1 Barisan Penerbitan
2 Profil Sekolah
3 Perutusan
4 Lembaga Pengurusan Sekolah
5 Barisan Pentadbir, Warga Pendidik & Anggota
Kakitangan Pelaksana
6 Galeri Kejayaan dan Kecemerlangan Sekolah
7 Program Transformasi Sekolah 2025
8 Album Tingkatan
9 Profil Tingkatan 5
10 Album Kokurikulum dan Sukan
11 Karya sps
12 Unit Bimbingan dan Kaunseling
13 Ragam Warga SPS
16 Autograf
PROFIL SEKOLAH
KOD SEKOLAH :YBF 3401
NAMA SEKOLAH :SMK SAINT PATRICK
JENIS SEKOLAH :SMK SAINT
GRED SEKOLAH :A
JENIS BANTUAN :SEKOLAH KERAJAAN
JENIS MURID :LELAKI DAN PEREMPUAN
LOKASI SEMASA :BANDAR
SESI :PAGI DAN PETANG
TARIKH PENUBUHAN :1 JANUARI 1905
MODEL :BIASA
ALAMAT :JALAN HJ MOHD FAUZI,
96400 MUKAH , SARAWAK
NO TELEFON :084-871306
NO FAKS :084-873134
E-MEL :
JPN :SARAWAK
BAHAGIAN :MUKAH
PIAGAM SEKOLAH
“Kami guru–guru dan staf SMK St.Patrick, Mukah
berjanji menunaikan tanggungjawab kami untuk”:
Melahirkan generasi muda yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri ke arah kecemerlangan dalam
pelbagai bidang.
Menyediakan sistem pendidikan terbaik
berasaskan budaya ilmu untuk memenuhi
kehendak individu, masyarakat, dan Negara.
Mewujudkan iklim persekolahan yang sihat, indah,
selesa dan kondusif.
Memberi layanan yang mesra dan sokongan padu
kepada anggota masyarakat yang berurusan
dengan pihak sekolah.
VISI SEKOLAH
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara
Sejahtera"
MISI SEKOLAH
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara"
MOTTO SEKOLAH
Stella Duce ( Be The Leading Star)
Pencapaian tertinggi yang ingin dicapai oleh
semu a warga sekolah
Semangat yang tinggi untuk memperoleh
ilmu pengetahuan
Ketenangan dan Keharmonian Sekolah
Cah aya dan masa depan yang cerah
Proses pencarian dan menyampaikan ilmu terdapat
pelbagai halangan perlu ditempuh.
Menunjukkan 3 aspek iaitu jiwa, fikiran dan semangat
menuju kecemerlangan.
Sejarah Sekolah Menengah Saint Patrick bermula pada tahun 1905. Ia telah dibuka oleh Father
Aleysius Stotter, dengan bantuan yang dihulurkan oleh Brother Simon, seorang pendakwah dari
Belanda. Kedua-dua mereka telah membuka sebuah sekolah pada 1 Januari 1905 di Mukah.
Bangunan sekolah yang pertama ini diperbuat daripada papan dan beratap rumbia. Sekolah ini
dibina dengan bantuan penduduk-penduduk di sekitar Mukah. Pada mulanya, sebilangan kecil
sahaja pelajar yang ingin belajar di sekolah ini. Ini adalah disebabkan oleh keraguan yang lahir
di kalangan ibu bapa pada masa itu. Kebanyakan ibu bapa lebih suka anak-anak mereka
menolong mereka di rumah atau membuat kerja lain untuk menambahkan pendapatan keluarga.
Masalah ini menyebabkan paderi sendiri telah pergi ke kampung-kampung bagi memujuk para
ibu bapa agar menghantar anak-anak mereka menuntut di sekolah tersebut. Pihak sekolah juga
menyediakan makanan, pakaian dan buku dengan percuma sebagai ganjaran atau dorongan.
Pelajar dari kampung-kampung yang jauh juga dibenarkan tinggal di asrama sekolah.
Pada tahun 1907, Father Anthony Mulder dari Belanda mengambil alih teraju kepimpinan
sekolah ini. Beberapa tahun kamudian, bangunan sekolah ini telah diperbesarkan berikutan
kejayaan Father Anthony Mulder yang berjaya memperoleh tanah yang berhampiran dengan
tanah perkuburan orang-orang Islam seluas 20 ekar. Pembesaran bangunan ini telah
mengakibatkan pertambahan bilangan para pelajar. Ini menunjukkan kesedaran dan keyakinan
para ibu bapa terhadap kepentingan ilmu pengatahuan kepada masyarakat setempat.
