TEKNOLOGI PENDERMAAN ORGAN
SAINS,TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
(MPU 23052)
NAMA PENSYARAH: EN.MOHD SHUKRI BIN MOHD ISA
NAMA AHLI KUMPULAN:
1. AIDA AFIQAH BINTI MOHAMAD ZA’IM (01DSB20F1003)
2. HUSNA BINTI AMIRUDDIN (01DSB20F1011)
3. NUR FATIHAH BINTI MOHAMAD JAMALUDDIN (01DSB20F1007)
KELAS: DSB 2A
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat
ilahi kerana dengan izin kurnia-NYA dapat kami, ahli kumpulan 1 DSB2A
menyempurnakan tugasan bagi kod subjek (MPU 23052) Sains,Teknologi dan
Kejuruteraan Islam.
Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk
menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Mohd Shukri bin Mohd Isa
,selaku pensyarah kami kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau
kepada kami untuk melunaskan tugasan yang diberikan.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala
bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan
dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan
baik.
Sekian, terima kasih.
4
JADUAL AGIHAN TUGASAN KUMPULAN
NAMA TUGASAN
AIDA AFIQAH BINTI MOHAMAD ZA’IM - MENYEDIAKAN KERTAS KERJA
(01DSB20F1003) - MAQASID SYARIAH
- HADITH
NUR FATIHAH BINTI MOHD JAMALUDDIN - PENDAHULUAN
(01DSB20F1007) - -PENGHARGAAN
HUSNA BINTI AMIRUDDIN -ETIKA ISLAM
(01DSB20F1011) -TAFSIR AL QURAN SURAH AL-MUMTAHANAH
-LATAR BELAKANG TEKNOLOGI
-HUKUM PENDERMAAN ORGAN
-PENAMBAHBAIKAN TEKNOLOGI BERDASARKAN IDEA
BARU
-TAFSIR SURAH AL-MAIDAH
-CADANGAN 1 DAN 2
3
ISI KANDUNGAN
- PENGHARGAAN 2
-JADUAL AGIHAN TUGASAN 3
-PENDAHULUAN 5&6
-TAFSIR HADIS DAN AL-QURAN 7-12
-LATAR BELAKANG TEKNOLOGI 13-18
-MAQASID SYARIAH 1 19
-MAQASID SYARIAH 2 20
-ETIKA ISLAM 1 21
-ETIKA ISLAM 2 22
-CADANGAN TEKNOLOGI 23-24
-KESIMPULAN 25
-SUMBER RUJUKAN 26
2
PENDAHULUAN
Pendermaan organ adalah proses memindahkan organ dan tisu daripada penderma
yang masih hidup atau telah meninggal dunia kepada pesakit yang mengalami
kegagalan organ tahap akhir. Pemindahan organ (transplan) merupakan kaedah
rawatan yang terbukti berkesan dan dapat menyelamatkan nyawa. Pemindahan
organ tidak akan berlaku sekiranya tiada penderma.
Di malaysia, hanya penderma yang meninggal dunia secara mati otak sahaja yang
boleh mendermakan organ dan tisu. Manakala penderma yang meninggal dunia
secara biasa (jantung terhenti) hanya boleh mendermakan tisu.
Proses perolehan organ melibatkan pembedahan yang dijalankan oleh pasukan
pakar bedah secara steril (sucihama). Proses ini tidak akan menyebabkan sebarang
kecacatan kepada tubuh badan penderma. Selepas pendermaan dijalankan, luka
pembedahan akan dijahit dengan sempurna.
Pendermaan organ dan tisu boleh dijalankan di kebanyakan hospital kerajaan dan
swasta. Bagi individu yang meninggal di rumah, hanya pendermaan mata boleh
dijalankan.
