The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by natrahyaacob, 2021-09-13 00:16:48

TEKNOLOGI MAKANAN COKLAT HALAL DPU2

TEKNOLOGI MAKANAN COKLAT HALAL DPU2

Kelas : DPU2B TEKNOLOGI MAKANAN HALAL(COKLAT HERSHEY)
PENSYARAH : PN MUSLEHA BINTI MOKTER

Jabatan : Jabatan Kejuruteraan Ahli Kumpulan :
Mekanikal (JKM) 1. Airil Zamir bin Shahrul Nizam

(01DPU20F1031)
2. Hafiz Izuan bin Mohamad Zubir

(01DPU20F1034)
3. Danish Hazim bin Kamarulzaman

(01DPU20F1040)
4. Muhammad bin Sulaiman

ISI KANDUNGAN

BILANGAN KANDUNGAN

1 PENGENALAN

2 SENARAI SEMAK ISI KANDUNGAN

3 JADUAL PERTEMUAN PENSYARAH

4 JADUAL PENGAGIHAN TUGAS

5 PENDAHULUAN

6 DALIL NAQLI

7 LATAR BELAKANG TEKNOLOGI (MAKANAN HALAL)

8 MAQASID SYARIAH

9 ETIKA ISLAM

10 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

11 RUJUKAN

12 KESIMPULAN

SENARAI SEMAK ISI KANDUNGAN

/

/
/
/

/
/
/

/
/

/
/
/
/
/
/

JADUAL PENGAGIHAN TUGAS

NAMA BIDANG TUGAS
AIRIL ZAMIR BIN SHAHRUL NIZAM MEMBUAT ISI KANDUNGAN 1
HAFIZ IZUAN BIN MOHAMAD ZUBIR MEMBUAT ISI KANDUNGAN 2
DANISH HAZIM BIN
KAMARULZAMAN MENYEDIAKAN SLIDE & ISI
MUHAMMAD BIN SULAIMAN KANDUNGAN 1

MEMBUAT ISI KANDUNGAN 2

PENGENALAN

Muqadimah

Islam yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T kepada baginda junjungan Nabi
Muhammad S.A.W adalah lengkap dan sempurna serta sesuai dengan fitrah
kejadian manusia.Sementara kejadian manusia yang serba indah ini pula dihiasi
dengan anugerah akal oleh Allah kepada manusia untuk berfikir.Sebagai umat
Islam,agama itu tidak seharusnya dilihat hanya sebagai ibadat semata-
mata,tetapi perlu juga dilihat dari sudut pandangan yang lebih luas dan
menyeluruh.Dalam e-folio ini kami akan menghuraikan tentang coklat
(Hershey).

PENDAHULUAN

Teknologi makanan halal (coklat) adalah satu tajuk yang berkait rapat
dengan subjek sains teknologi dan kejuruteraan islam. Ia dapat
memberi kesan yang baik kepada manusia yang memakannya. Terdapat
pelbagai produk coklat yang mengandungi khasiat yang baik seperti
Cadburry , Tango , Kisses’s dan sebagainya.

Isi kandungan satu kajian ini kami fokuskan tentang dalil dalil
berkaitan dengan makanan halal , kajian saintifik berkaitan
dalil , tafsiran al-quran, tafsiran ulama dan latar belakang
berkaitan dengan teknologi makanan halal (coklat Hershey)

Isi kandungan dua pula kami memfokuskan tentang maqasid
syariah iaitu terdiri daripada memelihara agama dan memelihara
akal. Selain itu, kami akan menerangkan topik etika islam iaitu
ikhlas dan niat yang baik dengan itqan. Di samping itu cadangan
penambahbaikan juga kami akan terangkan besertakan huraian
yang berkaitan dengan teknologi makanan halal (coklat hershey)

PENDAHULUAN MAKANAN HALAL (COKLAT)

Makanan halal ialah makanan yang memberi kebaikan untuk
kesihatan dari segi jasmani & rohani menurut Islam seperti
coklat hershey. Ia juga tidak memberi kesan yang buruk yang
boleh memudaratkan kesihatan dan juga akal fikiran. Makanan
halal juga terdiri daripada hasil penyembilan binatang yang
halal seperti lembu , kambing dan unta. Haiwan tersebut ada
digunakan sebagai bahan bahan untuk membuat coklat
hershey. Sebagai contoh lemak lembu dimasukkan ke dalam
isi kandungan coklat yang bertujuan untuk menambah lagi
keenakan di dalam coklat susu.