Memandangkan sambutan yang hangat daripada masyarakat pada masa itu, maka pihak paderi
terpaksa menggantikan bangunan lama dengan bangunan baru yang lebih tahan dan kukuh.
Tiga tahun selepas Father Anthony Mulder menerajui kepimpinan sekolah ini (1910), Brother
Simon dibantu oleh En Joseph Boo dari Kampung Tellian Ulu, telah membina sebuah bangunan
besar yang lengkap dengan dewan sembahyang, bilik darjah, bilik paderi dan bilik asrama
lelaki. Sekolah ini dinamakan Saint Peter and Paul Mission School.
Bilangan pelajar yang tinggal di asrama juga meningkat. Ini menyebabkan perbelanjaan yang
ditanggung oleh pihak ‘mission’ turut meningkat. Bagi meringankan beban perbelanjaan ini,
maka pihak sekolah mengenakan bayaran sebanyak RM1.00 dan pelajar dikehendaki membawa
satu tin sagu dari rumah. Selain itu, para pelajar digalakkan untuk bertani seperti menanam
sayur-sayuran dan menangkap ikan dengan menggunakan pukat pada waktu persekolahan.
Secara tidak langsung, mereka telah diberi peluang untuk mencari makan sendiri. Kerja-kerja
menjahit dan bertukang kayu juga diajar pada masa itu. Sebenarnya, kurikulum yang diajar
seperti Ilmu Hisab, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam dan Sejarah adalah di bawa dari Britain. Tajuk
pelajaran hanya tertumpu kepada Benua Eropah, Amerika dan Australia.
Sebelum tahun 1916, pelajar lelaki sahaja dibenarkan bersekolah. Father Anthony Mulder
memulakan kelas untuk perempuan apabila beliau menyedari kepentingan pelajaran kepada
kaum perempuan. Dengan itu, Saint Anthony Convent School pun didirikan. Selain kemahiran
membaca dan menulis, pelajar perempuan juga diajar kemahiran memasak, menjahit dan
menjaga kebersihan diri.
Nama sekolah juga ditukarkan menjadi Sekolah Sacred Heart Mukah. Pada
masa Perang Dunia Kedua, sekolah telah ditutup. Semua bangunan sekolah dan bilik kediaman
paderi telah musnah dijilat api ketika pengeboman oleh Angkatan Udara Perikatan dalam tahun
1946. Selepas perang, sekolah dibuka semula pada tahun 1949 dengan menggunakan bangunan
‘convent’ sebagai bilik darjah buat sementara waktu. Apabila bangunan yang lengkap dengan
empat buah bilik darjah siap dipenghujung tahun 1949, maka kelas sementara di ‘convent’ pun
dipindahkan ke bangunan baru.
Pada tahun 1958, nama sekolah ini ditukar menjadi Sekolah Saint Patrick.
Sekolah ini mencatat sejarah dengan mengadakan kelas Tingkatan Tiga yang pertama, yang
hanya mempunyai sebelas orang pelajar. Dalam peperiksaan ‘Sarawak Junior’, sembilan orang
pelajar lulus dan dua lagi mendapat Sijil Tingkatan Tiga. Sebuah bangunan yang lengkap
dengan empat bilik darjah dan bilik guru dibina pada tahun 1961. Pada 1972 sebuah lagi asrama
lelaki dua tingkat didirikan dan mampu memuatkan seramai 160 orang pelajar lelaki. Bangunan
asrama yang lama telah diubahsuai menjadi bilik Sain Rumah Tangga. tahun 1967 unutk
mengasingkan sekolah menengah daripada sekolah rendah. Dengan ini, En Paul Boyer telah
dilantik menjadi Guru Besar Sekolah Rendah dan Father Ranymakers menjadi Pengetua
Sekolah Menengah.
Dewan sekolah dan sebuah bangunan khas untuk dua bilik makmal telah siap
pada tahun 1968. Secara tidak langsung, sekolah telah memiliki bilik makmal yang lengkap dan
pelbagai alat untuk proses pembelajaran Sains. Manakala, sebuah bangunan untuk empat bilik
darjah dibina pada tahun 1969 menjadikan jumlahnya 12 bilik darjah di sekolah ini.
