permohonan perakuan kelambatan dan lanjutan masa penyiapan dengan alasan yang berpatutan. Secara amnya, kontraktor berhak mendapat lanjutan masa sekiranya kerajaan yang menyumbang kepada kelewatan tersebut atau sebab-sebab kelambatannya adalah diluar kawalannya. KETERANGAN KERJA MINGGU/BULAN JANUARI FEBRUARI MAC APRIL 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 Memasang jubin bagi semua ruang dan keluasan lantai 2 Memasang jubin tembok 3 Mengemas dan membersih 3. LUKISAN PEMBINAAN YANG DILULUSKAN


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of 36 Lukisan pembinaan merupakan penerangan-penerangan atau butiran-butiran untuk sesebuah bangunan atau rumah yang dibuat dalam bentuk lukisan disamping penerangan-penerangan bertulis yang dibuat secara ringkas. 3.1 Lukisan/pelan mekanikal dan elektrikal i. Pelan Mekanikal a. Lukisan yang memaparkan struktur sistem komplek dan maklumat berkaitan ventilasi, pemanasan, penyejukan udara dan sistem pemadam kebakaran. b. Ia adalah alat yang berkesan bagi membantu menganalisa sistem yang komplek. Lukisan ini lazimnya dilengkapi dengan set lukisan butiran yang digunakan untuk projek –projek pembinaan dan semua kerja melibatkan HVAC. Pelan mekanikal yang lengkap akan menjadi sebahagian lukisan pembinaan yang diperlukan untuk digunakan bagi memohon permit bangunan.la juga diguna untuk menentukan harga projek. c. Rajah 3.1 (i) dibawah menunjukkan pelan pemasangan airconditioning Rajah 3.1(i) : Pelan Aircondition indoor unit


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of 36 Rajah 3.1 (ii): menunjukkan pendawaian elektrik untuk aircondition outdoor unit ii. Pelan Elektrikal a. Pelan elektrikal adalah sejenis lukisan teknikal yang menunjukkan maklumat tentang kuasa, pencahayaan dan komunikasi untuk projek kejuruteraan atau arkitektual. Sebarang lukisan kerja elektrikal , mengandungi garisan, simbol, dimensi dan notis bagi menyampaikan secara tepat rekabentuk kejuruteraan kepada pekerja yang memasang sistem elektrikal di tempat kerja. b. Lukisan ini berfungsi untuk menjelaskan kandungan sesuatu pemasangan elektrik. c. Lukisan kerja yang lengkap bagi sistem elektrikal keseluruhan dalam projek besar biasanya mengandungi • Pelan plot yang menunjukkan lokasi bangunan dan pendawaian elektrikal sebelah luar • Pelan lantai/pelan aras yang menunjukkan lokasi sistem elektrikal bagi setiap aras • Gambarajah power-riser menunjukkan papan panel • Gambarajah pendawaian kawalan • Jadual dan maklumat-maklumat lain yang mengganbungkan dengan lukisan pembinaan


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of 36 Rajah 3.2 (iii): Contoh Lukisan Elektrik 3.2 Lukisan Bangunan Pelan bangunan adalah lukisan teknikal yang dilukis secara terpeinci dilukis oleh pelukis pelan selalunya menggunakan menggunakan program AutoCad. Pelan yang telah siap dilukis akan dicetak kepada tracing paper yang bersaiz A1. Daripada tracing paper akan dicetak pula menggunakan kaedah blue print sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak Majlis Daerah di seluruh Negara. Pelan yang biasa kita lihat dipanggil construction drawing semuanya dibuat dalam bentuk blue print.Lukisan bangunan melibatkan pelan struktur, pelan arkitek dan pelan perpaipan dalaman i.Pelan struktur Pelan struktur dibuat kemudian hanya setelah pelan arkitek sudah mendapat kelulusan dari pihak Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran di daerah masingmasing. Pelan struktur dilukis bagi menunjukkan struktur bangunan/rumah seperti saiz dan ukuran tapak asas, ground Beam, roof beam, tiang dan ditunjukkan saiz, ukuran dan bilangan tetulang besi yang ada dalam setiap struktur bangunan


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of 36 Rajah 3.2 (i) : Lukisan Struktur ii.Pelan arkitek Pelan arkitek menggambarkan rekabentuk sesebuah rumah di mana di tunjukkan dengan terpeinci berkenaan dengan ukuran, bahan yang digunakan, rekabentuk bumbung, sistem bekalan air / letrik, kedudukan rumah di dalam lot tapak rumah dan lain-lain. Pelan arkitek terutamanya pelan lokasi, pelan kunci dan pelan tapak akan diserahkan terlebih dahulu ke Jabatan Perancang Bandar bagi tujuan penyemakan dan mendapatkan kelulusan dari jabatan tersebut. Pelan arkitek mengandungi:- a) Pelan lantai Mengandungi Pelan Tingkat Bawah, Tingkat Atas dan seterusnya serta Pelan Bumbung b) Pelan pandangan Menunjukkan dengan jelas pandangan rupa bentuk bangunan yg dilukis seperti Pandangan Hadapan, Belakang, Kiri & Kanan. c) Pelan keratan Menunjukkan keratan bangunan yg dibina bagi menunjukkan ruang dalaman sesebuah bangunan yang di bina


