The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by natrahyaacob, 2021-09-15 00:44:43

TEKNOLOGI PERUBATAN DEP5A

TEKNOLOGI PERUBATAN DEP5A

SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN ISLAM

KOD KURSUS: MPU23052

TAJUK TUGASAN :

TEKNOLOGI PERUBATAN

NAMA PENSYARAH: ABDUL MUBARAK BIN JA’AFAR

AHLI KUMPULAN:- 1) NURUL IZZAH BINTI MAT FAUDZI (01DEP18F2009)
2) AMIRAH IZZATI BINTI AZMEL (01DEP18F2006)
3) NURUL ATHIRAH BINTI MOHD SABRI (01DEP18F2001)

KELAS: DEP5A
JABATAN: JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KOMUNIKASI)

ISI KANDUNGAN 1 HALAMAN
4
BIL. KANDUNGAN 5
1 JADUAL AGIHAN TUGASAN
2 PENDAHULUAN 7
DALIL 8-9
3 DALIL NAQLI
4 HURAIAN DALIL 11-13
TEKNOLOGI / INDUSTRI 11-13
5 TEKNOLOGI BERKAITAN DALIL
6 LATAR BELAKANG TEKNOLOGI

ISI KANDUNGAN HALAMAN
2BIL. KANDUNGAN
15
MAQASID SYARIAH 16
1 MAQASID SYARIAH 1
2 MAQASID SYARIAH 2 18
19
ETIKA ISLAM
3 ETIKA ISLAM 1 21
4 ETIKA ISLAM 2 22
23
CADANGAN 24
5 CADANGAN 1
6 CADANGAN 2
7 KESIMPULAN
8 RUJUKAN

JADUAL AGIHAN TUGASAN

BIL. NAMA TUGASAN

1 AMIRAH IZZATI BINTI AZMEL • Pendahuluan
(01DEP18F2006) • Kesimpulan

2 NURUL ATHIRAH BINTI MOHD SABRI • Dalil Naqli dan huraian

(01DEP18F2001) • Teknologi berkaitan dalil dan

huraian

3 NURUL IZZAH BINTI MAT FAUDZI • Maqasid Syariah
(01DEP18F2009) • Etika Islam
• Cadangan

PENDAHULUAN

Teknologi Perubatan merupakan satu konsep
pembangunan dan penggunaan alatan, mesin,
bahan dan proses untuk menyelesaikan
masalah manusia dalam bidang perubatan.
Perubatan pula merangkumi amalan berkenaan
diagnosis, rawatan dan pencegahan penyakit.
Teknologi Perubatan kini semakin berkembang
seiring dengan kemajuan dunia telah banyak
membantu bidang perubatan dalam
mempercepatkan usaha mengenal pastikan
penyakit, mencegah dan merawat.

DALIL NAQLI
BERKAITAN
TEKNOLOGI
PERUBATAN

DALIL NAQLI

،ِ‫د ز اع ُل اَ َأ أَْأ َأ رَ َِ لُِك وِ كٌ اِك دِ َب ِيص أُ اذإك دٌ وا دَ ِكِ لُِك ل‬

Jabir r.a. berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda yang
bermaksud:

“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubat itu sesuai
dengan penyakit, ia sembuh dengan izin Allah.”

[Riwayat Muslim dan Ahmad]

HURAIAN DALIL

• Di dalam dalil ini ia menyatakan ‘setiap penyakit ada ubatnya’.
Ubatnya itu datang dari segi ilmu yang diturunkan oleh Allah
kepada hambanya. Dengan ilmu itu manusia mampu untuk
mencipta satu teknologi dan membuat penambahbaikkan teknologi
untuk kegunaan dalam perubatan.

• Segala teknologi yang dicipta memerlukan penyelidikan agar dapat
memenuhi keperluan semasa yang menuntut kecekapan dan
kepantasan untuk menyelamatkan nyawa atau membongkar segala
rahsia disebalik sesuatu penyakit bagi mendapatkan penawar.

• Di sini juga ia menunjukkan ‘setiap penyakit tidak akan
sembuh dengan sendirinya’ jika kita tidak berusaha untuk
mencari penawar bagi sesuatu penyakit itu. Hal ini
demikian kerana, pada era ini segala teknologi telah dicipta
bagi menganalisis penyakit, mengubati penyakit dan
sebagainya. Tiada alasan bagi seseorang itu jika ia tidak
mencari penawar.

TEKNOLOGI /
INDUSTRI

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PERUBATAN TERKINI

Inhaler Pintar

• Ia adalah satu alat yang dapat membantu mencari
punca penyakit, mengesan penggunaan ubat dan
menyediakan ramalan allergen

• Alat ini sesuai kepada mereka yang menghidap asma,
penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD), emphysema
dan bronchitis.