1905-1907 : Rev. Fathe r Aleysius Sotter
1907-1941 : Rev. Father Anthony Mulder
1942-1945 : Sekolah tutup
(Perang Dunia Ke-2)
1946-1953 : Rev. Father William Boon
1953-1958 : Rev. Father Mathew Dunne
1958-1961 : Rev. Father I.Van Rooyen
1961-1964 : Re v. Father H. Me lis
1964-1966 : Rev Father J.Burton
1966-1967 : Re v. Father A. Rany Makers
1968-1970 : Rev. Father M. McHugh
1970-1978 : En.N. Wong Yew Tung
1979-1981 : En. Bonaventure Hamdan
1981-1992 : En. Thomas Tudin
1993-1996 : Cik Catherine Robert Mowe
1996-1997 : En Aseng Kuman
1998-2006 : Cik Tham Yoh Yin
2006-2012 : En Aseng Kuman Buyun
Statistik Guru & Staff SPS
Bilangan 50
40
30 AKP
20
10 GURU
0 JUMLAH
LELAKI 50
12
PEREMPUAN JUMLAH
GURU LELAKI PEREMPUAN
AKP 21 29
3 9
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia.
Ucapan terima kasih kepada warga sekolah kerana sudi memberi ruang kepada saya
untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majalah sekolah bagi tahun 2018.
Ucapan tahniah dan syabas buat warga sekolah khususnya sidang redaksi majalah
yang telah berjaya menerbitkan majalah sekolah 2018. Juga ucapan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi
menyempurnakan penerbitan majalah sekolah ini.
Saya yakin majalah sekolah ini dapat memperlihatkan solidarti,komitmen,usaha dan
kegigihan dalam meneruskan legasi kegemilangan sekolah. Semoga majalah sekolah
ini dijadikan sebagai panduan bagi meningkatkan semangat cinta terhadap sekolah
serta meneruskan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah.
Akhir kata, saya menyeru kepada semua warga sekolah untuk sama-sama
menggembeling tenaga dengan penuh iltizam ke arah mempertingkatkan
penguasaan ilmu demi kejayaan dan kegemilangan agama,bangsa dan negara.Saya
berharap usaha murni ini dapat memenuhi visi pendidikan dan aspirasi murid untuk
keperluan negara pada masa hadapan.
SELAMAT MAJU JAYA!
Datuk Dr.Amin Bin Senin
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera. Salam Sayangi Malaysiaku dan Salam Menjulang
Pendidikan Negeri Sarawak.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan hidayah-Nya, saya diberi kesempatan untuk
melakarkan sepatah dua kata dalam majal ah sekol ah pada tahun ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh
warga sekolah khususnya sidang redaksi majalah sekolah yang telah berjaya menzahirkan majalah sekolah tahun
2019. Segala usaha dan sumbangan karya warga sekolah dal am penerbitan majalah ini akan menjadi sumber i nspirasi
dan meningkatkan semangat bersatu padu, proaktif serta jati di ri kita semua dalam menjulang pendidikan negeri
Sarawak yang kita cintai.
Saya yakin dan percay a usaha gigih warga sekolah y ang menyumbang idea dalam majalah ini, pas tinya mencermi nkan
kemenjadian murid s elari dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) ke arah
sekolah berkualiti dan kemenjadian murid secara holistik. Hasrat dan harapan ini sememangnya harus diperkukuhkan
bagi melahi rkan generasi abad ke-21 yang memiliki ciri-ciri pembelajaran abad ke-21. Semestiny a, Pendidikan Abad
ke-21 (PAK21) telah menjadi satu pendekatan yang berkes an dan relev an dalam dunia pendidikan kerana ia dilihat
mampu memenuhi keperluan pendidikan pada mas a kini, di samping membawa perubahan baru dalam duni a
pendidikan. PAK21 merupakan pros es pembelajaran yang berpus atkan kepada murid yang menerapkan beberapa
elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.
Kelas abad ke-21 ini sangat sesuai dilaksanakan kerana ia banyak memberi impak yang positif dal am diri murid.
