WATAN 2024/2025 N TUGAS GURU 2024/2025 KOKURIKULUM RU AS TUGAS KHAS SUKAN/ 1M1S BADAN BERUNIFORM KELAB PERSATUAN RUMAH SUKAN PASUKAN ELIT/SEK KOAKAD PENYELARAS BIDANG BAHASA PENYELARAS BIDANG KEMANUSIAAN PENYELARAS BIDANG SN & MATH PENYELARAS BIDANG VOTEK
96BIL UNIT PENGURUSAN & KURIKULUM HEM NAMA GURU TUGAS KHAS KETUA PANITIA TUGAS KHAS 9 Osman Bin Mat Isa 10 Azlin Binti Kamallulariffin SU ANJ. PERDANA SU PENDAFT. 11 Abdul Rashid Bin Osman SU PSS SU RIMUP SU PIBG 12 Ahmadan Bin Ghazali SU SURAU 13 Ang Ai Kim PEND. MORAL SU MAJALAH SEK 14 Beh Ai Ling BHS CINA 15 Che Sari Binti Ishak BIOLOGI 16 Chew Siau Huey FIZIK BENDAHARI PIBG 17 Cik Azlina Binti Othman SU KESIHATAN 18 Farizah Binti Sulaiman SU LADAP GKT SU BIASISWA 19 Hasniza Binti Hassan SAINS 20 Izati Binti Adnan SU PBD 21 Kamaruzaman Bin Ahmad EKONOMI 22 Karpagam a/p Kandasamy BHS TAMIL KST 23 Kausalya a/p Vikraman PEN. SU PEP DALAMAN 24 Mages a/p Venugopal SU TASK FORCE SPM SEJARAH 25 Mandip Kaur a/p Guardial Singh BI 26 Mandy Chin Wei Seen SU MAJLIS APRESIASI KOKU SU P.STRATEGIK (KOKU)
6 KOKURIKULUM GURU KELAS TUGAS KHAS SUKAN/ 1M1S BADAN BERUNIFORM KELAB PERSATUAN RUMAH SUKAN P. ELIT/SEK KOAKA PENY. S.TAKRAW PENY. BADMINTON PEND. ISLAM KEBUDAYAAN PENYELARAS STEM SAINS 401 RUKUN NEGARA PEN 203 KADET POLIS 102 STEM REKA CIPTA 504 JPJ 201 PUTERI ISLAM SU KOPERASI 302 BAHASA TAMIL P01 MERENTAS DESA PEN 303 CATUR 404 OLAHRAGA SU KOKU SU KEWANGAN SU P.KENYATAAN
97BIL UNIT PENGURUSAN & KURIKULUM HEM NAMA GURU TUGAS KHAS KETUA PANITIA TUGAS KHAS 27 Mat Fuzi Bin Awang SU LEM. DISIPLIN 28 Mohamad Zulkifli Bin Yahya PJPK 29 Mohammad Bin Jauhari 30 Mohammad Hafizul B Haron SU ICT SU DELIMa ASK 31 Mohammad Sofeanudden PSV 32 Mohd Razman B Abdul Rashid PEN. SU SIARAYA 33 Muhamad Suhaimi B Mohthar SU SIARAYA SU SPBT 34 Muhammad Fadzil Bin Mahadi SU 3K 35 Muhammad Faizzuddin B Ahmad Zaidi PEN. SU ICT PEN. SU KWAPM 36 Muhammad Hafriz Bin Ishak MATEMATIK 37 Muhammad Najib Bin Zainal 38 Musa Bin Mahamud SU APDM SU P.STRATEGIK (HEM) SU HEM 39 Nazwakifly Bin Bakar SU JMDS SU SK@S SU PENG. STOK PEN SU IDME 40 Noratika Binti Bakhtiar PENCATAT MINIT MESY GURU SU LITERASI PEN. SU HEM
7 KOKURIKULUM GURU KELAS TUGAS KHAS SUKAN/ 1M1S BADAN BERUNIFORM KELAB PERSATUAN RUMAH SUKAN P. ELIT/SEK KOAKA SU SUKAN SU SEGAK PENY BOLA SEPAK 2RKS STEM MATEMATIK BAHASA MELAYU 405 SENI VISUAL KETUA BADMINTON SEPAK TAKRAW KETUA 103 PENYELARAS 1RKA KRS KETUA 403 BENDAHARI KOPERASI KOPERASI 3RKS PEN. SU SUKAN PENY BALAPAN PENY. BOLA KERANJANG KETUA 402 SJAM
98BIL UNIT PENGURUSAN & KURIKULUM HEM NAMA GURU TUGAS KHAS KETUA PANITIA TUGAS KHAS 41 Norhaizam Binti Dan GEOGRAFI 42 Norshazwani Binti Mohd Shaharom SU PEP AWAM 43 Nur Farah Najiha Binti Hashim PENCATAT MINIT MESY GURU 44 Nur Liyana Binti Zailan 45 Nursyaheeda Binti Yusof PEN. SU PBD MTT 46 Rasnah Binti Mohamad RBT SU KANTIN 47 Rosnaini Binti Mohamad Salleh BM 48 Sanisah Binti Sarmun PI SU KWAPM 49 Siti Hajar Nur Binti Abu Sopiah PEN SU P. AWAM 50 Soh Suan Hua PEN SU TASK FORCE SPM 51 Thuneshwaran a/l Langar SU IDME PEN SU J. WAKTU 52 Vijayaranni a/p Ragavan SU PEP DALAMAN 53 Wan Nor Azura Binti Fauzi REKA CIPTA SU MKT 54 Wong Mei Leng KIMIA
8 KOKURIKULUM GURU KELAS TUGAS KHAS SUKAN/ 1M1S BADAN BERUNIFORM KELAB PERSATUAN RUMAH SUKAN P. ELIT/SEK KOAKA 101 PENY. PING PONG 301 PUSAT SUMBER 2RKA BOLA JARING 505 PENY. BOLA BALING 3RKA RBT PENY. BOLA JARING 202 BAHASA INGGERIS PEN. 502 PING PONG BOLA BALING PENYELARAS S & P 503 CATUR 501 BOLA KEERANJANG BAHASA CINA PEN.
