The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by media.crsmalaysia, 2022-07-09 17:01:56

INFO AMBULANS KOMUNITI

INFO AMBULANS KOMUNITI

KANDUNGAN

Pengenalan
Kekuatan
Objektif
Perkhidmatan Yang Disediakan
Golongan Sasar Menerima Manfaat
Anggota ‘Ambulance Responder’
Ambulans Dalam Perkhidmatan
Pejabat Urusan & Nombor Akaun
Konklusi dan Harapan
Galeri Gambar

PERKHIDMATAN AMBULANS KOMUNITI PBMM

PENGENALAN

Persatuan Bantuan Masyarakat Malaysia (PBMM) atau Community Relief Society Malaysia (CRSM) adalah sebuah
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) atau
Registrar of Society (ROS) dibawah Akta Pertubuhan 1966. Ditubuhkan pada 6 September 2012 dengan Nombor
Pendaftaran PPM-031-10-06092012, CRSM telah mempunyai keahlian seramai 100 orang dan 4 Cawangan Negeri
iaitu Selangor, Sabah, Perak dan Terengganu. Cawangan Negeri yang sedang dalam proses pendaftaran adalah
Kelantan dan Pahang CRSM kini telah memulakan Khidmat Bantuan Bencana yang telah dimulakan pada November
2014 dan terkini Perkhidmatan Ambulans Komuniti yang dimulakan pada Mei 2018.

Perkhidmatan Ambulans merupakan salah satu aspek penting dalam sistem perubatan dan kesihatan di dunia. Ia
bukan sahaja sebagai medium bagi memindahkan pesakit dari suatu destinasi ke suatu destinasi, tetapi juga bagi
menyediakan rawatan awal yang diberikan sebelum rawatan susulan yang akan diterima di hospital atau disebut juga
sebagai Rawatan Pra Hospital (Pre Hospital Care). Projek Perkhidmatan Ambulans Komuniti ini telahpun kami mulakan
pada Mei 2018 dan telah diteruskan dengan kesinambungan program “Smart Life Saver” yang telah mula dianjurkan
pada 2019 yang menyasarkan “satu rumah, satu penyelamat nyawa terlatih”. Kerjasama dimeterai tidak kira dengan
mana-mana badan atau organisasi bagi sama-sama membantu meningkatkan taraf hidup rakyat dan penduduk.
Dengan berbekalkan sebuah Ambulans jenis Toyota Hiace Hi Roof yang telah disewa khas, kami komited dan terus
menjalankan Perkhidmatan Ambulans Bukan Kecemasan (Non-Emergency Ambulance Service), iaitu pemindahan
pesakit dan khidmat tugas perlindungan perubatan bagi sebarang acara yang dicaj pada kadar mampu kepada klien.
Perkhidmatan Ambulans Komuniti ini telah mengendalikan lebih kurang 500 kes yang meliputi panggilan bukan
kecemasan dan panggilan kecemasan serta bantuan bencana. Terbaharu, CRSM dijemput untuk bekerjasama bagi
menghulurkan tenaga dan khidmat sukarela bersama-sama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Hulu

Langat (BSMM DHL) di lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Kompleks Hentian Kajang, Jalan Reko,
Kajang bagi menjalankan Perkhidmatan Ambulans Sokongan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan
BSMM DHL serta kerja-kerja sanitasi awam di Kompleks Hentian Kajang tersebut.

KEKUATAN AMBULANS KOMUNITI

Perkhidmatan Ambulans Komuniti komited dalam memberikan dan menyediakan Perkhidmatan Kecemasan Pra
Hospital (Pre Hospital Emergency Care) kepada komuniti setempat dan memberikan rawatan awal kepada mangsa-
mangsa kemalangan jalanraya, pesakit yang mengalami kecemasan perubatan dan sebagainya. Perkhidmatan
Ambulans Komuniti ini juga akan memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana yang memerlukan dan
bantuan pemindahan pesakit bagi sebarang kes bukan kecemasan ke Hospital dan sebaliknya pada kadar mampu
yang tidak didapati pada organisasi lain. Namun begitu, bagi mereka yang kurang berkemampuan, perkhidmatan
diberikan secara PERCUMA. Sebagai sebuah organisasi sukarela yang berkhidmat untuk masyarakat, perkhidmatan
diberikan tanpa mengira warna kulit, agama, bangsa serta kepercayaan. Perkhidmatan Ambulans Komuniti ini adalah
berkonsepkan dari masyarakat kepada masyarakat, yang mana anggota sukarela CRSM adalah terdiri dari masyarakat
setempat. Mereka juga dapat menimba ilmu dan kemahiran bantu mula dengan menyertai kursus dan latihan yang
dianjurkan oleh CRSM secara PERCUMA. Pusat Operasi Ambulans CRSM telah ditubuhkan di Kajang, Selangor dan
Perkhidmatan Ambulans Kecemasan disediakan dalam lingkungan radius 15KM dari Pusat Operasi Ambulans CRSM
yang meliputi kawasan Kajang, Balakong, Sungai Ramal, Dusun Tua, Semenyih dan kawasan sekitar.