5
Hukum Pemindahan Organ
Dalam konteks islam, hukum mengenai pemindahan dan pendermaan organ tidak
Dibincangkan secara khusus dalam sumber utama hukum iaitu al-quran dan al-
Sunnah. Ini kerana pemindahan dan pendermaan organ merupakan perkembangan
Perubatan yang bermula pada abad ke-20. Walaupun demikian, para ulama islam
Sudah membincangkan perkara ini semenjak tahun 1950-an lagi. Di malaysia, isu
Pemindahan organ mula dibincangkan pada tahun 1960-an apabila mufti negeri
Perlis mengeluarkan fatwa berhubung isu ini pada tahun 1965.
Pandangan-pandangan yang dikeluarkan oleh ulama islam berkaitan pemindahan
Organ bersifat ijtihadi iaitu ijtihad yang dilakukan berdasarkan pendekatan-pendekatan
Fikah. Fatwa yang bersifat ijtihadi, seperti yang diterangkan oleh dr. Yusuf al-qaradawi,
Ulama kontemporari dari mesir, ialah fatwa yang “masih boleh diperbincangkan,
Seperti juga ijtihad manusia yang lain, tambahan pula ia bersangkutan dengan hukum
Masalah baharu yang tidak tercatat pendapat ulama-ulama terdahulu.
Secara asasnya, hukum pemindahan dan pendermaan organ ialah harus.
Ini kerana,Pemindahan dan pendermaan organ memenuhi tuntutan memelihara nyawa manusia
Yang merupakan salah satu daripada maqasid al-syar‘iyyah (objektif syariah).
6
TAFSIR HADITH
Tidak ada istilah “putus asa” dalam Islam. Sebagai makhluk yang
diamanahkan olehAllah SWT untuk mengimarahkan muka bumi, manusia
seharusnya memanfaatkan akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah SWT bagi
menyelesaikan sebarang masalah dan cabaran yang dihadapi.
Ini termasuklah soal merawat penyakit. Dengan perkembangan pesat dalam
bidang perubatan moden, pelbagai kaedah rawatan penyakit telah ditemui dan
diperkenalkan.Salah satu kaedah rawatan ini ialah rawatan pemindahan organ yang
terbukti berjayamerawat pesakit-pesakit yang menghidap masalah kegagalan organ
peringkat akhir.
7
Terjemahan:
Daripada Usamah ibn Syarik, beliau berkata, sekumpulan orang Badawi berkata,
“Ya Rasulullah, bolehkah kami mendapatkan rawatan?” Baginda menjawab, “Ya
boleh, wahai hamba-hamba Allah, dapatkanlah rawatan kerana sesungguhnya Allah
tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan (Dia) menentukan pula untuknya
penyembuhan atau ubat kecuali satu penyakit.” Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah,
apakah penyakit itu?” Baginda bersabda, “Penyakit tua.”1
Organ atau anggota badan tertentu boleh dipindahkan daripada seorang manusia
kepada seorang manusia bagi tujuan menggantikan organ penerima yang gagal
berfungsi. Organ-organ dan tisu-tisu yang boleh dipindahkan termasuklah jantung,
injap jantung, hati, buah pinggang (ginjal), paru-paru, kornea mata, tulang dan kulit.
Pemindahan organ boleh dilakukan daripada penderma yang masih hidup atau
penderma yang sudah meninggal dunia. Organ-organ yang boleh diambil daripada
penderma yang masih hidup ialah salah satu dari dua buah pinggang dan sebahagian
hati. Penderma yang sudah meninggal dunia pula boleh mendermakan semua organ
dan tisu yang sesuai bagi tujuan pemindahan.
8
HURAIAN TAFSIR AL-QURAN
Pendermaan organ juga melahirkan individu dan
masyarakat yang mempunyai rasa tanggungjawab
untuk membantu satu sama lain tanpa mengira latar
belakang agama, bangsa, pangkat dan harta. Islam
sememangnya amat menggalakkan sifat taawun
atau bantu-membantu seperti dalam ayat al-Quran
berikut
9
Surat al-Maidah ayat 2 juga menegaskan bahawa sikap saling tolong menolong
merupakan asas dalam membangun keharmonian hubungan antara entiti
masyarakat.Oleh itu, tolong menolong mencerminkan segala perilaku yang memberi
manfaat pada orang lain. Yakni, saling membantu untuk meringankan beban orang
lain dengan melakukan suatu tindakan nyata.
