The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by natrahyaacob, 2021-09-15 00:39:49

TEKNOLOGI PERKAPALAN CRUISE DKA2A

TEKNOLOGI PERKAPALAN CRUISE DKA2A

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
DALAM ISLAM ( MPU23052 )

(JABATAN KEJURUTERAAN AWAM)

NAMA PENSyARAh: PN SERI KARTINI BINTI JURAMI

TEKNOLOGI PERKAPALAN “CRUAIMSE” (KAPAL PELANCONGAN)

(DKA 2B) KUMPULAN 3 :

1. NUR SHAYMA NUHA BINTI SHAIFUDIN (01DKA20F1048)
2. SITI AFRINA’AYU BINTI ARMAN
3. NUR AMIRAH HASNAH BINTI ZAKARIA (01DKA20F1050)

(01DKA20F1030)
4. NUR AIMI SHAFIQQA BINTI MOHD.SAFWAN (01DKA20F1027)

AHLI KUMPULAN…..

NUR AIMI ShAFIQQA

01DKA20F1027

NUR AMIRAh hASNAh

01DKA20F1030

SITI AFRINA’AyU

01DKA20F1050

NUR ShAyMA NUhA

01DKA20F1048

PEMBAHAGIAN
01 TUGA0S3ANNUR AIMI SHAFIQQA
-huraian ayat al-quran NUR AMIRAH HASNAH

-teknologi kapal cruise & latar belakang - pengenalan & kesimpulan
-prinsip etika (itqan) -prinsip etika (mesyuarat dan muafakat)
-cadangan 2 penambahbaikan -cadangan 2 penambahbaikan
-mencari bahan sokongan dan rujukan -mencari bahan sokongan dan rujukan
02 NUR SHAYMA NUHA 04 SITI AFRINA’AYU
-mengagihkan tugas -prinsip maqasid syariah
-prinsip maqasid syariah -cadangan 1 penambahbaikan
-cadangan 1 penambahbaikan -mencari bahan sokongan dan rujukan
-mencari bahan sokongan dan rujukan -mengedit slide
-mengedit slide

I

S 2.DALIL 3.LATAR
I BELAKANG
5.PRINSIP TEKNOLOGI
1.PENGENALAN ETIKA
4.PRINSIP
K MAQASID
A
N
D

U 6.KESIMPULAN
& RUJUKAN
N
G

A
N

PENGENALAN

Kapal merupakan kenderaan pengangkutan air yang tertua di dunia.Seperti yang kita sedia
maklum kapal pesiaran ini merupakan sebuah kapal khusus untuk membawa penumpang
belayar bagi menikmati keindahan kebesaran ciptaan Allah SWT.Kapal pesiaran ini juga
terbukti telah memberi banyak manfaat yang cukup besar kepada manusia.
Dalam tugasan ini kami akan membincangkan mengenai dalil serta huraian ayat al-quran yang
berkaitan dengan teknologi “cruise”. Bukan itu sahaja, kami juga akan menerangkan latar
belakang teknologi ini serta prinsip maqasid syariah dan etika prinsip islam. Sama ada teknologi
ini menepati kedua prinsip ini mahupun tidak, kami akan memberikan hujah serta huraian
berkaitannya. Kami juga akan memberi idea dan cadangan penambahbaikan bagi teknologi
kapal “cruise” ini.
Perkembangan teknologi dewasa ini memberi implikasi kepada sektor pembuatan kapal seluruh
dunia. Pelbagai reka bentuk, saiz dan struktur baru telah dicipta supaya dapat memberi manfaat
kepada manusia.

