The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mroun76, 2022-05-11 23:29:33

tennis

kaedah

Pendidikan Jasmani :
Permainan Tenis

Pengenalan

Tenis merupakan satu permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang
sama ada di luar mahupun di dalam dewan yang tertutup. Tenis boleh dimainkan oleh
semua peringkat umur, lelaki dan wanita secara perseorangan, beregu dan beregu
campuran. Antara peralatan utama yang diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti
gelanggang, raket dan bola. Selain itu, peralatan pemain juga harus disediakan.

Maklumat Tentang Peralatan Permainan Tenis

Gelanggang

Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang
gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperuat daripada kayu,
simen atau parguay. Saiz gelanggang permainan tenis untuk perseorangan ialah 8.23
meter lebar dan 23.77 meter panjang. Saiz gelanggang untuk permainan bergu pula ialah
10.97 meter lebar dan 23.77 meter panjang. Gelanggang tenis hendaklah ditandakan
menggunakan garisan putih dengan jelas, tebal garisan adalah 5 cm kecuali di bahagian
belakang garisan terdapat 10 cm. Rajah di bawah merupakan contoh gelanggang tenis.

Jaring

Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang
dipintal dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitupi dengan pita putih.
Bahagian bawah jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya mesti 0.91
meter tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya.
Jaring mestilah dipasang tegang semasa permainan.

Raket

Semasa memilih raket permainan tenis, seseorang pemain haruslah mengambil
kira tentang jenis raket yang sesuai dengan dirinya, terutama dari segi keselesaan
pegangannya. Ada raket yang bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium,
plastik dan besi. Selain itu, beratnya juga adalah berbeza. Bagi pemain lelaki berat raket
hendaklah diantara 282.7 hingga 396.9 gram, manakala bagi pemain wanita pula
beratnya hendaklah diantara 368 hingga 382 gram.

Bola

Warna bola tenis biasanya hijau kekuningan. Berat satu-satu bola tenis ialah
diantara 56.0 hingga 59.4 gram. Saiznya pula ialah diantara 6.25 hingga 6.57 cm
diameter. Bola tenis haruslah dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan
kering.

Pakaian Pemain

Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan.
Mereka haruslah memastikan pakaian tersebut tidak menjadi penghalang yang boleh
mengganggu perjalanan sesuatu permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam
hendaklah dipakai. Bagi sukan perseorangan pula, pemakaian pakaian seragam juga
diperlukan walaupun mereka bermain secara perseorangan atau beregu. Pakaian pemain
tenis terdiri daripada seluar pendek atau seluar trek panjang, baju-T berkolar atau tanpa
kolar, stoking dan kasut getah. Untuk pemain wanita pula, skirt atau seluar panjang
sukan digunakan. Biasanya semua peralatan ini berwarna putih.

Pakaian Seragam Tenis Lelaki

Pakaian Seragam Tenis Perempuan

Pengawai Permainan

Pegawai utama dalam sesuatu perlawanan tenis adalah pengadil. Pengadil akan
berada di tepi bahagian tengah gelanggang, iaitu diluar tempat jaring dipasang. Biasanya
temapt duduk khas disediakan untuk pengadil. Pengadil akan menentukan peraturan dan
undang-undang permainan yang dipatuhi oleh pemain, mengira pungutan mata dan
memulakan serta menamatkan permainan. Pengadil akan dibantu oleh beberapa orang
pegawai permainan yang lain terdiri daripada seorang pengadil jaring dan beberapa
orang penjaga garisan dan pengadil servis. Selain itu, terdapat juga dua orang pencatat
mata dan pemungut bola dalam permainan yang bertaraf kebangsaan atau antarabangsa.

Cekak

Dalam permainan tenis, grip atau cekak raket adalah penting. Tiga cekak utama yang
penting dalam permainan ialah cekak timuran (eastern grip), cekak barat (western grip)
dan cekak kontinental (continental grip). Cekak ini terbahagi kepada dua bahagian pula
iaitu bahagian hadapan dan bahagian belakang.

Cara Bermain

Memilih Raket

Proses ini adalah penting kerana keselesaan memegang raket menentukan
keselesaan perjalanan permainan tenis seseorang pemain. Apabila memilih raket dua
perkara utama harus diberi tumpuan iaitu :

• Saiz gengaman tangan

• Saiz dan berat raket

Raket-raket yang lebih ringan dan kecil saiznya adalah lebih sesuai bagi mereka yang
baru atau mula bermain tenis.