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of 36 d) Pelan lokasi Menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek didalam lingkungan taman perumahan atau kawasan kediaman berhampiran di mana pelan akan ditunjukkan dalam skala 1: 1200, 1:1300, 1:1500 dan sebagainya. e) Pelan kunci Menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek atau tapak pembinan yg selalunya dalam radius 5km dari tapak projek. f) Pelan tapak Mengandungi perincian yg lebih jelas berkenaan tapak rumah serta bangunan berhampiran dengan skala kebiasaan 1:200, 1:300. Rajah 3.2 (ii) : Pelan Arkitek iii. Pelan perpaipan dalaman Pelan perpaipan dalaman menunjukkan lukisan/pelan susunatur sistem bekalan air paip dan sistem sanitari iaitu susunatur kelengkapan dapur serta bilik air dan sistem kumbahan.


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of 36 Rajah 3.2 (iii) : Pelan Perpaipan Dalaman 4. JENIS KERJA KEMASAN Dalam proses pembinaan bangunan, kemasan merupakan kerja-kerja terakhir yang menentukan kecantikannya. Terdapat beberapa kemasan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Ada beberapa jenis kemasan yang boleh dilakukan pada setiap bangunan berdasarkan kepada bahan-bahan yang digunakan. Pemilihan jenis kemasan hendaklah dilakukan dengan cermat supaya mutu kemasan terjamin dan dapat menjimatkan kos. Pemilihan kemasan adalah berdasarkan faktor-faktor seperti berikut:- i. Harga ii. Kelasakan iii. Rupa iv. Rintangan api v. Penyerapan bunyi vi. Keselamatan vii. Keselesaan


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of 36 Kemasan bagi sesebuah bangunan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu: a. kemasan dinding b. kemasan lantai c. Kemasan siling 4.1 KEMASAN DINDING Kemasan dinding mempunyai fungsi khas dalam sesebuah bangunan. Fungsinya adalah untuk mendapatkan kesan kecantikan dan meninggikan daya ketahanan sesuatu dinding. Selain itu, ia juga menutupi permukaan dinding yang tidak rata dan memberikan permukaan rata. Kemasan dinding terbahagi kepada dua jenis iaitu; a. Kemasaan lepa b. Kemasan Jubin Antara jenis kemasan dinding ialah: i. Lepaan dan cat ii. Batu kerikil (pebble wash) iii. Kertas dinding/wallpaper iv. Jubin dinding v. Semburan alas vi. Stone Clading 4.1.1KEMASAN MELEPA Melepa merupakan salah satu kerja kemasan untuk dinding atau tembok. Kerja melepa dinding dilakukan selepas kerja-kerja pemasangan paip air danelektrik siap dilakukan. Didalam kerja melepa bahan pelekat yang digunakan ialah mortar. Mortar adalah hasil campuran simen penampal (walcrate), pasir halus dan air. Simen penampal berbeza dari simen Portland biasa. Ini kerana simen penampal mengandungi kapur dan simen. Manakala pasir yang digunakan untuk melepa lebih halus dari pasir yang digunakan dalam bancuhan mortar mengikat bata. Dengan itu,campuran simen penampal, pasir halus, dan air adalah khusus untuk tujuan melepa. Nisbah campuran yang digunakan untuk menghasilkan mortar ialah 1:3 (simen:pasir). Mortar yang digunakan dibancuh di tapak dengan menggunakan mesin penggaul konkrit (concrete mixer). Kualiti


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 14 Drp / Of 36 mortar perlu dikawal dengan baik supaya menghasilkan mortar yang berkualiti. Kerja melepa meliputi di dalam bangunan dan di luar bangunan. Dalam kerja melepa ini, lapisan ‘base coat’ dilepa pada dinding bata yang telah siap diikat. Lapisan ini adalah penting kerana ia akan menyerap air daripada lapisan ‘finish coat’ yang akan dilepa kemudiannya agar dinding tidak kelihatan lembap. Selain itu, lapisan ini juga bertujuan untuk meratakan ikatan dinding bata yang kurang rata. Lapisan ‘finish coat’ akan dilepa kemudiannya pada ketebalan ½’ hingga 1’ bergantung kepada kerataan dinding menggunakan sudip. Seterusnya, lapisan ‘plaster’ ini akan dilepa dengan satu lapisan minyak yang dikenali sebagai ‘slurry cement’ Bancuhan ini terdiri daripada simen penampal dan air. Lapisan inilah yang akan menonjolkan ciri estetika bangunan yang dibina. Selepas lapisan simen ‘slurry’ dilepa, ia akan disapu dengan air menggunakan berus cat supaya garisan halus terhasil pada dinding untuk mengekalkan kelembapan pada lepaan. Ini perlu supaya cat yang dicat dapat melekat pada dinding. Bagi dinding luar, lepaan yang dibuat hanya melibatkan dua lapisan iaitu ‘basecoat’ dan ‘finish coat’. Lepaan yang dibuat bagi dinding di luar rumah adalah lebih kasar yang menampakkan tekstur pasir. Selepas lapisan ‘finish coat’, dinding akan disapu dengan air menggunakan span. Ia bertujuan untuk menampakkan permukaan dinding lebih kasar. Pengawasan dan penelitian yang begitu rapi bagi memastikan tiada kecacatan. Oleh itu, lepaan dinding mestilah ratadan tiada rekahan 4.1.2CAT Dalam proses pembinaan bangunan, kemasan merupakan kerja penghabisan yang menentukan kecantikannya. Beberapa jenis kemasan boleh dilakukan pada sesebuah bangunan berdasarkan kepada bahan-bahan yang digunakan dan juga pertimbangan kosnya. Secara amya, kebanyakkan bangunan bata dan konkrit dikemaskan dengan cat yang terdiri daripada; i. Cat minyak ii. Cat air iii. Cat kapur (Emulsi) iv. Cat distemper v. Cat kegunaan khas