DALIL AL-QURAN

—SURAH AL-ISRAK’ :70—

“DAN SESUNGGUHNYA KAMI MEMULIAKAN ANAK-ANAK ADAM,

DAN KAMI BERI MEREKA MENGGUNAKAN KENDERAAN DI DARAT
DAN DI LAUT, DAN KAMI BERIKAN REZEKI KEPADA MEREKA
DARIPADA YANG BAIK-BAIK SERTA KAMI LEBIHKAN MEREKA

”ATAS KEBANYAKAN MAKHLUK YANG KAMI CIPTAKAN.

hURAIAN AyAT AL-QURAN

1) Allah s.w.t. telah menciptakan manusia dalam 2) Selain itu, Allah s.w.t. juga telah
bentuk fizikal yang paling baik, seimbang dan memberi kemudahan kepada
sempurna di antara makhluk lainnya. Mereka manusia untuk menggunakan
diberikan ilmu, penglihatan, pendengaran, pelbagai kenderaan pengangkutan
pembicaraan dana hati.Dengan adanya nikmat di darat dan di laut, bahkan di
yang sempurna itu, manusia dapat memahami, udara.
mendapat banyak manfaat, membezakan di
antara segala sesuatu, mengenal kegunaan,
manfaat dan bahayanya bagi urusan agama dan
duniawinya.

3) Allah s.w.t. juga telah mengutamakan dan menyempurnakan manusia melebihi
semua makhluk lain yang telah Allah ciptakan, termasuklah para malaikat. Dia
telah berikan dunia kepada manusia.Maka dengan itu,kita sebagai sepatutnya
manusia menggunakan nikmat-nikmat itu untuk bersyukur kepada Tuhan yang
telah memuliakan dan lebihkan kita di atas makhluk-makhlukNya dengan sibuk
beribadah kepada Tuhan mereka.

TEKNOLOGI

PERKAPALAN ▪ Kapal persiaran mewah ini dibina umpama
MEWAh “CRUISE” sebuah hotel mewah yang terapung. Kapal
persiaran mewah biasanya mempunyai lebih
ramai krew dan kakitangan daripada
penumpang. Hal ini bagi menjamin
▪ Kapal persiaran atau dalam bahasa keselamatan penumpang
inggris digelar “Cruise Ship” atau yang menaikinya.
“Cruise Liner” merupakan sebuah
kapal persiaran mewah bagi
penumpang yang menaikinya untuk
menikmati perjalanan percutian di
atas laut sambil menikmati
keindahan di laut.

LATAR BELAKANG
TEKNOLOGI KAPAL CRUISE

SEJARAh PRASARANA

REKA BENTUK

SEJARAh KAPAL CRUISE.

Kapal persiaran telah diperkenalkan sejak 200 tahun yang lalu oleh
seorang ahli perniagaan iaitu Arthur Anderson yang berasal dari
Scotland. Beliau telah mengemukan idea mengenai pelayaran mewah
di atas laut yang dilengkapi pelbagai kemudahan sebagai penumpang.

Idea awalnya adalah merangkumi pelayaran dari Scotland ke Iceland
pada musim panas dan pelayaran yang lebih jauh ke Mediterranean
pada musim sejuk.

Pada tahun 1835, Arthur Anderson bersama Brodie Wilcox menjadi
pengasas sebuah syarikat bernama "Peninsular and Oriental Steam
Navigation Company" yang lebih dikenali dengan nama akronimnya
iaitu "P&O."

Kapal Titanic merupakan sebuah kapal
persiaran mewah yang dikenali ramai
kerana insiden tragik yang berlaku kepada
kapal tersebut.

Pada tahun 1911, syarikat White Star Line
membina tiga kapal baru, 40,000 tan dan
dinamakan “Olympic, Titanic dan
Britannic.”

Kapal Titanic berlayar dari Southampton
pada 10 April 1912 dengan 2228
penumpang dan anak kapal. Hanya 705
orang yang selamat dari pelayaran setelah
kapal itu menghantam “Iceberg” di
Atlantik Utara dan telah karam pada
tanggal 15 April .

PRASARANA DALAM KAPAL CRUISE

“Cruise Ship” menyediakan pelbagai prasarana untuk para penumpang malahan
terdapat tempat rekreasi dan hiburan dalam kapal ini. Kapal ini biasanya dilengkapi
dengan pelbagai fasiliti penginapan dan kelengkapannya bagaikan sebuah hotel yang
bertaraf 5 bintang kerana terdapat ruang bilik, restoran, cafe, bar, casino, kolam
renang dan sebagainya.Selain itu,kapal pesiar mempunyai laluan perjalanan yang
biasanya mengambil masa berhari, berminggu malahan ada yang berbulan. Hal ini
semua bergantung daripada pakej yang ditawarkan oleh syarikat kapal persiaran itu
sendiri kepada para penumpangnya. Di samping itu, kapal persiaran ini cenderung
dibina lebih besar berbanding kapal lain yang wujud pada masa kini. Kapal persiaran
mewah ini direka dengan bentuk yang besar,mewah serta elegan bagi menarik
perhatian para penumpangnya.