WAKTU RASMI SEKOLAH: Isnin – Khamis : 7.30 Pagi – 2.30 Petang Jumaat : 7.30 Pagi – 12:00 tengah hari PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH: PERHIMPUNAN MINGGUAN ditetapkan pada setiap hari Isnin mulai jam 7.30 pagi hingga 8.10 pagi. Semua guru lelaki diminta memakai baju “Long Suite” manakala pakaian guru perempuan adalah bersesuaian dan blazer. Guru kelas diminta menguruskan rekod kehadiran murid kelas masing-masing 7 minit sebelum perhimpunan bermula. PERHIMPUNAN KOKURIKULUM ditetapkan pada hari Rabu 7:30 - 9:00 pagi setiap minggu. Semua guru penasihat dikehendaki berada di tapak perhimpunan dan tempat semasa sesi perjumpaan unit/ kelab masing-masing. PERHIMPUNAN HARIAN (ROLL CALL) diadakan setiap pagi bermula jam 7.20 pagi hingga 7.30 pagi. Semua guru kelas dan Penyelaras Tingkatan dikehendaki berada di tapak roll call untuk pengurusan murid. KEHADIRAN: 1.1 Guru-guru dikehendaki berada di kawasan sekolah sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan. 1.2 Kakitangan sokongan hendaklah mematuhi waktu hadir dan pulang yang telah ditentukan. 1.3 Guru-guru dan kakitangan sokongan dikehendaki merakamkan kehadiran. Jika ada gangguan atau berlaku kerosakan kepada sistem tersebut, guru-guru dan kakitangan diminta mencatat kehadiran ke dalam buku kehadiran. Buku kehadiran ini diletakkan di kaunter pejabat sekolah sahaja. (Surat Pekeliling Am Bil .11 tahun 1981 dan Perkara 4(2)(g), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib )1993) 1. KEBERADAAN GURU Bukti kehadiran guru akan direkod dalam sistem keberadaan guru dan dipaparkan melalui dashboard Kementerian Pendidikan Malaysia ( Ruj.:Surat Timbalan KPPM – Operasi Pendidikan , KPMSP.700-2/1/60) 7 bertarikh 19/11/2015 “Pelaksanaan Sub Modul Keberadaan Guru Menerusi Modul Pengurusan Guru” Sekiranya guru dan staf tidak dapat hadir ke sekolah, DIMINTA UNTUK MAKLUMKAN KEPADA PENGETUA . 1.1 MENINGGALKAN PEJABAT UNTUK URUSAN PERIBADI: Guru dan kakitangan yang MERASAKAN PERLU meninggalkan pejabat pada waktu kerja untuk melakukan urusan peribadi dikehendaki mengisi Borang Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Di Bawah Perintah Am 5 Bab G
100 2 PERATURAN PAKAIAN GURU DAN KAKITANGAN SOKONGAN 2.1 Berpakaian kemas dan sesuai. (rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985). 2.2 Guru-guru dan kakitangan sokongan diwajibkan memakai tanda nama sepanjang masa dalam kawasan sekolah. 2.3 Kakitangan sokongan yang mendapat peruntukan pakaian hendaklah memakai pakaian berkenaan pada hari kerja. 2.4 Guru-guru diminta mematuhi peraturan berpakaian yang telah ditetapkan, iaitu pakaian untuk perhimpunan rasmi, hari kokurikulum, hari-hari rasmi sekolah, berpakaian batik (setiap hari Khamis), pakaian kebangsaan pada hari Jumaat. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2006 “Fesyen Pakaian Alternatif Semasa Bekerja Dan Menghadiri Upacara Rasmi” dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2008 “Pemakaian Batik Malaysia”. 3. PENILAIAN PRESTASI : Penilaian Prestasi Tahunan adalah diasaskan kepada instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) dan instrumen Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT). Wajaran penilaian prestasi adalah seperti berikut: 3.1 PBPPP: ■ 90% ■ 10% Keberhasilan 3.2 LNPT: ● Penghasilan Kerja (50%): ● Kuantiti Hasil Kerja ● Kualiti Hasil Kerja ● Ketepatan Masa ● Keberkesanan Hasil Kerja ● Ilmu Pengetahuan Dan Kepakaran (25%) ● Ilmu Pengetahuan Dan Kepakaran Dalam Bidang Kerja ● Pelaksanaan Dasar, Peraturan Dan Arahan Pentadbiran ● Keberkesanan Komunikasi ● Kualiti Peribadi (20%) ● Ciri-ciri Pemimpin ● Kebolehan Mengelola ● Disiplin ● Proaktif Dan Inovatif ● Jalinan Hubungan Dan Kerjasama. ● Kegiatan dan Sumbangan di Luar Tugas Rasmi (5%) 20% Profesionalisme 10% Tugas Tambahan 10% Penglibatan 60% Kemahiran Pdp
101 KELAS BIMBINGAN/ KELAS TAMBAHAN Semua murid dikehendaki memakai pakaian sekolah (jika kelas diadakan pada waktu persekolahan) dan pakaian yang sesuai iaitu T-Shirt Sekolah ( jika kelas diadakan pada waktu cuti persekolahan ) 4 CUTI Dikehendaki memaklumkan kepada pihak sekolah dengan kadar segera supaya jadual guru ganti dapat disediakan. 4.1 Cuti Sakit Sijil sakit hendaklah diserahkan segera kepada Pengetua.Sijil cuti sakit doktor persendirian hanya dibenarkan dua hari sahaja. Jika lebih daripada dua hari sijil itu hendaklah disahkan oleh doktor kerajaan. 4.2 Cuti Rehat Rujuk pekeliling-pekeliling berikut: 4.2.1 Pek.Perkhid. Kem. Bil. 2/80 4.2.2 Pek.Perkhid. Bil. 4/1977 4.2.3 Pek.Perkhid. Bil. 2/1991 4.2.4 Pek.Perkhid. Bil. 3/2005 4.3 Cuti Tanpa Gaji Rujuk: Pek.Jab.Pel.Pk. (Perkhidmatan Pentadbiran) Bil. 1/1985 4.3.1 Cuti Bersalin Rujuk: Pek.Perkhid. Bil. 5/1984 4.3.2 Kemudahan Cuti Bersalin Rujuk: Pek. Perkid. Bil 4/2010 Surat pek. Perkhid.Bil. 5/2009 4.3.3 Cuti Haji Rujuk: Pek.Jab. Pel.Pk.(Perkhidmatan Pentadbiran) Bil. 1/1985 (Tanpa kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri Perak kakitangan tidak dibenarkan bercuti. Jika peraturan ini tidak dipatuhi tindakan tatatertib boleh diambil). 4.3.4 Cuti-Cuti Lain Jika diperlukan kakitangan diminta membuat permohonan dengan mengguna borang khas bagi mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak. 5. PENGGUNAAN HRMIS/ E-OPERASI Semua guru dan kakitangan dikehendaki mengisi dan mengemaskinikan tanpa gagal semua maklumat peribadi, perkhidmatan dan sasaran kerja mengikut tempoh yang ditetapkan. 6. KETEPATAN MASA 6.1 Guru hendaklah berada dalam kelas mengikut jadual waktu P&P yang telah ditetapkan. 6.2 Guru tidak boleh melepaskan pelajar lebih awal pada rehat atau pada waktu pulang.
