Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU Kod Sekolah: YBB8103
Nama Sekolah: SK SAMPUN TEBUN
1. Nama Guru HENDRY BIN LASIG
2. Judul WTF? WA TAK FAHAM: 23 3. Bidang: BAHASA
HARTANAH SEBELUM 30 5. Masa:
4. Tarikh Pembentangan
6. Tempat
Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini mengisahkan seorang pemuda biasa yang mempunyai kepakaran dalam bidang
pelaburan hartanah. Beliau berasal dari keluarga biasa. Ketika beliau memasuki bidang
pelaburan hartanah ini, beliau sebenarnya adalah perkerja biasa namun berjaya mengumpul
aset hartanah sehingga 23 buah unit hartanah ketika umur beliau belum mencecah 30 tahun.
Pencapaian beliau amat menakjubkan kerana bukan mudah membeli hartanah dan
mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda.
Dan semua pembelian ini dilakukan dalam masa hanya 5 tahun! Dan beliau juga memulakan
pelaburan beliau TANPA mengeluarkan duit sendiri di mana dengan bijaknya beliau
memanipulasi produk kewangan yang ada di Malaysia ketika gajinya hanya RM3000 sahaja
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Nilai dan pengajaran daripada buku ini ialah:
- Mengurus dan mengendalikan kewangan dengan bijak dan berdisiplin.
- Mengawal diri terutama melibatkan pengurusan kewangan melibatkan aset dan liabiliti.
- Merancang dan melaksanakan strategi meningkatkan potensi kewangan.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Pengurusan kewangan sangat penting dalam sesuatu organisasi. Pengurusan kewangan yang
baik dapat membantu organisasi menoptimumkan sumber kewangan dalam organisasi.
Perancangan untuk membuat aktiviti untuk menambahkan sumber kewangan juga perlu dibuat
oleh sesebuah organisasi.
Penerapan dalam P&P sebagai contoh dalam memberi motivasi kepada murid bahawa kejayaan
boleh dicapai dengan mengenal diri sendiri, dan menentapkan hala tuju pada masa akan datang.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
........................................................ ........................................................
(HENDRY BIN LASIG) ()
Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU Kod Sekolah: YBB8103
Nama Sekolah: SK SAMPUN TEBUN
1. Nama Guru HENDRY BIN LASIG
2. Judul MAAF CAKAP 3. Bidang: AMALAN
PROFESIONALISME
4. Tarikh Pembentangan
5. Masa:
6. Tempat
Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini menekankan untuk menegur kesilapan orang itu kena ada caranya. Jika tersilap gaya,
orang yang ditegur itu bukan sahaja akan menolak teguran dan saranan kita, malah kita akan
kehilangan seorang saudara. “Maaf Cakap” merupakan kritikan terhadap kesilapan cara
berfikir. Setiap kali merenung kesilapan dan mencatatnya, nota-nota itu dikongsi kerana
kesilapan-kesilapan itu adalah kesilapan yang sama dilakukan oleh kebanyakan orang. Isu-isu
seperti perniagaan, motivasi, politik, sosial dan sumber manusia disampaikan secara berlapik
namun sangat memberikan makna kepada pembaca.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Nilai dan pengajaran daripada buku ini ialah:
- Memperbaiki dan meningkatkan kemahiran menegur kesilapan manusia
- Sentiasa mengutamakan sifat sabar dan mengawal tingkah laku
- Memahami situasi di tempat kerja
- Pengurusan emosi ketika menegur dan menggunkan bahasa yang mudah difahami
- Bersifat merendah diri, tidak sombong
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Guru perlu mempertimbangkan banyak aspek ketika menegur murid-murid disekolah.
Penggunaan bahasa yang muda difahami sangat penting bagi memastikan teguran diterima
oleh murid. Guru Perlu mengawal emosi ketika berhadapan dengan murid, terutama murid yang
bermasalah. Guru perlu menyelidik emosi dan punca mengapa murid membuat salah laku di
sekolah.
Sebagai pentadbir di sekolah, pentadbir perlu menggunakn kemahiran-kemahiran menegur
dalam buku ini.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
........................................................ ........................................................
(HENDRY BIN LASIG) ()
Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU Kod Sekolah: YBB8103
Nama Sekolah: SK SAMPUN TEBUN
1. Nama Guru HENDRY BIN LASIG
2. Judul PENGURUSAN BIMBINGAN & 3. Bidang: PENGETAHUAN
KAUNSELING PROFESIONAL
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:
6. Tempat
Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini mengandungi 12 bab, dimulai dengan Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia dan
diikuti dengan teori-teori kaunseling. Pembaca akan mendapat pengetahuan bagaimana
menjalankan Kaunseling Individu dan Kelompok serta Penyediaak Inventori dan Rekod.
Masalah disiplin berlaku kerana berlaku konflik dan tekanan dalam diri pelajar. Pengurusan
konflik secara berkesan dijangka dapat mengubah tingkah laku pelajar ke arah yang lebih baik
berdasarkan norma-norma yang diterima masyarakat.
Bimbingan secara berkesan dapat melahirkan pemimpin yang berkesan.Ia juga boleh
mewujudkan komunikasi berkesan ke arah Budaya Cemerlang di Sekolah.
Pengurusan stress secara berkesan pula dapat mewujukan iklim pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kerana pelajar dan guru dapat melaksanakan tanggung jawab
masing-masing tanpa tekanan dan melaksanakan tugasan dengan suasana positif.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
- Buku ini menambahkan dan meningkatkan pengetahuan guru dalam bidang psikologi
Pendidikan.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini memberi kemahiran kepada pada guru mengurus masalah dalam pengajaran dan
pembelajaran melibatkan murid-murid yang bermasalah disekolah.
Guru boleh mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dalam buku ini bagi
memberikan motivasi kepada murid untuk lebih fokus dalam PdP.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
........................................................ ........................................................
(HENDRY BIN LASIG) ()