REKA BENTUK KAPAL CRUISE

● Reka bentuk kapal cruise biasanya bergantung kepada pereka bagi setiap
syarikat serta bergantung kepada modal yang dilaburkan. Secara am, reka
bentuk sebuah kapal cruise berdasarkan lakaran yang dibuat oleh arkitek yang
diupah bagi memenuhi kehendak serta citarasa pemiliknya. Seperti yang kita
tahu, kapal cruise dibina dengan reka bentuk yang mewah serta menarik dari
segi luaran mahupun dalam kapal tersebut. Pembinaan kapal cruise
mengambil masa 2 hingga 3 tahun untuk disiapkan sepenuhnya. Setiap kapal
cruise yang dibina mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan mereka yang
tersendiri yang dapat melambangkan syarikat mereka.

HARMONY OF THE SEAS STAR PRINCESS. DIAMOND PRINCESS.
ROYAL CARRIBEAN

PRINSIP MAQASID SyARIAh

ISI 1 ISI 2

MAQASID SyARIAh (MEMELIhARA hARTA)

Teknologi perkapalan persiaran mewah “cruise” ini merupakan salah satu teknologi perkapalan yang
mana menjadi salah satu teknologi yang berkait dalam sektor pelancongan. Seperti yang kita sedia tahu,
pelancong yang menaiki kapal “cruise” ini bukan sebarangan tetamu. Kebiasaanya mereka yang
berpangkat tinggi mahupun selebriti yang ingin menikmati percutian secara privasi tanpa diganggu oleh
para peminatnya. Bukan itu sahaja, kapal “cruise” juga sering dijadikan tempat perjumpaan atau
tempat persidangan bagi orang yang ternama. Oleh itu, pihak agensi “cruise” akan menyediakan
perkhidmatan yang sebaiknya lebih lagi terhadap keselamatan nyawa sendiri mahupun nyawa
penumpang. Sistem keselamatan dalam kapal “cruise” amatlah ketat bagi menjaga keselamatan harta
para penumpangnya. Sebagai contoh, para penumpang akan mendapat kunci bilik yang berbentuk kad.
Kad ini akan digunakan untuk memasuki bilik dan digunakan di dalam lif untuk menuju ke bilik, para
penumpang tidak perlu menghafal aras bilik mahupun nombor bilik.

Dengan adanya sistem begini ia dapat memelihara harta para penumpang dan mereka tidak perlu risau
untuk meninggalkan barangan berharga di dalam bilik. Para penumpang juga akan berasa lebih selesa
dan privasi mereka terjaga. Terdapat banyak sistem keselamatan yang sangat ketat dalam kapal “cruise”
dan ini merupakan salah satu sistem keselamatan dalam kapal “cruise” bagi memelihara harta para
penumpangnya.

MAQASID SyARIAh (MEMELIhARA NyAWA)

Dalam hal ini kepentingan dari sudut memelihara nyawa adalah salah satu aspek yang penting yang
diterapkan dalam agama islam sejak zaman nabi lagi kerana islam mementingkan perkara yang tidak
memudaratkan kesihatan bahkan nyawa . Dalam meniti kemodenan dunia yang berlandaskan
kemajuan teknologi yang canggih ini keselamatan amatlah dititikberatkan,lebih lebih lagi dala
teknologi kapal pesiaran ini.Seperti yang kita ketahui, "Pengembangan NAPA Emergency Computer”
telah diperkenalkan pada tahun 2015 yang mana menjadi teknologi pertama yang dapat memberikan
amaran banjir di ruang komando.Oleh itu, kapten dapat mengetahui di mana posisi terjadinya banjir
dengan lebih awal supaya dapat mengatasinya apabila pelayaran sedang berlayar.