102 7 PERTEMUAN / BERURUSAN DENGAN PIHAK LUAR 7.1 Pihak luar tidak dibenarkan berurusan terus dengan guru/kakitangan sekolah. 7.2 Semua pihak yang hendak berurusan dengan guru/kakitangan sekolah mesti mendapat kebenaran pengetua. 8 PENGGUNAAN HARTA DAN KEMUDAHAN SEKOLAH 8.1 Guru dan kakitangan mesti mendapat kebenaran pengetua sebelum mengguna harta dan peralatan sekolah (contoh penggunaan bilik-bilik khas, ruang kerja dan sebagainya). 8.2 Tempoh/ masa penggunaan harta dan peralatan sekolah hanya pada waktu pejabat sahaja (7.00 Pagi – 5.00 Petang). Selepas waktu pejabat perlu kebenaran pengetua. 9 LAPORAN 9.1 Program/Projek/Aktiviti: Laporan hendaklah disediakan oleh setiausaha selepas selesai sesuatu program, projek atau aktiviti. (Rujuk Lampiran) 9.2 Mewakili Pengetua: Wakil pengetua dalam sesuatu mesyuarat atau program hendaklah menyediakan satu laporan dan menyerahkan laporan itu kepada pengetua dengan segera (selewat-lewatnya selepas tiga hari selepas peristiwa berkenaan). 10 DISIPLIN PELAJAR 10.1 Semua guru adalah guru disiplin dan bertanggungjawab ke atas pelajar yang berada di dalam kelas, di dalam kawasan sekolah atau semasa mengurus program di luar kawasan sekolah. 10.2 Guru hendaklah mengguna kebijaksanaan sebagai pendidik untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti pelajar tidak membuat kerja rumah, bising semasa P&P, tidak melakukan kerja-kerja yang ditetapkan dan lain-lain masalah. Bagaimanapun bagi masalah yang tidak dapat diselesaikan, dan pelanggaran disiplin yang berat seperti ponteng kelas, merokok, biadab terhadap guru, bergaduh, dan sebagainya, perkara itu hendaklah dirujuk dengan segera kepada Guru Disiplin atau Penolong Kanan HEM. 10.3 Hukuman berbentuk deraan (seperti menjemur pelajar di tengah panas, berdiri di atas kerusi, menconteng muka pelajar, dan lain-lain hukuman yang boleh mencederakan pelajar) adalah dilarang. Sila rujuk buku “Pengurusan Disiplin” yang disediakan oleh KPM. 10.4 Dalam melaksanakan tugas mengurus disiplin sila rujuk: a. Peraturan Pelajaran 1959 Bil. (3) dalam JPN.Pk.(AM)/D/28, dan b. Pek. Ikhtisas Bil. 1/1972 c. Buku Disiplin (yang dikeluarkan oleh SMK Matang 11 MESYUARAT GURU DAN MESYUARAT-MESYUARAT LAIN 11.1 Guru wajib hadir ke mesyuarat guru. Jika tidak dapat hadir kerana urusan tugas rasmi yang lain, perkara itu hendaklah dimaklumkan kepada pengetua atau Penolong Kanan dengan segera. 11.2 Guru juga wajib hadir ke mesyuarat yang dijalankan oleh unit-unit lain yang melibatkan tugas di sekolah. Contoh: mesyuarat panitia, mesyuarat rumah sukan, mesyuarat persatuan dan mesyuarat-mesyuarat lain. 11.3 Mesyuarat di sekolah hendaklah diutamakan daripada urusan peribadi.
103 12 KOKURIKULUM / GERAK KERJA LUAR 12.1 Kegiatan kokurikulum merupakan sebahagian daripada komponen pendidikan. Mulai tahun 2007, kemasukan ke IPTA akan memperuntukkan 10% untuk kegiatan kokurikulum. Oleh itu pelaksanaan kegiatan kokurikulum hendaklah dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 12.2 Semua guru terlibat mengurus kegiatan kokuriklum iaitu, pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab dan kelab permainan. 12.3 Di samping itu guru juga akan ditugaskan mengurus pasukan permainan dan mengurus peserta bagi pertandingan seperti kuiz, syarahan, drama, sketsa dan sebagainya. 13 PENGGUNAAN TELEFON SEKOLAH 13.1 Penggunaan telefon dibenarkan bagi urusan kerja sekolah sahaja. 14 MENJALANKAN PERNIAGAAN DI SEKOLAH 14.1 Guru dan kakitangan dilarang menjalankan urusniaga di sekolah. (Contohnya melakukan jualan langsung, menjadi agen insurans dan sebagainya). 14.2 Jurujual luar seperti agen insurans, agen kad kredit dan lain-lain perniagaan dilarang berjumpa dengan guru. 14.3 Urusniaga tidak dibenarkan di dalam kawasan sekolah (kecuali koperasi dan kantin sekolah). 15 KELAB GURU DAN KAKITANGAN Semua guru dan kakitangan sokongan sekolah ini adalah AHLI KELAB GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH dan wajib membayar yuran. 16 KESELAMATAN DIRI PELAJAR DI SEKOLAH 16.1 Semua guru hendaklah menjaga keselamatan dan peka kepada keselamatan pelajar sewaktu di dalam dan di luar bilik darjah. 16.2 Guru kokurikulum/sukan/persatuan/unit beruniform hendaklah mengawasi keselamatan pelajar yang terlibat dalam aktiviti yang dijalankan. Pastikan alatan yang digunakan adalah selamat untuk diguna. 16.3 Langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Perak dan SMK. Matang hendaklah difahami dan dipatuhi. 16.4 Guru hendaklah mengambil kira faktor cuaca apabila hendak menjalankan aktiviti. Dilarang menjalankan aktiviti dalam keadaan yang merbahaya seperti hujan lebat, kilat petir, banjir dan lain-lain. 16.5 Sebarang kemalangan dan kecederaan yang berlaku hendaklah diambil tindakan yang wajar dan segera. Laporkan segera perkara berkenaan kepada pengetua. Buat laporan bertulis dalam buku tugas harian guru. 17 STOR SUKAN 17.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dan Setiausaha Sukan adalah bertanggungjawab memeriksa dan menyelenggara stor dan peralatan sukan bagi memasti alatan yang diguna berada dalam keadaan baik dan selamat untuk diguna. 17.2 Stor sukan hendaklah berada dalam keadaan kemas dan tersusun. Keluar masuk peralatan sukan hendaklah direkodkan.
