SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
Sektor Psikologi dan Kaunseling, JPN Kedah terletak di
Blok B Jabatan Pendidikan Negeri Kedah , Kompleks
Pendidikan Jalan Stadium , Alor Setar Kedah. Sektor ini
diterajui oleh Tuan Haji Mohd Azit Bin Selamat , Ketua
Kaunselor Pendidikan Negeri. Terdapat 2 orang
Kaunselor Pendidikan Negeri dan juga 12 orang
Kaunselor Pendidikan Daerah bagi 9 Pejabat
Pendidikan Daerah. 3 Pejabat Pendidikan Daerah
mempunyai 2 orang kaunselor pendidikan iaitu PPD
Kota Setar, PPD Kuala Muda/Yan dan PPD Kulim
Bandar Baharu. Lain lain daerah iaitu PPD Kubang
Pasu,PPD Padang Terap, PPD Baling, PPD Sik, PPD
PadangTerap dan PPD Langkawi mempunyai seorang
kaunselor pendidikan
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1999 yang
dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),
telah dijadikan panduan bagi mewujudkan Perkhidmatan
Kaunseling dalam sektor awam
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah mengambil tindakan mewujudkan
perkhidmatan kaunseling di jabatan– jabatan pendidikan
untuk menguruskan isu isu kemanuasian dalam kalangan
pekerja di organisasi perkhidmatan pendidikan.
Berdasarkan penambahbaikan dalam penstrukturan baru
JPN, UKK telah dinaikkan taraf kepada Sektor Kaunseling
dan Keutuhan (SKK) pada Ogos 2008. Pada 15 September
telah ditubuhkan dan dikendalikan oleh seorang Ketua
Unit dan seorang Kaunselor
Dengan penstrukturan baru JPN pada… Sektor Psikologi
dan Kaunseling (SPsK) telah dilebarkan lagi dengan
penambahan jawatan kaunselor di JPN sendiri dan di
Pejabat Pendidikan Daerah
Pengurusan dan pelaksanaan khidmat kaunseling
kepada warga pendidikan (guru/pegawai/kakitangan) dan
komuniti di peringkat negeri/wilayah.
Pengurusan program dan kursus pembangunan,
pencegahan, pemulihan dan intervensi (3PI) kaunseling
dan psikologi warga pendidikan dan komuniti di peringkat
negeri/wilayah
Mengumpul dan menganalisa data klien yang menerima
khidmat kaunseling dan psikologi
Memantau pelaksanaan perkhidmatan kaunseling dan
psikologi di peringkat negeri/wilayah
Pengurusan perkhidmatan konsultasi, mediator dari aspek
kaunseling dan psikologi kepada pengurusan tertinggi JPN
pentadbir sekolah dan warga pendidikan
Pengurusan profil kaunseling psikologi warga KPM di
peringkat negeri/wilayah
NILAI KAUNSELOR KPM
· Menghormati dan menerima klien tanpa syarat
· Menjaga rahsia klien pada tahap optimum
· Tidak menghukum dan melabel klien
· Menanam sifat ikhlas, jujur, amanah dan berintergriti dalam
melaksanakan tanggungjawab
· Mematuhi Etika Kaunselor yang digariskan oleh Lembaga Kaunselor
dan badan-badan professional kaunseling yang lainnya
Hubungi Kami Untuk
Bantu Anda…mudah
sahaja klik pautan ..
https://mylink.la/spskjpnkedah