MATLAMAT

1. Menyediakan perkhidmatan kecemasan yang berkualiti disamping mewujudkan kesedaran masyarakat
setempat berkenaan perkhidmatan Ambulans.

2. Menyediakan perkhidmatan Ambulans bukan kecemasan pada kadar mampu.

3. Menarik minat seberapa ramai anggota masyarakat bagi menggembeling tenaga dalam sebuah perkhidmatan
yang disifatkan sebagai mulia; membantu mereka yang memerlukan.

4. Melahirkan seberapa ramai anggota masyarakat yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
mengendalikan situasi kecemasan dengan baik.

5. Melatih dan memahirkan anggota “Community Life Saver” bagi mencapai matlamat “satu rumah, satu
penyelamat nyawa terlatih”.

6. Mencapai objektif menyelamat nyawa yang memperuntukkan ‘masa tindakbalas’ atau ‘respond time’ yang
ditetapkan iaitu 7 minit untuk tiba ke lokasi kejadian.

7. Membolehkan bantuan diberi dengan cepat dan tepat.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Kami menyediakan perkhidmatan yang berkualiti pada kadar mampu : KADAR HARGA
PERKHIDMATAN (BOLEH DIRUNDING)

AMBULANS KECEMASAN Percuma
RM150 - RM300
AMBULANS BUKAN Pemindahan Sehala
RM300 - RM400
KECEMASAN Temujanji Hospital
RM400 - RM2000
Luar Kawasan RM400 - RM1000

AMBULANS BUKAN KECEMASAN (ACARA) RM250/PAX
Percuma
KELAS LATIHAN PERTOLONGAN CEMAS (BERSIJIL)

BANTUAN BENCANA

a) Perkhidmatan Ambulans Kecemasan (Emergency Ambulance Service)

- Perkhidmatan Ambulans Kecemasan adalah sebuah khidmat am yang disediakan oleh Persatuan
Bantuan Masyarakat Malaysia (PBMM) kepada warga setempat. Perkhidmatan ini diberi percuma dua
puluh empat jam sehari, tujuh hari seminggu (24/7). Antara kes-kes yang dikendalikan termasuklah
kecemasan perubatan seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, stroke, sawan dan lain-lain
kecemasan perubatan. Selain itu, kes-kes trauma atau kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan

Jalanraya, kemalangan ditempat kerja mahupun dirumah atau lain-lain tempat. Disamping itu juga kes
- kes seperti bersalin juga akan dikendalikan oleh Paramedik Terlatih PBMM. Ianya diwujudkan atas
inisiatif PBMM berdasarkan motto kami iaitu “Komited Kepada Masyarakat”. Ia dijangka akan
dimulakan dalam lingkungan radius 15km dari Pusat Kawalan dan Perintah Kecemasan PBMM di
kawasan Kajang, Selangor sebagai perintis oleh kerana keadaan kawasan dan kepadatan penduduknya
yang ramai. PBMM juga akan membuka pejabat operasi merangkap Pusat Kawalan Kecemasan di
kawasan tersebut.

b) Perkhidmatan Ambulans Bukan Kecemasan (Non-Emergency Ambulance / Transport Service)