104 18 KAWALAN, SELIAAN DAN PENCERAPAN DI DALAM BILIK DARJAH Satu sistem kawalan perlu diadakan untuk menjayakan pelaksanaan kurikulum, di antaranya ialah: 18.1 pelaksanaan ujian formatif dan sumatif 18.2 melakukan peperiksaan dalaman dan tindak ikut 18.3 mengendalikan rekod penilaian 18.4 menubuhkan item bank soalan 18.5 menyelia kerja guru 18.6 menyelia kerja pelajar 18.7 mencerap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. 19 KURSUS DALAMAN DAN PERKEMBANGAN STAF 19.1 Kursus diadakan dari masa ke semasa untuk mempertingkatkan prestasi dan keterampilan guru. Kehadiran adalah wajib. 19.2 Guru yang tidak hadir hendaklah memaklumkan segera kepada Pengetua atau Penolong Kanan. 20 GURU TIDAK HADIR BERTUGAS DI SEKOLAH 20.1 Guru yang tidak hadir bertugas sama ada secara terancang (contohnya berkursus atau menghadiri mesyuarat) atau tidak terancang (contohnya jatuh sakit) hendaklah menyedia bahan mengajar. Bahan itu hendaklah diserahkan kepada Guru Kanan. 20.2 Guru ganti dikehendaki menggunakan bahan itu semasa berada di dalam kelas berkenaan. 21 MENULIS SURAT KEPADA PIHAK ATASAN 21.1 Setiap urusan surat menyurat keluar atas urusan rasmi hendaklah dengan pengetahuan pengetua, mengguna kepala surat ‘letter head’ sekolah dan ditandatangan oleh pengetua. 21.2 Surat peribadi tidak boleh menggunakan surat yang ada ‘letterhead’ sekolah. 22 JADUAL WAKTU 22.1 Semua guru hendaklah mematuhi jadual waktu P&P yang telah ditetapkan. Jika tidak hadir ke sekolah hendaklah dimaklumkan dengan segera kepada Pengetua. 23 PERSEDIAAN MENGAJAR 23.1 Rancangan mengajar harian dalam CIDS hendaklah disedia dengan lengkap, teratur dan kemas kini. RPH hendaklah dihantar pada setiap hari Jumaat. Jika Jumaat merupakan hari cuti awam, buku berkenaan hendaklah diserahkan sebelum hari cuti. 23.2 Penghantaran RPH dalam CIDS adalah salah satu dokumen yang dirujuk sewaktu menilai prestasi kerja tahunan guru.
105 24 JADUAL GANTI 24.1 Jadual ganti dibuat apabila seseorang guru tidak hadir ke sekolah. Tugas sebagai guru ganti akan diberi kepada guru yang kurang memasuki kelas pada hari berkenaan. Bagaimanapun guru-guru lain juga akan ditugaskan sebagai guru ganti berdasarkan keperluan yang wujud pada sesuatu masa. 24.2 Guru ganti bertanggungjawab untuk memberi maklumat terhadap perkara-perkara yang berlaku di dalam kelas semasa jagaannya. 24.3 Guru ganti hendaklah mengambil bahan daripada Guru Kanan mengikut bidang masing-masing untuk diguna di kelas yang digantinya. Bagaimanapun guru ganti boleh mengguna kelas itu untuk melaksanakan kelas tambahan. 24.4 Guru-guru yang tidak dapat masuk ke kelas atas urusan rasmi perlu mengisi borang permintaan relief yang disediakan di pejabat dan disahkan oleh Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran. 25 SISTEM PENGURUSAN MURID / APDM /PEPATIH 25.1 Maklumat di dalam APDM hendaklah dikemas kini oleh Guru Kelas sahaja. 25.2 Kehadiran murid hendaklah diisi selewat-lewatnya pada awal waktu kedua. 25.3 Pada akhir bulan data kehadiran murid dalam APDM ini hendaklah disahkan dan diserahkan kepada PK HEM. 25.4 Guru kelas hendaklah menghantar surat-surat amaran kepada penjaga bagi pelajar yang tidak hadir mengikut jumlah hari yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. 25.5 Sila rujuk tatacara penghantaran surat kepada penjaga bagi memaklumkan kes tidak hadir ke sekolah secara berturut-turut atau berselang seli. Guru kelas diminta mematuhi tatacara berkenaan. (rujuk prosedur). 26 KELUAR KAWASAN SEKOLAH PADA WAKTU BERTUGAS 26.1 Guru dan kakitangan tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam waktu bekerja. 26.2 Guru dan kakitangan yang perlu keluar kerana urusan penting hendaklah memaklumkan kepada pengetua dan merekodkannya ke dalam buku rekod kebenaran keluar di pejabat dan bilik pengawal keselamatan. 27 RAHSIA SEKOLAH Guru dan kakitangan tidak dibenarkan membocorkan maklumat sulit sekolah kepada manamana pihak termasuk kepada pihak media massa. 28 MENJAGA NAMA BAIK JABATAN 28.1 Guru dan kakitangan mestilah menjaga nama baik Kementerian Pelajaran Malaysia dan institusi yang berada di bawahnya. 28.2 Kakitangan yang tidak mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan berdasarkan Perintah Am Bab D2. 29 PENGELUARAN BAHAN BERCETAK 29.1 Penerbitan sesuatu risalah atau majalah mestilah dengan kebenaran pengetua. 29.2 Satu salinan risalah/majalah hendaklah dihantar kepada pengetua. 29.3 Bahan bercetak yang dikeluarkan adalah untuk edaran dalaman sahaja. 29.4 Kandungan risalah hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur subversif, perkauman dan tidak berbau politik.
