NAMA PELAJAR : ANNA FARHANA BT MUHAMAD ZAIDI (01DAD20F1033)
: NUR AISHAH FIRRAZALIA BT ISMAIL (01DAD20F1018)
: AYU NAZIRAH BT MOHD ROPI (01DAD20F1022)
KELAS : DAD2A
JABATAN : JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMOTIF)
BIL. Jadual Agihan Tugasan Kumpulan
1.
2. Pendahuluan
3.
Isi Kandungan 1
4. I. Dalil Naqli
II. Latar Belakang Teknologi
5. III. Teknologi/Industri
6.
Isi Kandungan 2
I. Maqasid Syariah
II. Etika Islam
III. Cadangan
Kesimpulan
Rujukan
AHLI TAJUK
Ayu Nazirah
v Muka depan
Aishah Firrazalia v Pendahuluan
Anna Farhana v Dalil naqli
v Etika islam
v Kesimpulan
v Gabungan kerja
v Isi kandungan
v Latar belakang teknologi
v Teknologi/industri
v Rujukan
v Jadual agihan tugasan
v Maqasid syariah
v Cadangan
PENDAHULUAN
§ Setiap hari kita dapat melihat pelbagai jenis kenderaan.
Ada kenderaan yang bergerak di atas permukaan air. Ada
pula yang dapat bergerak di udara dan ada yang bergerak
di darat. Kenderaan ini digerakkan oleh enjin yang direka
khas. Kenderaan amat penting dalam kehidupan manusia.
§ Sejak zaman duhulu lagi manusia menggunakan
kenderaan untuk tujuan pengangkutan. Ini termasuklah
mengangkut barang-barang dari satu tempat ke tempat
yang lain. Kenderaan yang digunakan bagi tujuan
pengangkutan ini termasuklah kenderaan darat seperti lori,
van, keretapi, motorsikal dan kereta. Kapal laut, feri, perahu
dan sebagainya adalah contoh pengangkutan air. Kapal
terbang dan helikopter pula adalah pengangkutan jenis
udara.
§ Kenderaan membolehkan kita pergi ke mana-mana
destinasi yang kita suka. Kita tidak perlu memikirkan cara
bagaimana untuk sampai ke satu-satu tempat. Kenderaan
yang ada membolehkan ianya membawa penumpang.
Contohnya, dengan hanya membayar sejumlah wang yang
tertentu, kita boleh pergi ke mana-mana destinasi yang
ingin ditujui.
DALIL NAQLI
• ۞ ًَََࣖل وْ مبِّلِمَن وّ ِتلَ ِلَ لالّْل وَ لرلْك لُ ِلَلٰ مٰوْ مروّ حَ وَلَ ِْ لوّْ كَ وََْل ولىلمِْْفَ وَ لَلْ ِىللْ ِى من وْ مفر حَلْوَ لُ لٰ وْ مر حَ وَ مََل لٰ ْل ِر وَن لَ مْ وَرلك لَْلَل و
“Dan sesungguhnya Kami memuliakan anak-anak Adam, dan Kami beri mereka menggunakan
kenderaan di darat dan di laut, dan Kami berikan rezeki kepada mereka daripada yang baik-baik
serta Kami lebihkan mereka atas kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan.”
v HURAIAN
Allah SWT telah menciptakan manusia dalam bentuk fizikal yang paling baik,
seimbang dan sempurna di antara makhluk lainnya. Mereka diberikan ilmu,
penglihatan, pendengaran, pembicaraan dan hati.Manusia dijadikan berjalan pada
dua kakinya dengan tegak dan makan dengan tangannya, sedangkan makhluk
lainnya ada yang berjalan dengan keempat kakinya dan makan dengan mulutnya.
HURAIAN:
v Selain itu , Allah SWT telah memberi
kemudahan kepada manusia untuk
menggunakan pelbagai kenderaan
pengangkutan di darat dan di laut, bahkan di
udara.
v Seterusnya, Allah SWT telah memberikan
kepada manusia pelbagai jenis makanan dari
hasil tanaman, buah-buahan, daging, susu dan
pelbagai jenis makanan lain yang lazat dan
bergizi. Dia juga telah memberikan kepada
manusia penampilan yang baik serta
pakaian-pakaian yang berbagai-bagai jenis
dan warna.
v Akhir sekali, Allah SWT telah mengutamakan
dan menyempurnakan manusia melebihi
semua makhluk lain yang telah Dia ciptakan,
termasuklah para malaikat. Dia telah berikan
dunia kepada manusia. Manusia dapat makan,
minum, berpakaian, berkahwin,
berkenderaan, tidur, berehat dan bersenang-
senang. Sedangkan para malaikat tidak
diberikan semua itu. Mereka hanya bertasbih
dengan memuji-Nya, tanpa makan, minum
dan bersenang-senang.