Cara Memegang Raket Tenis

Cara memegang raket bergantung kepada jenis pukulan. Terdapat dua cara
memegang raket tenis iaitu cekak hadapan dan cekak kilas. Dalam permainan, seseorang
pemain boleh menukarkan cara memegang raket dari semasa ke semasa bagi
menyesuaikan pukulan yang dibuatnya. Rasa selesa semasa pegangan raket perlulah
diutamakan.

Tempoh Permainan

Sesuatu permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk
tiga set dikira pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan kemenangan
dua set dikira sebagai pemenang. Untuk bahagian wanita pula, satu permainan
mengandungi tiga set dan kemenangan dua set dikira pemenang. Tiada masa dihadkan
bagi sesuatu set, yang pastinya pemain yang menamatkan permainan lebih dahulu
daripada lawannya dikira pemenang. Masa 10 minit diperuntukan kepada pemain untuk
berehat selepas set ketiga bagi lelaki dan pusingan kedua bagi wanita.

Cara Mendapatkan Mata

Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan badminton.
Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan
sekurang-kurangnya ada empat kali servis.

Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0. Mana-mana pemain yang berjaya
memungut mata pertama, matanya dikira 15-0; mata kedua yang dipungut dikira 30-0;
dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0. Mata seterusnya yang
diperolehi oleh pamain berkenaan akan menamatkan permainan dan membawa
kemenangan kepadanya. Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira
dahulu.

Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata sam, matanya dikira 40-40 dan ini
memaksa dius. Untuk mencapai kemenangan salah seorang pemaian harus mendapatkan
dua mata melebihi lawannya. Oleh itu, pemula servis perlu mendahului lawannya
dengan satu mata.

Demi mendapatkan mata kedua pemain akan membuat servis di sebelah kiri
gelanggangnya dan pungutan mata akan dikira seperti yang diterangkan tadi. Seseorang
pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk memenangi sesuatu set.

Walaubagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan diteruskan
sehingga salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya. Dalam sesuatu
permainan terdapat lima set maksimum untuk menentukan kemenangan. Bergantung
pada jumlah set yang dimainkan, seseorang pemain dikira pemenang apabila dia
mendahului tiga set daripada lawannya.

Memulakan Permainan

Permulaan permainan ditentukan secara undian, iaitu bagi menentukan pemain
yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat serta para pegawai
permainan sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan.

Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat
membuat servis yang disediakan disebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan akan
berada dibahagian kanan gelanggangnya.

Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke kawasan
servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan ini, pembuat
sevis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua. Jika bola daripada
servis kedua ini juga terkeluar, maka markah akan diberikan kepada pemain lawan (B).
Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha mematikan bola ke
kawasan lawannya.

Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang, pemain berkenaan
akan membuat sevis di sebelah kiri gelanggang untuk mendapatkan mata kedua.
Selepas itu, kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-giliran sehingga
salah seorang daripada mereka mencapai kemenangan.

Dalam Permainan dan Tamat Permainan

Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu
mati. Dalam hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali atas
persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu, mana-mana pemain boleh memukul bola
kecuali semasa membuat servis kerana pembuat servis yang berhak sahaja dibenarkan.
Pengadil utama yang mengawasi permainan akan memberikan isyarat jika permainan
ditamatkan.

Permainan ditamatkan setelah pemenang ditentukan. Bahagian lelaki pertandingan

yang diiktirafkan adalah dalam tiga set yang terbaik dan bagi wanita ia dimainkan dalam
dua set yang terbaik. Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain bersalaman sesama
sendiri dan dengan pengadil sebagai tanda hormat.

Aspek Keselamatan

Sebagai pemain tenis, terdapat beberapa aspek keselamatan yang harus dipatuhi :
I. Jangan bermain ketika hujan dan kilat.
II. Lap gelanggang jika ada takungan air.
III.Minum lebih air jika cuaca panas.
IV. Pakai kasut dan pakaian yang sesuai.
V. Jangan bergurau di dalam gelanggang.
VI. Jangan membawa makanan dan minuman ke gelanggang.