106 30 PENGGUNAAN ALATAN SEKOLAH Sebarang alat hendaklah diguna untuk kepentingan sekolah ini dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya, guru-guru yang memegang komputer riba, LCD, Kamera dan Dongle hendaklah mengguna perkakasan itu untuk kerja-kerja sekolah dan digunakan sebagai alat pemudah cara PdP. 30.1 Pinjaman hendaklah dengan kebenaran ketua bahagian / penjaga stok. 30.2 Pinjaman dan pemulangan alatan hendaklah dicatatkan ke dalam Buku Pinjaman Bahagian / Jabatan berkenaan. 30.3 Laporkan kepada ketua bahagian/penjaga stok sekiranya alat yang dipinjam rosak. 30.4 Alat boleh dipinjam dalam jangka pendek (ditetapkan ketua bahagian/penjaga stok). 30.5 Peminjam bertanggungjawab untuk membuat laporan (termasuk laporan polis) jika alatan itu hilang semasa berada di dalam tangannya. 31 LAPORAN MESYUARAT DAN AKTIVITI LUAR 31.1 Semua ketua jabatan, ketua bahagian, ketua unit dan ketua panitia hendaklah melaporkan kegiatan-kegiatan yang telah selesai dijalankan. 31.2 Laporan hendaklah disampaikan kepada pengetua, dan 31.3 Masukkan satu laporan itu dalam fail yang berkenaan. (sila rujuk format laporan dilampiran) 32 LAWATAN KE LUAR NEGARA 32.1 Guru dan kakitangan yang bercadang melawat ke luar negara (seberang laut) hendaklah memohon kebenaran Jabatan Pelajaran Perak dengan mengisi borang khas yang boleh didapati di pejabat sekolah. Permohonan boleh dibuat sebulan lebih awal dari tarikh pergi melancong. 32.2 Guru diminta memaklumkan ke pejabat sekolah tentang tarikh dan jangkamasa ke luar negara. Rujuk: Bil. (3) dlm.J. Pel.Pk 4072/64 Pt. 11. 33 SURAT, ARAHAN DAN PEKELILING 33.1 Surat-surat, arahan dan pekeliling yang ditujukan kepada guru hendaklah diteliti dan ambil tindakan yang diperlukan. 33.2 Jika surat-surat berkenaan merupakan makluman ia hendaklah difailkan. 33.3 Surat-surat penting hendaklah disimpan dalam fail sekolah, sementara salinannya disampaikan kepada guru yang berkenaan 34 PENGURUSAN FAIL-FAIL 34.1 Apabila guru menerima fail yang ditujukan kepadanya untuk dilakukan tindak ikut, guru tersebut hendaklah bertanggungjawab mengurus perkara berkenaan sehingga selesai. 34.2 Jika melibatkan pengisian maklumat ke dalam borang, guru berkenaan bertanggungjawab mendapat dan mengisi maklumat ke dalam borang berkenaan. 34.3 Guru diminta menyedia draf surat iringan. Draf surat itu hendaklah sempurna dari segi susunan ayat, ejaan dan tatacara surat rasmi. Draf surat itu diserahkan kepada PO untuk ditaip. 35 PENGLIBATAN DALAM PERSATUAN SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PSKPP) 35.1 Semua guru dan kakitangan dimestikan menjadi ahli PSPKK dan membayar bayaran khas yang dikenakan oleh persatuan ini. 35.2 Sebagai ahli, semua guru dan kakitangan digalak mengambil bahagian dalam dalam aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan ini
107 36 KESELAMATAN MAKMAL SAINS, BENGKEL DAN BILIK-BILIK KHAS 36.1 Bilik berkenaan hendaklah mempunyai peringatan bertulis tentang langkah-langkah menjaga keselamatan. Ketua unit atau ketua panitia bersama guru-guru dalam panitianya bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara ini. 36.2 Selepas diguna alat-alat hendaklah disusun atur dengan kemas supaya pengguna berikutnya boleh mendapat alatan itu dengan mudah. 37 KERUSI MEJA DAN ALATAN DALAM BILIK DARJAH 37.1 Guru kelas diminta melapor kepada Penolong Kanan HEM tentang kerosakan kerusi, meja, alat elektrik dan sebagainya supaya kerja pembaikan dapat dilakukan. 37.2 Penyelaras peperiksaan PT3 dan SPM hendaklah memeriksa bilik-bilik yang diguna sebagai bilik peperiksaan sekurang-kurangnya tiga minggu sebelum peperiksaan bermula. Laporkan kepada Penolong Kanan HEM tentang kerosakan yang berlaku (termasuk cermin tingkap dan pintu yang perlu diganti). 38 ALAMAT MASA CUTI 38.1 Guru hendaklah mengemas kini alamat masing-masing supaya dapat dihubungi ketika bercuti. 39 SISTEM PENYEBARAN MAKLUMAT 39.1 Maklumat sekolah disampaikan melalui talian terus (Telegram Rasmi Sekolah) dan papan kenyataan di bilik guru (maklumat bertulis dipamerkan di bilik guru). 39.2 Guru diminta memberi perhatian dan peka terhadap perkara ini dan mengambil tindakan segera terhadap makluman berkenaan. 40 PENGGUNAAN BUKU KERJA 40.1 Buku kerja hanya boleh diguna sebagai sumber latihan setelah guru-guru mengajar konsep dan kemahiran kepada murid-murid (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1991, bertarikh 2 Oktober 1991). 40.2 Murid-murid boleh mengguna buku ini sebagai bahan rujukan dan untuk membuat kerja rumah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1991, bertarikh 2 Oktober 1991). 40.3 Buku ini tidak boleh diguna sewaktu mengajar dalam kelas (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1933, bertarikh 27 Disember 1993). 41 PERATURAN TENTANG LARANGAN MEMINJAM WANG DAN BERADA DALAM KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS 41.1 Guru-guru hendaklah mengelak daripada berada dalam situasi keterhutangan kewangan yang serius. 41.2 Surat-surat yang boleh dirujuk tentang perkara ini ialah: a) Surat Jabatan Pelajaran Perak, J. Pel.Pk. SULIT.4753 Jld.3(79), bertarikh 14 Februari 2006. b) Surat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, JPA(S)TT.7082 Jld.6/ (35), bertarikh 28 Disember 2005, yang kandungannya antara lain adalah: i. Perkara 2 surat berkenaan menyatakan: Kedudukan pendapatan bersih pegawai awam hendaklah tidak kurang daripada 40% dari emolumen bulanan agar mereka tidak termasuk dalam keadaan keterhutangan yang serius. ii. Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993: Pegawai awam dilarang meminjam wang daripada mana-mana orang khususnya yang menjalankan perniagaan pemberian pinjaman wang. Pegawai awam boleh