Tolong menolong dalam kebaikan dapat mewujudkan terciptanya kedamaian bagi
umat manusia. Sikap hidup saling tolong menolong merupakan kunci hidup tenteram
di manapun kita berada. Oleh sebab itu, Islam sangat menganjurkan pembiasan
berperilaku ringan tangan sejak kecil.
Islam mengajarkan bahawa kemarahan dan kebencian itu mutlak hak diri setiap
manusia, namun ajaran tersebut memberi kewajiban agar dengan adanya kemarahan
dan kebencian tersebut tidak memicu perbuatan menganiaya ataupun menindas
yang lainnya.
10
HURAIAN TAFSIR AL-QURAN
Dalam konteks Malaysia, penderma tidak boleh
menetapkan siapa yang boleh atau tidak boleh
menerima organ yang didermakannya. Sebaliknya
organ akan dipindahkan kepada orang yang paling
sesuai menerima organ tersebut yang mempunyai
tahap kejayaan pemindahan yang paling baik.
Dalam konteks Malaysia juga, orang bukan Islam
dikategorikan sebagai kafir dzimmi iaitu mereka
yang memberikan taat setia kepada negara dan
mereka wajib dilindungi, dibantu dan diselamatkan
apabila berada dalam kesusahan atau kesakitan.
Ini termasuklah menyelamatkan nyawa menerusi
pemindahan organ. Jadi dalam konteks negara
Malaysia, tidak timbul isu boleh atau tidak boleh
menderma kepada orang bukan Islam kerana
mereka wajib dibantu apabila berada dalam
kesusahan.
11
Seandainya dalam sejarah Islam, terutama pada masa Rasulullah ﷺdan masa para sahabat, terdapat
tindakan kekerasan yang dilakukan oleh kaum Muslimin kepada orang-orang musyrik, maka tindakan
itu semata-mata dilakukan untuk membela diri dari kezaliman dan siksaan yang dilakukan oleh pihak
musyrik.
Ayat ini memberikan ketentuan umum dan prinsip agama Islam dalam menjalin hubungan dengan
orang-orang yang bukan Islam dalam satu negara.
Kaum Muslimin diwajibkan bersikap baik dan bergaul dengan orang-orang kafir, selama mereka
bersikap dan ingin bergaul baik, terutama dengan kaum Muslimin.
Jadi ada satu prinsip yang perlu diingat dalam hubungan orang-orang Islam dengan orang-orang kafir,
yaitu boleh mengadakan hubungan baik, selama pihak yang bukan Islam melakukan yang demikian
pula.
Hal ini hanya dapat dibuktikan dalam sikap dan perbuatan kedua belah pihak.
12
LATAR BELAKANG TEKNOLOGI BERKAITAN AL-QURAN DAN
HADIS
Pemindahan organ atau transplantasi organ ialah sejenis prosedur perubatan di
mana organ dikeluarkan daripada satu tubuh dan diletakkan ke dalam tubuh penerima
untuk menggantikan organ yang rosak atau hilang. Penderma dan penerima mungkin
berada di lokasi yang sama, atau organ-organ barangkali diangkut dari tempat
pendermaan ke lokasi lain. Organ-organ atau tisu yang dipindahkan dalam tubuh
badan yang sama dipanggil "autocantuman" atau "autograf" (daripada autograft).