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 15 Drp / Of 36 Cat ialah sejenis bahan cecair yang digunakan dalam usaha untuk memberilapisan perlindungan dan mencantikkan permukaan bahan-bahan binaan.Tujuannya ialah untuk menghias, kebersihan, perlindungan bahan supaya tahan lama, dan menambahkan keberkesanan cahaya lampu. Pada dasarnya, cat diperbuat daripada pewarna dan cecair. Cecair cat pula mengandungi bahan-bahan pengikat dan pelarut. Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat seta memberi sifat kalisan dan kelincinan. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan semasa mengecat. Kebanyakkan cat kini dikilangkan untuk digunakanterus, tidak perlu dicampur dengan bahan-bahan yang lain. Didalam pembinaan inicat yang sering digunakan ialah cat minyak dan cat kapur (emulsi). i.Cat Minyak Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Cat minyak menjadi kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan. Dalam proses mengecat biasanya tiga lapisan diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan. ii.Cat Kapur (Emulsi)] Cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah dibancuh dengan air untuk mencairkannya semasa digunakan. Cat emulsi menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan dinding bata dan konkrit bagi tembok dalam atau tembok luar. Cat ini mudah digunakan sama ada disapu dengan berus, digelek dengan penggelek atau disembur. Terdapat empat cara mengecat : a. Berus b. Semburan c. Penggelek atau rola d. Pencelupan Hal ini demikian kaedah ini menjimatkan serta senang digunakan. Kerja mengecat dibuat dengan turapan lapisan-lapisan berikut: a. Lapisan asas (Prime coat) b. Lapisan alas (Under coat) c. Lapisan kemasan (Finishing coat)


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 16 Drp / Of 36 a. Lapisan Asas ✓ Merupakan lapisan pertama. ✓ Mengandungi minyak pigmen senang kering. ✓ Dapat melekat pada bahan dan menerima lapisan seterusnya sertamenembusi permukaan kayu dan plaster untuk dicat seterusnya. ✓ Mencegah karat. ✓ Bahan paling sesuai ialah plumbum putih dicampur dengan minyaklinseed. b. Lapisan Alas ✓ Menutup lapisan primer dan menambah ketebalan lapisan ✓ Menahan kemasan akhir daripada meresapi bahan yang dicat danmenyebabkan kehilangan cat ✓ Lapisan alas mesti kering dahulu sebelum disapukan cat kemasan akhir. c. Lapisan Kemasan ✓ Lapisan akhir yang melindungi permukaan bahan daripada cuacaburuk, kimia dan kerosakan. ✓ Menentukan jalinan dan warna kesan terakhir permukaan bahan. 4.1.3KERTAS DINDING (WALLPAPER) Kediaman sekarang banyak menggunakan kertas dinding sebagai salah satu alternatif mengantikan kemasan dinding lain seperti cat. Penggunaan kertas dinding sebagai kemasan dinding merupakan satu pilihan yang baik. Ia memberi corak, warna malah tekstur yang tidak mampu diperolehi dengan penggunaan cat. Walaupun pemasangannya agak sukar kerana membabitkan bahan pelekat tetapi kemasan ini menjadi pilihan kerana keunikan warna, tekstur dan corak yang menarik. Kertas dinding kebanyakannya diperbuat dari bahan seperti vinil dan tekstil dan juga bahan daripada fabrik. Pilihan terhadap jenis bahan kertas dinding itu dibuat bergantung kepada kesesuaian dinding.Kertas dinding yang berkualiti mampu bertahan antara tujuh hingga 10 tahun dan ia tidak mudah pudar. Ini menjadikan ia satu pilihan yang juga berkesan dari segi kos. Pemilihan kertas dinding perlu dibuat dengan teliti khususnya supaya ia selaras dengan konsep dekorasi. Pemilihan corak dan warna yang tepat pastinya