§ Kereta ialah kenderaan bertayar empat (biasanya)
yang mempunyai enjin. Pada masa dahulu ianya
dikenali sebagai kenderaan bermotor kerana 'motor'
merujuk kepada enjin. Kereta mempunyai tempat
duduk untuk pemandu dan sekurang-kurangnya satu
tempat duduk untuk penumpang dan selebih-
lebihnya 7 orang.
§ Kereta direka khas untuk bergerak di atas jalan raya
dan mengangkut penumpang daripada membawa
barangan, walaupun kadangkala kenderaan lasak.
§ Sesebuah kereta terdiri daripada beberapa jenis
sistem kenderaan untuk membolehkannya berfungsi.
Sistem-sistem yang terdapat pada kereta adalah
sistem bahan api, sistem ekzos, sistem pelinciran,
sistem nyalaan, sistem transmisi, sistem elektrik,
sistem penyejukan, sistem kemasukan udara serta
sistem kerangka dan suspensi.
TEKNOLOGI/INDUSTRI
KAMERA 360-DARJAH
Satu kaedah yang menggunakan kamera 360
darjah untuk membantu pemandu melihat
dengan jelas semasa mengundur atau
meletakkan kenderaan. Kini, banyak kereta
moden dilengkapi kamera pandang keliling
360̊bagi membantu pemandu memantau
keadaan sekeliling sebelum memarkir
kenderaan atau memasuki ruang sempit.
§ Sistem amaran pelanggaran dalam kenderaan akan mengesan
dan memberi amaran kepada pemandu untuk berwaspada
sebelum berlakunya sebarang perlanggaran. Menerusi
mkoemmbbinearisiakmaamraenramveidneerou, lsiidbaurndyainpreandgagr,esriastkeempaindiaapkeamn andu
supaya mereka boleh mengambil Langkah berjaga-jaga.
§ Sistem ini dapat mengelakkan perlanggaran kereta beroperasi
di bawah prinsip panduan bahawa walaupun perlanggaran
yang akan berlaku tidak dapat dielakkan, langkah pembetulan
Dyaennggabnetruisl idkaopkaetmmaelnangguarannyggkarennrdisaihk,oskeebmaraalnagngkaenroysaankganteruk.
kepada harta benda dan kecederaan atau kehilangan nyawa
juga dikurangkan.
§ Sistem amaran perlanggaran menggunakan pelbagai sensor
yang mampu mengesan penghalang yang tidak dapat
dielakkan di hadapan kenderaan yang bergerak. Bergantung
kamepaardana ksiespteamdatepretemnatun,djuikaatakuemmuednigaanmbboillebhembeernagpealutainrdkaankan
langsung dan pembetulan.
LAMPU PENYESUAIAN
§ Lampu penyesuaian diri secara automatik boleh
menyesuaikan sudut dan kecerahan lampu.
§ Lampu depan tradisional menerangi kawasan
tetap di hadapan kenderaan. Kebanyakan sistem
mempunyai dua tetapan, dan tetapan yang lebih
tinggi direka untuk meningkatkan jarak
penglihatan pada waktu malam.
Walaubagaimanapun, lampu tinggi boleh
membahayakan pemandu yang akan datang dari
arah yang bertentangan.
§ Sistem lampu kepala penyesuaian mampu
menyesuaikan kecerahan dan sudut lampu depan.
Sistem ini mampu membantu untuk menerangi
jalan berbukit, jalan bengkang-bengkok dan
mereka juga boleh menyesuaikan tahap
kecerahan secara automatik untuk mengelakkan
pemandu lain berada dalam keadaan bahaya
akibat lampu terlalu tinggi sehingga sukar untuk
melihat jalan raya.
§ Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) atau Anti-Lock Braking
System sudah sedia dijadikan ciri standard kereta
penumpang sedekad lalu. Faktanya, ABS sudah
diperkenalkan sejak lewat 1940-an dan pertama kali
digunakan untuk sistem brek kapal terbang sebelum
diadaptasikan model Britain, Jensen FF (1966-71).