Pemindahan yang dilakukan antara dua individu daripada spesies yang sama dipanggil
"alocantuman" atau "alograf". Alocantuman ini boleh diperolehi daripada sumber yang
masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Organ-organ yang telah berjaya dipindahkan termasuk jantung, buah pinggang,
hati, paru-paru, pankreas, usus, dan timus. Beberapa organ tertentu seperti otak tidak
boleh dipindahkan. Tisu termasuk tulang, tendon (kedua-duanya disebut sebagai
cantuman otot tulang atau musculoskeletal graft), kornea, kulit, injap jantung, saraf
dan urat. Buah pinggang adalah organ yang paling biasa dipindahkan dalam
pembedahan di seluruh dunia, diikuti oleh hati dan kemudian jantung. Cantuman
kornea dan otot tulang adalah tisu yang paling biasa dipindahkan melebihi prosedur
transplantasi organ lain sebanyak lebih dari sepuluh kali.
13
Organ diperolehi daripada penderma sama ada individu yang masih
hidup, mati otak, atau mati melalui penghentian peredaran darah. Tisu
mungkin diperolehi daripada penderma yang mati peredaran darah, serta
kematian otak –sehingga 24 jam selepas terhentinya degupan jantung. Tidak
seperti organ-organ, kebanyakan tisu (kecuali kornea) boleh diawet dan
disimpan sehingga lima tahun lamanya. Proses pemindahan ini telah
menimbulkan beberapa isu bioetika termasuk pentakrifan kematian, bilakah
dan bagaimana persetujuan harus diberikan untuk organ penderma sebelum
ia dipindahkan, dan pembayaran untuk organ-organ bakal dipindahkan.Isu-
isu etika lain termasuk pelancongan berasaskan pemindahan organ serta
juga konteks sosioekonomi di mana pemindahan sebegini boleh berlaku
dalam skop yang lebih meluas, terutamanya isu penyeludupan .
14
• BERDASARKAN JENIS ORGAN(FOREIGNNESS)
• PEMINDAHAN ORGAN ADALAH PROSES MEMINDAHKAN ORGAN DAN TISU
AUTOGRAFT ISOGRAFT ALLOGRAFT XENOGRAFT
BERMAKSUD PEMINDAHAN JUGA DIKENALI SEBAGAI PEMINDAHAN INI DILAKUKAN XENOGRAFT JUGA DIKENALI
ORGAN DARI SUTU KAWASAN KE SYNGRAFT.ISOGRAFT BERMAKSUD ANTARA DUA INDIVIDU YANG SEBAGAI
MEMPUNYAI GENETIK YANG
KAWASAN YANG LAIN BAGI PEMNINDAHAN ANTARA HETEROGRAFT.PEMINDAHAN INI
INDIVIDU YANG SAMA SEPERTI DUAINDIVIDU YANG MEMPUNYAI BERBEZA (ALLORGENIC) DILAKUKAN ANTARA PENDERMA
MEMINDAHKAN KULIT YANG DAN PENERIMA DARIPADA SPESIS
NORMAL KE KAWASAN YANG GENETIC YANG DALAM KALANGAN SPESIS YANG
TERBAKAL.KAEDAH INI ADALAH SAMA.CONTOHNYA,KEMBAR SAMA.KAEDAH INI SERING YANG BERLAINAN.
YANG PALING SELAMAT KERANA SEIRAS.PEMINDAHAN JENIS INI
JUGA TIDAK MENGHASILKAN BERLAKU PENOLAKAN DARI REAKSI CONTOHNYA ,PEMINDAHAN
TIADA REAKSI IMMUNITI IMMUNITY(REJECTION) KERANA ORGAN HAIWAN SEPERI MONYET
REAKSI IMMUNITI MEMPUNYAI STRUKTUR GENETIK KEPADA MANUSIA.NAMUN TIADA
KERANAMEMPUNYAI GENETICK YANG TIDAK SESUAI. PEMINDAHANXENOGRAFT YANG
DIREKODKAN BERJAYA SETAKAT
YANG SESUAI
INI.