• Sebelum pembuatan inhaler pintar, wujudnya inhaler
yang biasa dimana pengguna menggunakan apabila
mereka terasa sesak nafas.

Sten Koronari

• Alat ini berbentuk tiub.

• Ia diletakkan di arteri yang membekalkan darah ke
jantung bagi menjaga pembukaan arteri ke dalam jantung.

• Stent ini dapat mengurangkan sakit dada, meningkatkan
daya tahan hidup dan mengurangkan kejadian buruk pada
sakit jantung.

• Sebelum penggunaan sten koronari ubat clot-buster
digunakan bagi menangani masalah sakit jantung. Clot
buster merupakan ubat yang mampu mencegah
kerosakan sakit jantung.

Magnetic resonance imaging MRI

• Ia merupakan tujuan perubatan yang digunakan dalam
radiologi untuk membentuk gambar anatomi dan proses
fisiologi badan.

• Ia juga digunakan bagi mencari ke abnormal dalam badan
seperti tumor, pendarahan, trauma, penyakit salur darah atau
jangkitan.

• Selain penggunaan MRI ini Mesin Imbasan CT juga
digunakan bagi melihat organ, tisu atau tulang dengan jelas.

• Mesin MRI ini lebih maju dari Mesin Imbasan CT kerana ia
mampu melihat penyakit yang ada di dalam badan.

MAQASID
2007 20S1Y0ARI2A0H14

MAQASID SYARIAH DI DALAM
TEKNOLOGI PERUBATAN (1)

MEMELIHARA AGAMA

• Memelihara agama termasuklah menjaga kesihatan agar manusia
dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna.

• Rawatan perubatan menyumbang kepada penjagaan ibadah melalui
penjagaan kesihatan fizikal dan akal yang sempurna.

• Dengan sihat tubuh badan, seseorang itu mampu melaksanakan ibadah
dengan sempurna, seperti kemampuan mengerjakan solat, berpuasa,
mengerjakan ibadah haji di Mekah dan ibadah lain.

• Begitu juga kesihatan akal sangat penting bagi memastikan seseorang
itu mampu berfikir dengan waras bagi menerima aqidah yang benar.

MAQASID SYARIAH DI DALAM
TEKNOLOGI PERUBATAN (2)

MEMELIHARA NYAWA

• Memelihara nyawa mempunyai hubungan yang sangat rapat
dengan kesihatan kita.

• Sains perubatan bertujuan untuk memberikan penyelesaian
kepada isu kesihatan manusia.

• Sains perubatan bukan untuk melewatkan atau menghalang
kematian, kerana kematian itu urusan Allah SWT.

• Sains perubatan adalah untuk memenuhi perintah Allah dan
Nabi Muhammad SAW iaitu jika seseorang itu sakit, maka
dia wajib berusaha mencari rawatan dan ubat.

ETIKA ISLAM

ETIKA ISLAM (1)

TANGGUNGJAWAB DAN LIABILITI

• Mengamal perubatan hanya boleh dilakukan dengan sah oleh individu yang telah diajar,
dilatih dan telah lulus serta telah memenuhi syarat yang dikehendaki oleh undang-undang.

• Panduan mengenai hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW: “Seseorang yang tidak
mempunyai ilmu perubatan adalah bertanggungjawab jika ia mengubati orang sakit.”

• Para doktor adalah bertanggungjawab ke atas penjagaan kesihatan sesebuah negara dan
saling membantu di antara bidang-bidang kepakaran, dari segi pencegahan atau
pengubatan, di sektor swasta atau perkhidmatan kerajaan kesemuanya mematuhi etika
dan peraturan profesion mereka.

• Sebagai satu kumpulan profesional sesebuah negara, para doktor adalah
bertanggungjawab merangka perancangan dan mengambil langkah dan mewujudkan
tradisi dan peraturan yang perlu untuk membolehkan mereka secara kumpulan atau
perseorangan menjalankan tugas sebaik mungkin.

ETIKA ISLAM (2)

KERAHSIAAN PROFESIONAL

• Orang-orang yang beriman diperintahkan menyimpan rahsia orang lain, lebih-lebih lagi
jika orang itu seorang doktor, kerana orang akan memberitahu rahsia dan meluahkan
perasaan kepada doktor mereka dengan rela hati, yakin dengan kerahsiaan profesional
yang dipegang oleh profesion perubatan semenjak awal zaman lagi.