DALIL NAQLI

TAFSIRAN ULAMA’

Tafsir Al-Muyassar / Kementerian Agama Arab Saudi

Wahai manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi, baik dari
haiwan, tumbuh-tumbuhan mahupun pohon-pohon yang diperoleh
dengan cara yang halal dan memiliki kandungan yang baik, tidak
kotor. Dan janganlah kalian mengikuti jalan syaitan yang menggoda
kalian secara bertahap. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh
yang nyata bagi kalian. Dan orang yang berakal sihat tidak boleh

mengikuti musuhnya yang selalu berusaha keras untuk
mencelakakan dan menyesatkannya.

DALIL NAQLI (SURAH AL-MAIDAH)

KAJIAN SAINTIFIK

Sebagai panduan bagi kehidupan manusia , ia juga dapat dijadikan
sebagai panduan asas dalam penentuan halal haram khususnya
produk makanan dan barangan pengguna umumnya. Pada era
globalisasi ini, timbul pelbagai isu makanan dalam masyarakat
Malaysia yang memberi kesan perkembangan sains dan teknologi.
Di antaranya ialah isu melibatkan penggunaan sumber bahan
mentah yang bercampur dengan gelatin, lemak dari haiwan, arak,
anggota badan haiwan yang diharamkan seperti khinzir.

Pengharaman khinzir adalah disebabkan ia membawa beberapa
kemudaratan sama ada dari aspek kimia, mikrob dan sikap
(psikologi), iaitu ia disebut boleh menghilangkan perasaan cemburu
serta menjadi dayus. Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-
Halal wa al-Haram fi al-Islam ketika mengulas berkenaan
pengharaman daging khinzir menyebut : Perkara ketiga yang
diharamkan Allah SWT ialah daging khinzir. Ini adalah kerana tabiat
yang sihat akan dianggap oleh khinzir adalah kotor dan tidak
disukai olehnya.

Oleh sebab itu, makanan yang sangat disukai oleh khinzir ialah dari
benda-benda yang kotor, jijik dan najis. Ilmu perubatan moden
menetapkan bahawa memakan daging babi itu sangat berbahaya di
seluruh pelusuk dunia, khususnya di negara yang beriklim panas seperti
negara Malaysia. Sebagaimana yang berkaitan dengan penyelidikan
ilmiah, bahawa sesiapa yang memakan daging khinzir itu akan
menyebabkan lahirnya cacing kerawit yang sangat merbahaya, dan ulat-
ulat yang dapat membinasakan tubuh badan manusia yang memakan
daging khinzir. 69 peratus daripada sampel-sampel daging khinzir yang
diuji mengandungi bakteria berbahaya Yersinia enterocolitica yang boleh
menyebabkan masalah-masalah kesihatan