15
HUKUM MENGENAI ISU PEMINDAHAN ORGAN (TRANSPLAN)
• HUKUM TRANSPLAN BERDASARKAN FIQH
Secara asasnya,hukum pemindahan organ adalah harus.Ini kerana pemindahan dan pendermaan organ memenuhi
tuntutan memelihara nyawa manusia yang merupakan salah satu daripada maqasid syariah
• SEGALA URUSAN MENGIKUT TUJUAN( AL-UMURU BIN MAQASIDIHA)
Dalam kaedah fiqh ini,sesuatu perbuatan itu dinilai berdasarkan niat dan tujuan ia dilakukan. Tujuan pemindahan
organ ialah bagi menyelamatkan nyawa pesakit dan mampu mengelakkan kemudaratan yang lebih besar dengan
melakukan kemudaratan yang lebih yang ringan.Pemindahan organ tidak dilakukan dengan niat untuk menghina atau
menyeksa mayat,sebaliknya ia dilakukan untuk menyelamatkan nyawa.
• KEMUDARATAN PERLU DIHILANGKAN ( AL DHARAR YUZAL)
Menghilangkan kemudaratan yang menimpa manusia ialah salah satu matlamat syariah iaitu memelihara nyawa
manusia.Di bawah kaedah ini,rawatan pemindahan organ memberi pilihan untuk memilih jalan yang paling kurang
mudarat.Keutamaan perlu diberikan bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar dengan memilih kemudaratan
yang lebih kecil.Kemudaratan yang lebih besar ialah membiarkan pesakit yang memerlukan organ itu meninggal
dunia.Justeru,kita perlu mengambil organ daripada penderma kepada penerima yang memerlukanya.
16
HUKUM MENGENAI ISU PEMINDAHAN ORGAN (TRANSPLAN)
• KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN (AL-MASYAQQAH TAJLIBU AL-
TAISIR)
Pemindahan organ ialah ihtiar dan suatu kemudahan bagi mengatasi kesukaran yang dihadapi oleh pesakit-
pesakit kegagalan organ peringkat akhir.Syarak memberi kelonggaran kepada orang yang berada dalam darurat
dengan membenarkan perkara yang haram bagi menghilangkan kemudaratan dengan syarat tiada pilihan lain
yang halal.Sehubungan dengan itu,pilihan terakhir bagi menyelamatkan nyawa pesakit ialah rawatan
pemindahan organ.
SYARAT-SYARAT PENGHARUSAN MENJALANI PEMINDAHAN ORGAN
Dari sudut pandangan islam,pemindahan organ hukumnya harus berserta dengan syarat-syarat di bawah:
Tidak ada alternative lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit
17
Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma
dan penerima organ.Kemungkinan transplan untuk berjaya perlulah
dipastikan terlebih dahulu.
Penderma organ hendaklah dilakukan dengan niat yang tersembunyi.
Pendermaan organ hendaklah mendapat keizinan penderma dan ahli
keluarga atau warisnya kerana mereka juga mempunyai hak ke atas
diri penderma.
18
MAQASID SYARIAH 1
• Memelihara nyawa
Menghilangkan kemudaratan yang menimpa manusia ialah salah satu matlamat syariah iaitu memelihara 19
nyawa manusia.Di bawah kaedah ini,rawatan pemindahan organ memberi pilihan untuk memilih jalan
yang paling kurang mudarat.Keutamaan perlu diberikan bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar
dengan memilih kemudaratan yang lebih kecil.Kemudaratan yang lebih besar ialah membiarkan pesakit
yang memerlukan organ itu meninggal dunia.Justeru,kita perlu mengambil organ daripada penderma
kepada penerima yang memerlukanya.