Dengan wujudnya kelas abad ke-21 ini, murid-murid akan dilatih untuk memiliki kemahiran yang boleh digunakan
pada mas a akan datang seperti kemahi ran komunikasi yang baik, mampu berkolaborasi dan menyelesaikan masalah
berdasarkan realiti kehidupan. Selain itu, murid juga bersedia untuk menghadapi peperiksaan, di mana peperiksaan
kini diterapkan dengan unsur-unsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Oleh i tu, guru perlu kreatif dan kritis
dalam mendidik murid-murid untuk menjadikan mereka seorang insan yang berguna dan berkualiti setelah tamat
alam persekolahan kelak.
Justeru, kita semua harus memanfaatkanny a untuk memacu transformasi pendidikan dan mengekalkan usaha ini bagi
menjulang pendidikan khususnya di negeri Sarawak yang tercinta. Say a berharap coretan, karya dan paparan sejarah
yang berkualiti ini merangkumi kepelbagaian bidang dalam pendidikan.
Saya yakin penerbitan majalah ini mampu menggambarkan keprihatinan dan kesungguhan warga sekolah dalam
meningkatkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap sekolah dan negara Malaysia khususnya. Penerapan
nilai cinta (love), kebahagiaan (happiness) dan saling hormat-menghormati (mutual respect) perlu menjadi budaya,
pegangan dan panduan kepada kita semua.
Akhir kata saya menyeru kepada semua warga sekolah supaya bersama-sama bergandi ng bahu ke arah penguas aan
ilmu serta peningkatan sahsiah di ri demi agama bangsa dan negara. Kerjasama dan keyaki nan semua pihak sudah
semestinya akan melahirkan bangsa Malaysia yang berkualiti cemerlang dan gemilang di masa hadapan.
Sekian terima kasih
"FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH"
(Dr. HAJI AZHAR BIN HAJI AHMAD)
Pengarah Pendidikan Sarawak
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dan
Salam Sejahtera
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya berpeluang mengabadikan perutusan untuk
majalah Tibow tahun 2019 ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam
penerbitan majalah Tibow untuk ke sekian kalinya pada tahun ini.
Sekolah sebagai institusi pendidikan berperanan untuk membangun dan mengembangkan potensi murid-
murid dalam pembelajaran mereka. Potensi yang ada dalam diri murid-murid kita bukan untuk dibeza-
bezakan melalui pencapaian dalam peperiksaan. Murid-murid kita perlu dibentuk selari pembelajaran
berorientasikan perkembangan melalui pembinaan watak dan pembangunan sahsiah. Dalam Naratif Baharu
Amalan Pendidikan 2019 memfokuskan Pembelajaran Berasaskan Perkembangan Murid sebagai keutamaan.
Strategi pengajaran berpusatkan murid dengan menggariskan beberapa pendekatan seperti Pembelajaran
Bermakna dan Didik Hibur, Pembelajaran Abad ke-21(PAK21), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Sekolah
Transformasi 2025 (TS25) mampu untuk memacu perubahan dalam pedagogi guru.
Sebagai sokongan kepada perubahan ini, guru-guru tidak akan dipinggirkan dalam mendepani dasar-dasar
baharu yang sedang dan akan dilaksanakan malah akan dibimbing dan turut dibangunkan melalui Sokongan
Professional secara formal. Sokongan ini boleh hadir daripada Rakan Peningkatan Sekolah (SIP+),
Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+), Rakan Kepimpinan Pendidikan dan Instruksional (ELIT)
atau melalui Komuniti Pembelajaran Professional (PLC). Walau bagaimanapun, dasar-dasar yang sedang dan
akan dilaksanakan tidak mampu memberi kesan yang positif seandainya sikap dan tindakan kita tidak selari
dengan agenda perubahan tersebut. Oleh itu School Leaders Team (SLT), Middle Leaders Team (MLT), guru-
guru, murid-murid dan inisiatif Pelibatan Ibu bapa dan Komuniti (PIBK) berperanan dan bertanggungjawab
memahami seterusnya merealisasikan semua bentuk perubahan dan penambahbaikan yang sedang dan akan
dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Syabas dan tahniah sekali lagi kepada warga sekolah dan ibu bapa kerana berjaya memanfaatkan pelbagai
aplikasi atas talian yang membantu melicinkan pengurusan sekolah dan maklumat pencapaian murid dapat
diakses dengan lebih cekap dan berkesan. Semoga penglibatan semua pihak ini mampu melonjakkan prestasi
sekolah ke persada kecemerlangan seperti yang dihajati oleh seluruh warga SMK St. Patrick.