108 meminjam wang daripada institusi kewangan yang berlesen dengan syarat-syarat tertentu. iii. Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993: Pegawai awam dikategorikan berada dalam keterhutangan yang serius, sekiranya: a. Agregat hutang dan liabiliti yang tak bercagar pada bila-bila masa tertentu melebihi jumlah wang sebanyak sepuluh kali emolumen bulanannya. b. Pegawai seorang bankrap atau seorang pemakan gaji tak solven. 41.3 Sehubungan dengan itu pihak pentadbir sekolah (pengetua dan semua penolong kanan) tidak akan membuat perakuan borang pinjaman yang dikemukakan oleh guruguru atau kakitangan sokongan yang kedudukan kewangan berada dalam situasi 41.2 (rujuk di atas). A. PANDUAN PEROLEHAN/PEMBELIAN 1. ASPEK-ASPEK PENTING 1.1 Perancangan yang baik dengan mengambil kira jumlah peruntukan bagi mengelak pembaziran. 1.2 Semua pembelian akan diuruskan oleh Pembantu Tadbir (Kewangan) 1.3 Pastikan pembelian berdasarkan keperluan dan peruntukan wang yang mencukupi. 1.4 Tentukan kualiti barangan yang hendak dibeli berdasarkan: a. Stok terakhir b. Keperluan (penting) c. Kekerapan penggunaan 2. PESANAN DAN PEMBELIAN 2.1 Cadangan hendaklah dibuat dengan mengisi borang atau berunding dengan ketua panitia/ketua bidang. 2.2 Ketua panitia/ketua bidang hendaklah meneliti cadangan dengan mengambil kira baki stok untuk dipertimbangkan oleh Pengetua/jawatankuasa pengurusan kewangan sekolah. 2.3 Ketua Bidang /Ketua Panitia perlu mengisi nota minta dan menyerahkan kepada Pembantu Tadbir (Kewangan) untuk urusan pembelian. 3. KAEDAH BORANG NOTA MINTA 3.1 Borang nota minta hendaklah diisi oleh Ketua Bidang /Ketua Panitia berkenaan, dan ditandatangan oleh Pengetua. 3.2 Borang nota minta perlu disediakan sebelum pembelian di buat selepas menerima kelulusan daripada Pengetua. 4. KAEDAH PEMBAYARAN 4.1 Pembelian/perbelanjaan yang tidak melebihi RM100.00 tidak perlu mengguna borang pesanan. Guna panjar wang runcit (PWR) bagi membiayai pembelian/perbelanjaan yang tidak melebih RM100.00. 4.2 Semak invois dan bil pesanan tempatan yang diterima daripada pembekal bagi memastikan barang yang diterima adalah sama seperti yang dipesan (dari segi kuantiti, kualiti, harga dan sebagainya). 4.3 Guru yang memesan hendaklah menurunkan tandatangan dan menulis nama pada invois yang diterima supaya mudah untuk dirujuk.
109 4.4 Cop tarikh terima dan catatkan ke dalam stok tentang barang-barang yang diterima. (Tindakan guru yang memesan barang). 4.5 Daftarkan invois itu ke dalam ‘Buku Daftar Bil’. (Tindakan Ketua Pembantu Tadbir). 4.6 Sediakan baucer bayaran dan cek. Kemukakan cek dan dokumen berkenaan kepada Penolong Kanan untuk disemak dan ditandatangan. Selepas itu serahkan cek dan dokumen itu kepada pengetua untuk ditandatangan. 4.7 Pastikan baucer dan resit bayaran diserah oleh pembekal (penerima bayaran) dalam tempoh yang munasabah (paling lewat dalam tempoh 14 hari). 4.8 Resit belian tunai perlu ditandatangani dan dicop jawatan KP/ GK pada bahagian bawah resit. 5. PERINGATAN Guru yang membuat pesanan hendaklah menyerahkan invois dengan segera kepada Ketua Pembantu Tadbir, iaitu TIDAK MELEBIHI TEMPOH TUJUH HARI SELEPAS MENERIMA INVOIS ITU. B. TUGAS-TUGAS GURU B.1 SENARAI TUGAS GURU KELAS 1. Pengurusan dan Organisasi Kelas 1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Bendahari, AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan. 1.2 Menentukan perkara-perkara berikut ada di dalam kelas: 1.2.1 Jadual waktu 1.2.2 Jadual tugas 1.2.3 Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar, kerusi meja guru dan papan tulis 1.2.4 Alatan untuk membersih kelas seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah 1.3 Memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan ceria. 1.4 Menentukan pendawaian elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan. 1.5 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang berkenaan. 1.6 Memastikan ahli jawatankuasa dalam organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas. 2. Jadual Kedatangan Pelajar 2.1 Menanda jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan pelajar di pejabat. Buku kedatangan boleh ditanda oleh guru kelas sahaja. Pelajar dilarang mengambil atau menanda buku ini. 2.2 Menentukan semua butiran yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar ditulis. 2.3 Memastikan catatan di dalam buku jadual berkenaan merupakan maklumat terkini. 3. Laporan Pelajaran, Sijil Berhenti dan Surat Akuan 3.1 Memastikan setiap pelajar mempunyai rekod kemajuan pelajar. 3.2 Mengisi markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal ke dalam kad atau dokumen yang ditetapkan bagi setiap semester/penggal.
110 3.3 Menyampaikan rekod kemajuan pelajar kepada ibu bapa. 3.4 Menyedia dan mengisi: 3.4.1 “Helaian Markah” bagi setiap peperiksaan/ujian yang dijalankan oleh sekolah. 3.4.2 Sijil berhenti dan surat akuan bagi pelajar tingkatan 3 (yang bertukar ke sekolah lain) dan tingkatan 5. 3.5 Masalah pembelajaran, kesihatan diri dan disiplin 3.5.1 Memberi galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik. 3.5.2 Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah (jika perlu). 3.5.3 Ada sifat empati dalam menangani masalah pelajar. 3.5.4 Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling jika. 3.5.5 Terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar. 3.5.6 Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan. 3.5.7 Melapor kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah. C.2 SENARAI TUGAS GURU PENYELARAS TINGKATAN 1. Bertanggungjawab membuat pembahagian pelajar dalam tingkatan di bawah jagaannya. Dalam hal ini sila Bincangkan dengan Penolong Kanan Pentadbiran. 2. Kuota pelajar mengikut kriteria yang ditetapkan mesti dipatuhi. Perkara ini hendaklah dimaklumatkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran. 3. Menerima kemasukan pelajar baru dan membuat penempatan mengikut kelulusan dan minat/aliran bagi pelajar Tingkatan 4. 4. Membantu guru tingkatan membuat agihan buku bantuan kerajaan (SPBT). 5. Membantu Penolong Kanan HEM dan Guru Biasiswa memilih pelajar yang layak diberi bantuan/biasiswa. 6. Memaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan jumlah pelajar di dalam setiap kelas dari masa ke semasa. 7. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan pelajar baru disimpan di dalam fail daftar masuk (ikut tingkatan) dengan kemas dan teratur. 8. Bekerjasama dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi mendapatkan kad-kad berikut untuk dihantar ke sekolah baru jika berlaku pertukaran keluar: 8.1 Dokumen Kemajuan Pelajar 8.2 Dokumen Gerko 8.3 Kad 001 dan Kad 002 8.4 Borang Kelulusan Pinjaman SPBT 9. Mendapatkan dari guru mata pelajar keputusan “Penilaian Berasaskan Sekolah” bagi matapelajaran-matapelajaran tertentu. 10. Berkerjasama dengan guru kelas melakukan analisis keputusan PT3/SPM. 11. Bekerjasama dengan guru kelas dan penyelaras peperiksaan awam bagi menyediakan bilik-bilik peperiksaan PT3/SPM. 12. Bertugas pada hari pendaftaran pelajar baru (Tingkatan 1) dan membantu mengagihkan pelajar. 13. Memastikan guru kelas mencatat ke dalam Buku Pendaftaran maklumat tentang bilangan, nombor pendaftaran dan maklumat murid yang mendaftar masuk ke sekolah ini.