SEJARAH COKLAT

Penciptaan coklat bukanlah sesuatu yang baharu dari dunia moden hari ini. Coklat sebenarnya mempunyai
sejarah yang sangat lama, sejak lebih kurang 4000 tahun yang lalu. Ahli antropologi telah menemui bukti
bahawa coklat dihasilkan oleh masyarakat pre-Olmec yang tinggal di kawasan yang kita kenali sebagai Mexico
hari ini, sejak tahun 1900 BC lagi. Mesoamericans adalah masyarakat purba pertama yang menanam pokok
koko. Pokok pokok tersebut boleh ditemui di kawasan hutan hujan tropika di Amerika Tengah.Apabila
Tamadun Aztec mula mendominasi Mesoamerica pada abad ke 14, mereka mengidam akan biji koko, yang tidak
boleh ditanam kerana cuaca yang kering di tanah air mereka, iaitu di dataran tinggi di tengah Mexico.Aztec
sangat mendambakan biji koko, jadi mereka melakukan pertukaran melalui sistem barter dengan masyarakat
Mayan. Seekor ayam belanda boleh dibeli dengan harga 100 biji koko. Pada abad ke-15, seorang pengembara
berbangsa Sepanyol yang bernama Hernán Cortés telah berlayar ke Mexico bagi mencari emas dan perak.
Sebaliknya, beliau menemui coklat.Walaupun masyarakat Sepanyol memaniskan minuman pahit itu dengan gula
dan kayu manis. Populariti coklat sangat pantas tersebar ke kawasan lain di Eropah. Untuk memenuhi
permintaan coklat yang tinggi, kuasa kuasa Eropah telah menubuhkan ladang di kawasan kawasan berhampiran
garisan khatulistiwa di seluruh dunia bagi penanaman koka dan tebu (gula).

INFO BERKAITAN COKLAT

LATAR BELAKANG (HERSHEY)

Syarikat Hershey berasal dari tahun 1880an, ketika Milton S. Hershey mendirikan
Syarikat Lancaster Caramel di Lancaster, Pennsylvania. Setelah melihat mesin
memproses coklat buatan Jerman di World Columbian Exposition tahun 1893 di

Chicago, Hershey memutuskan untuk menceburkan diri dalam perniagaan coklat.
Pada tahun 1894, dia memulakan sebuah syarikat coklat yang mempunyai pelbagai
jenis produk di pasar pada tahun berikutnya. Pada tahun 1900 dia menjual syarikat
karamel kepada pesaing dan memulakan pembuatan dan penjualan batang coklat

susu. Perniagaan begitu berjaya sehingga pada tahun 1903 Hershey mula
mengusahakan kilang baru di Derry Township, Pennsylvania. Ia akhirnya menjadi

kilang pembuatan coklat terbesar di dunia..

SYARIKAT HERSHEY DI MALAYSIA

Syarikat Hershey dibina di Johor pada bulan oktober 2003 dan mempunyai kilang
tersendiri di Senai , Johor Bharu. Ia menghasilkan pelbagai produk Hershey halal

terbesar di luar Amerika Syarikat dan Mexico. Di Johor juga merupakan kilang
kedua terbesar Hershey. Pada mulanya ia memulakan pengeluaran empat

daripada lima jenama global Hershey halal, termasuk bar Hershey's Kisses, Ice
Breakers, Reese's dan Hershey's Milk Chocolate.

COKLAT HERSHEY

GULA

Gula adalah ramuan nombor satu di bar coklat
Hershey. Inilah yang memberi coklat rasa manis
dan memuaskan. Terdapat 23 gram gula dalam
satu bar Hershey 43 gram.

MINUMAN COKLAT

Minuman coklat yang dikeluarkan oleh Syarikat Hershey tidak
mengandungi alkohol. Ini adalah zat yang dihasilkan ketika biji koko
semasa proses penapaian, kemudian dipanggang dan dipecah untuk
menampakkan biji koko di dalamnya. Tulang koko kemudian digiling
untuk menghasilkan minuman coklat. Coklat susu mesti mengandungi
sekurang-kurangnya 10 peratus minuman coklat.

KOKO DAN Mentega koko adalah lemak sayuran yang diekstrak dari biji koko. Ia memberikan
MENTEGA coklat teksturnya yang halus dan berkrim. Selain itu, koko yang diproses dengan
alkali juga ditambahkan ke bar Hershey. Alkali menjadikan coklat kurang pahit dan
KOKO memberikan warna yang lebih gelap, namun ia juga menghilangkan antioksidan
yang terdapat dalam koko mentah.

Agar coklat dianggap sebagai coklat susu, ia mengandungi sekurang- PRODUK
kurangnya 12 peratus ramuan susu. Bahan susu di bar Hershey SUSU
termasuk lemak susu dan laktosa. Lemak susu adalah kandungan
lemak dalam susu, sedangkan laktosa adalah gula yang terdapat
dalam susu. Selain ramuan, Hershey's Bars juga mengandungi susu
biasa.