- Perkhidmatan Ambulans Bukan Kecemasan diwujudkan bagi kes – kes bukan kecemasan seperti
penghantaran pesakit dari rumah ke hospital dan sebaliknya, hospital ke hospital, rumah ke rumah
mahupun rumah ke pusat jagaan pesakit atau dialysis. Perkhidmatan ini juga disediakan bagi pesakit
yang memerlukan penjagaan khusus serta peralatan sokongan seperti pengusung ambulans (trolley
bed), oksigen, ‘patient monitor’ dan sebagainya. Keutamaan perkhidmatan ini adalah kepada penduduk
setempat namun boleh diperluas dan digunakan juga untuk kes - kes di luar kawasan dan luar (rentas)
negeri. Caj yang berpatutan akan dikenakan kepada pesakit yang berkemampuan dan perkhidmatan
adalah PERCUMA bagi pesakit yang tidak berkemampuan. Pihak kami juga akan berhubung secara terus
dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat setempat bagi mengenalpasti dengan lebih terperinci sekiranya

ada mereka yang benar – benar memerlukan bantuan. Perkhidmatan ini juga disediakan dua puluh
empat jam sehari, tujuh hari seminggu.

c) Perkhidmatan Perlindungan Perubatan Acara (Event Medical Coverage Service)

- Perkhidmatan Perlindungan Perubatan Acara diwujudkan bagi orang ramai, syarikat korporat, organisasi
kerajaan mahupun bukan kerajaan yang memerlukan petugas perubatan berserta ambulans bersiap
sedia menghadapi sebarang kecemasan untuk acara, program dan juga aktiviti yang mereka jalankan.
Ini termasuklah acara sukan, hari keluarga, merentas desa, majlis keraian, latihan kebakaran,
konvensyen, mesyuarat agung tahunan, konvokesyen dan sebarang acara, program mahupun aktiviti
yang melibatkan ramai orang. Caj pada harga yang berpatutan akan dikenakan untuk perkhidmatan ini.

KUMPULAN / GOLONGAN SASAR YANG BAKAL MENDAPAT MANFAAT

Dalam setiap program atau projek yang kami laksanakan, tentunya ada golongan sasar atau penerima
manfaat dari projek ini. Begitu juga dengan Projek Perkhidmatan Ambulans Komuniti ini yang mana telah
menggariskan golongan yang dikategorikan sebagai penerima manfaat. Mereka adalah terdiri daripada:

 Individu atau Sekumpulan Orang Yang Ditimpa Bencana atau Kecelakaan.

 Warga Emas yang sakit / terlantar (60 tahun keatas).

 Warga Kurang Berkemampuan dari segi Ekonomi.

 Warga Kurang / Kelainan Upaya.

 Warga Tempatan Yang Disenaraikan sebagai Kurang Berkemampuan.

 Lain – lain Kategori Yang Boleh Diklasifikasikan dan Ditakrifkan serta Dipertimbangkan Sebagai Yang
Memerlukan.

ANGGOTA RESPONDER PERKHIDMATAN PERUBATAN KECEMASAN AMBULANS
(E.M.A.R.)

Buat masa ini, mereka yang berada di lapangan bagi menjalankan tugas sebagai Responder Perubatan Kecemasan
Ambulans adalah terdiri dari anggota dan pegawai CRSM yang terlatih dan boleh menangani apa jua kes termasuklah
kes perubatan kecemasan, trauma, kemalangan jalanraya dan lain-lain.

AMBULANS DALAM PERKHIDMATAN

Peralatan Yang Terdapat Didalam Ambulans :
 Ambulance Stretcher
 Portable Stretcher
 Medical and Trauma Bag
 BP Set
 Glucometer
 “D” size oxygen cylinder / portable oxygen set
 3 feet oxygen cylinder / Size E

 Spinal board

 Head Immobilizer

 Cervical Collar (Adult and Pediatric size)
 Scoop Stretcher

 Ambu Bag (BVM Kit)
 Splint / Air Splint

 Automated External Defibrillator (AED)
 Vital Signs Monitor

 Patient Comfort Devices such as pillow and blanket.
Lain-lain peralatan penjagaan lanjutan
(Advanced Patient Care) akan disediakan mengikut
permintaan.

CARTA ALIRAN OPERASI

(UNTUK KES-KES KECEMASAN)

KEMALANGAN /
KECEMASAN
PERUBATAN

(ORANG AWAM/PEMANGGIL)
BILIK GERAKAN ECCC KECEMASAN CRS MALAYSIA (MELALUI TALIAN 999 ATAU TALIAN TERUS)

AMBULANS / PARAMEDIK CRS MALAYSIA

(PENILAIAN DAN RAWATAN AWAL)
JABATAN KECEMASAN HOSPITAL TERDEKAT
LAPORAN PENILAIAN DAN RAWATAN AWAL / DOKUMENTASI

(UNTUK MEMOHON PERKHIDMATAN AMBULANS BUKAN KECEMASAN)