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 17 Drp / Of 36 memberi kepuasan. Jika anda kurang mahir tentangnya kebanyakan kedai kertas dinding ada menyediakan khidmat nasihat yang anda perlukan. Dari aspek penjagaan, kertas dinding harus bebas dari kelembapan yang tinggi. Jika terkena air, segera lap dan keringkan betul-betul. Kelembapan jika dibiarkan terlalu lama menyebabkan kertas menjadi koyak atau lekang di samping menjadi comot dan hilang serinya Rajah 4.1.3: Kemasan kertas dinding 4.1.4 PEBBLE WASH i. Pebble Wash juga dipanggil kemasan shanghai adalah lepaan yang menghasilkan kemasiapan dengan mempamirkan batu baur yang dibancuh sebagai mortar. Bancuhan yang dibuat adalah kombinasi 4 sehingga 64 mm saiz batu pebbles dan bancuhan simen pada kadar 70% dan 30% di dilepa pada permukaan dinding/tembok. ii. Nisbah bancuhan adalah 1:1 (1 simen : 1 bahagian batu Shanghai) atau 1:2 (1 bahagian Simen : 2 bahagian batu Shanghai) iii. Cara –cara melepa a. Campuran bahan tadi dilepa pada permukaan dinding/tembok bermula daripada bahagian bawah ke atas. b. permukaan tersebut diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan kayu perata untuk mendapatkan permukaan yang sama dan rata. c. Setelah hampir kering, permukaan tersebut disembur dengan air menggunakan penyembur air (Iron Spray) untuk menampakkan permukaan batu Shanghai / Pebbles.


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 18 Drp / Of 36 d. permukaaan tersebut diberus dengan menggunakan berus kecil seperti berus kasut supaya menyerlahkan lagi permukaan batu tersebut. e. permukaan dilap dengan menggunakan span yang bersih. f. Setelah permukaan batu tersebut bersih dan kering bolehlah kita menyapukan permukaan tersebut dengan menggunakan pengilat batu supaya nampak berkilau dan tahan pada tindakan cuaca. Rajah 4.1.4: Pebble Wash 4.1.5SPRAY COATING Coating bermaksud bahan semburan yang diaplikasi bagi tujuan hiasan dan perlindungan. Semburan merupakan kaedah menyalut bahan kemasan menggunakan peralatan khusus seperti berikut: i. Pemampat udara ii. Hos angin iii. Penapis dan pelaras angin iv. Alat semburan (spray gun) v. Penyukat cecair (viscosimeter) Jenis-jenis substrat atau permukaan dasar terdiri daripada keluli, masonri, gentian karbon,plastik,plaster,seramik,kayu dan polystyrene. Kemasiapan produk dengan kaedah semburan menghasilkan lapisan yang nipis , lapisan permukaan yang licin dan rata, pengeluaran dapat ditingkatkan, pembaziran bahan kemasiap dapat dikurangkan dan menjimatkan tenaga kerja. Bagaimana pun kerja-kerja yang dilakukan memerlukan kemahiran khusus. Bagi memastikan mutu kerja yang tinggi, operator kemasiap mestilah mengetahui dan menggunakan teknik-teknik yang betul mengikut spesifikasi yang disediakan daripada pengilang bahan kemasiapan.


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 19 Drp / Of 36 Rajah 4.1.5 Spray Coating 4.1.6JUBIN DINDING Banyak jenis jubin boleh didapati daripada pasaran tempatan untuk berbagaibagai kegunaan. Jubin-jubin ini diperbuat daripada tanah liat, pasir dan bahanbahan tambahan melalui proses pembakaran. Ia adalah keras dan kalis air serta mempunyai sifat-sifat yang tertentu untuk kegunaan khas, contohnya ialah jubin rintangan gelincir, jubin tahan lasak dan sebagainya. Jubin ini dihasilkan dalam beberapa saiz dan warna secara homogen ataupun bergris pada permukaanya sahaja. Di celah-celah sambungan di antara jubin-jubin ini diisikan dengan simen putih ataupun simen berwarna. Rajah 4.1.6 Jubin Dinding


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 20 Drp / Of 36 Antara jenis jubin ialah : i. Mozek Dibuat daripada tanah liat dan bahan campuran seperti serami,kaca dan marmar melalui proses pembakaran. Terdapat pelbagai bentuk seperti segiempat sama dan tepat dan juga segi enam. Pembinaan dilakukan dengan adunan simen 1:3 untuk meletakkan mozek didasar konkrit. Di celah-celah sambungan diletakkan semin dan pasir halus. Digunakan pada dinding dapur, tangga dan tandas. Rajah 4.1.6 (i): Kemasan Dinding Mozek ii. Jubin Tanah liat Bergilap Diperbuat daripada tanah liat semulajadi halus dalam bentuk kepingan segi empat sama. Jubin-jubin ini diatur diatas lapisan setebal 20mm dan diturapkan dengan cairan simen dan air.Kemasan ini mempunyai kualiti haus yang baik dan tidak rosak pda minyak dan lemak.Ia juga tahan terhadap asid perdaganagan dan alkali.Dindingnya tidak mudah tercakar dan mudah dibersihkan tetapi bising dan sejuk. Rajah 4.1.6 (ii) Jubin Tanah Liat