BAHAN
TAMBAH

Bar coklat Hershey mengandungi beberapa bahan tambahan. Lesitin
soya dibuat dari minyak kacang soya dan ditambahkan ke coklat
Hershey agar koko dan mentega koko tidak terpisah. PGPR, atau
polyglycerol polyricinoleate, dibuat dari minyak kacang kastor dan
ditambahkan ke coklat untuk meningkatkan kelikatannya. Vanillin
adalah komponen kimia utama ekstrak kacang vanila. Ia juga
merupakan perasa yang ditambahkan pada coklat. Bahan tambahan
ini bersama dengan rasa tiruan inilah yang memberikan rasa manis
dan tekstur lembut dan lembut kepada Hershey.

ILMU TAMBAHAN;
Lesitin merupakan produk halal
kerana ia diperbuat dari telur atau
minyak soya, terdapat juga
diambil dari minyak bunga
matahari. Ia juga merupakan
campuran glikolipid, trigliserid dan
fosfolipid.

KELEBIHAN COKLAT HERSHEYS

Coklat mempunyai kandungan koko (biji coklat) yang lebih dari
70% memiliki manfaat untuk kesihatan, kerana coklat kaya
dengan kandungan antioksidan iaitu fenol dan flavonoid.

Ia mampu untuk membunuh radikal yang bebas di dalam tubuh
badan manusia. Kandungan antioksidan di dalam coklat adalah 3

kali lebih tinggi daripada teh hijau , yang selama ini minuman
tersebut sering dianggap sebagai sumber antioksidan. Oleh itu
para pembeli haruslah mengambil coklat Hershey dalam kadar

yang sederhana.

Dapat memberikan tenaga kepada para atlet yang bermain
sukan dan juga dapat mengurangkan tekanan dari sebarang
ujian yang dihadapi oleh seseorang itu.

Di samping itu , coklat Hershey juga telah mendapat pengesahan
halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Oleh itu ,
para pembeli tidak perlu ragu-ragu apabila hendak membeli coklat

yang dikeluarkan oleh Syarikat Hershey

MAQASID SYARIAH

MAKSUD MAQASID

Perkataan maqasid dari sudut bahasa merupakan jamak kepada perkataan maqsad
yang diambil dari kata kerja )‫ (قصد‬yang membawa maksud; pegangan, punca,

sasaran, kelurusan, keadilan dan kesederhanaan. Dengan lain perkataan, istilah ini
merujuk kepada maksud ‘objektif’ yang membawa erti berasaskan kenyataan atau

fakta sebenar. Manakala Syariah berasal daripada perkataan syara’a )‫(عرش‬yang
bermaksud sumber air yang tidak pernah putus dan terus mengalir, memulai
sesuatu pekerjaan dan menjelaskan, menerangkan serta menunjukkan jalan. Dari
segi istilah, ia merangkumi keseluruhan apa yang diturunkan oleh Allah SWT
kepada umat manusia melalui Rasul-Nya nabi Muhammad SAW. Secara umum
maqasid syariah seperti yang diterangkan oleh ulama usul fiqh ianya merupakan
makna dan tujuan yang dikehendaki syara’ dalam mensyariatkan sesuatu hukum

bagi menjamin kemaslahatan umat manusia.

MEMELIHARA AKAL

Akal merupakan antara kurniaan Allah SWT yang paling agung. Kebolehan akal dalam
mengingat, menyimpulkan, menganalisis, menilai sesuatu perkara itu wajar atau tidak
dan benar atau salah merupakan sesuatu yang tak boleh dijangkau oleh pemikiran
manusia jika ingin diciptakan. Akal juga merupakan menjadi titik perbezaan antara
ciptaan manusia dan juga kehidupan lain. Jika ingin dibandingkan akal manusia
dengan arus pemodenan zaman sekarang, akal ciptaan Allah SWT telah pun
dibuktikan dengan lebih rumit, kompleks dan canggih jauh berbeza dengan pelbagai
ciptaan manusia yang lain seperti komputer riba, telefon pintar mahupun robot.