Sebelum adanya teknologi ini,kita tidak ada cara yang canggih untuk mengatasi banjir jika berlaku
dalam tempoh masa kapal sedang belayar.Teknologi yang ada ini amatlah menjamin keamanan dan
keselamatan ketika berlayar.Jadi dengan adanya "Pengembangan NAPA Emergency Computer”
dapatlah penumpang berasa lebih selamat dan terjamin akan keselamatan mereka semasa kapal
sedang belayar.Oleh itu,selarilah dengan ajaran Islam yang mana Islam amatlah menitikberatkan
dalam perihal memelihara nyawa.

ISI 1

PRINSIP ETIKA
ISLAM

ISI 2

PRINSIP ETIKA 1 ( BERMESyUARAT & BERMUAFAKAT )

Jika kita dapat lihat kapal persiaran mewah yang menampung penumpang dan barang yang bergerak dari
satu tempat ke satu tempat lain untuk menuju ke destinasi yang ditetapkan,pastinya ia mempunyai
organisasi yang kuat dan ampuh. Organisasi yang kukuh terhasil dengan adanya sistem bermesyuarat. Dari
sini mereka akan berbincang serta mengeluarkan idea masing-masing untuk mencapai kata sepakat dan
mengekalkan momentum pelayaran sebuah kapal. Kita dapat nilai betapa hebatnya krew dalam mengekalkan
permuafakatan kerana untuk mewujudkan suasana pekerjaan dan pelayaran yang baik,seronok serta
kondusif.

Seterusnya,dengan bermesyuarat dan bermuafakat menjadikan penumpang kapal mempercayai servis yang
diberikan. Hal ini sekaligus dapat membuatkan para penumpang yang menaiki kapal pesiaran ini memberi
sepenuh kepercayaan tentang keselamatan mereka kepada organisasi kapal tersebut. Analoginya jika kita
tahu sebuah rumah kayu tersebut tidak terurus dan tidak dijaga dengan kerjasama adakah berani untuk kita
masuk dalam rumah yang sebegitu?dan jawapanya semestinya tidak kerana kita mencari organisasi yang
hebat dan boleh dipercayai sebelum kita memilih untuk menggunakan atau menaikinya.

Apabila terdapat kerosakan di dalam kapal pelayaran,pihak krew kapal akan duduk bermesyuarat untuk
mendapatkan solusi yang terbaik untuk mengendalikan permasalahan tersebut. Mesyuarat sangatlah penting
dan sangat diutamakan oleh krew kapal demi menjaga kualiti dan layanan terbaik yang diberikan kepada
penumpang. Seterusnya,ulasan daripada penumpang juga turut diambil kira dengan menyediakan kotak
cadangan. Organisasi kapal akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan cadangan yang dikemukakan
oleh penumpang bagi membuat penambahbaikan kapal dari segi layanan mahupun prasarana. Maka dengan
cara ini jugalah akan mengekalkan kepercayaan dan keselesaan serta perkhidmatan pada penumpang.

PRINSIP ETIKA 2 ( ITQAN )

Seperti yang kita sedia tahu, prinsip itqan diterapkan semasa proses pembuatan kapal cruise
ini. Hal ini kerana, untuk membina sebuah kapal cruise yang mewah memerlukan ketelitian
yang sangat tinggi malahan sebelum proses pembinaannya pun jurutera yang terlibat serta
pereka bentuk kapal perlu berbincang dan membuat lakaran dengan teliti.Jika mereka tidak
teliti semasa proses melakar dan mereka bahagian dalaman serta luaran kapal cruise ia akan
memberi kesan sampingan yang akan berlaku setelah kapal itu telah siap sepenuhnya seperti
kapal itu mungkin akan tenggelam atau mengalami kerosakan pada bahagian tertentu.Bukan
itu sahaja, ia juga akan membahayakan nyawa penumpang serta krew yang berada dalam
kapal "cruise" tersebut.

Kesan tidak mengendalikan kapal cruise dengan teliti bukan sahaja boleh mengancam nyawa
dan keselamatan penumpang dan crew malahan syarikat yang menguruskan kapal cruise juga
akan mengalami kerugian yang berjuta atau berbilion ringgit.