Biarpun masih ramai memandang negatif isu pendermaan organ, ia sebenarnya membawa banyak
kebaikan terutama kepada pesakit yang amat memerlukan organ gentian bagi membantu mereka
meneruskan hidup. Selain itu, dunia perubatan sudah membuktikan pemindahan atau transplan organ
mampu menyelamatkan dan memberi harapan baharu kepada pesakit yang mengalami kegagalan organ
peringkat akhir, termasuk kegagalan jantung, paru-paru dan hati. Bagaimanapun, stigma terutamanya
berkait dengan hokum hakam sering menjadi penghalang utama kepada orang ramai terutama yang
beragama Islam untuk menderma organ mereka. Antara kebaikan pemindahan organ ialah dapat
memberi peluang kedua untuk orang lain. Hal ini demikian kerana ia adalah amalan memberi kebaikan
kepada insan lain yang mampu diselamatkan serta menikmati kualiti hidup yang lebih baik sekiranya
mereka diberi peluang kedua melalui organ yang didermakan.
Sebagai kesimpulannya,pemindahan organ dibenarkan syarak untuk menyelamatkan seseorang individu
daripada kemudaratan yang lebih besar contohnya,kematian.
MAQASID SYARIAH 2
• MEMELIHARA MARUAH KETURUNAN
Sebagai umat islam, kita percaya bahawa tubuh badan ini ialah anugerah dan amanah allah
SWT. Ini bermakna tubuh badan perlu dijaga dan diberikan haknya baik semasa hidup
mahupun selepas meninggal dunia. Hak semasa hidup adalah seperti menjaga kesihatan
fizikal, memelihara tubuh badan daripada kecederaan yang disengajakan dan sebagainya.
Hak selepas meninggal dunia ialah dimandikan, dikafankan, disolatkan dan
dikebumikan.Perbuatan menderma organ baik semasa hidup mahupun selepas meninggal
dunia sama sekali tidak bermaksud seseorang itu melanggar hak dan amanah tubuh
badannya kerana penderma bukan dengan sengaja mencacatkan atau merosakkan
anggotanya.
Sebaliknya perbuatan menderma organ dilakukan dengan niat yang baik bagi
menyelamatkan nyawa orang lain. Dalam kata lain, perbuatan menderma organ memberi
peluang kepada orang lain untuk meneruskan kehidupannya di samping menunaikan hak
dan amanahnya terhadap tubuh badannya.
Berkaitan perkara ini, Dr. Yusuf Al-Qaradawi menyatakan bahawa perbuatan mengambil
anggota daripada jenazah tidak menafikan kehormatan jenazah itu. Jika kita percaya
bahawa tubuh badan ini milik allah swt, maka kita tidak seharusnya kedekut untuk
mendermakan organ kita kepada orang lain. Tambahan pula, nyawa yang hendak
diselamatkan itu juga milik Allah SWT.
20
ETIKA ISLAM 1
• Ikhlas dan berniat kerana Allah SWT
Seperti yang kita ketahui,ajaran agama islam menekankan prinsip ketakwaan juga
mensyaratkan pendermaan organ dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang
lain semata-mata kerana Allah SWT. Setiap yang Dilakukan oleh seseorang,nilai keikhlasaan
amatlah mulia kerana dengan keikhlasan melakukan sesuatu perkara amatlah disayangi oleh
Allah SWT.
Hal ini juga membuktikan bahawa islam melarang umatnya dari melakukan sesuatu kebaikan
bagi tujuan untuk mendapatkan ganjaran, habuan dan popularity. Jika perbuatan ini hanya
dilakukan dengan niat mendapatkan sesuatu,ini menjadikan manusia lebih lalai dan jauh dari
rahmat Allah SWT. Dengan keikhlasan dalam jiwa seseorangpemindahan itu dengan penuh
dijalankan dengan penuh disiplin oleh semua pihak sama ada dari segi ilmu, iman dan takwa.
Dengan ini penghormatan yang sewajarnya kepada si penderma organ yang hidup mahupun
yang telah meninggal dunia mengikut hukum syarak serta tiada unsur-unsur penghinaan
terhadap mereka. 21
ETIKA ISLAM 2
Bersifat adil dan ihsan
• Keharusan menderma organ juga terikat kepada syarat-syarat berikut yang bertujuan untuk
melindungi semua kepentingan selaras dengan undang-undang islam
Hal ini bertujuan untuk tidak memudaratkan penderma yang masih hidup seperti
menyebabkan kemudaratan dan kematian juga hilang upaya (kecacatan) termasuklah
kehilangan pendengaran, penglihatan dan morbiliti.Ini menunjukkan bahawa semua manusia
adalah sama disisi Allah SWT kerana ihsan yang dititikberatkan dalam semua aspek
kehidupan tanpa mengira pangkat,darjat dan keturunan seseorang itu untuk tidak memberikan
impak negatif sehingga menyakiti orang lain.