Kecerdasan akal sesetiap individu sangat bergantung kepada apa yang mereka,
makan, minum, gaya hidup yang sihat, dan apa yang telah mereka lalui, sama ada
titik hitam dalam kehidupan atau keindahan pasca kehidupan yang telah berlalu.

Sebagai hamba Allah yang dikurniakan akal, kita diwajibkan untuk
memelihara akal kita daripada perkara-perkara yang boleh memberi
mudarat kepadanya seperti minum minuman yang memabukkan,
melakukan aktiviti yang mengkhayalkan seperti dadah, dan ganja dan
melakukan kezaliman yang melampaui batas. Segala kelakuan yang
boleh memberikan kesan dan impak yang negatif kepada akal adalah
haram dan boleh mengundang kemurkaan daripada Allah SWT.

Coklat Hershey mengandungi lemak tak tepu, kalsium, protein dan zat besi.
Coklat Hershey perlulah diambil dengan kadar yang sedarhana. Hal ini kerana
coklat Hershey juga sangat terkenal sebagai pembekal tenga yang memberikan
impak sangat cepat. Tenaga yang disediakan akan membuatkan akal manusia
lebih cergas, meningkatkan kreativiti serta memelihara kecerdasan akal tanpa
memberikan kerosakan kepada akal. Selain itu zat besi yang ada dalam coklat
Hershey membantu badan membuat sel darah merah, memindahkan oksigen ke
dalam sel dan otot, dan dalam coklat hershey juga boleh mengurangakan risiko
bekuan darah. Oleh itu kita mestilah mengambil coklat hershey dalam kadar
yang sederhana untuk mengelakkan diri daripada terkena penyakit yang
memberi kesan buruk terhadap kesihatan.

MEMELIHARA AGAMA

Peranan utama syariat Islam ialah untuk memelihara
kesucian agama Islam dan pelaksanaanya. Segala
kelakuan, tingkahlaku, ideologi pemikiran yang bercanggah
dan boleh menggugat kesucian Islam hendaklah dicegah
sekeras-kerasnya. Pembuatan coklat hershey yang asal-
usulnya daripada tumbuhan seharusnya membuatkan
manusia menjadi terpesona dan kagum dengan ciptaan
Allah yang sangat agung dan lazat.

Dengan wujudnya coklat Hershey, para saintis dan para pekerja di
syarikat hershey menggunakan kreativiti mereka dengan
mempelbagaikannya dengan makanan yang lain yang berasaskan
coklat, bermula dengan makanan ringan, minuman, bahkan juga tidak
terkecuali sebagai makanan utama bagi sesetengah kaum di dunia
ini. Ini sepastinya akan membuatkan manusia menjadi kagum dengan
ciptaan Allah lantas memanjatkan kesyukuran yang penuh terhadap
kurniaanNya kepada hamba hambaNya

Khasiat yang boleh diperoleh daripada coklat Hershey juga boleh
membuatkan manusia sangat mementingkan cokat di dalam hidangan.
Dengan rasanya yang lazat disamping dengan isi kandungannya yang halal.
Umat Islam boleh menikmati coklat Hershey ini bagi menjaga tubuh badan,
meneruskan kehidupan malah juga boleh dijadikan sebagai pembekal tenaga
bagi mereka yang bekerja keras dalam meneruskan kelangsungan hidup.
Hal ini menjadikan umat Islam jauh daripda makanan yang haram mahupun
makanan yang syubhah malah menjadikan umat Islam berjaya untuk
menjaga tuntutan agama yang dikehendaki oleh syariat Islam