IDEA 1

CADANGAN
PENAMBAhBAIKAN

IDEA 2

CADANGAN 1

Dalam teknologi perkapalan ini, kita boleh menggunakan bahan api mesra
alam yang mana ianya dapat mengelakkan daripada pencemaran air laut.Kita
sendiri sedia maklum bahawa kapal pesiaran ini telah mendapat banyak
kritikan kerana ianya dianggap mencemari lautan apabila penumpang kapal
persiaran itu sendiri mempunyai sikap suka membuang sampah ke dalam
lautan.Kita juga tahu bahawa HFO masih merupakan bahan bakar utama
untuk kapal pelayaran.Orang ramai beranggapan bahawa sektor pelancongan
ini dikaitkan dengan imej yang bersih dan mesra. Sebaliknya, gas ekzos
dilepaskan kerana kandungan sulfur tinggi HFO yang boleh mengakibatkan
ekobalans jauh lebih teruk daripada pergerakan individu.

CADANGAN 2

Mewujudkan satu ruang pada dek bawah kapal. Ruang ini boleh diperbuat
daripada bahan seperti “acrylic plexiglass” iaitu sebuah bahan kaca yang
tebal yang kebiasaannya digunakan untuk membina tangki aquarium yang
besar. Kaca ini merupakan bahan yang tahan terhadap tekanan yang
tinggi dan ia juga tidak mudah pecah atau retak jadi bahan ini selamat
untuk digunakan untuk membina sebuah ruang pada dek bawah kapal.Hal
ini bagi memberi pengalaman yang luar biasa kepada penumpang untuk
melihat keindahan serta melihat dunia di dalam laut secara bersemuka.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, teknologi kapal pesiaran ini amatlah selari dengan maqasid syariah dan
etika islam yang telah dilampirkan.Hal ini demikian kerana dalam islam sendiri ada
mengatakan bahawa agama Islam ini menggalakkan umatnya keluar daripada kepompong
mastautin dan bermusafir ke lokasi lain bagi menyelami 'permata tersembunyi' di tempat orang
sambil menghayati kebesaran ciptaan Allah SWT.Sejajar dengan teknologi perkapalan persiaran
ini yang mana teknologi ini tidaklah bercanggah dengan konsep agama Islam. Seperti yang kita
sedia maklum, agama Islam sendiri menggalakkan pelayaran agar umat Islam dapat melihat
sendiri kebesaran kuasa Allah sekaligus dapat meningkatkan keimanan dan rasa perhambaan
kita sebagai umat Islam.

Selain itu, seperti yang kita ketahui tentang kisah nabi nuh yang mana Allah lantas
memerintahkan Nabi Nuh untuk membuat sebuah bahtera berupa kapal besar untuk
mengangkut orang orang yang beriman serta haiwan haiwan. Atas perintah itu Nabi Nuh
mengumpulkan pengikutnya dan bergotong-royong membuat bahtera dari kayu selama siang dan
malam dalam beberapa tahun. Namun kerja keras itu mendapat cemuhan dari orang-orang yang
tercela. 

Dan akhirnya Nabi nuh telah membuktikan dengan usahanya menyiapkan sebuah bahtera besar
dapat menyelamatkan penduduk dan makhluk lain dari bahtera besar yang telah Allah berikan
sebagai petunjuk kepada orang orang kafir.

Namun sejajar dengan apa yang telah
diperkatakan iaitu isu memelihara
keselamatan dan agama sangatlah
ditekankan dalam teknologi perkapalan
ini.Hal ini kerana bimbang umat Islam
pada harini mengambil mudah tentang isu
berkenaan.Jadi dengan adanya akal
fikiran yang baik, dapatlah umatnya
memikirkan tentang isu yang telah
dinyatakan kerana kita tahu islam telah
memberikan penghargaan yang tertinggi
terhadap akal supaya dapat berfikir dan
menggunakannya dengan baik.