Justeru itu , dalam pendermaan organ semua pihak seharusnya bersifat adil tanpa
memandang pangkat atau kedudukan seseorang kerana tanggungjawab yang dipikul adalah
berat kerana ia akan dihisab dan dikira diakhirat kelak .Tindakan yang sewajarnya hendaklah
diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan organ yang terlibat.
22
CADANGAN TEKNOLOGI
• Penggunaan Teknologi Hologram dalam pemindahan atau pendermaan organ
Penciptaan teknologi pengimbasan hologram yang mampu mengesan kesesuaian atau
kondisi organ dalaman pesakit sebelum pemindahan organ dilakukan.Teknologi ini juga
boleh diguna pakai kerana ianya bertepatan dengan konsep maqasid syar’iah iaitu
memelihara nyawa manusia.
Rentetan itu,teknologi ini dapat memudahkan pakar bedah untuk meneliti kerja-kerja
pembedahan agar pesakit berada di dalam kondisi yang baik dan selamat serta
memberi peluang atau harapan kesembuhan yang tinggi terhadap pesakit.
Oleh itu,teknologi ini perlulah dikemukakan atau diperkenalkan oleh pengamal
perubatan/pencipta teknologi perubatan supaya peratusan kesembuhan terhadap
pesakit yang memerlukan organ akan lebih tinggi.
23
CADANGAN TEKNOLOGI
Teknologi pengklonan organ
Pengklonan organ dihalalkan mengikut syarak untuk tujuan
perubatan seperti mencipta sel-sel tertentu bagi menggantikan organ
yang rosak. Sebagai contohnya, klon janin manusia untuk tujuan
kajian ini adalah dengan syarat kaedah janin tersebut dimusnahkan
sebelum tempoh 120 hari berdasarkan pandangan fuqaha’ yang
mengharuskan pengguguran kandungan sebelum sempurna 120 hari.
Pengguguran ini diharuskan kerana sebelum 120 hari, janin tersebut
masih belum ditiupkan roh.
Hal ini yang demikian,terbukti dengan penciptaan teknologi yang
sedemikian dapat membantu menyelamatkan atau memelihara
nyawa manusia daripada situasi yang darurat atau kemudaratan yang
berat.
24
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya,sememangnya perkembangan teknologi dapat membantu
manusia untuk menerokai pelbagai ilmu pengetahuan terutamanya dalam aspek
sains teknologi maklumat berpandukan Al-Quran dan Hadis.
Sememangnya teknologi pemindahan organ dibenarkan dalam islam dengan
mengikuti ketetapan hukum syarak,tambahan pula agama Islam juga telah
menyarankan umatnya untuk saling bantu-membantu antara sesama manusia
tanpa mengira agama,bangsa dan warna kulit.
Oleh itu,kita sebagai seorang mukmin ,kita hendaklah menyokong penciptaan
teknologi agar kita dapat melahirkan generasi yang bertamadun,berfikiran yang
berdaya kreatif dan berinovasi serta bertauliah.
25
SUMBER RUJUKAN
• https://www.moh.gov.my/moh/resources/auto%20download%20ima
ges/589d7aadb66a2.pdf
• https://www.slideshare.net/paihdt/aa20
• http://pendermaorganyangpemurah.blogspot.com/2015/10/derma-
organ-dalam-perspektifislam-nabi.html?m=1
• https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/1816-pendermaan-
organ
• https://issuu.com/dermaorgan/docs/pemindahan_organ_islambm
26