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 21 Drp / Of 36 iii. Jubin Seramik Jubin yang dihasilkan dari tanah liat atau campuran tanah liat dengan bahan tambahan yang kemudian dibakar dalam relau.Amat sesuai untuk trafik ringan dan sederhana seperti dalam bilik air dan di sebarang ruang dan persekitaran yang sentiasa basah. Mempunyai sifat mudah dibersih ,kalis air,teguh dan mempunyai gaya estetika.Kurang sesuai untuk ruang lasak kerana mudah serpih,mudah haus dan mempunysi sifat serap air yang tinggi. Rajah 4.1.6 (iii) Jubin Seramik 4.1.7STONE CLADDING / ASHLAR Stone cladding atau ashlar merupakan satu reka bentuk lapisan sesuatu struktur kerangka bangunan_berbeza dengan infill panel kerana ia dipasang pada permukaan luar sesuatu struktur kerangka bangunan. Ia sangat cantik kerana ia menampakkan kemasan batu dengan pelbagai jenis batu. Ia tahan lama dan kos bahan dan pemasangan yang agak tinggi. Cara pemasangan ashlar adalah sama seperti pemasangan jubin. Rajah 4.1.7 Stone Cladding/Ashlar


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 22 Drp / Of 36 4.2 KEMASAN LANTAI Lantai ialah permukaan dasar rumah yang menerima segala aktiviti penghuni dan bebanyang lain. Ia juga merupakan satu elemen yang menyerikan sesuatu ruang dimana pembinaannya hendaklah menjamin keselamatan dan keselesaan penghuni. Rekaan bahan kemasan lantai yang lebih cantik dan selesa menyebabkan simen yang digunakan hanya berfungsi sebagai medium untuk pemasangan bahan kemasan lain yang lebih menarik di permukaannya. Berdasarkan pada ciri-ciri yang dikehendaki, pelbagai jenis kemasan lantai boleh digunakan dalam pembinaan. Kemasan lantai bertujuan untuk mengelakkan struktur lantai daripada mengalami kehausan dan berlapuk. Hal ini akan mewujudkan keselamatan dan memberi keselesaan kepada penghuni disamping ia juga dapat memberikan satu permukaan yang menarik terhadap bangunan. 4.2.1 JENIS KEMASAN LANTAI Pelbagai jenis kemasan lantai yang boleh digunakan dalam pembinaan tempatan antaranya adalah jejalur kayu, parket, mozek, terazo dan sebagainya. Fungsi Kemasan Lantai i. Memberi dan mewujudkan suasana ceria dan penyeri di dalam sesebuah bangunan.. ii. Memberi keselesaan kepada pengguna. iii. Berfungsi sebagai media kalis air. iv. Media untuk menyerap bunyi. Didalam projek pembinaan ini, hanya dua jenis kemasan lantai sahaja yang digunakan iaitu; i. Kemasan lantai dari lepaan a. Lepa Simen /Cement Render b. Lepa Kemasan Muka Pasir (Sponge Finishing) c. Lepa Pebble Wash/ Lepa Shanghai ii. Kemasan lantai daripada jubin a. Jubin b. Mozek c. Terazo


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 23 Drp / Of 36 d. Marmar e. Parket f. Jejalur kayu g. Karpet 4.2.2 KEMASAN LANTAI DARIPADA LEPAAN SIMEN i. Lepa Simen /Cement Render a. .Kemasan ini dibuat dengan menggunakan bancuhan simen yang pekat (Cement Slurry) b. Jenis kemasan ini boleh dibuat secara “monolithic” iaitu dibuat sekaligus semasa lapisan konkrit ditempatkan ataupun sebagai lapisan kemasan yang berasingan. c. Permukaannya dilicinkan dengan menggunakan pemaras keluli sebelum simen mengeras. d. Lapisan simen yang ratakan hendaklah nipis sahaja dan tidak boleh ditebalkan, kerana jika ditebalkan permukaan tersebut berkemungkinan tidak rata pada keseluruhannya. Lapisan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering. Rajah 4.2.2(i) Kemasan lepaan simen


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 24 Drp / Of 36 ii. Lepa Kemasan Muka Pasir (Sponge Finishing) Kemasan ini dibuat dengan menggunakan span (Sponge Trowel) yang diratakan pada permukaan lepaan untuk menampakkan permukaan pasir. Kemasan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering supaya muka pasir nampak lebih cantik serta jelas dan memudahkan kerja-kerja merata dengan span iii. Kemasan Lantai Batu Kerikil / Shanghai / Pebbles Wash a. Kemasan Shanghai dibuat dengan menggunakan campuran batu kelikir (shanghai / pebbles stone) dengan simen portland biasa atau simen warna. b. Nisbah bancuhan adalah 1:1 (1 simen : 1 bahagian batu Shanghai) atau 1:2 (1 bahagian Simen : 2 bahagian batu Shanghai). c. Setelah dilepa, permukaan tersebut diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan kayu perata untuk mendapatkan permukaan yang sama dan rata. d. Setelah permukaan tersebut rata dan hampir kering, permukaan tersebut disembur dengan air menggunakan penyembur air (Iron Spray) untuk menampakkan permukaan batu Shanghai / Pebbles. e. Kemudian permukaaan tersebut diberus dengan menggunakan berus kecil seperti berus kasut supaya menyerlahkan lagi permukaan batu tersebut. f. Selepas itu permukaan tersebut dilap dengan menggunakan span yang bersih. g. Setelah permukaan batu tersebut bersih dan kering bolehlah kita menyapukan permukaan tersebut dengan menggunakan pengilat batu supaya nampak berkilau dan tahan pada tindakan cuaca. Rajah 4.2.2(ii) Kemasan Lantai shanghai/pebble wash/ batu kerikir