§ Fungsi ABS sebenarnya sama seperti aksi menginjak pedal
brek berulang kali (seperti mengepam) untuk kereta tanpa
ABS. Ada sesetengah orang mendakwa dia mampu
membrek lebih baik daripada ABS. Malah lebih pantas
juga. Malangnya, orang itu silap besar kerana
keupayaan ABS mengepam tayar ialah 15 kali dalam
sesaat. Setakat ini tiada manusia yang mampu
melakukannya kecuali Flashman atau Superman.
§ Prinsip ABS ialah berasaskan pembrekan rentak (cadence
braking) yang dilakukan pelumba dahulu untuk
menghalang roda mereka terkunci. Caranya, mereka akan
mengepam pedal brek seperti apa yang anda faham
sebelum ini. Cara itu kemudian dibangunkan pada 1940-an
sebagai sistem mekanikal untuk kapal terbang sebelum
syarikat seperti Bosch dan Bendix melakukan
penambahbaikan sistem elektronik.
§ Teknologi hibrid memberi maksud kuasa satu kenderaan tersebut datang daripada lebih
daripada satu sumber iaitu gabungan sumber pembakaran enjin dalaman (sama ada petrol
atau diesel) dengan teknologi tenaga elektrik.
§ Sistem hibrid memerlukan bateri kapasiti tinggi yang dihasilkan dengan menggunakan Ion
Lithium ataupun Nikel Metal Hidrid, motor elektrik yang berfungsi sebagai pengecas untuk
mengecas bateri ketika brek ditekan atau menuruni bukit.
§ Kehadiran sistem kuasa elektrik bertujuan untuk mencapai sama ada ekonomi bahan api
yang lebih baik berbanding dengan kenderaan konvensional atau prestasi yang lebih baik
kerana di setiap produk ataupun rekacipta pasti ada kelebihan dan kekurangannya.
§ Ada pelbagai jenis HEV, dan tahap mereka berfungsi sebagai kenderaan elektrik juga
berbeza. Bentuk HEV yang paling lazim ialah kereta elektrik hybrid, walaupun trak elektrik
hybrid (pikap dan traktor) dan bas juga wujud.
§ Enjin yang dibekalkan pada sistem hibrid berperanan sama ada sebagai pembekal tenaga
utama atau sebagai pengecas untuk membekalkan tenaga elektrik pada keseluruhan
sistem.
§ Terdapat beberapa pengeluar turut menggabungkan teknologi turbo pada enjin hibrid
bagi meningkatkan kecekapan dan prestasi enjin seperti yang pernah dilakukan oleh
Puegot.
§ Sebagai contoh Nissan Serena S-Hybrid, ia menggunakan sistem hibrid mikro dan Toyota
Prius yang menggunakan stereng kuasa elektrik (electric power steering).
§ Definisi secara ringkas dalam bahasa melayu tentang maqasid syariah boleh
diterjemahkan sebagai objektif syariah atau matlamat syariah.
§ Pengertian secara umum maqasid syariah bererti segala tujuan disebalik
penciptaan syariat pada keseluruhannya dan disebalik setiap hukum di dalamnya
secara satu persatu .
§ Maqasid syariah juga mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam mengukur
dan mempertimbangkan sesuatu perkara demi menjamin keselamatan dan
menolak keburukan. Pertimbangan yang menjadi kayu pengukur ini semestinya
berlandaskan nilai-nilai Al-Quran dan Al-Sunnah yang menjadi asas bagi
memastikan ianya berada dalam kerangka syariat.
MAQASID 1 :
MEMELIHARA NYAWA
• Contohnya dengan menggunakan tali pinggang keledar. Hal ini dapat mengurangkan
kecederaan jika berlakunya kemalangan jalan raya di dalam Malaysia. Oleh yang demikian,
penggunaan tali pinggang keledar di dalam kenderaan akan mengurangkan peratusan
kematian yang tinggi disebabkan oleh kemalangan jalan raya, seperti yang ditunjukkan
oleh kebanyakan penyiasatan dan kajian yang dijalankan setakat ini. Kajian telah
menunjukkan bahawa tali pinggang adalah alat keselamatan yang paling berkesan untuk
mencegah sebarang risiko kematian yang disebabkan kemalangan lalu lintas. Penggunaan
tali pinggang keledar dari kecil dapat mendidik anak-anak untuk lebih terbiasa
menggunakan tali pinggang keledar jika menaiki kenderaan, misalnya ibu bapa mengajar
dan mendidik anak-anak mereka untuk sentiasa menggunakan tali pinggang keledar. Hal
ini dapat membantu dalam tumbesaran anak-anak supaya menjadi seorang yang
bertanggungjawab dan sentiasa memelihara nyawa sendiri mahupun orang lain.