Akhir kata, tahniah kepada Sidang Redaksi majalah Tibow 2019 atas usaha dan inisiatif menerbitkan majalah
ini. Semoga penerbitan majalah ini akan membawa manfaat kepada semua pihak dalam usaha untuk
mengiktiraf peranan sekolah sebagai institusi penjana modal insan berkualiti.
Sekian, wassalam.
Salam sejahtera,
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada semua AJK Sidang Redaksi TIBOW Jilid Ke-
24 Tahun 2019 yang terlibat dalam menghasilkan majalah ini. Terima kasih kepada semua pihak yang juga
secara langsung dan tidak langsung turut membantu dalam menyempurnakan penerbitan majalah ini.
Penerbitan majalah ini bukan sekadar mencatat kenangan indah zaman persekolahan, bahkan merupakan satu
dokumen penting yang merakamkan pelbagai peristiwa bersejarah yang autentik dan rasmi untuk rujukan di
kemudian hari sejak sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1905.
Sepanjang tahun ini, pihak sekolah telah berjaya melaksanakan segala dasar di bawah Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk mentransformasikan sekolah ke arah sebuah institusi yang
berupaya menawarkan pendidikan yang berkualiti sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sekolah ini telah melakar banyak kejayaan dalam pelbagai bidang. Antara kejayaan ialah mencapai peningkatan
dalam Gred Purata Sekolah (GPS) dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) iaitu dari 4.26 (2017) ke 4.13 (2018) dan
peratusan pelajar lulus dalam peperiksaan telah meningkat dari 82.11% (2017) ke 85.15% (2018) walau pun
dari segi GPS ada penurunan, namun dari segi kualiti jumlah pelajar yang mendapat 4A ke atas telah
menunjukkan peningkatan iaitu seramai 9 orang berbanding dengan 5 orang pada tahun 2017. Seramai 42 orang
pelajar telah berjaya melanjutkan pelajaranke Tingkatan 6 Rendah dan institusi pengajian tinggi.
Dalam bidang ko-kurikulum dan sukan pula, sekolah ini telah meraih banyak kejayaan sehingga peringkat
kebangsaan dan antarabangsa. Antara kejayaan yang amat dibanggakan ialah pencapaian pasukan Taekwondo
(Kebangsaan dan antarabangsa), Robotik dan Drone (Kebangsaan dan antarabangsa), Wushu (Negen dan
antarabangsa) dan Kelab Pencinta Alam Sekitar (Johan Negeri) Syabas dan tahniah kepada semua guru, ibubapa
dan pelajar yang terlibat.
Selain itu, aktiviti yang melibatkan ibubapa (PIBG) dan komuniti setempat juga dilaksanakan dengan jayanya. Ini
termasuk Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, Fun Run PIBG dan aktiviti sumbangan dana Alumni. Pihak
agensi tempatan, swasta dan individu (termasuk wakil rakyat) juga banyak membantu dan sumbangan dana,
kepakaran, peralatan dan tenaga. Penglibatan pihak-pihak berkenaan telah banyak membantu pihak sekolah
dalam merealisasikan Program Tarnsformasi Sekolah (TS25) untuk menjadikan sekolah ini sebuah sekolah yang
cemerlang dalam pelbagai aspek.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan
Negeri Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah Mukah, Lembaga Pengurus Sekolah, PIBG, Alumni dan pihak yang
terlibat atas segala sokongan dan kerjasama dalam membantu merealisasikan pelbagai program dan aktiviti
sekolah sepanjang tahun ini. Bersama-samalah kita terus menjulang SMK St Patrick dan pendidikan Bumi
Kenyalang
"UP, ST. PATRICK UP! UP!"
Sekian. Terima kasih.
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya saya berpeluang
mengabadikan perutusan untuk majalah TIBOW edisi ke 24. Syabas dan tahniah
saya ucapkan kepada seluruh warga sekolah khususnya sidang redaksi majalah
sekolah yang telah berjaya menerbitkan majalah sekolah tahun 2019. Segala usaha
dan sumbangan inisiatif warga sekolah dalam penerbitan majalah ini amatlah
dihargai dan disanjung tinggi.