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 25 Drp / Of 36 4.2.3 KEMASAN LANTAI DARIPADA JUBIN Kemasan lantai jenis ini digunakan untuk ruang tamu dan ruang makan. Bilik mandi dan tandas serta dapur. Sebelum pemasangan jubin seramik, ia hendaklah diturap terlebih dahulu dengan mortar. Setelah ianya selesai, pemasangan jubin seramik dimulakan.Terdapat dua jenis jubin yang digunakan iaitu jubin gilap (permukaan licin) dan jubin separuh gilap (permukaan sedikit kesat dan kusam). Jubin gilap akan dipasang pada ruang tamu dan ruang makan serta dapur. Manakala jubin separuh gilap dipasang pada bilik mandi dan tandas. Jubin-jubin dipasang dengan mengatur di atas lapisan asas mortar setebal 20mm dan diturapkan dengan bancuhan simen dan air. Setelah selesai pemasangan jubin, celahan sambungan diantara jubin akan diisi simen putih.Kemasan ini mempunyai kualiti halus yang bagus dan tidak boleh dirosakkan oleh minyak. Rajah 4.2.3: Kemasan Lantai Jubin i. Jubin Terazo Biasanya dibuat dikilang-kilang dalam bentuk kepingan yang berukuran 200mm x 200mm, 225mm x 225mm, 300mm x 300mm sehingga 500mm x 500mm. Jubin-jubin terazo ini dipasangkan di atas simen pasir 1:3, tebal jubin terazo lebih kurang 25mm. Sambungan di antara jubin-jubin terazo ini dikemaskan dengan simen putih. Jubin-jubin terazo yang dipasangkan pada satu ruang hendaklah rata dan dilicinkan dengan mesin pencalar. Bagi ruang bersempadan lantai denagn dinding kambi, terazo dibina. Kambi-kambi tersebut dibina pada ketinggian 100mm dan ketebalan 20mm. Bahagian atas kambi ini dibentuk separuh bulat.


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 26 Drp / Of 36 Rajah 4.2.3 (i): Kemasan Lantai terazo ii. Jejalur Kayu Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beloti kayu yang ditanam pada lapisan konkrit ataupun pada gelegar kayu. papan jalur yang digunakan mestilah bertanggam lidah dan lurah ataupun bertanggam lekap. Sebaik-baiknya lebar papan jalur mestilah tidak melebihi 100mm kerana papan yang terlalu lebar akan mengecut berlebihan ketika proses pengeringannya. Papan jalur selebar 75mm biasanya boleh didapati dalam pasaran tempatan. Lantai jalur kayu boleh dikemaskan dengan sampang atau lekar. kebiasaannya jenis kayu keras seperti kayu jati, cengal, dan kempas menghasilkan lantai kayu yang bermutu tinggi. Rajah 4.2.3 (ii): Lantai jejalur kayu iii.Parket Kemasan ini dibuat dengan menggunakan kepingan kayu beroti yang disusunkan seperti gambar dibawah. Kayu ini dilekarkan pada kertas selebar 300 x 300mm supaya senang dilekatkan kepada dasar konkrit dengan menggunakan sejenis glu. Terlebih dahulu pemukaan parket perlulah diasahkan menggunakan mesin canai sehingga rata dan licin. Apabila


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 27 Drp / Of 36 permukaan parket yang siap diasah atau bersih, ianya boleh dikemaskan dengan sampang, lekar, atau lilin. jenis kayu jati yang biasa digunakan untuk membuat lantai parket ialah kayu jati dan kempas. Rajah 4.2.3 (iii): Kemasan Lantai Parket iv.Mozek Seperti mana dijelaskan pada kemasan tembok/dinding v. Batu Marmar Kepingan jubin marmar yang berupa papak sekata ataupun papak sebentuk dilekatkan di dasar konkrit dengan mengguankan adunan simen. Permukan lantai perlu diasah dengan mesin canai menggunakan batu asah gred kasar (No.24) ke gred halus (No.350) sehingga rata dan licin kemudiannya dikemaskan dengan lilin. Rajah 4.2.3 (iv): Kemasan Lantai marmar vi. Jubin Marmar Kepingan jubin marmar yang berupa papak sekata ataupun papak tidak sebentuk dilekatkan didasar konkrit denagn menggunkan adunan simen. Permukaan dinding perlu diasah dengan menggunakan mesin canai dengan