• Selain itu, penggunaan lampu kecemasan dan hon yang ada di kereta. Seperti yang kita
semua telah maklum bahwa lampu kecemasan akan digunakan ketika seseorang yang
membawa kereta berada dalam kecemasan dan sebagainya. Sebagai contoh kereta yang
dipandu tiba-tiba sahaja tidak boleh bergerak dan sebagainya, maka lampu kecemasan
akan di nyalakan, begitu juga siren kecemasan yang ada pada kenderaan polis, bomba dan
ambulans. Perbuatan ini dilakukan untuk memberitahu pemandu lain bahawa mereka
dalam kesusahan ataupun memberi amaran bahawa kereta yang dipandu dalam keadaan
tidak baik, sama seperti kenderaan yang kita sedia maklum seperti kenderaan polis, bomba
dan ambulans bahawa mereka dalam keadaan kecemasan. Sekali gus dapat membantu
pemandu lain agar berhati-hati ketika memandu kenderaan dengan kadar yang perlahan
dan memberikan laluan jika siren kecemasan dihidupkan kerana terlihat lampu kecemasan
atau siren kecemasan dipasang. Begitu juga dengan hon, yang mana akan mengeluarkan
bunyi yang kuat ketika di tekan dan ini dapat menjadikan kita sebagai pengguna jalan raya
supaya lebih peka dengan keadaan sekeliling.
§ Akhir sekali penggunaan cermin sisi direka untuk
melihat ke belakang. Penggunaan cermin sisi, cermin
pandang belakang dan melihat titik buta (blind spot)
sebelum memotong. Ini kerana mungkin ada kenderaan
di belakang anda yang sedang memotong dalam
kelajuan tinggi. Berikan laluan kepada mereka dahulu.
Apabila selesai mereka memotong, barulah anda
meneruskan pemanduan di lorong kanan. Begitu juga
dengan penggunaan lampu signal, seperti sedia
maklum kegunaan lampu signal adalah untuk
menunjukkan kepada kenderaan yang berada
dibelakang mahupun depan arah mana kita hendak
membelok supaya kenderaan depan dan belakang
boleh bersedia dengan sebarang kemungkinan. Hal ini
dapat mengelakkan daripada kemalangan berlaku
akibat tidak bertolak ansur dan sebagainya. Jadi,
sebelum memotong, tukar lorong, atau apa-apa
tindakan sewaktu dengannya apabila anda berada di
atas jalan raya, jangan lupa untuk menggunakan cermin
sisi yang ada, manfaatkan cermin sisi dan lampu signal
yang ada kerana ia juga termasuk dalam cara
memelihara nyawa dan hargailah pencipta cermin sisi
dan juga lampu signal, sayang jika tidak
menggunakannya dengan sehabis baik, hargailah
nyawa kalian dan juga pengguna jalan raya. Sayangilah
nyawa, ingatlah yang tercinta.
MAQASID 2 :
MENJAGA HARTA
• Kereta merupakan salah satu aset yang penting bagi manusia. Hal ini kerana kereta dapat
memudahkan pergerakan seseorang untuk ke mana-mana lebih-lebih lagi pergerakan secara
beramai-ramai. Misalnya sesebuah keluarga ingin pulang bercuti ke kampung halaman. Ini dapat
memberi keselesaan kepada keluarga tersebut.
• Oleh itu, kereta bahkan apa-apa sahaja pengangkutan menjadi salah satu harta yang perlu dijaga
sehabis baik agar kualiti kereta dapat diguna pakai sehingga boleh diwarisi kepada generasi
akan datang.