Kecemerlangan yang telah dicapai oleh SMK ST Patrick Mukah sepanjang tahun
2019 dalam semua aspek perlu diteruskan dan ditingkatkan lagi dimasa yang
mendatang agar visi yang dijana oleh pihak sekolah dapat direalisasikan agar
terus cemerlang.
Saya rasa amat berbangga dengan pencapaian sekolah pada tahun 2019 dan
berharap agar sekolah ini terus cemerlang di masa yang mendatang. Terima Kasih
saya ucapkan kepada semua sumbangan yang diberikan oleh syarikat dan orang
perseorangan kepada PIBG dan sekolah untuk menjayakan satu sesi persekolahan
pada tahun 2020 Insyallah.
Semoga Allah SWT membalas jasa baik tuan puan. Akhir kata, saya yakin dan
percaya warga SMK ST Patrick Mukah akan terus berjuang untuk melahirkan
pelajar yang cemerlang di masa yang mendatang.
SELAMAT MAJU JAYA
ِب ْس ِم اللِه ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, tiada apa yang mampu diungkapkan untuk menzahirkan kegembiraan selain puji-pujian
yang hanya layak untuk Allah SWT. Dengan izin dan limpah rahmatNya, akhirnya Majalah Tibow bagi
tahun 2019 berjaya diterbitkan. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberi kepercayaan
kepada saya dalam menerajui terbitan kali ini. Tidak dinafikan ianya merupakan pengalaman berharga
yang mencabar kemampuan diri.
Menyedari hakikat bahawa majalah sekolah mampu menjadi catatan kenangan terindah yang akan
dirindui pada masa hadapan, telah mendorong kru sidang redaksi untuk memberikan yang terbaik
dalam menghasilkan majalah ini, Oleh itu, team sidang redaksi Majalah Tibow edisi ke-24 ingin
mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada YDP PIBG, En Zaidi Bin Morshidi serta
semua ahli PIBG, Tuan Pengetua, En. Anthony Poon Teck Huat, penolong-penolong kanan, ketua-ketua
bidang, guru-guru, barisan AKP, para pelajar dan seluruh warga SMK St. Patrick yang terlibat secara
langsung mahupun tidak dalam menjayakan penerbitan majalah ini. Sesungguhnya saya amat
menghargai setiap effort yang diberikan. Semoga setiap sumbangan yang kita berikan akan dikira di sisi
Allah sebagai amal.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada team hebat saya yang bertungkus lumus dalam
menjayakan misi kali ini. Walaupun dengan kekangan masa, sibuk dalam melunaskan tanggungjawab
hakiki dan tugasan lain, kita masih mampu menjana minda untuk berusaha membuat penambahbaikan
serta mencari kelainan dalam edisi kali ini, hanya bagi memastikan Majalah Tibow menjadi majalah
yang lebih bermutu saban tahun.
Di kesempatan ini, sebagai penyelaras, saya ingin memohon berjuta kemaafan seandainya wujud
kesilapan yang tidak disengajakan dalam terbitan majalah kali ini.
Akhir kalam, harapan saya semoga majalah ini mampu menjadi salah satu catatan memori yang diingati
terutamanya untuk pelajar yang akan meninggalkan alam persekolahan. Semoga Majalah Tibow dapat
dihasilkan dengan lebih gemilang pada tahun-tahun yang akan datang.
Sekian.
Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca majalah tibow edisi ke 24. Terlebih dahulu
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sidang Redaksi Tibow 2019 kerana memberi
peluang untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah ini bagi mewakili Lembaga Pengawas Sesi
2019.
Tugas sebagai seorang pengawas bukanlah satu tugas yang boleh diambil mudahh.Hal ini kerana
tugas ini memerlukan komitmen ,kerjasama,akauntabiliti,ketegasan,dan semangat juang yang tinggi
dalam menghadapi pelbagai situasi yang sering memerlukan khidmat seseorang pengawas dalam
menjalankan tugas ini pelbagai kerenah dan ragam pelajar yang perlu dilalui khasnya berdepan dengan
pelajar yang bersikap nakal dan antidisiplin. Namun demikian, berbekalkan komitmen dan semangat
yang jitu serta kerjasama daripada semua Badan Pengawas Sesi 2019 segala cabaran mampu diatasi.