Pendidikan Kesihatan :
Kesenggangan, Rehat,

Istirahat dan Tidur

Pengenalan

Manusia perlu rehat di dalam setiap aktiviti. Rehat adalah penting dan rehat
selalunya dikaitkan dengan tidur. Setiap manusia memerlukan rehat yang mencukupi.
Ramai orang menganggap bahawa rehat yang cukup diperlukan untuk badan yang cergas
serta otak yang cerdas. Dalam hal ini terdapat banyak definisi tentang jumlah masa
digunakan untuk rehat yang baik dalam setiap hari, iaitu

 Kesenggangan
 Rehat
 Istirahat
 Tidur

Kesenggangan

Kesenggangan ialah waktu terluang yang diisi dengan sebarang aktiviti yang
digemari. Biasanya waktu terluang ini diisi dengan sebarang aktiviti yang tidak
membebankan badan dan otak. Walaupun begitu, sesetengah orang lebih gemar mengisi
waktu senggangnya aktiviti yang produktif seperti melukis, menggubah lagu, menyiram
pokok bunga dan sebagainya. Waktu senggang ini juga boleh digunakan untuk
memulihkan keadaan badan dan otak yang telah penat bekerja, iaitu dengan cara berehat
atau tidur. Setiap hari kita perlu mempunyai waktu kesenggangan yang berkualiti pada
masa tertentu.

Rehat

Rehat merupakan tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan
sesuatu aktiviti fizikal atau mental atau melakukan aktiviti yang ringan. Contohnya,
waktu rehat di sekolah atau waktu rehat bagi orang yang bekerja di pejabat. Waktu
rehat boleh digunakan untuk mengurangkan keletihan serta menghilangkan rasa lapar
dan dahaga. Untuk merehatkan badan yang telah keletihan, kita boleh melakukan aktiviti

ringan seperti membaca, bermain congkak atau permainan dalaman yang lain. Selain
itu, kita boleh merehatkan otak yang telah penat berfikir dengan melakukan aktiviti
seperti mendengar muzik, membaca majalah, bermain dan bersiar-siar.

Istirahat

Istirahat ialah satu tempoh masa terluang yang diisi dengan aktiviti ringan dan
tidak aktif seperti mendengar muzik, melukis atau tidur sejenak. Semasa masa istirahat,
kita berasa amat tenang. Ketegangan dan stres juga dapat dilegakan. Setiap hari badan
dan otak kita memerlukan istirahat.

Tidur

Tidur merupakan waktu rehat yang lebih panjang. Semasa tidur, kita melelapkan
mata dan badan berehat sepenuhnya. Pada masa ini, denyutan jantung menjadi rendah
dan tekanan darah menurun. Pernafasan kita juga menjadi rendah kerana keperluan
oksigen semasa tidur adalah rendah. Oksigen hanya diperlukan untuk pemulihan tisu
serta penghasilan sedikit tenaga untuk metabolisme asas. Suhu badan juga menurun
sedikit, otot relaks atau berada dalam keadaan rehat. Otak menjadi tidak aktif. Keadaan
ini dapat merehatkan badan sepenuhnya. Apabila bangun tidur badan akan berasa segar
dan fikiran juga akan menjadi tenang.

Masalah Akibat Kekurangan Tidur

 Menyebabkan masalah tidur seperti Insomia, gangguan tidur dan kurang tidur.
 Menyebabkan kita mengantuk dan tidak boleh menumpukan perhatian kepada

pekerjaan pada keesokan hari.
 Ingatan dan keupayaan fizikal dijejaskan.
 Seseorang kurang tidur memerlukan tempoh tidur yang lebih lama untuk

mengembalikan semula tenaganya.

Maklumat tentang Insomia

Insomia merupakan masalah kesihatan yang menyebabkan seseorang tidak boleh tidur.
Insomia boleh dielakkan dengan :-

• Mengekalkan waktu tidur yang teratur.
• Tidur dalam persekitaran yang selesa, tidak bising, tidak mempunyai pencahayaan

yang terlalu terang serta mempunyai pengudaraan yang baik.
• Elakkan bersenam tiga atau empat jam sebelum tidur.
• Elakkan mengambil minuman berkafein.

Faedah-faedah Kesenggangan, Rehat, Istirahat dan Tidur

 Memberi peluang kepada badan dan otak untuk pulih daripada keletihan.
 Memastikan badan dapat berfungsi dalam keadaan yang optimum.
 Fungsi-fungsi biokimia dalam tubuh dapat dipulihkan dan maklumat-maklumat

dalam sistem saraf dapat disusun semula.
 Minda menjadi tenang dan badan menjadi segar.

-Tamat-


Click to View FlipBook Version