• Oleh yang demikian, kita mestilah menjaga kenderaan dengan baik, contohnya menghantar
kenderaan ke pusat servis kereta, membersihkan kereta tidak kira di dalam kereta mahupun di
luar kereta perlu sentiasa dalam keaadan baik, cantik, dan bersih. Hal ini kerana, ia
melambangkan seseorang itu bahkan Islam amat mementingkan kebersihan. Selain itu, kita juga
mestilah memandu dengan berhati-hati agar tidak terlibat dalam kemalangan yang akan
mengakibatkan kerosakan kepadanya.
• Etika bermaksud tingkahlaku yang baik dan
hidup yang bahagia .
• Etika dan moral yang dianjurkan di dalam
ajaran Islam yang tercantum di dalam Al-
Quran dan Sunnah, dengan mengikuti contoh
dari teladan Nabi Muhammad ﷺ, yang di
dalam akidah Islamiyah dinyatakan sebagai
manusia yang paling sempurna akhlaknya.
• Satu pakej panduan mengurus sesuatu
perkara secara terbaik.
• Prinsip etika islam ialah, ikhlas dan niat yang
baik, bersifat ihsan, itqan (melakukan
sesuatu dengan penuh komitmen, kemahiran
yang tinggi dan iltizam), bermesyuarat dan
bermuafakat .akhir sekali, mengekalkan
keseimbangan dan kesederhan.
ETIKA 1 : • Ihsan bermaksud berbuat baik kepada manusia dan
BERSIFAT IHSAN. menghindari daripada melakukan perbuatan yang buruk dan
jahat. Menurut Imam Nawawi, ihsan akan mendorong seseorang
agar sentiasa ikhlas dalam beribadat dan mengerjakan ibadat
kerana Allah SWT semata-mata.
• Antara contoh bersifat ihsan adalah syarikat yang membuat
teknologi menanam sifat yang baik dan membuat kerja dengan
penuh integriti kerana rasa takut untuk membuat benda yang
tidak baik. Hal ini kerana mereka tahu adanya balasan terhadap
setiap kerja yang mereka lakukan seperti dosa kepada
perbuatan buruk dan pahala terhadap perbuatan yang baik.
• Selain itu, pihak syarikat juga menggunakan barangan yang
original dan bermutu tinggi untuk menghasilkan badan
kenderaan agar kenderaan yang dihasilkan dapat bertahan lebih
lama dan pengguna akan berpuas hati . Hal ini kerana jika
mereka menggunakan barangan tiruan, kenderaan yang
dihasilkan akan senang mengalami kerosakan dan pengguna
terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membaiki
kenderaan mereka.
• Di samping itu, kita sebagai pengguna yang bersifat ihsan
hendaklah memberhentikan kenderaan apabila melihat haiwan
sedang melintas jalan. Jika terasa terganggu dengan haiwan
tersebut yang mengambil masa yang lama untuk melintas jalan,
maka parkirkan kenderaaan anda ditepi jalan dan bantulah
mereka melintas. Jika ada ambulans mahupun anggota polis
atau bomba yang memandu dengan laju kerana ada kecemasan,
maka berilah laluan kepada mereka terlebih dahulu kerana
mungkin dengan sikap tidak bertanggungjawab kita orang lain
menjadi korban.
ETIKA 2:
IKHLAS DAN NIAT YANG BAIK.
§ Ikhlas dan niat yang baik amat penting dalam kehidupan kerana tanpa ikhlas dan niat yang
baik, semua kerja yang dilaksanakan akan kelihatan tidak teratur. Bukan itu sahaja, malah
hasil sesuatu kerja itu juga akan mendapat impak sehingga hak sebagai pengguna tidak
tercapai.
§ Contohnya, syarikat pembuatan teknologi yang mengeluarkan teknologi kereta bukan sahaja
mementingkan keuntungan semata-mata tetapi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.
Oleh itu, terdapat banyak keluaran kereta yang mampu milik kerana harga yang dikeluarkan
adalah berpatutan. Selain itu, bagi individu yang tidak mampu untuk membeli kereta keluaran
baharu, mereka boleh membeli kereta terpakai (secondhand).