Dengan kesempatan ini, saya ingin menyeru kepada semua warga St Patrician (SPS) agar sama-sama
kita menghormati peraturan sekolah dan mengharumkan nama sekolah sama ada dalam aspek akademik
atau kokurikulum. Selain itu saya juga berharap agar warga SPS akan memberikan sumbangan kepada
sekolah dalam pelbagai aspek sejajar dengan moto sekolah “BERKORBAN, BERUSAHA dan BERDOA”.
Sebagai penghias bicara akhir, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru yang
telah memberi tunjuk ajar,bimbingan dan nasihat kepada kami iaitu BADAN PENGAWAS sekolah
sepanjang kami menjalankan tugas. Saya juga mewakili semua pelajar tingkatan 5 2019 memohon
ampun dan maaf sekiranya sepanjang kami berada di sekolah ini terdapat kesilapan tutur kata dan
tingkah laku yang tidak disenangi sepanjang bergelar pelajar.
“Amun salakjengap kou,salaktigap kou,
Mengakun akou,menyu’un pu’un akou,
Menyabek apun,menyabektabun,
Menyabek sisek,menyabek asek.”
SEKIAN,TERIMA KASIH.
UP, ST PATRICK UP, UP
EN. SILVESTER ALAN WILLIAM
PERKHIDMATAN DI SMK ST PATRICK:
16 OKTOBER 2000 [GURU AKADEMIK]
01 JANUARI 2008 [PK HEM]
01 MAC 2009 [PK KOKURIKULUM]
16 DISEMBER 2011 [PK HEM]
14 JANUARI 2018 [PK PENTADBIRAN]
14 JANUARI 2019
[PENGETUA SMK THREE RIVERS MUKAH]
EN. ALI BIN JUNAIDI
BERKHIDMAT DI SMK ST PATRICK
SELAMA 34 TAHUN
[PENCEN]
25 JUN 1985 - 13 MAC 2019
[PEMBANTU AM]
SESI PAGI
SESI PETANG
SESI PAGI
SESI PETANG
SESI PAGI
SESI PETANG
ANUGERAH PERKHIDMATAN
CEMERLANG
PELAJAR CEMERLANG SPS
2018
KEJOHANAN BADMINTON MSS KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSS
26–28 FEBRUARI 2019 24 FEBRUARI—31 MAC 2019
DEWAN BALAI POLIS &
STADIUM DATUK KAWADA, KUCHING
DEWAN METHODIST, MUKAH
PERTANDINGAN CABARAN
PERTANDINGAN INTERAKTIF PENGGUNA,
BORNEO
KELAB PENGGUNA SEKOLAH
INTERNATIONAL (CIPKPS)
DRONE &
23 –24 APRIL 2019
ROBOTICS EXPLORE KEM BELIA KEMUYANG, SIBU
(DROBOTEX)
MAJLIS
4-6 OKTOBER 2019 PENUTUPAN RASMI
BORNEO CONVENTION
MTQSS DAN FNSS
CENTRE KUCHING 29 APRIL 2019
DEWAN SERBAGUNA
POLITEKNIK MUKAH
KARNIVAL
KEBUDAYAAN
CINA
26 MEI 2019
THE GRAND HALL,
KINGWOOD
MUKAH
KEJOHANAN KEJOHANAN TARIAN
TAEKWON-DO (MGTF) NAGA, SINGA DAN
WUSHU
SEKOLAH-SEKOLAH MENGIKUT UMUR
SARAWAK KALI KE-19 SEKOLAH
RENDAH DAN
DAN TERBUKA MENENGAH NEGERI
SARAWAK
SARAWAK 2019 28-30 JUN 2019
24-25 OGOS 2019 KPCA PEOPLE’S
SWAN SQUARE, SIBU CENTRE,
KUCHING
PERSIDANGAN KELAB
PENCINT A ALAM PERTANDINGAN
GENDANG CINA 24
SEKIT AR (PALS) KE-2
PERINGKAT NEGERI PERAYAAN
SARAWAK SEMPENA 26 MEI 2019
ULANG T AHUN KE-25 THE GRAND HALL,
KINGWOOD
NREB RESORT MUKAH