• Rasulullah SAW bersabda bahawa tiga ciri-ciri orang munafik ialah: “Bila dia bercakap
dia bohong, bila dia berjanji dia mungkir dan bila disuruh pegang amanah dia khianati”.

• Seorang doktor hendaklah merahsiakan seketatnya segala maklumat yang
diperolehinya melalui penglihatan, pendengaran atau secara kesimpulan.

• Semangat keIslaman juga memerlukan butir-butir di dalam undang-undang patut
menekankan hak pesakit untuk melindungi rahsia mereka yang telah diluahkan kepada
doktor.

• Pengkhianatan keatas amanah ini akan menjejaskan imej amalan perubatan, selain
dari menjauhkan kumpulan tertentu dari mendapatkan bantuan rawatan perubatan.

CADANGAN

CADANGAN (1)

Cadangan INHALER PINTAR sebagai MDI DISPOSABLE INHALER SPACER

ü Mencipta alat pernafasan yang lebih efektif terutamanya kepada pesakit asthma dan pesakit COVID-19 yang mempunyai
masalah pernafasan. MDI Disposable Inhaler Spacer iaitu salah satu komponen pakai buang yang disambung pada alat
utama penyedutan pernafasan (MDI inhaler).

ü Kebiasaannya pesakit yang mengalami simptom pernafasan akan diberi alat bantuan ‘nebulisers’, namun ia tidak
dicadangkan penggunaannya memandangkan gejala jangkitan COVID yang melanda, oleh itu MDI spacer amat diperlukan.

ü Kebanyakan pesakit COVID-19 yang disaring di beberapa hospital mengalami kesukaran bernafas secara normal. Justeru itu,
usaha untuk menghasilkan MDI Disposable Inhaler Spacer ini amatlah bertepatan dengan keperluan semasa. Alat ini
merupakan alat pakai buang khas untuk kegunaan pesakit Covid-19 sekali gus dengan usaha cadangan teknologi ini
berupaya mengelak risiko jangkitan kepada pesakit lain dan juga petugas kesihatan.

CADANGAN (2)

Cadangan Sten Koronari

Ø Penyakit jantung lazimnya dikaitkan dengan warga emas. Tetapi senarionya hari ini penyakit tersebut boleh menyerang tanpa
mengira umur. Ini dapat dilihat dari semasa ke semasa kematian mengejut di kalangan golongan muda mengakibatkan serangan
jantung semakin meningkat setiap tahun. Malah, ia menjadi ancaman yang perlu diberi perhatian serius oleh rakyat negara ini.

Ø Mencipta Sten Koronari yang lebih efektif untuk negara yang kini telah kehilangan atau kematian orang ramai akibat daripada sakit
jantung. Sebagai cadangan, dengan adanya teknologi sten koronari ini, orang ramai yang mengalami sakit jantung digalakkan untuk
mengambil inisiatif lebih awal. Apa jua jenis stent yang digunakan adalah merupakan segulung wayar halus yang diselaputi ubat
atau belon yang dimasukkan ke dalam salur darah pesakit supaya saluran darah terbuka luas bagi membolehkan darah membawa
nutrien dan oksigen ke bahagian jantung.

Ø Penggunaan stent ini juga terbukti berkesan menurunkan kadar restenosis (pengecilan kembali arteri) dan keperluan untuk rawatan
lanjut, di mana ubat yang digunakan itu adalah ubat yang berkesan supaya ia menahan sel ketumbuhan yang tidak meluru yang
boleh menyebabkan kesempitan terjadi semula. Dengan adanya teknologi ini, ia dapat mengurangkan kematian akibat serangan
jantung.

KESIMPULAN

Perkembangan dunia yang pesat pada zaman kini termasuk bidang
perubatan memberi pelbagai manfaat dalam menangani cabaran
merawat pelbagai penyakit. Umat islam juga haruslah berganding bahu
dalam melancarkan teknologi perubatan yang lebih futuristik supaya kita
selalu ada langkah awal untuk mengubati dan merawat pelbagai
penyakit tetapi teknologi perubatan ini haruslah seiring dengan ajaran
Al-Quran kerana Allah yang Maha Mengetahui segala ciptaanNya, sekali
gus dapat memartabatkan agama dan umat kita.

RUJUKAN

o https://ms.energymedresearch.com/25036-coronary-stent-cardiac-stent-of-a.griguolo
o https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/mri/
o https://ms.grossiste-marcassite.com/humble-inhaler-goes-digital-18268
o http://htapah.moh.gov.my/v1/index.php/my/menu-artikel-kesihatan/26-kategori-artikel-

kesihatan/109-stent-terapi-untuk-pesakit-jantung


Click to View FlipBook Version