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 28 Drp / Of 36 batu asah gred kasar (No.24) ke gred halus (No.350) sehingga rata dan licin kemudian dikemaskan dengan lilin. Rajah 4.2.3 (v): Jubin Marmar/ Marble vii. Jubin Granit Terdiri daripada simen Portland dan batu serpihan granit halus atau bahan keras lain,di campur dengan air yang cukup supaya mempunyai keplastikan yan sesuai untuk diratakan diatas lapisan alas setebal 25mm hingga 38mm menjadi panel berukuran 3.6m. Batu serpihan hendaklah bergred daripada 6.4mm hingga kepada ayak no. 200 (75µm).Contoh campuran 2 simen dengan 5 granit atau 1 simen,1 pasir dan 2 batu baur. Rajah 4.2.3 (vi): Jubin Granit


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 29 Drp / Of 36 viii. Karpet/Permaidani Kemasan lantai disudah dengan pemasangan kepingan permaidani Terdapat pelbagai corak, warna dan tahap ketebalan sesetiap permaidani. Pemilihan warna dan corak yang sepadan akan menghasilkan kemasan lantai ang elegan . Ciri-ciri permaidani sebagai kemasiapan lantai: • Dibuat dari jalinan serat, empuk saat diinjak oleh kaki, mampu menyembunyikan bekas telapak kaki, peyedot debu dan jejak pembersih. Sesuai diletakkan diruangan aktivitis tinggi seperti ruang tamu, ruang makan, ruang tidur, tangga dan sebagainya. • Dibuat dari wool, nilon, prolipropilin. Mampu menyembunyikan bekas tapak kaki, Sesuai untuk ruangan yg sentiasa sibuk, tidak sesuai pada yg mempunyai haiwan peliharaan kerana kuku haiwan tersebut dapat menyangkut pada karpet jenis ini. • Dibuat dari benang rajutan, jahitan yg berpilin membuat ia nampak elegan. Bahan yang berat sesuai diletakkan diruang yg kurang sibuk, senang diratakan dan tidak menyembunyikan bekas tapak kaki. • Karpet jenis Loop-Pile yg diperbuat dari bahan benang ranjutan. Bahan yg berat sesuai diletakkan diruang yg kurang sibuk. • Diperbuat dari bahan yang terbaik dan mempunyai corak yg menarik. Harga yang biasa didapati mahal dan mempunyai kualiti yang tinggi. 4.3 KEMASAN SILING Siling adalah struktur bahagian atas ruang dalaman dan bertindak sebagai bahagian bawah bumbung selain menyembunyikan elemen seperti saluran elektrik, penghawa dingin, pembesar suara, perenjis air ketika kebakaran dan sebagainya.Namun pada masa sama, siling turut menjadi teras bagi membolehkan aksesori hiasan dalaman berfungsi seperti lampu dan kipas.Rekaan siling bergantung kepada ketinggiannya. Justeru, pereka dalaman yang bijak pasti akan mengambil kira ketinggian dulu diikuti material, keperluan lampu, kipas dan penghawa dingin. Kemasan siling perlu menarik membabitkan estetika warna, tekstur serta corak dan lazimnya ia ditentukan oleh pilihan bahan kemasannya. Tanpa kemasan sesuai dikhuatiri menyumbang kepada kecacatan pemandangan ruang secara menyeluruh.


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 30 Drp / Of 36 Bahan dan kemasan adalah komponen penting elemen reka bentuk dalaman dan berupaya mendefinisikan fungsi sesuatu ruang dalaman. Pemilihannya dapat menguatkan konsep reka bentuk, memberi kesan kepada ruang, pandangan visual serta ekspresi kualiti, bentuk dan gaya. Pemasangan siling bertujuan untuk kemasan terutamanya untuk i. Menutup pandangan bahagian bawah rangka bumbung supaya tidak kelihatan ii. Menghalang haba panas atau sejuk daripada menembusi bumbung dan seterusnya masuk kedalam rumah. Antara jenis kemasan siling: i. Siling gentian ii. Cement board iii. Plaster ceiling iv. Aluminium ceiling v. Timber ceiling 4.3.1 SILING FIBROUS Kepingan Plaster fibrous didatangkan dalam beberapa ukuran bagi menyesuaikan projek yang dijalankan.Ia dibuat dari plaster gypsum halus dan diperkuatkan dengan gentian kaca.Kombinasi antara plaster dan gentian kaca menghasilkan kepingan yang menjadikannya kukuh, mampu menghalang dari membengkok atau melenduk dan mampu bertahan dalam keadaan lasak Kepingan plaster fibrous dikilang secara spesifik bagi kegunaan siling dalaman bangunan kediaman,komersial,institusional. Rajah 4.3.1 Plaster fibrous