• Begitu juga dengan pemilik atau pekerja di sesebuah kedai
bengkel dan sebagainya. Kita boleh mengambil contoh tentang
bengkel kereta. Sesetengah bengkel kereta mempunyai servis
yang bagus walaupun dikenakan caj yang tinggi tetapi sebagai
seorang pelanggan sudah pasti kita akan berpuas hati dengan
layanan dan hasil kereta sekiranya alat ganti yang diperoleh
adalah original dan bagus, kita dapat lihat bahawa pemilik
bengkel kereta ini ikhlas dalam membuat sesuatu demi memberi
kebaikan kepada penggunanya. Akan tetapi ada juga sesetengah
bengkel yang menggunakan alat ganti yang tidak original dan
tidak bagus. Dalam kes ini pemilik bengkel ataupun pekerjanya
telah menganiaya pelanggannya kerana sebagai pelanggan kita
amat berharap agar kereta yang dihantar ke bengkel akan baik
seperti sediakala dan bukanlah menjadi lebih teruk. Maka dalam
pekerjaan seperti ini kita perlulah ikhlas membuat kerja dan
bukanlah sambil lewa asalkan wang diperoleh.
§ Seterusnya terdapat banyak aplikasi pengangkutan yang
diciptakan untuk membantu kita bergerak ke mana-mana.
Contohnya aplikasi grab yang mana ianya berfungsi sama seperti
teksi tetapi cara untuk memesannya adalah dengan menggunakan
aplikasi. Kita dapat lihat pencipta aplikasi ini menciptakan aplikasi
ini dengan ikhlas dan niat yang baik kerana dia, mencipta satu
aplikasi yang amat membantu masyarakat pada masa kini untuk
bergerak ke mana-mana sahaja , hanya dengan bayaran yang agak
murah jika tempat yang ingin dituju adalah dekat , kerana bayaran
tambang grab bukan mengikut kilometer semata-mata tetapi
berdasarkan jarak dan masa juga. Grab juga merupakan satu
platform di mana anak-anak muda menggunakannya untuk ke
mana sahaja. Oleh itu, pemandu grab perlulah menanam sifat
ikhlas dan melakukan kerja dengan niat baik. Hal ini kerana,
sesetengah pemandu grab mengambil kesempatan terhadap
pelanggannya, sebagai contoh memanipulasikan hak orang lain,
dengan cara meminta bayaran yang tinggi dari yang asal dan
menukarkan meter kereta bagi mendapatkan harga yang tinggi.
Hal ini seringkali kita dengar terjadi pada pelanggan yang berusia
dan sebagainya. Maka pemandu grab, teksi dan sebagainya
perlulah berniat baik dan ikhlas dalam melakukan kerja.
§ Sebagai orang Islam kita mestilah ikhlas dan berniat baik apabila melakukan sesuatu
kerja. Jika seseorang individu ikhlas dalam melakukan kerjanya, maka, dia akan dapat
meningkatkan produktiviti, menjadi lebih cekap serta diredai Allah. Kita perlulah
mempunyai niat yang baik jika ingin melakukan sesuatu pekerjaan. Sekalipun ingin
menuju ke sesuatu destinasi kita perlulah mempunyai niat yang baik semoga
semuanya dipermudahkan dan mendapat pahala.
§ Umar al-Khattab RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:“Segala amal (tidak
berlaku) melainkan dengan adanya niat dan sesungguhnya setiap seorang hanya akan
beroleh balasan berdasarkan niatnya. Dengan asas itu, sesiapa berhijrah dengan
tujuan mencapai keredaan Allah dan Rasul-Nya; maka hijrahnya itu menyampaikannya
kepada (balasan baik) Allah dan Rasul-Nya; dan sesiapa berhijrah dengan tujuan
mendapat faedah dunia atau dengan tujuan hendak berkahwin dengan wanita, maka
hijrahnya itu hanya menyampaikannya kepada apa dituju sahaja.” (HR Bukhari dan
Muslim).
CADANGAN 1
• Menyediakan jaringan internet secara
percuma di sepanjang jalan raya. Hal ini
kerana dapat kita lihat apabila kita berada di
jalan raya seringkali tiada jaringan internet
dan menyebabkan kita sukar untuk
berkomunikasi dengan orang lain, lebih-lebih
lagi ketika dalam kesusahan, misalnya
berlaku kerosakan kepada kereta dan
sebagainya kerana sudah tentu kenderaan
atau pengguna jalan raya berkurang kerana
pandemik yang kita hadapai sekarang ini,
jadi jika ada jaringan internet secara
percuma atau keadaan jaringan lebih stabil,
pengguna jalan raya yang nengalami
kesusahan dapat menghubungi seseorang
untuk mendapatkan bantuan dengan mudah.