24-25 OGOS 2019
SWAN SQUARE, SIBU
PERT ANDINGAN REKACIPTA
BAHAN T ERBUANG SEMPENA
SAMBUT AN MINGGU INNO-
WASTE PERKHIDMATAN AWAM
PERINGKAT NEGERI SARAWAK
26 SEPT EMBER 2019
DEWAN SUARAH MESRA MUKAH
BOLA SEPAK MSSS
18TKB
30 JUN -3 JULAI
2019
KOMPLEKS SUKAN
SARATOK
PERKHEMAHAN
PERDANA
KADET REMAJA
SEKOLAH (KRS)
14-17 OKTOBER
2019
KEM BELIA
MUKAH
KEJOHANAN
MERENT AS DESA
26 JANUARI 2019
SMK ST PAT RICK,
MUKAH
MUKAH
KEJOHANAN
BADMINTON
MSS
31 JANUARI
2019
DEWAN KPSU,
MUKAH
KEJOHANAN
OLAHRAGA
MSS
5-7 MAC 2019
STADIUM
SARIKEI
PERTANDINGAN PEMILIHAN
KALIGRAFI CINA KEJOHANAN
16 FEBRUARI 2019 SUKAN
DEWAN STELLA OLAHRAGA
5 OKTOBER
DUCE, SPS
2019
STADIUM
MUKAH
[KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSS] [17-19 JANUARI 2019] [SJKC CHONG BOON, MUKAH]
KEJOHANAN KEJOHANAN
BOLA SEPAK MSS BOLA SEPAK MSS
18TKB 15TKB
16-18 APRIL 2019 23-25 APRIL 2019
SMK AGAMA IGAN
SMK OYA
MAJLIS T ADARUS
ALQURAN
SEKOLAH-
SEKOLAH
04 APRIL 2019
SK AGAMA (MIS)
MUKAH
MAJLIS
T ADARUS &
KHAT AM
AL-QURAN
PERDANA
23-25 APRIL 2019
MASJID SET IA
RAJA, MUKAH
[SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1441H & FUN RUN MASJID] [9-10 NOVEMBER 2019] [MASJID SETIA RAJA, MUKAH]
PROGRAM
GOT ONG ROYONG
MEMBERSIH T APAK
PEST A KAUL
MUKAH
ANJURAN MDDM
T APAK PESTA
KAUL, MUKAH
KEJOHANAN WUSHU PROGRAM
SEKOLAH RENDAH “THINK
DAN MENENGAH GREEN,
MENGIKUT UMUR
BUILD GREEN
27 APRIL 2019 CAMP”
DEWAN TERBUKA SJKC
CHONG BOON, MUKAH 7-8 OGOS 2019
UITM KAMPUS
KEJOHANAN
PEMBANGUNAN MUKAH
BOLA SEPAK PIALA
EMAS YAYASAN FUTSAL
SARAWAK-JPN VETERAN DAN
ZON T ENGAH 2
WANITA
9-11 OKT 2019 (PSKPP)
SMK BELAWAI 27 JULAI 2019
GELANGGANG
FUTSAL
SMK MUKAH
KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA RUMAH SUKAN
[KOAR] [24-26 APRIL 2019]
BULAN AKADEMIK DAN KARNIVAL KELAB PERSATUAN
[SEPANJANG BULAN JULAI 2019]
PENYERAHAN INSENTIF
KEPADA UNIT KOKORIKULUM
DARIPADA ALUMNI SMK ST PATRICK, MUKAH
FUN RUN SPS 2019
[24 OGOS 2019]
SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN
[3 JULAI 2019}
CERAMAH PENJAGAAN KESIHATAN
GIGI & KERJAYA BIDANG PERGIGIAN
DARI DR NOOR FADZILLAH BINTI
AMIRUDIN
HARI KELUARGA &
PRA RAMADAN SPS 2019
[04 MEI 2019}
PROGRAM AGIHAN BUBUR
LAMBUK
SAMBUTAN GAWAI RAYA
KEM KEPIMPINAN
PENGAWAS
KRUSUS KEPIMPINAN
MUDA SPS
HARI PERMUAFAKATAN
MAJLIS BERKAT ILMU
MESYUARAT PIBG
JERAYAWARA
ANTIDADAH
MAJLIS PERASMIAN
PROJECT OF DREAM REALIZED
(PRODR) ROADSHOW
SIRI KE-5 2019
PROGRAM JOM KE
SEKOLAH
PROGRAM JOM MEMBACA 10 MINIT
PROGRAM MOTIVASI
PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5
PROGRAM SEMARAK STEM