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 31 Drp / Of 36 4.3.2 PAPAN SIMEN FIBER/ ‘FIBER CEMENT BOARD’ Papan simen fiber dibuat daripada campuran pasir silica, gypsum, simen, memakai serat selulosa sebagai tulangnya. Ianya lebih kuat dan tidak mudah patah berbanding papan gypsum dan asbestos. Tahan lenturan sehingga 170 kg/cm . Lebih tahan air ,api dan gegaran. Permukaannya lebih datar dan halus sehingga melakukan kemasan juga lebih mudah dan rapi. Saiz : bersaiz 2.4m x 1.2m dengan ketebalan 3mm, 3.5mm, 4.5mm, 6mm, 8mm, 12mm dan 20mm untuk sistem lantai dak, Tetapi penggunaan untuk siling sesuai pada ketebalan 3mm dan 4.5mm. Rajah 4.3.2 Fiber Cement Board 4.3.3 SILING PLASTER i. Siling plaster atau juga dipanggil siling kapur. Ianya di pra-febrikasi dalam bentuk kepingan, digantung untuk siling menggunakan skru atau paku ii. Membina siling plaster melibatkan penggunaan beberapa lapisan plaster . Ia menjadikan permukaan yang licin,keras dan ia dapat dihias dengan mudah menggunakan cat atau plaster iii. Siling plaster dibuat daripada bahan yang sama, tetapi lebih murah dan mudah dipasang kerana ia tidak perlu menunggu lapisan-lapisan plaster untuk kering. iv. Ianya adalah sangat sensitif pada air atau keadaan yang lembap dan basah. v. Antara bahan-bahan untuk memasang plaster siling adalah: a) Papan Plaster siling b) Aluminium digunakan sebagai rangka siling. berfungsi untuk memegang kepingan siling itu. c) Cornice/ hiasan tepi d) Simen plaster


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 32 Drp / Of 36 Rajah 4.3.3 Siling Plaster 4.3.4 SILING ALUMINIUM Aluminium adalah bahan yang sering digunakan sebagai sebahagian komponen siling. Pemilihan aluminium sebagai siling banyak memberi kelebihan disebabkan sifat-sifatnya semulajadinya i. Ketahanlasakan- mampu bertahan dan memanjangkan hayat dalam perubahan cuaca ii. Persekitaran- aluminium tidak mengandungi sebarang kandungan yang boleh mencemarkan persekitaran. Boleh dikitar dan diguna semula. iii. Mampu menyerap bunyi iv. Kawalan kualiti yang berkesan v. Kos-efektif vi. Kelihatan Cantik/menarik


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 33 Drp / Of 36 Rajah 4.3.4 Siling Aluminum 4.3.5 SILING KAYU (TIMBER CEILING) Siling jenis kayu, tetapi boleh membuat suasana rumah yang lebih selesa dengan wajah semula jadi kayu, dengan padanan reka bentuk motif dan tepat, unik dan elegan Suana pasti pasti kita boleh dapat. Kelebihan model siling kayu adalah: i. Siling yang digunakan di rumah menyediakan fungsi estetik yang sangat tinggi. Rumah dengan siling kayu mempunyai kesan yang bagus, nyaman semula jadi dan mewah. ii. Menggunakan siling kayu menunjukkan bahawa anda mempunyai masa yang cukup dan wang untuk menangani masalah kekurangan tanah yang dimiliki oleh bahan kayu. iii. warna coklat dan motif atau gentian dibekalkan oleh kayu Memberi kesan kembali ke alam semula jadi, anda merasakan kembali di hutan. Siling mempunyai banyak jenis dan jenis siling kayu adalah salah satu media sering mencari di dunia untuk menutup bahagian dalam bumbung pada rumah untuk menyediakan suasana di dalam bilik Menjadi secara semula jadi atau boleh dipanggil lambersering. terdapat pelbagai jenis kayu dari siling kayu i. Siling Teak kayu mempunyai gentian melihat serat tegas dan Menunjukkan - gentian kayu sendiri dan kayu coklat yang dominan jika umur melebihi 10 tahun, kayu jati satu gred 1 atau sebagai tentangan yang kuat untuk banyak


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 34 Drp / Of 36 ii. Siling Merbau kayu, kayu ini mempunyai warna coklat dominan tetapi sedikit kepada merah - merah jambu dalam kes merbau jika tenggelam di dalam air akan sap sifat kayu itu sendiri iii. Siling Wood Bengkirai iv. Siling kayu Keruing Rajah 4.3.5 Siling Kayu


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 35 Drp / Of 36 SOALAN / QUESTIONS: 1. Nyatakan tiga (3) kandungan dokumen kontrak. a. __________________________________________________________________ b. __________________________________________________________________ c. __________________________________________________________________ 2. Berikan tiga (3) jenis kemasan dalam bangunan. a. __________________________________________________________________ b. __________________________________________________________________ 3. Terangkan mengenai kemasan pebble wash/batu kerikir? _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 4. Apakah tujuan pemasangan siling? _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(1/6) Muka Surat / Page : 36 Drp / Of 36 RUJUKAN / REFERENCES: 1. Jahiman Badron (2007), Tenologi Binaan Bangunan. Ibs Buku.Sdn.Bhd 2. Tan Boon Tong (1990), Teknologi Binaan Bangunan. Dewan Bahasa dan Pustaka 3. R.Barry, (2007) Kursus Seni Bina. IBS Book Sdn.Bhd 4. WALL & CEILING SHEETS - Designer Plaster - Fibrous plaster ... www.designerplaster.co.nz/wall--ceiling-sheets.html 5. Durock Backerboard - Master Wholesale www.masterwholesale.com 6. Air Conditioner Engineer Drawing - Conceptdraw.com www.conceptdraw.com/examples/air-conditioner-engineer-drawing


Click to View FlipBook Version