RUJUKAN Unknown.(2018) Ship Building.
& (3 JUN 2021)
● https://www.cruisemapper.com/wiki/769-
SOKONGAN shipbuilding-companies

NUR AIMI ShAFIQQA ● Unknown. (4 September 2017) Sejarah Kapal
1027 Persiaran. (20 MEI 2021)
https://studipariwisata.com/kapal-
pesiar/sejarah-kapal-pesiar/amp/

● Alexey V.Parnyakov.( 14 mac 2015)
Innovation and design of cruise ships. (1 JUN
2021)
https://www.sciencedirect.com/science/article/
pii/S1229545015200162

● Unknown. (2015)Cruise Ship Facilities. (26
MEI 2021)
https://www.pndengineers.com/home/showdoc
ument?id=417

● Unknown.(2020) Kapal Persiaran. (28 MEI
2021)
https://ms.freejournal.org/319024/1/kapal-
persiaran.html

RUJUKAN ● Douglas Ward, (diterbit secara
& tahunan)Berlitz Ocean Cruising and Cruise
Ships ( 8 JUN2021)
NSUORKAOMNIGRAANh Kapal persiaran - Wikipedia Bahasa
Melayu, ensiklopedia bebas
hASNAh
1030 ● Erik Erfinanto.(23 Apr 2021) Kisah
Nabi Nuh yang Diperintahkan Allah
Membuat Bahtera.(19 MEI 2021)
https://m.liputan6.com/ramadan/read/
4539798/kisah-nabi-nuh-yang-
diperintahkan-allah-membuat-bahtera

● Arie Dwi Budiawati.(23 September
2018) Selamat Tinggal BBM, Kapal
Pesiar Cantik Ini Bertenaga Baterai.(3
JUN 2021)
https://www.dream.co.id/automotive/ke
ren-pesiar-konsep-ini-menggunakan-
tenaga-surya-1809212.html

● Hasliza Hassan.(6 Julai 2015)
Berdakwah menerusi Pelayaran
Islamik.(10 JUN2021)
https://www.google.com/amp/s/w
ww.bharian.com.my/amp/taxono
my/term/61/2015/07/66048/berda
kwah-menerusi-pelayaran-islamik

RUJUKAN ● Hadi Ghazali.(29 September 2021) Kapal
& Cruise Mewah. (23 MEI 2021)
https://www.melancong.com.my/kapal-
NSUORKSOhNAGyAMNA cruise-mewah-kapal-persiaran/

NUhA ● Kementerian Pengangkutan Malaysia.
1048 (2019) Dasar Pengangkutan Negara. (5
JUN 2021) https://www.pmo.gov.my/wp-
content/uploads/2019/10/Dasar-
Pengangkutan-Negara-2019_2030BM.pdf

● Unknown.Alat Keselamatan Kapal
Persiar.(21 Februari 2021)
https://www.kompas.com/edu/read/202
1/02/21/163713371/tim-nawasena-its-
juara-1-desain-alat-keselamatan-kapal-
pesiar?page=all

● Tiara Putri. Sistem Kerja Teknologi Kapal
Persiar. (13 oktober 2017)
https://travel.okezone.com/read/2017/10/13
/406/1795199/cegah-kebocoran-begini-
sistem-kerja-teknologi-kapal-pesiar

RUJUKAN ● Unknown.(27 November 2017) Kapal Persiar
& Syariah Berlabuh Di Aceh.(4 JUN 2021)
https://www.dw.com/id/kapal-pesiar-syariah-
SOKSOITNIGAN berlabuh-di-aceh/a-41543734

AFRINA’AyU ● Unknown.(25 Mei 2021)Tiga syarikat gergasi
1050 akan mulakan operasi kapal persiaran.(2 JUN
2021)
.https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/20
21/05/820438/tiga-syarikat-gergasi-akan-
mulakan-operasi-kapal-persiaran

● Unknown.(28 November 2017)Penumpang
Kapal Pesiar Syariah Singgahi Tanah Rencong.
https://www.jawapos.com/wisata-dan-
kuliner/travelling/28/11/2017/penumpang-
kapal-pesiar-syariah-singgahi-tanah-rencong-
amazing/

● Rio Apinino.Teknologi Canggih Kapal
Persiaran.(9 November 2014)
https://www.liputan6.com/tekno/read/2131102/
menguak-teknologi-canggih-di-kapal-pesiar-

SEKIAN TERIMA

KASIh!!!

-DARI KUMPULAN 3-


Click to View FlipBook Version