111 14. Menyemak fail-fail kemasukan pelajar dan memastikan guru kelas mengemaskini maklumat yang diperlukan. 15. Menyimpan borang-borang kemasukan pelajar baru ke dalam fail daftar masuk mengikut kelas. 16. Memaklumkan data kemasukan pelajar baru kepada Penolong Kanan pada akhir bulan Januari, Februari, Mac, Mei, Julai, September dan Oktober. 17. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau Penolong Kanan. C.4. SENARAI TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN 1. Hari bertugas adalah pada hari Isnin hingga Jumaat (5 hari). 2. Datang ke sekolah sekurang-kurangnya 20 minit sebelum sekolah bermula dan pulang sekurang-kurangnya 20 minit setelah berakhir. 3. Memantau kehadiran pelajar ke sekolah bagi memastikan mereka menepati waktu datang, rehat dan pulang. 4. Mengawas pergerakan murid terutama waktu pulang selepas tamat persekolahan. 5. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu dan sampah sarap dibuang bagi memastikan bilik darjah berada dalam keadaan bersih. 6. Memastikan lampu, kipas angin dan tingkap ditutup apabila waktu persekolahan tamat. 7. Memantau kebersihan tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah. Laporkan kepada pengetua dengan segera jika wujud keadaan yang tidak memuaskan atau merbahaya kepada murid/guru/pekerja. 8. Memantau kebersihan makanan yang dijual di kantin. 9. Mengurus pelajar yang sakit. Jika perlu hantar pelajar ke hospital. 10. Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu sebelum loceng pertama, waktu rehat. Ambil tindakan yang munasabah apabila bertemu dengan kes pelajar melanggar disiplin sekolah. 11. Mengurus hal-hal yang berkaitan dengan aduan kehilangan barang. Memaklumkan kepada guru disiplin dan Penolong Kanan HEM. 12. Membuat catatan ke dalam Buku Laporan Guru Bertugas. 13. Perhimpuan rasmi: 13.1 Memastikan alatan dan perkakasan disediakan dan mencukupi: bendera, kerusi guru, pembesar suara dan meja hadiah (jika ada majlis penyampaian hadiah). 13.2 Mengarah dan mengawal persiapan awal bagi memastikan pelajar mematuhi tatatertib perhimpunan rasmi. 13.3 Mengarah dan mengawal murid bergerak keluar dari perhimpunan supaya murid bersurai secara teratur. C.5 SENARAI TUGAS GURU PENASIHAT KELAB/PERSATUAN/SUKAN/PASUKAN PAKAIAN SERAGAM 1. Jadual aktiviti kokurikulum, iaitu bagi kegiatan Kelab/Persatuan/PasukanPakaian Seragam adalah seperti berikut hari Rabu. 2. Satu notis (kenyataan bertulis) hendaklah diserahkan kepada ibubapa supaya mereka mendapat maklumat tentang pergerakan anak mereka. Notis ini
112 hendaklah ditandatangan oleh guru penasihat dan Penolong Kanan Kokurikulum. 3. Bertanggungjawab membimbing pasukan, kelab, persatuan, sukan, permainan yang dipertanggungjawabkan. 4. Bertanggungjawab dalam perancangan aktiviti dan projek-projek pasukan, kelab, persatuan, sukan dan permainan sepanjang tahun. 5. Bertanggungjawab membimbing pelajar-pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti dan projek-projek melalui perjumpaan-perjumpaan dan mesyuarat-mesyuarat yang dijalankan. 6. Menyediakan program-program perkembangan keahlian pasukan, kelab, persatuan, sukan dan permainan. 7. Menyimpan rekod-rekod minit mesyuarat, senarai guru penasihat, senarai jawatankuasa, senarai nama ahli serta penyata bayaran khas dan kewangan yang lengkap dan kemas kini. 8. Menyediakan surat-surat persetujuan ibu bapa/penjaga bagi anak-anak mereka memasuki pasukan, kelab, persatuan, sukan dan permainan. Lawatan-lawatan dan aktiviti yang perlu bermalam atau lewat balik perlu mendapat surat kebenaran polis dan Jabatan Pendidikan. 9. Memperakui keanggotaan dan pengelolaan ahli-ahli bagi kegunaan Surat Akuan dan Sijil Berhenti Sekolah. 10. Mengawasi disiplin dan tingkah laku ahli-ahli dalam kelab, persatuan, pasukan, sukan dan permainan yang dikelolakan. 11. Bertanggungjawab menentukan yang persatuan, kelab, pasukan, sukan dan permainan berkenaan adalah selaras dengan kehendak serta kepentingan pihak sekolah/Jabatan Pendidikan/Kementerian Pendidikan Malaysia. 12. Bertanggungjawab berurusan dengan Penolong Kanan Kokurikulum dalam hal perjalanan pasukan, kelab, persatuan, sukan dan permainan. 13. Bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan dan pentadbiran pasukan, kelab, pasukan, persatuan dan permainan yang dikelolakan. 14. Mencatatkan setiap perjumpaan dan mesyuarat di dalam buku rekod aktiviti unit yang dikelolakan. 15. Setiap aktiviti hendaklah dirancang lebih awal. Pelaksanaan aktiviti secara bidan terjun hendaklah dielakkan. 16. Permohonan penggunaan bilik, dewan dan peralatan sekolah semasa menjalankan aktiviti di dalam kawasan sekolah. 16.1 Permohonan hendaklah dibuat secara bersurat seminggu sebelum aktiviti dijalankan. Permohonan yang tidak mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan itu tidak akan dipertimbangkan. 16.2 Guru penasihat hendaklah berjumpa Pengetua/ Penolong Kanan Kokurikulum supaya perbincangan lanjut tentang perkara ini dapat dilakukan. Perkara ini tidak boleh diurus oleh pelajar. 16.3 Guru hendaklah berada bersama murid sepanjang masa aktiviti dijalankan, termasuk pada waktu malam. 16.4 Guru penasihat hendaklah memastikan: 16.4.1 Ibu bapa murid dimaklumkan secara bersurat tentang aktiviti yang dijalankan. 16.4.2 Tempat yang diguna bersih dan disusun semula diguna. 16.4.3 Alatan yang diguna tidak dirosakkan.