Jaringan internet secara percuma ini juga
dapat membantu para pelajar terutamanya
yang terpaksa pulang ke kampus masing-
masing tetapi terpaksa menghadiri kelas
secara dalam talian ketika dalam perjalanan
pulang ke kampus.
CADANGAN 2
• Menyediakan laluan jalan raya khas untuk
golongan Orang Kurang Upaya
(OKU).Kebiasaannya kita lihat pihak berkuasa
hanya menyediakan tempat letak kereta untuk
golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Akan
tetapi sesetengah golongan ini dapat memandu
kenderaan sendiri. Jadi dengan adanya laluan
khas untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU),
maka golongan ini tidak akan mengganggu
perjalanan pemandu normal kerana ada kalanya
golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang
mungkin akan memandu dengan lebih perlahan.
Hal ini mungkin akan mengganggu masa
perjalanan kenderaan lain yang ingin ke destinasi
dengan cepat dan dapat memudahkan pengguna
jalan raya bagi golongan Orang Kurang Upaya
(OKU).
KESIMPULAN § Jadi jelaslah bahawa kenderaan adalah ejen
pengangkutan yang amat penting. Kenderaan seperti
kereta ini juga bukanlah suatu pengangkutan yang
asing lagi bagi semua masyarakat tidak kira di mana
jua mereka berada. Pengangkutan seperti ini juga
majoriti masyarakat kita memlikinya tidak kira jenama,
jenis kereta mahupun bukan kereta, pasti akan ada
satu pengangkutan yang dimiliki, semua masyarakat
pada masa kini dalam negara dan juga luar negara.
Hal ini, dengan adanya kenderaan semua kerja dapat
dilakukan dengan mudah,cekap dan cepat.
Walaubagaimanapun, setiap individu yang memandu
mestilah mengutamakan keselamatan terlebih dahulu
kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.
Selain itu, pemandu juga perlu mematuhi undang-
undang jalan raya yang telah ditetapkan oleh pihak
berkuasa agar sistem pengangkutan jalan raya dapat
berjalan dengan lancar tanpa ada kekangan dari segi
lalu lintas dan sebagainya.
RUJUKAN
v Dalil Naqli (18/5/2021) vSistem Pencegah Brek Terkunci
ü https://www.tokopedia.com/s/quran/al-isra/ayat-70 ühttps://sunztint.com/blog/sistem-brek-anti-kunci-abs/
ü https://www.surah.my/17 ühttp://pustakakasihsayang.blogspot.com/2020/11/sistem-brek-anti-
v Latar Belakang Teknologi (18/5/2021) kunci-abs.html
ü https://ms.wikipedia.org/wiki/Kereta
vKenderaan Elektrik Hibrid
ü https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=teknologi ühttps://ms.wikipedia.org/wiki/Kenderaan_hibrid
ühttps://www.mekanika.com.my/bicara-teknikal-kenali-teknologi-
v Teknologi Industri (2/6/2021) hibrid/
v Kamera 360 darjah/Sistem Amaran Pelanggaran ühttps://sawanila.com/v10/2012/04/apa-itu-kenderaan-hybrid/
ü https://www.prihatinspanco.com.my/2020/10/08/2166/ ühttps://pandulaju.com.my/tahukahanda-tentang-kereta-hibrid-yang-
ü https://pandulaju.com.my/tahukahanda-6-teknologi- perlu-anda-tahu/
keselamatan-kenderaan-paling-top-masa-kini/ vMaqasid Syariah (4/6/2021)
v Sistem Lampu Penyesuaian ühttps://www.mais.gov.my/maqasid-syariah/
ü https://ms.howeverythingwork.com/3357647-self-leveling- ühttp://prinsippengurusanislam.blogspot.com/2016/09/prinsip-
maqasid-syariah.html
systems-and-future-headlight-technology ühttps://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3541-bayan-linnas-siri-
ü https://ms.man-trailer.com/4129229-car-headlight-adjustment ke-189-maqasid-syariah-dalam-perubatan
ü https://smahealthinfo.com/afs-chto-jeto.html
vEtika Islam (4/6/2021)
ühttps://quizlet.com/264869630/prinsip-syariah-dan-etika-islam-flash-
cards
ühttps://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/09/606430/peliha
ra-niat-dan-ikhlas-elak-amalan-rosak