Coklat Hershey di Malaysia berkembang dengan luas rasa yang berbeza dengan coklat-coklat
yang lain. Coklat Hershey ini diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di
Malaysia pada tahun 1974. Pada ketika itu, Malaysia mengambil coklat Hershey dengan
membawa masuk coklat Hershey dari luar negara masuk ke Malaysia setelah (JAKIM)
memeriksa bahan (DNA) di dalam coklat Hershey adalah halal. Oleh itu Malaysia membuka
kilang pertama di Senai, Johor. Ianya merupakan kilang kedua terbesar coklat Hershey pada
oktober 2003. Kilang Hershey di Johor menjadi pasaran serantau di asia . Umat islam di
wajibkan makan-makanan yang halal dan dengan adanya pengesahan halal dari (JAKIM), umat
islam di malaysia tidak lagi ragu-ragu untuk membeli coklat Hershey. Hal ini boleh menjadikan
umat islam jauh daripada makanan haram mahupun makanan syubhah malah menjadi umat
islam berjaya untuk menjaga tuntuan agama yang dikehendaki oleh syariat islam.

ETIKA ISLAM

MAKSUD
ETIKA
ISLAM

Etika bermaksud tatasusila atau adab seseorang. Etika dalam islam bemaksud
akhlak iaitu dianggap lebih kuat dan berkesan kerana ia bertunjangkan kepada
keimanan kepada Allah SWT berbanding dengan etika etika yang berasaskan
dengan teori pembuatan dan ciptaan manusia . Akhlak Islam berasaskan kepada

ajaran Al Quran dan ajaran Hadith Nabi Muhammad SAW.

IKHLAS DAN NIAT YANG BAIK

Ikhlas bermaksud tulus dalam sesuatu perbuatan Kesan daripada khasiat yang baik apabila
tanpa bercampur dengan apa-apa kepentingan. memakan coklat hershey ialah dapat
Ketika melakukan proses penghasilan coklat hershey meredakan tekanan, kesihatan dari segi
,pengurus dan para pekerja yang mengendalikan jasmani terjaga dan dapat meningkatkan
proses penghasilan coklat hershey perlulah daya pemikiran seseorang itu jika
mempunyai matlamat dan tujuan penghasilan coklat mengambil kadar coklat hershey dengan
hershey tersebut untuk menjadikannya sebagai kadar yang sedikit atau sederhana.
sebahagian daripada makanan yang halal. Buktinya ,
dengan memasukkan bahan-bahan yang diiktiraf halal
oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke
dalam coklat hershey tersebut. Bahan tersebut seperti
kakao (bahan yang dicampurkan ke dalam koko), zat
besi dan protein yang mengandungi pelbagai khasiat
dan kebaikan apabila dimakan.

Tidak ada unsur campuran atau bahan-bahan yang haram
dan terlarang dari sisi islam seperti gelatin dan lemak khinzir
dimasukkan ke dalam coklat hershey yang bertujuan untuk

menambahkan lagi tahap kelazatan dan khasiat coklat
hershey tersebut.

Kesan daripada memasukan lemak khinzir atau gelatin bukan halal ke
dalam coklat hershey , ia akan memberi kesan buruk kepada pengguna
yang memakannya . Ia kemungkinan akan memberi kesan kepada akal
fikiran yang mempengaruhi tahap keimanan seseorang muslim itu menjadi
lemah. Justeru itu juga, ia akan menjejaskan kesihatan dengan tumbuhnya
ulat ulat di dalam perut yang berpunca dari bahan yang tidak halal seperti

lemak khinzir.

ITQAN Bahan yang halal

Bermaksud melakukan sesuatu dengan ketelitian. Seperti mana dimasukkan ketika
semasa proses menghasilkan coklat , para saintis dan para pekerja
perlu lebih teliti dan peka terhadap setiap bahan-bahan yang proses coklat hershey
hendak dimasukkan ke dalam coklat ketika hendak menghasilkan
coklat. Hal ini disebabkan untuk elakkan daripada bahan tercemar mengandungi Coklat
atau tidak halal tercampur dengan bahan yang halal ketika proses
penghasilan coklat hershey. Susu, Gula, Susu,

Hal ini kerana untuk memastikan isi kandungan di dalam coklat mempunyai Coklat, Mentega Kakao,
khasiat dan kebaikan yang berkualiti dan dapat menjamin kesihatan
pengguna yang memakannya. Selain itu , dengan ketlitian , mereka dapat Lemak Susu, Lecithin,
menjaga produk coklat hershey dari segi kualiti halal. Malahan pula dapat
menghasilkan coklat yang halal untuk orang islam hasil daripada ketelitian Perisa, Badam, Minyak
para saintis dan para pekerja.
Bunga Matahari.