113 JADUAL PENCERAPAN GURU, CIDS, PBPPP, SKPM Kualiti@Sekolah dan PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID 2024/2025 BIL NAMA PENCERAP FASA 1( MEI – OGOS) FASA 2 (SEPT – DIS) 1 Mohd Zain Bin Osman Norhaya Binti Japar Norhaya Binti Japar Abdul Halim Bin Abd Aziz Abdul Halim Bin Abd Aziz Shamsinar Binti Jamaludin Shamsinar Binti Jamaludin 2 Norhaya Binti Japar Muhamad Fedli Bin Zakaria Muhamad Fedli Bin Zakaria Muhd Hisyamudin Bin Hj. Musa Muhd Hisyamuddin Bin Hj. Musa Noor Zuraidah Binti Razali Noor Zuraidah Binti Razali Tan Ai Ling Tan Ai Ling Norshazwani Bt Mohd Shaharom Norzhazwani Bt Mohd Shaharom Thuneshwaran a/l Langgar Thuneshwaran a/l Langgar Kamaruzaman Bin Ahmad Kamaruzaman Bin Ahmad 3 Abdul Halim Bin Abd Aziz Azlin Binti Kamalulariffin Azlin Binti Kamalulariffin Osman Bin Mat Isa Osman Bin Mat Isa Che Sari Binti Ishak Che Sari Binti Ishak Cik Azlina Binti Othman Cik Azlina Binti Othman Mat Fuzi Bin Awang Mat Fuzi Bin Awang Musa Bin Mahamud Musa Bin Mahamud Sanisah Binti Sarmun Sanisah Binti Sarmun Mohammad Bin Jauhari Mohammad Bin Jauhari 4 Shamsinar Binti Jamaludin Mandy Chin Wei Seen Mandy Chin Wei Seen Mohamad Zulkifli Bin Yahya Mohamad Zulkifli Bin Yahya Muhamad Najib Bin Zainal Muhamad Najib Bin Zainal Norhaizam Binti Dan Norhaizam Binti Dan Nur Liyana Binti Zailan Nur Liyana Binti Zailan Vijayaranni a/p Ragavan Vijayaranni a/p Ragavan Mohd Razman Bin Abdul Rashid Mohd Razman Bin Abdul Rashid
114 BIL NAMA PENCERAP FASA 1( MEI – OGOS) FASA 2 (SEPT – DIS) 5 Noor Zuraidah Binti Razali Rosnaini Binti Mohamad Salleh Rosnaini Binti Mohamad Salleh Mandip Kaur a/p Guardial Singh Mandip Kaur a/p Guardial Singh Beh Ai Ling Beh Ai Ling Karpagam a/p Kandasamy Karpagam a/p Kandasamy Noratika Binti Bahtiar Noratika Binti Bahtiar Siti Hajar Nur Binti Abu Sopiah Siti Hajar Nur Binti Abu Sopiah Kausalya a/p Vikraman Kausalya a/p Vikraman 6 Muhamad Fedli Bin Zakaria Izati Binti Adnan Izati Binti Adnan Chew Siau Huey Chew Siau Huey Hasniza Binti Hassan Hasniza Binti Hassan Muhammad Hafriz Bin Ishak Muhammad Hafriz Bin Ishak Nursyaheeda Binti Yusof Nursyaheeda Binti Yusof Soh Suan Hua Soh Suan Hua Wong Mei Leng Wong Mei Leng 7 Muhd Hisyamuddin Bin Hj. Musa Abdul Rashid Bin Osman@Nasir Abdul Rashid Bin Osman@Nasir Farizah Binti Sulaiman Farizah Binti Sulaiman Mohammad Hafizul Bin Haron Mohammad Hafizul Bin Haron Muhammad Faizzuddin Muhammad Faizzuddin Muhamad Suhaimi Bin Mohthar Muhamad Suhaimi Bin Mohthar Rasnah Binti Mohamad Rasnah Binti Mohamad Wan Nor Azura Binti Fauzi Wan Nor Azura Binti Fauzi 8 Tan Ai Ling Ang Ai Kim Ang Ai Kim Mohammad Sofeanudden Mohammad Sofeanudden Mages a/p Venugopal Mages a/p Venugopal Nur Farah Najiha Binti Hashim Nur Farah Najiha Binti Hashim Nazwakifly Bin Bakar Nazwakifly Bin Bakar Ahmadan Bin Ghazali Ahmadan Bin Ghazali Muhammad Fadzil Bin Mahadi Muhammad Fadzil bin Mahadi ❖ SEMUA KP MESTI MELAKSANAKAN PENCERAPAN GURU DAN PENYEMAKAN BUKU LATIHAN PANITIA MASING-MASING 2 KALI SETAHUN
115 JADUAL BERTUGAS HARIAN DAN WAYS 2024/2025 BULAN ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT M1 M2 M3 M4 MAC PK P PK HEM PK KO GK B GK SM GK K GK VT PENGETUA APRIL PK HEM PK KO PK P GK SM GK K GK VT GK B PENGETUA MEI PK KO PK P PK HEM GK K GK VT GK B GK SM PENGETUA JUN PK P PK HEM PK KO GK VT GK B GK SM GK K PENGETUA JULAI PK HEM PK KO PK P GK B GK SM GK K GK VT PENGETUA OGOS PK KO PK P PK HEM GK SM GK K GK VT GK B PENGETUA SEPTEMBER PK P PK HEM PK KO GK K GK VT GK B GK SM PENGETUA OKTOBER PK HEM PK KO PK P GK VT GK B GK SM GK K PENGETUA NOVEMBER PK KO PK P PK HEM GK B GK SM GK K GK VT PENGETUA DISEMBER PK P PK HEM PK KO GK SM GK K GK VT GK B PENGETUA JANUARI PK HEM PK KO PK P GK K GK VT GK B GK SM PENGETUA FEBRUARI PK KO PK P PK HEM GK B GK SM GK K GK VT PENGETUA
116 TERIMA KASIH