(PEMANGGIL)
BILIK GERAKAN ECCC KECEMASAN CRS MALAYSIA (MELALUI TALIAN TERUS)

AMBULANS / PARAMEDIK CRS MALAYSIA
(TEMPAT AMBULANS DIKEHENDAKI)

TEMPAT DIMANA PESAKIT / KLIEN HENDAK DIPINDAHKAN / MENDAPAT RAWATAN SUSULAN / TEMUJANJI
LAPORAN PERGERAKAN AMBULANS / DOKUMENTASI

(UNTUK MEMOHON PERKHIDMATAN AMBULANS TUNGGU SEDIA)

(PEMANGGIL)
PEJABAT PENTADBIRAN OPERASI (UNIT PERKHIDMATAN AMBULANS)
SEBUTHARGA / QUOTATION DISEDIAKAN MENGIKUT PERMINTAAN KLIEN
KLIEN SETUJU DENGAN HARGA. SAHKAN TARIKH, TEMPAT, WAKTU DAN MAKLUMAT LAIN
ARAHAN TUGAS TUNGGU SEDIA DIKELUARKAN PEJABAT PENTADBIRAN OPERASI
TEMPAT AMBULANS DIKEHENDAKI MENGIKUT TARIKH, WAKTU DAN ACARA

TUGAS SELESAI
LAPORAN PERGERAKAN AMBULANS / DOKUMENTASI

PEJABAT URUSAN

CRSM kini telah mempunyai Pusat Operasi Ambulans di alamat 11, Jalan Restu, Taman Restu, Off Jalan Semenyih,
43000, Kajang, Selangor.

. Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, hubungi :
PERSATUAN BANTUAN MASYARAKAT MALAYSIA ( PPM-031-10-06092012 )
Alamat: 11A, Jalan Restu, Taman Restu, Off Jalan Semenyih,
43000, Kajang, Selangor.
Tel : 013-5702 993 / 012-5738 790

NOMBOR AKAUN BAGI SUMBANGAN DANA

Bagi maksud sebarang sumbangan dana kepada pihak persatuan, Yang Berhormat / YBhg Tan Sri / Dato’ Seri / Datuk / Dato’ / Tuan
/ Puan boleh menyumbang dana tersebut ke dalam akaun persatuan kami seperti berikut;

PERSATUAN BANTUAN MASYARAKAT MALAYSIA ( PPM-031-10-06092012 )
No Akaun : 8600472986

Nama & Alamat Bank: CIMB ISLAMIC
A-0-2, MKH Avenue, Bandar Kajang, 43000, Kajang, Selangor.

KONKLUSI DAN HARAPAN

Sebagai sebuah organisasi yang komited kepada masyarakat, kami di Persatuan Bantuan Masyarakat
Malaysia (PBMM) beriltizam agar projek Perkhidmatan Ambulans Komuniti ini mendapat perhatian dan
respon yang baik dan seterusnya diterima oleh semua lapisan masyarakat. Ini adalah antara sumbangan
kami kepada masyarakat umumnya dan negara khususnya yang diharapkan akan memberi impak yang
walau tidak besar, namun berjaya mengurangkan kesengsaraan walau dimana ianya berlaku. Kerjasama
erat antara Persatuan Bantuan Masyarakat Malaysia dengan pelbagai organisasi berkaitan amatlah tepat
diwaktu ini tatkala pelbagai isu terkait dengan kecemasan dan bencana membelenggu negara dewasa ini.

Disamping itu juga, dana dan sumber kewangan Persatuan datangnya dari sumbangan ikhlas para
dermawan, ahli korporat, individu dan syarikat-syarikat tidak kira samada syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
ataupun syarikat-syarikat kecil. Orang ramai dan para dermawan diharap dapat tampil menghulurkan
sumbangan dalam apa jua bentuk agar segala yang telah dan akan dirancang mencapai sasaran sekaligus
bantuan dapat disalurkan kepada yang memerlukan.

Projek Perkhidmatan Ambulans Komuniti ini tidak akan berjaya tanpa sokongan dan dokongan semua pihak.
Khidmat kepada masyarakat ini memerlukan dana yang amat besar dan bantuan dari segenap lapisan
masyarakat amat kami perlukan. Lebih-lebih lagi perkhidmatan kesihatan dan perubatan kini telah menjadi
semakin penting dan vital bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat umumnya terjaga dan
seterusnya meningkatkan produktiviti negara pada masa akan datang.
























Click to View FlipBook Version