Justeru itu , dengan sifat ketelitian yang dipraktikkan oleh
Syarikat Hershey ketika proses penghasilan coklat tersebut ,
maka pembeli dapat menikmati coklat yang berkualiti dan halal

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. VARIASI COKLAT

Menambahkan lagi variasi coklat seperti membuat susu
kotak coklat , biskut coklat , sirap coklat (dijadikan sebagai
hiasan kek atau ais krim) dan banyak lagi. Selain daripada

dapat meneruskan kemajuan syarikat Hershey, ia juga
dapat menambah pelbagai variasi makanan halal di
Malaysia.

2. KOMBINASI MAKANAN SUNNAH

Menambahkan makanan sunnah seperti madu , kismis , kurma
dan makanan sunnah lain yang bersesuaian ke dalam bahan
pembuatan coklat supaya menjadi suatu kombinasi yang berbeza.
Di samping dapat menyumbang di dalam kesihatan tubuh badan,
kita juga dapat mengikut sunnah nabi muhammad S.A.W sejurus

mengikuti sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

3. HARGA MAMPU MILIK

Membuat coklat berdasarkan harga yang mampu
milik supaya boleh dinikmati oleh semua
golongan termasuk golongan bawahan.

KESIMPULAN Secara keseluruhannya kita dapat kaitkan bahawa coklat sememangnya
mempunyai banyak khasiat yang tersendiri yang dihasilkan oleh manusia.
Hal tersebut dapat membuktikan bahawa Allah SWT Maha berkuasa yang

telah mencipta pelbagai jenis makhluk seperti unsur-unsur semula jadi
yang menjadi bahan-bahan dalam coklat. Oleh sebab itu ia dapat

melengkapkan coklat yang mempunyai khasiat yang berguna kepada
umat Islam. Justeru itu , kita perlulah mengambil hidangan coklat secara
sederhana untuk mengelakkan daripada sebarang penyakit yang boleh

menjejaskan kesihatan.

Seterusnya ialah coklat Hershey juga merupakan makanan yang
halal. Halal adalah sesuatu yang dibenarkan oleh syariat dalam

islam untuk dihidangkan kepada umatnya kecuali ada
larangan dari Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Agama
Islam menggalakkan umatnya untuk makan makanan yang halal
dan berkhasiat. Makanan halal membawa maksud kepada

makanan yang diperoleh dari usaha yang diredhai Allah.

Akhir sekali , kita sebagai umat Islam haruslah taat kepada
perintah Allah dan mengikuti sunnah Rasullullah serta

meninggalkan perkara yang dilarang didalam agama untuk
menjadi insan yang berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak.

RUJUKAN

Tafsiran ayat (Tarikh mengakses 10 jun 2021)
https://www.uito.org/2019/11/24/tafsir-surah-al-baqarah-tafsir-ayat-ke-168-hingga-ke-170/s
Tafsir al-Muyassar (Tarikh mengakses 12 jun 2021)
https://tafsirweb.com/650-quran-surat-al-baqarah-ayat-168.html
latar belakang (Tarikh mengakses 10 jun 2021)
https://ms.jodoinstitute.com/1447-hershey-company
( PENDAHULUAN ) ( KELEBIHAN ) ( JENIS COKLAT ) (Tarikh mengakses 8 jun 2021)
https://www.facebook.com/sistersshopbyema/posts/tajuk-definisi-coklat-dan-jenis-jenis-coklat-utama-
yang-berkhasiat-pengenalan-co/126949812125939/
https://sinarplus.sinarharian.com.my/lifestyle/10-kebaikan-coklat-yang-pasti-ramai-tak-sangka-tapi-agak-
menakutkan-bila/


Click to View FlipBook Version